Video Penerangan Tentang Rawatan Penyakit Anxiety

by Prof Dr Ramli Musa under 1. Anxiety disorders, Panic disorder & rawatan berkaitan February 11 2023

As salam Saya amat sukar untuk menampilkan diri melalui video dan lebih selesa menampilkan diri melalui penulisan. Atas cadangan 2 rakan saya,  saya tampilkan video ke2 saya.

KETAHUILAH BAHAYA PENYAKIT ANXIETY, KEMURUNGAN DAN STRESS BUKAN SAHAJA KELUAR DENGAN SIMPTOM EMOSI NAMUN IA BOLEH DATANG DENGAN TANDA-TANDA FIZIKAL. Antara tanda fizikal adalah; reflux, gastrik, perut meragam, sesak nafas, jantung laju, sakit kepala, tinnitus atau telinga bunyi berdesing, sakit atau lemah badan, kerap kencing dan lain-lain.

AMAT KERAP juga pesakit ini telah dirujuk dan diperiksa oleh pelbagai pakar bidang lain seperti pakar neurologi, pakar jantung, pakar telinga, hidung dan tekak, pakar perubatan, pakar urologi dan lain-lain. Namun pelbagai ubat diberikan tidak berkesan. SUKA SAYA MENYATAKAN BAHAWA; RAMAI PESAKIT ANXIETY SAYA TELAH BANYAK MEMBUANG MASA, TENAGA DAN WANG KERANA MEREKA MENYANGKAKAN MASALAH ANXIETY MEREKA ADALAH MASALAH FIZIKAL. Antara kos rawatan yang mereka lalui adalah; Endoscope, Gastric scope (OGDS), Scan otak (CT Brain or MRI), ubat-ubatan, pembedahan Hiatus Hernia (kos dalam RM25 ribu) dan lain2.

130 Comments

  • Tini says:

    Assalammualaikm Doc. Sy didiagnosed as MDD and anxiety. Di prescribe Brintellix 5mg. Is it safe for breastfeeding? Boleh sy ambil bersama Vitamin b complex dan Fish Oil? Tq doc.

    • Ramli Musa says:

      Yes, can. Ask your doctor for confirmation

      • Tini says:

        Tq prof. Anyway, is it normal utk symptom anxiety dan depression sy lg teruk bila ambil Brintellix? Berapa lama ye prof utk ubat ni nampakkan kesan? Ubat ni fairly new, dan saya xde other sources utk dapat penerangan yang baik. Saya tau saya akan mual dan pening bila ambil ubat ni, tp x expect symptom saya akn jd lg teruk.

        2. Doctor juga prescribe Xanax 0.25mg. sya bru makan sekali sebelum tido semalam. tp saya bangun tido lagi awal dari biasa (sebelum Xanax ni mmg akan terjaga awal dari yang saya set). Its make me even more groggy this morning. Lg teruk dari saya just ambil Brintellix sahaja. Tidak membantu anxiety saya. Perlu ke saya teruskan?

        • Ramli Musa says:

          Selalunya saya akan menerangkan pd pesakit saya Ubat antidepressant seperti Brintellix memerlukan sekurang2nya 10 hari untuk menanpakkan kesan. Untuk sementara menunggu antidepressant menunjukkan kesan, saya akan beri ubat Alprazolam untuk sementara semasa panic

          • Amer says:

            Sya tak Thu nk ckp apa..tpi bila bca Komen tuan2 sya sebak mngalir air mta..mgkin apa yg tuan2 tulis sma mcm sya Alami skrg..
            Sya tk dpt tdur mlm,perut meragam..Mata dh mngntuk,tpi still tk boleh tidur..bgi sya tidur bukn utk rehat,tpi untk lari dri mslah..
            Sya dh sbulan benti krja,sbb sllu ambk cuti sakit,prestasi krja merosot sya dh tkda pilihan..dh bertahun sya mcmni ..sya boleh smpai sini sbb dh penat sgt,hrni sya down sgt rsa nk tamatkan hidup tpi sya fikir dosa
            😢

        • Noorazilah says:

          Asalamualaikom doc.. result dass sy 34, 40, 40.. terkadang sy akan semangat utk pergi ke klinik utk ambil surat rujukan.. Tp, kadang2 sy berasa takut utk berbuat demikian.. Ada cara lain ke doc?.. Sy buntu dengan diri sendiri.. 🥲

          • Ramli Musa says:

            salam,

            cuba baca post ini, jika anda tergolong dalam kriteria dinyatakan, perlu jumpa doktor utk ubat dan rawatan.
            utk paksa diri dgn kaunseling sahaja sukar sembuh

            https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/

          • ezramarliaziah bin welfred says:

            Dr,adakah tanda seperti keguguran rambut,sakit dada,sakit kepala dan gastrik ..merupakan tanda untuk panic attack atau ANXIETY…sebab saya mengalami gelaja seperti itu dan saya tidak dapat tidur ketika waktu malam….dan saya pernah berjumpa doktor untuk check tekanan jantung saya sangat tidak stabil ..dan doktor tersebut mengatakan saya mengalami tekanan yang teruk.dan saya dah cuba test yg doktor sedia…kemurugan -34 ,panic attack -34 dan stress-34…

          • Ramli Musa says:

            Seperti saya ulas dalam post ini;

            https://www.ramlimusa.com/apa-kaitan-tanda-tanda-fizikal-dan-penyakit-anxiety-dan-kemurungan/

            Ya ia sebahagian dari tanda fizikal anxiety

          • Mohamad Isma iklil bin lokman says:

            Sy isma – WZ9ZY9 ujian depression anxiety stress scale 24,22,22. Sy alami masalah di mana Sy mudah until rasa tress dn mudah menyahkam diri sendiri atas segala mslh yg Sy alami, Sy sudah hampir 3 Kali untok ambil keputus berenti kerja di sbb kn masalah yg Sy alami. Skg Sy sukar untok tidur dn hilang tumpuan dlm kerja. Sy sukar untok bergaul dgn saudara mara serta rakan sekerja Sy, Sy rasa mudah terganggu kalau ada orng yg memandang Sy, mslh ni dh 3 tahun berlaku pada Sy dn sekarang makin teruk. Perlu lah Sy untuk menjauhkn diri dari orng ramai Sy Cuba untok bertahan dgn kerja yg Sy ada skg. Sy takut sekiranya Sy di sini menganggu kanak² skolah serta guru² di tempat Sy bekerja sekarang. Sy di sini bekerja sebagai security guard. Bertempat di negeri perak dn daerah kampar . Menurut doktor apa yg seharusnya Sy lakukan untok ubat sakit Sy, Sy sudah bagi tau pada keluarga Sy atas mslh yg Sy alami.

          • Ramli Musa says:

            selalunya pesakit saya yg mahu berhenti kerja, saya nasihatkan tangguhkan dulu keputusan itu kerana penyakit kemurungan dan anxiety boleh baik.
            Anda perlukan rawatan dan kaunseling utk menyelesaikan masalah dan penyakit

        • DEVANDRAN CHANDRASEGARAN says:

          H9 doctor saya ada depress dan anxiety

      • Nora says:

        Apa patut sy buat???

      • Mohd Shahnizam says:

        Assalammualaikum DR…saya baru je buat ujian dass tdi anxiety saya pada tahap teruk..yg lain normal..Ada tak nasihat atau cadangan yg DR boleh berikan kepada saya..sebab untk anxiety saya..saya merasa sukar untuk membonceng motosikal asyik tak fokus dan risau memanjang..Harap DR boleh tlg saya dlm hal ni..terima kasih DR.

      • Silma says:

        Assalamualaikum doc..saya sllu sangat kerap sakit klpa smpi kan benda yg Sya da buat saya akan ulang buat lagi..dan sllu sngt lpa smpi 1hri tu rumah hampir terbakar sbb makin hari makin pelupa..dan sllu sngt mrh benda yg x patut nak marah..tpi emosi sy sllu sngt x stabil..kalau saya bincang dgn psngn Sya..dia jenis orangnya x fhm dan akan mrh Sya..apa patut sy buat doc sy x nk mcm ni..😭

      • nurin says:

        assalamualaikum doc nama saya nurin dari negeri sembilan. saya sblm ni dh pernh jumpa doktor untuk nasihat ttg masalah anxiety. tapi setiap kali pergi saya mesti rasa jururawat kat sana macam perli” saya and sindir” knp smpai anxiety.. sedangkan orng lain pon ada masalah.. saya rasa org ckp mcm tu.. then saya stop jumpa doctor..tapi sblm tu sya jumpa doktor and doktor tau sya ada toreh tangn.. tapi sekarang sya tak faham knpa dgn saya. saya mudah terasa dengan orang.. orang cakal sikit je saya dah terasa sedngkan mereka hanya bergurau. adakala saya suka nak marah tak tentu masa. ada juga saya rasakn org x suka dgn saya ..saya susah nak mulakan pergaulan. saya tak tau nak ckp apa.. saya takut sya bila saya mula utk berbual mereka akan x suka dgn saya. then saya juga ada rasa mcm nak sakiti diri sndiri. saya x nak makan. sya suka pukul diri sndiri. saya suka ketuk kepala. suka garu tangn sya smpai luka. saya pon tak faham knpa dgn saya. sedangkan saya ada family yg syg saya ..mereka smbut birthday saya. kawan” saya pon sama. tapi kenapa saya ada perasaan iri hati dgn org lain dan saya rasa diri saya ni lemah. tak guna. sya x ada apa yang utk dibnggakn ibu bapa saya.. jdi boleh doc bgitau knpa dgn saya. saya ada masalah anxiety tu ke atau itu masalah sikap saya sndiri. sya tak tau mcm mana nak ubah. mereka selalu ckp sya blur. sya benci dgn diri sya sbb blur selalu dipandng rendah. macam mana ya doc?

        • Ramli Musa says:

          waalaikum salam,

          setuju. Jururawat tak sepatutnya mengecilkan pesakit.
          pd masa sama anda perlu tabah.
          jika tak happy cara rawatan, boleh minta dirujuk ke pakar psikiatri yg lebih professional.
          Anda perlu jika dipastikan tiada element Bordeline personality

    • Mohamad Helmi says:

      Saya mengalami keadaan menggeletar tangan dan badan.agak teruk di khalayak ramai atau orang ramai.saya rasa diperhati dan saya rasa malu bila orang tengok keadaan saya menggeletar macam tu.jantung saya berdebar kuat.contoh saya buat urusan di bank cash deposit saya masukan duit dalam cash deposit.belakang saya orang menunggu.bila masuk duit tu kurang menggeletar sbb saya menahan tetapi jantung rasa degup kencang.tiba² saya terus jadi panik.bila duit dimasukkan tidak diproses tendang.saya kena buka dompet cari duit yg lain utk dimasukan.masa tu keadaan saya dah tak boleh dikawal dah, badan dan tangan saya menggeletar teruk,nafas jadi semput saya jadi panik.dan satu lagi cerita saya bila saya di kaunter pegawai bank untuk urusan kad bank yg rosak.saya diberikan kan kertas utk diisi depan pegawai bank tu.saya rasa dia memandang saya.bila saya lihat dia.memang dia pandang saya.saya terus tak boleh mengawal pergerakan badan dan tangan saya.badan dan tangan terus menggeletar teruk.saya sampai tidak boleh tulis borang pegawai bank tu beri.badan dan jari saya menggeletar teruk,tulisan saya jadi tak elok.perasaan saya masa tu rasa malu sangat dekat pegawai bank itu.adakah ada ubat utk mengubati penyakit saya ni doktor? Minta penjelasan dari doktor.

      • shima says:

        saya pun jadi macam ni..kadang2 malu sangat..mesti down sgt lepas.kejadian..

        • Arfah says:

          Assalamualaikum Dr, sya dh buat ujia DASS sya

          Kemurungan/Depression: 26 (Teruk/Severe)
          Keresahan/Anxiety:
          22 (Sangat Teruk/Extremely Severe)
          Stress:
          28 (Teruk/Severe)

          sya dh xda brfikir utk bnuh diri or mmbyakan diri mcm bbrapa thun yg lpas.tpi sya akan rsa tgan menggeletar n jantung brdengup laju (kdang2 smpai sukar bnfas) in certain situations..contohnya bila rmai org tngh mnunggu dblkang sya, ada org yg xsetuju dgn ap yg sya buat, n bila brinteraksi dgn org..ya juga jerap bimbang xdpt buat yg trbaik dlm smua bnda yg sya akn lakukan..adakah itu dikira teruk dan perlu brjumpa pakar ?

  • Ameera says:

    Assalamualaikum doc,saya ameera dari kl. saya kerap risau tentang benda yang akan datang & bimbang tak dapat lakukan yg terbaik dalam semua benda yang saya lakukan… saya juga agak sukar tidur kebelakangan ni & benda yang saya selalu risaukan tu kadang-kadang sampai terbawa dalam tidur.. saya juga kerap sakit kepala yg berpanjangan. saya dah lakukan DASS & keputusannya ialah severe anxiety. apa yg perlu saya lakukan doc sebab saya kurang faham berkaitan keputusan tersebut

  • Jejai says:

    Assalamualaikum Doctor,
    Mcm mana sy nk dapatkan ubat yang terbaik utk penyakit anxiety ni.saya mula dapat anxiety ni disebabkan kes covid 19 ni..boleh tak doctor recomend kan?Sbb di selangor doctor bagi saya ubat Xanac shj itupun cuma 5biji sahaja..sy harap doctor dapat bantu saya..terima kasih doctor

    • Ramli Musa says:

      Boleh jumpa doktor pakar terdekat.
      Selangor x dinyatakan di mana

    • Ida says:

      Saya selepas covid cat 4, terus didiagnose gastritis masih makan ubat..doktor bagi pil apo-amytryptiline..sensitive gut..dan timbul bbrpa kerisauan ttg masalah kesihatan lain..buat ultrasound mmogram..tak selesa dekat breast,result normal..buat ecg,normal..tapi saya boleh rasa berdebar dan nafas singkat,doktor teruskan ubt gastrik dan apo amytrytline tu..saya mmg sllu hyperstress..smpai tak sabar nk tgu mlm utk rest tdo..tengok tv pun kdg fikiran kosong..ank2 kurang attention dr saya…menjaga ibubapa yg dh uzur..kerja2 rumah takde rasa nak buat..saya tenangkan hati dengan solat dan doa..tetapi ada masa ..risau tu dtg lagi..mganggu emosi dan aktiviti saya..saya suka memasak utk kluarga..tapi sejak kena covid,saya sllu rasa letih dan suka pegi makan ke luar..pegi jalan2..pernah sekali..saya tdo dan terbangun trus menangis..terasa mcm saya akan mati ..mengenangkan ank2..dan selalu sngat saya ke klinik atau hosp..risau mcm2..adakah ini anxiety yg terok

  • syarah syazwani arifin says:

    salam Dr. soalan sy adakah gerd dan anxiety mempunyai kaitan? my mom ada gerd. so when anxiety come, dia akan start pedih dada.

  • Naz says:

    Salam, sy umur 26 tahun dh br kahwin dan ada anak kecil.. Sy bkerja di dlm bidang kesihatan dimana persekitaran kerja yg tidak sihat, overload work, tekanan drpd pelbagai pihak shingga kan sy rasa takut dan tidak berkeinginan utk kerja.. Tmpt tinggal sy Sgt jauh dr tmpt kerja.. Dan membuatkn sy bukan shja letih emosi ttpi fizikal skali..sy sll rasa takut dan was2 yg tinggi dgn kerja sy.. Sy sudah byk mnemui kgagalan dlm khidupan..sy kekdg xfaham dgn diri sy sendiri kekdg rasa marah dgn diri sendiri dan rasa xberguna.. Sy dh Cuba yg tbaik tpi xda org faham sy.. score DASS murungan/Depression:
    32 (Sangat Teruk/Extremely Severe)
    Keresahan/Anxiety:
    28 (Sangat Teruk/Extremely Severe)
    Stress:
    42 (Sangat Teruk/Extremely Severe)
    Apa sbnrnya yg sy alami? Adakah sekadar perasaan?

    • Ramli Musa says:

      Jika symptoms mula menggangu hidup dan prestasi kerja tergangu ia bukan normal. Boleh baca post saya bila perlu jumpa doktor. Semua indicator penyakit sudah dojelaskan

      • Munirah says:

        Salam doctor. Adakah orang yang takut fly ni tergolong dikalangan anxiety. Saya kalau nak naik kapal terbang, beberapa hari sebelum nya tak boleh tidur. Tangan kerap menggeletar tanpa punca, sampaikan pegang pinggan pun tak kuat. Bila makan, sampai tergigit jari sendiri. Heart beat juga naik mendadak sekitar 130 hingga 150, saya tahu sebab pakai smart watch. Tapi hal2 lain jarang terjadi begini.

  • Wan amirul says:

    Assalam Doktor. Saya wan dari Subang Selangor. Kebelakangan ini saya merasakan seperti diserang oleh satu perasaan panik ataupun anxiety mungkin akibat terlalu lama berada dirumah. Iaitu perasaan asyik teringat pasal kematian, perasaan takut akn kematian, berdebar, kaki tiba-tiba sejuk. Semuanya bermula selepas saya ada terbaca satu artikel di media sosial, facebook berkenaan tanda-tanda kematian. Dan sejak dari itu, saya terus berasa cemas hampir setiap hari. Utk pengetahuan doktor, sblm ini saya bekerja. Dan pada bulan 11 2020, saya dinasihatkan berhenti oleh majikan. Dan sejak dari itu saya berada di rumah sambil menunggu tawaran pekerjaan yg baru. Dan utk pengetahuan doktor juga, saya pernah merasa sebegini lebih kurang dlm 4/5 tahun lepas. Apakah nasihat doktor diatas pengalaman saya ini. Terima kasih doktor

  • Ellina says:

    Salam doc .. idk what to say but lately this my lips selalu kering . Kepala sakit and rasa malas nak buat something . nak study pun rasa tak semangat . perlu ke saya jumpa doc dkat klinik? sbb lately ni jugak saya banyk cuba untuk cederakan diri btw my DASS result semua sangat teruk

  • Puteri says:

    Assalammualaikum doctor..sy dah di diagnosis oleh doctor psikatri ada depression dan anxiety pada pertengahan bulan 2 tahun lepas..ibu bapa saya tak faham keadaan sy..dan bila keadaan sy jadi semakin teruk, tk boleh tido, meracau2,menangis, takut dgn keadaan sekeliling, tk suke bersosial, byk mendiamkan diri..baru la dorg bawak sy berjumpa doctor pakar psikatri dan juga kaunseling..dalam masa yg sama, ayah juga bawa saya pergi berubat kampung..lepas beberapa bulan sy makan ubat dn jmpe pakar keadaan sy makin pulih..selepas 6-7 bulan ibu bapa saya kata saya sudah sht dan tidak perlu berjumpa doctor.. dan mereka kata mereka malu jika org sekeliling mengatakan saya ni gila..sebab tu saya tidak dibenarkan buat rawatan lagi..sekarang hampir 3 bulan sy tak makan ubat, sy rasa kan diri saya makin sakit..sye rase penat sangat, terlalu banyak yg saya fikir, sy juga mengalami kesukaran utk tido..sy dh mula tk suke tengok diri sendiri, tak suke tengok cermin, tk suke tangkap gambar, tak suke diperhatikan oleh org, bila org ramai saya dh mula jdi takut dan menggigil, jika org tegur sy, sy dh mula rasa takot..saya tkkan pandang muka org tu klau org tu bercakap dgn sy..sy dh tk suke berhias atau pakai lawa2..kalau dulu itu la sy minat, berhias cantik2, pergi gym..sekarang semua tu sy rsa susah sgt nak buat. Apa yg sy perlu lakukan??? Ibu bapa tk support sy..sy dilarang berjumpa doctor..sy perlukan ubat sy semula!! Saya buntu..majlis nikah sy juga nk dekat, tpi sy rasakan yg sy tk bersedia..tk bersedia nak jumpa semua org..saya rse tkot sgt2..harap doctor boleh membantu..Thanks in advance

    • Ramli Musa says:

      salam,

      terima kasih kerana berkongsi perjalanan kehidupan.
      Ini adalah satu dari beribu isu kurang percaya ubat hospital serta takut stigma masyarakat terhadap rawatan psikiatri.
      Saya akan berhubung dengan anda melalui email bagi mendapatkan persetujuan untuk menggunakan post anda ini sebagai pengajaran pd masyarakat.
      Jelas bahawa penyakit lama anda datang/relapse kembali. ini kerana ubat dihentikan tanpa nasihat doktor. Ia agak awal dihentikan dan dihentikan secara mendadak bukan secara gradual.
      Jalan mengatasi; bincang semula dgn keluarga, dan dapatkan semula ubat sebelum keadaan menjadi semakin teruk.

      • Daniel says:

        Salam Dr, sy kerap sangat rasa resah gelisah, cemas dan gugup yang tidak kena dengan tempat apabila berhadapan dengan orang sekeliling. Hal ini sy perasan selepas sy tamat latihan rekrut badan beruniform, sy akui sy terlalu stress duduk di dalam pusat latihan itu. Kadang2 sy bersendirian sy rasa perasaan yang sama, pikiran sy kucar-kacir, hilang fokus, sy hilang keyakinan diri, cenderung kpd perkara2 negatif dan hal ini seperti membunuh keperibadian sy dan menyukarkan sy menjalankan rutin harian sy. Apabila sy nekad untuk lawan penyakit ini untuk menjadi seorang yang lebih tenang hari demi hari ternyata sy akan gagal. Perasaan ni datang dengan tiba2 setiap hari, hampir 2 tahun sy menderita penyakit ni Doktor. Sy sudah membuat ujian DASS ternyata keputusan depress yang sangat teruk dan anxiety yang sangat teruk tetapi sy tidak mengalami sebarang gangguan fizikal seperti sesak nafas atau jantung berdegup laju, fizikal sy rasa normal. Apa patut sy buat Doktor? Adakah sy menghidapi penyakit anxiety disorder?

  • Niza says:

    Salam Prof,

    Saya A dari Kedah. Didiagnose dgn anxiety dan panic disorder. Sudah beberapa bulan mulakan ubat luvox dari 25 mg( bulan 12 2020 selama lbh kurang sebulan), 50mg, 75 mg, 100mg (bersama alprazolam 0.5mg) dan dinaikkan ke 150mg. Setelah beberapa hari maintain dgn 100mg bila doktor lihat saya masih bersimptom, beliau naikkan dos kpd 150mg. Selepas sy mulakan dgn 150mg pada hari pertama, sy dpt rasakan kesan yg agak kuat, sy terjaga dari tidur dgn debaran yg laju dan agak merisaukan. Setelah bangun pagi sy rasa okay sedikit namun menjelang tghr saya jd panic sehingga sy ambil xanax utk bertenang. Disebabkan hal itu, sy kembali dgn dos 100mg kerana risau efek itu berulang. Saya jugak kurang pasti apakah sebelum ini semasa dos dinaikkan perkara yang sama berlaku.
    Soalan saya, apakah memang side effects seperti itu akan berlaku setiap kali dos dinaikkan? Apakah ia sesuatu yang normal?

    • Ramli Musa says:

      Maaf semua yg sudah berjumpa doktor psikiatri mohon bertanya pd doktor itu. itu tugas anda dan dia. dan dia lebih arif apa berlaku

      • NORZILLA BINTI ADAM says:

        Assalammualaikum Dr
        Saya Puan Zilla dari JB. Saya baharu 2 bulan menjalani pembedahan batu hempedu. Selepas operate saya masih mengalami symtom asid reflux dan anxiety. Pernah satu ketika saya mengalami panik dgn sakit dada dan denyut jantung laju 119. Setelah menjalani ujian darah semuanya ok cuma ecg shj yg abnormal krn denyut yang x stabil. Saya hanya mkn xanac jika perlu sahaja. Kehidupan saya sentiasa rasa takut, takut panic berulang kembali. Saya bekerja dan saya amat kuatir ia menjejaskn reputasi saya. Bantu saya Dr. Saya dah menjalani ujian Dass yg dr beri. Anxiety saya teruk.

  • Alya says:

    Assalamualaikum dr, saya tak tahu kenapa menjak2 ni saya sangat down, almost setiap hari menangis. Dua hari lepas, saya hampir nak makan pil dengan jumlah yang banyak. Saya dah bukak pil dari plastic tapi alhamdulillah saya dapat mengawal perasaan saya. Saya pun mudah terasa if something is not going in my way. Saya pun tak boleh duduk sangat dekat kawasan ramai orang, kalau tak saya rasa sangat takut and berdebar debar. Dulu memang every month saya akan rasa sedih dan tak bersemangat tapi ia hanya dalam jangka masa yang sekejap. Saya menganggap mungkin emosi saya tak stabil sebab nak period. Tetapi sekarang makin menjadi-jadi perasaan ni and berpanjangan pulak. Saya takut lepas ni saya akan start buat perkara di luar jangkaan saya. Adakah ini disebabkan saya terlalu emotional or terlalu childish ke apa? Sebab saya banyak baca mostly orang yang ada mental problem because of trauma masa kecil dia. Tapi saya rasa saya takde apa2 trauma. Harap dr boleh balas message ini, sebab saya dah kebuntuan dan penat sangat.

  • Anis Yusrina says:

    Assalamualaikum Prof. Saya ingin bertanya tentang situasi yang kakak saya sedang hadapi skrg. Kakak saya berumur 28 tahun tapi perangai masih kebudakan tidak matang. Apabila memberi arahan dia tak faham dan bila nasihat dia tak dapat terima. Bila kita salahkan dia, dia susah nak mengaku dan suka berputar belit. Dia juga suka buat benda yang orang akan marah dan tak suka. Kakak saya juga boleh benci orang tanpa sebab dan orang yang suka marah dia. Bila dia dah benci orang tu dia akan berkurung dalam bilik taknak bertembung, bila orang yang dia benci bersuara dia akan mula rasa nak marah. dia pernah cuba banyak kali untuk lari dan rumah dan pergi ke rumah orang lain. Dan banyak lagi personaliti negatif yang boleh dia lakukan. Saya taktahu bagaimana cara untuk memulihkannya sehingga saya sering rasa stress. Adakah situasi begini boleh dirawat oleh hospital psikiatairi?

  • risya says:

    Salam Dr, sya seorang pelajar thun akhir brumur 26tahun.,saya ada mslah telinga bunyi brdesing, cepat mnangis, dada sakit sbb jantung brdegup laju, actlly bnda ni saya dh rasa sethun dua yg dulu lgi, tp x teruk, smpailah hujung thun lepas, i feel like, is not real me. Saya rasa malas nk buat krja, masa saya bnyk atas katil, saya bnyk brfikir yg saya pun xtahu ap yg saya fikirkan. tp bnda ni makin teruk trjadi last 3 week ago, saya mudah rasa letih even dh tidur lama saya still lagi mengntuk, kepala saya sakit, telinga saya bunyi brdesing, dada saya sakit, bila saya sorng2 i will cry., skrng saya rasa saya tahu ap punca saya jadi mcm ni..saya dah buat DASS test keputusannya Extremely severe untuk anxiety dan utk depress dan stress dlm keadaan moderate. Saya nk jmpa pakar, tp at same time saya tak nak fmily saya tahu. What should i do.? Adakah keadaan saya skrng memerlukan saya brjmpa pakar.?

    • Ramli Musa says:

      Ia sebenarnya masalah anxiety,
      ramai pesakit anxiety saya ada masalah tinnitus dan sudah buang duit dan masa berjumpa ENT specialist.
      Mereka sebenarnya perlu jumpa psychiatrist

  • Pika says:

    Salam Prof.. ive always overthinking perkara kecil sampai mengakibatkan masalah tidur.. and ive some personal problem with my fiancee and other problem.. he’s abuse me by mentally.. He keeps downgrade me, make me insecure with myself and he not willing to take the responbility for what he did to me and etc.. bcz of this, ive lost my weight, kurang selera makan, gangguan tidur and even do something stupid by hurting myself.. and now its become worse, ive lost interest in everything and in life.. sometimes ive even think to attempt a suicide.. ive taken the dass and the result is severe for all.. I do not know if i should go to hosp since im no longer have trust in people and worries about what people think.. but this matter killing me inside day by day

    • Ramli Musa says:

      Salam,

      I personally think you need to seek a professional help.
      A psychiatrist or a psychologist will assess you whether your condition would warrant for an antidepressant.
      Apart from medicine, we offer counseling or psychotherapy regarding your interpersonal issue with your fiancée.
      Please do DASS test

  • Anisah Binti Assih says:

    Assalam Prof, Saya A dr kota Kinabalu Sabah, umur 37thn, bujang.. sblm ni sya prnh buat DASS, kputusannya sgt teruk, dan sekarang sya dpt rasa sya lain sgt, sya xbrsmngt untuk bkrja, smpi trfikir utk brhenti, dan sya cpt sgt stress.. coming jun ni sya ada exam.. tpi sya tidak ada persiapan apa pun sya jadi malas, sya byk brfikir, sejujurnya sya sndiri xtau pa yg buat sya brfikir.. kdg² sya rasa brdebar, cemas, degupan jntung sya laju secara tiba²..and kdg sya trfikir lebih baik sya mati dr sya hidup macam ni.. sya rasa diri sya xguna.. smpi satu msa tu tiba² sya rsa nak menangis, menjerit.. tapi smua tu tidak terluah, smpi sya rsa dada sya sakit sgt… Ada kah sya trgolong dlm anxiety atau itu cuma emosi sya shja. Tq Prof
    Keputusan DASS :
    Kemurungan / Depression
    40 (Sangat Teruk)
    Anxiety
    28 (Sangat Teruk)
    Stress
    30 (Teruk)

  • syazana says:

    Assalamualaikum doc . sy dri kelantan , umur 19 thun . masih lg pelajar . sy rasa sy ad masalah anxiety yg teruk . sy pernah dibuli sejak sekolah rendah hingga sekolah menengah .peristiwa tu buat sy rasa hilang keyakinan diri skrg . sy takut untuk berjumpa dngn org . rasa cemas yang sngt teruk . lebih2 lagi bila berhadapan dengan orang ramai . saya akan berpeluh dan tangan menggeletar . Hari2 sy menangis mengenangkan nasib saya ni , rasa ingin bunuh diri . perlu ke saya jumpa psychiatrist doc?😓

  • mira says:

    assalammualaikum doc , saya mira dari johor . saya dari kecil sering terkait dengan masalah sexsual , sampai la sekarang waktu dulu juga saya sering dibuli dan benda tu membuatkan saya trauma sampai sekarang saya juga ada masalah keluarga dan perkara ni membuatkan saya rasa stress . kadang saya tak tidur seharian saya juga sukar untuk tidur pada waktu malam dan tetiba saya akan nangis tanpa sebab . tangan saya juga selalu menggigil dan kepala saya kerap pening . kadang kala saya rasa ingin mencederakan diri saya dan bila saya marah saya juga rasa ingin mencederakan orang lain . saya juga lebih suka duduk seorang diri . saya tidak semangat untuk belajar bahkan tahun ni saya spm saya ingin bercakap dengan family saya tapi saya tak yakin dan saya taktahu nak cakap macam mana . saya juga dah buat DASS dan keputusannya sangat teruk . apa saya patut buat doc ? adakah saya menghidap penyakit deppression ?

    • Ramli Musa says:

      Ya benar, namun untuk mengurangkan trauma emosi dan konflik keluarga, ia memerlukan beberapa sesi kunseling dan therapy.
      Tidak mudah menaip di sini utk penyelesaian

  • Rianaz says:

    Saya kerap marah Tanpa sebab walaupun benda itu hanyalah Hal yang remeh saya jugak kerap menanggis kerana asyik overthinking. Saya rasa tidak ada Hala tuju hidup Dan tidak berguna. Saya kerap rasa sunyi. Test yang saya ambil mengatakan saya mempunyai depression yang teruk..Dan tidak mempunyai anxiety. Adakah saya perlu berjumpa doctor ? Kalau ada depression memang akan ada anxiety sekali ke? Or saya cuma mempunyai emosi yang berlebihan. Saya memang Jenis baran …. Walaupun benda tu remeh… Lalu menanggis keseorangan kerana marah Tampa sebab…

    • melessa says:

      assalammualaikom doktor,nama saya lisa.saya berasal dr kuching sarawak.keputusan dass sy kemurungan:normal,anxiety:severe,stress: moderate.bagi saya masalah saya tak seteruk org lain yg mungkin ada lebih teruk drpd saya,sbb saya kadang2 dpt penyakit tu,kadang2 saya boleh kawal diri kadang2 tidak.saya tidak pernah jumpa doktor psikatari atau ambil ubat anti keresahan.saya pernah luah dkt suami dan rakan tapi mereka tidak faham dan tidak tahu secara detail tentang apa yg saya alami.masalah saya begini doktor.apabila saya mula rasa resah saya akan cuba tenang kan diri saya dan cakap dkt diri sendiri semua nya ok tak ada apa2 tapi ada masa nya saya gagal tenang kan diri saya dan hanyut dalam keresahan saya sampai 1 tahap saya dapat rasa jantung saya mcm berhenti,sesak nafas,sejuk tubuh badan,tangan menggeletar rasa takut yg luar biasa seolah2 sampai saya fikir yang saya akan mati,bila sudah sampai ketahap itu saya rasa betul2 sudah tidak tentu arah,saya beperang dgn diri saya agak lama lebih dr 30 minit.dulu saya selalu kena bila time malam nak tidur.bila saya kena tu memang saya tak kan dapat tidur sampai pagi.sekarang waktu siang hari pun saya pernah kena,tapi x seteruk kalau saya kena waktu malam.apatah lagi sekarang time pkp.saya selalu fikir sampai bila saya boleh kawal diri saya doktor.apa yang patut saya lakukan doktor?

  • Ain shafiqa says:

    Assalammualaikum dc. Sy shafiqa dri kl . Sy mengalami masalah sukar tido malam . Overthingking sampai tangan mengigil . Amat mudah menangis . Bila time ada masalah sy akan murung sehingga berat bdn saya semakin lost . Sy juga bila ada masalah sy tk dpt nk menahan utk cool down sehingga sering berkelakuan tanpa berfikir . Saya juga sering lupa walaupun baru beberapa saat saya melihat atau membaca . Saya juga sering berckp seorang diri . Sy juga tidak boleh fokus . Sy pernah tk dpt nk kawal perasaan sy dan sy memandu mcm org gila dan kedua tgn sy mengigil dan jantung sy amat laju . Ape perlu sy buat dan siapa perlu sy refer ? Terima kasih dc ramli

  • doc .2 minggu ni saya rasa tiada selera makan . Saya kerap rasa kenyang bila saya stres. Buat aktiviti macam mana pun tetap rasa tidak rasa happy. apa bila saya stres gastrik saya akan dtg .now sya prlu jmpa doktor atau ada ubat2 yang perlu saya makan doc. Hrp doc balas as soon as possible.

  • NURDINA ILYANI says:

    Assalam doctor,saya selalu Cepat rase org sekeliling membenci sy atau pon overthinking dan risau tentang bnyk perkara.saya juga selalu merasa tidak lalu makan dan selalu hilang selera makan.Kekaadang hati syaa akan berdegup lebih laju drpd biase walaupun saya tidak melakukan apa aktiviti . Saya juga selalu merasa sedih dan risau pada setiap malam saya tidak mahu mengdiagnos jika saya ada anxiety atau kemurungan saya harap doc boleh bantu memberi nasihat kepada saya

  • Azry says:

    Assalamualaikum Dr..sejak 2 bulan yang lepas Saya start sakit dada sesak nafas..Saya dah pergi mcm mcm klinik Dan test darah semua dalam normal..kecuali Saya sakit selepas kencing hingga skrng Dan 2 bulan(tapi Dr sahkan kencing okay tiada Batu)..now Saya Cuba kawal sesak nafas.. alhamdulilah die okay kembali..tapi akan datg karang jarang

    Kemurungan/Depression:
    8 (Normal)

    Keresahan/Anxiety:
    16 (Teruk/Severe)

    Stress:
    20 (Sederhana/Moderate)

    Ini nilai DASS Saya..adalah sy anxiety Dr..?

    • Ramli Musa says:

      salam,
      ya anxiety yg sederhana.
      Jika keadaan semakin teruk, dan mula menggangu hidup kemudian, boleh jumpa pakar utk rawatan.
      Anxiety sangat mudah dirawat

  • Ana says:

    Salam Dr. Saya buat ujian Dass tapi saya tak pasti ia berkait atau tidak dengan diri saya.
    Setiap kali saya sakit dan perlu mendapatkan rawatan, contoh perlu ditahan di wad hospital dan perlu bermalam di hospital, saya akan rasa gelisah dan tidak senang duduk. Kecuali apabila seseorang bersembang dengan saya atau mengurut/picit kaki/tangan. Kaki dan tangan tak boleh duduk diam dan asyik nak bergerak-gerak tak boleh tenang. Rasa rimas teramat sedangkan tiada apa pun yang berlaku.
    Saya juga kerap terjaga malam dan tak dapat tidur. Gelisah datang tiba-tiba dan kaki tangan mula bergerak-gerak seolah-olah tak selesa dan rimas teramat.
    Kadang-kadang saya sendiri rimas dengan diri yang ada masalah ini. Tak tahu macam mana nak tenangkan diri sendiri kalau duduk seorang diri.
    Kenapa macam tu doc? Anxiety ke tu? Macam mana nak atasi? Terima kasih

  • Natasha says:

    Salam dr.. Saya dah buat ujian dass tp saya tk pasti betul atau tak ..
    Jantung saya laju sangat2 dr sejak dri 2019 n sukar utk bernafas.. Smlm saya check nadi saya 154 saya taktahu knp.. Even gerak skit trus rasa nk pengsan.. Stiap pg tntu pning n loya klau berdiri lama jntung jd laju..
    Malam2 sya mmng susah nk tidur saya bnyk menangis before tidur ..
    Kdng saya byg saya nk bunuh diri
    Soalan saya berdasarkn cerite sya adakah itu pnyakit anxiety atau normal?

  • Umi says:

    Salam Dr. Selepas buat ujian DSS jawapan yang saya dapat adalah sangat teruk.. Saya tidak pasti perlukah saya pergi membuat rawatan di hospital kerana kadang2 saya rasa diri saya ok, kadang2 saya rasa diri saya tak ok. Bila saya rasa diri saya tak ok, saya sedar yang saya sering kali terfikir patutkah saya bunuh diri atau takda kaa kecelakaan yang akan berlaku dekat saya, sebab saya nak tahu apa riaksi kawan2, keluarga dan orang sekeliling klo sesuatu buruk berlaku pada saya. Saya juga dapati diri saya sukar untuk bertenang bila berlaku sesuatu kejadian buruk dan saya juga menjadi cepat marah. Namum kemarahan itu saya hanya pendam sendiri. Saya juga lebih mudah terasa hati walaupun dengan perkara2 kecil. Saya sering berangan dan bercakap sendiri membayangkan kisah hidup yang tak pernah wujud, saya cipta macam2 cerita dalam angan2 saya dalam satu hari saya boleh cipta 2 hingga 3 cerita tetapi berlandaskan emosi yg sama yg itu saya adalah orang paling beruntung, bahagia, dan berjaya. Boleh dr bantu saya? Saya sendiri pun keliru dengan diri sendiri😅

  • N says:

    Assalamualaikum dr. Saya berasal dari negeri sembilan dan berumur 22tahun. Hasil DSS anxiety(28)sangat teruk, depression normal. Pada tahun 2018 saya pernah membuat ujian sebegini dah hasilnya anxiety teruk dan depression yang sederhana. Sejujurnya, saya mempunyai masalah yang memberi kesan mendalam dalam hidup saya bermula 2016.

    Antara tanda tanda fizikal(yang dr nyatakan) sukar tidur, setiap kali tarik nafas dada akan terasa sakit, jantung laju, kerap kencing. Perkara ini berlaku sudah lebih dari setahun. Saya tidak mengambil serius kerana tanda tanda fizikal ini datang dan pergi. Selain itu, saya khuatir jikalau saya mempunyai masalah jantung kerana tanda tanda fizikal tersebut.
    Saya ingin bertanya pendapat perlukah saya berjumpa dr dan mengambil ubat? Adakah ianya serius?

  • fatin nur ain says:

    assalamualaikum saya fatin. saya buat anxiety test yang prof buat nih . saya dapat result yang sama untuk anxiety….depression dan stress ade perubahan setiap bulan :-
    Kemurungan/Depression:
    18 (Sederhana/Moderate)

    Keresahan/Anxiety:
    32 (Sangat Teruk/Extremely Severe)

    Stress:
    28 (Teruk/Severe)

    patut ke saya jumpa doc kalau dapat result macam nih

  • Syarifah Halimatun says:

    As’salamualaikum Dr boleh kah saya dptkan konsultasi atas talian?Ujian DASS sy kemurungan 24(teruk),Anxiety 24(sgt teruk) dan stress 24(sederhana).sb keadaan ini sudah mula menganggu fizikal dan kerja saya,bila sy ke hospital,Dr cakap sy tidak sakit

  • Faradiah says:

    Assalamualaikum doktor, sebelum ni sy pernah shaking teruk dan sy berjumpa doktor biasa dan sy diberikan propanolol utk redakan getaran. Utk makluman tuan, sy dah lama rasa rendah diri dari kecil dan sukar berjumpa dgn org, sy sukar nak lakukan perkara yg biasa org biasa lakukan spt bekerja, beli barang sy rasa sy diperhatikan dan di judge org sekeliling. Sy pon tak pernah ada pengalaman kerja yg baik sampai sy takut nak bekerja sudah hampir 2 tahun. Sy fobia dgn interview kerja dan apa sahaja yg berkaitan kerja. Bila terbaca pasal interview kerja sy mesti rasa berdebar dan sy jugak ada masalah sukar nak berfikiran positif sy selalu overthinking dan fikir perkara yg belum terjadi. Alhamdulillah sy akan bertunang 3hb 12 ni dan bakal tunang sentiasa memahami diri sy tapi sy selalu rasa yg sy tak berhak bahagia dan terfikir tentang masa depan. Sy tak tahu apa jadi dengan diri sy dan sy rasa sangat tidak berguna memandangkan sy anak sulong dan sy tidak mampu bantu keluarga kerana ketakutan sy terhadap pekerjaan dan perkara yg melibatkan org. Sy dah lakukan dass test dan keputusan sy severe depression and anxiety. Harap tuan boleh bantu sy apa yg sy perlu lakukan. Terima kasih

  • R says:

    Salam, saya pergi ke klinik kesihatan dan doktor cakap saya ada anxiety disorder dan hanya refer saya kepada kaunseling. Boleh ke doktor biasa diagnose pesakit tentang masalah kesihatan mental ini ya?

  • te says:

    salam doctor saya telah buat DASS dan result untk depression 38 , anxiety 28 and stress 32, saya student dan nak dekat sebulan saya tidak boleh tidur malam, saya jugak suka bersendiri dan akan menangis , dada saya akan rasa sesak untuk brnafas,tidak ada semangat untuk bljr, dan takut bila di tempt crowded dan takut melakukan sesuata perkara yang baru . apakah yang dapat doctor simpulkan ???

  • Che Ta says:

    Assalam Doc,
    Saya adalah bekas pesakit major depression dan anxiety sehingga tahun 2011 dimana saya dinasihatkan oleh pakar psikiatri untuk berhenti mengambil ubat apabila saya disahkan mengandung . Alhamdulillah selepas itu saya tidak lagi mengambil ubat atau mengalami masalah depresi yg keterlaluan. Saya juga telah bekerja dan sedikit sebanyak dpt mengelakkan saya dari terus murung dgn kesibukan kerja dan anak kecil.
    Cuma sejak akhir akhir ini saya mula merasakan anxiety saya agak kurang terkawal apabila wujud simptom simptom yg semakin teruk seperti
    1. Gastrik yg kerap
    2. Perut memulas ( setiap pagi saya akan buat air besar 2 kali, masa mandi dan selepas selesai bersiap. Ia x berlaku bila saya Off day.
    3. Ketakutan berlebihan bila kereta dipandu dgn agak laju atau kereta yang banyak . Saya selalunya akan memejamkan mata bila berada di sebelah pemandu sehingga sampai destinasi .
    4. Tiada keinginan untuk berada di luar rumah / berjalan kecuali untuk bekerja sahaja.
    5. Jantung yang kadang kadang bergerak laju
    Dan ada lagi beberapa simptom kecil yg lain
    Adakah ini menandakan saya tidak dapat mengawal anxiety saya dan perlu kan rawatan??
    Bacaan DASH saya ialah 22 utk anxiety.

  • Ira says:

    Salam doktor. Saya sejak kebelakangan ni ada rasa mcm perasaan sangat risau pd sesuatu perkara tu. Beberapa bulan lepas saya kemalangan kereta disimpang, org yg langgar saya, tap alhamdilillah saya tak ada apa2, cuma kereta sahaja teruk sedikit. Lepas dr accident saya tak bawa kereta hampir 3 minggu sbb kena covid lepas dr tu. Bila start drive semula tangan saya menggigil, rasa berdebar2, badan jari rasa mcm letih tak berdaya, nafas sedikit laju. Saya cuma ingat sbb fobia lepas accident. Hari demi hari saya paksa diri drive n control perasaan tu. Cuma kalau dekat simpang saya jadi takut n teragak2 utk melintas dan bila nk drive ke tempat yg agak jauh sedikit & kurang biasa dgn tempat tu saya jadi takut nk drive. Mcm2 yg saya fikir, tangan tiba2 menggigil bila terpaksa juga drive sendiri. Kdg2 jlan yg saya dah tahu, cuma jarang sgt drive sendiri saya buka juga maps utk direction. Keadaan ni saya ingat cuma fobia lepas accident, tapi bila difikirkan balik, dah lama mcm ni, saya ada rasa takut nk drive ke tempat yg jarang saya pergi dgn drive sendiri.

    Perkara lain, kalau ada benda yg agak merisaukan saya sedikit, kdg saya ignore. Tp tanpa sedar saya fikirkan juga, cuma buat2 tenang. Tp tiba-tiba saya jadi susah nk bernafas, tangan & kaki rasa lemah. Bila terjadi mcm ni, saya masa tu tak dapat nk detect punca saya jadi mcm tu, lepas dh ok saya just ignore. Tapi lama kelamaan saya mcm tersedar, kerap jadi mcm tu bila saya agak stress sedikit, atau ada benda yg saya dh rancang tak dapat diselesaikan sbb org2 tertentu, jadi delay. Rasa jadi risau sangat, kadang2 overthinking, “wht if this happen? what if yg ni cancel?..” ni yg saya fikir.

    Saya lagi beberapa bulan nk kahwin, tapi banyak urusan penting tak selesai lagi. Saya cakap dgn pasangan saya utk selesaikan yg paling penting dahulu iaitu permohonan kahwin. Tp sbb dia susah nk cuti, bila sya ckap dia rasa mcm saya marah dia. Tp saya cuma risau kebarangkalian yg jadi, tarikh & masa yg dimohon tak available atau sebagainya. Saya pun tak dapat nk proceed dgn proses booking lain sbb tarikh nikah tak dpat yg confirm lagi. Saya banyak sgt fikir. Dan mungkin nampak saya mcm kelam kabut atau mendesak. Salah ke cara saya? Adakah saya alami anxiety atau panic?

    Unjia DASS saya, 18 depression moderate, 18 anxiety severe, 22 stress moderate. Ujian ni saya buat 2 3 kali sbb mcm tak percaya. Tapi result tetap sama, anxiety serve.

    • Ramli Musa says:

      salam,

      jelas symptoms anxiety amat ketara dan sudah mula menggangu kehidupan sekarang dan masa depan.
      dibiarkan masalah ini tanpa rawatan akan menyebabkan kita terus gagal dan sengsara.
      So…. dapatkan rawatan sepatutnya..
      t kasih

  • HyeDr. Saye tak pasti apakah saye. Ini saye rase. Selalu hilang minat ape saye suke. Selalu down n tak semangat. Risau, sunyi,banyak berfikir. Tak suke ramai2. Saye juga selalu resah. Kemarin pertama kali secara tiba2. Saye rase risau. Macam risau,resah n berdebar. Tibe2 saje. Sebelum tu elok je main hp. Rase takde masalah. Baru bangkit 2minggu. Kejadian kemarin bermula dengan risau tak bersebab, resah. Jadi takut shaking. Cuba hiraukan. Tapi makin teruk. Tak boleh handle sehingga rase sesak nafas. Cuba duduk bawah paip air. Makan masa hampir@lebih sejam. Tetap juga tak ok. Dan harini jadi lagi rasa sama macam mula2 seperti kemarin. Rase penat macam takde tenaga. Tapi sedang rehat dan dah makan. Berdebar dan macam susah nafas. Itu shaja.

  • Alia shahira says:

    Assalamualaikum doktor, sekarang saya cepat stress dan sering buat keputusan terburu2 tanpa berpikir…kadang saya banyak masalah keluarga dan rakan sekerja…kalau stress dan marah saya sering pening dan pingsan…boleh tolong saya doc?

  • adel says:

    Assalamualaikum Dr,
    Result DASS saya 42-30-42. Saya terlampau risau akan masa depan saya. Saya paling takut dengan expectation org lain terhadap saya. Saya mudah anxiety bila ada isu atau masalah yg timbul di rumah atau tmpt kerja, sehingga kerap menangis dan sesak nafas.. it takes a really big effort utk saya teruskan hidup seperti biasa..Adalah penyakit ini runs in family kerana sibling saya juga ada MDD dan dalam rawatan.

  • David says:

    Salam sejahtera Dr,

    Saya sudah bekerja hampir 17 tahun dalam sektor kerajaan. Sejak dari kecil saya seorang yang agak pemalu dan di kelas dan hanya menjawab apabila ditanya guru. Sewaktu di universiti, dan setelah bekerja, saya jarang memberi pendapat dan menjadi ketua dalam memulakan sesuatu..

    Sewaktu mula bekerja saya rasa amat janggal dan agak tertekan. Seolah olah saya tidak tahu memulakan sesuatu projek. Dan semakin teruk, banyak kerja saya tertangguh dan tidak selesai.

    Saya amat tertekan dengan keadaan saya, dan rasa kurang bijak berbanding rakan lain. Sehingga saya takut jika diberi tugas yg besar..dan akhirnya dalam masa 4 tahun kebelakangan ni makin teruk dan pernah mengambil cuti tanpa gaji.

    Saya sendiri tidak faham dengan keadaan saya. Saya sudah cuba membaca dan menonton video motivasi..tapi tiada perubahan.

    Ini ujian DASS saya:

    Kemurungan/Depression
    32 (Sangat Teruk/Extremely Severe)

    Keresahan/Anxiety
    18 (Teruk/Severe)

    Stress
    30 (Teruk/Severe)

  • sally says:

    hi Doktor,

    result DASS saya 40-24-34. sejak kebelakangan ini saya rasa tidak bersemangat untuk melakukan aktiviti yang saya suka macam berjogging, hiking, berbasikal.

    Saya kerap berasa gelisah tentang kerja saya. saya WFH tapi selalu rasa tertekan dengan tugasan dan selalu mencari alasan untuk tidak datang bekerja walaupun online. pernah sekali, saya mengurungkan diri di dalam bilik selama seminggu dan tidak bercakap dengan sesiapa pun. dan saya selalu nak marah2 orang. sebab saya rasa terganggu dengan bunyi bising walaupun itu perkara kecil saja. dan selalu sakit kepala rasa nak hentak2 kepala.

    saya selalu berfikir nak resign kerja. saya selalu berfikir yang saya ni tidak berguna dan tidak mendatangkan manfaat.

    boleh tolong saya, doktor?

  • Muhammad Hafizzy says:

    Hai sekrang ni sy konfius sy ni ada penyakit anxiety atau gastrik ..sebb bila pergi doc ckp gastrik tp bila mkn ubat gastrik masih sama tetap berdebar ..asyik fikir arini last aku tkot nk tido sbb tkot esk tk bgn ..bolh bntu sy x ..sy tak tau nk cari jawapan ktmna..sy penat cari jawapan n cara nk merawat

  • Anisah says:

    Assalam doc sy slu mengalami sakit kepala, pedih ulu hati, dn sesak nafas. Beberapa minggu kebelakangan ni bila sy dengar kes2 berkaitan dengan kematian sy jd berdebar2 dn mula fikir pasal kematian pernah sekali tu sy tak dpt tidur sbb sy takut sgt bila ajal dtg menjemput sy. Adakah ini juga salah satu tanda anxiety ke doc?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires