RamliMusa.com
Loading... | Memuatkan...
by Prof Dr Ramli Musa under 2. Islam & Rawatan Hospital December 17 2018
Saya menerima banyak permintaan bertanyakan soalan di mana hospital mempunyai perkhidmatan pakar psikiatri.
Sepatutnya info ini ada di internet. Ini lebih kepada masalah teknikal untuk saya menjawab.
Ini senarai hospital yang mempunyai pakar psikiatri untuk rujukan tuan2 puan2 dihormati. Walaubagaimana pun hospital daerah lain walau pun tidak mempunyai pakar psikiatri, selalunya ada pakar psikiatri yg akan datang melawat. Contoh di Pahang, pakar dari Kuantan (HTAA) akan datang melawat dan melihat pesakit di Hospital Rompin, Pekan, Muazam dan lain-lain.
Boleh cuba bertanya pihak hospital.
Assalammualaikum Doktor,
Hospital Sungai Buluh ada tak perkhidmatan Pakar psikiatri. Saya lihat dalam senarai di atas tiada Hospital Sungai Buluh. Terima kasih.
Salam,
Ada. Utk Klinik sahaja
Assalamualaikum doktor,
Saya pelajar universiti.
Saya pernah buat ujian DASS bbrapa kli sblum ni. Dn latest 2 tests yg saya buat pd bln lps, anxiety test saya sngt severe.
Usually, bila saya nervous, overwhelmed, overexcited or emosi mbuak2, saya akn gag.
Bnyk kli dh sblum ni saya gagged infront of other people.
Xkisahlh dlm klompok rmai atau x. Mslh saya ni mnganggu saya punya performance dlm social skills, education dan self-esteem.
Jdi, saya nk tnya doktor,
Adakah mslh saya ni berkait dgn anxiety atau x?
Dn perlu ke saya rujuk klinik utk rawatan atau apa2?
Salam,
ada 2 indikator menunjukkan ia anxiety. 1. DASS, yg sememangnya satu skalar yang tepat 2. Simptom anxiety anda ada. ia lebih kepada Social Phobia
Sama ada perlu dirujuk; boleh baca post saya berkenaan “Bila perlu rawatan Pakar Psikiatri”
secara ringkas bila simptom mula menggangu hidup.
Asslamulaikum, saya rasa saya perlu berjumpa doktor tapi sy malu, saya dah bosan hidup dalam kerisauan, tak tahu apa yg saya risau kn, tangan sy bergetar bila berdepan dgn orang, saya suka menyendiri tapi kadang bosan, muda terasa dengan orang sampai sy tak bergaul dgn orang, suka tinggal kn masalah Dan x pandai selesaikn
Atasi malu, jika tidak , menderita
Dr, di mana saya boleh rujuk your post regarding “Bila perlu rawatan Pakar Psikiatri”?
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
salam dr, saya buat ujian dass, result keluar saya severe anxiety dan stress, saya selalu letih, bila bangun dari tido tak da semangat, saya cepat bertukar mood dan kadang rase give up dengan hidup, saya hilang minat dengan semua benda, bila saya kat tempat kerja, saya berdebar secara tetiba, berpeluh dan sakit perut.
Assalamualaikum dr, di Hospital Sultanah Nora Ismail batu pahat, johor ada tak perkhidmatan pakar psikiatri? dalam list tiada menyatakan tiada hospital tersebut, tapi tengok website hospital tersebut ada jabatan psikiatri. terima kasih atas responnya dr.
Salam,
Mungkin ada. Perkembangan baru ramai bakar dilahirkan dan disebarkan serata hospital baru
Assalamualaikum doktor.. saya mengambil ujian DASS dan baru saya tahu saya ada anxiety Yang teruk dan kemurungan yang sederhana.. sebelum ini saya pernah mendapat rawatan depression selama satu tahun di hospital kerajaan dan mengamalkan ubat penenang.. setelah lebih dari 10 tahun saya sudah berhenti rawatan.. tahun lepas saya mengalami depression yang agak teruk.. tetapi saya x nak makan ubat kerana saya fikir saya mampu mengatasi.. cuma saya pelik kenapa anxiety saya pula makin teruk… Kawan sekerja saya kata saya ada anxiety kerana saya gelabah bila dalam keadaan cemas.. dan minta saya buat ujian DASS ni.. jadi saya buat Dan anxiety saya teruk.. adakah ujian ini tepat Dr?
https://www.ramlimusa.com/dass-scale-really-measuring-depression-anxiety-stress-levels/
Y tepat
Assalamualaikum doc. Saya nak bertanya adakah saya perlu untuk mendapatkan rawatan. Bila berhadapan orang ramai saya masih boleh kawal diri tapi bila saya sendiri, saya akan bernafas laju, dan saya akan berfikir untuk end my live. Fikiran saya terlalu berserabut dan saya akan menangis tanpa sebab.
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
https://www.ramlimusa.com/bagaimana-menbeza-ganguan-emosi-biasa-vs-penyakit-seperti-sedih-biasa-vs-kemurungan-gemuruh-biasa-vs-penyakit-panik/
Assalamualaikum doc. Saya dah try 2x ujian ni. Tapi keputusan tetap menunjukkan saya anxiety tahap ringan dan kali ke 2 cuba, anxiety tahap sederhana. Perlukah saya berjumpa pakar untuk perkara ni. Sebab tak dapat rasa sintom2 anxiety tu ada dgn saya. Cuma kadang2 je saya rasa, berdebar2, panik dan resah.
Ada jawapan kepada soalan itu. boleh rajin belek2 post saya di website ini.
Assalamualaikum Dr,
Jika di Kuantan, klinik atau hosp mana kami perlu pergi untuk berjumpa dan dapatkan sesi consultation dari Dr sendiri. Terima kasih.
waalaikum salam,
https://www.ramlimusa.com/about/private-clinic-service/
Saya rasa hidup xberguna telahmelakukan kesalahan terbesar dlm hidup &ingin mati..Saya rasa malu untuk berjumpa org di sekeliling saya..
Assalamualaikum doctor.. Result keputusan sy severe enxiety.. I’v done blood test… All negative.. Doc ask and all my symptom positive for anxiety and panic attack.. Rite now i try to cool down sndir.. If betul2 x tahan ive to take ubat untuk tenang… Saya stay di kk rite now… Skrg i xtaw mcm mna nak kurangkan anxiety nie.. 😭
Salam,
Jumpa pakar psikiatri di KK,
34 : Depression
24 : Anxiety
30 : Stress
when I must do a lot of thing in one time and I think very hard. my brain sick and I start crying. this week is very busy. I get a offer to continues my study. and I have to do very quick and felt regret for accept the offer . but I forced to do it. I very disappointed with my life my decision . I just want to run and hide from everyone. It’s like a pain for me.
Dalam list tu tak ada klinik pakar di area Banting. Prof tahu di mana hospital yang berhampiran samada kerajaan atau swasta
Boleh ke Kelang jika Banting tiada
Assalamualaikum
Di Batu Pahat hospital atau klinik mana saya boleh pergi untuk dapatkan consultation
salam doktor,,
untuk kemurungan 14, perlu ke saya brjumpa doktor?
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Adik saya berkerja di angkatan tentera malaysia ,sejak dia kerja kat sane dia banyak berubah ,sebab dia tak minat dengan kerja tu disuruh olehorang tua kami proff . Bile dia lapor ke unit ,penyakit dia ni selalu sorang diri ,cepat marah kadang2 bile dia lepak sorang sorang tu dia cakap sorang sorang bende yang lepas ni dia akan buat ,lepastu kejap2 cepat lupe ,barang dia letak mane tibe2 marah orang tak tentu pasal.. dia ade cakap dia nak lari dari kem ,tapi kalau lari lagi teruk dia sebab tentera ni lain sikit .. dia selalu kene ragging kat sane dia tulis semua dekat twitter dia and private kan daei public saya baca curi2 .. dia pernah cerita dekat saye mase dia tertidur tbe2 tersedar sebab ade suara orang bisik sebelah telingga suruh dia lari dari kem dan pergi ke langkawi hidup mulakan hidup baru .. dia cerita kan pada kami sampaikan dia takut nak tidur .. dia cakap gak yang kadang2 dia duduk termenung tbe2 suara tu datamg tapi tak tahu daei mane .. dia sekarang dah lari dari kem cuma tinggalkan talifun binbit dia di rumah .. saya pun tak tahu dia pergi ke mana ,wallet dan talifun binbit dia tak bawak last dia keluar bawak beg je .. dia tu tentera proff saye kesian kam dia dia sorang yang tanggung semua tu .. banyak lagi masalh dia .. dia sakit ape tu proff ? Atau kene buatan orang ??
ATM ada pakar psikiatri tentera. boleh rujuk
Salam dr. Abg saya dah 3-4 bulan mcmtu,selalu rasa takut pada orang,dia selalu kata,org sekeliling mengata pasal dye,padahal itu semua tidak ada.dia seolah olah mendengar satu bisikan.dia selalu rasa gelisah.boleh saya dptkan mana mana nasihat dr klinik or hosp yg berkedekatan area kl?
Salam HKL
Salam dr. Area langkawi . Di mana sy boleh dapatkan nasihat pakar psikitiari?
Alor setar
Salam Prof
Boleh dpt emel address Prof?
Saya ingin merujuk sesuatu
Terima kasih
Salam Prof sejak start bulan jan 2019 abah saya menghadapi satu penyakit yang aneh usia abah 60 keatas . Dia jadi takut scra tiba2 bila nampak orang lalu menaiki moto atau kereta dia gtau kepada anak and mak saya cakap orang nak datang pukul dia . Sedangkan hanya orang lalu depan rmh sebab dpn rmh jalan kampung.Penah satu hari tu dia keluar pada rmh seorang diri tapi takut nak pulang ke rmh cakap orang kepung dia nak pukul sedangkan dia tak penah buat salah dengan orang. Badan abah saya semakin susut .Malah family dah berubat merata mcam2 dengar buatan orang ,saka,dan lain2. Adakah perlu bawa ke pakar ?
Salam
Ya, sangat2 perlu.
Berhenti dgn teori saka
Salam prof
Saya tinggal di kota tinggi. Klinik psikatrik hanya ada di hsa. Agak jauh. Saya mpunyai masalah cepat marah, dan selalu ingin menyendiri. Tertekab dengan masalah peribadi kerana sering di ungkit kesilapan lampau.perlu ke dpt kn rwtn? Krn sy dah tiada kyakinan diri. Malah benci dgn diri sndiri.
Salam,
Tidaklah jauh sangat Kota Tinggi dan HSA.
Namun boleh cuba di hos
Salam prof
Saya tinggal di kota tinggi. Klinik psikatrik hanya ada di hsa. Agak jauh. Saya mpunyai masalah cepat marah, dan selalu ingin menyendiri. Tertekan dengan masalah peribadi kerana sering di ungkit kesilapan lampau.perlu ke dpt kn rwtn? Krn sy dah tiada kyakinan diri. Malah benci dgn diri sndiri.
Salam,
Tidaklah jauh sangat Kota Tinggi dan HSA.
Namun boleh cuba di hosp KT
Salam Dr.
Anak lelaki saya berumur 10 tahun mempunyai masalah suka mengambil duit tanpa kebenaran. Boleh doktor cadangkan pakar psikaitri kanak-kanak di klinik/hospital swasta kawasan lembah klang yang saya boleh temui?
Salam,
Boleh
Ini kita panggil kleptomania
Assalamualaikum prof. Suami saya dh buat ujian DASS tu. Result nya sangat teruk. Tpi dia sometimes okay. Sometimes dia rendah diri dan rase kemurungan.. sakit kepale pon kerap. Sakit yang amat2 sakit katanya. Adakah ini akan berterusan prof atau boleh jdi lebih teruk?. Apa pendapat prof. Perluke suami saya mendapat rawatan?
assalamualaikum doc. saya ada seorang anak yg berumur 12 tahun tetapi dia ada mempunyai masalah untuk bertutur, mendengar dan percakapan. pd pdgn doc, rsanya di hospital/klinik saya bole rujuk ye??
Salam,
Mungkin Klang hospital
assalamualaikum doc. saya ada seorang anak yg berumur 12 tahun tetapi dia ada mempunyai masalah untuk bertutur, mendengar dan percakapan.saya pula tinggal di banting.,selangor.
pd pdgn doc, rsanya di hospital/klinik saya bole rujuk ye??
Salam,
Mungkin Klang hospital
Assalam doktor
Saya sering suka menyendiri,bercakap seorang diri.,berlawan perasaan sendiri..
Kemurungan saya 40..
Seandainya saya tidak dapat berjumpa doktor..bagaimanakah keadaan saya seterusnya
Salam,
Keadaan mungkin semakin teruk, tak boleh berkerja dan tidak enjoy kehidupan
Assalam.Prof,
Ibu mertua saya umur 82 tahun dan bulan 11 tahun lepas mengalami minor strok dimana terdapat darah beku di otaknya. Strok tu telah membuatkan dia lupa…dan asyik bercakap..tak henti2..kisah silam.. Perlukah dirujuk hospital psiakatri. Semasa di hospital serdang…tiada ubat yg diberikan..selama 2 minggu berada disitu untuk menenangkan..dan sehingga kini…kami lihat dia bercakap tak henti dan xboleh tidur..
Salam,
digalak berjumpa doktor yang merawat dan berbincang tentang keperluan ubat
Salam,
digalak berjumpa doktor yang merawat dan berbincang tentang keperluan ubat
Salam doktor, saya tinggal di gua musang kelantan, boleh ke saya prgi buat pemeriksaan kesihatan mental di klinik tempat tinggal saya, kalau boleh, bagaimana saya nk terangkan akan masalah yang saya hadapi dan apa yang perlu saya bawa, terima kasih
Salam,.. saya tak tau nak mula kan macam mana. saya… tak tau nak xplain. Murung,.. sedih.. nak bunuh diri. Terlalu banyak Dalam fikiran sampai tak pasti apa yang difikirkan sebenarnya. Gelisah, cemas, berdebar,… saya tak tau nak mulakan macam mana nak dapatkan rawatan. nak pegi klinik macam biasa Dan cakap apa.. susah nak ingat perkara,…hilang selera makan… Mood tak pernah baik,..hilang tumpuan,marah melampau,.. susah nak fikir baik2,.. mcm2… Dan bila saya terlalu sebak, dan sakit kepala teruk tiba2 sebab Rasa sedih atau marah,..seluruh tubuh melemah jantung bedegup cepat.saya berhenti mengerat pergelangan tangan selama 5tahun, saya Masih mampu mengawal…tapi sekarang saya mula lagi.. saya cuma mampu berdiam dan bersedih. Still saya cuba untuk Cari rawatan.
Salam,
Saya cadangkan tunjuk apa yg anda tulis di atas.
Ia cukup memadai bagi seorang doktor mengetahui anda mengalami kemurungan
Assalamualaikum dr, skrg sy nk buat rawatan d hospital selayang, mcmna caranya perlukah sy dptkn surat rujukn dri mna2 dr
Ya
Dr tadi sy ada buat ujian dass, keputusannya mmg sy ada sakit tu, mcmna cara nk merawatnya, boleh kah sy terus pergi ke pakar hospital selayang, skrg ni sy tinggal d rasa hulu slngr
Assalamualaikum doktor,saya nak tanya,saya pernah pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan psikiatri..boleh ke saya nak dapatkan surat pengesahan doktor mengatakan saya normal??dan adakah saya perlu dapatkan surat tersebut di mana2 klinik atau hospital kerajaan atau dapatkan di hospital yang saya buat rawatan tu?? Terima kasih..
Salam,
tengok keadaan sakit apa
Saya sebelum ni ada halusinasi..tapi sekarang sudah tiada lagi..saya ceritakan kepada isteri,dia menjadi takut..dan dia mahu saya sahkan dari doktor yang saya dah pulih sepenuhnya
Salam doktor, saya baru tahu saya punya skor DASS sangat tinggi. Adakah saya perlu rujuk terus ke hospital yg doktor nyatakan atau saya kena melalui klinik dahulu? Saya nak tahu lebih lanjut tentang proses sehingga jumpa doktor pakar. Terima kasih
Salam
Kedua2nya boleh
Assalamuaaikum Dr.
saya ada ksemua ciri..cuma bkn penurunan brt bdn..ada kala sya tiada prasaan n cuba mlupakan fikirn yg mdorong kpd kemurung berulang2 dgn mkn tp ada kalanya sy lngsung x mkn shingga btul2 pnt..utk mdptkn rawatan adakah sy plu trus ke kaunter hospital spt dlm snarai Dr.
Salam,
Ya sebaiknya
Macam mana nk jumpa doktor nak cakap apa dekat hospital untuk dptkn appoitment
boleh message no ini utk dapatkan tarikh temujanji. 017 950 0058
assalamualaikum dr. sy xtau nk ckp mcm mna . tp yg psti klau sy tgk video pasal kiamat ke seumpamanya sy akn jd sgt tkt , gelisah ,xblh tdr, tiada selera makan . adakah sy perlu berjumpa psikiatri ???
Waalaikum salam,
Sebaiknya ya. boleh jumpa pakar kesihatan keluarga jika rasa tidak serious
As Salam Dr.anak saya umur 22 thn.dia skrg thn akhir degree.kebelangkangan ini dia spt depressed sgt2.dia kerap menangis dan takut pd kematian .seolah2 nampak apa yg akan terjadi pd dirinya.dia akan solat dan berdoa berjam2 mohon keampunan pd Allah.ada kah perlu dibawa ke Dr Psik.apa nasihat tuan Dr.terima kasih
Salam,
jumpa pakar psikiatri. Untuk menyelamatkan pembelajarannya.
Kemurungan tidak dirawat boleh nmenyebabkan dia berhenti belajar. Rugi
Saya turut mengalami sebegini. Saya jadi sukar untuk tidur terkadang saya bangun kemudian tidur balik. Saya tahu kita sebenarnya tidak boleh takut kepada kematian. Doc DASS saya menunjukkan teruk dan sangat teruk. Saya dah lama nak berjumpa dengan pihak hospital untuk rawatan pengesahan tetapi ketakutan mula mengawal saya, inshaallah saya memang ada hajat nak sangat mengetahui prosedur dan langkah-langkah yang perlu diambil. Saya tahu makin lama saya menyepi dan bersendirian saya akan berterusan cakap saya okay tapi saya menangis. At the same time I was too exhausted and just need breathe. Saya takut dengan family, kawan-kawan dan orang luar. Saya sukar nak keluar daripada rumah. Saya cenderung duduk bersendirian. Saya boleh berjumpa dengan doktor ke untuk buat appointment?
Ya boleh, sangat perlu
Salam Dr, bila saya terasa sedih yang teramat sangt tangan kanan saya akn terasa seperti kebas dan tidak berfungsi dan baru-baru ini kedua2 tangan saya rasa begitu, bila kenangan derita pengkhianatan yg saya tanggung selama 14 thn dan perkara itu berulang-ulang terjadi sehingga hari.
Salam Dr, bila saya terasa sedih yang teramat sangt tangan kanan saya akn terasa seperti kebas dan tidak berfungsi dan baru-baru ini kedua2 tangan saya rasa begitu, bila kenangan derita pengkhianatan yg saya tanggung selama 14 thn dan perkara itu berulang-ulang terjadi sehingga hari ini.
Boleh tanya area Klang di mana saya boleh berjumpa dengan pakar? Saya sudah menderita anxiety disorder semenjak dua bulan lepas dan amat sukar untuk tidur pada waktu malam. Cuma lately saya berjumpa dengan doktor dan dia berikan saya ubat tidur tetapi saya rasa saya perlukan lebih dari itu.
Thanks doktor.
Hospital Klang ada pakar
salam doctor, mak saya berumur 63 thn, sejak thn lps mak sy hilang selera makan, berat susut hampir 40kg. saya duduk di kemaman terengganu.
mak sy bermula dgn hilang selera makan, kemudian jd pelupa smpi tak boleh nk uruskan diri sndiri, suka menyendiri , menangis sorang2… dan sekarang makin teruk keadan, suka menjerit2, gelisah sentiasa dan skrg x suka memakai baju.
mcm mane sy nk mulakn rawatn di hospital doktor. dan perlukah mak sy warded di hospital.
Harap doktor dapat membantu
Salam selalu Kes begini tak perlu warded. Namun banyak ujian makmal perlu dilakukan mengenalpasti punca
Assalamualaikum,
Anak lelaki saya masih nenuntut di universiti berumur 23 tahun. Dia mempunyai perangai pelik, suka tersenyum sendiri, amat cepat naik darah dan selalu tak boleh control kemarahannya. Doctor pernah nengatakan dia ada acute psychosis dan memberi ubat anti psychotic tapi tak mahu dimakannya sebab dianggap ubat itu racun dan racun itu haram dimakan. Kalau air minuman yang ada flouride pun tak diminum, sebab katanya itu racun dan haram diminum. Saya puas pujuk dia untuk rawatan tapi ditolak mentah mentah. Apa yang patut saya lakukan, minta Prof beri sedikit cadangan.
Salam perlu terus memujuk makan ubat pil.jika tinggal sekali ubat drop Atau monthly injection boleh membantu. Kena bincang dgn pakar merawat
Assalamualaikum doktor,
Sms sy berumur 12 – 17 thn ibu saya sakit terkena buatan orang. Ayah turun naik perubatan kg. Pernah keluarga hampir bercerai ttp ayah pertahankan. Dia ckp akan berusaha demi anak2. Sy msh teringat jelas ibu sy mengucup dahi sy dlm keadaan menangis semasa di atas buaian. Wktu tu sy ingat keluarga sy akn berakhir. Tetapi ayah tdk mengalah. Semasa remaja sy membesar seorang diri, dari pelajar pandai hingga merosot.Cikgu kaunseling sy percaya was betrayel teacher, tidak menyimpan rahsia.Saya melihat sendiri usaha ayah naik turun utk berubat ,dn melihat mak kerap menangis akibat buatan org ke3 (lelaki). Sy seolah menyalahkan ibu saya krna kerap memukul sy semasa kecil dan tdk berada disaat sy memerlukannya. Saya wujudkan fantasi dengan mewujudkan kakak angkat dlm minda agar sy bahagia.Semasa umur 14 tahun sy dipulaukan rakan, selalu tidur dlm kelas, tidak buat kerja sekolah. Saya bersekolah di sekolah terbaik dalam negeri.Mujur saya bijak dan masih mendapat keputusan baik.Saya tahu ibu berjuang utk penyakitnya dan syngkan sy. Akibat dari environment begini, hati saya cepat patah remuk hancur,kekecewaan yang melampau, mrh tak terkawal apabila sesuatu trigger hingga berumur 38 thn. Padahal sy seorang yg lembut dlm keadaan normal,berjaya dlm kerjaya, tiada masalah kewangan,punyai anak2 dn suami yang baik. Penyakit ini tiada siapa yang tahu kecuali suami. Walaupun sy dh let go. Sy bernasib baik, majikan2 yg sya kerja syngkan , tetapi sampai bila saya sembunyikan penyakit ini. Baru2 ni sy menjerit kepada org tidak sepatutnya yg lebih berpangkat tinggi disebbkan masalah kecil. Kini sikit pun sy tdk boleh menerima sebrng tekanan seolah semua kisah silam trigger. Saya risau tidak dpt dikawal, kini sy sakit dada, anxiety, ocd. lemah, semuanya tidak kena fikiran bercelaru, berprasangka, kadang2 pernah fikir malas nk hidup. Sy bersandarkan alquran utk tenangkan fikiran. Namun kadang2 penyakit ini tetap trigger eventho small case. Should i see psikatri?
Salam,
Ini kesan psikologi jangka masa panjang berkait dengan cara parental upbringing.
Ya jumpa pakar.
No komen berkenaan SAKA/BUATAN ORG.
Dlm medical hanya ada 1 buatan org. Pregnancy
hi , saya selalu rasa sedih di sebabkan tingkah laku family saya , dan saya selalu berpikir lebih baik saya mati , dan saya menyesal ada family mcm ni . saya sering putus asa , bila family saya berkumpul di rumah , saya akan masuk bilik dan xnak bercampur dengan dorng . saya sering marah , sedih , menangis , fikir bukan bukan , boleh saya tahu x apa masalah saya…
Entah ?
Assalamualaikum doktor , saya ada baca tanda2 depression dan kebanyakannya ada pada diri saya dan yg paling ketara adalah berat badan saya dari 46 dah tinggal 37kg last check up this year . Ramai jugak yg tegur badan makin susut dan muka makin cengkung . Perlukah saya merujuk mana2 pakar ? Terima kasih
Salam Ya
Assalamualaikum dr.. Saya pelajar ijazah di sebuah university di negeri sembilan… Sejak kebelakangan ni saya rasa terlalu sensitif terhadap org sekeliling.. Sebelum ini saya pernah buat ujian DASS nih di klinik kesihatan di kwasan Universiti semasa saya diploma.. Tetapi pada masa tu saya rasa mgkin saya tertekan atas urusan belajar.. Namun sekarang perasaan nih makin teruk.. Bila saya buat ujian nih keluar keputusan anxiety saya sangat teruk.. Apa perlu saya lakukan untuk seterusnya?
Salam jumpa counsellor dan seterusya mereka akan decide perlu pakar psikiatri atau tak
Salam doc..kalau dekat terengganu ada ke? Blh ke anxiety ni pulih doc..sy dh letih ..sy kena anxiety dari sekolah menengah..sy ada ijazah tapi sy selalu berhenti kerja sbb tak tahan …sy Cuba berinteraksi dgn org tapi sy punya social skill tak pernah nk improve..bila jadi perhatian org lagilah..saya akan gementar dan tak dpt control ..kalau ada presentation..consultation ..sy akan panik..mcm mana doc..blh ke pulih anxiety ni.
Salam,
Terengganu ada? ada apa?
Ya penyakit anxiety boleh sembuh dengan makan ubat berterusan sehingga dinasihatkan berhenti.
Disamping ubat, psychological input juga amat membantu
Assalamualaikum doktor, kalau mood seseorang tu boleh berubah ubah dalam sehari adakah ia berkaitan dengan kemurungan?
Waalaikum salam, tak semestinya
Salam Dr…sya ada masalah yang menyebabkan beberapa kali sya hampir bunuh diri and i don’t mind about it… Sudah setahunSaya tahu itu bermasalah… Boleh tak sya dpatkan prosedur untuk rujuk ke psikritari.. Terima kasih.. Sya xtahu nak ke mna..
Salam, Saya sudah buat post utk persoalan ini, rajin2 mencari
assalamualaikum doc. Boleh saya tahu kat mana boleh dapatkan khidmat rawatan psikiatri di terengganu ?
Salam. Tak di nyatakan di.mana tinggal
Assallamualaikum doc
Saya ada panic attack dan sedang makan ubat lexapro yg diberi oleh doctor..nak tanya adakah kesan sampingan makan lexapro tu adalah normal spt loya sedikit pening bdn rasa letih dan lemah.
Satu lagi nak tanya doc , kaki saya rsa dingin dan ngilu adakah juga disebabkn oleh panic attack yg saya hadapi skg ni doc ..
Tq
Waalaikum salam,
Ya, selalu semasa saya prescribe antidepressant saya akan memberitahu bahawa loya, sedikit berdebar adalah selalu berlaku untuk jangka masa awal atau permulaan rawatan. selepas itu ia akan hilang.
No2, ya, kemungkinan panik
Doctor saya baru makan ubat lexapro tiga hari say nk stop ubat tu macamana ye..adakah saya perlu jumpa balik doc yg prescribe saya ubat tu?..atau saya berhenti sendiri ..yg saya tahu ubat ni xboleh berhentu begitu saja..
Elok atas nasihat doktor
kota kinabalu sabah doc, d mana bole dptkan rawatan….baca artikel ni br tau n semua simptom tu ada pd saya
Salam Doktor,
Saya dulu benci diri sendiri, saya pernah la self harm tapi sekejap je. Saya ingat saya ni tak teruk sgt. Kot. Saya tak suka tgk diri saya. Lagi2 kalau dalam keadaan orang ramai, bila diorg pandang saya jadi resah gelisah. Pernah skali saya asyik fikir kenapa saya hodoh..bodoh..etc selama seminggu tanpa sebab… dia mcm ada kepala saya sendiri fikir.
Tapi sejak saya ada roommate, dia selalu tenangkan saya, tapi bila kitorg dah tak sama bilik, dia jadi balik. Saya ada masalah ape ni doktor? Boleh tak mintak letter untuk sebilik dengan kawan saya tu? Saya tak nak la jadi balik doktor.
thank you.
Salam,
Symptoms seperti anda ada social phobia
Assalamualaikum doktor, saya baru berumur 16 tahun saya selalu berasa stress dan gelisah kadang saya rasa mahu menjerit dan geram dengan diri saya. Semakin lama keputusan exam saya pun semakin merosot. Saya cuba nak mengadu dekat family saya tapi saya takut mereka tak mempercayai saya sudah dua tahun lagi saya dah menderita. Saya sekarang ni memang dah tak percaya dengan orang sekeliling saya memandangkan saya ada kenangan yang buruk pada masa lalu.
As salam,
Cuba mengadu dan sampaikan pd parents.
Sebab tak cuba lagi kita tak tahu.
Mereka org terbaik membantu.
Ada keperluan berjumpa pakar kerana mungkin trauma dgn pengalaman buruk lalu
Slam doc.. hospital kota Kinabalu Sabah ada x?..sy menetap d kota Kinabalu,.kalau d sbah hospital Sandakan Sabah sahaja..jauh
Salam,
Ada sangat
Assalammualaikum doc.. kawan saya dia mengalamai masalah kemurungan.. dia ada mencuba soalan dass test ni dan keputusannya 40.. kemurungan yg sangat teruk.. boleh saya tahu.. di putrajaya hospital mana yg blh dirujuk dan bagaimana prosudernya ya
Hospital Putrajaya lah, procedure sudah diceritakan
Assalam. Macam mana ye cara untuk jumpa pakar? Boleh call pihak hospital direct ke untuk temujanji?
Salam,
Surat rujukan perlu !!
Salam doc. Saya ada abang yg selalu delusi dan halusinasi.. dia selalu marah2 dan akan mengamuk… sebelum ni dah rujuk pakar and dah diberi ubat tapi doc tersebut menceritakan kedan sampingan ubat depan dia… dia dah berhenti makan ubat.. sekarang ni dah bertambah teruk… macamana nak bantu dia doc ..tolonglah kami..
Salam,
Sebaiknya berjumpa semula doktor yg merawat.
Kita ada ubat drop bagi pesakit yg enggan makan ubat dan service community psychiatry. Bincang dgn doktor merawat
salam dr ramli sy berumur 26 tahun baru nie sy di dignose dgn hypertension sejak pada tu sy rase hidup sy sgt2 tidak selasa sy kerap berfikir yg sy akan mati dalam masa terdekat dan sy penah cuba untuk bnh diri,,pernah sekali sy rase pning kepale yg amat sgt then berpeluh2 jantung mcm nk pecah pg hospital nothing ecg ok,bp ok semua normal, bacaan DASS sy
depression 22,anxienty 26,stress 24 perlu kah sy rujuk pakar???
Salam
Info terlalu ringkas utk apa2 keputusan
Rujuk post “bila perlu jumpa pakar”
assalamulaikum dktor. Saya ada ada tgok dalam website hospital sultan abdul halim nak pergi merujuk d klinik pakar, tapi disitu tulis saya memerlukan dptkan surat daripada Pegawai Perubatan Kerajaan atau Pengamal Persendirian terlebihdhulu. Bagaimana saya perlu dptkan?
https://www.ramlimusa.com/cara-mendapat-rawatan-pakar-psikiatri/
hi dr, sya anna, 24tahun menetap di n9.. bulan lepas sya menyewa dgn rakan sekerja sya dan skarang rakan sekerja sya bhenti & pindah.. majikan sya seorang yang mesra & agak rapat dgn staff sekeliling .. saya telah bkerja selama 4tahun .. layanan majikan terhadap sya pun telah kurang dan majikan lebih fokus kepada assistant sya ..majikan memberi alasan kerana dia ingin tugas2 yg selalu diberi kepada sya diajar kepada staff lain.. dalam beberape bulan ni sya asyik berfikiran negatif tanpa sya sedar benda ni jadi makin kerap ketika rakan serumah sya menyerahkan notis bhenti saya mula merasa sakit dibahagian belakang apabila sya terlalu bfikir.. rakan serumah sya bhenti mgkin disebabkan layanan sya ditempat kerja.. sya seorang supervisor
1 sya sering merasa kerja saya tak memuas kan dan bnyak kekurangan tetapi bila sya cuba perbaiki sya rasa benda tu sia2 kerana sya rasa majikan sya tdk akan menghargai
2 sya rasa staff lain memandang sya malas dan mengata sya walaupun sya rapat dgn semua staff dan takut sya tdk menghormati sya
3 saya sering merasa majikan sya tidak perlu kan saya dan sya akan diberhenti kan disebabkan perasaan itu sya kerap melihat jawatan kosong untuk mencari pkerjaan lain yang dekat dgn teman lelaki sya.. sya pernah membuat surat notis letak jawatan atas alasan masalah peribadi untuk melihat reaksi majikan sya
4sebelum tdr sya selalu bfikir untuk bertaubat dan menangis sbb fikir akan kematian .. rasa bersalah thdp org yg sya kenal ..saya sering rasa takut untuk tdr takut org pecah masuk rumah ,benda halus .. rakan serumah berdendam dgn saya atas urusan kerja dan sbg nya .. dan sekarang bila sya ingin mencari penyewa baru sya takut penyewa baru akan membunuh sya mencuri barang takut dapat penyewa yg ada rekod jenayah..
5 bila sya melihat org disekeliling rumah sya terutamanya lelaki sya semakin risau dan cemas walaupun menaiki lift sya tdk akan memasuki lift yg sama dgn lelaki perasaan sya nak cepat2 masuk rumah atau kereta tapi sya risau ada org lain menyorok di dalam kereta atau rumah sya .. sya suka membayangkan yg bukan2 dan merasa tdk ada sesiapa yg akan membantu sya..
6 teman lelaki sya telah dipindahkan kerja ke perlis pada awal tahun ini disebabkan family sya disarawak sya sgt rapat dgn teman lelaki sya spanjang 8tahun sya disni mula2 sya ok tp makin lama sya sering mengagap teman lelaki sya curang dan sya tdk diperlukan kerana dia jauh walaupun kami telah merancang untuk bkhawin thun depan (hbgan kami.5tahun).. sya selalu rasa ingin call teman lelaki sya secara mengejut untuk memastikan dia tdk bsama ppuan lain ..
adakah sya mengalami anxiety ? atau hanya stress di tempat kerja dan stress disebabkan sya tdk boleh terima berjauhan dgn teman lelaki sya dan takut keseorangan kerana sya banyak menghabiskan masa dirumah keluarga teman lelaki sya ketika dia berada dekat dgn sya.. apakah rawatan yg boleh sya ambil ? ada tak hospital kerajaan yg boleh sya pergi?
Salam,
Maaf jawapan pendek saya elok berjumpa psychologist atau psychiatrist.
Yg dinyatakan banyak perasaan dan masalah bukan simptom.
Diagnosis memerlukan simptom
Boleh kah Dr cadangkan Klinik/hospital swasta yg berada di KL, kerana untuk mendapatkan temujanji di hospital kerajaan agak susah dan lambat dan biasa nya memerlukan rujukan dari pegawai perubatan.
Dari segi etika perubatan dan peraturan, tidak dibenarkan bagi perkhidmatan swasta
Assalamualaikum, Doktor.
Saya berumur 20 tahun dan sedang menyambung pengajian di peringkat diploma. Perasaan risau yang teruk sampai menganggu tidur malam. Perasaan risau tu pada awalnya muncul hanya bila saya perlu berdepan dengan ramai orang dan membuat pembentangan- tangan saya menggeletar dan berpeluh, jantung saya berdegup laju. Tapi saya semakin risau dan takut akan apa yang bakal jadi pada masa hadapan, tanpa sebab yang pasti. Saya risau teramat sangat bila saya kena bercakap depan orang ramai, walaupun benda tu belum terjadi lagi. saya jadi takut nak bercakap dengan orang, saya jadi sangat takut bila ada ramai orang.
Saya ada rujuk counselor di universiti saya dan ujian dass saya- sangat teruk, sangat teruk, teruk tapi counselor saya cakap semua ni terjadi sebab saya terlalu overthinking. saya hanya alami indikator no. 2, apa yang saya perlu buat?
Terima kasih, doktor. Saya hargai jika doktor sanggup meluangkan masa menjawab soalan saya.
Boleh rujuk pakar psikiatri di hospital jika teruk dan counseling x sembuh
Hospital yang boleh dirujuk di Kuala Terengganu
asalamualaikum dokter
Saya mengalami kemurungan dalam diri saya dalam bnyak bnde… Dan bendanya terjadi bila saya kecewa dengan sesuatu dengan diri sendiri …ianya dah lama berlarutan… Everytime saya sering menyalahkan orang lain tapi saya bercakap sendirian yang mana saya pendam… Saya selalu bercakap sendiria… Saya mempersoalkan… Saya sering menyalahkan diri sendiri… Saya suka tempiaskan marah saya pada bnde… Saya sama sekali menjadi seorang vandalisma ketika marah… Saya x dpt kawal… Lepas itu saya menagis say menjerit….sampai sekarang saya x dpt berhenti salahkan diri sendiri…ya ditambah lagi dengan ptus cinta disebabkan saya yangpanas baran… saya yang dah sampai had… Saya cepat koyak… Saya nak berubah tapi x dpt… Saya dah try macam2 method sebelum ni tapi masih terjadi saya nagis saya hancurkan barang tumbuk dinding sampai saya rasa skit itu sangat puas….. Saya takut ianya berlarutan so decide nak berubah tapi saya xberubah2… Saya cuba tapi x berhasil dan saya murung…saya sayang kan orang disekeliling saya… Tapj saya takut orang yang saya sayang saya sakiti…
Waalaikum salam,
Seperti kemurungan
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Salam Doktor,
Macam mn nak dapatkan surat rujukan dari klinik sebelum nak refer ke hospital ?
is it any klinik boleh bagi surat rujukan ?
https://www.ramlimusa.com/cara-mendapat-rawatan-pakar-psikiatri/
Salam dokter, berdasarkan ujian DASS
Depression 40 ,Axiety 36, Stress 36. Mmg 2,3 bulan ini saya merasakan saya depress.
saya teringin betul nk merawat depression yg teruk ini akan tetapi saya takut jika nama saya ada record yg mengatakan saya gila atau apa2 penyakit mental. Saya takut dgn record itu susah utk mendapat kerja atau boleh memundaratkan saya pada masa hadapan.
Salam,
Dalam perubatan kini, kita ada medical confidentiality; kerahsiaan maklumat.
Tiada sesiapa boleh tahu kecuali atas persetujuan pesakit. Kecuali dalam kes tertentu.
Saya slalu mngalami sakit kepala yg kuat hanya sbelah kanan sahaja.Apa sbb nya doktor ya?
Tanda kemurungan pun boleh
Dr. I have bad past. Perkara tersebut bukan saya yang buat tetapi one of my family. Dah empat tahun perkara tu terjadi sampai sekarang menghantui saya. Dr saya akan menangis sampai saya rasa nakk tumbuk semua orang, saya rasa sedih sampai saya nak lemaskan diri saya dalam kolam, kepercayaan saya hancur sejak peristiwa tu. Saya dapat rasa saya waras lagii yang bunuh diri dosa jadi saya boleh kawal. Dan sekarang saya dapat rasa peristiwa akan berulang. Perasaan takut pon ada. Tapi saya masih bole tersenyum depan orang seperti biasa. Am i okayy atau it just feeling?
Not enough info.
boleh tengok indikator yg lain
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Assalamualaikum prof, sejak dr 2017 saya sering juga sukarvuntuk bernafas secara tiba2 walaupun saya tidak melakukan apa2 aktiviti .kadang2 pada waktu malam saya tidak dapatvtidur kerana degupan jantung yg terlalu kuat dan tangan menjadi sejuk. Pda waktu pagi pula apabila jantung saya terlalu kuat berdegup ,mnybbkan saya sering muntah . Bibir saya selalu kering .melalui ujian DASS yang saya lakukan,saya mempunyai anxiety yg agak teruk. Adakah saya perlu Ke hospital. Perkara ini terkadang menjejaskan harian saya juga kerana apa bila saya jantung saya berdegup laju,saya tidak mampu untuk berbuat apa2 seperti belajar dan sebagainya serta selera makan saya terus hilang.harap Prof dapat menjawab pertanyaan saya.terima kasih
Waalaikum salam,
Memang tanda jelas Panic disorder.
Elok jumpa pakar di klinik pakar
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
salam Dr
Saya yusri dari JB. ID OMMG69
Result DASS saya :
Depress 30
Anxieti 28
Stress 26
Apa perlu sy buat ya Dr?
https://www.ramlimusa.com/apakah-indikator-untuk-difikirkan-sama-ada-perlu-mendapatkan-rawatan-di-klinik-pakar-psikiatri/
Assalamualaikum doktor. Berat badan saya turun dari 57kg ke 49kg this months. Ini pertama kali saya buat DASS test. The result is very acute. Should i wait for a period of time and do the test again?
salam
https://www.ramlimusa.com/apakah-indikator-untuk-difikirkan-sama-ada-perlu-mendapatkan-rawatan-di-klinik-pakar-psikiatri/
Depression : 26
Anxiety: 18
Stress : 32
Salam . Ini result tunang saya . Nampak biasa je and happy je dgn saya . Tapi jawab soalan ni , ini result . Saya ada bagi soalan autisim , and result ckp dia ada sedikit possible autism tu . Boleh tolong ?
Salam Doktor, kebelakangan ini saya mudah marah sampai terfikir untuk bunuh diri, cederakan anak dan bapak saya. saya mudah rasa stress terutama bila ayah saya buat perangai. setiap kali saya stress saya akan menangis menjerit dah saya tak mampu untuk buat apa selama 1 atau 2 jam. tapi selepas saya menangis saya akan perlahan2 dapat tenangkan hati saya. adakah keadaan saya ini perlukan saya berjumpa dengan doktor pakar.
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
Assalamualaikum, Dr… Saya bru sja buat DASS test. Depression sya extremely severe.. Anxiety pn exteremely severe.. Stress just severe.. Sya xtahu yg level depression tu teruk.. Sya ingt sya just stress.. Tp badan sya selalu berangin dan sya kerap kan gastrik bila stress. Kemudian sya akan pening kepala.. Bgun pagi sya akn rsa lesu. Tp sya cuba motivate diri sya pagi2 utk pegi keja. Sya cpat tersntuh hati dan marah2. Sya selalu rsa diri sya ni tak berguna sbb tu smua org sisihkan sya.. Sya suka teringat dosa2 silam sya.. Sya rsa sya sgt jahat dan x berguna. Sya smpai terbwk emosi sya ke tmpt keja. Bru ni sya bergaduh dgn boss sya.. Dr, sya ni depress ke? Atau sya ni cuma terlalu emosi? Perlu ke sya dptkan rawatan?
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/
salam Dr sye nak jump Dr sye nk buat rawatan Dr
boleh msg no ini
https://www.ramlimusa.com/about/private-clinic-service/
hai doktor , saya umur 16tahun . saya rasa stress teruk sampai behenti skolah . kdg2 saya jadi stress sampai nk bunuh diri . saya stress pasal kawan , family , belajar dalam masa yg sama . saya selalu kurung diri dalam bilik tak suka keluar p mana2 . bila saya stress saya tkda selera utk mkn tkleh nk tido dan selalu bgun lewat . setiap hari saya tido pukul 2 3 mlm sebab fikir banyak . tkda sapa faham saya termasuk parents saya selalu tinggikan suara dgn saya pstu guna bhasa kasar ngn saya . saya pernah stress sgt smpai tinggikan suara , jerit , sakit kepala , nak bunuh diri . tapi saya tak buat . saya depression tak doktor ? 😔
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-ban…n-soalan-di-sini/
Assalamualaikum. Doktor , saya ialah pelajar sekolah menengah yang berumur 15 tahun . Saya merasakan yang Ada penyakit did semasa berumur 10 tahun . Tapi saya hanya menafikannya kerana saya Ada ramai kawan . Pada awalnya , saya rasa yang saya Ada 2 saja tapi semakin bertambah tahun , personality saya bertambah kepada 3 . Perlu ke saya berjumpa dengan doktor pakar psikiatri ? Saya selalu rasa sakit kepala Dan hampir setiap saya rasa mahu bunuh diri . Keluarga saya tidak tahu tentang penyakit saya ni . Perlukah saya membuat temujanji tanpa perlu melibatkan ibu bapa saya kerana yang tahu hanya kakak saya sahaja .saya tinggal berdekatan dengan hospital sultan Abdul halim .
Salam jika symptoms mengganggu hidup, elok jumpa.
Jika Kakak boleh bawa pun cukup. Yapi kalau ada ibubapa lebih baik.
Mengapa tak mahu libatkan ibubapa?
Assalamualaikum tuan\puan, saya student tahun akhir yg akan melakukan research utk tesis. Saya planing nak buat research saya di sebuah hospital temerloh. Saya nk tau. Ada tak prosuder yg saya perlu ikut utk buat research disitu terkait dgn masalah psikologi. Mohon respon dan pencerahan dari pihak tuan\puan.
Salam,
The best is to approach the head of the department by enclosing your research proposal.
Previous HOD was Dr Lazli. not sure now
Assalamualaikum doktor , boleh saya tanya pendapat doktor . Bayangkan kalau doktor dari darjah 4 dipaksa buat kerja rumah , disuruh kemas rumah oleh seorang kakak yang hanya tahu mengarah . Sekiranya ingkar , kena pukul . Tapi once je kena pukul iaitu masa darjah 5 . And perkara sama berulang dipaksa buat kerja rumah oleh seorang kakak yang hanya tahu mengarah . Si adik diharamkan tengok aksi cium dlm tv and diharamkan bercinta sampailah bercinta diam2 , tapi kantoi dan telefon dirampas . Tapi si akak dah besar so dia boleh bahagikan tugas tapi mulut dia masih jahat , dikatanya si adik bodoh, bongok, bahlol dll. Hadir pulak seorang lagi kakak yg suka mengarah , kakak yg dulunya kuat mengarah skrg jadi kawan tapi tk rapat sebab mulut yg jahat . Kakak kedua lagi teruk kerana 100% mengarah dan berlarutan hingga si adik tingkatan 4 dilayan . Kalau doktor , adakah doktor akan mengalami depresi ? atau lebih teruk ?
Maaf cara mengolah soalan begini tak kena. Dan tak sesuai.. mungkin kena buat self reflection. Muhasabah
Dr.. Saya nak tanya.. Bila kita rasa kita tak semangat nak buat kerja.. Tak semangat nak pergi kelas.. Sentiasa rasa takut bila masuk kelas.. Perasaan terganggu.. Jadi mudah resah.. Mudah terasa.. Priod tak stabil.. Rasa kosong je.. Rasa diri ni x de orang amik peduli.. Saya sendiri tak tahu apa masalah yang saya hadapi..Adakah saya perlu di rawat dr???
Ya, sangat ketara
Terima kasih dr… Kalau saya tak dirawat adakah saya akan bertambah teruk dr??
Dr. Ibu sy berumur 71 tahun dan tingkah laku yg sengaja menjatuhkan diri dan juga menghantukkan kepala dgn alasan untuk mendapatkan perhatian dan juga intuk mendaparkan rawatan di hospital. Sy telah pernah membaea ke hospital Melaka. Dan pihak hospital telah melakukan CT scan dan menurut pakar tiada sebarang keganjilan atau masalah ditemui. Sepanjang di hospital di memberintak sehingga pihak hospital memohon kebenaran saya itu mengikat ibu saya dikatil bagi mengelakkan dia mencederakan diri. Sy benar benar buntu dan perlukan pandangan yg betul dari aspek perubatan. Sy mohin Dr beri saya cadangan bagi menghadapi masalah ini. Sy pun akan boleh mengidap sakit jiwa jika perjara ini berterusan
Jika sudah ikat dan tidak dirujuk ke pakar psikiatri agak pelik..
Salam doctor perlu ke saya dapat kan surat rujukan dari clinic sebelum pergi hospital? Kalau saya pergi terus tak boleh ye doctor
boleh baca post saya tentang cara mendapatkan rawatan di hospital
Assalamualaikum doctor.. Saya ada beberapa kali melalukan ujian DASS.. Semua menunjukkan saya di tahap depression yang teruk.. Adakah saya memerlukan bantuan?
Waalaikum salaam, boleh lihat post saya dlm website Ini bila perlu mendapatkan rawatan..
Assalamualaikum Dr. Hospital Selangor ada tak bahagian sakit ni?
salam Selangor besar, Shah Alam???