Penyakit Psikiatri Kanak-kanak (Childhood Psychiatric Disorders)

by Prof Dr Ramli Musa under 6. Masalah Psikologi Kanak-kanak dan Pendekatan Keibubapaan January 19 2009

Topik ini adalah topik yang amat luas tetapi amat penting. Ianya amat luas kerana di dalam topik ini terdapat pelbagai jenis penyakit dan masalah berkaitan dengan kanak-kanak. Ianya amat penting kerana sekiranya tidak dikesan dan dirawat, awal akan mengakibatkan pelbagai implikasi sama ada untuk jangka masa singkat dan panjang seperti melibatkan terencat perkembangan minda, pembelajaran akademik, skil pergaulan, pembentukan insan serta kerjaya kanak-kanak itu di masa hadapan.

Walaupun isu ini amat penting namun di kalangan masyarakat Malaysia faktor stigma dan takut berjumpa pakar psikiatri masih menebal. Persepsi berjumpa pakar psikiatri akan dilebel sebagai pesakit mental adalah pandangan yang telah jauh ketinggalan dan harus dihapuskan. Walaupun amat sukar mengikisnya tetapi saya merasakan kita tiada jalan lain selain terus berusaha membetulkan keadaan dengan berterusan memberi penerangan kepada masyarakat.

Bermula dari isu seperti kemurungan, kerisauan (anxiety), Panic disorder, masalah rumahtangga, conduct disorder, membuli atau dibuli, ponteng sekolah, school refusal, masalah penbelajaran, dyslexia (sukar membaca), terlibat dengan dadah, bedwetting, rebellious child, autisma, hyperactive (ADHD) dan sebagainya adalah antara sebahagian masalah yang dilihat dan dirawat oleh pakar psikiatri. Penyakit serius seperti schizophrenia (tidak siuman) adalah sebahagian kecil kes-kes yang diberi perhatian oleh pakar psikiatri. Maka adalah tidak benar persepsi yang mengatakan sesiapa sahaja berjumpa pakar psikiatri adalah pesakit mental serius.

Penyakit-penyakit atau masalah-masalah berkaitan kanak-kanak bolehlah kita bahagikan kepada beberapa kumpulan.

1. Developmental disorders atau penyakit perkembangan kanak-kanak. Antara contoh penyakit dalam kumpulan ini adalah seperti Autisma, Attention Deficit and Hyperactice Disorder, Aspergas syndrome.

2. Emotional disorders seperti depression / kemurungan di kalangan kanak-kanak, Anxiety disorder, separation anxiety dan lain-lain.

3. Behavioral disorders seperti kanak-kanak yang terlalu nakal (conduct disorder). Risk taking bahaviors dll

Apabila kita bercakap tentang isu kanak-kanak, selalunya kita tidak dapat lari dari mendalami 2 isu penting iaitu 2 situasi yang amat berkait rapat kepada dunia kanak-kanak. Ia adalah situasi keluarga dan persekolahan. Hubungan di antara tingkah laku kanak-kanak dan 2 environments/situasi ini adalah hubungan reciprocal (2 arah) dan berkait rapat.

Contoh: jika situasi di sekolah tidak baik atau dilihat sebagai sebagai memberi ancaman kepada kanak-kanak itu seperti buli, ini menyebabkan kanak-kanak tersebut akan memperlihatkannya melalui tingkahlaku yang tidak sepatutnya. Begitu juga sebaliknya sekiranya dari segi emosi mereka terganggu, ia akan menjejaskan pencapaian akademik mereka.

Begitu juga untuk isu keluarga. Situasi tidak selesa di rumah seperti pertelingkahan atau penceraian ibubapa akan mengganggu emosi dan tingkah laku kanak-kanak. Sebaliknya sekiranya berlaku tingkahlaku tidak diingini kanak-kanak juga akan menyebabkan keluarga ini menjadi lebih stress dan tidak harmoni.

Penilaian psikologi oleh pakar psikiatri selain dari penilaian secara langsung (direct), adalah amat penting penilaian situasi keluarga dan sekolah dinilai secara mendalam. Bagi setiap penyakit-penyakit berkaitan kanak-kanak akan diterangkan secara mendalam pada setuan topic berikutnya.

Penyakit/masalah Emosi Di kalangan Kanak-kanak

Satu fakta yang harus kita sedar, bukan di kalangan dewasa sahaja menghadapi masalah kemurungan. Kanak-kanak juga sebenarnya boleh menghadapi masalah tekanan dan kemurungan (stress & depression). Walaubagaimana pun prevalen atau kekerapan masalah ini lebih kepada wanita dewasa. Mengikut kajian di Negara-negara lain prevalen kemurungan teruk dan sederhana adalah 2-4% di kalangan kanak-kanak, 10% di kalangan remaja dan 15-20 peratus di kalangan dewasa. Kajian di Malaysia peratusannya adalah 10.5% dikalangan pelajar sekolah rendah (Ramli M et al, Hong Kong Journal of Psychiatry) yang secara dalam boleh di rujuk di webpage ini:

https://www.easap.asia/index.php/find-issues/past-issue/item/370-v18n2-p55-61-oa
.
Antara kesimpulan kajian ini di antara lelaki dan perempuan, perempuan lebih berisiko mendapat kemurungan. Juga di kalangan mereka dari ibubapa pendapatan rendah, di kalangan keturunan cina, dan mereka yang terlibat dalam masalah disiplin seperti mencuri dan mengambil alcohol.

Kemurungan dalam kajian lain sememangnya berkait rapat di kalangan mereka dari sosio-ekonomi rendah. Di sebabkan tekanan hidup menyebabkan mereka lebih cenderung mendapatnya. Mengapa di kalangan keturunan cina lebih cenderung? Antara spekulasi mengapa kajian ini mendapat keputusan begini kerana masyarakat cina lebih terbuka menzahirkan tanda-tanda dan perasaan mereka berbanding masyarakat lain.

Apabila kita memperkatakan masaalah emosi kanak-kanak, kanak-kanak akan memperlihatkan masalah emosi mereka melalui beberapa perubahan tingkahlaku mereka yang berlainan dengan orang dewasa. Sekiranya seorang dewasa mengalami kemurungan, depression mereka akan menunjukkan tanda-tanda seperti rasa sedih, kurang selera makan, hilang berat badan, rasa hidup tidak berguna.

Walaubagaimana pun di kalangan kanak-kanak, mereka menunjukan tanda kemurungan atau symptom yang berbeza dari golongan dewasa. Mereka memperlihatkan tanda-tanda melalui salah satu cara berikut.

1) Externalizing behaviours seperti berkelakuan memberontak, (rebellious) seperti menunjukkan kemarahan (tamper tantrum) memecahkan barang, berkelakuan nakal, melawan peraturan dan arahan. Salah satu cara meluahkan rasa kesedihan dengan cara

2) Internalizing behaviours menjadi lebih senyap, menyendiri, menjauhkan diri dari keluarga dan masyarakat, serta terganggu prestasi pelajaran.

Maka adalah tidak benar semua kanak-kanak yang dilabelkan nakal atau memberontak seperti terlibat dalam masalah disiplin ini sebagai semuanya mempunyai masalah sikap (attitude problem). Kerana apabila kita memperkatakan ininya adalah masalah sikap, maka jawapan kepada permasalahan ini adalah hukuman physical seperti merotan mereka. Adalah penting ibubapa dan guru cuba mendekati perasaan mereka mengapa mereka berkelakuan begitu. Di sebalik tingkah laku mereka ada dikalangan mereka tidak bernasib baik seperti datang dari keluarga bermasalah, ibubapa bercerai, berlaku konflik keluarga, kurang tumpuan dan kasih saying dan perhatian ibubapa, bapa yang mengabaikan tanggung jawab, berlaku penderaan physical atau seksual dan sebagainya.

Apa yang harus dilakukan?

Penilaian perasaan boleh dilakukan oleh ibubapa atau guru yang mempunyai skil ini. Walaubagaimana pun tidak semua kes-kes boleh di tangani terutama kes-kes berat. Bantuan pihak ketiga seperti counselor, psychologist dan psychiatrist (pakar psikiatri) banyak membantu. Fikirkan kepentingan anak dan tolak ke tepi pandangan masyarakat apabila berlaku delema dan halangan untuk berjumpa pakar psikiatri. Ini adalah stigma masyarakat yang jauh ketinggalan.

Masyarakat Malaysia telah jauh berubah sekarang dan mereka telah sedar sekarang tentang pentingnya mendapatkan khidmat pakar psikiatri.
Fakta sedih yang saya hadapi sendiri adalah bukan pandangan serong masyarakat tetapi pandangan serong mereka yang dikatakan berada di dalam aliran perubatan itu sendiri terhadap pesakit-pesakit atau pengidap-pengidap ini. Menyedihkan….. Tidak dinafikan sebahagian besar terdapat ramai yang berfikiran positif (psychologically minded) yang meminta perkhidmatan ini datang ke unit mereka dan merujuk kes-kes untuk pandangan psikiatri.

Bagaimana penilaian dibuat ? Pakar psikiatri akan menilai melalui beberapa soalan kepada kanak-kanak dan ahli keluarga, pemerhatian tingkah laku dan lain-lain. Memberi kertas soal-jawab adalah membantu, menyenangkan dan lebih objektif. Ia lebih objektif kerana penting kita menilai samaada pesakit berubah semakin baik atau sebaliknya melalui skor kertas soal-jawab ini.

Rawatan ubat antidepressant bagi kes kanak-kanak dimulakan apabila rawatan kaunseling, play therapy, art therapy, supportive psychotherapy CBT dan lain-lain gagal dan bagi kes yang teruk seperti ada idea menamatkan riwayat. Walaubagaimana pun sebarang ubat hanya dimulakan selepas mendapat pandangan ibubapa. Memulakan ubat adalah “mutual decision” bukan “one-side decision”. Kami sedar tentang kerisauan ibubapa apabila anak mereka mangambil ubat.

138 Comments

  • rahila mahmud says:

    mmepunyai masalah anak dysleksia dimana tahap rendah diri yang keterlaluan dan tidak boleh menjawap soalan walaupun dia tahu ape yah ditanya.

  • su says:

    Doc, sy sangat stress dengan tingkah laku ank sy.. umur 5 thn, lelaki… dr kecil memang penangis.. sampai sekarang masih tantrum.. wlu di denda, dihukum, dirotan tp masih sama.. pendekatan pujuk juga masih sama.. skrg dia mcm tak bileh kontrol marah.. bila marah dia akan pukul sesiapa dlm keadaan yg sgt geram.. bila d stop, dia seolah2 tak berpuas hati dan cuba sedaya upaya utk memukul sehingga dia dpt memukul smula org tersebut… sy kadang2 menangis dengan tingkah lakunya.. perlu ke sy merujuk ank sy ke psikiatri kanak2… terima kasih doc.

    • Ramli Musa says:

      dua2 boleh, pakar psikologi atau pakar psikiatri kerana ubat tidak diperlukan di sini.
      Selalu kita akan buat “behavioural intervention” dan “star chart”.

      • Mama says:

        Doc, sy nak tanya.sy ada anak perempuan berumur 6tahun. Pada awal sekolah dia sangat happy pergi sekolah. Bila dah masuk 7bulan ke sekolah dia jadi lain. Sampai sekolah je menangis kuat dan tidak mahu masuk sekolah.cikgu pujuk pun dia tak nak, malah menjerit2 cakap tak nak sekolah. Bila balik sekolah sy tanya kenapa nangis tadi? Kenapa tak nak sekolah, dia hanya jawab dia nak mama papa adik2. Lepastu sy jawab la pada dia, mama kan ada dekat rumah jaga adik2 kemas rumah, nt kakak balik mama ada kat rumah kan. Esok kan hari sy akan ckp kt dia jangan nangis tau, pergi sekolah ada kawan,belajar sama2 kwn, mkn sma2 kwn. Dia akan jwb ok mama. Tetapi sejurus sampak ke sekolah dia mula menangis kuat sampai pegang pintu tak nak masok class, sehingga kan cg tarik dan paksa dia masuk class. Apa perlu sy buat ye doc.

        • Ramli Musa says:

          Benar mencari punca reaksi mengapa dia berkelakuan begitu adalah jalan penyelesaian.
          Namun dia tak bersedia, Kadang2 1 sesi dia tak nak cerita, cuba lagi.
          Jalan lain, cuba tanya gurunya

      • Min says:

        Maaf doc mencelah..saya ada soalan berkaitan anak saudara saya yg berusia 11 tahun.. dia seorang suka menipu..memutar belit keaadaan, suka melawan tidak kira samada dengan orang dewasa atau sesiapa pon..kami rasa sukar untuk menasihati dan mengajarnya ..saya ada juga mengambil peluang bercerita dengan dia..tapi melalui proses tu tiada apa yang menimbulkan masalah dan pelik …tetapi dia memang sukar untuk belajar dan menerima apa yg diajar..bila bercakap pon kadang² mcm dia berada di dalam suasana yg lain..kmi dah buntu nak nasihatkan dan ajar dia..mohon cadangan dari doc ..apa yg kami perlu lakukan dengannya .

    • Ibu says:

      Doc, 2 minggu lepas minggu yang agak sukar bagi kami sekeluarga. Suami, anak 4 tahun dan anak 1 tahun demam selama seminggu.

      Masa mereka demam, anak 1 tahun agak suka mengempeng dengan saya, nak berdukung selalu dan selalu menyusu badan. Menyebabkan anak 4 tahun kurang masa dengan saya.

      Pada waktu yang sama anak 4 tahun juga demam dan susah nak makan ubat. Pelbagai cara dah buat untuk pujuk. Tak Jalan. Akhirnya kami terpaksa pegang tangan dan paksa makan ubat guna syringe. Memang bergelut sampai menangis menjerit memukul menendang.

      Bila minggu ni semua dah sihat, anak 4 tahun tak mahu pergi ke sekolah, tak bagi adiknya menyusu atau berdukung dengan saya, selalu Marah Marah.

      Saya cuba untuk spend time lebih dengan anak sulung. Tapi waktu suami pergi kerja, saya terpaksa jaga dua dua anak sekali.

      Si adik nak berdukung dan menyusu, so abang tak bagi sampai menangis mengamuk. Saya terpaksa biar dulu dia menangis untuk tidur kan si adik.

      Bila adik dah tidur, saya teman kan si abang pula. Si adik sejenis high demand and light sleeper. Selalu terjaga masa tidur. Jadi saya terpaksa ulang alik tengok kan si adik

      Tapi end up saya yang terlalu penat. Penat emosi, menjaga Marah dan menjaga tutur kata supaya tak ter sebut perkara yang saya mungkin akan menyesal kemudian hari. Penat fizikal, terpaksa berdukung adik, terpaksa rushing buat kerja rumah. Dalam masa yang sama, saya mula rasa tak sihat, batuk batuk, hidung tersumbat dan sakit tekak.

      Masalahnya sekarang si abang sejak demam hari tu kurang makan, kuat tidur, agak kerap mengamuk dan menangis, selalu cakap no apa je yang saya suruh dia buat, tak nak pergi school, selalu tak puas hati dengan adik tapi saya tau dia sayang adik dia.

      Apa perlu saya buat doc?

    • Gadis Skizo says:

      Maaf mencelah tapi kenapa nak kena hukum kena denda dan kena rotan anak yang baru LIMA tahun semata-mata sebab dia kuat menangis? Pernah tak datang pujuk peluk dekati dia dan tanya kenapa dia menangis? Saya sangat sedih bila baca kisah budak-budak kecil yang masih belum berakal dihukum sebegini rupa sebelum ibu bapa menunjukkan usaha untuk memahami mereka. Makin dia mengaruk tu biasa bila dia juga diperlakukan sebegitu rupa. Dia telah “diajar” bahawa untuk melepaskan tekanan adalah dengan melakukan kekasaran seperti apa yang berlaku terhadap dirinya sendiri. Islam sendiri ajar, ajar anak-anak solat seawal usia 7 tahun.. kemudian bila dia tak solat pada usia 10 tahun.. yakni setelah TIGA tahun dibimbing dengan baik maka bolehlah dipukul itu pun masih lagi dengan batasan syariat dan bukan sewenang-wenangnya nak merotan. Solat tu DOSA BESAR jika ditinggalkan tapi bagaimana Allah dan Rasul memberi tempoh tiga tahun untuk menguasainya dan memberi hukuman yang tidak terlalu berat jik meninggalkannya. Tapi apa yang kerap berlaku dalam masyarakat Melayu sekarang terutamanya, anak-anak kecil yang masih belum berakal masih belum mumaiyiz dihukum dengan teruk hanya kerana suka menangis?? Di mana keadilan ibu bapa dalam perkara ni? Jadi tak usah hairan jika anak bertambah tantrum atau memberontak andai kata perangai mereka berubah lebih ganas dan kasar.

      Ada sesetengah ibu bapa menganggap aku dulu kena rotan juga maka anak aku kena lalui perkara yang sama. Jika kita rasa ibu bapa kita ada unsur-unsur toxic parenting kita sepatutnya hentikan rantaian tu dan bukan teruskan pada anak-anak kita.

      Jangan terkilan andai suatu hari nanti anak tak nak berkongsi masalah dengan kita dan lebih memilih orang luar seperti kawan-kawan untuk dihabiskan masa bersama sebab ibu bapa sendiri takde tunjuk rasa nak ambil tahu perasaan anak-anak sebaliknya hanya tahu menghukum. Kalau anak tu kawan dengan budak baik takpe jugak tapi kalau jahat macam mana? Naudzubillahi min dzalik.

      Maaf puan saya hanya cuba bersuara bagi pihak anak-anak yang tak didengari dan selalu dimarahi. Walaupun tak kena rotan tapi kemarahan pon dah cukup menyeksakan bagi saya. Apatahlagi jika anak-anak yang dirotan saya tak tahulah apa perasaan mereka. Tambah pulak saya ni MDD + Skizofrenia jadi memang sangat triggered bila baca kisah kanak-kanak yang nasibnya tak terbela ni. Sesetengah ibu bapa hanya provide fizikal tapi tak memenuhi keperluan mental dan emosi anak-anak. Maka tak hairanlah bila dah besar akan timbul “persoalan” seperti ibu dah bagi segalanya untuk kamu tapi kenapa masih depresi. Sebab itu menunjukkan parents hanya provide keperluan zahir sedangkan keperluan yang batin seperti mental dan perasaan tidak dipenuhi. Sekian. Wallahua’lam.

      • Nia says:

        Sorry, nak tanya pendapat awak, apakah cara lain yg boleh dilakukan jika tidak rotan pukul, bila kita dah warning anak berkali kali, anak umur 4 dan 2 tahun, depan kita dia tak buat, bila kita hilang, mcm2 yg jadi air tumpah, main air, minyak tumpah, kita ni dah ajar dan dah warning sangat berkali kali. End up bila anak buat jugak sabar tu dah hilang tahap dah meletup sampai pukul anak. Cuba suggest adakah hanya perlu bersabar sepanjang masa tanpa pukul. Kita ni yg mental jadinya

        • Ramli Musa says:

          perlu ada sesi hati ke hati semasa keduanya dalam emosi tenang, bukan bila dia sudah buat kesalahan baru kita nak react .
          kaunseling keluarga adalah penyelesaiannya

    • Nur Amirah Nadzirah Azman says:

      Assalamualaikum sis,,sy terbaca mengenai komen sis..
      Anak sy skrg berumur 5 tahun..situasi anak sis..sama macam anak sy skrg ni..sy nak tau..mcm mana perkembangan anak Sis..setelah berinjak umur mungkin 11 tahun pada masa ini…adakah normal perkembangannya mcm kanak2 lain

  • ZILA says:

    salam..mohon pencerahan.anak saya 7 tahun tiba-tiba kurang selera makan,selalu keletihan dan kerap sakit kepala.Saya dapat tahun dari rakan kelasnya disekolah ada yang membuli beliau.Memukul dibahagian perut,baling kasut dan conteng buku beliau.Semalam petang saya jemput belaiu dari sekolah agama dia menagis ada kawan pijak kaki.Punca tidak dapat dikenal pasti sama ada beliau yg mula dulu atau rakanya.Adakah jadualnya hariannya yang padat menyebabkan beliau stress.Pada kebaiasaanya dia jenis banyak tanya dan aktif tapi sekarang jadi pendiam bila di tanya dia akan jawab letih.Apa patut saya buat.terima kasih.

  • Lynda says:

    Sy mempunyai anak perempuan berusia 9 tahun. . Kerap sakit perut setiap kali nak ke sekolah pagi. Mengadu telinga xdgr mata xnampak tapi bila buat mri brain semuanya normal. . Doc sahkan anak sy tak ada sakit apa2. .Bila saya tanya kenapa menipu dy akan menangis dan sesak nafas dan shaking . . Adakah itu simptom psikiatrik?

    • Ramli Musa says:

      berkemugkinan besar anak puan menghidapi masalah anxiety atau school refusal.
      Perlu disiasat samaada ada perkara berlaku di sekolah.
      Anxiety kerap dikeuarkan dengan tanda somatik atau fizikal

      • Alang says:

        Salam dr sy ada kwn yg mempunyai ank lelaki umur 5&7tahun kwn sy ibu tunggal dh 3thn b’cerai ..masalah sekarang ank dia yg umur 7thn perangai lain sgt bila di sklh dia suka buli rakan2 selalu kwn sy kna pggl dgn cikgu tp denda mcm mna ttp sma xberubah..jns xdgr ckp,xnk buat keja sekolah ,suka ddk dlm bilik gelap,tak pandai membaca ,suka baling barang bila xpuas hati,suka gurau kasar dgn tujuan mencederakn org lain,

        • Ramli Musa says:

          salam,

          masalah tingkah laku anak2 selalunya berkait dengan cara didikan ibubapa dan tekanan perasaan akibat perpisahan ibubapa.
          ia kita panggil Conduct disorder
          ia memerlukam perhatian kaunselor, pakar psikologi dan pakar kanak2 sebelum keadaan menjadi sukar dilentur

  • Aiman Fikri says:

    Assalam tuan. Mohon diberi pencerahan. Saya ada seorang adik perempuan. Mengikut tahun ni, dh berumur 13 tahun. Sejak di sekolah rendah, pernah mewakili bola baling and bola baling peringkat daerah. Sejak bermula sekolah menengah, dia sering ponteng sekolah. Hingga dua ke tiga hari seminggu. Namun begitu, setiap kali ujian dpt top 5 kelas. Dulu menetap di asrama. Kini, bersekolah di sekolah yng sama dngn tempat emak saya mengajar. Walaupun telah bertukar sekolah, masih tidak berubah. Saya sekeluarga tidak tahu apa perlu dibuat setelah nasihat, amarah dan denda yng telah dilemparkan. Emak saya menangis bila diceritakan pada saya tentang masalah ni. Saya juga turut menangis setelah emak beritahu luahkan ‘kalau ade ape ape jadi kat mama, tolong jaga adik. Jngn siakan dia.’ Minta tolong sngt sbb saya tak nak masa hadapan dia hancur. Saya ada pendekatan untuk menghantar dia ke pusat pemulihan akhlak. Apa pendapat tuan?

  • syiqa says:

    Assalam doc. Mohon diberi pencerahan, anak sy berumur 3 tahun, die boleh bertutur tetapi masih belum pandai berbual, berborak seperti kanak2 lain dan ada masalah tantrum. klinik kesihatan sudah mengeluarkan surat utk refer di hosp akan tetapi apabila sy rujuk hkl bahagian perkembangan kanak2 mereka suruh refer klinik pakar dahulu. sy ingin tahu dibahagian mana sy perlu rujuk utk masalah anak sy tu.. sy ingin tahu sama ada anak saya ada masalah delay speech @ autisme. sekian terima kasih.

    • Ramli Musa says:

      Perlu penilaian oleh pakar. Dia bertutur tapi tak boleh berborak ada banyak baksud
      Pakkar akan menilai tahap perkembangan pertuturan bila jumpa.
      Utk 3 tahun secara kasar sudah boleh bina ayat 2-3 perkataan bagi normal.
      Autism ada simptoms lain yg tidak dinyatakan di sini

  • Liza says:

    Assalam Doc. Anak sulung saya, lelaki berumur 10 tahun, pernah menjadi mangsa buli ketika di tahun 1. Semenjak tu, dia mula berubah sikap di sekolah. Jadi sangat pendiam di dalam kelas. Feedback drpd guru-guru mngatakan dia hampir tidak memberikan respon dalam kelas terutama jika disoal guru. Sikapnya normal hanya ketika berada dengan orang-orang/kawan-kawn yang dia selesa sahaja. Bila saya bertanya tentang perkara ini, dia cakap dia punya rasa malu yang teramat untuk bercakap, takut dan fobia. Dari segi pembelajaran, tidak ada masalah dan sentiasa cemerlang. Di rumah, dia banyak bercakap dan berbual. Apa yang patut saya buat untuk membantu beliau? Adakah anak saya ada anxiety atau depression? Mohon pencerahan doc. Terima kasih

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      Ada kemungkinan depression atau trauma

    • Maya says:

      Assalamualaikum doc.sy cuma nak kepastian adakah ank lelaki sy berusia 4 tahun menghidap anxiety..ank sy selalu takut hujan,guruh dan segala bunyi2 pelik..dia juga takut gelap.sy lihat anak sy resah dan risau tak bertempat,menagis bila hari hujan..sebelum ni dia susah tidur malam dan selalu terjaga takut dan menangis.sy cuma meneka kerana pernah pada 1 hari tu rumah blackout dan dia meraung..susah sy nak tenangkan dia walaupun sy dah peluk dia tetap menagis dan berjalan ke hulu ke hilir nampak macam dia takut sgt.pernah 1 hari kami pergi ke pasaraya dan menaiki lif..anak takut dan tak mahu naik lif tapi kami paksa je naik..bila lif bergerak dia tiba2 menjerit dgn kuat dan menggigil..sy sedih melihat anak sy mcm ni..adakah benar dia menghidap anxiety disorder atau depress? Perlukah sy membawanya ke hospital?

  • Marina says:

    Salam Tuan. Anak buah sy umur 12 tahun. Dulu dia ok. Seorang yg ceria. Tapi sejak bulan 6 mengikut kata mak nya, dia mula menangis tanpa sebab. Dduk dlm bilik sorg2. Kadang2 dia ketawa sorg2. Kdg2 dia ok. Cuma dia xsuka berborak dgn org. Bila ditanya dia suka marah2. Dan skrg kalau dia xok, dia benci mak dia. Xnak tengok mak dia. Pernah cuba tikam mak dia pakai serpihan cermin yg dia pecahkan. Kalau dia gaduh dgn adik dia, dia akan cakar adik dia. Sy cuma nak tahu adakah ank buah sy ini ade depression atau sakit lain selain depress? And pusat kesihatan yg mana yg perlu sy rujuk?

    • Ramli Musa says:

      Salam, Eok jumpa pakar, kanak-kanak bukan semudah ABC untuk buat diagnosis yg tepat. Tidak spt dewasa

    • Kyra says:

      Salam, sya kyra akk ipar saya menjaga ank orng seorang nurul 2 tahun Dan adek nya hidayah umur 7 bulan, masalah sekarang kakak nya nurul berumur 2 tahun itu ada masalah berkomunikasi antara akk ipar saya Dan dia, bila suruh masok bilik untuk mandi Dan tido dia akan menangis tidak mahu masok bilik, bila ditanya dia akan menangis sahaja tidak mahu jawab soalan kami, budak lain Yang akk ipar saya jaga semua panggil akk ipar saya mak Dan abng ipar saya abah tapi, nurul dia ikut mode dia untuk bercakap bila makan dia kenyang dia x akan bercakap bila ibu mertua saya suap dia makan tapi bila dia kenyang dia akn still bukak mulut untuk makan tapi dia akan lebih suka simpan makanan dalam mulut dia Lama sbb kami tidak tahu sama ada dia nk makan lagi atau tidak sbb dia tidak bercakap dngan kami, kadang smpai kna marah still tidak mahu bercakap, dia haus nk minum air pon dia x akn mintak air bila kita bagi baru dia minum air, kami dh buntu Dan kesian kat dia x tahu nak buat ape lagi, mak dia adelah orng asing tiada document lengkap Dan nurul Dan adek nya tidak ambik injection sepatut nya dorang patut ambik dari baby, ade cara untuk bagi dia confident untuk berkomunikasi dngan kami, sbb dia akn bercakap bila ade ibu dia sahaja…hope ade cara untuk dia senang bercakap dngan kami Dan senang untuk dia faham arahan kami

      • Mhd.Tarmezi Bin Hasssn says:

        Asallamualaikum Dr , Saya nk no tel Dr boleh ,

        • Ramli Musa says:

          salam, maaf memang saya atau doktor2 lain tak beri no peribadi

          • Anonymus says:

            Aslmkm dr. Ank perempuan sy 6tahun, sejak sebulan lalu perangai dia selalu mimik ikut perbuatan saya. Especially time mandi dan solat. Dia akan ikut perbuatan saya sangkut baju sebelum mndi, memang dia ikutla perbuatan saya sampai siap mandi. Kalau dia lambat dia akan menangis, marah kt baju yg sebabkan dia lambat sedangkan sy dah siap.

            Pastu sekarang ni dia akan ikut saya pakai selipar time nak keluar, pilih baju seakan sama saya.

            Kalau time lain dia ok je mcm time main. Perangai dia tu buatkan saya stress sampai macam2 kata kesat saya cakap, dia tak betulla, nk bawa jumpa dr la, nk tinggal dia kat hospital la etc.

            Sy penah ckp dgn dia, jangan tiru perbuatan sy. Jd diri dia. Tp dia masih lg buat.

            Apa sy nk buat dr? Dia ada masalah apa ye?

          • Ramli Musa says:

            salam, anak-anak pada usia ini akan selalu meniru sikap ibubapa yg kita panggil modelling.

            Selalunya dalam mendidik atau melarang sesuatu perkara, selalunya ibubapa hanya memberi arahan jangan. Sebenarnya kita perlu menerangkan apa sebab kita melarang, juga menerangkan kesan buruk mengapa kita melarang

    • Khairian says:

      Assalamualaikum Dr. Anak lelaki sy yg sulung umur 10y sekarang nie suruh apa² mesti nak kena cakap berulang Kali walaupun benda tu rutin harian dia. Dia macam x de common sense dgn Keadaan sekeliling. Bila buat salah selalu menidakkan dan menuduh adik dia. Sebelum nie dia pnh kerap dibuli dgn kawan² dan kerap dimarahi serta dipukul oleh ibuayah. Dia pnh sek di kg utk setahun dan teramat benci dgn seorg cikgu Bm Dan rakan kelas sek berikut kerana semua tertawakan dia bila dia ada buat Salah. Skrg dh pindh semula di Selangor dan ada peningkatan dlm pelajaran tp tu la masalah common sense. Dia juga suka ckp bangga diri dan memperlekehkan adiknya. Kadang tu dia pun ada memperlekehkan sy jgk. Adakah anak Sy ada masalah depression? Bolehkah budak usia ini ada narcissist?

  • Zaman says:

    Salam doctor,
    Saya ingan bertanya soalan. Anak saya pada awal umur 3-4 tahun dia sangat behaved. Tidak suka menangis dan sebagainya. Bagaimana pun sejak dia masuk ke Alam persekolahan. Dia mudah emosi. Kini anak saya telah mencapai usia 9 tahun. Dia mula tantrum. Lekas menangis. Menjerit2 tiba2 saya sendiri pun tidak faham puncanya. Lebih2 lagi apabila waktu belajar dirumah. Dia seolah tidak boleh fikir. Menangis menjerit2. Berbanding dgn ank saya YG kecil 6 tahun. Bagaimana boleh saya faham situasi ini dimana bila waktu belajar sahaja dia tantrum. Dia mudah mengamuk tiba2. Apakah Yang harus saya lakukan untuk mengelakan perkara ini menjadi lebih teruk ya doctor?

    • Ramli Musa says:

      Utk masalah kanak2, agak kompleks, sukar didiagnos atau nak buat apa2 komen.
      Banyak perkara saya perlu tahu spt perkembangan, pertuturan,
      Jawapan selamat saya; jumpa doktor

  • Ani Wardah says:

    Hello…saya tinggal dgn seorg pesakit skizofernia…kdg kala patient aggresif dan menakutkan terutama sekali bg kanak2 kecil…mereka sering ketakutan bila patient mulai menjerit dan pernah terjadi patient memukul salah seorg dari ahli keluarga….benda ini mencetuskan rasa benci pada seorg ank berusia 8tahun yg mana si kecik ini pernah menjadi mangsa yg di pukul parient tersebut.kami ada merujuk patient semula ke psikiatri bila patient mengganas di rumah…sudahnya hanya dose ubt saja ditambah….apabila sekali lagi patient memukul kakak kepada budak 8tahun ini tadi… dan kami yg menghadapi hal ini cuma bertindak memberi amaran serta merujuk saja kes ke psikitri seperti biasa…tanpa kami sedari hal ini memberi kesan kpada ank kecil kami yg bertindak membakar barangan patient seperti baju dan bilik tidur dengan tujuan agar patient tidak ada tempat untuk tinggal dalam rumah….adakah anak kecil saya ini perlu di rujuk ke psikitri jgk?

  • ima says:

    asslm Dr. Saya ada masalah dgn anak saya berusia 12 thn. Dia disahkan Dr moderate Disleksia dan mild autisme. Masalahnya dia ada sikap suka mencuri duit dalam rumah, duit saya, ayahnya dan kadang2 duit adik beradik. Berbagai cara dah saya lakukan..beri nasihat, hukuman , dirotan dan mcm2 tindakan dah dilakukan agar dia memberhentikan perbuatannya itu. Ttp dia masih melakukannya jk ada peluang. apa yg saya lihat jk dia dpt duit..dia akan membeli gula2 yg banyak dan akan memberikan gula2 kpd adiknya. Saya buntu utk membantu dia dlm menghentikan tabiatnya itu. Dia dr umur 7 thn dah berkelakuan mcm ni. Harap sgt Dr boleh membantu.

    • Ramli Musa says:

      Waalaikum salam,

      Ada beberapa cara mengendali tingkahlaku manusia secara umum.
      Antaranya melalui konsep “Star Chart” boleh Google dan fahami. (ia memerlukan penerangan panjang)
      Antara lain dengan menyediakan apa yg dia mahu (iaitu candy) dengan cara yg “halalkan” beri sedikit duit poket DLL

  • Ciktun says:

    Assalamualaikum doktor..anak sy berumur 4 thn 1 bln..Dr diagnosed anak sy mild autisme..tp xperlu apply kad oku. Dr advice utk observe anak sy sehingga umur 5 thn setengah..soalan sy perlukah sy bawa jumpa pakar psikiatri utk diagnosed dgn lebih tepat tahap autisme anak saya?jika perlu pada umur berapa anak saya sesuai untuk buat penilaian oleh doktor pakar?

    • Ramli Musa says:

      Salam, ya perlu pada usia 5th. then selepas itu boleh fikir utk buat kad OKU jika benar.
      Moga Allah permudahkan dan jangan biarkan perasaan denial berpanjangan jika ia benar.

      • Farhana says:

        Salam doc..sy ada pertanyaan untuk ank autisme yg berumur 23 tahun..dia sering mengamuk dan memukul apabila tinggal bersama ibu kandung dia..sebelum ni ibu dia cakap ada ubat diberi dari doktor dekat sini,sy tidak pasti ubat apa..ibu dia cakap ubat tu boleh menyebabkn mengantuk..tp anak dia memang tidak akan tido (insomnia)..ada tak rawatan lain untuk menenangkn anak ni dari mengamuk dan tido seperti biasa mksud sy dia tidak berjaga sepanjang hari dan malam..sebab ini menyukarkn ibu dia untuk terus jaga dia..

        • Ramli Musa says:

          Salam Puan, anak autism yg mengamuk susah kawal ada ubat yg kita panggil antipsychotic,
          Ia bukan menyembuh tapi mengawal.
          Ada banyak jenis antipsychotic, Quetiapine agak mengantuk tapi kena dos yg cukup.
          Untuk tahu dos cukup atau tidak bincang dgn doktor merawat.

  • Nurul says:

    Assalamualaikum doctor…sya nk tnya nii..adakah sya ini mengalami apa2 penyakit berkaitan mental jika sya selalu marah hampir setiap hari..sentiasa berasa resah dan takut walaupun xde sebab..saya berasa terlalu stress hingga sejak kebelakangan nii sya sering nangis sendirian..sya x tau kenapa tapi sya betul2 x boleh kawal kemarahan sya..sya bergaduh dngn ibu sya kerana sifat panas baran sya ini juga..sya x tau nk buat mcm mne..sya btul2 x bleh kawal…dn tahun ini sya bru mencecah usia 17 tahun dn msih belajar..sya sering mndapat top 5 dlm batch sya..orng sekeliling saya sentiasa ingat saya ini orng yg ceria tapi jauh dri sudut hati sya…sya sngt kerap bersedih tanpa sebab…sya juga suka bercakap seorng diri seolah diri ini sudah tidk btul namun sya masih waras dn tidak pernah terfikir untuk membuat sesuatu yg mlebihi batas seperti mencederakan badan dan lain2….minta saranan doctor

    • Ramli Musa says:

      Salam, Anda ada bebrapa symptoms kemurungan, cuma saya x pasti keterukan kemurungan.
      DASS juga tidak dinyatakan,

      Boleh baca;

      https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/

      • Nurul says:

        Saya mempunyai tahap kemurungan sederhana iaitu 20, anxiety (sangat teruk) dan stress (teruk) melalui ujian dass.Apa yg perlu saya lakukan?

      • Nini says:

        Assalamualaikum Doctor. Maaf sy ingin bertanyakan soalan berkenaan anak saya. Umur dia 11 tahun. Bila ke sekolah cikgu da maklum berkenaan sesuatu perkara pa yang sampai pada saya melalui makluman anak tidak sama. Dia seperti hilang fokus,confius dan hanya ikut apa yang kawan cakap. Dia suka juga berkurung dalam bilik, menyendiri dan tidak suka diganggu. Saya risau apa yang perlu saya buat doktor. Terima kasih.

        • Ramli Musa says:

          salam, berdasar penerangan ringkas, ada kemungkinan dia kemurungan atau ADHD kurnag tumpuan.
          kena check ada isu buli tak?
          yg terbaik jumap kaunselor atau doktor

  • Nurul says:

    Please help me!!!!!

  • Yus says:

    Assalamualaikum ,sy ada anak umur 7 thn,sdh bersekolah…disekolah cikgunye bgthu dia tidak beri tumpuan dlm kelas,dia suka buat hal dia..bila cikgu minta buat mewarna dia ckp nk buat dirumah…pernah sekali ada budak jln rapat dgn dia…ank sy pukul budak tu…apa patut sy buat doc?

    • Ramli Musa says:

      Elok jumpa pakar psikiatri kanak2.
      Banyak perkara doktor perlu tahu spt; prkembangan fizikal bagaimana?
      Perkembangan speech bagaimana DLL

    • Anynomous says:

      Salam Dr rasa sy nak share juga simptom ank sulung yg lately buat sy risau. Mood selalu tegang cepat melenting..mudah marah bila apa yg dijanji tidak dikotakan, selalu mendesak. Baru usia darjah 1 kita pula yg naik risau jika dia moody. Bila marah nak baling brg.Mungkin dia perlukan perhatian tapi apa sahaja kemahuan dituruti. Kadang kt hilang sabar bila dia berkasar dengan adik dan mula baling barang.Bila dimarah dia nangis dan lagi memberontak.Masih belum terlambat utk kami baiki moga ada usaha sedikit demi sedikit.

      • Ramli Musa says:

        Salam, puan
        dalam parenting styles ada 4 jenis.
        1 darinya adalah baik. 3 tak elok
        saya melihat parenting style puna banyak ke arah over-indulgent atau permissive.
        utk sesi lebih berkesan perlu ada sesi dgn psychologist atau psychiatrist

  • Nurul Hazrin bt Hamidon says:

    Hai doc….saya ada masalah berkenaan anak saya berumur 8 tahun…anak saya nk bila nak mula baca iqra’ atau solat dia akan rasa nak ‘termuntah’…sedangkan dia tak muntah pun..kat sekolah cikgu komplen hal yg sama..setiap kali nak baca iqra’ dia nak muntah..saya tak tau nak buat mcm mna lagi…adakah anak saya ada masalah dengan perangai dia?

  • Nursya says:

    Assalamualaikum doktor.
    Saya ada masalah berkenaan dengan anak perempuan saya yang berumur 6 tahun, sering kali menangis ke sekolah, jika membuat kerja sekolah mahukan sempurna, jika mengajar kerja sekolahnya ada saja yang tak kena, jika kawannya siapkan kerja sekolah awal dari dia, dia akn menangis, saya dah berbagai cara untuk nasihatkan dia, tapi tetap tak jalan juga. Saya perasan dia berkelakuan sebegini semenjak adiknya lahir tahun lepas. Perlukah saya berjumpa dengan doktor ?
    Terima kasih.

  • Noraida Mohd udin says:

    Assalaimualaikum Prof.
    Saya mohon untuk dapatkan contact number Prof. untuk Jemputan jambatan bagi perkongsian berkaitan psikologi kanak2.

  • Fitri says:

    Assalam Doktor,
    Saya ada anak lelaki berumur 6 tahun. Semenjak kebelakangan ini terutamanya masa pandemic ini anak saya mula menunjukkan perilaku beliau yg saya merasakan agak merimaskan atau tidak tenang. Contohnya beliau tidak boleh duduk atau berdiri dgn tenang, terkinja atau bergerak2 tubuh badan..selalu menggerak2/melibas2 tangannya…berulang alik jika dalam keadaan xselesa…kerap kencing walaupun sikit…selalu xfokus jika dipanggil.
    Boleh saya tahun jika perkara ini ada berkaitan dengan permasalahan yang doktor jelaskan dalam page ini?
    Apakah tindakan susulan yang perlu saya lakukan?
    Sekian, terima kasih atas nasihat Doktor.

  • Nad says:

    Salam doktor.saya ada masalah berkenaan anak kecil saya. Saya ada seorang anak lelaki berusia 5 tahun. Dia seolah tidak sedar akan perbuatan yg dia lakukan. Dia seolah dalam keadaan tidak sedar gunting kerusi sofa saya, gunting carpet tebal saya dan merosakkan, patah2 permainan yg saya beli. Even barang yg saya beli itu kukuh dia blh patahkan, seolah dia bermain penuh emosi hingga tidak sedar akan perbuatan nya. Bila saya tanya adakah dia buat, dia kata tidak, kenapa dia senyap. Seolah dia tidak tahu dan tidak sedar dia melakukan nyer. Masa dia berusia 4 tahun dia selalu kencing merata2 di balik almari, belakang katil, di mainan. Dia seolah buat dlm keadaan tdk sedar. Pernah beberapa kali bila dia kencing merata, saya jerit baru dia tersedar. Sy juga ada masalah utk mengajar, dia mcm ssh nk serap dan sy perlu masa yg lama utk ajar. Bila sy tgh ajar, dia termenung. Sy ketuk2 meja dan jerit2 pun dia mcm x sedar masih termenung. Tolong bantu saya. Sy tahu anak sy bermasalah

  • Rin says:

    Assalammualaikum doktor ank sy berumur 12 thn ..mempunyai tahap ketakutan yg sgt keterlaluan waimah nk makan ubat sekali pun memerlukan masa yg lama sbb takut.Takut dgn sesuatu benda yg belum terjadi.tidak fokus terhadap sesuatu perkara.Kdg2 suka menjerit tanpa sebab.bagaimana prosedur utk sy rujuk ke pakar.Jika tidak keberatan doktor boleh share di email sy prosedur utk rujuk pada pakar hafzrien@gmail.com

  • aisyah says:

    assalamualaikum doktor..anak saya umur 7 tahun.sebelum ni dia seorang yang ceria,suka bercakap, aktif dan suka berkawan, tapi sejak 2 minggu ni dia jadi tak mahu bercakap dan tak aktif..kadang dia jadi sedih tanpa tahu punca..boleh doktor jelaskan apa masalah anak saya

  • Ain says:

    Assalamualaikum Dr.

    Anak sahabat saya baru berumur 2 tahun. ibu & ayahnya bercerai sejak sebelum lahir dan bapanya jarang bertemu semasa lahir sehingga 2 tahun. hanya berjumpa setahun 2kali dan selebihnya hanya melalui video call.

    tapi sejak masuk umur 2 tahun, pihak bapa terus menuntut hak untuk bawa anak balik ke rumah tanpa ditemani oleh ibu kandung. Kesannya anak menunjukkan tingkahlaku yang agak agresif, sensitif dan takut jika diajak untuk keluar. Selalu ingin berdukung dan mudah marah.

    Bagaimana pendapat doktor untuk masalah ini.. terima kasih.

  • Elly says:

    Hi doc….sya ada seorg ank lelaki berumur 3 thn 9bln.Dlm 3 mlm nie die asyik ketawa tanpa sebab n klau d tegur die akn mjerit,hempas brg n pukul org skeliling die.Bagaimana pendapat Doc tentang anak sya nie?

  • Marliana says:

    Salam doc..
    Saya mempunyai seorang anak yang cepat marah.
    Tegur cara lembut pun dia melenting, marah hingga mencederakan diri sendiri.
    Dia susah bergaul dengan orang dan selalu kata semua orang tak sayang dia dan tak nak berkawan dengan dia.

    • Ramli Musa says:

      Salam,

      Perlukan sesi family counseling dan analysis mengapa dia bersikap begitu. Terutamanya isu parenting styles dan conflicts. Bukan mudah diungkai di sini

  • Sainah says:

    Saya duduk di kuala terengganu, dimanakah tempat yg boleh saya kunjungi utk memulakan kaunseling utk anak saya, sebab dia sudah mengikut arahan cikgu, suka mengusik Kawan2 didalam kelas, tdk memberi tumpuan kepada arahan yg cikgu berikan.

  • kadir says:

    saya dari kuching sarawak. saya mempunyai permasalahan berkenaan dengan anak sulong saya. Anak sulong saya berumur 12 tahun .Untuk pengetahuan doc, anak saya ini telah mengalami tekanan perasaan sejak berlaku insiden guru matematik beliau mengambil tindakan melemparkan buku latihan anak saya kelantai dihadapan anak saya dan rakan-rakan kelas yang lain sehingga menyebabkan anak saya mengalami trauma dan sekarang tidak ingin untuk turun ke sekolah atas sebab beliau tidak ingin untuk melihat wajah guru matematik tersebut. Daripada insiden tersebut, anak saya telah mengalami perubahan sikap dan tingkahlaku yang berbeza sehinggakan beliau tidak ada semangat untuk bersekolah. Saya pernah mencuba untuk menghantar beliau kembali ke sekolah tetapi sebaliknya anak saya telah mengalami depression sehinggakan menunjukkan gejala-gejala seperti berikut:-
    1. tangan dan badan bergetaran yang melampau
    2. berpeluh dingin yang banyak (walaupun dalam bilik yang berhawa dingin)
    3. meraung-raung sehinggakan meluahkan kata-kata “saya benci cikgu” berulang-ulang kali
    4. sampai ke tahap memukul-mukul badan sendiri
    5. mengalami ketakutan tanpa sebab (contohnya beliau takut hendak masuk ke dalam lift kecuali tangga excalator)
    6. sering marah-marah tanpa sebab atau apabila dilarang melakukan benda yang beliau hendak lakukan (sifat ini timbul selepas insiden beliau dengan guru matematik tersebut)
    7. Apabila saya atau bapanya atau orang lain menyebut tentang persekolahan , beliau terus menunjukkan wajah yang murung dan menunjukkan tindak balas fizikal (seperti memain-main atau memutarkan jari-jari tangan sambil tundukkan kepala)
    8. beliau juga tidak lagi berminat untuk dibawa melakukan aktiviti riadah atau dibawa jalan-jalan (beliau sendiri mengungkap kata-kata bahawa beliau enggan untuk keluar dan mahu duduk dekat dalam rumah sahaja)
    9. Paling banyak ketara perubahan dari segi fizikalnya adalah keceriaan beliau sebelum ini telah hilang (beliau tidak seceria seperti dahulu sebelum berlakunya insiden bersama dengan guru matematik tersebut) padahal dulunya anak saya ini merupakan seorang kanak-kanak yang ceria dan sentiasa murah dengan senyuman.

    adakah berdasarkan gejala-gejala seperti di atas, anak saya perlu berjumpa dengan pakar psikatri untuk menjalani rawatan dan diagnos atau tidak. minta pencerahan daripada doc. terima kasih.

    • Ramli Musa says:

      T kasih en Kadir dgn soalan anda.

      Jelas anak anda amat traumatized dgn incident tersebut.
      Ia mendorong kepada isu school refusal ; tak mahu ke sekolah
      Jika keengganannya ke sekolah berterusan dan usaha melalui guru kaonselor sekolah tidak berjaya, baru ada indikasi utk rujukan pakar.
      Antara penyelesaian pendekatan boleh dicadangkan adalah bertukar kelas supaya tidak berjumpa guru tersebut.

  • Asallamualaikum Dr , Saya nk no tel Dr boleh ,

  • Makcik says:

    Salam Doctor,sy ingin bertanya ini masalah anak kakak sy,dia ada seorang anak lelaki yg dlu ny normaldari sejak kecil,tapi apa bila dia berumur 12 tahun tiba2 dia tak bole brcakap,makan,minum dn mngurus diri sendiri tidak bole,kak sy tiba2 hilang kata,dia tidak tahu punya kenpa dia bole mnjadi seprti itu,klau seperti mnjdi bayi kembali budak yg periang dn aktif tba2 mnjdi sorang yg penyndri..

  • yalam says:

    Salam doctor,anak saya berumur 8 thn (lelaki) baru-baru ni cikgu sekolah msg saya supaya bawa anak berjumpa dengan pakar.sbb ramai guru komplen anak saya suka usik kawan dalam kelas korek lantai berlubang.dengan siapa saya patut saya rujuk kes anak saya?

  • Mama Humaira says:

    Assalamualaikum doc..saya ada anak umur 7 tahun..dari awal sekolah dia xmenangis setiap pagi xnak pg sekolah..sekarang ni dh kurang..kalau dulu tiap2 hari sekarang seminggu sekali..saya masih hantar dia smpai ke kelas sbb xnak pg sendiri..cuma dlm 2 minggu ni dia menunjukkan sikap yg lebih agresif..pagi2 dah menangis xnak ke sekolah..smpai depan sekolah dia akan memberontak..menangis2..bukak tudung..kasut sekolah semua sbb xnak pg sekolah..saya dah xtau nak buat mcm mana..bila ditanya dia hanya diam sahaja..bila saya xhantar kesekolah automatik dia berhenti menangis..apa pandangan doktor?

  • tika says:

    assalamualaikum dr nk tnya . saya ada adik dy berumur 20tahun skarang tp dy susah sngt nk kluar rumah suka berkurung dlm blik ..ayah saya ajak kluar pon dy xnak , dy rela duduk berkurung dln blik dripada kluar ..mcm mna ni ye dr saya risau dh berthin dh dy mcm ni ..apa perlu saya buat ye

    • Ramli Musa says:

      salam,

      ada banyak kemungkinan mengapa dia mengalami “social isolation”
      antara sebab selalunya adalah kemurungan
      tiada cara lain adalah pujuk beliau dan serahkan bahan bacaan tentang mental health and depression.
      antaranya beri website saya. moga dia terbuka hati

  • Norhaida says:

    Assalamualaikum doc, disini sy lampirkan masalah ank sy disekolah..adakah ank perlu berjumpa pakar?
    Apakah simptom anak sy ni?ini adalah komplen yg diberi Oleh guru kelasnya.

    1. sb dia tidak menghormat Muallimah semasa mengajar … untuk bukti puan boleh tnya kpd Muallimah amirah ( tajwid) , Muallimah afifah ( math ) dan Muallimah faiizah ( sains) dan yg baru ni dia tidak hormat pada sya …

    2. ada parent yg mengadu pada sya yg uwais selalu guna perkataan yg kotor dlm bercakap dgn kwn2

    3. uwais bergurau terlalu kasar apabila brmain …

    4. kerap bergaduh dalm kelas

    5. tidak hormat kpd pljr lain terutama ketua kelas dan pengawas dlm kelas

  • haida says:

    Assalamualaikum doc, Anak lelaki berumur 10th disini sy lampirkan masalah ank sy disekolah..adakah ank perlu berjumpa doktor?
    Apakah simptom anak sy ni?ini adalah komplen yg diberi Oleh guru kelasnya.

    1.Anak tidak menghormat guru semasa mengajar …bercakap dgn kawan jika guru mengajar

    2. ada parent yg mengadu pada guru yg ank selalu guna perkataan yg kotor dlm bercakap dgn kwn2

    3.anak bergurau terlalu kasar apabila brmain …

    4. kerap bergaduh dalm kelas

    5. tidak hormat kpd pljr lain terutama ketua kelas dan pengawas dlm kelas

    6.anak merupakan anak tunggal dirumah suka menonton utube channel remaja masa kini..dgn Bahasa remaja Yang tidak baik Di TV.

  • Junaina says:

    Assalamualaikum doc,
    Saya ingin dapatkan sedikit nasihat/cadangan/pencerahan berkenaan anak saya umur 9 tahun.

    1. Sering dapat komplen dari guru sekolah sebab tulisan tersangat buruk

    2. Kerap cari pasal / ejek murid ppuan

    3. Tabiat suka korek hidung, malas gosok gigi & cakap yg bukan2 samada pada adik2 & kawan2

    4. Bila bertaya soalan,
    knp? Sebab ?
    sering menjawab dgn soalan itu semula atau tidak memberi jawapan yg sepatutnya

    5. Air liur yg sentiasa mengalir ditepi bibir

    6. Kurang berhati-hati dalam setiap langkah & sentiasa terlompat2 x boleh duduk setempat lama2.

    7. Tiada minat dalam matematik.

    Apakah yang berlaku / penyakit anak saya?

    Jika saya perlukan khidmat pakar berkenaan keadaan anak saya, dimanakah tempatnya. Boleh cadangkan x? Sebelum terlambat atau keadaan semakin serius.

    • Ramli Musa says:

      Salam

      di mana tempat sesuai.. pasti yg dekat dengan puan.
      Tapi tak dinyatakan tempat tinggal puan.
      boleh rujuk list ini;

      https://www.ramlimusa.com/senarai-direktori-hospital-kerajaan-mempunyai-perkhidmatan-psikiatri/

    • Annnisaaaaa> says:

      Assalamualaikum doc,
      Saya ingin dapatkan sedikit nasihat/cadangan/pencerahan berkenaan anak saya umur 7tahun.

      Saya singlemom masa umur anak 1tahun 4bulan, exhusb pernah bawa lari anak sy ketika brusia 2tahun 12bulan ,sebulan seblum msuk usia 3tahun. Sebelum exhusb bawa lari anak ,ank sy seorg yg lembut dan sgt dgr ckp. Selepas sy dpt semula ank sy jadi keras sgt.. Shingga sekarang ,dan sy selalu hilang sbr shingga mengeluarkn kata2 yang tdk elok dan terpukul anak. Perangainya seperti:-

      1) mood anak saya dalam sekelip mata boleh berubah.. Tadi ok selepas sejam dua tiba2 jadi sangat baran.

      2) di sekolah kalau kawan kacau, dia bolh menjerit dan mengamuk walaupun ade guru di dalam kelas.

      3) di depan orang ramai dia boleh jadi sebaik baiknya tapi bila dgn sy dia akn jadi sgt degil melawan dan sangat2 menguji kesbran sy.

      4) jika budak atau kwn2 hanya pandang dia sje tak buat ape2 pun dia boleh mrh2 bdk tu tnpa sbb.

      5) selalu sgt membayangkan hantu,jelmaan dan akn jadi takut dan xnak tdr seorg.

      6) dia selalu rasa yang dia ni muka buruk,dia tak pandai, kawan2 dia hensem tapi dia tak. Semua benda dia rase xboleh. Dia akan gayat bila tempat tinggi.

      7) kalau kita mengamuk marah dia n nasihat, hanya 2/3 hari je dia akn ingt psanan tu, lpastu dia akan ulang smula perangai tu.

      8) Bila kita bercakap n beri arahan,
      knp? Sebab ?
      sering menjawab dgn soalan itu atau tidak memberi jawapan yg sepatutnya.

      9) selalu tidak fokus bila belajar dan brckp dgn dia.

      Exhusben sy ade pnyakit bipolar disorder dan npd. Sy takut jika anak sy mwarisi pnyakit tu.

      Jika anak saya perlukan rawatan psiakitri ,dimana hospital yang sesuai? Saya di shah alam.

      • Ramli Musa says:

        Salam,

        Maaf terlalu banyak soalam, untuk dijawab.
        1. selalunya isu kanak-kanak kami tidak digalakkan memberi komen tanpa melihat sendiri
        2. Tambahan melibatkan isu custody akibat penceraian, kami lagi tidak digalakkan beri komen tanpa melihat kerana melibatkan isu medicolegal

        t kasih

  • Mohd Huzairi Bin Hamdan says:

    Assalamualaikum, anak perempuan saya kini berumur 14 tahun sangat kuat berangan dan berkhayal. Kadang2 dilihat suka bercakap seorang diri. Semasa kecil, saya selalu perhatikan tingkahlaku seperti ini sering berlaku. Pada usia kini, dia juga mengalami masalah bersosial terutama dengan kaum bukan sejenis. Juga mempunyai anxiety yang kadang2 melampau. Kerap juga melakukan tingkahlaku Yang berulang walaupun sering ditegur serta kurang fokus Dalam menerima arahan. Adakah anak saya ini mempunyai sindrom autisme? Terima kasih

    • Ramli Musa says:

      salam,
      simptom yg dinyatakan bukan tanda autism, simptom ketara autism adalah lambat bercakap atau delayed speech.
      Jika tiada mungkin tidak
      anxiety boleh memnyebabkan dia berkelakuan begitu.
      Untuk kepastian jumpa pakar

  • Ibu tersakiti says:

    Dr, anak sulung sy berumur 9 tahun. Lelaki. Suka membantu sy memasak, kemas rumah, bermain gusti dan membuat latihan sains & matematik. Tp Dr, bila dia mengantuk atau mengigau malam (buka mata, seperti biasa) dia akan mengamuk, sepak, pukul, menjerit seolah2 didera. Baling barang2 pada ibu bapa. Katanya kami marah. Walhal Kadang2 kami cuma mnta dia baca doa, pesan jgan tidur di tempat salah, bimbang kalau adik2 terpijak kepala. Itu shj. Tp dia mengamuk seperti org hilang akal. Sy sampai perlu ikat tgan dia elak drp terus memukul sy & baling barang dalam rumah. Sy stress, sedih. Kadang2 Esoknya bila kita bgtahu smlam dia mngamuk, dia seolah2 lupa atau xtahu @ xsedar dia mngamuk. Sy btul2 buntu & stress dr. Sejujurnya, sy yg hampir bunuh diri sbb xtahu nak handle anak macamana lg. Penat menangis & berdoa camana nk handle anak dgan betul. Tolong sy dr.

    • Ramli Musa says:

      maaf selalunya isu kanak-kanak tidak mudah difamahi di platform ini dan memerlukan sesi bersemuka dan menilai sendiri kanak-kanak itu. Makan tiada jawapan.
      bawa jumpa kaunselor dulu

  • Siti says:

    السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُاللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    Doctor, anak saya perempuan berumur 7 tahun seorang yang ceria tidak pernah mengalami tantrum sangat mendengar kata dan lembut hatinya. Masuk ketahun 2023 awal Januari (recently sangat suka baca buku komik catkid & dogman) anak saya kerap menunjukkan kerisauan yang berlebihan seperti risau salah cara mematikan suis lampu, risau terpegang hidung, risau tersepak buku dengan tidak sengaja. Semua perkara ini dia akan memberitahu sy dengan detail. Masuk minggu kedua Januari, anak sy kerap kencing dan kencing akan sangat jadi lama kerana merasakan kencing dia banyak. Kencing akan keluar dengan sengaja bila anak sy batuk, bersin, menari. Bila saya check di internet simptom anak sy seperti mengalami overactive bladder with anxiety. Sehingga sekarang risau dan kencing itu masih ongoing walaupun doctor di klinik swasta mengatakan the result of UT is normal. In addition, minggu ini anak sy kerap berfikir seperti body parts manusia, like breast, private part boys and butt. Sy dan suami cuba menerangkan dengan baik bahawa tiada masalah dengan wanita yang having the big breast, boy having the Testis. Memang itu ciptaan Allah. The problem bila awak sentiasa fikirkan benda tu even awak makan, tutup mata & bermain. Semua ini dia ceritakan kepada sy dan risau sy akan marah. For info, anak sy seorang yang sangat behave dan kmi as a parent jarang sangat memukul dan memarahi dia. Tapi perubahan dia akhir membuat kami risau.

    Terima kasih

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      Maaf seperti saya nyatakan bahawa kes kanak-kanak tidak semudah kes dewasa, dan memerlukan penilaian secara direct oleh doktor. Jadi di sini hanya mengagak- kurang tepat.
      Penilaian meliputi mengenalpasti masalah sebenar; melalui secondary info yg encik nyatakan banyak kemungkinan spt anxiety atau OCD etc.
      kita perlu juga menilai keterukan.
      lebih senang jumpa doktor

  • Siti says:

    السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُاللهِ وَبَرَكَاتُهُ
    Doctor, anak saya perempuan berumur 7 tahun seorang yang ceria tidak pernah mengalami tantrum sangat mendengar kata dan lembut hatinya. Masuk ketahun 2023 awal Januari (recently sangat suka baca buku komik catkid & dogman) anak saya kerap menunjukkan kerisauan yang berlebihan seperti risau salah cara mematikan suis lampu, risau terpegang hidung, risau tersepak buku dengan tidak sengaja. Semua perkara ini dia akan memberitahu sy dengan detail. Masuk minggu kedua Januari, anak sy kerap kencing dan kencing akan sangat jadi lama kerana merasakan kencing dia banyak. Kencing akan keluar dengan sengaja bila anak sy batuk, bersin, menari. Bila saya check di internet simptom anak sy seperti mengalami overactive bladder with anxiety. Sehingga sekarang risau dan kencing itu masih ongoing walaupun doctor di klinik swasta mengatakan the result of UT is normal. In addition, minggu ini anak sy kerap berfikir seperti body parts manusia, like breast, private part boys and butt. Sy dan suami cuba menerangkan dengan baik bahawa tiada masalah dengan wanita yang having the big breast, boy having the Testis. Memang itu ciptaan Allah.
    The problem bila awak sentiasa fikirkan benda tu even awak makan, tutup mata & bermain. Semua ini dia ceritakan kepada sy dan risau sy akan marah. For info, anak sy seorang yang sangat behave dan kmi as a parent jarang sangat memukul dan memarahi dia. Tapi perubahan dia akhir-akhir ni membuat kmi risau.

    Doctor bole tolong advise.

    Thanks

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      Maaf seperti saya nyatakan bahawa kes kanak-kanak tidak semudah kes dewasa, dan memerlukan penilaian secara direct oleh doktor. Jadi di sini hanya mengagak- kurang tepat.
      Penilaian meliputi mengenalpasti masalah sebenar; melalui secondary info yg encik nyatakan banyak kemungkinan spt anxiety atau OCD etc.
      kita perlu juga menilai keterukan.
      lebih senang jumpa doktor

    • ATIQAH says:

      Salam Doc…
      Anak saya berusia 5 tahun.. sjk kblkgn ini, apabila kmi explain, bercerita atau mmberi arahan, ank saya akan jd tantrum atau mngamuk smbil ckp dia xfaham ap yg kmi ckpkn.. sdgkn dia dgr ap yg kmi ckp atau arahan kmi kpd dia… Ank akn sruh kmi ulang blk ap yg kmi ckp sebiji mcm yg sblm..if ayat xsama spt sblm, ank akn mngamuk smpi la btul2 sma ap yg kmi ckp or explain sblm tu ..sy susah hati mlht perlakuan ank bgitu.. mmbuatkn org keliling atau sy Dan suami kdg2 rse hilang sabar.. kpd siap sy perlu rujuk ye doc.. terima kasih

      • Ramli Musa says:

        salam,

        sebenarnya doktor atau pihak hospital ada sahaja mengendali kes umur begini. untuk permulaan jumpa pakar keluarga di KK untuk pendekatan kaunseling.Jika kes tertentu akan di rujuk ke pakar psikiatri jika ada keperluan. Lagi baik pakat psikiatri kanak2 tapi x ramai

  • Tim says:

    Asslm Dr.
    Saya ada anak lelaki berusia 15 tahun . Dari umur 8 tahun sehingga sekarang dia ada tabiat suka mencuri,. Kami dapat tahu dia mencuri semasa dia berusia 8 tahun apabila penjaga sekolah memberitahu yg dia membawa duit yg byk ke sekolah. Dari situlah kami tahu dia mencuri duit kami ttp tabiat ini berterusan sehingga sekarang . Pelbagai tindakan telah kami lakukan menasihatinya, mendenda dan pelbagai cara lagi.Untuk pengetahuan Dr, Dr ada diagnose dia moderate disleksia dan ada sedikit AdHD. Dia tak pandai berkawan..ada kawan ttp tak ramai dan biasanya dia serasi dgn yg lebih muda darinya. Dia akan buat apa sj utk dia dapat berkawan…walaupun hakikatnya dia dibuli. Apabila bergurau dgn dia…kdg2 gurauannya agak melampau. Dia mudah marah dan cpt terasa hati. Sehinggakan saya terasa dia ada masalah dalam jiwanya. Adakah dia kurang kasih sayang sbb djarak umur dgn adik dia hanya 1 thn stgh je. Bagaimana saya boleh bantu dia Dr? Saya risau dgn sikap dia yg suka mencuri dan sikap negatif nya. Dr bantulah saya…

    • Ramli Musa says:

      Salam,

      dari penulisan ini; i.Untuk pengetahuan Dr, Dr ada diagnose dia moderate disleksia dan ada sedikit AdHD. Dia tak pandai berkawan..

      namppaknya dia sudah berjumpa pakar psikiatri.
      Maka nasihat saya bagi kes yg sudah jumpa doktor, boleh bincang dgn doktor merawat kerana dia. kerana doktor tersebut lebih tahu tentang kes anak puan. Bagi saya, saya perlu membuat penilaian dgn interview dia sebelum memberi komen tentang rawatan.

  • Tim says:

    Asslm Dr, saya ada anak lelaki berusia 15 thn yang selalu mencuri duit saya dan ahli keluarga yg lain. Bila dapat tangkap dia mencuri, dia akan berbohong ttp bila didesak bbrp kali br mengaku yg dia mencuri. Perangai dia ni kami sbg mak ayah kesan dari dia berusia 8 thn lg sbb dpt aduan dr penjaga sekolah yg dia nmpk anak saya ni selalu bw duit yg byk ke sekolah. Macam2 tindakan dan hukuman dah kami buat utk hentikan perangai dia ni tp sekrg masih lg dia buat jk ada peluang..seolah2 hukuman yg kami buat tiada kesan lgsg pd dia. Yg saya nmpk dia mencuri tanpa tujuan apa2..kdg2 duit yg dia ambik dia akan belikan gula2 utk adik dia.

    Untuk pengetahuan Dr dia di diagnose moderate disleksia dan ada sedikit ADHD. Adakah sbb itu jg dia jd mcm ni? Atau dia kurang kasih syg sbb jarak umur dia dgn adiknya 1 thn stgh . Dia jg mudah marah dan cpt terasa walaupun perkara yg kecik2. Dia tak pandai berkawan..kalau ada pun dia serasi dgn yg lebih muda darinya. Dia mudah dibuli kerana dia akan buat apa2 pun utk dia dpt berkawan dgn org tu. Kadang2 saya rasa kesian dgn dia sbb takde siapa yg nak berkawan dgn dia, malahan adik beradik pun tak suka berkawan dgn dia sbb kdg2 dia bergurau agak melampau sikit.
    Apa yang perlu saya buat Dr utk bantu dia?

    • Ramli Musa says:

      Salam,

      dari penulisan ini; i.Untuk pengetahuan Dr, Dr ada diagnose dia moderate disleksia dan ada sedikit AdHD. Dia tak pandai berkawan..

      namppaknya dia sudah berjumpa pakar psikiatri.
      Maka nasihat saya bagi kes yg sudah jumpa doktor, boleh bincang dgn doktor merawat kerana dia. kerana doktor tersebut lebih tahu tentang kes anak puan. Bagi saya, saya perlu membuat penilaian dgn interview dia sebelum memberi komen tentang rawatan.

  • Nuriffah says:

    Assalamualaikum dr..anak sya dari umo 4 thun baru pndai ckp sikit2.. sekrng dah 7 thun..x blh nk brsembng trus mcm ank2 yg lain..blh brckp dan cuba brckp dgn kwan2..tapi ada satu hal yg sya selalu perhatikan dia .dia suka ckp sorg2 senyum sorg2..masih dalam dunia dia..bila bnda ni akan brhnti dr..blh buat kerja sklh..blh ekot arahan ringkas..tapi x blh sngt nk fokus..suka jalan2 dlm kelas dulu..bru habiskn krja sklh..bila sy stopkn tv ..msti dia snyum sorg2..selalu juga tegur..lpas tu buat lgi..dia mcm x blh bosan..msti jdi dalam dunia ..mcm mna ya dr..

  • Nazeera says:

    Assalamualaikum doc anak Sy umur 8 tahun ada mengandung pada saya yg dia ade mendengar bisikan suara yg menyuruh dia buat Benda yg xelok…contoh dia tengok meja…akan ada suara yang akan suruh dia rosakkan meja tu …and dgn adik2 suara tu suruh pukul adik…tapi dia xpernah buat….dia bertanya pada Sy dgn nada naif kenapa selalu ada suara yg mintak dia buat Benda xelok..apa yg perlu Sy buat doc..adakah ini penyakit?Dan apa rawatan yg harus Sy lakukan???

  • Laila says:

    Assalamualaikum Dr. Sy nk bertanya berkaitan dgn anak sy yg berumur 7thn. Sy dapati, semenjak anak sy masuk ke alam persekolahan, anak sy pandai berbohong. Contohnya, duit belanja yg diberikan, di belanjakam utk kawan2. Tapi bila sy tny, die jawab die beli makanan. Apakah yg perlu sy lakukan Dr?

  • Mohamad says:

    Assalamualaikum doktor..saya ada seorang anak perempuan berumur 14 tahun dan dia anak sulung..dia ada adik perempuan dan lelaki…kasih sayang kpda anak dibahgi sama rata dan tidak lebih pun pada mana2 anak…masa kecil anak saya megalami spech delay masa umur 6tahun dan ada buat rujukan di hosp untuk sesi terapi…selepas dua tahun dia nampak kembali normal dan peningkatan pembeljaran sangat cepat…sehingga dia darjah enam….namun sebelum memasuki tingkatan satu tingkah laku agak sedikit berlainan..ya kadang kala saya ada juga memarahi dia kerana merosot dalam oelajaran tapi tidak lah oula saya memaksa untuk lulus..saya selalu pesan berusaha jika mahu berjaya… semua matapelajarandia suka menyendiri dan hidup dalam dunia khyalanya…pernah berlberapa kalli sesi slow talk saya dgn anak mnmpkan tanda positif tapi tidak bertahan lama dan kembali dengan perangai asalnya….dia jadi amat pendiam dan kurang daya tumpuaan…dgn adik2 juga agak jarang bergaul mesra .kurang tapi masih bergurau senda kadang2….dan sekarang di tingkatan 2 saya terjumpa lukisan yang menkaitkan dirinya sebagai beban keluarga…bersendirian..coretan rambut beberntuk orang…sedangkan kami sekeluarga berusaha untuk menbuat dia gembira tapi dia tetap dgn keadaan begitu…luaran nampak normal boleh terima arahan dan sentiasa menbantu jika disuruh namun dalaman saya khuatir dan tak pasti dengan apa yang difikirkan…apakah perlu saya menbawa anak saya berjumpa dengan pakar pskiatri….dan jika perlu apa alasan yg munasabah untuk saya jelaskan pada anak saya jika dia menanggap dia tidak normal….

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      sebenarnya berjumpa pakar bukan hanya bila keadaan sudah teruk, jumpa peringkat awal lebih baik terutamanya melibatkan remaja.
      Banyak kebaikan dan intervensi boleh dilakukan melalui family sessions atau family counseling

  • Nur says:

    Assalamualaikum.. Doktor , anak sy baru nak masuk 5tahun.. dia suka marah2. Bila datang mood dia tk baik kalau adik kacau dia mesti dia akan pukul dan cubit adik sekuat hati dia. kalau siang dia mngamuk masih bole control. sy tk lyan dia sy cuba alihkan marah dia. so dia akan ok . Tp bila malam dlam pkul 1-2 pagi dia akan bangun mngamuk seolah2 ada yg sakitkan hati dia.. bila sy tak layan dia /sy biarkan dia sndirian baru dia bole kawal amukkan dia . Tapi bila sy dtg pujuk atau nk peluk dia . Lg bertambah2 marah dia.. menjerit, menangis dan ketuk2 kepala dia guna tangan.. Pilu hati sy bila dia mula ketuk2 kepala mcm tu.. apa patut sy buat dr ? sy binggung

    • Ramli Musa says:

      Salam, anak begini memerlukan kita bercakap, nasihat dan consult semasa mood dia okay.
      Jangan bila berlaku emosi marak dan krisis baru kita fikir nak buat sesuatu intervention.
      Jika tak mampu buat, bantuan doktor boleh difikirkan

  • Syai says:

    Salam tuan.

    Sy brkahwin dgn duda ank 2 (5 & 2 tahun) . Dlu ank ank suami duduk dgn bekas isteri . Tp skrg bekas isteri nak kawen dh so dia bg ank yg sulung (kakak) mereka pd kami .

    Tapi anak anak tu dlu msa duduk dgn bekas isteri , setiap 2 mggu skali kami akn ambil mereka duduk dgn kami . Stiap kali ambil , setiap kali tu jugak si kakak akn menangis bila hantar ke rumah mak dia . Tkmau duduk dgn mak dia katanya .

    Tapi sekarang , bila dh duduk dgn kami , mak dia ad ambil mggu lepas . Mak dia htr ke rumah kami , dia menangis pulak nak ikut mak dia . Sy tktahu dah nk buat mcmna . Dia akan menangis sehabis kuat sampai la dia penat tertidur sendiri . Lepastu bila dia bangun dia akn sambung lg menangis .

    Dlu msa dia duduk dgn mak dia , ad 1 hari tu msa kami ambil dia, dia ckp “kakak tknk duduk dgn mama , mama suka pkul . Mama suka luku kepala , mama tk tepuk kakak msa nk tdo , mama lebihkan adik , mama marah kakak bila adik nangis pdhal kakak tk buat pun adik”
    Dia akn bercerita dekt sy sbb sy mmg jnis yg akn brsembg dgn ank ank .

    Mggu lepas sblm mak dia ambil pun sy puas bgthu awl pd dia mama nk dtg ambil jumaat ni , jangan nangis & dgrlah ckp mama , jd ank yg baik . Tapi jawapan dia mesti “taknak duduk dgn mama , nk duduk dgn umi & walid . Mama suka pkul , mama tk tepuk wktu tidur mcm umi & walid buat kt kakak” dia slalu ckp mcmtu . Tp hari hari sy remind dia , mama ibu kandung dia , sy hanya ibu tiri & hari hari jugk sy bgtau pd dia yg mama akn ambil hri jmaat . Dia mesti akn tnjuk muka marah yg mngatakan dia tknk ikut mama dia .

    Tapi bila mak dia dh ambil . Sy trkejut bila dia smpai je rmh sy , dia menangis dri dalam kereta lagi . Menangis tknk duduk dgn sy & suami . Nak duduk dgn mama & adik dia .

    Pernah jugk dlu buat celebrate birthday ank kndung sy dekt rmh mak ayah sy . Kakak ni rapat dgn ayah sy, ayah sy pulk jenis melayan budak wlaupun dia thu tu cucu tiri dia , tp dia tetap layan mcm cucu kandung . Keluar naik moto sama sama bgun tdo tkde sy & suami pun tkpe janji ad ayah sy . Siap ckp pd sy dia nk tdo rmh mak ayah sy tknk ikut sy balik .

    Kakak ni pulk cucu kesayangan Mak ayah suami sy . Msa celebrate tu mak ayah suami sy dtg ke rmh mak ayah sy , tdo sna 1 mlm . Yg sy trkejut , dia terus tk layan ayah sy (tok abah) . Dia layan ayah suami sy shj (tok ayah) . Tok abah terus dia buat tktahu. Tok abah bgthu dia “kakak ? Nk makan kek tk ; kalau nak kakak mtk umi bubuhkan tau ” . Dia tklayan ayah sy, toleh pun tidak . Msatu dia duduk ats pangku tok ayah . Dia dgr apa yg ayah sy ckp tp dia buat tkthu . Dia terus ckp dgn ayah suami sy “tok ayah, kakak nak kek la blh tk bgtau umi tlg bubuh” .

    Sy trkejut bila ayah sy cerita bnda ni .

    Kakak pulk jnis yg nk ikut semua kehendak dia . Pergi kedai pun dia tetap nk beli brg wlaupun 1 brg . Klau tk dpt dia akn menangis meraung smpai dia penat & trtdur lepastu bila bangun dia akn nangis lg . Keluar mana mana pun dia nak phone . Klau tk bg dia akn menangis sepanjang jalan dlm kreta .

    Sy pelik tmbh tmbh lg bila dia menangis tknk duduk dgn sy & suami . Pdhal sblm pergi ke rmh mak dia , bukn main lg dia ckp dia tknk duduk dgn mak dia . Skrg lain pulk jd .

    Kenapa ya tuan? Normal ka dia yg berumur 5 tahun tantrum mcmni ? Atau sy yg trlebih risaukan dia? Sy tkut kalau kalau ini melibatakan emosi dia atau sebagainya . Mohon pencerahan . Sy & suami tk blh nk faham dia & dh buntu nk tangani mcmna .

  • Needhelp says:

    Doc, adik saya sangat baran dulu bukan mcm ni , bila marah sikit dia akan terus baling barang , pecahkan kaca , apa/ yang berdekatan,l sampai koridor rumah pecah, dan dia akan mengamuk sampai dia puas dan pergi, apa yang kami boleh lakukan doc?

  • azie says:

    Doc, saya ada 2 orang anak lelaki, seoang umur 10 tahun yang sorang lagi umur 8 tahun.
    untuk yang umur 10 tahun, saya pernah memarahi adik saudara dia di hadapan dia, tiba2 dia mengamuk marahkan saya kerana marah, boleh saya tahu apa puncanya?
    bagi yang berumur 8 tahun, kebelakangan ini, anak saya kerap ambil duit(mencuri) dan apabila ditanya, dia sering berbohong. sedangkan perkara itu memang sudah terang terangan tahu dia yang buat.. pernah juga dirotan atas kelakuan dia, juga pendekatan secara lembut, tapi hasil masih sama.. sekarang ni, dia sudah mula berbohong dengan alasan sakit tidak mahu kesekolh, tapi bila di rumah dia mula buat perangai ambil duit..

    perlu ke dua2 anak saya dirujuk ke pakar?

  • Ida says:

    Salam doc
    Situasi saya di mana anak saya lelaki berusia 7 tahun kerap di buli seperti mengambil barang2 anak, di suruh membuat kerja sekolah, si tuduh buat itu dan ini walhal dia tak buat akan tetapi anak saya nak jugak berkawan dengan beberapa org yg membuli dengan alasan takut tiada siapa hendak berkawan dengannya sedangkan ada je yang kawan- kawan lain yang tak ambil kisah nak berkawan dengan si pembuli. Sering di tegah utk tidak berkawan dengan mereka dan byk kali bagi nasihat tak perlu berkwan tetapi masih begitu. Setiap kali balik sekolah mesti ada shj aduan. Bila di tanya kenapa tak lawan dan bg tahu guru alasan takut. Puas menasihati di marahi dan di rotan juga pernah hanya kerana masalah yang satu ni. Di rumah hanya ada dua beradik sahaja iaitu kakak dan dia yg mempunyai jarak 7 tahun beza umur. Apa yg perlu saya lakukan doc?

  • Tiez says:

    Assalamualaikum Doktor. Sy ada kerisauan tentang anak sy. Anak sy lelaki berusia 12 tahun. Bijak dalam pelajaran tetapi tidak suka bergaul. Anak saya ada autims sedikit. Anak sy berhajat nak ke sekolah berasrama yang diminatinya tetapi sy pula risau memandangkan dia tidak pandai urus diri sendiri. Semua kena suruh. Blh ke kalau anak sy duduk di asrama?

  • Amie says:

    assalamualaikum, doc.. Saya ada sprg ank tiri lelaki dh nk msuk tingkt 1 tpi pergai die mcam budak drjah 1 or 2.. Die suka buat bende mcam budak darjah 1 or 2 cntoh hembus hingus kt bju laa.. Lpas tu mnta die sruh buang makanan kucing ke apa die bleh g buang kt dlam lubang paip air dri buang kt dlam tong sampah.. Dan dlam plajran plak die tlis ayt mcm budak drjah stu pdhal.dh drjah 6 n msuk tingkt 1 dh.. contoh ayt.. Akang lebi, maye, dan lain2.. Lpas tu bila.mnta tlong buat apa2 mngamuk n.mrah2.. Cra die suap.nasi pn xbtol.lgi guna tngan.. Sya prnah nmpak die ludah kt.bju die n die main air ludah tu kt.bju.. Mohon pencerahan doc..

    Terima.kasih

    • Ramli Musa says:

      kami perlu menilai tahan kematangan mental atau IQ dia untuk memberi penjelasan tepat.
      sesi assessment pakar akan memberi jawapan tentang perangainya

  • Abu Adib says:

    Salam, anak saya As-Salam doktor
    Setelah sembilan bulan berdoa dan berusaha, pelbagai rawatan dicuba, berpindah dari satu klinik ke klinik yg lain, diambil darah, disuntik ubat, menjalani CT scan, MRI dan lain², dari klinik ENT, klinik mata, klinik medical, klinik Nero, klinik pedriatik dan kembali semula ke klinik Nero,… akhirnya Allah memberikan jawapan atas kesakitan yg menimpa anak saya selama ini, baru tahu sakit kepalanya adalah kerana anxiety, atau mungkin juga anxiety ini berpunca kerana tak dapat mengesan punca sakit kepalanya sekian lama. Kini dia diletak dibawah pemantauan klinik psikiatri IIUM.

    Soalannya, saya dapati tubuhnya menggeletar setiap kali saya dan ibu ya berjumpa dengannya. Mengapa jadi begitu? Mohon pencerahan doktor

    • Ramli Musa says:

      Membuat pelbagai ujian walaupun berulang kali, hanya membazir duit, masa, tenaga dan menyiksa diri.
      Rawatan anxiety oleh pakar sangat mudah dan berkesan

  • Dya says:

    Salam doc..saya Ada anak 7tahun..sejak kecik mmg membesar dengan atoknye Dan dmanjakan sgt Oleh atoknye..sentiasa ikut kemahuan dia..Dan dia kuat mengamuk..tak boleh kena marah langsung klu marah or pukul lagi terik dia mengamuk ..tapi kadang2 time nak pergi sekolah pagi..dah janji nanti atok dia Antar Naik moto,time bangun,Mandi nak pakaikan baju memang bergelut..walau dah janji macam2 tetap taknak..pastu kena marah dia mengamuk baling barang..lagi perangai dia takleh kalau abg2 gelakkan dia or taknak layan dia mesti dia Akan kerjakan abg2 Tu tak Lepas mcm tmbuk2,cubit..saya penat lah nak handle anak saya Tu..

    • Ramli Musa says:

      pendekatan parenting yg tidak betul atau tidak sihat akan menyebabkan masalah tingkah anak2
      Jika penjaga yg mterlalu memberi tiada had/ limit akan menyebabkan anak jadi terbalik iaitu terlalu manja. Sesi kaunseling pakar akan membetulkan masalah ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires