Pertanyaan Bagi Mereka Yang Telah Berjumpa Pakar Psikiatri dan Telah Memulakan Ubat

by Prof Dr Ramli Musa under 1. Anxiety disorders, Panic disorder & rawatan berkaitan September 4 2020


PESAKIT:

Salam doktor,pada 16/9/19 lalu saya mengalami dada berdebar2 dengan kuat dan pada malamnya saya tidak boleh tidur,sebelum ini saya mudah tidur tp ntah mengapa terjadi begini.Saya pernah masuk wad selama 4 hari tp doktor cakap jantung dan perut saya ok.Kemudian saya berjumpa pakar psikiatri dan saya diberikan ubat Santraline selama sebulan…apa masalah saya sebenarnya doktor. Ujian darah saya ok. Saya tiada kemurungan atau stress.

 

DOKTOR

Salam,

Bagi mereka yang telah berjumpa pakar psikiatri, saya agak reluctant menjawab. Sebab pakar itu sepatutnya lebih tahu. Antara tugas penting doktor merawat adalah memberi penerangan pada pesakitnya. Soalan tersebut eloklah tanya pd pakar itu. Peluang sudah ada di depan mata semasa berjumpa doktor atau pakar, maka gunakan sebaiknya. Penerangan anda ringkas, jadi tak boleh expect saya tahu detail. Doktor yg melihat anda tahu lebih mendalam dari saya. SATU LAGI POINT PENTING, anda tidak menyatakan keputsan ujian DASS yg boleh membantu saya.

PERTANYAAN MELALUI EMAIL TIDAK DIGALAKKAN KECUALI DALAM KEADAAN TERTENTU.. Dan untuk pengetahuan anda, kebanyakannya saya tidak akan jawab kecuali ingin mendapatkan temujanji.

Seperkara lagi, moohon beri sedikit info latarbelakang, umur, tempat tinggal, dan sedikit penerangan tentang simptom dialami dan lain-lain berkaitan yang difikirkan perlu. Menyedihkan kebanyakan yang bertanya beri info sangat ringkas tapi minta saya jelaskan sakit apa. Maaf saya bukan tukang tilik/bomoh yang boleh menilik seseorang dari jauh……

PAUTAN POST BERKAITAN ANXIETY DAN KEMURUNGAN;

Bolehkah Kemurungan dan Anxiety keluar dengan tanda-tanda fizikal?
https://www.ramlimusa.com/apa-kaitan-tanda-tanda-fizikal-dan-penyakit-anxiety-dan-kemurungan/

Sedikit penerangan tentang anxiety;
https://www.ramlimusa.com/video-penerangan-tentang-rawatan-penyakit-anxiety/

Anxiety boleh sembuh dan ubat diberhentikan
https://www.ramlimusa.com/diari-hari-ini-sudah-sembuh-dari-penyakit-anxiety/

Langkah dan panduan mendapatkan jawapan pada banyak persoalan;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/

Banyak soalan-soalan berkaitan anxiety sudah saya jawab di sini;
https://www.ramlimusa.com/54-2/

 

Prof Dr Ramli Musa

Pakar Psikiatri  / Psychiatrist

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


 

16 Comments

  • muaz says:

    assalam,doktor saya baru tahu yang saya ada anxiety ni tapi saya tak teruk sangat apa pandangan doktor tentang saya adakah saya perlu jumpa doktor atau tak.

    • Ramli Musa says:

      sala., boleh baca post saya tentang “bila perlu iumpa pakar psikiatri ” saya urai panjang lebar

    • sya says:

      salam doktor, saya as a student yang sebenarnya saya rasa gelisah ni dah dua minggu, selalu tertanya kenapa rasa mcmni, effect dia sampai saya takyakin apa segala benda yg saya buat saya jadi takut. saya susah sangat nak tidur sbb otak mcm berfikir sesuatu tapi taktahu apa dia. tapi saya masih menidakkan yg saya ada anxiety sampailah saya cuba jawab soalan anxiety saya sangat teruk dan kemurungan masih sederhana. saya sedar apa yg jadi tapi saya macam takboleh nak control nak lawan perasaan ni doktor. macam mana tu ya

      • Ramli Musa says:

        Salam,
        The very first step toward cure and recovery is to collapse the barrier within you. That is to overcome the denial.
        Selagi ada perasaan denial atau penafian, tiada siapa yg dapat membantu.
        Saya selalu berpegang pd prinsip “amat susah membantu seseorang yang tidak mahu dibantu”.
        Kadang2 saya ditanya “doktor macam mana mahu bantu dia, sedangkan dia sendiri tidak mahu dibantu”
        You fully aware about the anxiety
        wassalam

  • sya says:

    salam doktor, saya as a student yang sebenarnya saya rasa gelisah ni dah dua minggu, selalu tertanya kenapa rasa mcmni, effect dia sampai saya takyakin apa segala benda yg saya buat saya jadi takut. saya susah sangat nak tidur sbb otak mcm berfikir sesuatu tapi taktahu apa dia. tapi saya masih menidakkan yg saya ada anxiety sampailah saya cuba jawab soalan anxiety saya sangat teruk dan kemurungan masih sederhana. saya sedar apa yg jadi tapi saya macam takboleh nak control nak lawan perasaan ni doktor. macam mana tu ya

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      First step toward cure and recovery is to collapse the barrier within you. That is to overcome the emotion of denial.
      Selagi ada perasaan denial atau penafian, tiada siapa yg dapat membantu.
      Saya selalu berpegang pd prinsip “amat susah membantu seseorang yang tidak mahu dibantu”.
      Kadang2 saya ditanya “doktor macam mana mahu bantu dia, sedangkan dia sendiri tidak mahu dibantu”
      You fully aware about the anxiety
      wassalam

      • Siddiq says:

        Assalam dr. Saya student usia 21 tahun lelaki melayu. Saya kerap berasa gelisah cemas dan risau. Bila gelisah saya akan berasa seprti mahu berjalan sentiasa, berpeluh di dahi dan sejuk tapak kaki. Saya juga tidak boleh murung, kalau murung akan trigger cemas or gelisah tu. Bila gelisah selera makan hilang, tidur pon xboleh dan rsa mcm nak menangis je bila terkenang nasib badan. Dass test menunjukkan 8,24,20. Adakah saya boleh sembuh dengan ubat yg mampu membantu saya ketika saya cemas?

  • Ika says:

    Assalamualaikum, Dr.
    Saya wanita berumur 30 tahun. Single dan berkerjaya tetap. Tahun ni saya di diagnosed MDD oleh psikiatris di GH dan diberi ubat Sertraline (50mg). Asalnya saya cuba dapatkan rawatan insomnia tapi dirujuk kepada pakar. Saya ada insomnia sejak dari zaman study sampaikan saya terpaksa ambil ubat batuk untuk tidur. Saya ada masalah (project, financial, family) yang buat saya rasa down & depressed tapi masa tu saya tak dapatkan rawatan sebab belum aware mengenai mental illness ni. Semua simptom dah ada seperti sakit perut, kurang selera makan, menyendiri, menangis dalam tidur/ketika mandi dan cuba lemaskan diri dengan bantal. Tapi saya masih boleh paksa diri saya untuk act like normal. Semua simptom ni sembuh dengan sendiri bila saya dapat kerja tetap dan berhijrah jauh ke negeri lain. Tapi lepas 2 tahun, semua simptom ni datang semula dengan more intense. Saya pernah ambil pisau/gunting, trying & imagine to cut myself. Reckless driving, hoping to die in accident. Pergi rooftop, imagine untuk terjun. Saya rasa hidup ni pointless. Exhausting sebab buat setiap benda repeatedly. Rasa stuck in a dark long tunnel. Self-esteem saya juga sangat rendah. Saya tak tahu apa yang trigger semua ni. Saya in denial, still acting normal dan doktor pun tak boleh bantu saya sebab saya tak fully berterus terang. I was ashamed of myself. Sampailah jumpa that one doktor yang dapat detect something wrong & I burst out infront of him dan akhirnya di diagnosed MDD. But deep down, I have no reason to be depressed. Saya taklah kena abuse pun masa childhood. Dan masalah-masalah lain is normal, I think. My mom ada chronic disease dan saya selaku anak sulung perempuan banyak take over kerja rumah since I was 11th. Ayah saya pulak not so responsible, agak baran tapi tak pernah naik tangan. Jadi bila saya follow up seterusnya dengan doctor, saya masih hilang punca untuk cerita masalah sebab saya rasa saya tiada masalah. Dan doctor tu cakap mungkin clinical depression, tapi blood test normal. So doctor tu hesitate dengan diagnosis MDD tapi saya still continue Sertraline. Rasa better sekarang tapi saya masih keliru. Saya MDD atau tidak? Dari segi anxiety pula, saya selalu rasa everyone is judging me. Saya rasa stupid, boring, awkward & semua orang tak suka saya. Saya keep on replaying conversations and beat myself for it. Sometimes I cursed myself & sometimes saya gigit atau tampar peha saya if I think I make mistakes. Tapi saya tak di diagnosed anxiety officially by the doctors.

    • Ramli Musa says:

      waalaikum salam,
      1. depression boleh relapse.
      2. Untuk sembuh kena berterusterang
      3. ubat antidepressant memang berkesan, berhenti hanya setelah dinasihatkan doktor
      4. Mungkin ini endogenous depression
      5. Tak tahu nak jawab apa. apa soalan anda?

  • intan says:

    saya nak tanya , kalau saya rasa kemurungan saya macam makin teruk asyik mngis nk bersendirian nak bunuh diri boleh ke saya diletakkam di wad utk sementara wktu . sb saya rasa serabut duduk rumah ada je tak kena

  • fadi says:

    Assalamualaikum, dr. saya merupakan bekas pesakit covid sejak disember lalu. ketika di ward, saya disahkan anxiety disorder kerana saya kerap terjaga malam kerana sesak nafas. rasa tiba-tiba tak boleh bernafas ketika tidur, dan terus semput. saya memang ada penyakit asthma yang teruk, dan covid saya juga stage 4b. memang ketika di ward, ada banyak perkara yang berlaku dan saya rasa sangat stress. tapi itu saya rasakan ketika di ward covid sahaja. selepas keluar dari ward covid pun, saya masih tak sihat sepenuhnya, masih tak larat sangat dan saya diberhentikan kerja. saya on ubat alprazolam sampai sekarang. saya tak pasti saya ada perubahan emosi atau tidak, sebab bagi saya, saya rasa normal je. cuma memang tertekanlah dengan keadaan kesihatan yang tak pulih-pulih dan diberhentikan kerja. saya memang selalu sesak nafas, sehari sampai 4-5 kali semput, rasa dada sakit sangat, insomnia sejak keluar ward covid, boleh tidur bila pukul 4-5 pagi, itupun lepas baring lama, sentiasa rasa menggeletar dan berpeluh. jadi, saya lebih banyak tanda-tanda fizikal berbanding emosi. tapi, ada ketika saya rasa macam lifeless sebab selalu sangat semput dan tak boleh buat apa-apa kerja. ada ketika, saya tak boleh handle stress, rasa semak dan serabut bila ada banyak benda yang kena fikir. tapi tak adalah sampai rasa terlalu tertekan, stress, kecewa sangat-sangat,sentiasa menangis atau rasa nak bunuh diri. soalan saya, adakah anxiety saya sangat teruk walaupun perasaan saya tak sampai tahap tu? (sebab doktor kata, dia akan tukarkan ubat untuk saya kalau simptom tu berlarutan (sesak nafas, sakit dada). soalan kedua, mungkinkah perubahan emosi yang saya rasa berbeza dari orang lain yang ada anxiety? sebab sebelum ni saya seorang yang ceria, tapi sejak akhir-akhir ni, saya jadi seperti tiada perasaan, rasa tak kesah dengan semua benda, tiada rasa nak buat apa-apa, tiada perasaan nak marah, sedih atau apapun.

    skor saya:
    depresion: 28
    anxiety: 24
    stress: 12

    terima kasih, dr.

    • Ramli Musa says:

      salam,

      ada kemungkinan dan boleh berlaku anxiety yg ketara dan ditambah dengan hilang pekerjaan, membuatkan seseorang itu mendapat masalah kemurungan.
      Alprazolam bukan ubat penyembuh, untuk sembuh untuk keadaan yg significant begini adalah antidepressant

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires