OBJEKTIF SEBENAR www.ramlimusa.com

by Prof Dr Ramli Musa under 1. Anxiety disorders, Panic disorder & rawatan berkaitan October 2 2019

As salam,

Objektif sebenar website ini adalah menilai dan mengesan masalah psikologi seperti kemurungan dan anxiety. Serta memberi panduan tentang bagaimana dan di mana mendapatkan rawatan pskiatri di Malaysia.

 

Ramai yang meminta atau mengharapkan rawatan dan penyelesaian kepada masalah kehidupan masing-masing melalui website ini.

 

Realitinya bukan semudah itu mendapatkan penyelesaian di sini hanya berbincang dan MENAIP panjang di alam maya tentang semua penyelesaian hidup.

REALITINYA ia memerlukan perbincangan panjang dgn bersemuka, kaunseling yg panjang, temubual yang panjang. Kebanyakan pesakit memerlukan sesi paling sedikit sehingga 4 kali atau lebih di klinik. Serta pelbagai teknik yang dikira sesuai dan membantu antaranya seperti;

  1. Psychotherapy
  2. Anger management
  3. problem solving
  4. family therapy
  5. Assertive therapy
  6. Cognitive behavioural therapy
  7. Time management
  8. DAN LAIN-LAIN

 

Ia bukan mudah diberi dengan menaip di alam maya. Kerana setiap individu mempunyai masalah dan personaliti berbeza.

 

MAKA AKAN BANYAK JAWAPAN SAYA “SILA JUMPA DOKTOR ATAU PAKAR

 

Nampak jawapan itu amat mudah sebab semua doktor boleh memberi jawapan berkenaan. Mungkin ramai bertanya mengapa banyak jawapan begitu? Ini kerana sebab yang dinyatakan di atas.

 

Persoalan ke-2 yang sering dinyatakan; Doktor perlukah saya jumpa doktor dgn masalah begini. Again bukan mudah membuat keputusan di sini tambahan bila info yg diberikan sangat ringkas. Telah dinyatakan beberapa indikator bila perlu berjumpa pakar dan dinyatakan bahawa anda adalah orang terbaik membuat keputusan itu bukan saya. Saya akan cuba mengelak memberi jawapan YA PERLU atau YA TIDAK PERLU.

 

Ini kerana ada banyak implikasi undang-undang dan etika.

Jika kata tak perlu then realiti perlu sehingga kes membunuh diri, maka siapa perlu dipertanggungjawabkan?

 

Jadi ditekankan sekali lagi objektif website ini

  1. memberi kesedaran tentang penyakit psikiatri terutama dlm aspek bahan bacaan dalam bahasa Melayu.
  2. Mengukur tahap stress, anxiety dan depression melalui DASS,
  3. Mengukur struktur kekeluargaan melalui skala AFCS.
  4. Memberi panduan bagaimana mendapatkan rawatan psikiatri.
  5. Memberi panduan bila perlukan rawatan pakar
  6. Memberi info tentang hospital yang ada perkhidmatan.
  7. PAUTAN POST BERKAITAN ANXIETY DAN KEMURUNGAN;

    Bolehkah Kemurungan dan Anxiety keluar dengan tanda-tanda fizikal?
    https://www.ramlimusa.com/apa-kaitan-tanda-tanda-fizikal-dan-penyakit-anxiety-dan-kemurungan/

    Sedikit penerangan tentang anxiety;
    https://www.ramlimusa.com/video-penerangan-tentang-rawatan-penyakit-anxiety/

    Anxiety boleh sembuh dan ubat diberhentikan
    https://www.ramlimusa.com/diari-hari-ini-sudah-sembuh-dari-penyakit-anxiety/

    Langkah dan panduan mendapatkan jawapan pada banyak persoalan;
    https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/

    Banyak soalan-soalan berkaitan anxiety sudah saya jawab di sini;
    https://www.ramlimusa.com/54-2/

Wassalam

 

Prof Dr Ramli Musa

Pakar PsikiatriĀ  / Psychiatrist

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


 

 

10 Comments

  • Salasiah Binti Abd Wahid says:

    Assalaam..
    Tuan doctor
    Tanjung Malim ..
    Di mana yg terdekat
    Dlm senarai tiada

  • Shah says:

    Dr saya dah masalah anxiety sejak kecil, social phobia pon ada.. panic attack juga.. sejak bebrapa tahun lepas saya ada buat rawatan sebab dah x tertanggung dengan penyakit ni.. Alhamdulillah sy makan ubat ikut nasihat doktor. Lepas berhenti ada repetition tapi mild sahaja.. dan saya ulang lagi mkn ubat.. ni kali ke 3 saya makan ubat dan doktor minta saya teruskan atleast lagi 3bulan.. Ujian DASS tu memang tepat utk sy sekarang ni… kemurungan tiada, anxiety teruk dan stress sederhana. Lepas dapatkan rawatan beberapa tahun lepas.. mylife become better.. mcm baru keluar dari gua… Saya x pernah rasa sebahagia ni sejak kecil… walau baru je mulakan ubat balik atas nasihat doktor tapi keadaan tetap lebih ba8ik daripada dahulu.. baru sy tau ini adalah penyakit. TQ doktor… umur 28 tahun baru saya rasaa real world… sebelum ni mcm hidup dlm gua…..now im 30… walau symptom berulang tapi becomes better times to times.. ALhamdulillah…

    • Shah says:

      Cuma soalan sy doktor, ni dah kali ke tiga saya repeat mkn ubat:
      ada harapan nak sembuh sepenuhnya tak? ni dah 3 kali repeat mkn ubat… kali pertama sngat teruk pastu baik… kali kedua sebab keluar rumah sedih dan doktor suruh mkn lagi… lepas tu baik.. kali ketiga ni perasaan xde masalah cuma anxiety attact je.. and doktor suruh mkn lagi atleast 3 month..

    • Ramli Musa says:

      Alhamdulilah, lagi bukti DASS memang tepat.
      Adalah dinasihatkan jangan berhenti ubat tanpa nasihat. jika 3 kali relapse selalu tempoh rawatan akan dipanjangkan lebih 6 months.

      • fiz says:

        Kemurungan/Depression:
        28 (Sangat Teruk/Extremely Severe)

        Keresahan/Anxiety:
        34 (Sangat Teruk/Extremely Severe)

        Stress:
        30 (Teruk/Severe)

        Salam Dr. saya dah alami perkara ni dari tahun 2016..cuma ada masanya terkawal tapi tak pasti macam mane boleh terkawal,.. saya kerap rasa seperti berjalan tidak stabil..rasa macam tak seimbang..terutama klu masuk mall atau pasaraya..rasa terhuyung hayang..ade perasaan diserang sakit jantung.. selalu malas atau takut keluar rumah sebab takut perkara tak diingini berlaku..baru ini sya pergi ke psikologi..dan temujanji pertama saya pada bulan 9 ni..sy nak tau..adakah anxiety ni memberi effect seperti jalan tak stabil..rasa terhuyung hayang,,,termasuk ketka duduk…terima kasih Dr.

        • Ramli Musa says:

          Ya kerap pesakit anxiety ada masalah dgn keseimbangan badan, dia akan rasa nak jatuh.
          elok jumpa pakar psikiatri terus kerana rawatan ubat sangat berkesan dan mudah.

  • fiz says:

    Kemurungan/Depression:
    28 (Sangat Teruk/Extremely Severe)

    Keresahan/Anxiety:
    34 (Sangat Teruk/Extremely Severe)

    Stress:
    30 (Teruk/Severe)

    Salam..Dr. Saya nak tanya..saya mengalami gangguan anxiety ni sejak dari tahun 2016. tapi adakalanya terkawal dan saya tak tahu bagaimana boleh kawal. saya rasa macam tidak seimbang dan tidak stabil bila berjalan dan duduk. rasa terhuyung hayang.. terutama masuk mall dan pasaraya.. tambahan kalau kawasan tu banyak cahaya lampu.. saya akan rasa tak seimbang..rasa berdebar dan rasa ingin cepat keluar dari kawasan tersebut,,saya juga ade perasaan takut keluar rumah,..sebab ketidakselesaan ketika berjalan..dan rasa takut sesuatu terjadi…rasa takut diserang sakit jantung dan takut mati…soalan saya..adakah anxiety boleh mengakibatkan gangguan fizikal di atas seperti jalan tidak stabil..dan sebagainya,,saya juga akan ade temujanji pertama dgn psikiatri di klinik pada bulan 9 ni..Mohon penjelasan Dr. Terima Kasih šŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires