Diari hari ini. Sudah sembuh dari penyakit anxiety.

by Prof Dr Ramli Musa under 1. Anxiety disorders, Panic disorder & rawatan berkaitan October 17 2019

Hari ini mungkin adalah perjumpaan TERAKHIR dengan pesakit saya yang saya lihat selama 2 tahun lalu. Alhamdulillah dengan kuasa Allah SWT Dia memberi kesembuhan disamping usaha iaitu kaunseling dan ubat (antidepressant; Brintellix).

 

Saya paparkan skor DASS yang dibuat secara manual pada temujanji terakhir hari ini.

 

Mengimbau kembali sewaktu pertama kali marawat En. Z 2 tahun lalu. Keadaan kemurungan dan anxiety sangat teruk. Tidak mampu duduk diam, gelisah dan tak mampu mengurus diri apa lagi keluarga.

Ahli keluarga juga amat terkesan dan risau dengan keadaan En Z.

Pada peringkat permulaan rawatan, agak mencabar. Memerlukan sesi perjumpaan agak kerap. Ubat antidepressant pertama tidak sesuai sehingga bertukar ke Brintellix.

 

Kini beliau telah bekerja di salah sebuah syarikat tempatan sebagai pegawai atasan.

 

Dalam fasa pengurangan ubat antidepressant telah dibuat secara perlahan (gradual) 20mg setiap hari —– 15mg setiap hari —- 10mg setiap hari —- 5mg setiap hari —- 5mg selang sehari — dan kini telah berhenti selama sebulan dan tiada simptom anxiety. Dikuatkan lagi dengan skor DASS yg sangat OK (normal).

Beliau tidak diberi tarikh temujanji seterusnya, KECUALI jika ada tanda anxiety berulang. Selalunya ia berulang jika ada sesuatu perkara stres besar yang menggangu emosi.

KSIMPULAN: Penyakit anxiety dan kemurungan BOLEH SEMBUH.

SAYA SERTAKAN JUGA LINK MEREKA YG SUDAH SEMBUH MELALUI RAWATAN ONLINE. (Klik link di bawah)

Maklumbalas Sesi Konsultasi Atas Talian sepanjang PKP & Mereka yang Telah Sembuh

PAUTAN POST BERKAITAN ANXIETY DAN KEMURUNGAN;

Bolehkah Kemurungan dan Anxiety keluar dengan tanda-tanda fizikal?
https://www.ramlimusa.com/apa-kaitan-tanda-tanda-fizikal-dan-penyakit-anxiety-dan-kemurungan/

Sedikit penerangan tentang anxiety;
https://www.ramlimusa.com/video-penerangan-tentang-rawatan-penyakit-anxiety/

Langkah dan panduan mendapatkan jawapan pada banyak persoalan;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/

Banyak soalan-soalan berkaitan anxiety sudah saya jawab di sini;
https://www.ramlimusa.com/54-2/

 

Prof Dr Ramli Musa

Pakar PsikiatriĀ  / Psychiatrist

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


 

12 Comments

  • Ara says:

    Sy berumur 29 tahun. Pesakit Degenerative Disc Disease (tengkuk C2&C6 MRI done). Sejak seminggu ni, sy sakit dada bahagian tengah, kanan sehingga belakang badan. Pening kepala dan mual. Hampir pitam. Bacaan darah hr ni 150/100, pulse 120. ECG xcantik. Boleh sy tahu, sakit dada lebih kepada depression ataupun jantung ya?
    Mcm mana sy nak tahu jawapan ni sudah dijawab? Sy ada tanya sebelum ni tp cari xjumpa dah.

    Result DASS
    34, 28, 32

  • Salim Mat disa says:

    As salam dr.. Sy salim berumur 52 thn dan baru2 ini sy ada membuat ujian darah.. Hasil ujian semua agak ok kecuali creatinine level sy berada pd 101/115..epi1..adik ipar sy suruh sy berjaga2.. Bermula dari bln 8 sehingga kini sy berasa amat bimbang dan berat bdn menurun sehingga 10 kilo dlm ms 2 bln.. Sejarah keluarga memang ada AD.. sy cuba utk move forward tp ia sering menghantui. Ditambah lg sy terkena gout sebanyak 2 kli…kdr uric acid dlm darah lbh kurang 0.48 shj.. Diebetic 5.2.. Cuma ldl agak moderate 3.4mml..sy semakin tertekan bila bdn tiada tenaga kerana kurang mengambil mknan yg berasaskan purine.. Tidor juga sering terjaga waktu mlm..sy ada berjumpa dgn dr di klinik kerajaan dan jika bp sy tak turun dr 136/90 sy perlu ambil ubat.. Next appmt sy 14/11@apa nasihat dr.. Tolong lah.. Tk n wasalam

  • Sab says:

    Salam doc,
    Saya bekerja di syarikat korporat.semenjak di tukar portfolio di tempat kerja sy mengalami masalah ats faktor sy tidak meminati skop kerja yg terbaru.tetapi atas dasar komitmen yg tinggi sy harungi jua tetapi dalam masa yg sama sy menjadi sgt defensive sehingga terbawa2 ke rumah.sy juga akan berfikir tentang sesuatu perkara sehingga menjejaskan masa bersama keluarga.sy mengalami kemurungan dan sentiasa berfikiran negatif terhadap semuaperkara.adakah perlu sy dapatkan rawatan?

  • Nor says:

    Salam doktor,
    Saya dah me laku ujian dass anxiety saya teruk. Stress dan kemurungan adalah normal.
    Saya mulakan cerita saya.. Pada tahun 2014 saya tengah mengandung 7bulan suami saya meninggal pada usia 27thn sbb serangan jantung (bulan 3) dan ayah saya juga meninggal pada thn yg sama serangan jantung juga(bulan 12).. Pada tahun yg sama juga ayah mentua saya juga meninggal disebabkan kanser paru-paru(bulan 1)…selepas ayah saya meninggal. Pada bln 12 saya terus jadi trauma apa yg terjadi pada dirinya sebelum meninggal.. Dan kalau ada simpton tu pada diri saya menyebab saya jadi sangat takut.. Pada tahun 2015 saya asyik terfikir tetang mati sahaja sehingga berdebar2.. Pada peng hujung tahun 2015 saya telah disahkan kanser. Selepas melakukan kimoterapi selama 2tahun saya kembali normal tanpa berfikir macam-macam tetapi pada tahun ini 2020 tiba-tiba perasaan takut, asyik pkir mati datang balik.. Saya x boleh dengar atau baca kisah mengenai kematian terus saya takut n jd panik.. Terutama yg melibat jantung. Bila jantung berdebar2 saya terus fikir yg kena jantung.. Tetapi dalam masa seminggu ke 2 minggu perasaan tu hilang.. Tapi jika terbaca atau dengar cerita dari orang lain yg berkaitan mati, jantung dan kanser saya jadi takut.. Antara simpton lain adalah saya jadi pedih ulu hati, gastrik, betis rasa berdenyut2, pening dan rasa seperti khayal dan berdebar2.. Tapi saya masih boleh bekerja dan mguruskan rumah tangga saya.. Apa yg patut saya buat?

    • Ramli Musa says:

      Saya masih kata; elok jumpa doktor, walau pun anda kata masih boleh bekerja. Ini kerana symptoms anxiety anda sudah mula menggangu hidup anda spt dinyatakan.
      Ubat SSRI antidepressant sangat selamat utk pregnancy

  • Abu Adib says:

    As-Salam doktor, selepas 9 bulan anak saya mengadu sakit kepala, barulah keluar gejala anxiety nya. Dia begitu takut dengan saya ayahnya hingga menggeletar tangan dan tubuh, bercakap pun tak berapa keluar suara, selubung kepalanya dengan selimut. Sudah hampir sebulan begini. Saya tak pernah memukul atau memarahinya. Dia hanya ok dengan adiknya. Bagaimana nak hilangkan ketakutannya itu. Mohon panduan doktor. Terima kasih.

  • Ramesh says:

    Anxiety boleh sembuh ke i dah start mkn ubat bila i ambil caffinne trigger balik adakah caffinne potong ubat dan berapa kembali normal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires