As salam mualaikum wbt,
Alhamdulillah saya dapati website ini sedikit sebanyak membantu pesakit-pesakit dan keluarga di luar sana berkenaan penyakit-penyakit berkaitan psikologi atau psikiatri. Ini adalah berdasarkan kepada banyak makluman dan email yang saya terima bertanyakan pelbagai masalah psikologi. Ada di antara pesakit saya menyatakan melalui pencariannya di internet, tidak banyak dalam bahasa Melayu, kebanyakannya dalam bahasa Indonesia yang sukar difahami. Sememangnya niat saya ingin membantu masyarakat.

Kadangkala saya tidak dapat menjawab semua email yang dikemukakan atas faktor masa terhad serta kebanyakan email yang saya terima
tidak memperkenalkan diri dan menyatakan latarbelakang empunya diri.
Arwah bapa saya pernah berpesan, jika kita ingin berbicara dengan seseorang, jangan kita berlaku zalim. Perkenalkan diri kita sekurang-kurangnya nama serta mengenali orang yang kita ingin berbicara sekurang-kurangnya juga namanya. Antara maklumat yang penting dalam membantu saudara saudari adalah di mana anda tinggal, umur dan pekerjaan. Jika saya tahu di mana anda tinggal, saya lebih senang membuat cadangan di mana rawatan yang boleh didapati.
Antara kebanyakan soalan adalah berkaitan Anxiety disorders seperti Panic Disorder. Saya nyatakan salah satu email yang saya dapat di sini tanpa ada identiti pengirim.
SOALAN;
Assalammualaikum doc..apakah rawatan yg paling berkesan bagi org menghidap penyakit panic disoder atau anxiety disoder? Boleh ka pesakit sembuh sepenuhnya? Dan jika d berikan ubat atau kaunseling, yang manakah lebih baik? Utk pengetahuan doc..saya telah mengalami masalah ni hmpir 5 bulan .pada 3 bulan pertama saya mengalami benda ni saya amat menderita sehingga berat bdn turun mendadak sehingga 10 kg..alhamdulillah sejak 2 bln kebelakangan ni sya bole mengawal keadaan walaupun kdgkala saya merasakan susah utk mengawalnya..perasaan takut pada kematian sebenarnya yg menghantui saya..pemikiran saya hanya tertumpu pada takut akan mati..walaupun da cuba sibuk kan diri dgn kerja namun pemikiran mengenai takut akan kematian menghantui pikiran..lebih2 lagi mendengar mengenai akan kematian sama ada dr kuarga atau d berita tv..mahu pun d mana2..jika d sebut mengenai perkataan berkaitan kematian saya akan jd gemuruh n pemikiran saya mula takut n kreatif befikir tentang hal tersebut..fikiran saya lebih jauh kedepan mksd sya ialah saya selalu bepikir jauh kedepan mengenai masa akan dtg…saya jd sedih n nk nangis tp x mampu…saya mengharapkan idea n pandangan dr doc..dan hari ni saya akan jumpa doc psy buat pertama kali nya..mohon pencerahan dr doc..salam…
Saya cuba menjawab satu persatu soalan-soalan pengirim yang mungkin dengan cara post di blog kerana ini dapat memudahkan saya. Saya tidak perlu berulang-ulang menjawab beberapa soalan yang sama dari pelbagai pengidap. Jadi ini menjimatkan masa saya.. 🙂
SOALAN; Apakah rawatan yg paling berkesan bagi org menghidap penyakit panic disoder atau anxiety disoder?
JAWAPAN; Mengikut banyak kajian klinkal dan juga pengalaman saya sendiri, rawatan penyakit anxiety adalah sangat berkesan dan lebih mudah dirawat berbanding dengan penyakit psikiatri yang lain. Penyakit anxiety mempunyai prognosis atau outcomes lebih baik berbanding penyakit psikiatri lain seperti Schizophrenia atau Bipolar. Namun rawatan ini lebih mudah diusahakan jika pengidap datang sendiri ke hospital berjumpa dan bersemuka berbanding melakukan usaha bersendirian tanpa bantuan professional. Sekarang rawatan online juga boleh dilakukan seperti mana yg saya lakukan jika pesakit sukar untuk keluar rumah. Rawatan yg selalu saya berikan adalah kombinasi antara kaunseling dan ubat antidepressant yg sangat selamat
SOALAN; Bolehkah pesakit sembuh sepenuhnya?
JAWAPAN; Ya sememangnya boleh sembuh, ramai pesakit saya sudah sembuh tanpa perlu memakan ubat lagi. Namun ada juga yang masih memerlukan ubat BUKAN kerana mereka SUDAH KETAGIH UBAT tetapi penyakit anxiety itu sendiri kadang kala agak liat dan boleh berulang (relapse). Tiada masalah untuk terus makan ubat antidepressant asalkan penyakit itu dapat dikawal dan kita boleh menikmati hidup yang lebih bermakna. Untuk pengetahuan anda ubat antidepressant TIDAK KETAGIH dan SANGAT SELAMAT walaupun diambil dalam jangka masa panjang. Sama seperti penyakit darah tinggi. Makan ubat berterusan untuk mengekalkan tekanan darah rendah. Mengapa kita tidak kata mereka kini ketagih ubat?
SAYA SERTAKAN JUGA LINK MEREKA YG SUDAH SEMBUH MELALUI RAWATAN ONLINE. (Klik link di bawah)
Maklumbalas Sesi Konsultasi Atas Talian sepanjang PKP & Mereka yang Telah Sembuh
SOALAN; Jika diberikan ubat atau kaunseling yang manakah lebih baik?
JAWAPAN; Kedua-duanya penting. Namun kekuatan kaunseling menyembuh hanya 20% dan selebihnya ubat antidepressant (dengan kuasa Allah SWT) kemampuannya sangat berkesan 80%. Pada tahap situasi di mana ia telah menjadi penyakit, jika seseorang itu hanya ingin mencuba kaunseling sahaja tanpa ubat, maka penyakitnya sangat sukar untuk sembuh. Namun rawatan bersama (combination) kaunseling disamping ubat akan mempercepatkan dan memaksimakan tahap kesembuhan dan anda boleh menikmati hidup yang lebih bermakna. Kemampuan kaunseling agak terbatas, dan dalam kes yg teruk, ubat sangat berkesan dan jalan mudah untuk keluar dari masalah ini.
SOALAN; Saya mengalami berat badan turun mendadak sehingga 10 kg
JAWAPAN; .Ya, kebanyakan pesakit anxiety akan mengalami penurunan berat badan dan selera makan. Ia disebabkan penyakit anxiety atau kemurungan menggangu emosi dan selera makan.
SOALAN; Alhamdulillah sejak 2 bln kebelakangan ni saya boleh mengawal keadaan walaupun kdgkala saya merasakan susah utk mengawalnya..perasaan takut pada kematian sebenarnya yg menghantui saya..pemikiran saya hanya tertumpu pada takut akan mati..walaupun da cuba sibuk kan diri dgn kerja namun pemikiran mengenai takut akan kematian menghantui pikiran..lebih2 lagi mendengar mengenai akan kematian sama ada dr kuarga atau d berita tv..mahu pun d mana2..jika d sebut mengenai perkataan berkaitan kematian saya akan jd gemuruh n pemikiran saya mula takut n kreatif befikir tentang hal tersebut..
JAWAPAN; Seperti saya katakana di atas, apabila seseorang telah sampai ke tahap penyakit, jika cuba mengawal diri tanpa bantuan doktor adalah amat sukar atau hampir mustahil. Kerisauan (worry) terutama tentang kematian adalah sangat kerap berlaku pada pesakit-pesakit anxiety dan kerisauan ini tidak dapat dikawal tanpa ubat dan rawatan doktor. Namun saya juga sedar, pesakit anxiety sesalunya takut bila kita mahu beri ubat dan selalunya akan merasakan ubat membuatkan mereka teruk
SOALAN; Fikiran saya lebih jauh kedepan maksud saya ialah saya selalu bepikir jauh kedepan mengenai masa akan dtg…saya jd sedih n nk nangis
JAWAPAN; Pengidap anxiety semamngnya cepat risau tentang pelbagai perkara dalam kehidupan walaupun perkara kecil. Mereka yg dalam personaliti perfectionist (mengharap kesempurnaan tinggi) kerap mengalami anxiety. Dalam keadaan berlanjutan jika penyakit anxiety ini tidak dirawat, ia akan mengundang perasaan sedih (kemurungan) dan tidak boleh bekerja. Tetapi anxiety tidak akan menyebabkan seseorang itu akan menjadi ‘gila’ seperti ketakutan yang ada pada salah seorang pesakit saya yang sedang menjalani rawatan. ‘Anxiety disorder’ dan Schizophenia adalah 2 entiti yang berbeza.
Selepas berhujah akhirnya ia bersetuju berjumpa doktor.
SOALAN; Saya mengharapkan idea n pandangan dr doc..dan hari ni saya akan jumpa doc psy buat pertama kali nya..mohon pencerahan dr doc..salam…
JAWAPAN; Alhamdulilah hari ini anda akan berjumpa doktor psikiatri anda. Semoga ini menjadi titik permulaan pada proses penyembuhan anda. Ini adalah langkah yang tepat. Jangan lupa rawatan moden juga adalah rawatan Islam iaitu mengikut landasan syariat Islam selagi tiada unsur syirik. Ramai yang berpandangan rawatan Islam hanya di kalangan perawat tradisional !!!
Semoga anda tidak malu mengemukakan pelbagai soalan tentang penyakit dan rawatan (treatment plan) pada doktor anda. Lebih banyak pencerahan dan pengetahuan tentang penyakit dan rawatan, lebih cepat anda sembuh. Wassalam. Ramli Musa
Mereka yang menetap di Kuantan boleh mendapatkan rawatan Pakar Psikiatri sama ada di hospital swasta (Kuantan Clinical Diagnostic Centre email saya ramlidr@yahoo.com untuk urusan temujanji) atau di hospital kerajaan; HTAA. Bagi mereka luar Kuantan, selaras dengan Malaysian Blueprint on Telemedicine Policy, sesi rawatan boleh juga dilakukan melalui atas talian.
Boleh baca lanjut di:
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Assalammualaikum doc..jika AD ni berkaitan dgn penyalahgunaan dadah cth pil extecy mcm mna?
As’salam prof,
Nama saya nora.
Saya ingin bertanya kepada Prof.
Saya baru sahaja keguguran pada awal tahun ini. Saya sering teringat dan sukar melupakan kandungan tersebut. Saya menyalahkan diri sendiri diatas kehilangan janin tersebut. Saya sibukkan diri dan buat aktiviti untuk melupakannya dan berjaya juga. Saya sekarang bekerja di dalam bidang yang saya rasakan kurang berminat. Disebabkan suasana kerja di tempat lama yang menyenangkan membuatkan saya terus bekerja walaupun tidak suka. Kini berada di jabatan baru dengan orang baru saya merasa tekanan kerana suasananya bukanlah seperti yang diharapkan. Saya mula merasa seperti semua orang bencikan saya, berkata buruk di belakang saya, seperti mereka sedang merancang sesuatu untuk menjatuhkan saya. Akibat dari berfikiran begini saya kerap kali jantung berdebar dan rasa ada yang tidak kena. Saya juga mula hilang minat, kerap kali sakit belakang, badan berangin dan muntah2. Pada waktu malam juga sukar untuk tidur dan terjaga2. Saya menjadi pendiam dan tidak tahu bergaul sedangkan sebelum ini saya gemar berjumpa orang. Saya hilang minat untuk berjumpa orang dan merasa berjumpa manusia yg lain membebankan kecuali suami dan keluarga. Saya juga hilang rasa percaya pada orang sekeliling dan mulai menyendiri. Disebabkan hal ini saya kembali teringat pada kandungan dahulu. Saya memutuskan untuk berhenti kerja tetapi merasa berat kerana saya merasakan diri saya yang bermasalah. Saya kerap berfikir inilah balasan saya untuk semua kesilapan sebelum ini. Saya mula rasa putus asa dan ingin mencuba kerja baru. Tetapi adakah dengan berhenti kerja dapat menyelesaikan masalah saya. Kerana perasaan seperti orang nak kenakan saya, nak buat atau sakitkan saya ini pernah muncul sebelum ini. Adakah ini juga bentuk anxiety? Saya mengambil ujian tersebut dan keputusan menunjukkan peratus yg tinggi pada keresahan dan kemurungan.
Kalau ini memang anxiety dan kemurungan. Saya hendak mendapatkan rawatan…
Salam,
saya rasa puan banyak symptoms kemurungan.
elok berjumpa pakar.
Tidak dinyatakan tempat tinggal
Salam dr..sy huda dr trg..nak tanya..sama ada sy ni ada simptom AD atau x… Sy selesa risaukan sy hilang org tersayang..selalu teringat tempt2 org tersayang meninggal…bila sy dengar org meninggal…bdn sy seram sejuk..mulut terkunci..tiba2 rasa takut…even tgok van jenazah pun sy mula rasa gelisah…selalu memikirkan perkara yg over setiap masa..contohnya…saya akan mati time tidur..mungkin saya mati bila kena langgar dengan kereta ..selalu terbayang perkara berkenaan kematian…selalu over worried akan keselamatan org lain…kdg2 rasa gelisah nak menangis tanpa asbab2 ..adakah saya ada AD?
Ya, anxiety
Assalamualaikum doktor..saya yuhaidah dr kuala lipis saya penghidap panic disoder..punca pmakanan dn stress.sy di diagnos pd 2015 smase mngndung tp gejala tu dr 2013 lg.smase mgndung sllu trsedar pkl 2 @3 pgi sesak nfs dn trs ke hsptl setiap kli jadi..bila di buat chekup sy normal dlm semua rutin dn oksigen dlm drh jg norml..slps dr itu sy drujuk ke psy..dn alhamdlulillah wlupn sy tidak mahu ubat sy berusaha kawal dri dgn terapi pernafasan yg tlj di ajar dr psy dn kaunseling..skrg masih berlaku secara on off jika saya tidk mnjaga pmakanan..ca tidak seteruk sblm ini yg bila berlaku sy terus tune Mati hihi..sy jg bersama2 dlm grup whatsapp anxiety bg mnyokong 1 sama lain..ttp sy ttp nk buat endoskopi untk mliht kshtn perut sy.skian trm ksh dktr ats pncerahan dktr mhon dktr dpt mmbntu tntg pmakanan yg mnyihatkn usus
Alhamdulillah jika kita rasa ok. Pemerhatian saya, selalu masalah anxiety tanpa ubat akan ada sedikit ganguan pd.hidup. ia tidak akan sembuh sepenuhnya dan kualiti hidup kurang berbanding mereka yg makan ubat dan terus sembuh..
Assalammulaikum..sy dri sabah..perkara ni dh lama jdi..cuma bru2 ni makin teruk..sy tak dpt kawal perasaan dan rasa berat bila bernafas skli dgn sakit dada..bila jdi mcm ni 1 je dlm fikiran sy..sy rasa nk mati..adakah sy ada panic disorder?..sy x pnah bjmpa mna2 doctor..
tidak dinyatakan DASS
maka jawapan saya;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Tpi skrng mcm mn
Assalamualaikum doc. Afiqah dari pahang. Saya dari bulan 2 haritu jadi takut resah gelisah, takut kepada kematian yg paling ketara, sampai sy menangis nangis takut, kalau denganr tntng kematian lagi sy takut. Lepas tu asyik nak marah anak anak, geram sangat rasa bila anak buat salah sikit pun. Adakah anxiety sy ni teruk doc?
Ya dan sila nyatakan keputusan ujian DASS
DASS akan beritahu jawapan
Salam doc , sy erna dri jb . Sy ada soalan , yg mengangu sy dri kecil smpai sekarang . Sy sangat takot kan air , smpai sy tk penah jejak kan kaki ke laut , kolam renang atau sebagai nye . Then sy akan gelisah kalau dpt thu ank2 nk mandi kolam atau air. Sy tros tk bg atau sy akan marah yg membuak2 .. Untuk prngetahuan doc , sy penah nmpk arwah pakcik mati lemas di laut . Sejak kejadian tuh. Sy sndri tk ke laut atau smue yg betkaitan dengann air . Smpai da kwen ada ank pon. Ank2 mmg sy tk bg ke laut atau kolam renang . Kalau sy tebaca budak lemas ke apa ke , jantung sy teros laju dan mnyebabkan dada sy sakit . Smpai nk tido pon sy maseh teringat2 .. Apa masalah sy yee doc ? Sy yg telebih takot atau trauma ? Kadang kesian dkat ank. Tp nk buat mcm mne , kalau sy lepas kan mandi laut atau kolam , comfirm2 sy yg tk senang ddok , takot apa2 jdik dkat mereka ..
Salam, kemungkinan besar “specific phobia”
Salam doc,sy nk tnya sy ni anziety or depresion or Skizfnia,tiap kli sy berada di sekolh jdi tkut nk brckp dgn org bila dirmh ok je,n now mkin teruk,bila org mrh sikit mudh sedih n tersnggung,cpt mrh,risau brlebihan,pning kpala,cpt ltih wlau x buat kje,time tdur bdn berat n nmpk lmbaga htm ditepi
Sila nyatakan ujian DASS
salam dr. sy ada masalah susah tidur waktu awal malam, sy mesti terjaga dalam 10 15min dan tak boleh tidur lagi hingga subuh. walaupun sy penat dan letih. ada je yg bermain dkt otak sy, nak cari itu buat ini, sy juga ada masalah ulu hati yg selalu sakit dan kadang2 bawa kepada nafas pendek, cemas, rimas, shaking, sy test score severe. sy x la negatif sgt, kdg2 je.
Seperti masalah anxiety. Boleh buat DASS score.
Assalammualaikum.. sy ada anak berumur 8 tahun… Sblm ni dia ok jer, sampai satu hari hujan lebat beserta guruh, 2 kali rumah sy blackout dan dia duduk lam bilik ketakutan sampai mr ketar dan payah bernafas, selepas kejadian tu time nak tidur dia akan rs susah bernafas, boleh dr bgtau apa masalah anak sy..
Takut la tu..
Assalamualaikum prof, saya wawa dr KL, saya sbnrnya dah lama mengalami simptom seperti terasa ada ular dibelakang saya ketika mandi, malah ketika tidur pada waktu malam pun sya terasa ular tu ada bawah katil saya. Dada mmg kerap berdebar2 selepas makan, kurang selera makan tp berat saya ttp naik, suka pendam masalah sendiri dan gemar bersendirian selepas pulang dari kerja walaupun sya sudah mempunyai anak yg msh kecil yg memerlukan penjagaan sya. Persoalan saya adakah saya salah seorg pengidap anxiety ini?
Salam,
Maaf symptom anxiety lain bagaimana? DASS score bagaimana?
Hanya ada 1 symptom shj. so far
PAUTAN POST BERKAITAN ANXIETY DAN KEMURUNGAN;
Bolehkah Kemurungan dan Anxiety keluar dengan tanda-tanda fizikal?
https://www.ramlimusa.com/apa-kaitan-tanda-tanda-fizikal-dan-penyakit-anxiety-dan-kemurungan/
Sedikit penerangan tentang anxiety;
https://www.ramlimusa.com/video-penerangan-tentang-rawatan-penyakit-anxiety/
Anxiety boleh sembuh dan ubat diberhentikan
https://www.ramlimusa.com/diari-hari-ini-sudah-sembuh-dari-penyakit-anxiety/
Langkah dan panduan mendapatkan jawapan pada banyak persoalan;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Banyak soalan-soalan berkaitan anxiety sudah saya jawab di sini;
https://www.ramlimusa.com/54-2/
Doc sya nak Tanya sikit,jantung sya denutan laju bila fikiran banyak,perasaan Saya takut ,kaki sya rasa Tak kuat,..bende nie berlaku selepas Akka ipar sya meninggal…perasaan Dan otak Saya fikir Saya pon akn dapt penyankit seperti dia Dan akn meninggal …malam² x boleh tidur rasa takut…relax x boleh…
Ini anxiety, sila DASS, apa result DASS?
Assalamualaikum Dr , saya Zahirah dari Kuantan . Saya menghadapi AD tahun lepas dan tahun ni serangan iali kedua atas tekanan kerja dimana saya sendiri tidak diberikan exact kerja yang perlu saya lakukan . Sehingga saya telah diberikan tarikh temujanji untuk berjumpa dengan PSY hasil dari keputusan saringan DASS yg baru dibuat kelmarin . Saya tidak rasa mahu berjumpa orang dan saya amat takut jika orang sekeliling persoalkan tentang kerja . Saya tak suka suasana yang bingit dan tegang , ia membuatkan saya mudah sakit kepada dan berasa ingin marah . Saya selesa duduk berseorangan didalam bilik gelap , dan menghabiskan masa hanya dengan tidur kerana saya rasa selamat dan selesa bila saya berbuat demikian . Hubungan dengan keluarga saya juga telah sedikit renggang . Saya suka menyalahkan diri jika berlaku apa apa yang berkaitan dan tidak kena dimata saya . Saya juga sering rasa diri saya tak berguna , kerana apa yang saya buat semua tak menjadi . Kadangkala , saya rasa elok saya tidak lagi berada atas bumi ni , supaya semua akan senang hati dan tak dibebani dengan masalah saya lagi . Dr , dengan apa yang saya ceritakan , qdakah saya masih perlu berjumpa PSY semula ?
Yup perlu
Hai zahirah..keadaan kita sama lah..sy skrg dh refer ke psy..à
Salam doc..saya fatihah saya nak tanya sye sering berasa takut dan lagi2 berkaitan dengan kematian..saya slalu terpikir akn kematian sampai trbawa dalam mimpi..saya tidak boleh tidur dan sering berada dalam ketakutan..bila hendak tidur saya tidak boleh bersendirian saya jadi takut dan terfikir benda bukan2..kadang saya rasa nak marah,kadang nak nangis..sudah lama saya merasa kan ni..adakah saya mengalami sistom ad?
Bagaimana DASS results?
PAUTAN POST BERKAITAN ANXIETY DAN KEMURUNGAN;
Bolehkah Kemurungan dan Anxiety keluar dengan tanda-tanda fizikal?
https://www.ramlimusa.com/apa-kaitan-tanda-tanda-fizikal-dan-penyakit-anxiety-dan-kemurungan/
Sedikit penerangan tentang anxiety;
https://www.ramlimusa.com/video-penerangan-tentang-rawatan-penyakit-anxiety/
Anxiety boleh sembuh dan ubat diberhentikan
https://www.ramlimusa.com/diari-hari-ini-sudah-sembuh-dari-penyakit-anxiety/
Langkah dan panduan mendapatkan jawapan pada banyak persoalan;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Banyak soalan-soalan berkaitan anxiety sudah saya jawab di sini;
https://www.ramlimusa.com/54-2/
Salam Dr.. Sy suhana dri Selangor… Sy ada mengalami 1 masalah.. Bdn jd brgetar n brdenyut..smpai bleh menyebabkn skit kepala.. Bdn 24 jam non stop brgetar… Sy ada baca tentang kematian.. Strt dari situ bdan sy jd xslesa.. Ada kah sy perlu brjmp pakar…
Sila baca;
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Assalamualaikum saya thirah. saya ada masalah yang sering terjadi gelisah cemas and rasa nank nangis tapi tak ada sebab. apa yang saya rasa skrrang adalah saya rasa dunia ni macam mimpi. Saya selalu pergi tempat tu. selalu saya berjalan dekat tempat tu. tapi saya rasa macam saya baru jejak tempat tu. and saya rasa saya dalam dunia mimpi. bnde tu yg membuatkan hati saya rasa lagi berdebar then buatkan saya nngis. saya akan sensitif bila ada orang tegur saya. contohnya dah makan?. da mandi?. kau oke tak?. bnde tu je pon bole buatkan saya nangis. saya rasa macam dunia mimpi. saya x rasa saya ni dalam dunia yang nyata. benda ni terjadi da lama sebenarnya sejak tahun 2017. tp time tu mmg sangat2 sukar umtuk saya kawal. sllu filir tengtang kematian. tapi skrg bnde tu dtg balik sejak beberapa minggu lepas time tempat kerja saya ade yg kene histeria. then bnde tu asik bermain main dalam pikiram saya sehingga saya dpt balik peraasaan macam nii. lagi2 bila dekat tmpt kerja. saya terus lost kosong and asik berpikir bnde yg sama. sampaikan saya semdiri pelik dengan diri saya. sebab saya jenis yang agak x boleduduk diam. bila saya dpt rasa ni saya terus lost saya terus jadi cmm org lain. Apa pandangan doc untuk saya sembuh?.
Anda ada symptoms anxiety. Malang tidak dinyatakan keputusan DASS yg sering saya sebut2.
Jika anda membuat DASS, di sana ada jawapan, dan anada tahu keterukan anxiety anda
Baca; https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Assalamualaikum doktor.
Nma saya nisa. Tahun ni patutnya saya SPM. Saya dulu pernah dibuli teruk dengan kawan2. Saya dipinggirkan. Saya selalu ingat, setiap balik skolah mesti kene kejar ramai tolak saya belakang skolah sampai terkoyak baju skolah saya. Kene tarik tudung sampai tercekik. Saya malu sangat sbb dpn orang ramai. Paling saya sakit sangat saya teringat muka2 yang tengok saya kene buli tapi xpernah tolong. Saya menangis setiap malam bila teringatkan balik. Balik skolah pulak masa tu family tgh tak baik. Asyik bergaduh setiap hari kdg saya menggigil sampai skrg bila dengar orang menjerit2 dan cakap marah2. Saya jadi cepat menangis bila orang buat mcmtu. Saya kene ejek mcm2 waktu skolah. Saya hilang kawan. Kene fitnah. Cikgu tak faham saya lagi diperdengarkan fitnah orang. Saya asyik kene denda. Saya rasa dunia tak adil. Saya rasa tak berguna. Saya rasa benci kat semua orang. Sampai satu masa saya ingat lagi saya makan tepi longkang kt skolah sbb taknak jumpa orang lain. Lepas dari tu saya jadi pendiam dan xpernah gelak. Mcm tipu takkan tak pernah gelak? Ye tak. Selama 3 tahun paling teruk lah saya rasa tapi saya tak sedar. Sebenarnya dari kecik umur 4 tahun saya dah hadap mcm2. Smpai lah umur darjah 6 dibuli teruk semualah. Masuk form 1 ada satu cg ni suka buat lawak kalau mengajar. Tapi saya tak pernah gelak dalam kelas sampai dia pelik sedangkan orang lain gelak mcm apa lagi. Start dri tu dia berkias dalam kelas cakap. Orang yang tak pernah senyum dan gelak ni lama2 makan diri. Hm dri situ saya tersedar dan cuba praktis senyum. Bunyi mcm pelik en? Tapi mmg betul dah lama xsenyum dengan gelak sampai kekok bila nak senyum balik kt orang. Tapi skrg. Jadi balik, kawan2 tinggalkan saya. Cg perli saya dalam kelas. Cakap saya tak pandai. Saya rasa terpinggir bila satu kelas dgn budak pandai. Ada yang baik. Baiklah. Saya rasa tertekan bila perlu belajar online dan tak boleh ke sekolah sbb corona. Kerja kursus pun kene buat sndiri tanpa cg ajar. Dan kene hntr 18 hribulan ni. Bertahun saya rasa sedih smpai tahap ni saya tak mampu dah nak buat mcm normal. Saya rasa mati lagi bagus. Stiap hari sblum tido saya akan nangis teringatkan kwn2 yang dh lama hilang dari hidup saya yang dulu selalu janji nak berjaya sama2. Saya rindu 🙂 slalu teringat muka cg yang ajar akaun. Cg kata saya tak boleh depan2 pengetua. Saya sedih sangt bila cg kata mcmtu. Kerja kursus kene hantar 18 hribulan ni dan saya masih di permulaan. Saya sedih sgt. Setiap kali saya tengok chat psal tu saya nangis teruk. Mcm ada orang mati. Saya akan ngis dlm sejam dua jam. Selebihnya saya akan rasa down. Saya rasa nak bunuh diri. Bila teringatkan smua orang. Apa yang orang kata kt saya. Saya cuma perlukan seseorang yang betul2 faham. Dan saya nak dduk kt tempat yang takde orang hanya beberapa bulan untuk bagi saya tenang. Saya baru saja tertoreh tangan tanpa sengaja. Saya tak sedar masa tu. Lepas dh sedar baru rasa sakit kt tgn. Saya betul2 celaru ngn perasaan saya sendiri. Hari2 saya fikir. Family kawan ngn pelajaran. Saya rasa lebih baik saya mati tapi dosa klau bunuh diri. Tapi kalau tak sedar mcm tdilah saya tertoreh tgn. Saya pernah hantukkan kepala kt dinding sbb saya rasa berat sangat dan xtaulah nak explain mcm mna. Saya harap doktor bole bantu saya sbb ni bukan diri saya. Saya jugak susah nak tido. Pernah saya tak tidur 2 hari. Dan kalau sehari tu paling awal saya tido pukul 3 setengah pagi. Tu pun lepas saya nangis2. Saya tak pernah cite kt family saya. Dan diorang tak pernah nmpk saya nangis truk mcmtu. Sbb saya slalu nangis kt bilik mandi saja sampai berejam-jam. Tempat yang xde orang lain. Saya rasa lega sikit bila dapat luah mcmni. Dan saya dah ambil keputusan untuk nak berjumpa doktor di hospital trdekat cuma saya takut sbb xpernh crita perasaan saya kt family. Dan fikirkan itu pun buat saya tertekan haha adakah diorang terima untuk saya berubat ataupun tak bagi dan kata saya tipu. Nak pergi sorang tak boleh sbb transport dan jarang kluar sorg. Hm saya rasa lebih ringan beban kt hati ni bila dpt luah. Kalau tak dulu selalu sangat sesak nafas dan sakit di blkg dada macm pikul beg berat.
Salam,
T kasih berkongsi kisah kehidupan dan menulis panjang.
Ia bermula dengan masalah ibubapa dan keluarga yg agak tidak harmoni.
Kemudian dibawa ke sekolah dgn isu buli.
Anda ada simptom kemurungan. Namun samaada serious atau tidak saya x pasti.
Tiada keputusan DASS test dinyatakan
Saya berpendapat elok anda mulakan jalan penyelesaian dengan berjumpa guru kaunselor sekolah.
Jika keadaan tidak baik selepas beberapa sesi, boleh rujuk ke hospital.
Anda kena kuat semangat dan jgn cepat mengalah
Sabar dan sentiasa ingat Allah. Semua itu ujian Allah
Setuju
Asalam prof saya nk tanye adakah pesakit anxiety sering sesak nafas / nafas tak cukup
Ya
Assalamualaikum saya HUSNINA dari Kedah.Saya ni pernah bercinta dahulu dan dikecewakan dengan cara yang terlalu teruk.Selepas itu,saya setiap malam menangis dan pada satu hari saya sudah berhenti menangis.Mungkin kerana saya sudah menerima kenyataan.Selepas itu kakak saya ada menyebutkan perkataan selekeh yang pernah bekas bf saya sebutkan.Saya tiba2 takut menggigil dan menangis.Kenapa ya.Dan ada jugak yang ingin bercinta dengan saya tetapi selepas saya menerima dia .saya perasan saya takut dan menggigil semula kenapa ya
Salam,
Spt selalu saya komen, Mohon dinyatakan ujian DASS di sini bagi membezakan reaksi emosi normal dan sebaliknya.
PAUTAN POST BERKAITAN ANXIETY DAN KEMURUNGAN;
Bolehkah Kemurungan dan Anxiety keluar dengan tanda-tanda fizikal?
https://www.ramlimusa.com/apa-kaitan-tanda-tanda-fizikal-dan-penyakit-anxiety-dan-kemurungan/
Sedikit penerangan tentang anxiety;
https://www.ramlimusa.com/video-penerangan-tentang-rawatan-penyakit-anxiety/
Anxiety boleh sembuh dan ubat diberhentikan
https://www.ramlimusa.com/diari-hari-ini-sudah-sembuh-dari-penyakit-anxiety/
Langkah dan panduan mendapatkan jawapan pada banyak persoalan;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Banyak soalan-soalan berkaitan anxiety sudah saya jawab di sini;
https://www.ramlimusa.com/54-2/
Assalammualaikum doc sy nak tye,bdan sy sllu mengigil,sering ketakutan,cemas,berdebar dengan kisah lampau sy,apa yg prlu sy buat ye
Mohon dinyatakan ujian DASS di sini
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Wsslam sma cam sya
Bagus Luvox perlu makan setiap hari. dose boleh naik ke 100mg itu biasa.
Clonazepam utk sementara shj
Salam , saya myra umur 24 ujian dass saya depression 10, anxiety 28 ,stress 20. Saya kerap rasa sakit dada bila serabut. Susah nak tido kalau bnyak fikir. Kerap jugak insomnia. Kadang2 saya nangis tak tau sebab dan mudah sensetif. Perlu ke saya kena makan ubat. Saya takut nak jumpa Doc , takut family saya tahu.
In shaa Allah di sini ada jawapannya;
Bab takut jumpa doktor, den tak dapat nolong.. nak buat lagu mana?
https://www.ramlimusa.com/dilema-tidak-mendapat-sokongan-ibubapa-untuk-mendapatkan-rawatan-apa-solusi/
Assalammualaikum prof sya ingin bertanya,pada suatu hari, di sekolah sya pernah tiba tiba berasa takut dan sya mula cemas lalu menangis sehinggakan percakapan saya tiba ii menjadi gagap .. adakah itu bermaksud panic attack?
ada kemungkinan, perlu ada tanda lain spt jatung berdebar, sesak nafas DLL
salam dr , saya nak tanya saya ni kalau tidur dengar something yang kuat saya akan terkejut , menggigil , berdebar , dan menangis tu kenapa eh ? selalu jadi time tidur je pastu berdebar nya lama pulaktu
Baca;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Puan apa masalah saya bila kepala saya asik fikir pasal makanan je tanpa henti tapi tak nak makan.asik nk mencari makanan and sekarang bila makan banyak rasa nk muntah.tapi saya paksa makan sbb rasa lapar.rasa stress bila fikir tapi tak tahu kenapa fikir cam tu asik mencari je.
Ia berkait dengan stress dan masalah Binge eating habit.
setengah org kurang stress dgn makan
Salam Dr…sy Isy, nk tnya sesuatu…sy ni selalu berasa gelisah & jantung selalu berdebar (berdegup kencang) dan tangan sya jadi menggeletar bila nak isi apa² borang…so sy just nk tahu apa punca jadi mcm tu ya & boleh X hilangkan rasa gelisah mcm tu
salam DASS tiada dinyatakan
baca;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Assalammualaikum Dr,
Saya hendak bertanya mengenai adik saya.
Adik saya sering sedih secara tiba-tiba sehingga mengalir air mata.
Haritu saya ada bawa dia pergi bercuti kerana dia kata stress belajar Dan strict family . Dia rasa rumah saya macam penjara. Jadi dia nak keluar.
Selepas pergi bercuti Saya lihat dia mula ceria Dan saya sudah buat Surat untuk berhenti belajar kerana dia sudah Tak mahu belajar.
Saya ingat semua itu dah selesai tapi sekarang jadi lebih teruk sehingga fizikal dia bergerak sendiri. Kepala, mata, tangan Dan kaki tiba-tiba bergerak Tanpa boleh berhenti. Hendak ambil sesuatu harus ambil Masa begitu lama kerana susah untuk pegang. Dia terasa penat Dan rasa gelisah. Doktor boleh bagi pendapat mengenai ini?
Terima kasih Dr,
waalaikum salam,
Sukar membuat interpretasi di alam maya dan lebih sangat sukar lagi bila melalui perantaraan org tengah.
Namun saya dapat merasakan dia memerlukan perhatian doktor kerana keadaan bertambah menurun.
Saya Roman. Hai Nora. Sakit kita macam sama lah.
Assalamualaikum, Saya Muhammad Umair berumur 17 tahun pada tahun ini dan tinggal di Rawang, Selangor. Masalah yang sedang saya alami ialah saya kerap menggeletar tanpa sebab contohnya, apabila ingin membuat sebarang perbentangan di hapadan kelas. Saya berfikir bahawa apabila saya mengambil sedikit masa, saya boleh pulih tetapi lebih teruk jadinya. Saya masih lagi mengalami masalah menggeletar, berpeluh dan jantung berdegup dengan sangat laju walaupun apabila guru meminta saya menjawab soalan di dalam online class. Tambahan pula, apabila guru meminta saya membuka kamera. Saya hanya tersenyum sambil mata bertakungan air kerana terlalu resah. Masalah ini baru sahaja berlaku sekitar selepas pkp yang pertama di mana pelajar2 boleh memulakan pembelajaran di sekolah semula dan kali pertama saya menggeletar adalah apabila saya perlu memberikan popcorn lebihan daripada majlis perkahwinan kakak saya kepada seluruh kelas dan juga ‘crush’ saya. Minta maaf tetapi saya bersumpah saya tidak pernah terlibat dengan cintanmonyet ini. Saya rasa mungkin ini sebuah trauma? Apa yang saya ingat, saya ini sebenarnya jenis yang suka membentangkan suatu perbentangan dengan sukarela, suka bercakap di hadapan dan saya menjadi pengawas kerana suka dengan tugas2 yang diberi tetapi sekarang tidak lagi. Saya cuba untuk mengawal masalah menggeletar dan jantung berdegup laju tetapi sangat sukar bagi saya. Apa masalah saya sebenarnya doctor? Saya berharap sangat doctor boleh membantu saya. Pada tahun ini, saya akan menduduki peperiksaan SPM dan berkemungkinan akan memasuki university pada tahun hadapan. Saya risau akan perkara yang akan berlaku di masa hadapan.
ujian dass saya 4.00 untuk kemurungan, 15.00 untuk kebimbangan dan 14.00 untuk skor stress
Salam,
jelas anda ada social phobia yg ketara.
Anda kini berubah 360 degree.
Baca post ini, in shaa Allah ada penyelesaian
https://www.ramlimusa.com/dilema-tidak-mendapat-sokongan-ibubapa-untuk-mendapatkan-rawatan-apa-solusi/
Salam doc. Saya nak tnya, saya selalu berasa seluruh badan bergetar, jantung laju, letih dan taklalu makan. Saya selalu fikir nak mati. Dan saya selalu juga baca tentang tanda 100 hari kematian tiba tiba rasa tanda tu mcm ada kat saya. Adakah saya ni ada penyakit AD?
Salam, Ya anxiety
Salam doc, bagaimana klau Saya apabila terlalu fokus atau senyap melakukan sesuatu kerja ataupun di tempat yang sunyi jantung akan berdegup laju Dan berpeluh Dan sejuk sejuk je badan. Bibir pun pucat. Adakah itu pun dikira anxiety atau penyakit lain?
Definitely anxiety response, namun sama ada ia penyakit, kena lihat indikator lain..
PAUTAN POST BERKAITAN ANXIETY DAN KEMURUNGAN;
Bolehkah Kemurungan dan Anxiety keluar dengan tanda-tanda fizikal?
https://www.ramlimusa.com/apa-kaitan-tanda-tanda-fizikal-dan-penyakit-anxiety-dan-kemurungan/
Sedikit penerangan tentang anxiety;
https://www.ramlimusa.com/video-penerangan-tentang-rawatan-penyakit-anxiety/
Anxiety boleh sembuh dan ubat diberhentikan
https://www.ramlimusa.com/diari-hari-ini-sudah-sembuh-dari-penyakit-anxiety/
Langkah dan panduan mendapatkan jawapan pada banyak persoalan;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Banyak soalan-soalan berkaitan anxiety sudah saya jawab di sini;
https://www.ramlimusa.com/54-2/
Salam prof, saya Ratifah drpd sabah. saya sblm ni ktika bsndrian tdk brsa takut atau sbgainya. tp pd 5hb feb 2020, kakak spupu sya telah meninggal. kbtupan arwah mnjaga saya ktika kecil. stlh itu saya asyik bfkir tntg kmatian, saya jg sllu mmbca tanda2 100 hri sblm kmatian. kmudian saya rasa mcm tnda2 trsbt ada pd saya. sya sllu bfkr yg saya akn mati dan itu mmbuatkan saya rsa bdebar dan takut utk bsndrian. dan lebih mmbuatkan saya tkut apbila saya menganggap yg pmikiran sya tntg tnda itu adalah betul. itu yg mmbatkan saya rsa lebih tkut dan bdebar. adakah saya prlu brjumpa dgn pakar? adakah ini mslh anxiety? mohon pncerahan prof ya.. thank you prof.
Salam, Hampir pasti ya anxiety,
Again saya akan tanya DASS score?
Hello prof, saya suda cek bkaitan DASS score. result nya stress 24 , anxiety 40 , depress 34 prof. jd mmg btl saya mnghdpi AD? atau bgaimana? mhon pncerahan prof.. thank youuu
Dr….maaf sy NK tnya…..sy dah hmpir 5 bulan gastrik n dah guna pelbagai ubat tp smpai skrg Blum hilang….fikiran sy bercelaru….sy Rasa tkde semangat,sy rasa mcm sy kena solat taubat sebelum tdo sy tkut mati dlm tdo….sy senang sngt2 terasa dengan semua org …..sy jgk tkleh org lain memghalang atau melarang sy terhadap alaa yg sy lakukan…sy Rasa sy dah tkde harapan….sy NK mkn pom sy tkut….adakah sy perlu rawat anxiety dulu untuk sy settlekan masalah gastrik Ni?
Selalu saya jumpa gastrik yg tak baik sebenarnya anxiety, boleh baca post2 says tentang anxiety. DASS result?
assalamualaikum doc..saya nak tanya..kalau sy takut nak presentation, nak tanya soalan, jawab soalan orang dkt tgh org ramai,sbb sy malu dan takut kalau saya salah dpn orang ramai..lpas tu tangan saya kerap gigil dan jantung sy sering berdegup laju kalau sy takut ..tapi kadang2 tanpa sebab gigil..Adakah tu SOCIAL ANXIETY DISORDER??
Boleh jadi tidak, kecuali keadaan sangat teruk
Sama macam sy.. Skrg sis okey ke…
Sama.. Skrg sis dh okey ke..
Salam doc. Saya nak tnya, saya selalu berasa seluruh badan bergetar, jantung laju, letih dan taklalu makan. Saya selalu fikir nak mati. Dan saya selalu juga baca tentang tanda 100 hari kematian tiba tiba rasa tanda tu mcm ada kat saya. Adakah saya ni ada penyakit AD?sy jadi gelisah, menangis,bdan trasa begetar 24 jam…bleh dr bg pendapat..sy jd nk buat keje n brdepan ngn owg sekeliling pown rasa xnk…
Sy boleh cadangkan sesuatu untuk AD pemula .. contact sy 01137800874
Hanis, apa yg berlaku kt awak sama mcm sy. Kaki jd sejuk, bdn asyik lemah je. Risau sgt😩😩
ada no fon tak nk tanya something ni , pls
No tel. tidak sesuai dlm etika
Assalammualaikum Doc. Sy sebelum ini normal. Bermula dari 12 February, sy mendengar berita tentang kematian ibu saudara dan berita kematian selebriti Malaysia. Bermula dari saat tu, sy terus jadi takut akn kematian. Sy seakan sesak nafas, tangan jadi lemah sedikit, kepala rasa ringan, dada rasa sesak, dan di selubungi rasa takut. Pada waktu mlm, sy tak boleh tidur lena, kadang2 terbangun dan terus terjaga dan tidak boleh tidur sampai subuh kerana takutkan kematian sampai satu tahap bahagian dada mula rasa sakit sikit dan sesak utk bernafas. Sy takut untuk tidur keseorangan kerana asyik terfikir akn perkara itu. Sy sebenarnya pernah bekerja namun setelah kontrak sy tamat pada bulan December 2019, sy menjadi penganggur dan mula rasa tertekan. Sy pernah ke klinik berdekatan, namun doc yg memeriksa sy kata, sy ni ok, tak ada yg perlu di risaukan. Asthma pun tak ada. Dia pernah tny tentang ketidakstabilan hormone sy, sy ckp tak tahu. Dia recommended sy ke hospital untuk check hormon. Adakah sy dlm kategori anxiety juga ?
Salam,
Ya anxiety, buat DASS utk kepastian
Salam doc. saya adila dari kedah
Sya pernah alami sesak nafas yang teruk dalam penerbangan sehingga diberi bantuan oksigen oleh ank kapal.
Ketika saya berada di kawasan sejuk cth, cameron highland, jika saya berjalan menaiki bukit yg lebih banyak bernafas( sedut udara sejuk) dada akan ketat dan sesak nafas juga.
Di rumah juga selalunya bila tidur dalam aircond, akan sesak nafas. Begitu juga jika ada bau busuk yg kuat @ wangi yang kuat, sya akan mengalami sesak nafas.
Rasa sesak nafas seperti nak putus nyawa. Dada rasa sakit dan nafas sgt pendek. Tercungap2.
Selalunya sya akan menghindar diri dari perkara2 yg mmbawa masalah itu….
Tapi kalau dalam plane apa yang boleh saya lakukan doc?
Saya sebenarnya sakit apa?
Terima kasih
Panic attacks panic disorder
assalamualaikum prof
nama saya diana, ber asal dari limbang sarawak. saya bak tanya ada kah saya mempunyai general anxiety disorder. pada awal bulan 4, saya rasa badan sejuk, rasa resah, tak tenteram duduk. asal makan terus rasa sesak nafas, sakit perut dan setelah itu saya akan muntah. ini belarutan selama 2 bulan. badan saya susut 12kg. pernah jumpa doctor, mereka buat endoscopy perut normal tak de apa. sekarang ne makan alhamdulillah be ansur pulih. tetapi masih rasa tak tenteram, resah terutama sekali menjelang maghrib. selalu pening. tidur malam pun susah, sebab dok fikir sesuatu terjadi ketika tidur. memang perut akan rasa seram sejuk.
Salam,
setuju, anxiety. agak ketara kerana hilang berat badan sehingga 12 kg.
Salam Dr…sy syahmi pelajar universiti tun Hussein onn….masalah sy adalah terlalu risau bila menjelang petang kerana sebelum ni sy Ada gangguan bila masuk waktu asar sy susah bernafas…..skrg Ni sy tiap2 Hari berfikir sehinggakan sy susah nak bernafas bila waktu petang….adakah sy Ada anxiety disorders?
Boleh lihat symptoms yg dinyatakan
Boleh lihat symptoms yg dinyatakan
Assalamualaikum Dr.. Saya Nasuha dari Muar, Johor.. Ibu saya baru saja menghidap gerd&anxiety.. Saya ingin bertanya 2 soalan, bagaimana cara untuk kembalikan keyakinan beliau? Soalan yang ke2 pula, macam mana cara untuk mengawal emosi tu? Terima kasih, Dr..
Salam,
Yg penting kena rawat anxiety dahulu. Keyakinan diri datang kemudian. Tanpa kawal anxiety tak akan ada keyakinan
Assalamualaikum sy nk bertanya sy sering berdebar bila makan dan sukar menelan dan lepas mkn seolah sy rasa mcm tercekik blh sy tahu adakah ini AD sbb sy x pernah alami penyakit ini
Nyatakan ujian DASS di sini
Salam doc. Saya mempunyai ciri anxiety tersebut. Tetapi saya boleh kawal lagi perasaan itu. Saya ingin bertanya adakah anxity mempunyai ubat atau supplement dijual di farmasi atau klinik.
Ubat dan suppliment berbeza. Ubat bagi saya adalah antidepressant. Perlu pakar
Salam , hye doc . Sy zyra dari melaka . Sy nak tanya . Adakah dengan pengambilan sesuatu ubat boleh menyebabkan anxiety ?
Salam, boleh jadi, ubat apa tu?
Saya juga berpunca dari makan ubat , sy ada masalah jerawat , pergi klinik gov doc bg ubat untuk jerawat dia kata, nama ubat sy lupa, tapi lepas makan ubat tu mmg akan pedih perut, doc tu juga ada pesan yg ubat tu kuat, kena makan nasi sebelum mkn ubat tu, tapi dalam sebulan lepastu sy selalu pedih perut, kembung perut dan dari situ juga sy dapat anxiety sampai sekarang
Assalamualaikum Dr…. Saya Noraini dr Kuala TERENGGANU. Saya nak minta pandangan Dr mengenai penyakit yang dihidapi oleh ibu Saya. Berdasarkan pembacaan Saya melalui google Saya dapati ibu Saya mempunyai tanda2 penyakit anxiety
Salam,
Apa jawapan saya boleh tulis?
Salam dr..sy huda ..nak tanya..sama ada sy ni ada simptom AD atau x… Sy selesa risaukan sy hilang org tersayang..selalu teringat tempt2 org tersayang meninggal…bila sy dengar org meninggal…bdn sy seram sejuk..mulut terkunci..tiba2 rasa takut…even tgok van jenazah pun sy mula rasa gelisah…selalu memikirkan perkara yg over setiap masa..contohnya…saya akan mati time tidur..mungkin saya mati bila kena langgar dengan kereta ..selalu terbayang perkara berkenaan kematian…kdg2 terbayang keadaan sy akan mati bagaimana…selalu over worried akan keselamatan org lain…kdg2 rasa gelisah nak menangis tanpa asbab2 ..2) pernah terjadi sy stuck di tepi highway disebabkn kereta rosak pd waktu malam..dan tingkp kereta tak boleh diturunkn…dan disebabkn sy rasa takut..sy bernafas laju sehingga kawan sy kata dengar sy bernafas kuat…adakah saya ada AD?
Ya
Salam Dr sy nak tnya adakah sy perlu rawat anxiety dulu atau pun gastrik here dahulu ?
Assalamualaikum dr. Sy merupakan seorang pelajar. Sy nk tanye knp sy sering terlampau risau terhadap sesuatu perkara tetapi bagi orang lain masalah yg sy risaukan itu bukanlah masalah besar ..perasaan risau ini telah menyebabkan saya sedih, dan rasa seperti hendak berseorangan apakah masalah sy dr.
Soalan simple begini bagaimana saya nak jawab?
Cuba baca semua post saya tentang anxiety
Saya Afiq, dari kl
Saya sblm ni pernah buat rawatan pakar tahun lps dan skrg tidak lagi pergi ke hospital atas sebab tertentu, ubat² yg pakar bagi saya buang bila ambil ubat jadi lagi stress dan jadi putus harapan utk sembuh. Lebih 5 tahun hadapi masalah kemurungan dan penyakit eczema, kemurungan saya berperingkat sampai lah ia melibatkan akidah(agama) dan masalah yg lain. Adakah ni normal doc??
as salamualaikum, tidak
assalammualaikum
sy disahkan menghidap mdd dan diberikan ubat sentraline 100 mg,tetapi ubat itu menyebabkan saya sukar untuk membuang air kecil…..sudah beritahu dr tpi dr kata x de kene mengena dgn ubat tu…..saya pernah berhenti mengambil ubat tersebut dan 2 hari selepas itu saya dh boleh buang air kecil dgn biasa dan saya ambil semula,terus perkara sama terjadi
Waalaikum salam,
Mungkin doktor ini tidak tahu fakta side effect of antidepressant salah satu adalah anticholinergic iaitu boleh membuatkan susah bung air kecil. Side effect ini jarang berlaku tapi boleh
Aslm dr. Saya selalu rasa susah nk tidur. Setiap kali nk tidur saya rasa berdebar, susah nak bernafas dan badan pn jadi menggigil. Kadang² rasa nak muntah. Saya terpaksa mkn ubat yg mengantuk supaya saya dapat tidur… Ap mslh saya dr?
Sounds anxiety
Aslkm doktor, sy harun, sy seorang pengajar, dan sy pun ada masalah tido bila dngr pintu tutup pun sy aian terkejut, jd sy terbaca sound anxiety, adakah cara untuk sembuh, kerana ia mengganggu tidur sy dan otak terus berfikir yg mn sy sendiri tidak tahu , disebabkan mudah terkejut sy jadi seoerti lemah semangat, dan ssmpai satu tahap sata rasa berjln srperti atas bot, selepas sy mkn ubat prazovex 0.5mg doktor bagi, rasa naik bot hilang dan tido pun betkualiti, tetapi saya perasan bila sudah petang mgkn kesan ubat dah tiada, sy jd kurang bersemangat dan blk rumah nk tidor sblm asar mmg jadi lg letih, bila mlm nk tido srlalu terkejut bila dngr walaupun sudu terjatuh sy akan terkejut n berdebar2. Sekiranya sy mkn ubat ay blh tido dan bgn pagi segar dan boleh bekerja bila kesan ubat tiada sy hendak mengajar pun akan terganggu . Dengar bising pelJar dan bila sy lontarkn suara sy utk cakap kuat sy dengar suara sy sendiri dan gemuruh dan jadi penat dan panic yg tak tahu kenapa.. bokeh doktor bantu sy? Sy tinggal di port dickson.
saya sudah jawab melalui email, walaupun pd mula saya tak suka membalas email berbanding membalas di sini
Assalamualaikum, Prof. Saya Noor dari Kltn. Saya alami sakit ni bermula bulan Nov 2018 yang lalu. Sebelum ni pernah sakit ni jugak 8 tahun yang lalu. 8 tahun yang dulu (2010) saya pernah alami perasaan yang takut akan kematian sebab dirasakan dosa yang banyak sampai terfikir tuhan tak ampun dosa & rasa benda tu. Hati berkata-kata sampai mengatakan diri ni sesat & berada dalam neraka selama-lamanya. Sampai 1 tahap rsa takpelah kalau mati pun, takdir tuhan untuk aku macam tu. Beberapa bulan lepas tu saya bangkit balik dengan semngat sebab nak kawin. Lepas kawin, rasa hilang semua tu. 4 tahun leps tu pada tahun (2014), benda yang sama menyerang seolah bersangka-sangka pada Tuhan. Tanda-tanda tu rasa sebelum g umrah. Berlarutan sampai berbulan-bulan. Then bangkit balik sebab usaha untuk dapatkan anak. Now (2018), benda yang sama berulang balik dengan fikiran yang duk flashback yang lama-lama dari kecik sampai besar. Hati yang tak berhenti berkata-kata benda yang negatif. Tapi kadang-kadang ade jugak yang positif. Bila semua keadaan ni berlaku saya jadi sangat sedih, hari-hari menangis. Dirasakan diri ni negatif, tidak disayangi, dibenci. Saya tetap buat suruhan tuhan walaupun kadang rasa diri ni seolah terpesong. Masih berpegang Allah tu Maha Pengasih & Maha Penyayang. Diri ni rasa terhipnosis dengan kata-kata orang. Banyak join seminar & majlis motivasi tapi kenape masih tak boleh move on untuk apa yang berlaku kali ketiga dah ni. Saya jadi baran dengan anak-anak. Padahal anak-anak saya masih kecil lagi. Tengok orang lain boleh tenang, bahagia, kenape diri sendiri tak boleh macam. Macam mana saya nak positf balik & lari dari kata-kata hati yang negatif & fikiran yang menipu ni. Apa yang saya hadapi. Sayang rasa lemah, pening setiap kali bangun pagi. Rasa takde semngat untuk teruskan hidup tapi bila pikir mati rasa takut. Ade rasa nk bunuh diri & putus asa dengan diri. Selalu doa jugak. Allah Maha Mendengar. Tlg saya Prof. Saya nak keluar dari keadaan ni. Saya nak keluar dari kelemahan, ketakutan, keresahan, ketidakyakinan pada diri, kemalasan. Kadang rasa diri ni membahayakan diri sendiri dan orang lain. Kalau ikut seminar yang pernah dihadiri, berhenti jadi “tuhan”. Berhenti dari keakuan diri. Saya nak tenang, bahagia.
Assalamualaimum prof. Sya noor dari Kl. Saya ada perasaan risau yang melampau sejak zaman sekolah lagi. Tapi baru-baru nie saya mengalami dada berdebar, tangan bergetar, takut tiba-tiba, jantung laju, seram sejuk,sayu dan sunyi dan perasaan sedih secara tiba-tiba. Perasaan takut mati selalu bermain dalam fikiran saya walaupun saya dah cuba untuk tidak fikir sampaikan saya jadi suka menangis, takut nak kemana-mana, takut tinggal sorang-sorang dan tak boleh dengar anak menangis. Adakah sya ada anxiety prof?
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-ban…n-soalan-di-sini/
Assalamualaikum doc, saya Siti berasal dari Sabah. ketika ini saya sedang bercuti di rumah tetapi jantung saya berdegup kencang seakan-akan risaukan sesuatu walaupun tiada yang perlu dirisaukan. saya sering takut bila memikirkan hal yang belum terjadi kerana saya selalu membayangkan yang saya akan gagal. saya juga selalu mengelak dari orang atau situasi yang boleh menimbulkan perasaan gelisah. saya suka menetapkan peraturan untuk diri sendiri dan merancang apa yang perlu saya lakukan/katakan sebelum berada di situasi sebenar agar saya tidak bertindak diluar kemahuan saya.. saya tidak mahu orang berfikiran buruk tentang saya. jika saya melakukan kesalahan, saya akan bersedih dan berasa bersalah secara berlebihan selama lebih kurang seminggu.. semasa membuat kerja pula, saya sangat teliti dan cenderung memeriksa kerja yang telah siap berulang kali untuk melihat jika ada kesalahan yang saya lakukan dan hanya akan berhenti apabila merasa kerja yang saya lakukan itu telah sempurna. adakah ini tanda-tanda anxiety disorder?
Ya
Noor sy penah alami benda yg sama 7 tahun lepas .. alhamdulillah dah pulih sepenuhnya untuk tempoh Masa 7 tahun … But now penyakit nie datang balik .. tp xberapa serius sebab dah boleh kawal… Faktor datang balik sebab kerap mimpi buruk .. rasanya sy dah beralih kepada nightmare anxiety… Tp Alhamdulillah semangat yg kuat sy dapat kawal lg buat masa nie selalu berzikir … Sy Ada suggestion pada orang yg selalu alami jatung bertub pantas .. so pada sapa2 yg nak tahu whatapp sy ye .. 01137800874 amza
Salam doc. saya min dr sarawak. bermula kisah saya semasa balik kerja nak masak. so saya tengah ptong ayam, tetiba rasa lain mcm pegang pisau. muncul fikiran negatif nak try cuba hiris isi tangan sendiri. sampai tluka tangan. selepas menyedari perbuatan tersebut, jantung saya terus bedebar x brenti dgn keringat. tgn kaki jd seram sejuk. malam tu pg emergency doc bgtau kena AD dan diberikan pil clonazepam dan fluoxetine. selepas mkn pil tersebut, sya rasa sakit makin teruk dan saya kelihatan sasau. sya xdpt tdo mlm wlpun diberi pil tido, saya akn bgun setiap sejam.kulit saya mjadi radang. hidung saya kerap sumbat ketik tdo. perjumpaan kali ketiga bersama doc, doc mgesahkan saya mengalami ocd. dia srh saya teruskan ubt tersebut dos yang blainan. doc mgesahkan saya bkn pghidap AD. tp sya kerap berasa resah, bila muncul perasaan tersebut perut saya terus memulas dan kerap kali membuang air besar. kejadian ini dan hampir 3 bulan saya alami. wlpun ada nampak pulih dr sbelum, saya mempunyai satu pmikirana ybg sering muncul di fikiran saya iaitu saya trauma nak ke dpur. shingga ada ketika seolah2 memaksa saya mengulangi kejadian utk mlukakan tgn saya lg. saya cepat2 mgelak wlpun ktika tersebut dada saya bdebar dan otot bdn saya mulai lemah. saya trauma bila dgr org sebut darah atau tengok org tgh potong sesuatu d dapur. sehingga sekarang saya x sentuh pisau dan ada cuba2 nak memasak. bila dah terpandang pisau seolah2 ada satu di fikiran myuruh saya membuat sesuatu yg buruk. saya jadi fobia bila saya dan anak2 berada d dapur takut terjadi sesuatu yg tidak diingini dengan emosi saya yg tak stabil. skejap nangis skjap marah dan sya sendiri xdpt mgawal kdaan tersebut. kdaan smakin teruk bila saya cuba utk berhenti merokok. saya ingat semua ini bpunca dari nikotin rokok. kdaan menjadi parah bila saya stop mrokok dan stop pengambiln kafein. sya dh puas cuba cara tradisional dan ruqyah. saya buntu. adakah saya btul2 ocd atau panic attack ada saya kategori trauma. tq
nature penyakit OCD adalah agak liat. Kena rajin makan ubat antidepressant, CBT, dan azam diri
Assalamualaikum Prof..harap Prof boleh balas komen saya… Saya Rin dari Kangar.. Saya tak pasti saya mengalami Anxiety disorder atau tidak tapi… Saya sering gelabah dan menjadi cemas bila ada orang buat kesalahan walaupun kesalahan tu hanya kesalahan kecil.. Disebabkan perkara tersebut saya sering diperlekehkan oleh kawan saya yang saya ni seorang yg tidak relax..saya jugak sering terasa dan tidak boleh mendengar tentang apa yang orang cakap pasal saya.. Bila saya dengar automatik saya akan down dan terus mempersoalkan kelemahan diri saya…walaupun saya ada kawan-kawan yg berikan semangat saya masih fokus terhadap perkara negatif..saya juga tidak boleh jumpa benda yang saya takut seperti ulat,binatang berbisa seperti lipan.. Jika saya terjumpa mesti saya tidak akan berjalan dengan normal dan sentiasa menjerit kerana merasakan ada benda yang sentiasa melata di kulit saya… Saya juga sering mengamuk bila saya dilanda panik atau cemas.. Kadang-kadang saya menangis dengan tiba-tiba..boleh prof jelaskan
Salam,
Memang tanda anxiety yg ketara.
Buat DASS
dan baca semua post saya berkenaan anxiety
Assalam dctr,sy lien dr perak.sy slalu rse risau gelisah dan brdebar sy penah pegi kaunseling dan kaunselor ckp sy xperlu ubat sb sy masih blh drive pakai pn elok2.cuma sy slalu fikirkn tkut jd hlg waras.sgt2 tkut jd gila atau ape2..
sila nyatakan ujian DASS di sini
Assalamualaikum prof saya Rina dari perlis. Saya nak tanya prof tentang apa yang saya alami. Harap prof boleh jelaskan,
Sejak kebalakan ni saya selalu rasa resah secara tiba-tiba. Saya sendiri pun tak tahu kenapa. Perasaan tu macam tiba-tiba menyerang saya. Selalu jugaklah saya rasa mcm tu kebelakangan ni. Tambahan bila saya berada di kawasan yang ramai orang. Bila saya cerita benda ni kat kawan saya, kawan saya akan bagi nasihat. Tetapi saya langsung tak berpuas hati dengan nasihat mereka. Saya selalu fikir yang diorang tak faham saya.
Sejak kebelakan ni saya macam jadi lebih cepat marah dan cepat terasa walaupun hal tu kecil. Kadang² sampai kawan saya tuduh saya ni gila lah.. Tak betul lah.. Makin lama saya rasa macam makin tak boleh control.
Saya jugak selalu bersendirian. Kadang-kadang rasa macam bersendirian lebih baik..tapi kadang kalau saya bersendirian saya boleh mengamuk dengan tiba-tiba.
Saya ada buat Dass test..ketiga tiga skala menunjukkan keputusa sangat teruk.
Saya minta maaf jika ayat saya berterabur. Tetapi saya harap prof boleh jelaskan sebab saya tak tau nak cerita pada siapa.
Salam,
Ada simptom anxiety dan social phobia. Selalunya anxiety yg teruk akan mendapat kemurungan, spt menyendiri. Jumpa doktor
Assalam doc.. sy pelajar smk dh nk masuk uni this year, sy ada masalah takut melampau, sampai bunyi angin pon sy takut, selalu jugak la nangis kadang dlm sebulan tu setiap hari nangis tanpa sebab, sy selalu shaking and sakit kepala, sesak nafas tk teruk sgt, selalu berpeluh and cirit birit, contoh hrtu sy nk pegi kelas, sy akan sakit perut and cirit birit sampai lemah longlai tk blh nk pegi sklh dh, kadang sy buat something tanpa sedar, maksudnya sy tgh baca buku atau solat tp tau2 dh habis, kadang sy cakap tanpa sy sedar, dlm kepala fikir lain tiba2 mulut sy bercakap, sy ade imaginasi agak tinggi, sy selalu juga overthinking and bimbang sampai menangis, tkpon menangis tanpa sebab, lastly badan sy tk blh duduk diam contoh kaki asyik nk goyang, tgn mesti nk buat something cam main kuku ke, byk lagi la.. so patut ke sy pergi hospital untuk consume any ubat? ape pendapat doc?
Salam,
Semua itu tanda anxiety,
Sila buat DASS utk kepastian. dan baca post saya “Bila perlu jumpa doktor”
Result dass untuk anxiety agak tinggu
Assalamualaikum sy syah..sy nk tnya sy sering rasa cemas sbb sy rasa mcm ade ketulan dlm kerongkong..dn bila cemas tu dtg sy rasa bdn sy gigil dan seram sejuk nafas pendek jntung laju adakah sy mengalami panik attact
Assalamualaikum dctr.sy ade masalah anxiety.sy takut jd gila..mcm mne sy nk brhdapan dgn perasaan tu.sy sgt2 cemas dan takut
noted. Soalan?
askum doc sy sebenarnye beberape bulan lepas doc cas sy anxiety..bile sy mkn ubat to sy terus ok..tp lepas sy berhenti mkn ubat to sy mlm x bole tido..dlm kol 1 atau 2 pagi mesti bgn dan dada sy mcm di koyak2.x tahu mane dtg sakit to dan gelisah doc yg merawat sy to kata dia rawat pesakit selalunye 3 bulan je..tp sy tetap x elok lg..ape yg patut sy buat
Ubat to ubat apa?????
Salmkm.. Dr. Sy syed umjr 27 tahun sy mengalami insomnia dari bulan oct tahun lepas.. Fikiran sy melayang sy merasakan diri sy ni tidak benar dan suasana yg sy lihat ini semuanya baru dan lain dari yg lain. Kerisauan sy berat badan sy trun 12 kg dan adakah tepat jika sy di rujuk ke pSy bukankah sy sepatutnya di rujuk ke bhgian Gastro… Mhon. Dr dapat menjawab
Maaf DASS tidak dinyatakan. Simptom pun ringkas.
Baca:
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Kena rawat anxiety dulu, baru masalah dadah. Atau serentak tapi fokus pada anxiety dulu
Kena rawat anxiety dulu kemudian dadah. Atau serentak namun perhatian diberi pd anxiety
Salam bro, blh chat saya tak, saya sama simptom dengan bro 0183590942
Saya 6 tahun ngidap panic desorder..IA datang terlalu kerap..bagaimana ini docter..bantu saya
baca;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Assalam doktor , sy mey dr perakk .. Sy ni mmg ade msala anxiety disorder dann hyperthyroid , sometime sy ade asma jugak cuma sy kurang pasti sama ada effect dr anxiety atau dr throid .. Sy jugak ade eczema , 2 taun lepas sy ade inward hospital Teluk Intan berkenaan eczema .. Simptom² tentang anxiety tuh sy rase doktor lebih tau dann sy pun tak na lg ulang dgn cerita yg sama .. Sebelum ketara sakit sy ni , sy seorang yg pendiam dann kurang bercakap dlm family.. Sy mmg suke mengasingkan diri dann lebih selesa sorang² .. Lepas adik perempuan sy meninggal dpn mataa sy dann di ikuti abg sepupu sy pulak ninggal , sejak dr tu sy berubah personaliti .. Sy jadi bertambah agresif dan pernah mencederakan bekas suami sy serta kawan lelaki sy² tikam menggunakan gunting tajam dan screwdriver .. Malah sy kerap mendengar bisikan di telinga .. Sy kerap nampak makhluk halus .. Utk pengetahuan doktor sy tak pernah refer mana² hospital pon tentang sakit sy ni dan sy jugak tak pernah makan ubat .. Persoalan nya sekarang , adakah sakit sy ni tahap yg kritikal .. Dann adakah sy ni di kategori kan kurang waras .. Sy ada masalah trust issue dgn org sekeliling even family sy sendiri .. Dunia sy hanya dlm bilik ..Nak cerita lebih terperinci , sy takut doktor bosan pulak nak baca komen sy yg panjang mcm karangan ni .. Apa tindakan susulan yg perlu sy buat untuk mengelakkan diri dari terjadi perkara yg sama lg doktor?? Sekian itu saja , terima kasih doktor.. Jika doktor sudi contact lah email sy supaya sy boleh bercerita lebih lanjut lg .. Maaf kalau doktor tak faham dgn soalan sy ..
salam,
indikator ada hallucination spt mendengar suara serta mencederakan org atau diri sendiri memberi ganbaran perlu perhatian serious dari doktor.
spt dinyatakan di sini;
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
HAI doc saya murid tingkatan 4 tpii saya selalu gementar masa cg panggil saya depan kelas..kalau saya baca tu suara saya menggigil atau saya baca laju hmm macam mana ni kalau saya nak tanye soalan tu pun saya takut dijudge oleh kawan sekelas ..saya ade trauma dulu..saya taj berapa okay dengan kawan kawan..saya merupakan peljar aliran sains
ia adalah masalah social phobia.
next kena tahu keterukan
boleh baca;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
waalaikum salam, En Nizam,
Saya kurang jelas apa maksud soalan EN. Kaitan bagaimana?
Jika anxiety Disorder disebabkan pil ektasy, kena berhenti mengambil pil ini.
Jika seseorang mengambil pil Ektasy utk kurangkan anxiety, ia tidak berkesan malah menerukkan keadaan.
Assalamualaikum doktor, saya loqman, saya hendak tanya, penyakit saya 1. sesak nafas secara tiba2 pagi petang ataupon malam, sama ada saya sadang tido saya bangun terus rasa sesak nafas. Bawak motor tengah duduk tiba2 pnyakit datang. 2. Hilang selera makan sampai 1 hari makan 1kali sahaja saya makan. 3. Mata saya macam kabur kabur bila tengok enset cahaya telifon lagi kabur dibuatnya dan kena silau mata saya menjadi kabur. 4. Badan saya menjadi lesu lesu dan lemah. 5. Kepala saya pusing sahaja. Apa yang perlu saya buat ye doktor? Saya duduk di melaka.
Salam Panic disorder. Jumpa pakar
DR.Nama saya Noor Shamsuri berusia 59 tahun. saya mengalami penafasan sejuk seperti menyedut udara di tempay sejok dan kemudian saya berdebar debar seperti memikirkan sesuatu tetapi sebenarnya tidak. yang saya fikirkan dan kemudian rasa mcm sukar bernafas. situasi inibjuga berlaku apabila saya makanan yang pedas.bagaimana kah cara nak keluar dari situasi ini.boleh kah penyakit ini dirawat.tolonglah saya. saya tk mau jadi gila diusia ini.
Maaf DASS anda pun tak dinyyatakan
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Assalamualaikum dr,
Sejujurnya saya sendiri tak tahu masalah yg dihadapi.Saya sering merasakan apa yg terjadi skrg ni disebabkan saya sendiri dan saya rasa ada something wrong tak kena dgn diri saya.Saya jenis yg overthinking even benda tu kecil di mata org…tapi berat bagi saya…dan bila saya trllu berfikir buatkan saya rasa loya nak muntah…Keadaan ni jadi teruk bila saya ada dkt asrama..tangan rasa ketar..dada sakit dan sukar untuk bernafas hinggakan saya prnah cuba utk cederakan diri tapi tak berjaya..Setiap kali buat ujian dass even dkt sekolah or online…skor saya mmg agak teruk…Tak lama lagi nak SPM tapi saya mula hilang fokus,nak study pun kepala rasa mcm nak pecah ja dan kerap lupa…hinggakn hw pun lupa..sblum ni tak pernah mcm ni tp kli ni rasa mcm dh teruk sgt lupa tu..
Apa pndpt doktor?saya ja ka yg rasa ni tak kena ataupun stress yg normal ja ni
salam,
di sini diterangkan bila keadaan yg dianggap serius dan perlu jumpa doktor;
moga manafaat
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Assalamualaikum dr,
Sejujurnya saya sendiri tak tahu masalah yg dihadapi.Saya sering merasakan apa yg terjadi skrg ni disebabkan saya sendiri dan saya rasa ada something wrong tak kena dgn diri saya.Saya jenis yg overthinking even benda tu kecil di mata org…tapi berat bagi saya…dan bila saya trllu berfikir buatkan saya rasa loya nak muntah…Keadaan ni jadi teruk bila saya ada dkt asrama..tangan rasa ketar..dada sakit dan sukar untuk bernafas ,palinh teruk saya prnah cuba utk cederakan diri..Setiap kali buat ujian dass even dkt sekolah or online…skor saya mmg agak teruk…Tak lama lagi nak SPM tapi saya mula hilang fokus,nak study pun kepala rasa mcm nak pecah ja dan kerap lupa…hinggakn hw pun lupa..sblum ni tak pernah mcm ni tp kli ni rasa mcm dh teruk sgt lupa tu..
Apa pndpt doktor?saya ja ka yg rasa ni tak kena ataupun stress yg normal ja ni…
salam,
di sini diterangkan bila keadaan yg dianggap serius dan perlu jumpa doktor;
moga manafaat
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Salam dr. , saya pernah beberapa kali alami sakit dada mencucuk2, sesak nafas, jntung brdegup laju mcm tgh lari 100meter, tangan kebas dan berpeluh2… buat ecg , x ray smua normal..saya ada sakit wanita, yg buat saya kdg2 murung, sedih trlampau.. pernah klinik bg surat refer psikiatri, tp sebab kekangan kerja saya belum lagi pergi..
setiap hri pergi balik kerja saya perlu lalu dibawah flyover yg sdg dlm pembinaan..jntg saya berdebar2 sgt, sakit dada , selalu fikir akan mati kene hempap flyover tu..bila lalu bawah flyover tu saya mengucap siap2, zikir byk2..
saya cuba sibukkan diri dgn kerja untk elakkan murung..klw tinggal di rumah sorang2 saya akan fikir bukan2, menangis, down..bila driving sorang2 pun saya akan fikir bukan2 dan menjerit sorang2.. saya hanya cuba bykkan zikir dan mengaji je buat masa ni ..
Salam, berjumpalah pakar. It sounds anxiety disorder
Salam doct… Hari ni berlaku pada saya… Saya alami dada sakit, mata berpinar, muka dan tgn kebas, kaki tgn kebas ketika memandu.. Dan sy berasa cemas dan pening… Dan sy hampir bertindak break dia atas jalan raya.. Adakah sy alami depression dan anxiety?
Anxiety
Doktor , bagaimana orang sekeliling bantu pesakit anxiety ni untuk sembuh , dri segi ahli keluarga dan orang yang rapat dengan kita ??
banyakkan memberi sokongan moral dan mendengar. Jgn mengecilkan symptom mereka
Salam doktor nama saya anis.. nk tnya adakah tnda anxiety or panic disorder jika mengalami gugup, jantung bedegup laju, dada terasa semput tgn kerap berpeluh dan otot terasa kejang. Sy ada mslh di tmpt kerja.. takut dgn kerja yg tk dpt di selesai kn.. ada itu tanda stress biasa??
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
https://www.ramlimusa.com/bagaimana-menbeza-ganguan-emosi-biasa-vs-penyakit-seperti-sedih-biasa-vs-kemurungan-gemuruh-biasa-vs-penyakit-panik/
Dr saya sering mengalami ketakutan takk tentu pasall . bngun pagi jehh saya terpikir mnde² burukk . pnyakit yg saya alami ni . adakah anxiety disorder ? Kalau saye jumpe dr boleh . saya duduk area kuantan . berapakah byaran nyee ? Harap dr boleh membantu
assalamualaikum dr. saya nak tanya, i’ve been experience something weird today which is , saya rasa nak marah, saya rasa serabut saya rasa gelabah and i also do something macam ada benda tak lepas tangan saya akan genggam berulang-ulang . serabut tu lain macam .
waalaikum salam,
Maaf saya tak dapat menjawab kerana penerangan kurang lengkap
Boleh cuba baca simptom stress anxiety dan kemurungan
Assalamualaikum Prof.
Saya Ezaham.
Seorang OKU Penglihatan (low vision) juga seorang yang Kurang Pendengaran serta penghidap Generalize Anxiety Disorder.
Jika tidak menjadi sebarang kesulitan, bolehkah saya bertemu Prof untuk menceritakan perihal saya?
Alhamdulillah kerana sudi menghubungi saya.
Di mana En tinggal?
Insyaalllah saya akan berhubung dgn en melalui email.
Wassalam
Assalamualaikum,boleh saya tahu apa penyakit yg saya hadapi dan mcm mna nk sembuhkan penyakit ni,saya sering takut dan gementar bila bercakap dengan kawan atau orang yg xdikenali,tangan dan perut rasa sejuk dan berpeluh yg amat,saya tidak dpt bercakap dengan baik bile berkomunikasi dengan sesiapa dan membuatkan saya rasa gemuruh dan sering berada di rumah setiap hari.
Salam,
Kemungkinan besar social anxiety disorder atau social phobia.
Perlu ubat dan exposure therapy
Assalamualaikum. Saya fina, saya selalu takut dekat benda benda kecik sampai selalu kena marah dengan org sekeliling. Saya mudah terasa hati dan sedih sebab ketakutan ni punca saya takboleh bekerja, berjalan dn meluangkan masa bersama keluarga. Saya dah cuba tak ikut kan perasaan tapi tiap kali keluar dari rumah saya jadi takut nak buat apa apa. Ada cara tak untuk saya hilangkan rasa takut ni?
boleh en email saya ?
Slm… Saya dah lama makan luvox sejak dari tahun 2013, 3 bulan sebelum ni saya berhenti makan luvox kerana merasakan sudah sembuh… Namun penyakit tu datang lagi selepas 3 bulan disebabkan masalah risau sebab duit hilang dari bank, kini saya makan semula luvox.. tapi apa yang saya rasa sekarang, setiap kali saya makan luvox.. saya diserang gastrik. Apakah saya harus meneruskan makan ubat tu?
Berhenti sebelum waktunya atau tidak mengikut saranan doktor akan menyebabkan penyakit berulang balik.
Assalamualaikum doktor.. Saya ada masalah kerap sangat berdebar2 tanpa sebab. debaran akn makin teruk jika saya bsemuka dgn org yg saya tak kenal or bcakap dkhlayak ramai dan drive. Saya dah tak tahu mcm mana nak hilangkan prasaan gemuruh gementar yang melampau
waalaikum salam,
Berkemungkinan besar En menghadapi masalah Social Phobia atau Panic disorder.
Boleh rujuk ke pakar psikiatri berhampiran.
Assalamualakum muhammad samala sy pun mcm tu..bila dklayak ramai jdi takut dan malu
Assalamualaikum Prof saya mula kena anxiety nie selepas saya berhenti rokok bulan feb tahun nie.bnyak syntom yg sye dapat selepas berhenti merokok membuat kan saya sentiasa risau akan mati dan tido saya pun tergangu..tekanan darah saya juga menaik dan turun sejak dari itu.tahun lepas bulan 8 saya buat medical checkup semua ok tahun nie bp tak normal.apa saranan prof pada masaalah ini.terima kasih
Waalaikum salam,
Teruskan berhenti merokok dan berjumpa pakar psikiatri.
Merokok boleh menerukkan anxiety.
saya ismail berumur 35 thn.keadaan yang sama pada daya.selepas berhenti merokok.lagi satu masalah yg saya hadapi berdebar2 dan berasa takut bila buat ujian tekanan darah tinggi.ini mengakibat kan degupan jantung sy laju dan bacaan BP saya naik mendadak.mcm mana nak buat yer prof dr.
Mudah Jumpa doktor
Prof,mcm mana nak hilangkan dysmorpic disorder? Kadang² rasa nak smash cermin,nak keluar rumah pun rasa malu,bila jln tempat crowded mesti rasa ada org mengumpat saya terutamanya perempuan, penyakit ni lah buat saya jadi Makin stress Dan low self-esteem.
Mudah Jumpa doktor
Knp kerap rasa gementar dan rasa lemah tangan kiri. Bila gementar minda mula fikir perkara yg bukan2 seperti fikir sakit serius, kematian dan pelbagai lg
Salam doc.
Saya Faz, umur 38 tahun, kerja sbgi banker sejak thn 2002. Berkahwin dan mempunyai 4 cahayamata. Yang terbaru ialah 19 mar 2019.
Pd 2013, saya ada masalah dtempat kerja dimana supervisor memburuk2 saya hingga menyebabkan kpi kerja terganggu dan tidak dpt bonus utk tahun itu. Ketidakpuasan hati saya terhadap supervisor saya saya simpan dalam hinggan memyebabkn saya stress nk pegi or buat keje.
Keaadaan tambah buruk bila 2014 abg saya yg rapat dgn saya meninggal selepas 3bln disahkan ada cancer usus.
Saya terasa sedih sgt akan kehilangan abg dan stress dgn tmpt keje.
Sejak itu saya mula berdebar2, rasa sedih tidak menentu, takut dgr hal kematian, rasa hidup x bersemangat dll.
Suami ada bawa berubat scara islam, dnyatakan saya terkene basi jenazah dan dibekalkn dgn air bacaan. 6 bln gak saya berulang alik dgn rawatan ini…tp tetap x berubah.
Ada satu hari, tiba2 saya rasa sesak nafas, dada sempit, tangan kebas n sejuk…trus ke emergency dan admitted.
Saya melalui process xray, mri,ecg,echo, treadmill & ct scan…
Semuanya normal.
Dan perkara sebegini kerap terjadi pada saya selepas itu.
Sampai satu tahap saya down n menangis.
Pada masa tu perlbagai perkara2 negatif yg saya fikirkan terutamanya kematian…
Adalah 3-4 kali saya kene admitt bcoz synthom2 atas tadi.
Akhirnya doc saya diagnos saya panic attack & anxianty disorder..
Doc merujuk saya ke psikiatri untuk rawatan selanjutnya.
Cuma disebabkan kekangan kerja dan family, saya tidak berkesempatan lagi nak merujuk kesana.
FYI, saya sudah bertukar tmpt kerja dan boss baru sgt la baik…cuma bebanan kerja saya amatlah byk dan masih dlm keadaan stress.
Apa yg nak saya nyatakan disini, kesan2 synnthom anxienty n panic attack (sesak nafas, sakit dada, numbness kat tgn, diziness , pening kepala) menyebabkan saya di diagnos fybormylgia (setelah test dah buat, tak silap saya 11/15 points of sakit to saya.matched)
Antara ubat yg pernah saya ambil;
1- frisium
2- xanax
3- zapro (kalo betul ejaan)
4- lyrica 70mg (utk fybromylgia)
Ubat2 ni hanya dapat mengurangkan @ meredakan sahaja.
Saya byk google juga masalah sebegini dan ramai rupanya yg senasib dgn saya.
Apa yang saya cuba dan sedang buat sekarang, saya masih dlm proses melawan sakit yg org x nampak ni dgn 1: mempositifkan fikiran saya, segala perkara negatif yh dtg akan saya hindarkan.
2: jika ada sbrg berita kematian, mmg akan trigger anxianty saya dan akhir nya akan menyebakan panic attack, jadi saya akan terima berita itu dgn sekali lalu tanpa tanye sbb kematian jadi saya x lah fikirkan sgt
3- saya mempunyai sikap kerisauan melampau sehingga anak demam biasa or jatuh luka sikit saya dh dikir yg mcm2 itu ini..jadi skrg ni apa yg saya buat, saya buang “melampau” tu cuma saya amek “risau” saja dan selebihnya saya berdoa pada Allah agar benda2 tdk elok tidak menimpa kami sekeluarga
4- saya bersuara dan bercerita dgn suami saya akan segala apa sakit n.masalah yg saya sdg hadapi.allhamdulliah, ini sgt membantu dimana dia faham akan situasi saya n sentiasa memyokong/membantu saya(masa awal2 dulu, dia ingat saya pura2 buat sakit n nakkan perhatian)
5- solat dan doa itu ubat yg terbaik
Saya redha dgn.ujian Allah ini.
Org luar nmpk saya sihat dan tak sakit, hakikinya saya tfh beejuang.melawan sakit ini.
Doakan saya doc.
Saya perlukn apa2 pandangan dan pendapat doc berdasar sharing or cite saya diatas.
Terima kaaih doc
Wasallam
Alhamdulillah terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman yg panjang. Sangat menarik prinsip Islam lari jauh walau pun menggunakan nama Islam dgn bersandarkan kesan basi mayat.
Assalam Dr,
Saya Fadtah dari Kajang. Saya mengalami sakit seperti jantung berdebar debar, tangan berpeluh, rasa gelisah, dada terasa sempit sampai sukar nak bernafas, emosi selalu tak stabil, kepala sakit rasa mcm nak pecah, sakit sakit badan, terasa bawah kulit ni mcm ada bende bergerak gerak. Pada awalnya sy buat tak endah je sebab nanti akan hilang sendiri. Tapi sejak saya sakit kaki last year dan dah pergi ulang alik hospital tapi masih lagi tidak sembuh kaki membuatkan rasa seperti yg saya nyatakan di atas menjadi jadi. Kadang kadang saya menangis bersendirian tanpa sebab. Rasa nak hempuk kepala ni kt dinding sekuat hati ( tapi so far tk pernah buat lagi). Yang peliknya sejak saya sakit ni, nafsu makan saya membuak buak sampai keluarga takut tgok saya dan kadang kadang paksa saya stop makan. berat saya dari 60kg sekarang dah 73kg. Saya cuma akan reda sakit ni bila dah makan painkiller. Sebenarnya saya ni sakit apa ye Dr ?
Hati saya kuat mengatakan itu anxiety disorder.
Penyelesaian; berjumpa dan rujuk ke Bahagian Psikiatri. Hospital Kajang ada
Saya nur, dari ipoh, umur 26, dah dua hari berturut-turut sy susah nak bernafas waktu malam..siang okeii je.. Sebelum ni ada jgk tp x de la kerap mcm kali ni. tarik nafas tapi macam x cukup² je jd sy x boleh nak tidur… klau lps makan mesti nak muntah balik.. kadang² tu rasa menyesal makan..automatik rasa nak muntah.
Assalamualaikum Dr
Sya selalu berdebar bila ada situation yg tak di jangka berlaku sya akan slalu cuba mengelak…. Dalam kls sya takut bersuara dan bila sya ditanya oleh lecturer sya akan choke… Sya pun susah nk bercakap dgn org yg sya tak kenal rsa heart rate tiba² naik sejuk kaki n tangan, rasa sakit kat dada dan kadang² susah nk bernafas… Is this anxiety?
Salam,
Sounds like Social Phobia.
assalamualaikum doktor, saya selalu terjaga ketika tidur, cthnya pukul 3-4 pagi, saya rasa takut sangat jadi saya akan cari benda untuk dipegang, tangan dengan kaki saya selalu juga bergetar secara tiba tiba
Asslam doktor..saya sudah 18 tahun menderitai penyakit ini..bila sakit dtg saya usahakn sendri dgn ubatan Islam..kdg ia sembuh..kdg ia dtg semula..begitulah selama betahun2 ini..saya tidak pernah lg berjumpa pakar..sakit saya dtg bila ada kematian atau apa2 yg berkaitan dengannya..lebih2 lg saya mengalami dlm keluarga sendri apabila 2 insan tersayang pergi..kini sakit saya dtg kembali adakah mmg sakit ini takkan sembuh doktor..bantulah saya
As salam,
Perubatan Islam (altenatif) bukanlah rawatan penyembuhan.
Jgn takut berjumpa pakar psikiatri berdekatan utk pemyembuhan sebenar.
Assalam dr..saya puan Min dari kuantan..dr saya selalu tersedar dr tdo mlm..around 3am..setiap hari..lepastu..saya rasa mcm lidah saya kebas dn jantung saya berdebar…saya dh buat chek jantung..semua normal..lepastu saya selalu fikirkan kematian..saya tkut tgok cermin..sbb nya saya takut tgok telinga saya..sbb ad ad terbaca tanda2 kematian telinga jatuh.sedangkan telinga saya dri dulu lagi mcm ni..saya pun xthu kenapa pikiran saya selalu memikirkannya.tu puncanya saya jadi berdebar..sesak nafas &nafas pendek..lengan paha dn perut saya twich..telinga saya jugak berdesir mcm bunyi jam.loceng..saya jugak selalu seram sejuk.dh hampir 2 bulan saya menangungnya…apa masalah saya dr?trima kasih dr..assalam..
As salam,
Berkemungkinan besar Puan menghadapi Panic Disorder. Jumpa pakar psikiatri berdakatan
assalam dr..saya nk tanya satu lagi.
AD dan panic disorder ni sama ke atau lain2 penyakit?
mohon pencerahan tuan dr ya
terima kasih ..assalam
cara awak sama dengan saya sampai berhenti kerja kerana takut sangat2
Sama macam kawan saya. Saya pula telinga berdesing takde. Cuma fikiran saya selalu melalut lalut, sbb saya ada gastrik. Bila angin gastrik tu naik, fikiran saya jadi fikir mati apa semua. Dan nafas jadi sesak, dada pedih, perut jadi keras. Dan saya selalu fikir pasal kematian sampai saya rasa takut takut je setiap masa. Dah pernah cuba sibukkan diri dgn kerja, tapi bila bersendirian, fikiran tu jadi macam biasa balik, kekadang taktahu lah nak nangis ke nak gelak haha.
Assalammualaikum doc. Saya sering tertekan dengan diri saya dan ketika saya bekerja. Sejak beberapa Bulan ni. Saya sering rasa diri saya x diperlukan dlm hidup ni. Ketika saya bersendirian. emosi saya sering bercampur. Rasa sedih, marah Dan gembira serentak tanpa sebab. Saya juga rasa diperhatikan oleh seseorang hingga membuatkan saya sukar untuk tidur malam. Kadang kala saya rasa sukar untuk bernafas secara tiba². Benda² ni membuatkan saya ingin cepat mati. Tapi alhamdulillah. Bila saya fikir ingin mati. Saya akan beristighfar yg membuatkan saya rasa Sedikit tenang. Tetapi baru² ini. Saya sedar yg saya melakukan sesuatu perkara tanpa saya sedari. Saya seakan mendengar suara saya menyuruh melakukan sesuatu hal. Dan Tanpa saya sedar. Saya telah melakukannya. contoh. Bila saya bawak kereta bersendirian kemudian nampak org bawak motor/ pejalan kaki yg melintas jalan. Ketika itu Saya dengar seakan suara saya berkata “langgar org tu. Biar mati” secara tiba² saya meluru laju ke org tersebut. Alhamdulillah bila dh nk hampir langgar. Saya sedar Dan terus break. Alhamdulillah sudah hampir 2 minggu saya xdengar suara tersebut. Hal ink semua berlaku bila saya bersendirian sahaja.
Elok jumpa pakar
Assalamualaikum Prof,
Saya xpasti samada sy AD atau x..sejak arwah mak sy meninggal 8 tahun lepas..sy seringkali terlalu risau kehilangan org yg sy syg..terutama suami..kerisauan tu makin teruk sejak 5-6 bulan ni..sehinggakan dia nk pegi mn2 pun sy risau jd apa2 kt dia..klu dia buat benda yg dia xpernah buat sblm ni..Mula la Sy pk yg bukan2..sy jd terlalu takut hgga ada ms sy xboleh tdo, resah..sy cb sibukkan diri, bykkan zikir..tp sy ggl nk lawan perasan takut kehilangan tu..adakah sy AD
As Salam,
Ya saya setuju. mungkin AD
Assalam doktor,
Saya bekerja dlm suasana stress yg tinggi. Org sekeliling yg tak membantu n memahami masalah saya. Kepala ligat berfikir. Tak boleh tido. Selalu runsing n takut n fikir yg bukan2. Kesan pd tubuh..muntah, sakit kepala, jantung laju debar2 kuat, sakit dada sempit susah nafas. Sakit perut, sejuk kaki tgn, pucat n lemah. Adakah saya ada penyakit anxiety disorder. Umur sekarang 48 thn. Sakit ni sejak dari sekolah lgi dan skrang makin teruk n kerap menyerang saya. Selalu juga amal kn zikir n baca quran. Tpi dia tetap dtg juga. Adakah ini gangguan syaitan. Tolong saya dah letih..
Waalaikum salam,
Sememangnya Puan stres serta ada tanda2 anxiety (tidak semestinya ada penyakit anxiety).
Jika tanda2 mengganggu kehidupan, boleh berjumpa pakar.
Alhamdulillah amalan membaca AlQuran dan zikir mendekatkan kita dgn Allah dan ia sebahagian dari proses pemulihan.
Assalamualaikum..prof.nama saya zulkifli husin dari jelebu .n.sembilan
Saya adalah pesakit anxiaty disorder panic attack.dan telah mendapat rawatan dari klinik pakar seremban.
Saya di beri ubat escitalopram 10mg.masaalahnya setelah makan saya selalu berpeluh dan panas badan tapi tidak lah kerap dan lagi sering juga di serang panic cuma terkawal.adakah ia salah satu proses atau pun lain nya.saya dah hampir satu bulan makan ubat ni.saya di fahamkan ubat ni ambil masa yg lama utk sesuaikan dgn tubuh.
Kadang kadang rasa putus asa makan ubat.tapi apa pun saya cuba kuat kan semangat utk terus kan rawatan dan makan ubat.saya dah alami selama 5 tahun lebih kurang.mohon penjelasan prof.tima kasih
Salam,
Pendekatan saya memulakan Escitalopram dengan dos rendah, 5mg dan beri masa 1-2 minggu sblm naik ke 10mg.
Selalunya pendekatan ini berjaya dan pesakit kurang masalah, berbanding terus 10mg.
Jika Escitalopram tak serasi boleh jumpa doktor balik. ada banyak pilihan lain.
Assalamualaikum doktor,
Sy pada bulan 5 ada buat aktiviti berisiko, 3 hari selepas itu saya muntah2 dan mula risau tentang penyakit berjangkit seperti HIV, seminggu lps tu saya mula kebas kaki dan tangan serta semut..saya berjumpa doktor dia cakap mustahil simptom penyakit berjangkit begitu cepat dan suruh saya datang lps 3 bulan untuk test darah..slps hampir 4 bulan saya ambil test darah dan alhamdulillah negative,,doktor ckp maybe sy over thinking or anxiety…skrg ni sudah hampir 5bln dan sy berasa agak lega dan semakin sihat dan mendekat kan diri dgn Allah.., tiada lagi gerd, angin2, seperti gastrik, otot bergetar..cuma ada sikit2 rasa yg merisaukan..soalan saya adakah ini simptom AD
1. rasa tiba2 pusing mcm nk pengsan
2. badan seperti ada kesemutan terutama kaki,tangan,muka dan kepala
3. sakit bahagian abdomen (atas,kiri,kanan,bawah)
4. sakit bahagian belakang dan pinggang(check buah pinggang semua ok)
5. kerap nak kencing (saya memang minum air kosong byk 3-4 liter sehari)
6. kencing warna berubah2 kdg2 kuning (dulu x mcm ni)
terima kasih doktor
Salam,
Ya anxiety
Slm Dr saya dapat rawatan di hospital mahkota
assalammualaikum doktor..
saya sering berdebar2 sejak july 2017.. perasaan berdebar tu datang secara tiba2.. dan dikedai makan yg ramai orang.. saya sudah melakukan ujian darah.. ECG.. tiriod test.. semua normal..
terima kasih doktor
As slm dr, saya ada kemusykilan..saya penghidap hipertiroid jenis toxic nodular goitre. sejak tahun ini saya kerap mengalami panik tanpa sebab. Adakah faktor panik ini kemungkinan berkait rapat dengan penyakit hipertiroid yang saya alami. terima kasih dr.
Ya ia berkaitan, hyperthyroid boleh menerukkan anxiety.
Maka ia perlu distabilkan.
Salam doctor..saya baru mengalami jantung berdegup kuat sudah 2 bulan..kalau saya tarik nafas dalam dan panjang tibe tibe jantung saya akan berdegup kuat,kaki tangan saya akan berpeluh dan mengigil,lepas tu tiba tiba tekak saya akan jadi kering dan macam ada lendir dan tersekat kt kerongkok saya…kalau saya tengah rehat tiba tiba jantung berdebar debar dan saya tak tentu arah..saya tak tahu apa masalah yg saya alami..cek darah dan triod kat hospital semua ok takda apa apa masalah..malam pun saya susah nak tido sbb akan datang tiba tiba..dan saya akan fikir mati..kdg2 badan saya akan berdenyut dan bgegar gegar ..saya takut sangat..apa penyakit yang saya alami skg doktor adakah axienty…saya rindu kehidupan sebelum nie..saya tak pernah risau seperti skg..adakah saya perlu jumpa doktor psiktri..
Salam,
Ayat rindu kehidupan sblm ini amat jelas ia menggangu hidup, elok jumpa doktor atau kehidupan kita akan sentiasa tergangu dan tersiksa
Saya baru je dapat tanda2 AD,dalam bulan 8 hari tu…saya mencuba perubatan ruqyah syariah,banyakkan zikir n sebok kan diri…walaupun kadang2 fikiran melayang2 fikir yang buruk…kematian n benda2 yang negatif….saya perlu jumpa dengan pakar psikatri..saya bawak diri saya menunaikan umrah minggu depan…semuga Allah membantu penyembuhan saya..
Ya perlu
Assalamualaikum doktor
Suami saya disahkan anxiety disorder sejak nov 2017. Dia mendapatkan rawatan psikiatri di hosp swasta dan di bekalkan ubat xanax jika perlu.
Suami saya sering menangis mengenangkan dosa2 silam dan dosa2 besar dan takut mati tidak dalam keadaan yang beriman sehinggakan dia sering menangis dan takut. Ini akan menganggu perkerjaan dia.
Saya juga cuba menggunakan kaedah ruqyah untuk usaha jalan ke 2. Keadaan hanya akan baik untuk 2 bln atau kurang dan perkara itu akan berulang lagi..
Apa yang harus saya lakukan untuk memberi semangat kepada nya untuk hidup cara sihat dan melupakan kisah silam dan mula hidup baru.
Terima kasih
Salam,
Seperti saya nyatakan dlm post, anxiety senang dirawat dengan memakan ubat yg betul.
Xanax bukan ubat penyembuh. Ada lagi satu ubat antidepressant yg penting utk sembuh.
Bagaimana compliance dia pd ubat ini?
Assalamualaikum dr,saya pun mengalami smua perkara yang d sebut,ia belaku selepas raya,ketika saya sedang tidur,tubuh badan saya tiba2 meremang menyebabkan tubuh badan saya pucat dan lemah,muntah dan cirit birit,selepas itu saya mengalami jantung bedebar,tubuh badan mengeletar,rasa seram sejuk,selalu fikir akan kematian,gelisah,saya dh buat ecg jntung,dr cakap ok,tp dr sah kan saya tiroid tp ujian darah saya ok,dr sarankan saya ke psikiatri,tp sya blom pg,tp setelah saya buat rawatan bekam badan,jantung bedebar2 yang saya alami sudah tiada lagi,tp perasaan tkut mati mseh bermain d fikiran saya,saya cuba ututk tidak memikirkan tp gagal..adakah saya anxiety dr.
Waalaikum salam, ya anxiety
Assalamualaikum dr,saya nas safira,saya dh hmpir 5 bulan mengalami tanda2 AD,pada awalnya saya merasa tubuh badan saya seram sejuk,meremang dan mngalami muntah dan cirit birit,selepas itu saya sering merasa jantung bedebar2,perut bgelora,selalu sendawa,tubuh badan menggeletar,kaki,tangan dan badan berdenyut2 dan menyucuk2,tekak mcm ada sesuatu yang menghalang rasa tercekik,selalu fikirkan kematian,saya dh prgi buat ecg ujian tiroid dan air kencing doktor cakap smua ok,dr menyarankan saya untuk bertemu dengan psikiatri tp saya tak pergi lagi,tp selepas saya membuat rawatan bekam,jantung bedebar2 yang saya alami sudah berkurang,tp fikiran saya maseh memikirkan tentang mati,fikiran itu membuatkan saya tak sedap badan,adakah saya anxiety dr.
Waalaikum salam, ya ia berbunyi Panic disorder
As salam kenapa saya asik berfikir kematian
Salam too short
Assalamualaikum doc nama saya Sabrina dr sabah 22 tahun. Bgini doc saya memang mngalami perasaan takut risau dan sedih yang kadang2 saya tidak dapat kawal. Tp perasaan tu semakin teruk semasa saya memasuki tingkatan 6 dan saya terpaksa berhenti belajar. Skarang saya sudah menempuh alam pkerjaan tp perkara yg sama membuat saya tidak selesa dan takut berhadapan dgn orang sekelilinng kerana saya lebih selesa mengurungkan diri dalam bilik ada ketikanya saya sering memikirkan kemungkinan yg buruk berlaku padahal perkara itu belum berlaku. Kehidupan seharian saya juga terjejas. Sekarang saya selalu rasa takut ditinggalkan dan kehilangan, baru2 ni kucing saya sakit dan saya langsung tidak tdur dan makan kerana terlalu berfikir sehingga saya sakit, saya juga slalu bpikir takut mati. Perasaan takut risau dan sedih yang melampau dan susah untuk saya kawal ini memang sangat membebankan saya sehingga saya langsung tidak dapat tidur pd waktu mlm. Harap doktor dapat mengesyorkan apa yg harus saya dan apakah saya mngalami penyakit tertentu sperti anxiety,depression atau apa2 yg mlibatkan mental.
Salam,
Anda telah mengalami masalah anxiety dan kemudian kemurungan daveloped agak lama dan semakin ketara,
Jumpalah doktor pakar agak keadaan tidak bertambah teruk.
Keadaan ketara memerlukan ubat antidepressant untuk keluar dari penyakit.
Assalam Dr. Saya ada baca komen Dr xanax bukan ubat penyembuh untuk Anxiety. Ada satu lagi ubat antidepressent yg penting untuk sembuh.. boleh saya tahu ubatnya. Dan saya berharap dapat sembuh 100%.. Amin
Boleh Google antidepressants. Ada dalam 20 jenis
Assalammualaikum doc. Saya nadia dari kedah. Saya seringkali merasa takot bila nak tidur. Takot tidur tak bangun dah. Saya jugak tak boleh dengar kematian. Saya rasa sgt takut. Saya takut mati. Perasaan takut tu melampau sehinggakan tidak boleh tidur. Ibu saya dan ibu saudara pun begitu. Adakah AD ni penyakit keturunan? Satu lagi soalan. Saya sering rasa gugup bila orang ajak saya bersembang. Jantung pun laju. Entah apa yg saya takutkan kpd mereka. Kadang tu percakapan saya pon jadi tak betul. Adkah ini juga AD?
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Assalamualaikum Dr, saya Nur, umur 24. nak tanya Dr, awal bulan 6 hritu saya diserang pening kepala, rasa badan tak selesa, perut tak selesa dan pucat. Bila naik kereta, saya rasa gelisah dan takut, sakit dada.jika dirumah, ada juga jantung berdebar2, tangan kaki sejuk, berpeluh, sesak nafas, kepala pening sehingga pucat. Tak boleh ditempat yg bising. saya telah cuba berubat secara islam iaitu darul syifa. Alhamdulillah tiada apa. ke Klinik swasta juga hmpir 5,6kali. buat pemeriksaan Doktor kata semua normal. Cuma katanya suspek gastrik. Dan berat badan telah turun sedikit. Tapi saya musykil, bila berjauhan dari rumah, saya rasa takut dan gelisah. lebih teruk ialah takut pada kematian. Apabila terfikir, susah utk tidur mahupun buat aktiviti lain seperti takut utk mandi. masuk ke bilik air sahaja, saya jadi resah. saya cuba utk kuat. keluarga pula seakan tidak percaya pada pakar. Mereka mahu saya sendiri jadi kuat. Jadi pda pendapat Dr, adakah saya mempunyai AD? Atau panic? Dan apa yg perlu saya buat? Mohon pertolongannya Dr..
Ya setuju Panic disorder
Assalamualaikum dr,saya nas safira,saya dh hmpir 5 bulan mengalami tanda2 AD,pada awalnya saya merasa tubuh badan saya seram sejuk,meremang dan mngalami muntah dan cirit birit,selepas itu saya sering merasa jantung bedebar2,perut bgelora,selalu sendawa,tubuh badan menggeletar,kaki,tangan dan badan berdenyut2 dan menyucuk2,tekak mcm ada sesuatu yang menghalang rasa tercekik,selalu fikirkan kematian,saya dh prgi buat ecg ujian tiroid dan air kencing doktor cakap smua ok,dr menyarankan saya untuk bertemu dengan psikiatri tp saya tak pergi lagi,tp selepas saya membuat rawatan bekam,jantung bedebar2 yang saya alami sudah berkurang,tp fikiran saya maseh memikirkan tentang mati,fikiran itu membuatkan saya tak sedap badan,adakah saya anxiety dr.
Waalaikum salam, ya ia berbunyi Panic disorder
Salam doc..Sy salah seorg pesakit ANXIETY DISORDER+ Depression.. Sejak kena penyakit ni pd tahun 2014,sy da x boleh bekerja..Boleh bekerja,tp bekerja perniagaan sendiri..So sy tak terikat dgn sesiapa..klu rase kurang sihat,sy boleh cuti..sy pernah buat rawatan di hospital swasta..tp selalunya tak bt rawatan sampai abis atas faktor KEWANGAN..Maklum la kos hospital swasta mahal..baru makan ubat Anti Depression ESCITALOPRAM utk 21 hari,terus sy tak sambung rawatan..lps makan ubat tu,2 bulan jugak la pulih dan kembali cergas..tp skrg anxiety sy berulang lg..kejap ok,kejap x..
Soalan sy,adakah seumur hidup sy perlu makan ubat anti depression?
Berapa lamakah tempoh rawatan sebenar utk betul2 pulih dr penyakit ini?
Perlu atau tak ikuti sesi kaunseling dgn doc pakar? Atau dgn ubat shaja boleh sembuh?
tq..
Salam doktor ramli,
Kalau ade simptom² itu dimana kita hendak dapatkan rawatan selanjutnya.. lokasi sy diipoh.. kerana setiap kali sy check doktor mesti kata sy ni gastrik.. kompius sy tentang gejala ni..
Salam, Hospital besar
assalam dr..saya puan min dr kuantan. tuar dr saya ada satu kemuskilan..adakah
anxiety dosoder dan panic disorder ni sama ke atau lain2 penyakit?
mohon pencerahan tuan dr ya
terima kasih ..assalam
Assalamualaikum. Saya pesakit anxiety disorder. Pelbagai tanda2 anxiety saya dah lalui sejak 2-3 tahun ni. Saya skrang alami hilang mood untuk buat apa pun. Bila nak buat hobi kegemaran pun akan ingt pasal kematian. Bila dah ingt mcm tu, terus hilang mood untuk buat hobi tu. Adakah itu salah satu tanda anxiety disorder? Saya dah mengalaminya sejak kecil lagi. ✌️
Salm…saya ada masalah..saya selalu rasa bimbang yang teruk..rasa resah,sebu peruk,
Stress yg teruk,saya ada satu
Benda yang menjadikan diri saya bimbang..
Baitu nk sambing belajar ..masa saya krna dulupun semasa dlm menuntut di universiti menyebabkan saya berhenti balajar..skrg bekerja dan saya di sarankan untuk smbung belajar blk..ini menyebabkan saya menjdi bimbang dan stress yg amat teruk…saya sudah berjumpa doc.psy dan sedg makan ubat deprisen..mcmane lgi saya nk buat..
Assalamualaikum Prof. Sy mengalami anxiety disorder dan doc yg merawat sy dh sahkn yg anxiety sy di tahap yg teruk. Sebelum ni anxiety sy hnya di tahap sederhana. Doc tlh meminta sy utk mndapatkn temujanji utk rawatan trsebut tetapi sy tidak pergi. Sy sedar diri sy akan mnjadi murung kalau sy bersendirian tetapi bila brhadapan dgn keluarga sy akan berubah watak. Adakah sy akan baik sahaja tnpa perlu mndapatkn rawatan dan ubat?
Salam. Amat sukar
Salam.. Sy nak tanya.. Sy sayang kucing sy, tapi sy selalu pukul, goncang badan dia sekuat hati sy, sy picit badan dia sampai dia menjerit. Sy stress dia terlalu penakut, selalu keluarkan kuku dan bagi makan tp xmau makan.. Sy tahu sy salah… Sy mmang bersalah.. Serius, sy mmang syg dia, tp kadang2 (sekarang makin kerap) sambil rasa syg belai dia, ada satu perasaan nak picit dia sekuat hati, nak goncang2 dia.. Kadang2 sy dpt lawan, Kdang2 sambil sakiti dia sambil Istighfar… Lpas dh buat rsa mnyesal sangat2, tp 2-3 saat lepastu buat lagi sampai sy penat.. Tolong… Sy perlukan bantuan… Penyakit apa ni? Syg dan tahu salah, menyesal.. Tapi 2-3 saat buat lagi… Sambil buat sambil rasa bersalah… Paksa kawal perasaan tu, tapi xdpt… Tolong saya please!!!
Assalamualaikum…saya ada masalah tentang perasaan takut mati yg berlebihan…hari2 saya terfikir…tidur pn xnyeyak…hati ni rsa berdebar dn sjuk….apa langkah perlu di ambil
Bunyi spt Panic disorder atau Generalized Anxiety Disorder elok dapatkan rawatan.
Assalamualaikum prof. Saya sering pening kepala.. kadang kerja tengah kerja bila mula fikir penyakit.. tiba2 badan saya jadi tk terkawal.. saya susah tidur malam.. jantung selalu berdebar.. kadang mood tk menentu.. fikiran saya selalu fikir kematian.. saya jadi takut.. sekarang otak saya macam susah nak ingat.. agak slow… apa masalah saya prof
Anxiety disorder
https://www.ramlimusa.com/cara-mendapat-rawatan-pakar-psikiatri/
Assalamualaikum prof..apakah rawatan utk AD dan ubat apakah yg boleh menyembuhkan penyakit AD terima kasih.
Salam, sudah diterangkan dlm post
Assalamualaikum doktor saya ingin bertanya adakah saya penghidap anxiety disoder.tandanya ialah saya kerap pening kepala rasa macam nak pensan dada berdebar debar Dan kerap badan letih sampai berat badan turun.sebab saya dah cek di klinik swasta doktor Ade mengatakan saya Ade penyakit anziety disorder.tapi saya masih tidak percaya sebab baru baru ni tekanan darah saya Naik tinggi
Bantu saya insan lemah
Salam, Ya lah tu
Assalam Prof.. Saya mengambil ubat Lexapro spt yg disyorkan kerana anxiety.. Pada hari pertama selepas pengambilan ubat saya merasa sgt kurang selesa.. Badan terasa amat letih dan tidak bermaya.. Selepas bangun dari tidur baru ok semula.. Soalan saya perlukah saya meneruskan ubat ini atau stop terus.. Sbb sy tak pasti adakah side efffect itu berlaku di permulaan sahaja dan akan berkurangan selepas beberapa hari.. Mohon pendapat prof.. Terima kasih.
salam,
boleh browse ada post saya yg berkaitan
Assalamualakum Prof
Sy dr sebrg perai Penang…alami panic disorder..sudah hmpir seminggu sy ambil Luvox atas nasihat doc. soalan sy bgamna Luvox ni berkesaan dlm merawt kes panic disorder ini? TQ Prof
Waalaikum salam, Antidepressant spt Luvox akan meningkatkan neurotranmitters spt Serotonin dan Noradrenaline dlm otak
Salam Doc,
Saya mempunyai kawan di china, yang mana saya juga skrng berada di china.
bagaimana utk mendapatkan ubat utk anxiety attack, bekalan ubat sudah hampir kehabisan dan hospital di china tidak ada ubat bekenaan.
adakah bisa saya mendapatkannye di malaysia.
harap doc dapat beri sedikit penjelasan.
Salam,
Tak sangka saya akan dapat soalan begini. Sehingga ke China. Saya rasa anda mempunyai lebih peluang mengetahui sistem di China.
Boleh minta surat rujukan dari doktor merawat.
Hi, sy pun ada masalah seperti di komen2 ni, first saya kena ni badan macam kebal2 lepas tu ada sedikit rasa pening, dan sesak nafas, lepas tu macam rasa saya nak mati sebab macam badan nak terpisah. Semenjak tu saya pun takut tak tentu arah. Selalu ketakutan dengan apa2 sahaja. Dah 4 bulan berlalu saya selalu berhalusinasi. Kalau saya sendirian saya akan fikir yang bukan2. Ada kah masalah saya ni semakin teruk sebab saya pun tidak pernah pergi berubat.
Bunyi spt Panic Disorder. keadaan akan berpanjangan tanpa rawatan
Hi,saya niezeria dari putatan,sabah .. sejak masalah besar keluarga d tahun 2018 sya rasa ada yg tk kena dengan diri sya..setiap malam sya susah mahu tidur wlau pun sya sngt penat dan mlut sya selalu rasa pahit dan badan lemas.. sya selalu mnjauh kan diri dari sesiapa pun sebab sya rsa smua org cuma mahu kena kan sya .. dulu sya seorang yg peramah,suka bergaul tpi sekarang dah tdk sma sperti sya sukar nak bergaul dan sya tdk peramah sya suka buat hal sendri lebih suka brkurung d bilik .. setiap malam nangis teringat apa org buat dekat sya ..dan selalu slah kan diri tanpa sebab dan sya sering fikir mahu bunuh diri sebab rasa tidak d hargai keluarga dan kawan2..
Bunyi spt Panic disorder elok dapatkan rawatan.
Assalammualaikum,
Saya selalu rasa gelisah tak tentu arah rasa nak berlari pun ada , kadang2 susah nak tido. Makanan rasa macam tak hadam, angin dalam badan ,gastrik ni kadang2, pening kepala , jantung selalu berdebar, rasa nafas macam tak puas, rasa cepat marah padahal benda kecik je.. Sebelum ni boleh senyum lagi ,otot tetiba rasa macam lenguh, selalu pikir jauh smpai rasa down sangat. Lepas dari accident 4 bulan lepas terus rasa ada macam2 penyakit padahal terlanggar bumper kereta depan sikit je takda kecederaan pun. Adakah ini anxiety?
waalaikum salam,
Ya semua tanda2 ada
Salam Prof
1.Atas nasihat doc, saya ambil Luvox 50mg sudah hampir dua minggu. Biasanya, berapa lama ubat ini akan mengambil masa untuk menampakkan kesannya?
2. Apakah fasa-fasa penyembuhan yang akan dilalui/alami apabila mula mengambil Luvox?
TQ Prof
selepas 2 minggu. lebih ketara bila diambil lebih lama
Assalam Prof,
Saya mengalami masalah insomnia (xboleh tidur langsung) dua minggu lepas dan membawa kepada masalah kemurungan. Dr klinik swasta telah berikan saya ubat tidur hingga lah semalam saya berjumpa pakar psikiatri. Dia telah berikan ubat antidepressant Valdoxan 25 mg dan ubat tidur zopim 10mg.
Boleh ke tidur saya kembali normal prof? saya risau sangat takut bergantung pada ubat tidur. Dalam tempoh dua minggu ni betul2 menjejaskan fikiran dan emosi saya. Perkara2 yang saya suka buat 2 minggu lalu dah tidak lagi bermakna skrg ni.
In shaa Allah boleh. Stilnox atau Zolpidem kurang ketagih
Assalam prof. Terima kasih untuk maklum balas. Semalam kali kedua temujanji dengan pakar psikiatrik. Beliau telah menggantikan ubat zolpidem kepada Lorazepam 1mg Untuk di ambil dua mnggu lagi bersama valdoxant 25mg kerana masalah insomnia sy belum berkurangan. Apa pendapat prof tentang lorazepam? Boleh ke sy ambil untuk dua minggu lagi. Saya betul takut jika ada kebergantungan. Tp bila x ambil nnti x boleh tidur pula. Sy da makan valdoxant 14 hari, adakah ubat antidepressant tu belum mmberikan kesan positif nya? Terima kasih.
Salam,
Emmm… sepatutnya bila doktor tukar Pn kena tanya soalan itu pd doktor yg buat keputusan itu.
Of course Valdoxan membantu utk jangka masa panjang berbanding Lorazepam.
Salaam Tuan Dr. saya sangat risau dengan my daughter (15), waktu exam very scared to herself. According to her, exam susah untuk focus, membuatkan beliau panic & apa yang dipelajari tidak ingat. Bagaimana untuk mengatasi masaalah anak saya. Sangat risau tentang pelajaran belliau. Mohon pandangan nasihat Tuan Dr mengenai perkara ini. Adakah ini tanda-tanda Anxiety?
Salam,
Ya anxiety
salam.dr membri ubat untuk anxiety.tapi saya masih tidak dpt tidur dengan nyenyak.ubat tu baru saya start makan 3 hari lalu.adakah tidak tidur nyenyak akan berpanjangan?
Salam,
Tidak
Salam doc,sy anne dari sabah,sy pon ada symptom sperti komen² d atas tu,sda 3bln sy mngalami nya,dan iaa sangat menganggu perasaan sy,ini first sy mengalami nya,ada kah klinik desa boleh membantu merawat symptom ini..
Salam,
Terima kasih Anne dari jauh bertanya.
Dan berkongsi suasana di Sabah.
Pd pendapat saya ubat antidepressant available di KK atau Kelinik Kesihatan yang besar.
Klinik Desa saya rasa tidak ada.
Mungkin situasi di Sabah berbeza, boleh cuba. Atau sekurang-kurang dapat surat rujukan.
salam dr,sy azila dari jb.sy disahkn panic disorder 2 bln lepas. sy diberi ubat zoloft oleh psy. Alhamdulillah selepas 2 minggu sy rasa lebih sihat dan tiada lg simptom panic. cuma masalah insomnia yg masih sy alami sehingga sekarang. adakah ubat zoloft akan merawat insomnia juga/ sy perlukn rawatan lain pula.
Salam,
2 minggu agak awal. selalunya insomnia akan kembali normal. Makan ubat tidur cuba dielakkan
Salam dr, saya hafiz dari sg petani kedah. saya mengalami masalah anxiety seperti di atas. Adakah anxiety punca kepada sakit sakit di bahagian kepala, badan, kaki dn juga gastrik yg saya alami? Kerana setiap hari saya berasa sakit dan mengganggu prestasi kerja saya.
Salam dr, saya hafiz dari sg petani kedah. saya mengalami masalah anxiety seperti di atas. Adakah anxiety punca kepada sakit sakit di bahagian kepala, badan, kaki dn juga gastrik yg saya alami? Kerana setiap hari saya berasa sakit dan mengganggu prestasi kerja saya.
As salam,
Alhamdulillah syukur pada Allah website ini jelas memberi manafaat kepada ramai pembaca dan pesakit di Malaysia melalui respond an ada yang dating dari jauh mendapatkan rawatan saya di Kuantan. Ia memenuhi tujuan asalnya membantu masyarakat melalui teknologi di alam maya.
Satu persoalan yang sering ditanya kepada saya adalah, apa kaitan penyakit anxiety dengan tanda-tanda fizikal?
Maka ia memberi saya idea untuk membuat post seterusnya;
Ramai yang berpendapat yang salah, penyakit psikiatri dan psikologi sepatut mempunyai tanda-tanda emosi sahaja. Melalui kajian, pengalaman saya tidak seberapa dan rujukan sememangnya penyakit psikiatri seperti anxiety dan kemurungan kerap pesakit mengalami tanda-tanda fizikal.
Antara tanda fizikal adalah; reflux, gastrik, perut meragam, sesak nafas, jantung laju, sakit kepala, tinnitus atau telinga bunyi berdesing, sakit atau lemah badan, kerap kencing dan lain-lain.
AMAT KERAP juga pesakit ini telah dirujuk dan diperiksa oleh pebagai pakar bidang lain seperti pakar neurologi, pakar jantung, pakar telinga, hidung dan tekak, pakar perubatan, pakar urologi dan lain-lain.
Rawatan utama adalah antidepressant seperti escitalopram, sertraline dan lain-lain. Namun pada peringkat permulaan rawatan antidepressant, adakala gejala fizikal akan sikit meningkat untuk sementara waktu (dalam 2-3 hari). Untuk mengatasi masalah ini benzodiazepine (short-term) and mulakan dos rendah adalah strateginya.
Harap ia membantu kekusutan.
Assalamualaikum Prof
Sy Ahmad dr Penang. Sy ambil Luvox 50mg sejak 3 mnggu yg lalu. Pd mnggu pertama sy alami 2 kali panick attack. Sy msh jg masih alami rs anxiety dlm mnggu ketiga ini. Pd hari2 tertentu sy mrasa amat ceria dn pd hr yg lain anxiety mula trasa sedikit tp sy dpt kawal Adkh ini bermkna Luvox tdak berkesan kpd sy?sy refer semula kpd doc di KK dan dia kt apa yg sy alami adlh side effect Luvox..doc jg ada cdgkn utk tukar ubat kepada Bromazepam..hrp Prof dpt beri komen
Assalammualaikum doc, sblm ini sy tlahpun disahkan mmpunyai masalah hyperthyroidsm dan dbkalkan dgn carbimazol serta propanolol. Stiap kli chekup, jika bp sy tdk memuaskan, pkar akn mnta utk lkukan ecg. Kbiasaannya ecg mnunjukkan nadi sy lju krna bdebar. Pd mgu lps, sy tlah bjmpa dgn pkar pmbedahan utk mgetahui rsult drah dan juga scan, smua yg tertera pd result tlahpun normal. Sy juga ad mlakukan ecg dan doc tnjukkan jntung sy normal. Tp dlm mse yg sme, sy tlah mngalami mslah gstrik dmana sy akn mrasai ksakitan di bhgian bwah tlg dada, dan kdgkala akn skit jga dbhg kri dada shgga sy rsakan sprt mngalami skit jntung. 3x bjmpe doc, skli sy buat ecg dan ecg normal. Kdgkala skit yg sy alami mnyebabkan sy mnjadi brtambah panik spt ingin pgsan, sram sjuk, skit di bhg blkang bdn , ktat di dada, bibir mnjadi kring, hlang slera mkn, hlang tmpuan, ad msa jga akn bpndah skit di bhg knan dada, Jntung jga akn sdikit bdebar. Walau mcm mna pun, bp sy ttp normal. Sy sring tfikir mati shingga sy mnjadi tkut. Sy fobia dgr brita kmtian dan tak ske glap srta tak ske berseorangan. Smua ini trjadi slepas sthun sy dsahkan mmpunyai hypethyroidism. Sy buntu utk handle mslah sy doc. Mhon bntuan dan pnyelesaian apkah mslah yg sy hdapi sbnarnya?
Salam sememangnya hyperthyroidism akan mempunyai symptoms seperti anxiety. Namum dalam kes anda status thyroid adalah normal. Ada kemungkinan ada masalah anxiety. Kerana saya pernah beberapa kali merawat pesakit ada dua masalah serentak. Anxiety dan hyperthyroidism. Rawatan dan diagnosis lebih mencabar. Jumpa pakar psikiatri. Atau minta doktor pakar thyroid refer
Assalamualaikum dr..
Sy sakit hmpir 3 thn..sepanjang sakit 2 thn sy didiagnos gastrik shj..mkn ubat x de kesan lngsung…akhirnya dr buat ujian dass n disbkn anxiety..refer pakar psikiatrik n mkn ubat valdoxan…xde kesan juga…mggu lps sy buat skop kali ke3 n dishkn hernia/angin pasang..sy prasan bila perut sy ok, sy sihat sgt2..seolah2 mcm x sakit..bila perut buat hal, mmg jd mcm anxiety..x blh tido mlm disbbkn x blh nk brnfas, ketar seluruh tubuh, rasa mcm nk mati..sy jnis yg perfectionist bila buat sesuatu kerja..bila bz sakit xde, bila xde kerja sakit pulak..pelik btl..adakh sy asalnya anxiety ataupun disbbkn perut sy jd anxiety…klu sy buat oeration utk kecikkn les yg longgar blh sembuh sepenuhnya ke x nnti doc..
Salam,
Soalan tersebut lebih sesuai dijawab oleh pakar bedah. Saya ada jawapannya tapi biarlah pakar bedah itu menerangkan. sebaiknya rawat dulu masalah anxiety.
Sebelum saya membuat keputusan ubat tak berkesan kita berdasarkan kepada 6Ds
dos cukup?
Duration
Drug compliance
Dual diagnoses
Assalamualaikum prof. Sy eni dr KL. Sy cuma nk confirmkan sama ada sy ade AD atau sakit lain..sy penah jatuh pengsan 2thn lps disebbkan pengambilan jamu. Sejak dr kejadian tu, sy sll rasa takut. Takut kejadian berulang..rasa takut ni smpi buat sy tak bole tinggal sorg kat rmh, sy tak bole keluar bjalan sorg diri, kemana2 mesti berteman..keadaan ni mjejas kan hampir seluruh hidup sy, kdg bila keluar dgn suami pegi shoping, makan etc tiba2 sy fikir perkara buruk smpi btkan sy rasa takut..rasa takut tu bt sy smpi rasa sesak nafas, berpeluh, jantung bdegup kencang..sy pernah cuba utk bjalan sorg diri tp tak bjaya..rasa takut n panik tu tetiba dtg doc..perlu ke sy jumpa pakar bkenaan hal ini doc..tq
salam,
Ya kemungkinan besar.
Pengesahan hanya dibuat bila bersemuka.
Salam Saya akan panic Dan terketar bila orang tengok Saya buat keje terutama menulis, adakah itu petanda Saya mengidap penyakut AD?
Salam, Mungkin, AD jenis social anxiety disorder AKA social phobia.
Salam prof,saya sering takut,berfikiran yg bukan2,selalu fikir kematian,sakit kronik..asalnya saya kena gerd..tiba2 saya jadi sesak nafas dan takut.dah buat ecg doktor ckp jantung ok..ujian darah di kk pun doktor kata darah ok..kemudian saya ke klink swasta, doktor beritahu saya anxiety.ujian dass juga menunjukkan keputusan tahap kebimbangan sgt teruk.doktor bagi saya alprazolam,3minggu sy rasa tenang,dan sekarang ia berulang lagi..sering terjaga awal dari tidur..kaki sejuk,angin dalam badan..adakah ini menandakan ubat tersebut tidak lagi berkesan?
Salam boleh baca post saya tentang rawatan anxiety. Rajin2lah browse. Alprazolam bukan rawatan penyembuhan. Malah boleh jadi ketagih yg teruk
Salam doktor, Saya dari Sarawak… Bila baca komen² diatas, banyak sekali ubat² untuk penyakit Anxiety Disorder…. Saya nak tanya, antara banyak² ubat diatas, ubat apa yang paling baik untuk Anxiety Disorder?
Salam. Setiap satu ada kelebihan tersendiri. Pilihan doktor mengikut keadaan pesakit.
Slm . Sy nk tnya. Sy tiba2 sakit perut bhgian atas kiri. Smpai bwh perut. Sy igt rahim atau batu karang. Sy dh jmpa pakar buat ct scan dan cek drh tp normal. Dktr kta normal dan kalau sakit biarkan je. Tp skg ni sy xselesa sbb bdn rsa nk demam on off. Lepastu mata rasa perih dan pedih smpai hitam bwh mata. Badan lenguh2 nyucuk2 kt kaki n tgn mcm otot kejang. Sy sllu stress sbb fkr negatif . Sy tkt sgt.
salam…saya pun ada tanda2 mcm puan iza…adakah anixiety sb dh terlalu banyak jumpa doc
Hai Doktor , Saya Sara dari Selangor , ingin menanyakan berkenan Anxiety Discorder , saya mengalaminya sejak 2bulan , mula mula pening , kemudian saya mengalami ketakutan teruk ,sehingga takut menjawab talipon dan takut bila mengambil tekanan darah di klinik , rasa sakit kepala dibelakang, sering rasa berdebar , insomia ,tidak dapat menjawab panggilan telepon, selalu rasa sesak nafas dan berketar tangan sering buang air kecil, apa yang saya kena buat Doktor ?
Hai Saravanan,
Ia tanda2 anxiety, jumpa doktor untuk menentukan keterukan sama ada perlu ubat atau hanya breathing excercise.
Terima kasih Doktor untuk jawapan , ingin menanya di manakah saya boleh mendapat nasihat dan kaunseling. Hospital Kerajaan dan Swasta , sekian
Dr.saya kadang kadang terlalu fikir akan mati..kalau ade org sakit jantung..saya akan fikir sy yg ada sakit jantung..kadang kadang..sy fikir sy ade kanser..dan penyakit lain lagi..sy berasa cepat lesu kalau berseorangan..tp dgn kawan kawan watak sy jadi.happy ..sy tk rasa berdebar ..saya terlalu fikir saya ada penyakit jantung..kadang.kadang saya berasa cepat penat dan berdebar ketika naik tangga..sedangkan kalau saya tak terfikir pasal penyakit tu..dan borak bersama rakan sy..sy tidak berasa apa apa.. Kadang.kadang apabila terlalu risau sy akan tidak lalu makan dan akhirnya gastric..adakah ini tanda AD?
Ya
Ya
assalamualaikum,saya dari selangor doc saya nak tanya anxiety disorder ini merangkumi semua anxiety ke contohnya social anxiety.mohon pencerahan.
waalaikum salam,
Wow soalan general dan semua saya tak mampu jawab.
Banyak masa nak cari. sama seperti mengarang buku
Salam Doc, saya nak tanya saya kerap sakit kepala adakah sebab anxiety? dan tangan sy pon kerap menggeletar skrg ni..
sy di sahkan anxiety disorder pada bulan 11 dan sekarang ni kena ke hospital appoinment setiap bulan.
Noted
salam doktor.sy ingin tau,adakah sy menghidap anxiety disorder kerana sy sgt mudah rasa resah,tgn mengigil dan kerap rasa jantung berdegup laju.untuk pengetahuan tuan,sy telah turun berat bdn sbyk 10kg tanpa berdiet.adakah ini juga tanda2 anxiety disorder
Salam, Boleh baca lebih lanjut di post saya berkenaan DASS
Assalam dok,kalau tangan dan kaki bila lepas dihimpit rasa kebas semut2 tu punca dari panic attack ke?
Bukan
Assalamualaikum Prof
Sy Muhammad dari Putrajaya. Sy disahkan oleh doc pakar HUKM sbg psakit panic Disorder. Sy disyorkan oleh doc agar ambil Dothiephin 25mg sejak 2 tahun yg lalu. Pd tahun pertama sy makan ubat tsbt..jarang2 sekali sy diserang panic D. Tetapi sejak akhir tahun 2018, sy kerap diserang nya. Sejak januari 2019,hampir tiap hari sy diserang. Ubat tiap mlm sy makan. Adkh ini bermkna ubat tsbt tdak berkesan kpd sy lg? Atau sakit sy btmbah teruk? hrp Prof dpt beri komen apa harus sy buat kerana next appoinment doc pada 28 feb 2019. Bingung sy prof…
Salam,
Tak pasti tak berkesan kerana tidak dinyatakan dose
Salam dr.
Anak saya 14thn disahkan social anxiety sejak tahun lepas selepas berhenti sek lama kerana byk kem yg dia tak join sbb berjumpa ramai orang. Kerap rasa berdebar. Bila daftar sek baru tp takut untuk ke sek baru.. dah jumpa Dr di HUKM dan ambil ubat dan juga berjumpa konselor. Awal tahun hari tu mcm dah ok sikit..tp bila tiba mula sesi persekolahan baru anak mula tak nak pergi sek kerana ramai sgt katanya. Tp bila pergi ke tempat awam atau shopping mall dgn family ok pula. Buat saya confused adakah betul anak ada masalah anxiety. Masa di sek rendah dia ok nampak berkeyakinan dan tidak ada masalah displin atau dlm mata pelajaran.
Salam,
Dari cara penceritaan macam benar social anxiety disorder
Salam Doc,
Saya mempunyai kawan di china, yang mana saya juga skrng berada di china.
bagaimana utk mendapatkan ubat utk anxiety attack, bekalan ubat sudah hampir kehabisan dan hospital di china tidak ada ubat bekenaan.
adakah bisa saya mendapatkannye di malaysia.
harap doc dapat beri sedikit penjelasan.
Salam,
Tak sangka saya akan dapat soalan begini. Sehingga ke China. Saya rasa anda mempunyai lebih peluang mengetahui sistem di China.
Boleh minta surat rujukan dari doktor merawat.
Assalamualaikum dr.. Saya Amirah seorang pelajar universiti.. Pertama sekali saya ingin berterima kasih kepada dr kerana telah berkongsi pengetahuan mengenai penyakit2 seperti ini.. Disini sya ingin mengatakan bahawa saya juga telah mengalami masalah yg sama yg dihadapi oleh pesakit tersebut sejak tahun 2016 dan sya tidak mendapatkan mana2 rawatan.Oleh itu masalah tersebut masih menghantui diri saya sehingga sekrng dan ia sangat memberi kesan buruk kepada diri saya mahupun org sekeliling.
Jika tidak menjadi sebarang kesulitan, bolehkah saya berkongsi masalah yg dihadapi dengan lebih mendalam lagi kepada Prof secara personal?
Maaf diatas sebarang kesilapan bahasa
As salam,
Alhamdulillah. boleh email ke saya ramlidr@yahoo.com
Salam doktor, sy mengalami masalah tidak suka membaca alquran..dan masih makan ubat hospital, apa yang patut saya lakukan…
assalamualaikum prof, saya siti ingin bertanya, adakah panic axiety atau panic disorder hanyalah ketakutan pda kematian?? Dan seterusnya adakah penyakit ini boleh sembuh tanpa rawatan ubat iaitu berhenti overthinking, cuba sibukkan diri,berhenti berfikir perkara perkara menakutkan dan positif.Mohon jawapan prof..terima kasih
Salam,
tanda ketara panic disorder adalah serangan panic yg berulang sehingga menggangu hidup
Assalamualaikum prof, saya siti ingin bertanya, adakah penyakit ini boleh sembuh tanpa rawatan iaitu dengan stop overthinking, sibukkan diri, positif dan lupakan
Salam,
kalau keadaan teruk yg dipanggil penyakit/disorder, amat sukar tanpa ubat
Salam doc. Sy pon alami anxiety ni sejak keguguran 2 bln lepas. Semua tnda2 di ats ad pada sy. Nk tnya adakah anxiety ni boleh terbawa smpai ke dalam mimpi apa yang kita fikir dan takutkan?
Salam,
ya boleh.
nightmare
sejak emak saya meninggal dunia bulan nov 2018 yang lalu, saya rasa sgt terganggu..berminggu minggu saya menangis, tak lalu makan, tak boleh tidor. Rentetan dr itu saya sgt takot dgr berita psl mati, sy terbayang sy yang mati, sy dalam kubor, sy takot pada kegelapan, sy takot keseorangan, jantung sy berdegup laju, dan bernafas mcm org baru lepas naik tangga, tangan mengeletar….saya tak suka rase begini dan saya ingin kan bantuan untuk pulih seperti sediakala. Tolong saya doktor
Ada kemungkinan besar Pathological grief atau kemurungan akibat kematian org tersayang.
Boleh rujuk pakar
Salam dr, sy nana dr selangor. Saya menyedari saya mengalami tanda2 ini sejak beberapa bulan yang lalu. Sebelum ini sy bekerja kontrak dan selepas sy habis kontrak, sy telah menganggur beberapa bulan. Sejak itu, saya akan berasa resah untuk mencari pekerjaan. Saya sering merasakan saya tidak cukup bagus kerana itu sy masih lg tidak dapat pekerjaan. Saya sering menyalahkan diri sy dan menyebabkan keluarga kecewa. Saya juga sudah mula menjauhkan diri dr org ramai terutama kawan2 tanpa sy sedari sedangkan sy seorg yg socialise sebelum ini. Apabila sy mendengar perkataan kerja dan yg berkenaan, jantung sy akan berdegup laju, tekak sy rasa tercekik, rasa resah melampau sehingga sy rasa pening kepala dan sakit perut. Sy selalu menangis dan mengalami masalah tidur. Sy hilang semangat utk terus hidup dn sering memikirkn kematian. Kadang2 sy rasa ingin membunuh diri. Adakah ini tnda anxiety disorder?
Salam, ia mixture depression dan anxiety.
Namun depression lebih ketara
Assalamualaikum Dr saya nak bertanya bila malam saya nak tidur jantung saya berdegup laju buat saya tak boleh tidur, tangan dan kaki selalu kebas, kebas sehingga 4-5 jam adakah ini anxiety? Harap Dr dapat membantu saya. Terima kasih
Salam. Terlalu ringkas. Mungkin
Salam Dr..saya qaseh dari sg petani kedah..saya ada masalah macam darah gemuruh..suka terkejut dgn bnyi bising..kalau hujan lebat guruh kilat yg kuat pon saya takut..tp xla smpai mngigil…cuma kadang2 saya suka fikir pasal kematian..keluar Naik kereta pon takut eksiden la..
Skrang n saya rasa macam tanda2 dr cakap diatas macam mngigil tngan..jantung berdebar2..muka rasa kebas2 macam nak pitam kalau trfikir macam2 benda yg negatif..saya baru Jew jdi macam ni sejak dalam pantang..saya bersalin operate..jdi sya slalu trfikir kematian sbb ada trbaca artikel ibu yg bersalin operate mnggal..bleh Dr bgatu app msalah saya AD atau panic disorder
assalamualaikum,kebelakangan ni saya berasa sangat sedih,muram pernah satu itu saya demam kerana terlalu banyak sangat berfikir….degupan jantung saya sangat lagu….. sering berasa resah,gelisah dan sering rasa tak berguna….saya kalau di sekolah sangat pendiam dan tak banyak bercakap…kerana saya terlalu takut tanpa sbb bile nk berckp tu saya kene fikir ayat….saya tak tahu mcm mne nk bagi tahu parents saya …saya takut….apa maksud semua ni prof?
Salam seperti kemurungan
Assalamualaikum, dr. Saya seorang yg snsitif sjk kecil. Ktika saya brsekolah, sy sering diejek rakan2 dan itu mmbuatkan saya rasa ketakutan untuk berhadapan org rmai. Sehingga tgn sy slalu menggigil. Sy juga seorang yg suka memendam prasaan sy. Sy lbh suka brsendirian. Kdg saya sng utk mnangis dan marah dgn mudah. Sy juga selalu rasa ketakutan untuk mencuba ssuatu yg bru. Dan kdg2 saya rasa takut bila mndengar bunyi yg bsing ketika brsendirian. Sy kdg2 rasa sperti ad ssuatu yg prhatikan sy ktika sy brsndirian. Apa sbnrnya yg brlaku trhdp sy? Minta tlg doc bantu
tak jelas, SILA nyatakan keputisan DASS
Assalamualaikum dr
Dr ada tak slaid presentation untuk cme yang berkaintan dengan tajuk anxiety..bolekah doktor share dengan saya kerana saya berminat untuk menyampaikan cme yg bertajuk anxiety..sy pernah disuruh oleh ketua jabatan untuk mendapatkan rawatan anxiety ini.tp saya menolak nya kerana saya rasa saya adalah normal
waalaikum salam,
Sedia ada dah, pergi seksyen lecture note, saya dah lama upload
salam dr, saya seorang pelajar universiti. saya telah mengalami kesukaran mengingati dan berkomunikasi. apabila hendak tidur, otak saya sering membayangkan perkara yang mencemaskan, memalukan dan menakutkan diri sehingga terkejut dan membuka mata. kadangkala, saya berasa sangat takut seperti ada sesuatu yang memerhati dari tingkap. saya juga amat sensitif dan selalu mengalami muram, sedih tanpa sebab. saya juga didapati ada penyakit saraf pada tangan. kekadang kehilangan fungsi tangan utk memegang sesuatu. sekarang saya telah makan ubat neurobion. Adakah saya AD?
Salam ya berkemungkinan
Assalammualaikum..mohon pandangan tuan..isteri saya semasa dalam tidur terkena semacam sawan..tapi bukan sawan yg badan kejung macam biasa …atau lebih kepada shock..dia memang tak sedar apa2 pun …bila bawa ke hospital dan buat test..hasilnya didapati dia tak ada apa2 penyakit..tapi doktor bagi ubat sawan . So saya dapatkan second and third opinion..kedua2 doktor berpendapat wife saya ada anxiety disoder..
Sebelum kejadian tu dia ada bagitau akan ada satu perasaan sayu..ada beberapa watak yang akan bermain2..macam drama…kesukaran tidur..dan bila tidur pon ..otak akan berfikir2..soalan saya adakan kejadian seakan sawan /shock tu salah satu tanda anxiety..
Maaf dengan pertanyaan online tanpa periksa bukan mudah membuat diagnosis tepat
DASS pun anda tak nyatakan.
Jumpa doktor
Assalamualaikum.. Saya adda. Dr kltn. Saya nie selalu berfikiran negatif, selalu fikir pasal masa depan. Kadang2 ada masalah kecik. 2 3 hari saya akan fikir masalah tu. Mudah sgt rasa berdebar, gelisah, gemuruh dan pening kepala. Selalu tak fokus dan tak boleh buat keputusan. klu ada Presentation tgn saya akan terketar2 dan tgn dgn kaki saya akan jd sejuk. Mood jadi tak menentu. Susah nak tido. Klu nak keluar umah ke mana2, saya akan rasa takot. Mohon pencerahan
Salam
Social phobia
Assalamualaikum, Prof. Saya Noor dari Kltn. Saya alami sakit ni bermula bulan Nov 2018 yang lalu. Sebelum ni pernah sakit ni jugak 8 tahun yang lalu. 8 tahun yang dulu (2010) saya pernah alami perasaan yang takut akan kematian sebab dirasakan dosa yang banyak sampai terfikir tuhan tak ampun dosa & rasa benda tu. Hati berkata-kata sampai mengatakan diri ni sesat & berada dalam neraka selama-lamanya. Sampai 1 tahap rsa takpelah kalau mati pun, takdir tuhan untuk aku macam tu. Beberapa bulan lepas tu saya bangkit balik dengan semngat sebab nak kawin. Lepas kawin, rasa hilang semua tu. 4 tahun leps tu pada tahun (2014), benda yang sama menyerang seolah bersangka-sangka pada Tuhan. Tanda-tanda tu rasa sebelum g umrah. Berlarutan sampai berbulan-bulan. Then bangkit balik sebab usaha untuk dapatkan anak. Now (2018), benda yang sama berulang balik dengan fikiran yang duk flashback yang lama-lama dari kecik sampai besar. Hati yang tak berhenti berkata-kata benda yang negatif. Tapi kadang-kadang ade jugak yang positif. Bila semua keadaan ni berlaku saya jadi sangat sedih, hari-hari menangis. Dirasakan diri ni negatif, tidak disayangi, dibenci. Saya tetap buat suruhan tuhan walaupun kadang rasa diri ni seolah terpesong. Masih berpegang Allah tu Maha Pengasih & Maha Penyayang. Diri ni rasa terhipnosis dengan kata-kata orang. Banyak join seminar & majlis motivasi tapi kenape masih tak boleh move on untuk apa yang berlaku kali ketiga dah ni. Saya jadi baran dengan anak-anak. Padahal anak-anak saya masih kecil lagi. Tengok orang lain boleh tenang, bahagia, kenape diri sendiri tak boleh macam. Macam mana saya nak positf balik & lari dari kata-kata hati yang negatif & fikiran yang menipu ni. Apa yang saya hadapi. Sayang rasa lemah, pening setiap kali bangun pagi. Rasa takde semngat untuk teruskan hidup tapi bila pikir mati rasa takut. Ade rasa nk bunuh diri & putus asa dengan diri. Selalu doa jugak. Allah Maha Mendengar. Tlg saya Prof. Saya nak keluar dari keadaan ni. Saya nak keluar dari kelemahan, ketakutan, keresahan, ketidakyakinan pada diri, kemalasan.
Salam,
Terima kasih berkongsi panjang masalah.
Sesuatu yg cantik dalam agama Islam adalah sifat Allah SWT itu Maha-memaafi.
Tidak kira sebesar mana dosa kita Allah kata semua dosa boleh dimaafi kecuali syirik padaNya.
Yg paling utama taubat yg sebenar.
Puan sudah cuba dengan pelbagai cara namun tidak berjaya sembuh,
Bagi saya ini petanda (indicator) perlunya ubat dan rawatan pakar.
Assalamualaikum Dr.. Saya selalu rasa takut pada mati.. Setiap hari bangun tidur saya rasa takut.. Saya rasa tak selamat kalau keluar rumah.. Tiba2 dada saya berdebar.. Bdn rasa seram sejuk.. Saya rasa seolah-olah kematian dh hampir dgn saya.. Saya hilang semangat untuk hidup.. Disebabkan itu juga kerja saya terganggu.. Saya tak fokus dgn kerja saya.. Apa yg patut saya buat dr? Dan untk pengetahuan dr., saya juga merupakan pesakit gangguan jin, adakah apa saya alami pengaruh berkait dgn gangguan trsebut?
Salam,.tolak ketepi isu ganguan jin. Allah berkuasa dan memberi bekas. Berjumpa pakar. Ia.masalah anxiety
Salam Prof, saya mengalami sakit kepala yg teruk sehingga rasa kebas semut2 di bahagian tangan dan kaki. Saya dah jumpa neurologist, cardiologist, ent untuk kenal pasti punca tetapi masih ada rasa tegang seperti kena ikat/tegang di bahagian dahi. kadang kala terasa di bahagian keliling mata kanan dan rahang terasa lenguh yang amat sangat. Jantung juga selalu rasa berdebar dan fikir pasal sakit kronik dan mati. Alhamdulillah selepas checkup semua, badan saya takde masalah2 sakit kronik. Cuma masih terasa simptom2 seperti di atas hampir setiap hari dan mulai rasa perut selalu masuk angin dan berbunyi walaupun makan seperti biasa. Gangguan terjaga waktu tidur dan selalu letih apabila terjaga dari tidur. Adakah saya mengalami gerd dan anxiety disorder ? apakah rawatan yang sepatotnya saya dapatkan dengan segera ?
Salam,
Saya berjumpa ramai pesakit yg telah berjumpa ramai pakar spt neurologist, ENT dan sebagainya.
Sehingga buat scope,
reality dia menghidapi penyakit anxiety.
salam dr.. seperti yg dr bgtahu alprozolam tu bukan rawatan sebenar anxiety. tp dr yg sye refer di klinik kesihatan serem ban minta saya makan ubt tersebut dua hr sekli pg dan mlm n ubt tu 0.5mg n setraline 50mg saya ambil waktu mlm sahaja .. so adakah saya perlu cadangkqn pada dr yg merawat saya untuk tkr ubat alprozolam itu ke ubat yg lain???
salam prof.sy akmal dr kl..sy selalu berasa panic yg terok sehingga tekanan darah sy melonjak naik sedang kan sy bukan ada pnyakit darah tinggi.dan degepun jantung sy laju..buat ecg dan ujian darah jantung normal.sy kkerapan ke wad kecemasan 2 kali seminggu..ada kah sy AD
Salam,
Ya Panic disorder
Salam doc..saya baru baru ni ada pergi klinik sebab tak sihat sikit..tapi tiap kali saya nak pergi ke klinik..saya akan berdebar..gemuruh..dan gelisah..selalunya bila dah balik dari klinik saya dah ok..tapi kali ni,saya balik rumah still rasa gelisah..rasa takut2 sikit..banyak fikir pasal benda buruk mcm mati..selera makan saya pun dah kurang..bila duduk rumah saya x berdebar..tapi rasa gelisah..tak senang duduk..minta bantuan doc
salam, jumpa pakar
pengesahan penyakit bukan semudah di maya
Salam doc..saya baru baru ni ada pergi klinik sebab tak sihat sikit..tapi tiap kali saya nak pergi ke klinik..saya akan berdebar..gemuruh..dan gelisah..selalunya bila dah balik dari klinik saya dah ok..tapi kali ni,saya balik rumah still rasa gelisah..rasa takut2 sikit..banyak fikir pasal benda buruk mcm mati..selera makan saya pun dah kurang..bila duduk rumah saya x berdebar..tapi rasa gelisah..tak senang duduk..tido pun susah ja sekarang
Assalamualaikum..Dr, saya pn.ilah Dr sg.petani.
Dr, masalah saya selepas masuk bekerja ( setelah habis cuti bersalin 3 Bulan) ialah tak boleh nak tidur MLM atau Siang..bila berada dlm bilik atau berbaring secara automatic badan Rasa Seram sejuk…dada berdebar2.. tangan sebelah Kiri Rasa menggeletar…saya dah buat check up hospital..dah buat ecg,echo jantung alhamdulillah ok..adakah saya mengalami anxiety disorders atau perubahan hormone?.. dah sbln lebih saya jadi begini
prof sy seorang penyakit anxiety disorder. sy telah mengalami penyakit ini selama 3 tahun. tapi kini telah sembuh.tetapi bbrpe bulan ni sakit tu dtg balik. itu yg mnjadikan sy hairan. sdgkan sy ikut procedure doktor kerajaan yg sy prg n mengamalkan gaya hidup sihat. kebelakangn ni dada sy kerap sakit n nafas menjadi sempit, dan degupan jantung laju walaupun dlm keadaan normal.blh prof terangkan knp ia jadi blk penyakit ni?
Kuasa tuhan,
Doktor pakar pun tidak boleh agak,
esp jika ada insiden hidup
Salam doc harap en. Membaca reply ini.. saya berasal dari muar,johor.. saya tak tahu kenapa bila saya nak pergi mana2 mesti saya akan kena cirit birit sepnjang perjalanan
. Kalau duduk di rumah baik saja tak ada pula kena cirit birit.. saya nak pergi klinik jumpa doc tapi tak tahi bagaimana nak terangkan situasi saya .. sebab benda ni berlaku kalau saya keluar dari rumah saja .. disebabkan perkara ni saya tak boleh kerja doc .. saya takut kat jalan yg jem . Sebab da berapa kali saya hampir cirit dalam keta masa jem. Harap doc boleh bagi sikit nasihat dan solusi .. saya cerita pda mak saya tapi dia cakap emosi saya kena kawal. Tapi saya banyak kali cuba kawal tetap saja kena cirit birit.. kalau da kena cirit birit mcm mna saya hendak kawal .. kalau stress saya boleh kawal tapi sebab dia effect kt luaran jadi sangat sukar.. kadang saya teefikir nak pakai pampers kalau pegi mana2 ..haih
Salam,
Tak banyak saya boleh bantu kecuali nasihat berjumpa pakar.
Ada 2 kemungkinan, anxiety atau masalah usus
Salam dr. Saya ada hipertiroid dan vertigo. Baru-baru ni saya kehilangan ayah saya. Sejak dari tu, saya selalu mimpi buruk, hidup dalam ketakutan sehinggakan saya tak boleh tidur.
Fikiran dan kehidupan seharian saya terganggu dengan perkara-perkara yang belum terjadi/ akan datang. Saya rasa nafas pendek, seram sejuk, rasa macam nak mati. Lagi-lagi bila saya ternampak post di media sosial tentang mati buat saya jadi tak keruan.
Adakah ini anxiety? Perlukah saya dapatkan bantuan psikiatri?
Salam,
Untuk diagnosis anxiety dibuat, keadaan tyroid mestilah stabil.
Namun anxiety masih boleh berlaku kerana melibatkan kematian dan emosi
Berapa lama dah jafi camni?
Salam,
Tak banyak saya boleh bantu kecuali nasihat berjumpa pakar.
Ada 2 kemungkinan, anxiety atau masalah usus
Salam prof , boleh saya bertanya ? Saya setiap kali berada di tempat orang ramai dan orang yang tidak dikenali , saya gementar teruk , sampaikan saya nak hulur borang pun terketar ketar , nak tangkap gambar borang takleh nak focus sebab tangan say ketar , boleh say tau apa yang bermasalah dengan saya ?
Salam prof , boleh saya bertanya ? Saya setiap kali berada di tempat orang ramai dan orang yang tidak dikenali , saya gementar teruk , sampaikan saya nak hulur borang pun terketar ketar , nak tangkap gambar borang takleh nak focus sebab tangan say ketar , boleh say tau apa yang bermasalah dengan saya ? tapi bila saya dah jumpa orang yang saya kenal dan rapat seperti keluarga saya , terus hilang gementar tersebut
Salam,
ia salah satu tanda social phobia atau social anxiety disorder.
Salam,
ia salah satu tanda social phobia atau social anxiety disorder.
Assalamualaikum… maaf bertanya.awak masih mengalami masalah yang sama ke? Sebab sy juga mengalaminya. Takot nak berjalan ke tempat yang tiada toilet dan takutkan jem. Bila dlm perjalanan ke mana2 tiba2 jalan jem mula terasa nak ke toilet.sy terus jadi tak tentu arah.jantung laju berpeluh seram sejuk.rasa mcm nak tercirit..lagi2 kalau tengah hujan.. kalau pegi bazar,pasar malam atau tempat2 yang ramai orang dan tiada toilet di kawasan tu..perasaan nak ketoilet tu terus membuak2 walaupun sebelum keluar sy dah ke toilet dulu.. benda ni menganggu sy.. jadi sy takut nak keluar berjalan jauh dari rumah..
Assalamualaikum… maaf bertanya.awak masih mengalami masalah yang sama ke? Sebab sy juga mengalaminya. Takot nak berjalan ke tempat yang tiada toilet dan takutkan jem. Bila dlm perjalanan ke mana2 tiba2 jalan jem mula terasa nak ke toilet.sy terus jadi tak tentu arah.jantung laju berpeluh seram sejuk.rasa mcm nak tercirit..lagi2 kalau tengah hujan.. kalau pegi bazar,pasar malam atau tempat2 yang ramai orang dan tiada toilet di kawasan tu..perasaan nak ketoilet tu terus membuak2 walaupun sebelum keluar sy dah ke toilet dulu.. benda ni menganggu sy.. jadi sy takut nak keluar berjalan jauh dari rumah..apa perlu saya buat ya?
Assalamualaikum Dr.
Alhamdulillah lepas 3 bulan on Luvox, saya semakin sihat dan penyakit anxiety saya boleh di kawal. Dos Luvox saya 200 mg sekarang ni dan Dr psikiatri suruh saya makan ubat setiap pukul 7 malam. Dr, saya nak tanya selama tempoh 3 bulan ni tiap malam tidur saya bermimpi berpanjangan tapi bukan mimpi yg menyeramkan. Adakah ini normal Dr? Tidur bermimpi atau tidur yang tidak bermimpi mana yang lagi baik. Bila bangun pagi saya rasa letih dan susah untuk bangun dari tidur. Normal ke ni Dr atau effect dari ubat antidepressant yg saya makan?
Salam,
Tidur yang mempunyai mimpi tidak menyeramkan secara berterusan menunjukkan sihat dan normal
Salam Dr.
Syukur Alhamdulillah, terima kasih atas maklum balas 🙂
Assalamualaukm Doktor..
Saya Yuza dari Shah Alam. Saya sedang mengikuti pengajian dlm psikologi. Maaf Doktor. Boleh tak saya dapatkan sedikit penjelasan ringkas Doktor mengenai peranan Psikiatris dalam menangani pesakit yang mengalami fobia. Apakah ubatan tertentu yang diberikan.
Psikiatris merawat phobia, melalui antidepressant dan exposure serta psychotherapy
Assalamualaikum Dr. Saya merupakan seorang drp pesakit anxiety disorder dan mengambil ubat utk meredakan simptom anxiety. Soalan saya bolehkah penyakit ini mengundang kpd serangan jantung?
Terima kasih dr.
Secara general tidak.
Namun anxiety tidak dirawat membebankan jantung kita
Assalamualaikum prof,
Saya sejak kebelakangan ni, selalu terfikir yang saya ada penyakit kronik. Jika saya berfikir saya sakit kepala, ia akan jadi sakit kepala dan menyebabkan saya berfikir macam2 penyakit kronik. Oleh itu, saya nak tanya, kalau saya rasa sakit telinga kiri mcm brdenyut2 tpi bukan selalu, dan dia berkait dengan sakit kepala, adakah ia petanda saya terkena anxiety? Mohon pencerahan, terima kasih
Salam, Banyak tanda anxiety lain tidak disebut. Tidak pasti
Jika saya selalu terfikir benda2 yang negatif dan saya kadang terasa macam cepat tak larat, dan rasa macam berat kepala tu, adakah ia juga tanda anxiety? Rasa berat kepala tu, bukanya pening atau sakit kepala, tapi rasa macam berat ja..
sebab sewaktu saya pergi ke klinik, pegawai perubatan di sana meminta saya mengisi borang DASS, dan markah untuk anxiety saya adalah 14. Depression saya 4.
Salam Dr Ramli. Saya mula disyorkan oleh doktor pakar dengan xanax dan liblan tab setelah saya pening kepala berputar (vertigo) dan sakit kepala juga badan berangin 12 tahun yang lepas. Apabila didiagnosis, memang saya ada macam panic disorder. Selain dari xanax, apa lagi nama ubat yg boleh digunakan untuk panic disorder. Dah macam2 ubat saya cuba, hanya xanax yang sesuai mengawal, namun masa sekarang sudah susah untuk mendapatkan xanax. Rawatan pakar juga agak mahal untuk saya tanggung. Untuk pengetahuan dr. saya sudah lebih daripada 12 tahun menggunakan xanax (alprazolam). Mohon pendapat dr. Terima kasih.
Salam,
Spt saya nyatankan dlm post lain, Xanax atau Alprazolam hanya rawatan kosmetik anxiety. Ia bukan rawatan sebenar dan boleh menyebabkan ketagihan.
rawatan utama adalah antidepressants (Lexapro, Zoloft etc)
Assalamualaikum..
Saya nak tanya.. jika kita selalu memikirkan sakit kepala, adakah normal jika rasa sakit kepala tu datang? Tapi, rasa sakit tu.. tak rasa sangat, cuma rasa sakit sikit2 je..
Salam, saya nak tanya.. saya pengambil dadah ecstasy dahulu. Masa 2016 saya ambil ecstasy dalam dose yg banyak sampai saya punya jantung laju macam rasa jantung dah nak cabut. Tahun ni pada awal bulan saya ada mengambil lagi ecstasy saya tahu salah tapi saya dah taubat and last nak ambil benda haram ni lg, masa sya ambil ecstasy jantung laju dan teringat ape yg terjadi masa 2016, saya tido selepas penat layan sakit jantung. Dan keesokkannya saya dah okay kadang kadang saya punya jantung rasa berdebar tiba tiba.. saya tak boleh dengar bunyi yg kuat seperti kereta lalu motor lalu naik kereta pun saya punya tangan dan kaki berpeluh pandangan jadi kabur.. nafas susah nak nak tarik panjang sangat..saya rasa mcam nak mati..lepas saya okay pun saya akan selalu pegang nadi di leher nak check sama ada jantung laju atau tak..kadang jika saya tak dapat cari nadi di leher saya jadi panic rsa mcm jantung saya tak pam lg..dan berdebar tiba tiba.. apa yg saya perlu buat ? Ini dinamakan panic attack ? Atau phobia ? Sudah seminggu saya jadi mcam ni saya baring baru rasa okay.. saya stress mcam ni saya rasa down sangat sangat..kadang perut rasa sakit kadang seluruh otot rasa sakit sakit bila jantung berdebar tiba tiba..apa yg perlu saya buat ???
Apakah Kesan Ectasy dan dadah amphetamine?
Salam,
Ia suatu topik yang menarik untuk saya tulis.
Agak malang masalah dadah lebih ketara di kalangan bangsa Melayu.
Ia amat merugikan.
Dadah Ectasy, Amphetamine, MDMA, Metamphetamine adalah dalam satu kumpulan dadah yang kita gelar ATS (Amphetamine type stimulans).
Dari nama iaitu stimulants, ia stimulate sistem badan menjadi semua tinggi seperti jantung laju, pernafasan laju. Dalam dos yang tinggi boleh menemui maut.
Jangka masa panjang, ia menyebabkan psikosis. Psikosis disebabkan ATS adalah PARANOID dan GANAS.
Maka mereka ada kemungkinan melakukan jenayah berat dan mengerikan.
Maka perlu mendapatkan bantuan pakar untuk berhenti. Digalakkan juga mendapatkan input agama Islam sebagai pengisian kepada kekosongan yang ditinggalkan oleh dadah.
Salam,Ia suatu topik yang menarik untuk saya tulis.Agak malang masalah dadah lebih ketara di kalangan bangsa Melayu.Ia amat merugikan.Dadah Ectasy, Amphetamine, MDMA, Metamphetamine adalah dalam satu kumpulan dadah yang kita gelar ATS (Amphetamine type stimulans).Dari nama iaitu stimulants, ia stimulate sistem badan menjadi semua tinggi seperti jantung laju, pernafasan laju. Dalam dos yang tinggi boleh menemui maut.Jangka masa panjang, ia menyebabkan psikosis. Psikosis disebabkan ATS adalah PARANOID dan GANAS.Maka mereka ada kemungkinan melakukan jenayah berat dan mengerikan.Maka perlu mendapatkan bantuan pakar untuk berhenti. Digalakkan juga mendapatkan input agama Islam sebagai pengisian kepada kekosongan yang ditinggalkan oleh dadah.
Salam dr. Saya ada hipertiroid dan vertigo. Baru-baru ni saya kehilangan ayah saya. Sejak dari tu, saya selalu mimpi buruk, hidup dalam ketakutan sehinggakan saya tak boleh tidur.
Fikiran dan kehidupan seharian saya terganggu dengan perkara-perkara yang belum terjadi/ akan datang. Saya rasa nafas pendek, seram sejuk, rasa macam nak mati. Lagi-lagi bila saya ternampak post di media sosial tentang mati buat saya jadi tak keruan.
Adakah ini anxiety? Perlukah saya dapatkan bantuan psikiatri?
Salam,
Untuk diagnos anxiety boleh dibuat, tyroid haruslah distabilkan dulu.
Namun anxiety masih boleh berlaku dalam kes ini kerana ia melibatkan kemation
Salam doktor sy ada anxiety.. skrg tgh pregnant.. dan selalu kemurungan.. adakah boleh membahayakan tahap kesihatan sy?
Salam,
Antidepressant tidak memudaratkan
Assalamualaikum prof,
Saya nak tanya, jika saya berjumpa psychologists utk rwtn, jika diberi ubat, adakah ubat tersebut akan memberi kesan jika saya stop dari consume ubat itu apabila saya rasa dah sihat? Dan, adakah ubat tersebut memberi kesan sampingan kepada kesihatan saya? Mohon pencerahan
Salam,
Psychologist tak boleh prescribe ubat.
Ubat antidepressant tidak memberi kemudaratan pada kesihatan.
Hi Doc , saya Sara mengalami AD dan Stress selama 4bulan dan belum jumpa pakar , simptom saya sering sakit kepala , kebas , kembung perut ,tiada selera makan , masalah saya sering rasa panik dan gementar bila nak ke kedai,bank atau hospital lagi lagi nak mengambil tekanan darah , walaupun saya tenangkan fikiran semasa mengambilnya tetapi bila saja mesin dipasang saya tidak dapat mengawal perasaan saya dan tekanan darah akan naik mendadak , saya buntu , walaupun sebelum ini saya tiada bp, tetapi sekarang saya mengambil ubat bp dari farmasi kerana rasa kepala saya berat bila mengalami anxiety , bacaan heart rate tinggi Doc , boleh tak saya berjumpa doktor pakar dan mengambil ubat antidepressant untuk keluar dari masalah perasaan takut ini , boleh beri pencerahan ,terima kasih Doc
Sara
KL
salam,saya seorang student dan telah melakukan ujian dass di klinikkesihatan berdekatan tempat belajar saya dan keputusan menunjukkan saya depression,anxiety dan stress yang sangat teruk. doktor disana ada memberi pilihan jika saya mahu mendapatkan rawatan atau tidak.saya memilih untuk mendapatkan bantuan kerana saya dah tidak tahan dan pernah menyakiti diri sendiri.kebetulan saya akan mula cuti semester jadi doktor membuat surat rujukan untuk klinik kesihatan berdekatan kampung saya.tetapi apabila saya pergi ke klinik kesihatan di kampung doktor tidak melakukan apa-apa tindakan dan hanya menyuruh saya untuk mencari cara sendiri untuk release stress sendiri.kemudian doktor menyuruh saya untuk melakukan pemeriksaan jantung pula.sebelum ini semasa di sekolah menengah saya ada melakukan pemeriksaan jantung oleh kerana saya sering sesak nafas dan mudah pitam tiba-tiba tetapi setelah melakukan pemeriksaan tiada apa-apa masalah.selain itu,saya juga ada melakukan ujian untuk tiroid juga tidak ada apa-apa masalah.saya dah mula berputus asa untuk mendapatkan bantuan,saya merasakan saya di permainkan oleh doktor.sekarang saya masih mengalami masalah panick attack dan cenderung bersendiri dan menyakiti diri untuk bertenang.saya perlukan bantuan tetapi saya tidak tahu bagaimana lagi perlu saya buat.saya harap dr. membantu saya.
Salam,
Saya cadangkan boleh rujuk ke hospital besar yang berdekatan.
Salam doktor, saya dah berhenti makan luvox 3 bulan yang lepas… Masalahnya sekarang anxiety berulang lagi, doktor sarankan saya sambung balik luvox, tapi dah sebulan saya makan makin bertambah stress rasanya. Adakah luvox sudah tak serasi dengan saya?
saya perlu tahu dose Luvox utk menjawab. Jika dose rendah tak boleh kata tak berkesan
Saya yus dr pahang…mudah berdebar,kalau ada sakit sikit kat bdn sy akan risau,dan blh dikatakan setiap bulan sy akan ke klinik,sampai doctor pun ckp awk ni sakit ape lg?…tp setiap kali gi doctor akan ckp xde ape,sy risau sbb jari sy ketar,bdn lemah bila tiba2 kena serangan tu,sy pernah buat ecg,cek tiroid tp doc ckp normal..cuma doctor tu kata mgkin sy axienty,kalau skrg bawak kereta ada bas atau lori di depan atau blkg sy dah mula berdebar..x boleh dengar berita ttg kematian,kemalangan ,mula la sy berdebar,x boleh terkejut,terus berdebar..sy mula kena bln 11 2018 sehingga kini..masih cuba kawal sendiri,sy xtau brp lama blh kawal sendiri..adakah ini mmg panic attact atau axienty disorder?
Ya, jelas anxiety disorder. Jumpa pakar
Asalamualaikum sy ryzal dari pahang maran.. dulu sy nie dah 2thun sakit panic attck dan gerd gastrik…dan pada 3 hari lepas sy ambik makanan jenis rempah2 sampai ke hari ini sy gerd gastrik..angin yg dalam perut kacau pernafasan sy…apa bila sy berjalan sy jadi megah mcm nafas jadi pendek…sy dah lama x Kene seteruk nie bila makan terasa pedih dah makan x sendawa…smpai sy x tahan sy akan menerap atas mozek bagi kuar angin ….
Salam,
ada kemungkinan panyakit lama berulang. Kurang info berkenaan tanda2 anxiety dinyatakan,
Jumpa semula pakar
Assalam…saya dh1 bln sakit Ad nie..saya dh dpt kan pengesahan dr dktr..mmg saya ada Ad..saya byk fikirkan kematian..bila saya gelisah,berdebar,rasa tak sedap hati,perut mcm masok angin,mual,pening,berpeluh masa tu hanya mati yg ada dlm fikiran saya.kdg2 saya tgok anak2 yg masih kecik saya dah nangis sorg2 sbb saya fikirkan saya dh mcm nk mati.saya selalu call suami mtk dia balik kerja awak..sdgkan sebelum2 nie saya x mcm tu..Ad saya on/off..saya dh dpt surat utk jumpa dktr psikatari..tp belum di panggil utk temujanji itu..saya byk dekat kan dri dgn allah dgn solat awal wak tu,solat taubat..alhamdullilah saya rasa tenang dan lapang..tp saya hamba yg lemah.. bila perasaan kenangkan dosa2,dgr kematian dan baca artikel berkenaan kematian..fikiran saya terus akan fikirkan mati dlm diri saya..dan saya akan jd gelisah dan xsedap hati..kdg2 sampai menangis sorg2..sakit Ad nie boleh hilang x dktr???paling cepat ambil masa brapa lama??sbb saya rasa kehidupan harian saya terganggu..saya tahu semua kesakitan allah yg kurniakan..dan setiap kesakitan ada iktiarnye dan ade hikmah serta kebaikkan nye dr allah..
Selamat petang.. Byak yg sy Baca komen2 ada seperti sy.. Sy baru berjumpa dktor, sy sendiri xtau yg sy terkena panic attack sampaila Sy Jumpa dktor tadi.. Tapi dktr hya bagi Sy vitamin n dktr pesan sekiranya Sy Ada Rasa mcm bedebar2, kaki tangan sejuk n sukar bernafas baru la jmpa dktr balik.. Tapi Sampai d rmh Saja, bedebar2 tu dtg blk… Perlu kh sy balik semula keep dktor..
Anxiety atau panic disorder. Jumpa pakar psikiatri
Assalam… Dr, sy nk tanye kwn sy dia sakit perut usus dia dh teruk, dia dh jumpa doktor,, doktor kata, bila nk bedah2 operet, dia x nk,, dia kata mcm mana nk berubat sendiri,,
Salam, apa soalan?????
Assalamualaikum Doktor.
Saya selalu merasa bimbang dengan keluarga saya. Saya selalu memikirkan semoga umur mereka panjang kerana saya merasakan saya tidak boleh kehilangan mereka. Pernah berlaku kepada adik saya ketika ditahan, ayah dan adik masuk hospital saya merasa gelisah tidak tenang, seluruh badan lemah, perut sakit, sukar tidur malam selama seminggu. Kemudian saya pulih secara perlahan2. Pernah juga ketika saya dimaklumkan ada tekanan darah tinggi, perkara yang sama berlaku pada saya.. Biasanya selama seminggu dan kemudian perlahan2 pulih. Saya tidak boleh mendengar berita buruk yang terjadi pada keluarga dan diri saya sendiri. Saya mulai sakit, lemah, sukar tidur malam, perut sakit, kepala sakit, badan gementar dan menggigil, hilang selera makan.
bimbang itu sebahagian hidup, kecuali ia melampau sehingga menggangu kehidupan
Assalamualaikum dr. Amira dri perak..saya mengalami perasaan malu yg terlalu teruk dan takut berjumpa orang ramai..bila berdepan dgn orang ramai jantung saya berdegup laju dan tangn serta kaki saya sejuk dan basah…saya mengalmi masalh ini dri umur 12 thun smpi skrg 21 thun msih x sembuh..sya ada buat research ia sma sprti Sosial anxiety disorder…jdi sya nk tnya bolehkn pyakit ini smbuh?
Bgaimna cara untk mrawat?
salam,
Ya social Anxiety disorder or social phobia.
Rawatannya antidepressant dan exposure. Jumpa pakar
assalammualaikum..
-tgn kebas,jari kaki mencucuk2 kdg kdg ,perut ada bunyi berkeroncong mcm angin mengelodak,kdg terasa bahang,telinga kdg-kdg bahang
-mula fikir ada sakit,suka google ttg siptom2,bila ada mula memikir
-fikir ttg mati dan org dah mati
adakah tanda anxiety?
Waalaikum salam,
Ya anxiety
Slm doktor, sblom ni sy dh disahkn ada AD. semua simptom² AD tu sy dh rase. Dan memang kerap berlaku. Cuma doktor cdgkan rawat sendiri,dgn kawal pernafasan. Persoalan sy, skrg ni sy ada rase mcm badan sy x tersentuh dgn apa yg saya sentuh. Contoh bila sy pgg ape² sy rase mcm x pegang, rse mcm nk terlepas pdhl benda tu okay je saya pgg. X terlepas pon. Perasaan sy je ke? Adakah ni simptom AD jugak. Sblom ni pon sy ada rase mcm ni bila panic attact menyerang tp kejap je la. Lps tu hilang. Doktor sy kate tu slh satu simptom anxiety jugak. Tp tulah kali ni, wktu dduk saje² pon rase mcm tu. Rase mcm x connect dgn sekeliling. Sentuh benda² rase macam x sentuh. Sy cuba nk ignore tp x boleh. Asyik duk fikir je knp dgn sy😣
salam, pada awalnya gejala macam seram sejuk kepala pening pernah terjadi pada saya itupon setelah sy fikir yang bukan2, untuk bbrp bulan yang dulu, dan suka rasa diri berjalan tidak seimbang, sekarang jadi masalah tegang otot leher, dan telah mendapat rawatan fisio di hospital kerajaan, masa tidak keseimbangan tue sy itu katanya dari masalah urat tengkuk, dulu x pernah ada pon, lepas overthinking terus kena, gejala apakah yang saya hadapi doc…..smpai skrng bila nak buat aktiviti kadang pening kadang tidak…….
Assalamualaikum doc.. Sy zul dari Banting Selangor. Sy seorang pengidap Anxiety Disorder sejak bulan November 2018.. Sebelum sy mngetahui tntang penyakit ini sy selalu fikir adakah sy akn mnghidap pnyakit kronik apabila tiba2 rasa sakit dada.. Tiba2 jntung laju, bernafas xckup oksigen.. Mcm2 lg.. Tapi alhamdullilah selepas tahu pasal penyakit ni sy rasa semakin pulih.. Tapi satu yg mnjadi persoalan sy adalah, adakah penyakit ni memberi kesan terhadap penglihatan? Sebab selepas sy trkena penyakit ni sy dapati mata kanan sy jd kabur seperti ada langsir menutupi di setengah2 bahagian.. Tidak menyeluruh.. Dah 4 kali appointment dgn pakar oftal.. Masih xjumpa punca.. Dh mcm2 ujian penyakit sy buat yg pakar oftal cadangkan yg mngkin ada kaitan dgn msalah mata.. Semua negatif.. Ct scan pon ok… HIV negatif.. TB negatif.. Adakah punca betul2 daripada Anxiety Disorder ye doc??
Salam,
Ya melibatkan penglihatan.
Lebih kukuh kerana Ophtal masih gagal
Terima kasih prof.
Assalammualaikum saya farah berumur 18tahun dari perak… saya ingin bertanya adakah saya mempunyai penyakit anxiety? sebab sejak dua menjak ni saya asyik terfikir pasal mati je pastu saya akan risau sangat2 bile tgk orang post pasal penyakit2 yg berbahaya..bile saya terbaca tu saya akan rasa mcam saya je yang sakit, saya jugak kerap lupa kat mana saya letak barang2 saya, asyik rasa nak marah2 je padahal hal kecik je, kadang2 bile tengok rumah bersepah sikit hati saya macam xtentu arah dan tibe2 saya akan menjerit atau menangis… saya jugak rasa sesak nafas jantung berdegup laju rasa gelisah cemas xtau nak ungkap macam mana rasa ni.. kadang2 saya sakit kepala bile pikir pasal ni.. adakah saya perlu mendapatkan rawatan?
Salam, ya berkemungkinan besar. Jumpa doktor
Salam, sy nur dari pahang. Lately, saya rasa sangat down. Asyik nak menagis sahaja. Keraprasa sesak nafas tiba-tiba walaupun duduk sahaja. Adakala sampai pening rasa nak pitam. Rasa macam nak mati je. Sampai sekarang perasaan tu ada. Hampir setiap hari menangis. Tak tahu macam mana nak control diri. Mudah marah. Serabut.
Bila saya keluar rumah, saya takut nak berinteraksi dengan orang luar. Rasa gugup melampaui sehingga suara tidak keluar untuk bercakap, tangan dan kaki pun menggeletar. Dari kecil lagi saya takut dengan orang.
Jumpa doktor pakar
salam doc..sy nk tnya..sy cpat lupa n xbleh refresh ape yg sy bru buat cntoh dlm mse 5mnit lpas..bile sy cuba ingat ingtan sy ksong..kdang2 tu ingat tp lmbat..sy ad rse gmuruh, panik n hlang tmpuan bile org bcakap dgn saya atau mlakukan kerja..xfokus tnpa sbb knape ye..bile d tmpat krja sy jd org pling slow bt kje..sblum ni sy xpnah alami mcm ni..bbrape blan kblkangan ni byk prubahan dri sy..sy prlukan pnjelasan adkah sy mgalami msalah psikitari?boleh doc bntu ape yg prlu sy lakukan
Salam,
Tidak dinyatakan umur.
Kemungkinan besar kemurungan atau anxiety. kedua kerap memgganggu tumpuan dan kelihatan seperti pelupa.
Kalau tua mungkin dementia
Assalammualaikum doctor.. Sy xtau ada panic disoder atau x tapi sy merasa takut bimbang mcm2 benda hingga kena hypertension dan sukar reda. Boleh tak sy nk berjumpa dgn doktor untuk rawatan segera.
Salam,
Masalah psikologi seperti anxiety dan kemurungan boleh menyebabkan tekanan darah meningkat.
Boleh hubungi melalui message ke no 017 950 0058 utk buat temujanji
Assalamualaikum doc, sy Sabrina dr sabah 22 tahun. Bgini doc sy mngalami perasaan takut risau dan sedih yang kadang2 saya tidak dapat kawal dan sy mudah untuk stress sy juga tidak suka bergaul dgn orang sekelilinng . Perasaan itu menyebabkan sy terpaksa berhenti belajar di tingkatan 6. Kini sy Sudah mula bekerja tp perasaan yg sy alami ini sangat membebankan saya, sy tidak selesa berdepan dgn orang ramai kerana sy lebih suka berkurung dlm bilik berbanding Keluar. Dan Sejak kbelakangan ni sy susah utk tdur pada waktu mlm. Sebagai contoh baru2 ni kucing sy sakit dan sy mula bpikiran negatif perasaan risau dan sedih mengawal pikiran sy sehingga sy tidak lalu mkn dan tidak dapat tidur mlm sendi2 badan sy mula kebas dan tgn sy mula menggelatar pikiran sy menjadi panic dan jika sy minum biarpun hanya air putih sy akan muntahkan kembali sy buntu dan pikiran sy dikawal oleh perasaan takut risau dan sedih sehingga sy menangis dr mlm ke siang. Sy mula bpikir psl kematian dan perkara yg belumpun berlaku. Bila perasaan takut dan sedih ditambah dgn tidak dapat tidur pd waktu mlm sy mula rasa tertekan yg teramat. Pada waktu siang sy tidak bersemangat menjalankan aktiviti Dan ke tmpat Kerja. Banyak lg masalah yg bagi orang lain itu adalah normal tp sngat berat bagi Saya. Doc apa yg perlu sy lakukan dan perasaan apakah yg sy alami ini. Sy Sudah buntu untuk mencari jalan Keluar.
Salam,
Anda telah mengalami masalah anxiety dan kemudian kemurungan daveloped agak lama dan semakin ketara,
Jumpalah doktor pakar agak keadaan tidak bertambah teruk.
Keadaan ketara memerlukan ubat antidepressant untuk keluar dari penyakit.
Assalam doktor..
Sy nak tanya..adakah anxiety boleh menjadikan kita mengalami brain fog? Sebab itu yg saya alami sekarang ni..tangan sy menggeletar..skrg ni kaki pn menggeletar terutama lepas bangun tidur..sy dah alami brain fog ni dalam 6 bulan..bolehkah brain fog ni diubati? Terima kasih doktor..
Salam, boleh. Kerana waktu panic attack memang keadaan sangat teruk dan mengganggu fungsi minda
Salam doc,
Saya sue, 33 dari kl. Saya disahkan menghidap AD oleh doc. Doc juga kata kemungkinan saya dapat dari gastric yg teruk, vertigo. Saya menghadapi simptom takut mati, sesak nafas, jantung laju, cepat penat, pelupa. Saya sgt takut dgn apa saja saya buat. Selalu memikirkan hari kiamat. Terlalu takut kehilangan org tersayang terutama anak anak. Segala apa aktiviti yg saya buat sebelum ini contohnye seperti kepulau, bermain di pantai saya x buat dah sebab saya fikir tsunami akan dtg. Saya overthingking. Saya penat dah. Hidup terganggu. Kesian anak anak. Mereka x bebas buat aktiviti harian sebab saya takut apa apa jd pada mereka. Saya dah deactivate social media saya sebab saya kerap terbaca posting berunsur kiamat. Saya terlalu takut sampai x boleh tido malam. Doc di hospital kerajaan suggest saya utk rawat gastric saya terlebih dahulu dgn memasukkan scope. Nak masuk scope ni pun saya terlalu takut doc dan telah menangguhkan bbrp kali. Saya buntu. Bantulah saya doc..
Salam,
Jelas masalah anxiety esp panic.
Penyelesaiannya mudah. Jumpa doktor.
Anxiety dan gastric berkait rapat spt dinyatakan dlm penerangan saya sblm ini
Assalamualaikum doktor..kebelakangan ni sy kerap mengalami perasaan takut dengan tiba2.perasaan takut sgt..lepastu badan jadi lemah dan rasa pening2 nak jatuhh..kadang2 jadi bingung..rasa berpisah dari realiti dan oerut rasa tak selesa..adakah sy ada anxiety disorder..terima kasih prof
Salam,
Panic disorder
Assalam prof..
Sy azim dari selangor..berumur 34 tahun..sy nak bertanya pada prof adakah apa yg berlaku pada sy ni anxiety disorder atau penyakit lain..bulan 10 tahun lepas sy mengalami sakit perut yg luar biasa (tak pernah rasa sebelum ni)..bila jumpa dr dr kata ada batu karang..semenjak drpada hari tu sy rasa bimbang yg amat sangat..selalu gelisah..jalan mundar mandir..selalu sy fikir tentang samada buah pinggang sy masih baik atau tidak..sy bimbang samada kesihatan sy baik atau tidak..sampai ke hari ni sy masih ada rasa bimbang kerana masalah batu karang tersebut belum selesai lagi..sehinggakan berat badan sy turun tanpa sebab..dan itu membuatkan sy berasa lebih bimbang..skrg ni sy mengalami simptom seperti hujung jari tangan terasa kesemutan, kepala atau dahi terasa tegang, brain fog, terasa seperti tidak berada di alam realiti, mudah pelupa, mulut kadang2 terasa kering, tangan dan kaki menggeletar..skrg ni sy bangun dari tidur terasa kaki sy menggeletar..harap dapat pencerahan daripada prof..terima kasih..
Salam
Ini salah satu penyakit dlm kategori anxiety.
Lebih specific Illness anxiety disorder.
Ada rawatan. Berjumpa dgn pakar
Assalamualaikum Doc , sy Fatihah, sy seorang student diploma part 2 di kedah. Sy baru2 ini. Sy kena mcm apa yg doc tulis semasa tgh presentation sehingga sy x dpt kawal emosi sy. Beberapa hari sebelum tu sy ada alami sakit dada belah kiri atau jantung yg kuat mcm jantung kena genggam. Kenapa yer jadi mcm ni?. Adakah sebab tekanan?.
Lagi satu sebelum2 ini sy rasa, sy pernah ada depression rasanye lh… Tetapi x pernah bertemu doktor. Adakah sy patut berjumpa dgn doktor.
Blh x bagitahu sy lebih mendalam sebab sy takut ia akan jadi teruk. E-mail sy fatihahhusain10@gmail.com. terima kasih
Salam,
Berkemungkinan besar ada Social phobia atau Social anxiety disorder.
Kerap juga kes social phonia disertakan dengan kemurungan.
Jumpa pakar
Assalamualaikum Prof,
Saya Ruzita dari Selangor. Sekarang ni tengah pregnant. Saya pernah lalui perasaan berdebar, seram sejuk bila terjaga dari tidur pkol 3 pagi sejak kandungan berusia 5 minggu. Saya terus memikirkan pasal kematian secara tiba2 sahaja. sejak dari itu perangai saya berubah jadi pendiam, tidak bnyk bercakap, sering katakutan berkaitan kematian sama ada tngok di tv mahupun social media. kebanyakkan masa sy slalu bersendirian sebab suami sngt bz dgn kerja, balik pkol 10 atau 12 malam atas faktor kerja dan saya merasakan terlalu sunyi. Sejak itu saya rasa saya tk boleh bersendirian sbb sy akan slalu teringt perkara yg menakutkan. Sy cuba ruqyahkan diri takut ada gngguan, sy dapati bila sy dngar sy ada rasa panas sikit kemudian rasa mengantuk, kdng2 sy tk boleh nk dngr ayat2 Quran termasuklah surah untuk ibu mengandung. hati sy menolak sngt2 untuk mendengar tp sy paksakan diri. Cara sy nak hilangkn perasaan nih, sy bawa diri ke tempat suami berkerja dan tunggu dia hbis krja dan kemudian sy dekatkan diri dgn Allah. Solat jaga secukupnya. Benda2 yg sy takuti macam terbaca atau terdengar psl kematian sy paksa untuk tngok atau dengar. Sepanjang sy checkup klinik berat sy turun 4kg dalam masa 4bulan dan skrg sy dah pregnant 17 minggu. Sbb sy ada terbaca juga semasa pregnant emosi tidak stabil akan melalui anxiety juga.. perlukah sy berjumpa dengar pakar untuk masalah sy nih? alhamdulillah skrg nih sy dah ceria sikit, makan pon dah ada selera sikit cuma kdng2 sahaja sy akan terpikir psl kematian, tkut kehilangan org yg tersayang dan masih tidak boleh bersendirian.
Salam
Ini penyakit anxiety yg ketara.
Rukyah sahaja agak sukar sembuh dan kurang berkesan.
Ubat antidepressant adalah relatively selamat terutama pd kandungan yg lanjut.
Helo prof,
saya Luna, umur 20 dari Malaysia.. sejak baru2 ini, saya mngalami sakit dada kiri yg sngt sakit dan sukar untuk menarik nafas. Sakit dada trsebut kdg2 dtg dan mngmbil masa yg lama. Cara sy mngawalnya adalah dgn tdr, dlm masa yg sama sy juga tkut kpd kematian shingga berasa loya, kerap sendawa dan badan terasa sejuk. Ini mnyebabkan degupan jantung sy laju. Kdg kala hilang selera makan. Selain itu juga, sy juga mempunyai gastrik wlaupun sy ada mnyantap makanan. Boleh ka doktor memberi saya nasihat ?Adakah ini anxiety disorder ?
Ya benar
Assalamualaikum doktor saya ingin bertanya adakah saya penghidap anxiety disoder.tandanya ialah saya kerap pening kepala rasa macam nak pensan dada berdebar debar Dan kerap badan letih sampai berat badan turun.sebab saya dah cek di klinik swasta doktor Ade mengatakan saya Ade penyakit anziety disorder.tapi saya masih tidak percaya sebab baru baru ni tekanan darah saya Naik tinggi
Bantu saya insan lemah
Salam, Ya lah tu
Assalam dalam beberapa hari ini knp sya terigat kematian..dan bukan2.ini ke peyakit Anxiety
Salam too short
Assalammualaikum doc. Saya nizam. Anak saya umur 19 tahun lelaki. Semenjak kebelakangan ni. Dia selalu tak tentu arah dan bergetar satu badan bila pergi ke tempat yg sesak Org ramai ataupun bila dia tengah pandu kereta terjumpa hujan lebat. Penyakit tu akan datang. Hanya buat masa sekarang saya nampak mcm dia boleh kawal. Tapi untuk jangka masa panjang. Apakah perlu saya buat untuk anak saya ini. Adakah penyakit ni boleh sembuh. Dari pengalaman doc. Jangka masa untuk sembuh berapa lama sebab semenjak dia kena penyakit ni. Saya nampak Dia macam kurang keyakinan diri sikit. Saya harap doc dapat beri sikit jawapan untuk sakit anak saya ini.
assalamualaikum,doc sy nk tnya klu urat saraf putus blh ubt x
Waalaikum salam. T kasih bertanya
Assalamualaikum Doctor.. nama sy Adham sy berasal dari Kajang dan berumur 30.. semenjak kebelakangan ni sy susah nk tidur.. saya berasa resah / gelisah bila hendak tidur.. sampai saya trauma hendak tidur pada waktu malam… jantung saya berdebar2 dan saya tak tahu apa puncanya.. sy sudah menjalani ECG dan doc mengesahkn jantung saya sihat.. cuma pada waktu malam sy rasa bimbang tidak boleh tidur… walaupn keesokanya tidak ada program yg penting tetapi sy tetap risau… adakah saya mengalami Anxiety Disorder? harap doctor boleh membantu saya..
Waalaikum salam,
Ya kemungkinan besar
PAUTAN POST BERKAITAN ANXIETY DAN KEMURUNGAN;
Bolehkah Kemurungan dan Anxiety keluar dengan tanda-tanda fizikal?
https://www.ramlimusa.com/apa-kaitan-tanda-tanda-fizikal-dan-penyakit-anxiety-dan-kemurungan/
Sedikit penerangan tentang anxiety;
https://www.ramlimusa.com/video-penerangan-tentang-rawatan-penyakit-anxiety/
Anxiety boleh sembuh dan ubat diberhentikan
https://www.ramlimusa.com/diari-hari-ini-sudah-sembuh-dari-penyakit-anxiety/
Langkah dan panduan mendapatkan jawapan pada banyak persoalan;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Banyak soalan-soalan berkaitan anxiety sudah saya jawab di sini;
https://www.ramlimusa.com/54-2/
Assalamualaikum doc..sya norhayati dri kuantan pahang..sya ni pesakit anxiety disorder..sya masih menerima rawatan dri pkar..sya kna dua di antara tiga anxiety disorder..kecuali OCD..skrang sya mengamalkn eksesai sebagai rutin harian sya..dan sya sentiasa brpikiran positif seadanya untk melwan anxiety tu sndri smbil menerima rawatn….alhamdulillah Allah dh tunjk jaln ke sya..masalah sya di sini adalah..sya mmpunyai kawn yng ada satu anxiety shaja iaitu bimbang dan takut untk dri sndri..dh brkali kali sya nasihatkan dia untk melawn sambil menerima rawatan dan terima keadaan dri dia..tapi nampknya dia msh x boleh terima..ubat doc kasi dia x makn..katanya ubat tu mmbuatkn dia mngantuk la dan lesu la..sya surh dia eksesai katanya dia x larat..boleh katakan semua nasihat dan pengalamn sya cerita ke dia..dia abaikan..tapi dlm masa sama dia mash brtanya macm mna sya menerima rawatan setiap kali panik attack yng datng..soalan yang sma dan berulang ulang..jawbpan pn mnde sama mcm mna nak kawl keadaan dan apa sya buat..dan dia tetap brtanya apa itu anxiety disorder..sedangkn dia dh pn ketemu dan doc anxiety untk rawatan..apa patt sya bt doc..sya dan seorang lagi kawn ada masa kekadang dah merasa jemu dngan prtanyaan dan soalan dri dia macm mna nak baik..macm mna nak sehat..kalau dh ckap pn dia tetap akn brtanya n tnya lagi mnde yng sma..apa yng patt sya buat doc..nasihat apa lagi patt sya berikan pada dia..
Salam,
Bilangan penyakit bagi kami tak penting. Yang penting keterukan penyakit.
Bagi anda walaupun ada 3 tapi boleh kawal dengan berfikiran positif boleh sembuh. Ini kerana keterukan penyakit anda, tak teruk.
Namun kawan walau pun 1, tapi teruk, dengan melawan tanpa ubat MEMANG SUKAR atau kebanyakan IMPOSSIBLE. Ubat tetap penting utk penyembuhan
Assalam doc…saya ada masalah menggigil apabila terlalu xkut…kepala berasa pening, muntah, tgn sejuk dan perut sakit apabila bercakap dpn org rmai…ada kalanya rasa sesak nafas. Saya sering rasa tidak bersemangat dan ada kalanya rasa sedih menyebabkan saya lagi suka bersendirian apabila ada masalah…mohon pencerahan dari doc
Salam buat DASS dan baca post tentang keperluan jumpa doktor
Assalam doc…saya sering alami sakit perut, tgn menggigil dan muntah2 apabila terlalu takut@nervous lgi2 apabila berhadapan dgn org rmai. Ada kalanya saya berasa sukar untuk bernafas. Saya tidak bersemangat dan perasaan berubah selalu. Bagaimana untuk atasinya?
Salam jumpa pakar. Penyelesaian tak semudah di online discussion
Assalamualaikum doktor,
sy dari ipoh perak.. baru2 ini pertghan bulan april’19 sy megalami nyeri di heler kanan ke telinga, pastu tiba2 mgalami kebas2 tangan kanan, tiba2 di mulut kadang kaki..
lepas tu hati macm rasa tak tenteram..selalu fikirkan negatif terutama kematian..
kdang2 bagun tidur urat tangan rasa macam menarik2…sengal2 badan2..lesu shj..
otot2 bergerak2…
saya rasa macam angin yang byk dlam badan ni mmbuatkan peredaran darah x betul.
(hanya pemikiran sya)
sy ada berjumpa doktor dan doktor megesahkan saya anxiety. say bagai tak berpcaya sebab sya sorang yang aktif bersukan sprt duathlon.
doktor syorkan sy ambil cuti panjang sebab kemgkinan besa tekanan tepat kerja fakto utama.
dengan memberi rehat pd badan dari persekitaran tempat kerja.
sekarang ni pula kadang2 bila duduk lama dan bangun..badan bergoyang dan pandangan kabur.
sy dh melalui pemeriksaan darah tinggi ,ECG, kadar gula.result negatif..
sekrang ini sy dam plan untuk buat full medical check up.
saya ade berubat syifa..tapi masih sama…cuma saya tenangkan diri merapatkan diri dengan Allah..zikir dan solat..
Alhamdullilah beransur pulih ….tapi nyeri di leher, kana kesemutan kdang2 muncul di lidah..kaki..tangan..kdang2 datang sengal2 kat kaki…
tmabah2 kalau saya fokus pda kerja di depan computer..
adakah saya perlu berjumpa kembali dengan dokto untuk mendapatkan rawatan psikitari?
adakah penyakit yang saya lalui ini bleh di hilangkan dengan ubat yang disyorkan?
hrap dokto dapat bantu saya yang buntu ini..
skrng ini sy cuba suppliment minyak ikan omega dan lecithin..
Salam, telah dinasihatkan untuk berjumpa doktor kerana anxiety. Sudah ada jawapan dan penyelesaian di depan mata pd masalah tuan.
Salam,
Saya sedang mengalami ‘terlalu takut mati’. Saya tidak dapat tido lena hampir setiap malam. Saya takut mati, kenapa saya hidup untuk dimatikan? kenapa saya kena mati? keadaan lain saya terbayang saya accident kereta, saya hancur berkecai. saya takut sangat sampai hilang selera makan. Dan macam-macam lagi terlalu panjang untuk diceritakan. Lagi satu saya penghidap hyperthyroid. Nafas saya jadi pendek bila fikir benda ni semua. Tapak tangan kerap berpeluh. Saya sangat-sangat gelisah. Saya terlalu takut
emmm soalannya?
Assalam dr.
Sy dh buat ujian dass n keputusan anxiety sy teruk. Sy juga rasa sy ada social phobia. Kalau kt tempat org ramai (walaupun x ramai sangat) pernafasan sy jd x teratur, jantung bedegup dgn sgt laju. Tangan menggeletar. Percakapan pun kurang jelas. Ada juga percakapan ok , pernafasan ok, jantung ok tapi tangan sy ttiba menggeletar. Sy juga kerap overthinking. Hal ni buat sy sangat resah. Sy rasa sy kerap tdur utk elak kan overthinking. So sy mmg x da masalah kesukaran utk tdur. Sy juga kerap berangan utk elak overthinking N kalau ada event sy akan jadi resah fikirkan event tu walau event tu masih lama lagi. Kadang2 sy seorang yg positive n kadang2 negative. Sy mampu(sikit lh) kawal emosi sy utk kurangkan rasa resah tapi sy x mampu kawal reaksi badan sy(tangan menggeletar). Sy juga kerap berasa sedih scara tiba2 tapi dlam masa yg singkat. Selepas tu sy x rasa apa2 seolah olah sy x berasa sedih satu jam yg lepas(contoh).
Salam. Perlukan ubat utk sembuh. Jumpa pakar
Assalamualaikum doktor sy nak tnye Klau masalah susah tidur kurang selera mkn badan rase lemah2 jantung laju tiba2 sesak nafas ape ye..
Salam,
Ada 2 kemungkinan sama ada depression atau anxiety
Tidak dinyatakan symptoms lain, utk kepastian saya
Assalamualaikum doktor sy nak tnye Klau masalah susah tidur kurang selera mkn badan rase lemah2 jantung laju tiba2 rase sesak nafas ape ye berat badan turun..
Salam,
Ada 2 kemungkinan sama ada depression atau anxiety
Tidak dinyatakan symptoms lain, utk kepastian saya.
saya cuma nak berterima kasih kepada doktor, kerana sanggup melayan komen2 orang yang berada dalam kesusahan. Saya doakan, diberi kebahagiaan dunia akhirat. dimurahkan rezeki. terima kasih Dr Ramli.
Alhamdulillah ini komen yang sangat berharga dalam hidup saya.
ia adalah doa dari kalian semua. Ia juga mennyuntik semangat untuk saya berbakti.. 🙂
assalamualaikum doc,sejak saya kemurungan ni saya dapat banyak effect dkat badan saya.cth jantung berdegup sampai terasa dekat luar dada dan serentak rasa lemah longlai.pastu saya sde rasa saraf macam sempit,masa saya menggilat tu,kulit bergerak gerak dengan tindak balas jantung berdegup laju.adakah ni effect dari anxiety?
Salam,
Anxiety dan depression boleh.
PAUTAN POST BERKAITAN ANXIETY DAN KEMURUNGAN;
Bolehkah Kemurungan dan Anxiety keluar dengan tanda-tanda fizikal?
https://www.ramlimusa.com/apa-kaitan-tanda-tanda-fizikal-dan-penyakit-anxiety-dan-kemurungan/
Sedikit penerangan tentang anxiety;
https://www.ramlimusa.com/video-penerangan-tentang-rawatan-penyakit-anxiety/
Anxiety boleh sembuh dan ubat diberhentikan
https://www.ramlimusa.com/diari-hari-ini-sudah-sembuh-dari-penyakit-anxiety/
Langkah dan panduan mendapatkan jawapan pada banyak persoalan;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Banyak soalan-soalan berkaitan anxiety sudah saya jawab di sini;
https://www.ramlimusa.com/54-2/
Assalamualaikum prof. ..maaf prof sy cp article ni..sy x pandai nak cerita..walaupun ini cerita org lain…tp inilah lebih kurang keadaan yg sering terjadi kpd saya
..Kes Pertama
..anda sedang memandu di lebuhraya..cuaca terang dan damai..namun tiba tiba hujan turun dengan lebat berserta angin kencang..Dada anda berdegup kencang terkejut dengan suasana yang tiba tiba berubah..Nafas makin kencang terasa seakan2 tercekik dan mahu pengsan…Terus anda memberhentikan kereta di pinggir jalan..dan cuba untuk bertenang…setelah beberapa minit keadaan kembali kepada asal…
Kes Kedua
..anda berada di perhentian bas…Bising,hiruk pikuk dengan bunyi deruman injin bas dan suara orang ramai..anda berasa tidak selesa,tergugat dan ingin segera lari dari suasana itu..Tiba tiba anda berasa sesak nafas,pening,perasaan tidak menentu dan terasa semuanya di luar kawalan..lebih teruk anda rasa seperti akan mati ketika itu juga…
Kes Ketiga
Anda sedang berkerja dengan komputer anda di pejabat..Suasana tenang dan selesa tanpa apa2 gangguan..Tiba2 anda terasa seperti ada sesuatu yang menakutkan..Hingga menyebabkan anda berasa panik dan lemah serta menggeletar..Sedangkan anda sedar tiada apa yang perlu ditakutkan ketika itu…
Terima kasih prof…
Salam,
Kemungkinan anxiety disorder
Sila nyatakan DASS score
Tq prof…adakah say perlu berjumpa pakar?
Boleh tengok balik indikator keperluan berjumpa pakar
PAUTAN POST BERKAITAN ANXIETY DAN KEMURUNGAN;
Bolehkah Kemurungan dan Anxiety keluar dengan tanda-tanda fizikal?
https://www.ramlimusa.com/apa-kaitan-tanda-tanda-fizikal-dan-penyakit-anxiety-dan-kemurungan/
Sedikit penerangan tentang anxiety;
https://www.ramlimusa.com/video-penerangan-tentang-rawatan-penyakit-anxiety/
Anxiety boleh sembuh dan ubat diberhentikan
https://www.ramlimusa.com/diari-hari-ini-sudah-sembuh-dari-penyakit-anxiety/
Langkah dan panduan mendapatkan jawapan pada banyak persoalan;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Banyak soalan-soalan berkaitan anxiety sudah saya jawab di sini;
https://www.ramlimusa.com/54-2/
Salam dok, saya suda 5 hari makan ubat sentraline 50mg..skrg keadaan sy bertmbah truk sedikit dr segi kurang selera makan, lemas, bergegar dan pening.. Adakah keadaan ini normal kerana doktor yg saya jumpa mencadangkn cuba sampai 2 mggu.. Tapi saya berasa takut.. Terima kasih dok.
Salam,
seminggu atau beberapa hari permulaan akan ada tanda simptom lebih teruk. kemudian dia akan surut slowly.
Selalu saya mulakan dengan dose rendah. Sertraline selalu 25mg. selepas 4 hari atau seminggu naik 50mg
Assalam doktor,Saya mengalami masalah berdebar apa bila orang melihat Saya membuat keje terutama menulis, bila orang tengok Saya buat keje, tangan Saya Mula menggeletar & Saya Mula berpeluh & Saya rasa malu dengan kawan2 Saya. Jika bercakap dengan orang ramai Saya xde masalah pula. Adakah Saya mengidap panic attack atau mental disorder or tremor
Salam,
Macam social phobia. Tapi selalu public speaking social phobia akan ada masalah
Nyatakan DASS
salam doktr..sya amira, brumur 23thun. sya bru buat ujian DASS dn kputusan ujian DASS sya
stress :teruk (14)
anxiety:sangat teruk(16)
depression:normal(3)
dan pada tahun 2018 sya mpunyai rasa takut yg tinggi dan mpunyai debran jtung laju smpai skg, klau sy prgi hospital, cek jantung, darah, tyroid smua kputusan normal, tiada pyakit. tp sya heran sbb sy slalu rasa gelisah, debaran laju, rasa takut. bg pdapat doktr, apa ptut sya buat?
Salam ia anxiety, jumpa psychiatrist
darah putih naik adekah berpunce dari anxiety jugak?? atau ade sebab lain..
Naik bagaimana? Kalau banyak tidak
assalamualaikum doktor , saya nadhirah berumur 16 tahun , tinggal di area jb. kebelakangan ni saya selalu pening kepala and demam , saya juga kerap tidur akibat pening melampau , setiap kali saya bangun dari tidur , saya akan rasa takut , nak nangis , seram dgn sekeliling dan terkejut tanpa tahu sebab , saya selalu rasa nak nangis secara tiba tiba dan tanpa sebab , adakah itu anxiety ?
Salam,
Kemurungan
patut saya jumpa psychiatrist atau tidak ? atau ada cara lain ?:”
PAUTAN POST BERKAITAN ANXIETY DAN KEMURUNGAN;
Bolehkah Kemurungan dan Anxiety keluar dengan tanda-tanda fizikal?
https://www.ramlimusa.com/apa-kaitan-tanda-tanda-fizikal-dan-penyakit-anxiety-dan-kemurungan/
Sedikit penerangan tentang anxiety;
https://www.ramlimusa.com/video-penerangan-tentang-rawatan-penyakit-anxiety/
Anxiety boleh sembuh dan ubat diberhentikan
https://www.ramlimusa.com/diari-hari-ini-sudah-sembuh-dari-penyakit-anxiety/
Langkah dan panduan mendapatkan jawapan pada banyak persoalan;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Banyak soalan-soalan berkaitan anxiety sudah saya jawab di sini;
https://www.ramlimusa.com/54-2/
salam doktor, sy tak pasti menghidap anxiety atau panic disorder, kisahnya 2tahun yg lalu, satu kemalangan berlaku pada bahagian dada sy, selepas dari tu, sy rasa pernafasan sy tidak seperti dulu, namun pelbagai ujian dah dibuat, xray, ultrasound dan sebagainya, tapi tiada masalah, tapi sy tetap rasa pernafasan sy terganggu, sy disuruh berjumpa dgn psy, namun sy tidak amik ubt, sy stop, sy cuba bekerja dan lupakan, akhirnya bila kontrak tamat, sy hanya menganggur, dn rasa tertekan disebabkan pernafasan tu berlanjutan sehinggalah sy kena panic attack pada waktu solat jumaat, perut sy meragam dan sy terus fikir ianya ada kena mengena dgn kemalangan yg lalu, badan sy menggeletar, sy boleh tidur, tapi tiap pagi selepas terjaga mesti berpeluh2 jantung berdegup kencang, akhirnya sy membuat keputusan refer psy balik dan amik keputusan utk mencuba setraline 50mg, dan alprazolam, hanya sehari mencuba badan sy sakit, sy terus stop, selepas dari tu simptom makin byk sakit kepala dan sebagainya, soalan sy doktor, sy boleh tidur tp tiap kali selepas bangun, sy cuba utk tidur balik sy perasan jantung sy berdegup, badan sy seperti rasa menyucuk2, sekarang sy selalu sangat sengal2 badan, 2kali sehari, badan sy lemah, adakah penyakit ni boleh menyebabkan penyakit kronik yg lain, sy tidak mengambik ubat psy kerana takut, sy direfer pada pakar utk scope kemungkinan gerd, dan darah diambil utk cek kandungan garam dalam badan dan hypertiroid, tolong sy doktor, badan sy lemah dan sakit2 tiap kali bangun tidur
Sehari ambil ubat, masih terlalu cepat sangat utk bersangka buruk pd ubat. Cuba baca post saya dlm anxiety
Salam doc.
Saya raffi 34 tahun berasal dari seremban.saya dah setahun doctor mengesahkan saya mengihap AD.saya berkerja di luar negara doctor.amat susah saya hendak mendapat bekalan ubat.sebelum ni doc memberi saya espren 10mg saya cuma makan 5mg jer kini dah 6 bulan saya tak makan ubat..soalan saya doc bolih keh saya sembuh dan adakah AD bolih menyebapkan kematian atau tahap sampai jadi gila doctor.cuma ingin tahu
..terima kasih doctor
Dr???
???
Salam doc. Di johor di hospital mana yang boleh buat rawatan utk anxiety?
Jawapan ada dlm post saya depan sekali
Salam doc sya wan dari kk nk tanya mengenai penyakit saya ni.20hb october lepas saya tiba2 rasa fikiran melayang selepas baca mesej dari kawan saya.sya rasa mcm pening dan terus keluar rumah berjemur dkt matahari pagi fikir kan darah tak lancar.bila tgk keadaan yg sama jg.saya ajak kawan sya pergi hospital.time tunggu doc panggil.tiba2 lidah dan bibir mcm keluh .tekak kering..time tu saya dah rasa ingat nk mati dah..ketakutan dah buat check darah jantung paru2 bp dan gula semua ok..dari situ saya dh rasa mcn lemah badan.ketakutan hilang selera mkn pening sesak nafas .sampai saya menanggis depan saudara saya fikir kan ajal akan tiba.sampai barang berharga saya sya suruh adik.pegang.takut akan kematian.dan family dah bawa pergi ruqiah dan jumpa bomoh..hospital dah 5 kali cek darah jantung semua ok jer..dah masuk 3 minggu saya sakit ni..perasaan berdebar tu dah kurang.cuma bila datang gemuruh atau ketakutan saya dah mula lemah sesak nafas tak selera mkn.perasaan nk mati .dan satu lagi sya ajan buat pembedahan hernia..apa kah boleh buat pembedahan itu.sedangkan kan saya dlm ketakutan dan sentiasa lemah.tq doc mohon penjelasan.sekian
Sounds like anxiety disorder (80% yakin)
Assalaamualaikum,
Sy Nur, dari JB,
Sy ada mengalami sedih yang melampau-lampau sehinggakan sampai tahap bila saya menangis sy tak boleh berhenti, dan saya xtau kenapa sy menangis. selepas tu tangan menggigil, bila bernafas terasa berat, kepala pening.
Adakah ini Axiety?
Salam, symptom yg dinyatakan hanya menangis. sukar saya menentukan penyakit
Keputusan DASS pun tiada
Assalamualaikum doktor, Saya Wahida, berumur 20 tahun. Sejak dari sekolah rendah lagi saya sering mengalami ketakutan apabila melihat anak patung “Barbie”. Apabila saya melihat anak patung tersebut saya akan berasa gelisah dan ketakutan. Tambahan lagi, saya juga akan berfikir “benda tersebut” seolah-olah hidup. Ada satu ketika, saya pernah berasa panik yang amat dan akan melarikan diri seperti dikejar orang jahat apabila diusik oleh adik-adik saya ataupun rakan-rakan. Perkara ini masih berlaku sehingga kini. Jika tidak keberatan, saya harap doktor dapat beri penjelasan akan hal ini.
PAUTAN POST BERKAITAN ANXIETY DAN KEMURUNGAN;
Bolehkah Kemurungan dan Anxiety keluar dengan tanda-tanda fizikal?
https://www.ramlimusa.com/apa-kaitan-tanda-tanda-fizikal-dan-penyakit-anxiety-dan-kemurungan/
Sedikit penerangan tentang anxiety;
https://www.ramlimusa.com/video-penerangan-tentang-rawatan-penyakit-anxiety/
Anxiety boleh sembuh dan ubat diberhentikan
https://www.ramlimusa.com/diari-hari-ini-sudah-sembuh-dari-penyakit-anxiety/
Langkah dan panduan mendapatkan jawapan pada banyak persoalan;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Banyak soalan-soalan berkaitan anxiety sudah saya jawab di sini;
https://www.ramlimusa.com/54-2/
assalamualaikum, sya atika umur 22 dri sabah. Sya ingin bertnya tntg mslh yg sya hdpi skrg ini iaitu rasa gelisah yg teramat dan sering fkir tntg kematian. Sya juga sering berasa pening diikuti penglihatan kabur dan silau wlaupun brhdpn dgn chya lampu. Kdg kala sya rasa mual dan sakit ulu hati wlaupun suda mkn. Selera mkn juga berkurangan 1 hgga 2 kali sehari itu pun dlm kuantiti yg sdkit. Semua ni terjdi apabila suatu hari tu sya terkena sergn sesak nafas pdhl time tu sya baru trsedar dri tidur. Kdg2 kala kpla sya brsa kebas2 dimulai sakit d bhgian tengkuk. Sya suda prgi klinik ttpi jwpn yg dbrikan tdk memuaskan hati sya. Mungkin doktor boleh menjelaskan lbih lagi tntg pnykit yg sya hdapi ini. Mohon pencerahan, trima kasih.
Salam,
Banyak symptoms anxiety.
Pengesahan hanya dgn berjumpa pakar
Boleh baca post saya yg lain jika mahu saya terangkan.
Sudah diterangkan
Assalamualaikum Dr,
Saya baru sebulan tukar ubat daripada Luvox 200 mg kepada Mirtazapine 30 mg. Dr psy cakap ubat mirtazapine ni lagi baik untuk masalah deppression dan anxiety yg saya hidapi. Tapi saya lagi stress sebab kesan ubat mirtazapine ni dalam sebulan buatkan berat saya naik sampai 7 kg .
Tenaga pun macam kurang, badan rasa sakit2 je kebelakangan ni. Adakah ubat ni x sesuai untuk saya ye Dr.
Masa makan Luvox, berat saya maintain je, emosi xde lah macam sekarang.
Takut nak makan sebab badan makin naik. Appointment dengan psy bulan 10 nanti. X sanggup saya nak hadap
Asyik lapar je tapi takut nak makan.. apa pendapat Dr ye?
Salam,
Benar Mirtazapine boleh menyebabkan berat badann meningkat lebih ketara dari Luvox.
Kebaikan Mirtazapine adalah mengantuk untuk yg ada insomnia dan kurang sexual side effect, ia bagus.
Boleh bincang semula dgn doktor merawat jika berat badan meningkat dgn ketara
Salam doktor
Sy Iza dr Perak. Saya mula diserang panik attack sebulan lpas. Seblm diserang, saya sakit urat krn buat kerja dan mniaga yg mggunakan banyak tenaga fizikal. Bahu dan leher sebelah kiri sering sakit. Mkn pun tidak dijaga dan angin sgt byk dlm badan. Satu hari sy ke pasaraya dan mndpt sesak nafas. Sy terus ke klnik dan diberi ubat rilek Xanan. Sy dirujuk ke hspital dan tiada masalah jntung dsb. Cuma drh merah rendah sedikit. Sejak itu badsn sy byk angin dan tidak blh lmbat mkn 2jam skli. Permulaan panik akan serang bila leher dan bahu sy rasa kembang2 dan leher tegang dan angin mkin byk, serangan akan dtg.
Sy mkn Xanax smsa serangan kli pertama dan kdua dlm msa 2mnggu..sy byk bertenang dan tidak bgntung pd ubat..dlm tempoh sy melawan betenang, kdg2 dtg perasaan murung dan susah hati. Sy kne attack smula mlm td slpas sy mguruskan keluarga seorang diri krn suami kluar bkerja..bdn sy agak letih tiba2 sy tidak blh bnafas tercungap2..
Adakah attack smasa kelwtihan mlampau adalah biasa? Adakah sy perlu ke pakar segera dan mkn Xanax yg dbekal doktor klinik walaupun serangan bkurangan? Terima kasih doktor
Salam,
Jika attack berulang dan gangu hidup, perlu jumpa.
Salam Dr, terima kasih untuk maklum balas. Ye Dr sy tukar kan ke ubat mirtazapine sbb sexual drive sy semakin kurang bila makan Luvox. Sy akan berbincang balik dengan Dr sy. Terima kasih sekali lgi ye..
Sama-sama
Salam, Dr…saye nk tnye. Stiap pagi…saye sllu rase skit prt. Setiap kli saye nk ke kelas…akan jd pkra sama. Kdg2 saye ke toilet…ade hsil. Tp kbanyakannye xde ape2. Cuma skit. Kdg2 saye jugak ade rse nk ngis…tp x boleh. Rase nk nangis tu tak boleh klua. Bnde2 ni sume jd bile sye nk klua jupe org n ke kelas. Hrp Dr bleh bantu saye.
Salam,
Sukar nak bantu kerana tak tahu apa punca
Assalamualaikum Dr. sy dr sekolah sy mengalami masalah ketika menghadapi hari2 penting dlm hidup seperti hari pertama persekolahan ,ketika mengambil peperiksaan terlalu lama bercuti sehingga takut ke sekolah balik.Sebelum sy berhadapan dgn keadaan2 tersebut ,sy akan mengalami panik secara mendadak sehingga jantung berdegup dgn sgt kencang ,sakit perut yg kerap dan fikiran amat negatif sehingga saya menangis.Dan apabila sy sedang berhadapan dgn situasi tersebut keadaan sy boleh menjd lebih teruk seperti fikiran sy berasa sgt kosong sehngga sy tidak nmpak apa2 dan membaca apa2 ,tgn sy menjadi amat mengigil dn tak dpt sorok dr org ramai sy menjadi lebih jujur tanpa memikirkn keadaan org lain dn mempedulikan perasaan atau sensitiviti org lain.Adakalanya keadaan sy akn menjadi sgt lemah dn kejung ketika itu.Semakin membesar sy igt sy tidak pernah menyedari ianya merupakan 1penyakit .Kdg2 sy mungkin mengetahui ia nya adalah penyakit ttpi sy cuba utk menafikannya .Semakin besar ia nya kadang kala menjadi semakin teruk sehingga sy selalu bertindak utk melarikan di dr menghadapi situasi2 penting secara sengaja atau tidak dgn tidak tidur akibat overthinking sehingga sy berasa barai dan sgt lemah menjelang situasi penting tersebut.Kadangkala sy mempunyai keyakinn dlmn dan tenang dlm menghadapi situasi tersebut namun drsegi luaran badan sy amat bergeletar yg tidak dpt disembunyikan .Dlu sy sering melaungkan keyakinn sndiri dlm menghadapi situasi genting ini sehingga org ramai tersalah faham igt sy sgt berlagak dan angkuh sedangkn ianya adalah method sy utk mengrangkn tekann saya.Sehingga kini sy masih mempunyai masalah tersebut .Apakah yg perlu sy lakukan ?
BAGAIMANA MENBEZA GANGUAN EMOSI SEPERTI SEDIH VS KEMURUNGAN, GEMURUH BIASA VS PENYAKIT PANIK ?
Salam,
Saya membuat post ini sekali lagi bagi menerangkan lebih lanjut tentang isu bila perlu berjumpa pakar.
Juga jika diperhatikan banyak jawapan saya apabile seseorang ingin kepastian penyakit apa dihidapi, saya akan menjawab KEMUNGKINAN. Ini kerana pengesahan penyakit bukan mudah. Perlu banyak soalan diajukan oleh doktor dan HANYA dibuat bila bersemuka dengan doktor.
Mengalami pengalaman perubahan emosi seperti sedih, gemuruh, dan takut adalah sebahagian dari kehidupan yang normal.
Namun bila keadaan akan menjadi penyakit apabila….
1. Simptom sedih dan gemuruh sangat teruk.
Bagaimana mahu tahu teruk atau tidak? Ia berdasarkan berapa banyak simptom yang ada berdasarkan senarai (checklist)
Mempunyai tanda yang menggmbarkan TERUK seperti niat menamatkan riwayat dan lain-lain.
2. Adakah sehingga menggangu hidup? Mengganggu hidup bermaksud menganggu kualiti hidup, fungsi hidup, tidak boleh berkerja atau belajar. Prestasi kerja terganggu, keputusan peperiksaan jatuh.
3. Selalunya jika semua langkah telah diambil dan masih tidak berjaya keluar, maka ia juga satu indikator mengatakan kes anda teruk atau significant.
Significant di sini bermaksud ia suatu penyakit. Bukan lagi perubahan emosi yg biasa.
Bila sudah penyakit maka ubat perlu untuk keluar dari masalah. Maka jawapannya perlu jumpa pakar.
Selamat membaca…
Salam dr. Saya ika dari johor bahru. Beberapa bulan kebelakangan ni saya selalu berasa sesak nafas secara tiba2 apabila berada dalam kereta ataupun bangun daripada tidur. Saya berasa takut n tangan menggigil dan rasa berdebar2
Secara tiba2 apabila menaiki kereta kerana seakan akan sesuatu akan melanggar saya sehingga saya tak sedar saya ketakutan dan menanges.Sebelum ini saya sudah 2 kali terlibat dalam kemalangan kereta. Saya juga selalu sakit kepala dan susah untuk tidur. Ada beberapa kali saya tidur dan halusinasi seperti org memarahi saya bertubi2. Tapi saya cuba tidak melayan perasaan tersebut. Tetapi sehingga semalam saya tiba2 terbangun dan nafas saya laju rasa berdebar kerana tidak tahan seperti ada suara nyaring memarahi saya bertubi2 di telinga lalu saya menangis dan panik. 2 tahun lepas saya pernah cuba untuk telan panadol banyak secara serentak kerana saya mengalami depression dan saya juga selalu mengelar tangan saya tetapi skrg saya sudah tidak melakukannya lagi dgn cara memujuk diri kerana pernah di tahan di ward kerana panadol tersebut. Apabila berjumpa doctor di universiti, doc seperti tidak memahami dan memarahi saya. Semenjak itu saya tidak mahu bertemu doktor untuk simptom yg saya hadapi. Apakah yg patut saya lakukan,dr?
Salam,
Ini tanda anxiety dan mugkin lebih tepat PTSD.
Post Traumatic Sytess Disorder selepas kemalangan
Doktor itu pakar atau ada latarbelakang psikiatri?
Salam Doktor, saya Najihah. Saya ingin bertanya pendapat doktor mengenai masalah saya. Saya selalu gelisah apabila melihat kipas atau air -cond yang tidak berhenti berpusing dan tidak berhenti. Kadang kala saya sanggup berpanas ataupun bangun pada tengah malam semata2 untuk matikan suis kipas tu. Saya juga akan rasa cemas dan kerap terfikir sekiranya kipas itu dipasang dalam keadaan laju dan berpusing pada waktu yg lama. Saya akan sering bertanya pada orang sekeliling saya samada kipas itu “sudah diberi waktu ‘rehat’ atau belum dan kalau sudah berapa lama ianya dipadamkan?”
Masalah ini amat menjengkelkan kerana saya tidak dapat fokus pada sesuatu kerja saya dan susah untuk menenangkan fikiran saya. Perkara yang sama juga jadi sekiranya saya berada di dalam kenderaan dan perlu melalui perjalanan yang jauh. Ini kerana saya kerap terfikirkan beban yang dibawa oleh kenderaan tersebut berserta enjin yang tidak berhenti dan aircond yang sentiasa terpasang. Saya akan jadi gelisah yang teramat sangat. Adakah ini cuma masalah kecil ataupun saya perlu dapatkan bantuan dari pihak psikologi juga?
Salam,
Seperti ada masalah OCD.
Bagaimana simptom ini menggangu hidup.
Jika sangat mengangu boleh rujuk pakar
Assalam ,
saya masih lagi remaja yang berumur 15 tahun . Tapi semenjak ni saya asyik mengalami sakit dlm dada , asyik pening , letih dan lesu serta kadang ii sakit tulang belakang . Saya musykil adakah saya mengalami penyakit mental seperti anxiety ? Bukan apa saya selalu rasa tertekan dengan situasi sekeliling di saya . Tambah lagi saya akan menghadapi pt3 tidak lama lagi . Lagipun masalah hubungan dengan kawan,guru dan keluarga juga membuat saya berfikiran negatif . Saya juga lebih suka bersendirian dan menangis seorang diri . Ada masanya saya rasa keseorangan dan tidak merasakan sokongan dari sesiapa . Jadi doc , adakah saya mengalami penyakit mental ataupun ianya hanya masalah tekanan stress sahaja ?
terima kasih .
Salam,
Boleh jadi stres sahaja.
Cuba buat ujian DASS
salam dr. sy firdaus..pada bulan puasa tahun lepas sy kerap diserang perasaan panik,takut,risau teruk selepas kawan ayah sy meninggal.sy selalu terfikir dan terbayang pasal kematian..kaki tangan selalu peluh..dan semua simptom2 tersebut berkurangan dalam masa 6-7 bulan..Namun pada tahun ni mungkin saya terlalu risau apabila ibu saya demam menyebabkan saya rasa pedih dada sehingga tekak kering..dan ia bertambah teruk apabila saya google masalah sy dan ia mengatakan mungkin masalah kronik seperti jangkitan hiv..padahal saya tidak pernah melakukan apa2 aktiviti berisiko atau apa2 yg berisiko..dan sekarang simptom seperti tahun lepas mula dtg balik..pikiran selalu kreatif dan negatif..selalu peluh kaki tangan..sy selalu berfikir ada org nak apa2/khianat sy seperti letelakkan virus berbahaya dalam bdn sy pada waktu dulu.Perasaan saya menjadi risau takut..
Salam,
Jelas anda ada masalah anxiety
https://www.ramlimusa.com/cara-mendapat-rawatan-pakar-psikiatri/
salam sy firdaus..saya takut hendak ke hospital..bila sampai di hosp kerisauan sy makin menjadi2..selalu fikir bukan2..dan satu lagi ada dlm kalangan ahli keluarga sy mempunyai masalah psy juga ..adakah ia faktor keturunan juga menjadi punca dr? sekian.terima kasih
saya sebenarnya malas berckap tentang isu keturunan. Jika ada pun TIADA APA KITA BOLEH BUAT PUN
Assalamualaikum Dr. Sya ina, awal bulan lepas saya sering sakit dada, sakit ulu hati, kembung perut, mual dan kurang selera makan. Lepas kena semua tuh, bbrapa hari lepastu tibe2 sesak nafas, jantung berdebar2, badan mula berpeluh2, bahu terasa berat dan fikiran mula rasa macam nak mati. Perasaan risau yg melampau tp sya lawan dgn kerap berzikir setiap hari. Alhmdulillah sya dpat kawal persaan tu walaupon kdg2 risau tu ttp dtg. Tapi saya kerap alami sakit kepala sehingga skrg. Perlukah sya brjumpa dgn doktor?
salam
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Slm.nak tnya..sy bru lepas bsalin.dlm pantang sy slalu kena sakit rsa nak pitam or pengsan.kepala bdenyut2 rsa berat.nak bnafas pun sakit.sesak nafas n dada slalu..xde slera mkn.rsa krongkong sempit n kering. Perut slalu sakit dkat ulu hati n bahgian otot perut..smua sakit.. bdan2 rsa sakit n lemah sgt2..xde tenaga langsung..kaki tngn rse sejuk n bpeluh..kdang2 rsa nak mati..sy takut sgt..sy dh puas brubat sana sini..dh bnyk abis duit..kua msok wad hspital..dktor ckap xde ape..smua result normal..cek ecg normal..cek buah pinggang normal..xtau apa sebena sakit sy..dh la sy dlm pantang..bnde tu hari2 dtg sakit..x penah miss sehari pun..skrg dh 63 hari slepas bsalin pun msh sakit..smpai sy dh mcm org x tentu arah mlawan sakit..tlg sy..ape lg cara nk buat..smpai sy pg kaunseling..dktor sroh jmpa pakar psiktrik..apa sbena sakit sy smpai skrg xtau punca..dh 2 bulan sy stress n sedih mlawan sakit ni..smpai sy nak bcakap pun rse nak pitam..asyik2 nak pitam n sesak dada..tlg sy..😭
Sudah dicadangkan jumpa pakar psikiatri.
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
https://www.ramlimusa.com/bagaimana-menbeza-ganguan-emosi-biasa-vs-penyakit-seperti-sedih-biasa-vs-kemurungan-gemuruh-biasa-vs-penyakit-panik/
Salam. Saya nak kata tak lalu makan tu tidak lah tetapi kadang2 bila saya sedih saya akan rasa badan rasa buruk sampai saya diet dan hilang hampir 30kg. Kadang2 sesak di dada pernah juga kadang2 saya menangis secara tiba2 dan saya boleh mengamuk bila bersendirian tapi saya sedar keadaan ini. Ada kalanya saya tak mahu keluar rumah langsung, saya tak suka bergaul. Saya pun risau sebab ada kalau saya akan menjerit dan bercakap seorang diri. Saya risau kalau ini merupakan tanda2 anxiety atau lebih parah depression sebab dalam keluarga memang ada yang mengalaminya dan saya takut ini kesan dari masalah2 hidup saya seperti melihat pergaduhan ibu bapa saya, masalah sesama rakan, masalah dalam perhubungan dan sebagainya. Saya tidak tahu cara untuk mendapatkan bantuan.
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
https://www.ramlimusa.com/bagaimana-menbeza-ganguan-emosi-biasa-vs-penyakit-seperti-sedih-biasa-vs-kemurungan-gemuruh-biasa-vs-penyakit-panik/
Salam dok.. nak tanya apakah gejala anxiety yang sebenar?
Assalamualaikum doktor sy farah dari tangkak johor. Sy nak tanya sy dari kecik seorang yg senang gemuruh. Bila kena marah atau ada masalah sy akan overthinking sampai susah nak tidur dan berfikir apa akan jadi pada masa hadapan. Sy pernah ada masalah tekanan tp bila ke hospital doktor cakap tekanan darah tinggi dan ada masalah hormon. Senang cakap sy seorang yg sgt overthinking sampai sy tak boleh nak fokus sesuatu kerja. Banyak buat silap. Sy nak tanya adakah masalah hormon dan selalu overthinking salah satu tanda anxiety jika bukan bagaimana sy nak atasi masalah sy. Terima kasih doktor
Salam,
Susah nak jawab.
Simptom tidak dinyatakan dgn jelas.
DASS score bagaimana?
Pandangan saya bukan hormon
Sy seorang yg pelupa. Sy kerap sakit kepala. Dua ni mmg dah lama sy ada. Kdg2 benda yg baru berlaku sy da lupa. Dass score sy depression 20 anxiety 16 stress 16
Lagi satu simptom sy, sy selalu risau. Sy akan fikir apa akan jadi kalau sy lakukan sesuatu perkara tu sampai sy tak nak cuba. Sy takut nak cuba sebab sy risau. Sy kdg2 tak pergi interview kerja semata2 sebab takut berhadapan dgn org tp sy tidak ada masalah social phobia. Sy cuma terlalu risau. Kdg2 risau sy sampai sy rasa nak lari dari hidup dan fikir lebih baik kalau tak dilahirkan. Sy tak pasti jika ini salah satu tanda anxiety. Sy juga takut nak berjumpa dgn pakar
tak tahu nak kata apa. jumpa doktor pun takut.
Asalamualaikum,doc saya safwan dari selangor.saye nak tanye adakah penyakit anxienty ini menyebabkan halusinasi,kerap kencing dan terlinga berdesing.mohon pencerahan
asalam doc,adakah dgn berfikir positif dan tidak mengambil sebarang ubat atau berjumpa pakarpenyakit ini bleh hilang ke.
jika teruk atau enyakit tidak boleh
assalamualaikum doktor..nama saya muamar,saya nak tanya degupan jantung saya laju kaki dan tapak tangan berpeluh..bernafas pun kadang2 susah,adakah ini simptom anxiety sebab simptom2 ni sama dngan simptom serangan jantung??
mungkin
Askm,sa nurqasrina asal sabah…sa pernah mengalami ad tiga tahun yg lalu…pyakit tersebut bmula sejak saya baru melahirkan anak kedua dan mendengar ayah tiri mninggal kerna strok…sa mengalami pening,sesak nafas,kebas tgn kki n dada berdebar2…pernah msuk kecemasan cek jantung n darah semua normàl..tekanan darah melonjak 190/130……saya selalu fikirkan pasal kematian,takut hendak tidur kerna anggap akan mati,selalu terbangun dlm jam 3-4(utk hilangkan perasaan tu sa ajak suami kuar ruma bila kena serangan panik)…..fobia pada hospital n dengar perihal kematian atau kemalangan,asyik rasa diri sakit bila ada yg x selesa……ambil masa setahun untuk bebas dari penyakit ni,atas sokongan dari suami yg x pernah bhenti myokong……sentiasa cuba fikir positif,dekatkan diri pada allah….walau x sepenuhnya bebas,ikhtiar utk lebih baik n bersedia hadapi bila panik tersebut datang….cuba tarik nafas dalam2,fikirkan org2 yg kita syg kita harus sembuh demi mereka….apa2 pun seiring berlalunya masa kita akan kenal permainan emosi kita n bebas dri pyakit ad ini….sekadar perkongsian…p/s..sa jumpa pakar phsylogi…sa kongsikan penyakit ni dengan kwn2 n adik berdik,serta famili,kerna utk sembuh sokongan mental amat perlu,…bykkn bdoa memohon ketenangan pd allah.
Prof..saya mempunyai masalah anxiety sebelum ini tapi lepas amalkan jus timun & celery (pagi & malam) jaga pemakanan sihat & melakukan senaman 30 minit 3 kali sehari..kesihatan bertambah baik..
Alhamdulilah
Prof..sebelum ini saya ada masalah anxiety selepas amalkan jus timun & celery, mengamalkan minum air putih, jaga pemakanan sihat & melakukan senaman 30 minit 3 kali seminggu..kesihatan bertambah baik..
Sejak kebelakangan ni, sy selalu fikir tentang kematian.Sy tak boleh tahu atau melawat orang yang meninggal, nanti bila nak tidur malam..sy akan terfikir ttg sy.Sy terbayang jenazah sendiri.Sy jadi takut.seram sejuk.tapi masih bernafas dgn ok.Sekarang, sy cuba fokus dekat kerja.Tapi tetap perkara tu dtg.Fikir perkara yg sama.
Macam mana ye..sy jadi tak boleh fokus dgn rutin harian sy
Tapi bila keluar berjalan, sy tak akan fikir ttg ni.Balik rumah je mulalah fikir
Ni anxiety atau panic? Perlu ke jumpe doc?
Please tolong sy
Simptom lain yg sy rasa
Nyeri dibahu kiri.Rasa mcm ade cucukan elektrik
Sy juga kadang2 rasa dada rasa dingin sejuk.Bila jumpe doktor klinik, katenya mungkin gastrik
Badan sy berangin.asyik sendawa dan pening
Lepas tu sakit2 badan..cepat penat
Salam,
1. Buat ujian DASS di website ini
2. Baca post ‘Bila perlu Jumpa Doktor” dlm website ini
3. Buat keputusan sama ada perlu jumpa pakar
4. Lihat senarai hospital di website ini.
SEMUA ADO..
Salam,
1. Buat ujian DASS
2. Lihat post saya bila perlu jumpa pakar
3. Buat keputusan dari 1 & 2
Salam,
1. Buat ujian DASS di website ini
2. Baca post ‘Bila perlu Jumpa Doktor” dlm website ini
3. Buat keputusan sama ada perlu jumpa pakar
4. Lihat senarai hospital di website ini.
SEMUA ADO..
Salam,
1. Buat ujian DASS di website ini
2. Baca post ‘Bila perlu Jumpa Doktor” dlm website ini
3. Buat keputusan sama ada perlu jumpa pakar
4. Lihat senarai hospital di website ini.
SEMUA ADO..
assalam doc, saya ika dari perak. sejak tahun lepas saya ada gastrik tapi bulan 3 tahun ni baru start teruk gastrik & selalu cirit birit. Dalam seminggu mesti saya cirit dan pernah jugak seminggu saya cirit tanpa henti dan sampai sekarang saya masih kena follow up dengan doc pakar. saya pernah buat colonoscopy & normal je tapi doc ada cakap yg check tu tak sampai dalam. saya ada juga buat research mengenai anxiety ni & sakit perut pon salah satu simptom anxiety tapi saya tak nak diagnose sendiri sebab belum tentu saya ada anxiety. Ada satu hari saya jumpa doc pakar, doc ada tanya saya selalu stress atau ada masalah ke? & saya mmg slalu stress sbb saya tgh belajar then saya tanya doc pakar tu kalau sakit perut ni ada kena mengena dgn anxiety ke? & doc tu cakap ye. Lepastu doc tu tlg buatkan surat utk refer psy sbb doc tu suruh jumpa dulu psy tu. kalau tak, appoinment saya bulan lepas tapi saya minta tukar tarikh disbbkan tak nak skip kelas.lSbb saya byk skip kelas disebbkan kena pergi jumpa doc pakar & doc still tak tahu punca selalu cirit birit tu & doc ada suruh saya buat colonoscopy lagi sekali & saya tak tahu nak buat atau tak
Salam,
Buat Ujian DASS di website ini,
Pasti skor anxiety akan tinggi
Saya dah buat ujian DASS.
Depression 24
Anxiety 28
Stress 20
Assalam doc…sy nuwairah dr phg. Masalah saya ialah tlalu takut bdepan org ramai cthnya apabila present dlm meeting. Terasa sesak nafas, suara terus jd gementar & tak dpt fokus apa yg nk disampaikn…saya cuba ikhtiar amlkn zikir, istighfar tp dlm ms yg sama nk cr jln lain bg atasi masalah ni… tq.
Salam, itu Social phobia
assalamualaikum doctor…saya hannan dari johor..sy nak tanya tentang social anxiety disorder..
Silakan
Assalamualaikum doc , saya nak tanya . Anak lelaki saya berumur 9 tahun . Bermula dari umurnya 5 tahun , saya perasan yang dia mempunyai masalah gemuruh sehingga kan berpuluh bahagian tangan , rasa mual sehingga kadang muntah , pening , jantung berdegup laju dan ia berlaku sehingga sekarang . Adakah ini boleh dikatakan panic disoder?
Salam, Jarang utk 9th dapat panic disorder tapi boleh.
Utk kanak-kanak agak sukar didiagnose jika tidak berjumpa sendiri
Doc Saya dari JB . Adakah ciri2 org yang panic disorder seperti yang saya nyatakan diatas? Bagaimana jika saya ingin tahu lebih lanjut dan dengan siapakah saya bole berjumpa? Terima Kasih
Salam dr. Sy nak tanya sedikit. Sy ibu dan surirumah sepenuh masa. Ada 2orang anak lelaki. Suami pula jenis ringan tangan jika cuti dan tidak bekerja. Masalah sekarang, kdg² sy rasa tertekan 24jam duduk dalam rumah jaga anak², tapi itu dah tanggungjawab sy jaga anak. Tapi bila suami balik dari kerja mesti say rasa rimas, tertekan sebab bila suami ada dirumah, anak² berubah jadi hyper. Membuatkan 24jam sy perlu menjerit dan marah. Padahal tiada apa pun sgt. Bila malam atau nak tido.. prasaan sy kdg² jadi sayu, kuat terasa dipinggirkan, rasa hidup tak ada seri, kosong. Bila tengok anak².. ada semangat sy.. tapi bila sy stress akan jadi lg kemurungan. Makan nasi tak lalu, nak buat apa² kerja tak ada semangat diri.. kuat kerana anak.. letih sakit badan pun sy paksa buat kerja. Emosi sy kdg² tak stabil. Kdg² rasa rimas, tekanan. Ramai org tegur sy makin kurus. Sy kerap rasa sedih seperti suami tak peduli prasaan dan hidup sy. Bila fikir balik.. suami sy jaga anak.. jaga rumah ok saja. Kdg2 rasa lebih baik mati saja. Adakah itu tahap yg teruk.. sbb sy susah juga nak kawal prasaan sy.. siam kat anak².. rasa nak pergi jauh² bawa anak… Sy tak tahu nak luah pada siapa…
Salam, seperti lebih kpd kemurungan dari enxiety.
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Hello doctor..sy eddy dr jb umur 37..kadang2 sy kena mengeletar kaki..perut rasa lapar..leher rasa tercekik..bahu berat..pandangan berpinar2 seperti ingin pitam..detak jantung laju berdebar2..mutah kuning dan angin..walau tanpa buat apa2 pekerjaan..apakah sakit saya ni ye?
Assalamualaikum Dr. Saya seorang pelajar yg bakal bergraduat. Sepanjang tempoh menyiapkan FYP sy perasaan perubahan pada diri sy seperti jantung berdegup laju walaupun tidak membuat apa-apa aktiviti, sy juga tidak dapat berfikiran positif, sentiasa gelisah, tidak dapat fokus, kadang2 tangan mengeletar dan hilang selera makan. Apabila selesai semester terakhir, simptom yg disebut di atas seperti telah hilang. Baru2 ini, saya mula bekerja separuh masa dan simptom2 itu datang semula terutamanya jantung berdegup laju dan sentiasa rasa tidak sedap hati walaupun dalam keadaan sedang berehat sehingga mengganggu prestasi kerja. Skor DASS sy adalah 26 (depression), 30 (anxiety) dan 32 (stress). Soalan sy, adakah sy berkemungkinan menghidap anxiety disorder? Adakah sy boleh gunakan skor DASS ni untuk merujuk doktor? Sy rasa kurang keyakinan untuk berjumpa doktor kerana kemungkinan simptom di atas cuma perkara biasa yg tak perlu dibawa berjumpa doktor. Mohon pencerahan Dr. Terima kasih.
Salam,
Ada kemungkinan besar,
Bila diberi perhatian bila ia sangat menggangu hidup.
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Salam,
Banyak yang bertanya PERLUKAH SAYA JUMPA DOKTOR?.
Ada yang beri info pendek tapi bertanya soalan di atas. Maaf saya bukan ada supernatural ability boleh menilik dari jauh.
Jadi saya akan copy & paste jawapan di bawah..
Happy reading…
LANGKAH PERLU DILAKUKAN.
Buat ujian DASS di website ini
Baca apa interpretasi DASS diakhir keputusan DASS.
Jika ragu pada ujian DASS, Baca post “Adakah DASS Tepat” di akhir ujian DASS
Baca post ‘Bila perlu Jumpa Doktor” dlm website ini
Buat keputusan sama ada perlu jumpa pakar
Lihat senarai hospital di website ini.
SEMUA ADO di sini..
Salam doc
Sy eddy dari jb umur 38thn.dalam badan banyak angin,sendawa mcm naga bila lepas makan byk kali,pinggang selalu sakit,belikat selalu sakit,tengkuk rasa berat,tekak selalu tercekik,perut bila urut sakit,nafas kdg2 pendek..
Bila satu2 masa tu sy kena teruk sgt..pandangan berpinar2 spt ingin pitam,kali mengeletar,jantung laju,berdebar2.kadang2 tak buat apa pun boleh kena spt bila cuaca terlalu panas,berbual dgn kawan pun boleh kena,orang ramai,banyak fikir,naik lif,masuk pasaraya,menunggang motorsikal
Apa sakit sy doc
Apa saranan doc
Apa result DASS score?
https://www.ramlimusa.com/cara-mendapat-rawatan-pakar-psikiatri/
Assalamualaikum,
Saya berumur 29 tahun. Tinggal di pahang. Saya slalu rse kembung perut, perut rsa tegang, lenguh belikat, lenguh bahu, rasa melayang-layang bila di tempat org ramai, rasa berdebar2 dan rse tercekik. Kadang-kadang bila teruk saya rsa mcm nak pitam. Nak drive pon kadang2 takut, nak naik moto pon takut. Nak keluar rumah pon takut. Tak bole pergi tempat ramai org. Saya akn rse lemas dan melayang2. Keyakinan diri rsa kurang. Kesemua simptom ni saya dh rsa dekat 6 bulan.
Adakah ni simptom anxiety? Saya dh buntu memikirkan masalah ni doktor. Minta pandangan dan nasihat. Adakah saya perlu berjumpa dgn psikiatrik?
Salam, Ya anxiety, dapatkan rawatan segera untuk mengelak lebih ganguan pd kehidupan
klinik doktor di mana? bole sy dapatkan no telefon utk bt temujanji
Assalam dr. Saya mengambil luvox 50 mg dan xanax 0.25 mg. saya cuba tidak mengambil xanax( hanya luvox shj) malangnya saya tidak dapat tidur langsung. Pernah dr naikkan dos luvox sehingga 250 mg tapi masih gagal untuk tidur. Sekarang balik asal dengan xanax 0.25mg. Simptom 2 kemurungan dll dah dpt diatasi.hanya masalah tidur je.Apa pandangan dr?
Xanax tak sesuai untuk bantu tidur, ada banyak pilihan lain.
Assalamualaikum, saya dr pahang. Saya bru 3 hari mengambil lexapro 5mg dan dibekalkan dgn xanax 0.5mg jika perlu. Bila saya mula ambil ubat tu sy rse pening, sakit kepala dan rsa melayang2. Adakah ini common side effects doktor? Saya ade appointment lg 2 mgu dn buat masa skrng saya takut utk mengambil ubat itu. Apa pandangan doktor?
Asslammualaikum frof name sye rahmat … sye tak pnah jumpe docktor psy tapi mule2 sye dapat tahu sye ade AD bile doctor klinik biase sye ade GERD dn simpton2 die pun sye dah rse
Cume kalu nak tdo pun die memng ganggu ke frof smpai ke subuh tahap kebimbangan …
Waalaikum salam noted
Assalamualaikum doktor. Saya norbani. Suami saya syed mohd mustafa. Suami saya mempunyai symtoms yg sama seperti pesakit anxiety yg lain. Perkara ni terjadi selepas dia ada masalah tidak selesa ditekak. Telan tak selesa. Dah hmpir 5 pakar ENT kami pergi. Sampai la pergi di sebuah hospital swasta untuk buat operation synus. Sbb doktor cakap berkemungkinan synus atau radang dibelakang tulang hidung. Masalahnya selepas operation, tiba2 masalah tu timbul semula gelisah, tak tenang susah tido pikir bukan2… Kononnya ada penyakit kanser yg boleh sebabkan kematian… Jadi saya perlukan nasihat doktor untuk sama2 saya bantu suami saya….
Salam,
Ya ramai pesakit anxiety akan jumpa ramai pakar lain termasuk ENT.
Maksudnya mmg suami saya mengidap penyakit anxiety ke doktor… Apa langkah seterusnya yg patut saya n suami lakukan untuk langkah seterusnya… Adakah perlu ambil ubat sinus lg disebabkan kahak yg sentiasa ada atau perlu berjumpa pakar psikologi atau ada cara lain yg dapat membantu. Sbb suami saya juga mempunyai masalah kurang keyakinan diri. Cuma skrg ni, disebabkan penyakit ni.. Dia berubah sikit. Sbb nak tahu ounca penyakit
Salam Prof, saya Gee, dari Sabah. Benda ni berlaku suda sebulan lebih. I used to have high depression tapi benda tu dah heal 2 tahun lalu. Lepas daripada itu, I notice saya jenis cepat gemuruh, cepat risau dan cepat panik. My first panic attack was bulan Ogos lalu bila saya suddenly terfikir pasal mati sehingga pada tahap itu saya muntah². After that, saya sering kali menghadapi masalah di mana badan saya akan twitching, mata saya macam rasa terlalu busy dan tak bole fokus pada satu benda. Bunyi bising buat saya rasa kurang selesa. Jantung saya berdegup dengan kencang, tangan saya sering kali berpeluh, badan saya akan rasa panas dan sejuk pada masa yang sama. Menghidu bau makanan buat saya rasa mual. Kaki saya terasa geli. Jika saya memaksa diri untuk bercakap saya akan terdiam sebentar atau gugup. Kepala saya terkadang terasa terlalu ringan. Saya tidak pernah sesak nafas tapi saya akan batuk seolah² saya kurang oksigen. Saya Jika saya start overthinking saya akan bersin. Saya suda bermula developing habit check vitals saya almost everyday. Saya takut mati, saya takut sakit jatung, saya takut kanser, saya takut hypertension. Mendengar perkataan mati atau berada di tempat yang ada kematian membuat saya sangat risau. Saya pernah berjumpa DR biasa untuk memeriksa samada saya ada penyakit² yang saya takuti itu, Dr itu kemudiannya memberitahu saya yang saya tidak sakit tapi ada masalah panik. Saya diberi ubat clonazepam, propanolol, vitamin B complex dan vitamin C. Namun saya tidak pernah sentuh ubat berikut selain daripada vitamin² yang diberi. Soalan saya, adakah saya mempunya AD atau Panic Disorder? Saya pernah diserang panik sehingga 4 kali sehari. Adalah itu normal? Adakah normal bagi seorang yg mempunyai AD untuk mempunyai satu paranoia tentang kematian?
Salam,
T kasih berkingsi panjang masalah.
Banyak dinyatakan simptom dan memudahkan saya meneka penyakit.
Ya saya yakin anxiety disorder dan cenderung pada Panic Disorder. Jumpa pakar
As salammualaikum doc. Saya farah dari johor bahru.. Saya tak pasti apa penyakit saya.. Bila saya cerita masalah saya dengan kawan, badan saya akan jadi gigil, badan pun rasa seram sejuk.. Lagi lagi bila bercerita pasal orang suka cakap di blakang saya..
Salam Prof,
Saya mas dari pahang, saya nak bertanya. Saya pun x pasti keadaan saya. Saya risau nak mulakan kerja sebab saya jadi risau, tangan jadi menggeletar bila saya dekat dengan orang sampai saya menulis pun susah. Bila buat kerja yang memerlukan saya menulis saya kena buat 2-3 kali baru hasil ok. Keadaan saya akan jadi macam tu bila ada orang x kira saya kenal atau tak. Sekarang saya jadi lagi suka duduk dalam bilik jea. Kalau keluar saya akan pergi sorang2 jea. Saya sekarang kalau tidur kerap terjaga, sakit kepala bahagian depan, perut kadang2 rasa nak muntah melarat sampai kepala sakit.
Saya ada masalah bila berada dekat dgn org… Tgn jd mengeletar, jd menganggu sy utk bekerja. Klu nak menulis kena buat 2-3 kali br ok… Sy x blh klu ada org dkt persekitaran sy. Mcm mana ye Prof, sy xth nk refer ke mana.
Susah nak tolong kalau x nak dirujuk
Assalamualaikum sy sal,saya selalu berdebar dan lemah badan kalau saya tahu sesuatu yang merisaukan saya?jadi adakah saya ada anxiety dokter??
Waalaikum salaam. Info Singkat macam mana nak confirmed???
Assalamualaikum prof , saya salbiah berasal dri sarawak dan berumur 20 tahun . Semenjak saya berumur 16 tahun iaitu tingkatan 4 saya telah memutuskan utk berjumpa guru kaunseling kerana keputusan peperiksaan merosot akibat oleh masalah keluarga . Dan selepas bertemu kaunseling saya semakin yakin dan kuat utk meneruska kehidupan saya . Selepas saya menyambung peljaran di politeknik pada 2017 saya seorg yg senang bergaul dgn org ramai dan sentiasa aktif . Bila masuk semester 4 saya mengalami ketakutan untuk berjumpa dgn org sekeliling dan bergaul dgn org lain . Selain itu , saya juga tidak dpt tidur malam , bahkan saya akan dapat tidur selepas jam 2 pagi dan bgun jam 6 pagi hal ini apabila saya merasa org sekeliling mula menjauh dan masalah fokus di dalam kelas dan dicampurkan lagi masalah yang dihadapi oleh keluarga saya . Apabila saya melakukan pembentangan saya akan merasa menggeletar dan takut yang sangat luar biasa dan hampir satu badan merasa sejuk apbila bercakap saya akan lupa dan gagap . Hal ini terjadi semenjak saya masuk semester 4 . Saya juga sering keseorangan di dalm bilik dan takut untuk bergaul dgn org sekeliling dan menyebabkan org lain menjauh dan saya sering cuba dan fikir untuk membunuh diri kerana saya merasa kehidupan saya ini tidak berguna lagi . Apakah pndangan doktor tentang masalah saya ini ?
Ini masalah Social phobia
Assalammualaikum Doktor. Saya pernah di diagnos mempunyai anxiety disorder/ panic attack pada awal tahun 2016 lalu. Pada waktu kejadian tersebut, saya di tempatkan di jabatan kecemasan dan trauma di zon merah HTAA kerana mengalami sakit dada seperti rasa sakit jantung, kebas seluruh badan dan simptom² lain berkenaannya. Selepas doktor bertugas memberitahu tentang kesihatan saya, doktor cakap saya tidak mempunyai sakit jantung tetapi hanya mengalami panic attack melampau. Selepas itu doktor menyarankan saya untuk menerima rawatan di jabatan/unit psikiatri. Selepas saya tahu apa maksud psikiatri, terus saya abaikan surat tersebut dengan mengatakan di dalam hati “aku tak gila lagi la nak terima rawatan kat situ”. Setelah hampir 4 tahun berlalu, saya masih lagi mengalami simptom² anxiety disorder tersebut (baru tahu nama sakit saya ni selepas jumpa semula surat rujukan yang saya dapat pada awal tahun 2016 tu) yang pada ketika itu saya tidak tahu menahu dan tidak pernah dengar apa penyakit anxiety disorder tersebut. Untuk dua tahun pertama selepas di diagnosis mengalami penyakit tersebut, saya sering kali mengalami sesak nafas, jantung berdegup laju dan sering mengalami perasaan ingin selalu buang air kecil sehinggakan saya berkali-kali pergi ke klinik swasta atau klinik kerajaan untuk mendapatkan rawatan. Untuk tahun seterusnya sehingga sekarang saya hanya mengalami jantung berdegup laju secara tiba² dan perasaan ingin buang air kecil ketika rasa cemas. Soalan saya ialah, perlu ke saya dapatkan rawatan di unit psikiatri yang dulunya pernah saya abaikan/enggan terima rawatan tersebut? Jika perlu, apa prosedur untuk mendapatkan rawatan di unit tersebut? Adakah perlu saya di diagnosis semula?
Terima kasih doktor kerana sudi membaca dan menjawab soalan saya.
jika rasa perlu call balik. no tel dah diberi pd kad temujanji. boleh tanya sebarang pertanyaan berkaitan hospital berkenaan
Assalam doc . . Sy Nur dari kelantan. . Sy skrg mengandung 7 bln. . Sy baru berhenti kerja kerana mengikut suami. .Beberapa bulan lepas, sy kerap bermimpi perkara yg aneh dan seram. . Sehinggalah sy bermimpi org yg tlh meninggal dunia berjumpa sy. . Bila bangun pagi, fikiran sy terus down dan kerap berfikir tentang kematian. . Tetapi sy masih dpt mengawal nya. Akn tetapi Sejak 2 minggu yg lalu sy kerap berfikir tentang kematian. .seolah2 sy akan mati dan tidak sempat untuk bertaubat. . Sy overthinking tentang perkara yg mengaitkan kematian. .bila nk keluar rumah sy risau akn berlaku kmlgn dan mati. . Atau pikir mati untuk bersalin. .kdg2 sy menangis tanpa sebab. . Jika keluarga or famly sy pergi kemana2 ,dlm fikiran sy mesty terbyg akn bnda2 yg bhaya akn terjadi. . Jantung sy akn berdegup kencang. .skit kpla atau pening. . Bila ank demam, otk sy akan berfikir bhw jika demam serius mungkin tuhan nk ambil ank sy. . Msa tu sy jadi xtentu arah. . .tambahn skrg ni sy mempunyai mslh kurg selera mkn dan serabut berfikir. . Sy byk google tentang kematian bila teringat akn nya. . Sy sibukkan diri dengan mengaji solat taubat, tetapi hanya sekejap shj. . Perasaan ini akan dtg balik. . Adakah sy mempunyai axiety atau sy mmg mempunyai tanda hendak mati. .?
Ya Anxiety sangat ketara, jumpa doktor
Salam dok… Saya student sekolah menengah… Saya ada masalah trauma terhadap fake friends dan hubungan persahabatan sebab perasaan dikhianati… Saya rasa cepat gelisah, stress, kurang makan dan banyak mendiamkan diri. Saya banyak sedih, kekadang rasa nak marah tanpa sebab. Pen terjatuh pun nak marah. Lapar pun nak marah. Bibir kering pun nak marah. Kadang² saya berdebar jugak. Dalam seminggu boleh kata sekali. Dan bila saya berdebar, jari saya bergetar. Sampai tak boleh menulis. Kadang² bila saya termenung, teringat semua benda dari kecil sampai besar, saya berhalusinasi. Saya akui, kadang² saya rasa lelah nak bernafas. My biggest fear is fake friends.. macam mana solusinya doktor? Saya buntu dan saya trauma sampai panik… Terima kasih dok..
Elakkan fake friends. Nama pun fake. Cari yg benar2 ikhlas
Salam dok nak tanya apakah gejala anxiety yang sebenar?
Assalamualaikum dr, saya ingin bertanya , adakah saya menghidap anxiety disorder , sebabnya ada satu hari saya rasa mcm hari yg pernah saya lalui , kemudian , saya berasa mual. Lepastu saya menjadi takut tanpa sebab sehingga rasa nak muntah dan hilang selera makan tiba tiba …
Bila takut jantung saya berdegup laju lepastu menggigil , jadi sekejap saja tapi kerap jadi camtu .
Kemudian , saya berdegup takut kematian bila nakk lelap mata asyik terfikir ja
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-ban…n-soalan-di-sini/ Edit
Assalamualaikum. Sy dh pendam bnda ni slama 15tahun. Sy mudah buruk sangka kpd suami sehinggakan sy boleh menggeledah brg2 peribadi dia, hack fb dia even hp dia. Sy jd tak tentu arah bila dia pegang hp, sy akn lihat jari2 dia mnaip di hp. Hati sy jd bdebar2 rs sedih, takut, kecewa dgn diri sndri sb sy cma housewife. Sy jd rendah diri sb sy tidak bekerja dan tidak tahu memandu, walaupun suami xpnh berckp ttg hal2 begitu. Selalu trfikir utk mati. Dan slalu membuat sesuatu yg tak msuk akal spt bcakap seorang diri, menangis sendirian tanpa sebab. Adakah sy ada mslh psikologi? Perlukah sy berjumpa pakar psikologi?
Waalaikum salam,
Perasaan jealous dan suspecious yg melampau memberi keburukan pada kesihatan diri dan keluarga serta memburukkan hubungan suami-isteri.
Pakar psikologi rumahtangga boleh membantu.
Tak perlu jumpa pakar psikiatri pun tak apa.
Assalam Dr..saya Sara dri Perak dan merupakan pelajar Ting6. Saya ingin brtanyakan jika ini adalah simptom AD. Saya selalu x boleh kawal diri setiap kali menangis..kadang2 smpai sesak nafas..saya sering terjaga/tak boleh tidur dan oleh sbb itu kadang² sy trtidur dlm kelas..saya juga selalu stres dgn benda yg x sepatutnya…selalu overthinking dgn kwn²..dan saya cepat marah dlm satu² benda…saya trfikir yg parent saya pilih kasih and everything dan perangai saya yg x bole ubah selalu duduk dlm bilik sorang…awal tahun ni saya ad dptkan bacaan darah dan Dr ad mengatakan saya ad sedikit tekanan darah tinggi…bru² ini juga saya ad buat test untk stres,depress dan anxiety dan result mengatakan stres dan depress sy teruk serta anxiety saya sngt teruk..adakah simptom di atas menunjukkan anxiety? Saya harapkan jwpn dri Doktor..sekian terima kasih..
https://www.ramlimusa.com/questionnaires/depression-anxiety-stress-scale-dass-21-bahasa-malaysia/?results=0LL13J
Ini adalah serba sedikit situasi saya ketika di sek dan rumah
Apabila di sek saya seorang ceria dan brtenaga walaupun di mlm hari saya x tidur..tpi apabila smpai di rumah saya jdi pasif sepenuhnya dan saya kerap menangis. Di sekolah walaupun ad rasa nk menangis saya boleh kawal..parent saya memang suka mengongkong..mama saya garang dan abah saya tegas…parent saya slalu menyalahkan saya dlm bnyk perkara trmasuk kesalahan org lain cnthnya kesalahan adik sy yg sudah terang²an parent saya tahu itu kesalahan mereka..12 tahun yg lepas abang sy meninggal dunia ketika tidur dan sejak itu saya selalu menganggap saya yg telah mengakibatkan kematian arwah kerana ketika arwah meninggal kaki saya ad di atas dada arwah (sy berusia 7tahun) sy menganggap kematian arwah sbgai salah saya kerana sejak itu mama tak bgi kasih sayang sperti mn ketika arwah masih ada..dlm tempoh itu juga saya dpt 2 org adik dan hubungan sy dgn mama semakin rengang..hubungan saya tidak seperti org lain yg rapat dgn ibu dan selalu brcerita masalah dgn abah pun sy x rapat..setiap kali saya mulakan cerita masalah dan aktiviti saya ibubapa saya tak melayan saya..smpai satu tahap saya fikir saya x berguna..saya adalah punca segala masalah dan oleh sebab itu saya selalu berkurung di dalam bilik. Abah saya suka mendesak dlm pelbagai perkara dan terlalu mengharapkan saya. cnthnya sblm ini saya x dpt masuk ke sek asrama penuh wlaupun telah melepasi ujian saringan dan abah marah saya teruk. Saya ad memohon Upu untk kemasukan ke Universiti tpi tidak berjaya dan sbb itu saya menyambung pengajian di T6. Apabila saya tidak berjaya dlm satu² benda abah mmg kerap marah saya dan saya memang akan menangis sehingga sesak nafas dan sakit dada. Itu sahaja dri saya. Maafkan saya Dr seandainya masalah saya ini menyusahkan Dr..tapi saya amat mengharapkan jwpn dri Dr.
Kaunseling dapat membantu serba sedikit, antara pendekatan berkesan adalah sesi kaunseling keluarha bersama ibu bapa. Kena usahakan
salam,
Lebih kepada stress dan murung, buat DASS utk kepastian
Assalammualaikum Dr
Sy mengalami masalah terjaga jam 3or 4pgi
Jantung berdebar nafas singkat..dh 3 hri rasa mcm tu…ap yg lerlu sy buat
DASS score?
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Assalammualaikum doktor. Saya seorang pelajar,saya kerap mimpi buruk dan pelik buatkan saya takut tiba2,takut mati dan saya selalu terjaga drpd tidur dlm keadaan mengejut. Dah berbulan2 saya tahan & saya pernah cerita dkt ibu saya,dan saya rasa lega hanya sekejap kemudian saya rasa perkara ini dtg kembali. Saya lebih suka sorang2 drpd ramai. Bila saya marah kpd seseorang,saya sampai terfikir untuk bunuh atau cederakan dia. Adakah saya anxiety? Keputusan DASS saya, 18 kemurungan,38 stres dan 38 anxiety
Boleh baca post saya tentang anxiety
Assalamualaikum Dr.,
Saya Sue, berumur 34 tahun dari KL. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berumur 5 tahun. Saya sedang menyiapkan tesis master saya yang sepatutnya selesai pada bulan September lalu. Namun disebabkan masalah AD yang saya hadapi, pengajian saya tidak dapat diselesaikan pada masa yg ditetapkan. Saya disahkan menghidap AD pada bulan Mei 2019 yang lalu. Saya sukar untuk fokus dan hilang minat terhadap perkara-perkara rutin yang sering dilakukan. Namun begitu, yang paling saya risaukan ialah saya sukar mendapatkan tidur yang nyenyak akibat mimpi-mimpi buruk yang dialami hampir setiap malam. Disebabkan tidur yang tidak nyenyak, saya mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi kerana badan terasa berat dan lemah. Kadang kala saya berasa takut untuk tidur kerana risau akan mendapat mimpi buruk. Bolehkah Dr. memberikan tips-tips yang saya dapat amalkan untuk mendapatkan tidur yang nyenyak?
Boleh search “sleep hygine” tapi sleep hygine ini kurang berkesan jika penyakit teruk.
Ubat jalan mudah
Yg penting antidepressant utk AD, selagi ada AD selagi itu tidur susah
hye saya nak tanya , saya memang memilik sakit gerd .. tp ada ka org yg kena gerd boleh mendapat penyakit anxiety .
syntomp sy sllu kena tapi kejap2 jea . (dalam sehari mesti ada syntomp ni)
berdebar2..
sesak nafas ..
pening kepala
syntomp waktu tidur malam ..
kadang pening.
kadang2 susah nak tidur.
kadang berdebar2
sejuk yang teramat sampai ke tulang.
Anxiety lah tu. Buat DASS utk kepastian
tapi kenapa boleh dikatakan setiap orang ada anxiety laa tu ..
suami syg pon kadang malam susah nak tidur , kadang dia habis kan masa main game sampai tertidur , kadang buat lirik lagu ..
dia kata x bole nak tidur ada rasa jantung berdebar tp still bole relaks x gelabah but can rasa jantung tu berdebar2 ..
nak tanya kalau ada gangguan penafasan ja ..
when kita bernafas mcm tak habis ..
tu di kira anxiety ka ?
?
Baca semua post saya tentang anxiety
Assalamualaikom Dr saya farhana dari melaka. Saya berusia 19 tahun, adakah saya mngalami social anxiety kerana saya takut untuk bekerja, saya telah bekerja lebih 4 bulan Di satu kedai ini Dan minggu pertama Di sana saya berasa risau Dan overthinking yg teramat sangat.. Saya selalu berjalan Di ruang belakang Di dalam kedai, saya mengelak dari dtg ke hadapan(kaunter) kerana takut menghadapi pekerja lain, mereka kata pada minggu itu mereka nampak muka saya terlalu takut.. Saya.. Mundar mandir Di blakang Dan Cuba tahan daripada menangis, saya rasa resah fikiran saya rasa semak sbb overthinking Dan saya rasa nk cepat balik, bila malam saya tak boleh tidur sbb fikir saya kena hadapi bnda sama pada esok harinya Dan saya fikir klau berterusan begini.. Saya tak tahan.. Asyik ketakutan risau kat tempat kerja Dan saya risau kalau pekerja lain nampak saya terlalu takut kadang kadang menangis and rasa saya xbole kerja and maybe mereka akan suruh saya berhenti…saya xlalu mkn.. Saya xminum air smpai saya demam Dan nadi saya Sgt laju sehingga doktor suruh masuk air.. Saya dah xdpt kontrol rasa risau wktu kat klinik sbb saya asyik fikir diorang(doktor) maybe akn tahu sya demam sbb terlalu takut and saya risau saya kne bgitau ape yg Saye takut and saya risau parents saya tahu.. Tpi saya dah xdpt control and menangis dekat klinik. Tapi esoknya saya brharap saya akan OK tapi x saya dah sedar waktu pagi tpi saya xbole bangon.. Saya rasa berat nk bangon berat nk pergi kerja rasa risau resah tu mula datang semua perlahan lahan.. And saya rse taknak pergi kerja Dan mula menangis.. Sehingga beliau(maaf, saya xbole nyatakan siap) marah saya, .. Adik saya back up saya.. And mereka bertengkar sedikit, saya rase lgi risau Dan takut kerana mereka bertengkar disebabkan saya, salah saya, sbb saya terlalu pengecut Dan takut.. Saya menjerit Dan beliau marah mengapa saya menjerit, tak payah la nk menjerit jerit… Saya rasa xberguna, saya keluar u sbb xbole handle rse takut Dan risau ni kemudian saya xbole kerja sbb yg sama juga,tapi saya boleh atasinya kerana ada dua org pekerja disitu yg memahami saya, Dan sorang lagi tu juga mngalami apa yg saya rse cuma… Tak seteruk ni.
Salam, Yg jelas ia anxiety. agak teruk, dapatkan rawatan
Assalamualaikum, saya umi dari kl, saya mempunyai masalah takut yang melampau tentang kematian , dan takut untuk keluar rumah berhadapan dengan orang ramai , bila saya merancang untuk keluar selalunya niat itu terbantut , apabila waktu senja perasaan takut gelisah sedih makin kuat terasa .
Saya kehilangan selera makan tubuh menjadi susut , sering terasa hendak pitam , mata saya menjadi berpinar , tubuh saya menjadi lemau sehinggakan tumit kaki saya menjadi kesejukan . Penyakit ini datang masa 2017 dan sekarang kembali lagi ia menganggu kehidupan harian saya sejak sebulan lalu , adakah ini axiety ? Terima kasih doc .
Salam,
Ya kemungkinan besar GAD (gen anxiety disorder)
as’salam doktor..nama saya muhammad gadaffi, tinggal di kota tinggi, johor..saya nak berkongsi sedikit masalah anxiety yang saya alami & saya akan bertanyakan soalan di penghujung perkongsian saya ini..saya mula sedar penyakit ini semakin mengganggu kehidupan saya semasa saya menonton perlawanan bola final piala malaysia antara jdt & kedah pada awal november aritu..perasaan saya tiba2 menjadi risau..kerisauan nya sampai saya rasa tak boleh nak menonton perlawanan tersebut walaupun pada akhir nya saya tengok juga..selepas itu, yang menjadikan anxiety saya ini sampai membuat saya kemurungan adalah apabila ianya melibatkan ibadah saya iaitu solat..cerita nya bermula begini, selepas kejadian perlawanan bola tu, kalau tak silap saya..pada satu pagi sewaktu subuh di rumah mertua saya, saya terdengar jeritan dari kakak ipar saya..untuk pengetahuan doktor, kakak ipar saya ni seorang penghidap schizophenia..dia menjerit kerana dia kata dia tak boleh nak khusyuk dalam sembahyang nya kerana terbayang benda2 yang saya sendiri takut nak ceritakan di sini..saya tidak kata dia adalah punca saya anxiety saya jadi semakin teruk..puncanya apabila semasa saya hendak solat, saya terlalu memikirkan perkara yang sama akan berlaku pada saya, sama seperti kakak ipar saya..bermula saya teringat satu perkara di mana seorang non muslim telah memaki Tuhan dengan bahasa yang kotor..saya jadi teringat, dan apabila saya risau & cuba hindarkan benda2 tu semakin bersarang kat kepala saya ni..daripada perkara tu terjadi semasa solat, ianya dah sampai mengganggu fikiran semasa bekerja & melakukan perkara2 lain..saya mula risau dengan ibadah saya..saya jadi takut..memikirkan adakah ibadah saya di terima Allah..saya mula fikirkan kematian..saya solat taubat..saya fikir mungkin saya dah tersesat jauh..Alhamdulillah, selepas solat taubat saya rasa saya dah tak nak buat dosa..saya rasa istiqomah saya kuat kali ini..yang positif nya, saya dah tak rasa nak tengok hiburan..saya rasa dah takde keseronokan pada dunia ni..saya ada sedikit2 baca Al-Quran..cuba hafal doa2 & zikir2..dalam solat juga saya lebih berhati2, tak kelam kabut macam sebelum ni..cuba dengar bacaan betul2 supaya perkara2 itu tak bermain di fikiran walaupun sekali sekal terlintas di sebabkan kerisauan saya itu..lagi satu, media sosial facebook pun saya dah jarang bukak sebab risau ternampak perkataan2 yang kotor..sebab risau melekat kat kepala ni..tapi yang negatif nya, sampai saya risau nak bergaul dengan rakan2, risau terdengar perkataan yang kotor yang terkeluar dari mulut dorang..walaupun begitu, perkara2 tersebut masih bersarang kat fikiran saya..dan bertambah parah apabila saya terlalu memikirkan ibadah saya, saya risau tidak di terima Allah, walaupun saya cuba positif dengan berkata dalam hati, Allah itu Maha Mengetahui isi hati saya..saya ni, nak maki orang pun susah, apatah lagi nak maki tuhan..SubhannAllah..hari demi hari memikirkan sampai lah ianya menyebabkan kemurungan..mood saya jadi flat, nak rasa happy tu dah rasa susah padahal banyak perkara2 yang boleh menggembirakan hati saya seperti loan rumah saya lulus..tapi saya rasa biasa je..kalau suka pun macam kena paksa..tapi nak rasa sedih tu senang..teringat mak & ayah kat kampung pun boleh jadi sedih..saya cuba rawatan ruqyah..Alhamdulillah, ustaz kata dalam saya kuat..takde apa yang mengganggu saya..benda tu pada fikiran saya sendiri..tu yang saya terus merujuk kepada pakar psikitari di hospital penawar pasir gudang..dan doktor mengesahkan saya menghidapi penyakit anxiety ocd berdasarkan perkongsian saya dengan doktor tersebut..dan doktor menyarankan saya mengambil pil tido & 1 lagi pil yang saya tak pasti apa nama nyer..sewaktu perkongsian saya ini ditulis, saya dah 5 hari mengambil pil tersebut..Alhamdulillah..ada rasa sedikit perubahan dalam fikiran, walaupun sekali sekala tetap ada..tapi dari segi mood, masih lagi flat & tak happy macam sebelum ni..saya kadang2 kala memikirkan adakah saya akan jadi gila sebab kalau perkara ini berterusan, sampai mengganggu ibadah saya..tu yang menyebabkan kemurungan saya masih belum pulih dan kadang kala rasa lemah semangat nak meneruskan hidup..sampai pernah terfikir alangkah bagusnya kalau saya di komakan 3 hari, supaya saya dapat melupakan perkara2 tersebut..soalan saya doktor..
1. Adakah pengambilan pil tersebut boleh meningkatkan mood dan semangat saya?
2. berapa lama agak nya tempoh masa yang akan di ambil sekurang2 nya untuk mengembalikan mood saya semula?
3. pernahkah doktor mengendalikan kes seperti saya yang mana ia melibatkan ibadah seharian dan agama? sebab kebiasaan kemurungan ni kan berpunca dari masalah rumahtangga, kewangan, tekanan di tempat kerja..
terima kasih doktor..
Salam,
Permulaan membaca sejarah hidup anda di atas, saya sudah nampak OCD, dan benarlah bila penghujung saudara menyatakan memang doktor sahkan OCD.
1. ya boleh
2. agak lama, tengok progression
3. pernah, lagi teruk pun pernah
terima kasih doktor atas respond yang di berikan..saya menghargainya..Alhamdulillah..selepas hampir 2 minggu..saya ada rasa sedikit perubahan..walaupun dari segi mood belum pulih sepenuhnya..dan dalam masa yang sama saya ada mencuba perubatan Islam..saya juga ada buat terapi untuk diri sendiri dalam masa yang sama..cuma saya ada masalah dari segi tidur..rasa tidur tu macam tak puas..rasa macam kat tengah2 antara tidur2 ayam & tidur mati..senang terjaga..soalan saya doktor, adakah itu di sebabkan pengambilan pil?
Salam dr. saya penghinap sakit depreciation with panic attack. pada tahun lepas saya kena transfer ke hospital psikiatri dan kemudian saya stop untuk appointment (saya tak datang) mungkin kerana saya rasa saya da baik. namun, start 3-4 bulan lepas depreciation dan panic attack saya datang balik dan terlalu terok sehingga saya cuba untuk bunuh diri dan cederakan diri sendiri. skrg saya under ubat setraline HCI 50mg dan Clonazepam 2mg. saya nk tanya, adakah effect ubat ni akan buatkan saya khayal dan berasa high? sbb kadang bila saya makan ubat ni saya sukar untuk jalan seperti org normal, maksudnya saya akan berasa khayal
Kadang saya ada cuba untuk skip makan ubat2 tu tapi bila sakit tu dtg balik saya akan cederakan diri saya sendiri tanpa saya sedar. bila besok bangun saya sedar tangan saya dah berdarah dan bekas dihiris2. hari-hari saya akan mimpi yang buruk dan selera makan saya turun mendadak. saya selalu rasa diri saya tak berguna dan tak ada sbb untuk hidup lagi. tapi tak semua org faham keadaan saya dan mereka cuba pujuk saya untuk tidak terlalu bergantung pada ubat. saya cuba untuk kurangkan ubat tapi saya takot saya tak dapat kawal diri saya sendiri. sekarang panic attack saya lebih teruk daripada dulu sampai org sekeliling boleh perasan keadaan saya.
Antidepressant tidak ketagih. Ia persepsi salah yg tidak membantu diri sendiri
depression*
Salam,
Ubat sertraline tidak khayal kecuali Clonazepam sbg ubat tidur. Bincang semula dgn doktor merawat
Assalam doc. Sy nk tanya mula² sy berdebar jd jntg laju..kmdian ke KPj..di sana doc mntk sy bt scop dan disahkan less esofagus.Doc ada bgtau simptom sy ni anxiety n panic…simptom yg sy alami skrg takut nk keluar rumah, kalau ramai² rasa mcm nk pitam seram sejuk..takut memandu jauh, takut apa² terjadi, badan rasa goyang, kaki rasa tak kuat, kdg rasa melayang kepala berat, rasa nak pitam..nk g mall yg besar n parking jauh mmg tak yakin boleh masuk..setakat ni dh bolehla masuk mall kecik² tu pun beli apa yg perlu sahaja n myk angin sntiasa ada..Nak Tanya adakah simptom ni Anxiety n panic..mcm mn utk sembuh..
ya jelas sangat anxiety disorder.
Penyelesaian mudah jumpa pakar. banyak perlu diterang dan dinilai
Jumpa pakar tu pakar pskitrik ke doc..
Ya sama ada pakar psikiatri atau pakar psikologi
As salam doc boleh dptkan maklumat detail klinik doc tak… sbb saya nk cuba dptkan rawatan di klinik doc.. tq
waalaikum salam,
https://www.ramlimusa.com/about/private-clinic-service/
As salam doc mcmana saya nk buat doc boleh bg lokasi tempat doc buat treatment.
salam,
Klinik swasta saya:
https://www.ramlimusa.com/about/private-clinic-service/
Slm doc sy dah 2/3 hari rasa berdebar tanpa sebab..tidur pun x berapa lena makan kurang kepala terasa berat dan cirit birit mual nk muntah selalu fikir negatif benda yg bukan2 seperti kematian badan jadi lenguh dan lemah..bila berdebar jer terasa nk muntah..adakah ini tanda anxiety doc??
Slm doc sy dah 3/4 hari rasa berdebar debar x leh bwk bincang jantung berdegup laju dan badan menggigil kaki terasa sejuk kepala menjadi berat..cirit birit setiap kali berdebar sy akn rasa muat nk muntah fikiran akn jadi negatif fikir benda bukan2 dan kematian..tidur pun x lena adakah ini anxiety attack doc?
Waalaikum salaam ya anxiety. Boleh confirm dengan ujian DASS
Slm doc sy rasa berdebar debar spnjg masa tidur pun x Lena mkan x de selera..bila berdebar badan akn menggigil dan kepala menjadi berat..dan sy selalu berfikiran negatif..iaitu takut akn kematian..kaki berasa sejuk dan x mahu bercakap dgn org..adakah ini tanda anxiety doc?
Waalaikum salaam. Ya sangat jelas. Nampak serious dan menganggu hidup
Ptut ke sy jumpa dgn doctor??
Slm doc sy rasa berdebar debar spnjg masa tidur pun x Lena mkan x de selera..bila berdebar badan akn menggigil dan kepala menjadi berat..dan sy selalu berfikiran negatif..iaitu takut akn kematia.,kaki berasa sejuk dan x mahu bercakap dgn org..
sama mcm saya..
sama mcm saya.. perasaan tu sama simptom pu sama..seram sejuk je rasa badan ni
Assalamualaikum doc saya nana dari mersing pada awal tahun lepas saya saya terpaksa tinggalkan sekolah kerana saya tidak boleh berada di kawasan sekolah kerana di sekolah ramai orang dan terlalu bising saya rasa loya pening perut rasa macam nak buang angin dan sakit ini agak sukar untuk dikawal melainkan saya duduk rumah sebulan lebih juga saya tidak keluar rumah tapi sekarang dah boleh keluar tapi kekadang takut ia datang lagi adakah saya mempunyai enxiety ?
Assalamualaikum doc saya nana tinggal mersing apa saya nak buat ye saya selalu sakit kalau duduk kedai makan atau kumpul kat rumah family saya saya rasa sangat loya nak muntah tapi saya tak boleh keluarkan muntah tu saya rasa pening sangat kepala lepastu saya rasa nak buang angin dada saya rasa debar dan tak senang duduk seolah nak tinggalkan tempat tu supaya saya dapat duduk sorang diri tapi setiap kali saya rasa semua tanda ni family saya akan cakap saya mengada . Saya pernah gembira sebab dapat study tapi saya tak boleh pergi sebab tanda ni family cakap saya cari alasan untuk tidak sekolah lagi mereka tidak percaya yang saya sakit dan setiap kali saya bagitau mereka mereka akan kata yang saya buat peragai dan mengada . Adakah tanda saya tu adalah enxiety apa saya harus buat untuk rawatan doc pon mereka tak percaya saya sakit macam mana saya mahu buat pemeriksaan ? Sampai bila saya tidak boleh duduk depan khalayak ramai
Bagaimana score DASS anda? anxiety pasti tinggi
waalaikum salam, Ada kemungkinan atau school phobia
Slm doc sy dah 10 hari dah berdebar debar fikir negatif tidur pun tak lena makan kurang selera perut meragam rasa tak selesa seluruh badan kaki tangan berasa kebas..sy dh pergi berjumpa doktor sy buat ujian dass dan keputusannya sngt teruk tahap kemurungan sy sngt teruk..mnggu dpn sy akn berjumpa dgn kaunselor..pertanyaan sy doc boleh kah sy sembuh sepenuhnya dan mengambil masa lama mana untuk sembuh??
Assalamulaikum Prof.Dr. Ramli.
Saya Mira dari Kuantan, Pahang
saya ada soalan dr…badan saya sentiasa terasa panas..panas nya macam kita tampal koyup atau macam terkena lada..panasnya tu berpindah-pindah.Sekejap dekat paha..sekejap dekat bahu..sekejap dekat lengan..adakah itu juga simpton AD ?selain dari telinga berdesing,rasa takut mati(paling ketara yang ni..senantiasa memikirkannya),penat,lesu,mulut terasa pahit dan kering,seram sejuk.
Trima kasih Dr.
Salam. Buat DASS test. Banyak symptoms lain x dinyatakan
Saya wanita berumur 32 tahun. Saya selalu mengalami segak nafas, berdebar sehingga sukar menelan makanan, jika menelan makanan rasa mau muntah, rasa takut, gelisah memilirkan pelbagai masalah. Apakah sy mengalami AD?
Buat Ujian DASS. Score akan menentukan
Slm doc sbelum nih debaran sy sngt kuat smpai x boleh nk buat satu kerja pun tido pun x lena mkn x berapa fikiran selalu negatif..tpi skrg Alhamdullilah debaran tuh dah kurang dan sy boleh tidur skarang walaupun masih struggle untuk tido mkn pun dah lalu cuma knapa badan sy masih menggigil even sy dah kurang berdebar perkara ini mendesak sy untuk masih berfikiran negatif??
Salam doc. Boleh saya tahu sakit AD ni ada kaitan ke dgn sakit2 belakang terutama bahagian atas. Sbb saya sudah beberapa bulan mengalami sakit belakang belah atas. Dalam masa yg sama saya juga selalu fikir takut mati. Takut nak pegi mana2 sbb takut accident. Tak boleh dgr pasal kematian, mesti susah nak tido malam. Jantung selalu berdebar. Tangan kebas, lenguh, sengal. Perut pun selalu tak selesa. Kdg2 sukar bernafas, dada sakit mencucuk. Pastu sejak kebelakangan ni saya selalu cirit birit. Adakah ini semua tanda2 anxiety termasuk sakit2 belakang seperti saya beritahu di atas?
Salam,
Ya, ” sama saya juga selalu fikir takut mati. Takut nak pegi mana2 sbb takut accident. Tak boleh dgr pasal kematian, mesti susah nak tido malam. Jantung selalu berdebar. Tangan kebas, lenguh, sengal. Perut pun selalu tak selesa. Kdg2 sukar bernafas, dada sakit mencucuk. Pastu sejak kebelakangan ni saya selalu cirit birit”
ini semua tanda2 anxiety
DASS score bagaimana?
Assalamulaikum Prof.Dr. Ramli.
Saya Mira dari Kuantan, Pahang
ADAKAN INI TANDA TANDA ANXIETY DR?
MENTAL
1: saya selalu memikirkan kematian.takut mati.takut dengar berita ttg kematian.selalu terfikir org terdekat/tersayang saya mati.kalau suami atau anak sakit skit saya akan kaitkan dengan kematian.
2: takut nk berjalan jauh..takut nk naik kereta..terfikir akakn kemalangan atau sebagainya
3: sentiasa takut (24jam)
4: resah gelisah.rasa nk menangis tp xdpt
5: risau.
FIZIKAL
1:TElinga saya berdesing 24 jam tanpa henti
2: kaki tangan saya terasa bisa2 dan mencucuk serta kebas
3: badan saya twiching
4: badan saya juga terasa panas(pijar) dan ia selalu terasa panas dekat paha, bahu dan belakang badan
5:badan saya jugak terasa seram sejuk
6: tibe2 rasa mcm baru lepas berlari 100meter. time tu jantung saya berdegup kencang . dahi saya berpeluh tp kaki saya sejuk.(time kena ni saya pikirkn saya nk mati) saya sedih sgt Tuan DR.
ujian DSSS saya
kemurungan 8 normal
keresahan 16 teruk
stress 10 normal
jawapan Tuan DR saya dahului dengan ucapan terima kasih
*DASS
maaf DR.
Typo
salam Dr saya wani,sekarang sye tinggal di dalam pulau pinang, saya baru kahwin 5 bulan lepas sebelum ni asal melaka dan pindah di penang kerana ikut suami.. saya baru buat ujian dass dan keputusan semua terok untk ujian saya
kemurungan-38
keresahan -36
stres-34
saya rasakan saya agak susah untuk sesuaikan diri dengan tempat baru disebab kan saya baru pindah di penang dan saya tiada kawan, ahli keluarga yang tinggal disini..saya rasa jiwa saya mati dan kosong tapi tak sampai nak bunuh diri..suami saya agak sibuk dengan kerja dan kami agak kurang masa berdua untuk saya meluahkan persaan saya.. kami pernah ada masalah sedikit tapi saya dah selesaikan dengan dia cume sekrang saya rasa amat tertekan sebab sye terlalu pkir negatif pasal diri saya..setiap hari sya nangis bila sye sendirian..serng sakit kepala dada berdebar tangan menggeletar dan saya rasa sangat tak berguna sekarang sebab saya struggle dgan kerja baru.. dunia baru..saya rasa sangat2 sunyi jiwa saya macam rasa memang dah mati
untuk pengetahuan dr..dalam 5 bulan ni..ini kerja yang ketiga saya sebab saya rasakan saya tidak sesuai dengan kerja yg saya dapat sebab sye selalu rasa sye tak berguna, hilang fokus..susah faham and slow learner..kepala saya setiap hari saya rasa berserabut dan seram sejuk..saya tak tahu nak luah dekat siapa sebab semua orang rasa saya seorang yang happy go lucky tapi sekarang saya memang rasa saya perlu bantuan..saya takot sya boleh jadi gila..masok kerja ketiga ni saya mengalami masalah yang sama..dada berdebar, susah faham, tak fokus, byak kali buat silap..boss sye pon saya persan tak berapa suka saya sebab mngkin die lihat sye terlampau slow..sye terpkir utk cari kerja baru tapi sye tak tahu smpi bila sye akan jadi macam ni..i really need help dr..boleh tolong suggest somebody yang sye boleh contact dekat dalam pulau pinang..sye serius tak tahan dengan keadaan sye sekarang..sya try untuk cerita dgan suami tapi disebabkan die sekarang terlampau bz bila saya cerita die tak tahu nak suggest apa dekat saya sebab mngkin dia rasa sye boleh lawan..tolong saya dr saya memang dah tak tahu nak buat apa sekarang ni..masalah sye terlampau kritikal.
reality juka seseorg itu menghadapi kemurungan, selagi tidak dirawat ia akan menggangu kehidupan/kerja dan akan sentiasa bertukar kerja
Assalamualaikum Dr, saya syafiqah drpd pekan pahang, fikiran saya selalu tak tenangg. Mudah risau mudah gelisah , cepat berdebar dan always be negatif. Rase tiada keyakinan diri, rase otak berserabut, cepat letih dan takdek semangat nak buat sesuatu.. Susah tidur malam. Rasa susah nk percaya orang lain dan selalu overthinking. sometimes sukar bernafas and always cirit birit. Adakah itu simtom anxiety Dan Adakah saya perlu untuk berjumpa pakar psyc?
Salam, Symptoms seperti sangat ketara.
Bagaimana DASS results?
Bagaimana ia menggngu kerja?
Mohon baca post2 saya, sudah dijawab
Assalamualaikum, prof saya dapati simptom axiety disorder ada pada diri saya. Saya kerap saya takut. Rasa takot terkadang menangis susah nak explain punca sebab saya pon tak tahu. Saya tido selalu 4.30 pagi itu pon sebab terlampau penat dan terlelap. Makan terkadang lalu terkadang tak makan.Saya meniaga prof tapi tak dapat fokus.Otak saya terlampau serabut sibuk fikir benda yang remeh temeh. Terlampau remeh sampaikan kasut saya terkoyak itu pon jadi isu yang besar mustahak untuk saya fikir kan. Saya cuba buang dari fikiran tapi tak boleh. Matlamat sy tak tercapai sebabkan terlalu bz kan diri dengan benda remeh. Selagi benda remeh ni tak buat sy tak kan tenang.Otak saya rasa dah terlampau penat prof.
Salam,
Nampak simptom ketara, elok buat DASS test
assalamualaikum doc…sy amira dr muar johor… saya ada gerd + anxiety + panic attck … sekarang saya sudah on ubat sertraline … 1 hr 1bj… alhamdulillah serasi… tapi kadang2 panic dan anxiety ni datang jengah juga tp tak seteruk dulu…. sebab saya fikir saya ni boleh sembuh atau tidak…macam mana nak totally sembuh yea dr…. ada cara lain tak?
Should be free of symptoms (about 90%) 100% susah capai. then able to work and function, finall DASS score is stable
salam doc… saya zakaria… saya nak tanya berapa peringkatkah anxiety ni dan normal mengambil masa berapa lama untuk sembuh..?
Berapa lama?… Susah nak jawab, tengok kes dan keadaan. we are talking about prediction and playing with Allah’s task. not easy. but knowing the case in detail, kita boleh agak
Assalammualaikom doc. Saye fazlina dari pasir gudang… saye nak tnye sye ni bile lecturer pggil nme sye sye akn mggigil and then bila sye jwab soalan lecturer tu sye akn jwab smbil mlut sye mnggigil…. then sama jugak bile lecturer suroh prknlkan dri sndri kat smue org sye akn rse rsau sgt2 bile nk smpai turn sye… then bila smpai turn sye saye akn prknlkn dri sye dgr suara yg prlahan pdhal sye dh hmpir mnjrit time tu and suara sye mmg laen dan mnggigil…saye jgk x ley and x brkyakinan utk mmbuat pmbntangan.. bila lecturer ckp kne buat pmbntangan sye mula rsau start dari hari lecturer tu ckp nk kne wat lmbntangan smpai hari sye kne buat pmbntangan tu smpai… sye akn fkir stiap hri mcm mne sye nk buat pmbntangan hdapan khalayak rmai sbb sye takot dgn org… bile bdri hdapan khalayak rmai sye akn mnggigil dan suara sye pon mnggigil dan jntung saye brkncang lhu sgt2 mcm sye tgh kne kjar dgn anjing rse die… wlaupon x kne wat pmbntangan pon sye ttp rsau stiap pgi bile sye nk pgi klas… sye akn rse rsau fkir subjek ni ada kne bcakap and respond bila ckgu tnye x… sye akn bfkir bnda tu stiap hrii… sbb sye trlmpau pnakut smpaikn nk respond ap soalan yg dtnye oleh ckgu pon sye tkot nk jwab… sbb sye akn fkir mcm2… sye akn fkir klau sye jwab btol ke and mcm2 lgi lah sye fkir smpai last2 sye jrang jwab soalan yg ckgu tnye bila tgh mngajar klau sye jwab pon sye akn jwab slow sgt mcm sye bcakap ngn bdak sblh sye je… sye pon ssah nk rpat dgn org sbb sye ssah nk slsa dgn org…. sye tkot nk bbual dgn smue org kdang sye jjur sye nk bbual dgn akk sye pon sye takot sbb akk sye mcm gangster skit prgai die… and sye jgk mlu nk bbual ngn org yg dh lme sye x jmpe wlaupon sye dh rpat ngn die… sye klau bbual ngn die… sye akn rse laen and sye ssah nk fokus pndang mata die je… sye akn pndang tmpt laen lbih dari sye pndang mata die…. saye jgk x boley in bile ada dkt tmpt yg byk org… sye akn rse bdebar and takot bila ada org nk bbual ngn sye… sbb sye x de kyakinan dri and x ley nk respond ap yg diorang tnye kat sye dpn org rmai sbb sye trlmpau mlu…. sye mmg x de kyakinan dri and sbb tu lah sye x rmai kwan… sye trfikir adakah msalah yg sye hdapi ni anxiety disorder atau bkn???. And klau sye mnghdapi anxiety disorder kat mne area kat pasir gudang yg boley sye dotkn rwatan??. And brapa kos bgi stu rwatan??. Sbb sye msih student sye x mmpu nk byar byk sbb msih blom bkerja… harap doc. Boley bntu sye sbb dh lme sye hdapi mslh ni dari sye kcil lgi.
Salam,
Ini tanda-tanda social phobia, rawatan adalah counseling, exposure, dan kes ketara perlu antidepressant plus benzodiazepine. Bantuan ubat akan membantu.
Dicadangkan ke hospital atau klinik kerajaan. Percuma
aslkm doc. Sy nak tanya berkenaan anxiety nak kahwin. Tunang saya mengalami kemurungan bila dekat tarikh kahwin kami. Dia menangis, menggigil bila sebut mengenai kahwin. Ibu dan ayah dia bercerai masa dia kecil dan bila ibu dia kahwin lagi, setahun selepas itu pun bercerai jugak. Adakah dia trauma dari apa yang berlaku kepada ibu dan ayah dia? Macam mana caranya sy ingin membantu dia? Kemurungan dia seperti dah berkurang bila kami decide untuk batalkan perkahwinan kerana tak nak pressure dia. Tapi sy nak cuba bantu dia keluar dari masalah dia itu. Apa yang perlu saya buat? Sy ada mintak dia jumpa psikiatris, tapi dia tak nak. Dia cakap dia bole atasi sendiri. apa nasihat doktor utk sembuhkan dia ye?
Salam, adakah dia trauma? Wallahhualam. Dirinya sendiri org sepatut ditanya soalan itu.
Macam saya mentioned dlm post lalu, ada beberapa indicators, kalau x gangu hidup dan fungus kerja, then x perlu.
DASS score bagaimana?
Suruh dia buat DASS.
Tapi bila keputusan besar berkahwin dia x mampu macan serioud
If dia btul trauma dengan perkahwinan sebab kegagalan ibu dan ayah dia dan ayah tirinya. Bolehkah dia sembuh ye doktor? Bila bercinta dia ok je, dia pun sihat macam orang lain. Saya tak nampak simptom dia macam sakit. 2 bulan sbelum majlis kami nie dia kena anxiety. Adakah trauma dia baru keluar dari dalam diri dia bila dia menghampiri perkahwinan?
Result DASS : Depression 14 (Sederhana), Anxiety 22 (Sangat teruk), Strees 24 (Sederhana)
Dengan result mcm nie apa perlu sy buat ye doc?
Aslm doc sye nak bertanye kalau sye pergi dass test di hospital biase boleh ke sye nk kepastian yg sye niy btul ii ke kne penyakit anxiety disorder sye nak cek di hospital biase untuk thu knape sye berfikir pasl kematian bdan rase lesu lemah selalu teringat psal mati kurang bersemagat di ativiti harian mcm seblom ii ni…
Dan sye berfikir yg sye niy dh nk mati ke sye bertanye ii yg sye niy akn mati ke bile terigat je psl mati sye punye dade berase sush nak bernafas dan sye berase mcm nk menagis tetapi xboleh nk bernagis tlong doc ape perlu sye buat untuk semboh semula seperti sedia kala…
Assalamualaikum,
Saya nak minta tolong untuk beri pendapat atau apa2 cara yang boleh saya lakukan untuk bantu kawan saya.Dia mempunyai masalah risau yang agak terlampau dan semakin lama semakin menjadi-jadi..terlalu risau sampai stress pasal belajar dengan homework test dan sebagainya.Saya tak sure kalau dia dah sampai peringkat depress atau tidak tetapi saya harap dapat bantu dia sebelum perkara ni menjadi lebih teruk…Saya ingin meminta Prof Dr Ramli untuk memberikan sedikit pandangan dan cara untuk ubati masalah ini..please
Salam,
Maaf memberi nasihat panduan pd A untuk menyampaikan pada B bukan mudah.
Masalah sebenar B pun kita tak jelas
Kalau penyakit trichotillomania pulak macam mana ..ada kaitan ka?
Assalamualaikum . Maaf. Trichotillomania perlu jmpa dok ka?
Salam, Ya Jika teruk
Salam Dr,
Salam doc. Saya nak tnya, saya selalu berasa seluruh badan bergetar, jantung laju, . Saya selalu fikir berkaitan kematian. . Adakah saya ni ada penyakit AD?
Salam,
mungkin
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Sama.. Skrg sis dh okey ke..
Salam Dr.
Saya Azleen dari Petaling Jaya. Saya mengalami masalah untuk berkomunikasi dengan orang. Sukar buat saya untuk memulakan sesuatu perbualan. Saya lebih kepada mendengar sahaja.
Saya dapat rasakan, saya terlalu risau atau banyak berfikir tentang penerimaan atau tangapan orang terhadap saya. Contohnya, saya terfikir, adakah mereka faham tentang apa yang saya katakan? Tergagapkah saya? Bosankah mereka mendengar apa yang saya cakapkan?
Persoalan-persoalan ini membuatkan saya sukar untuk berkomunikasi dengan orang.
Sekarang saya bekerja di department outbound di mana saya perlu menelefon client. Walaupun komunikasi hanya melalui telefon, saya berasa berdebar untuk memulakan panggilan. Dan apabila client menjawab panggilan, saya tidak mampu untuk menawarkan servis dengan baik kerana saya hanya mengingati skrip bukannya berunding dengan client. Saya risau Key Performance Indicator (KPI) saya akan merosot.
Jadi, apakah yang perlu saya lakukan? Atau mungkin dr. boleh beri beberapa tips yang berkesan.
Terima kasih
Salam,
Bunyi seperti social Phobia,
Of course doktor akan mengukur level anxiety.
Kalau dilihat saya selalu akan bertanya, BAGAIMANA SKOR DASS anda?
DASS membantu memberi jawapan
Assalamualaikum, doktor sy punya skor DASS 100% ..tahap kemurungan saya -36 (sangat teruk)
keresahan – 28 (sangat teruk) Stress-32 (teruk)
saya nk pergi rawatan kt hospital tapi saya sangat takut orang akan kata saya gila .. apa perlu saya buat?
Salam,
Masyarakat sudah berubah, hanya tinggal kita kena berubah persepsi
Assalamualaikum Dr, saya nak tahu saya ad anxiety… Saya selalu fikir yg saya bgai nk g***… Macam mna saya nak kawal dan kluar dri rsa ni? Tolong saya Dr…
salam,
Nk tahu ada anxiety ada steps
Mungkin post ini memberi panduan,
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Assalamualaikum prof saya hazirah dari seremban, n.s. saya berumur 22 tahun. Saya rasa sukar untuk bernafas, sakit dada, loya, tangan menggeletar. Pada waktu saya tgh berehat pun saya rasa sesak nafas dan perlu ambik nafas dalam2. Bila malam saya jadi susah hendak tidur. Saya takut untuk tidur kerana saya rasa mcm2 benda boleh terjadi. Saya juga ada terfikir pasal kematian. Saya sudah mengalami dari bulan 11 tahun lepas. Adakah saya mengalami anxiety?
Salam,
Ya jelas sekali ini anxiety disorder.
Cuba buat DASS, pasti anxiety tinggi
encik adakah saya mempunyai AD sbb sy seallu rasa sedih,benci diri sendri ,jantung berdengup laju,saya dah tidak berminat utk berjumpa orng , tak reti bergaul dgn orng…sy jadi takut bila ramai orng ,menggigil,saya jadi pendiam sgt2 kadang2 sy rasa orng bad thinking about saya dkt belakang benci saya ..saya plk jadi tidak bersemangat nk melakukan kerja2 harian setiap hari..
Sila buat ujian DASS, ada jawapan
HI prof, saya nak tanya sekarang sy ada masalah seluruh badan jadi ketar bila berhadapan dengan orang yg tak pernah kenal , bila malam nak tidur jantung sy berdenyut dengan laju and kaki sy tak kuat , bila naik tangga ke berjalan ke rasa lain , sebab apa eh?
Sila buat ujian DASS utk dapat gambaran
Assalamualaikum prof,saya tinggal di Kempas Johor Bahru,saya ada sakit diabetis,hypotyroid,darah tinggi..saya mudah menggelabah sehingga saya mudah hypolycamia,senang jd takut sampai satu tahap saya tidak boleh berfikir dgn baik,saya just bekerja sebagai asst.leader,so bila leader xde saya kena handle segalanya,kdg dia kena cuti so saya yg akan buat segalanya,tp walaupun saya dah lama handle kje tu tp bila leader xde walaupun 1 hari saya akan takut sgt mcm rasa aq xboleh buat nanti salah,nanti delivery xsiaplah…kdg² sampai saya dah balik,tido saya boleh terbangun pikirkan kerja,betul Ker brg dah siap bila aku buat,mcm² saya fikir…lg satu saya ada perasaan yg cemburu dgn kwn² kdg² dgn leader pun saya boleh rasa cemburu sgt..sebab kekurangan pada diri saya,dgn masalah keluarga yg sangat complicated…buat masa ni saya hanya mampu berdoa agar dipermudahkan urusan,cuba jgn cemburu dgn org,saya cuba mendekatkan diri dgn ALLAH S.W.T lgpun saya tidak ada kwn yg betul² boleh faham dgn problem yg saya alami,bila saya cerita,diowg akan bandingkan ² saya dari segala²nya..adakah apa yg saya alami ini suatu penyakit prof,terima ksh..
Salam,
Melalui penulisan, anda seorg yg berpesonaliti “perfectionist” disamping tidak ramai kawan, org yg ada personality ini bagus kerana mementingkan kesempurnaan, namun mudah terkesan dgn stres.
Anda lebih meluahkan masalah, bukan simptom untuk menilai penyakit dan tahap keterukan.
Dgn adanya sakit diabetis,hypotyroid,darah tinggi, elok jumpa doktor. tak mudah buat kesimpulan di sini. kene tengok tahap ujian darah.
Sy boleh cadangkan sesuatu untuk AD pemula .. contact sy 01137800874
Asslmkum prof.saya musneh dari beaufort sabah.dah dekat 10 tahun menghidap AD saya doktor bagi ubat strline 50mg .syukur 3 tahun keblkgan ini saya sihat.tapi dalam 2 hari ni saya AD saya macam balik saya rasa kepala saya kembang saya takut pingsen dan tekanan darah terus tidak stbil.prof ada lagi ubat lebih baik selain strline?
Tiada 1 ubat yg paling baik utk semua. Sebab kalau begitu kerja doktor mudah. Just pilih ubat A utk semua org. Terbaik membuat keputusan adalah doktor merawat
Assalamualaikum doktor, saya Nur dari Kelantan. Saya dah buat DASS test dan keputusannya ialah normal. Saya cuma nak tahu apa sebab yang membuatkan tangan saya menggigil kuat setiap kali saya berjumpa dengan orang yang tak dikenali. Fikiran saya menjadi kosong dan saya berasa takut. Sebelum berjumpa, saya akan berasa berdebar dan resah. Tangan saya akan berhenti menggigil setelah saya selesai berurusan dengan orang yang tak dikenali itu. Apa sebabnya doktor?
Salam,
Perasaan takut atau risau ada tak masa jumpa org?
salam, saya merupakan seorang pelajar, saya nak tahu adakah saya mempunyai masalah sbb dapati diri saya sukar utk bernafas bila cemas, saya juga ada masalah tidur, pastu saya jenis yg overthinking bende tak berlaku pun saya fikir bukan2 and buat kan diri saya down, nak jumpa org saya rasa takut, org yg saya baru jumpa lagi lah tak boleh and kadang2 tu smpai mengigil2 sbb saya takut akan ckp bende yg salah, mcmana keadaan saya Prof?
Salam,
simptom anxiety yg amat ketara
Assalamualaikum doctor, saya nak tahu kenapa ya saya selalu rasa sy ada sakit jantung, kalau sy sakit dada sikit sy terfikir yg saya ada sakit jantung. Saya selalu terfikir dengan kematian saya takut sangat. Saya juga ada gastrik, bila saya jumpa doctor sy beritahu sy takut ada sakit jantung then doctor kata tu just angin je. Sy jugak sukar tidur malam, saya takut saya tidur and mati dalam tidur, selalu overthinking, risau akan sesuatu. Adakah itu anxiety ?
Tanda Anxiety
Sila nyatakan DASS score di sini
Assalamualaikum Prof,
Saya berimur 58 thn. Apa yg merungsingkan saya ialah ganguan semasa tidur, sebaik mata hendak terlelap ketika itu badan atau kaki atau tangan atau kepala akan bergerak menyebabkan saya tak dapat tidur. Saya telah mendapat rawatan di hospital pakar dan dr telah memberi saya ubat Zoloft dan Dogmatil. Sampai bila saya perlu mkn ubat tersebut kerana pada waktu siang saya tak dpt tidur kerana tidak mkn ubat walau mata letih dan mengantuk.
Salam,
Boleh bertanya pd pakar tersebut.
Bukan mudah membuat keputusan sampai bila dgn info yg terhad
Keputusan ujian:
Kemurungan – Normal
Kebimbangan – Sederhana
Stress – Ringan
Assalamualaikum doctor. Saya sekarang mengalami masalah rasa takut dan resah sentiasa. Benda ni berlaku dah almost 5 bulan. Start jadi mcm sebab sy ada baca pasal artikel kematian. Dan rasa takut tu berlarutan sampai skrg. Saya selalu rasa takut mati. Rasa seolah2 akan mati. Rasa mcm dikejar sesuatu. Ketakutan saya tu dtg selalu tiba2. Hari2 saya memikir pasal kematian dan overthinking pasal semua benda. Hari2 sy rasa takut. Kalau sy ada baca apa2 pasal kematian, dia jadi mcm triggered. Takut sangat2 dan berlarutan hari ke hari. Ada masa saya ok, ada masa saya rasa takut sangat. Selalu resah, takut dan skrg boleh dikatakan hampir tiap malam saya menangis sebab takut. Dulu masa mula2 jadi mcm ni, saya fikir pasal mati tiba2 je badan & kepala saya panas, sy terus bangun dari tempat tidur, saya rasa tak tentu hala, perasaan tu bercampur baur rasa mcm mmg betul2 nak mati, saya takut sangat waktu tu. Ada masa sy takut dgn gelap, rasa mcm lemas. Skrg ni saya mudah beremosi. Kalau rasa marah tu, marah sgt. Ada masa tgh duduk santai2 pun sy boleh menangis tiba2. Rasa sedih sgt. tapi tak tahu kenapa. Sy selalu overthinking tentang benda yg tak pasti. Disebabkan rasa takut ni, sy jadi takut nak drive kereta. Tapi skrg dah ok, dah boleh drive. Cuma perasaan takut dan overthinking tu masih ada. Saya pernah juga buat ujian online untuk anxiety. Cumanya sy tak pasti dgn result tu. Adakah ini tanda2 anxiety? Patut ke saya berjumpa dengan doktor untuk pengesahan?
Tahap anxiety anda sangat teruk
Rawwtan anxiety sangat mudah dan berkesan. Boleh baca post saya tentang rawwtan.
Jumpa pakar
salam doktor.. saya kalau memandu kereta mesti rasa takut gemuruh dan kalau kluar gi mana2 ke mesti cari tempat yg berdekatan dgn hospital…atau cari dulu loaksi hospital yg berdekatan.. adakah saya ni kena anxienty..lagi satu saya x boleh duduk berseorangan sama ada di rumah atau tempat keja mesti rasa risau dan gementar..
Salam, ini masalah anxiety
sila baca
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/
Assalamualaikum.. nama sy hafiz. Sy insyaAllah tahun depan sy brkahwin. Tunang sy ad msalah anxiety. Sy cuba tegur mcm bgi sokongan nasihat, tpi mcm xjdi. Dan dia selalu ckp sakit dada. Kdg2 bnda simple pon bleh gaduh. So sy xthu nk buat mcm mne.. bleh bantu sy mcm mne sy nak handle atau cara nk bgi teguran jgn trlalu negatif think sngat.
kalau tahap penyakit, atau teruk, nasihat atau kaunseling banyak mana pun x sembuh atau tak jalan.
Penyelesaian mudah adalah ubat. Jimpa doktor
Assalamualaikum doctor , nama saya noriyah. Saya nak bertanya, mula mula saya stress sebab keje, saya boleh bayang kan pekara yang buruk, saya berfikir pada hari esok saya tiada lagi. Saya ada rasa saya Mati. Lepas tu saya ada buat resech pasal kematiaan dia youtube n google. Saya dapat merasa tanda itu didiri saya. Lepas tu adalah ini simptom anxity terhadap diri saya? , sebb saya fikir pasal ini sahaja. Sampai menhitung hari. Terima kasih doctor ramli musa.
Ya anxiety spt saya nyatakan banyak kali
Assalam doc nama saya Atila. Saya seorang pelajar dan sekarang saya sedang belajar secara online tetapi semasa kelas saya sering mengigil, rasa cemas dan takut secara tiba tiba sehingga saya rasa nak lari dan saya juga cepat berasa penat walaupun hanya secara online. Saya tak tahu jika ia disebabkan saya melakukan senaman setiap hari atau kurang tidur. Saya juga akan menangis tiba tiba sebab saya rasa sedih tiba tiba. Sebelum ini semasa saya di sklh menengah juga saya takut juga untuk lakukan pembentangan sehingga saya menggigil dan rasa cemas sangat sampai perut saya tak sedap hingga muntah dan demam. Semasa saya di uni juga saya kerap sakit di dada dan rasa sesak nafas, cepat penat dan tangan saya mengigil sampai muka saya pucat. Semasa pembentangan di uni juga saya sudah cuba kawal perasaan cemas saya tapi mengigil saya nampak sangat ketara sampai kawan saya ketakawakan saya. Saya juga tak suka berada di kawasan yang ada ramai orang/bergaul dengan orang dan duduk sahaja di bilik setiap hari kalau boleh saya elakkan keluar jika bukan hal penting. Saya juga seorang yang blur tapi saya cepat cemas sampai kawan saya ketawakan saya sebab cepat gelabah. Saya pernah jumpa doc banyak kali dan detect ada penyakit lain tapi tak ada saya pon sudah setahun tak pergi. Saya perlu ke klinik ke untuk semak kesihatan mental saya? atau kaunselor? Terima Kasih doc
Depression – 26
Anxiety – 40
Stress – 32
Salam,
Sangat jelas anda menghadapi masalah anxiety.
Lebih specific Social Phobia.
Jumpa ramai doktor untuk cari masalah fizikal, akan membuang masa kerana punca adalah psychology.
Anda perlu jumpa perawat psikology seperti kaunselur, psychologist dan psychiatrist untuk penyelesaian masalah itu
doc saya rasa saya mengalami penyakit AD ni doc.. boleh bantu saya tak?? sya tak tahu nak cerita dekat sapa2 dah