Adakah ada kesan negatif pada rekod kerja anda apabila anda ada rekod rawatan psikiatri?

by Prof Dr Ramli Musa under 2. Rawatan Islam & Rawatan Hospital October 21 2020

TOPIK: Adakah ada kesan negatif pada rekod kerja anda apabila anda ada rekod rawatan psikiatri?

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca yang budiman.

Saya terdetik untuk menulis post seterusnya apabila kerap diajukan soalan ini. Harapan saya agar di akhir penulisan ini, masyarakat tidak lagi risau atau teragak-agak untuk mendapatkan pertolongan untuk diri anda serta ahli keluarga anda sendiri.
Assalamualaikum wbt Dr. Banyak kawan yang depressed extremely severe by test DASS tak nak jumpa doktor psikiatri sebab takut ada mental health record. Macam mana nak jawab ya?
Di sini saya lihat ada 2 isu yang menjadi halangan kepada niat mendapatkan rawatan atau pertolongan. Pertama adalah stigma (malu pada pandangan negatif masyarakat kerana mendapatkan rawatan psikiatri) dan ke-2 adalah isu kerja di mana akan tercalar kerana mempunyai rekod psikiatri.

Unutk menjawab soalan ini, perlu kita faham 2 perkara penting.
1. Tidak semua penyakit psikiatri itu teruk dan tidak boleh sembuh. Umum masyarakat kerap membuat kesimpulan mudah iaitu semua penyakit psikiatri adalah teruk, tak boleh sembuh, dan akhirnya tidak mampu bekerja. Perlu difahami, penyakit anxiety (panic DLL), kemurungan dan lain-lain tidak dikategorikan sebagai penyakit psikiatri yang serius. Ini kerana penyakit ini boleh sembuh tanpa memerlukan ubat dan boleh berfungsi seperti sediakala.

2. Isu Kerahsiaan Perubatan atau “Medical Confidentiality”. Isu Kerahsiaan Perubatan ini merangkumi semua disiplin seperti Pembedahan (surgery), Kanak-kanak (Pediatric) dan lain-lain. Tidak semestinya psikiatri. Ini bermakna tiada sesiapa boleh membocorkan maklumat perubatan tanpa mendapat kebenaran pesakit itu sendiri. Sehinggakan pasangan anda tidak berhak mendapatkan laporan perubatan tanpa kebenaran anda. Namun tiada istilah “absolute medical confidentiality” bagi melibatkan isu merbahayaka nyawa manusia lain.
Dengan penerangan ini diharap tiada lagi halangan bagi seseorang mendapatkan pertolongan psikiatri dan keluar dari penderitaan kehidupan.

Wassalam
Prof Dr Ramli Musa
Pakar Psikiatri & Pensyarah UIAM

12 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires