RamliMusa.com

MENGAPA JAWAPAN SAYA BANYAK KEPADA ‘BERJUMPA PAKAR”?

by Prof Dr Ramli Musa under 2. Islam & Rawatan Hospital November 5 2018

MENGAPA JAWAPAN SAYA BANYAK KEPADA ‘BERJUMPA PAKAR”?

Assalamualaikum

Saya menerima banyak persoalan tentang masaalah hidup dan penyakit. Ada soalan yg terlalu ringkas.

Kebanyakan jawapan saya adalah “berjumpalah pakar terdekat”.

Mengapa banyak jawapan saya begitu? Mungkin ada yang berkata; agak senang membuat jawapan begitu.

Di sini saya nyatakan 4 sebab ringkas.

  1. Dalam membuat diagnosis, bukan mudah bagi seorang doktor kerana kita perlu berjumpa sendiri dan bertanya banyak isu tentang symptom dan tanda-tanda lain. Kadang kala pihak doktor akan panggil ahli keluarga lain untuk memastikan masalah dan diagnosis itu tepat dan betul. Mungkin kalau bomoh senang spt cerita “Ahli Nujum” boleh membuat tilikan dalam air sahaja.
  2. Saya sedar implikasi undang-undang dalam mewujudkan website ini. Salah diagnosis, salah kata akan mendedahkan risiko undang-undang atau salah rawat. Jadi elok juga saya membuat disclaimer:”saya tidak bertanggung jawab atau apa-apa kesilapan maklumat di sini”. Pihak pembaca perlu menggunakan kebijaksanaan dalan menapis maklumat.  Maka saya tidak mahu membuat kesilapan pentaksiran diagnosis melalui alam maya sahaja.
  3. Rawatan dan penerangan bukan mudah utk disampaikan melalui menulis. Terlalu banyak masa terpaksa dihabiskan.
  4. Sesetengah maklumat terlalu ringkas dan tidak lengkap. Agak sukar saya membuat keputusan.

Harap faham. Wassalam.

Leave a Reply

Your e-mail address will not be published. Required fields are marked *

Try My Online Questionnaires