JANGAN BUANG MASA, MULAKAN RAWATAN AWAL, DAPATKAN RAWATAN PAKAR PSIKIATRI ATAU PAKAR PSIKOLOGI MALAYSIA

by Prof Dr Ramli Musa under 1. Anxiety disorders, Panic disorder & rawatan berkaitan January 21 2020

PEMBACA:

Assalamualaikum Prof. dan semua yang membaca.

Pertamanya saya ucapkan jutaan terima kasih kerana atas inisiatif Prof. melalui link di laman web ini saya akhirnya berjaya merungkai permasalahan yang dialami lebih 30 tahun ini. Dengan maklumat yang Prof. kongsikan saya dapat kefahaman dan kesedaran untuk meminta pertolongan profesional.

Dua kali saya buat ujian DASS di sini (selang sebulan) dan berdasarkan score, saya terus pergi ke Klinik MENTARI Putrajaya untuk mohon pandangan. Di situ saya diminta buat ujian DASS sekali lagi secara manual dan terus diberikan tarikh appointment dengan psikiatris.

Alhamdulillah saya sedang menjalani rawatan selain psikiatris, saya dirujuk juga kepada Occupational Therapist di Hospital Putrajaya. Di tempat kerja pula saya turut mengikuti sesi dengan pegawai kaunseling. Sejak temujanji pertama dengan psikiatris bulan Disember 2019, saya didiagnos anxiety disorder (generalized anxiety disorder) dan mendapat preskripsi fluoxetine HCl 20mg.

Bila saya baca dan ikuti semua komen, maklum balas tuan/puan di atas rupa-rupanya saya tidak bersendirian. Kita tidak bersendirian. Sayu juga mengalami segala gejala dan pengalaman yang tuan/puan semua lalui.

Kini saya rasa lebih tenang setelah tahu apa sebenarnya masalah saya selama ini. Insya Allah banyak yang boleh diperbaiki.

Terima kasih sekali lagi Prof. Dr. Ramli Musa.

 

JAWAPAN

 

Alhamdulillah website ini banyak membantu masyarakat. Akan saya abadikan komen Puan dalam bentuk post di website ini. Jarang orang memberi komen begini. Selalunya bertanya soalan.

Semalam saya berjumpa seorang pesakit yang telah menghabiskan masa selama 5 tahun menghidapi kemurungan dan akhirnya semakin teruk hingga mengalami Hallusinasi pendengaran (auditory hallucination). Beliau telah berjumpa 10 rawatan traditional dan yang terakhir mencadangkan berjumpa Pakar setelah semua “benda” yang menempek dibuang oleh perawat tradisional dan tiada lagi “benda” boleh dibuang. Kos rawatan selalunya “ikut sumbangan ikhlas” namun selalunya bayaran diharapkan dalam RM100-300 sekali. Jika pembedahan batin perlu dijalankan, kos boleh mencecah antara RM 500 hingga RM 2000 mengikut pengalaman pesakit-pesakit saya.

 

Perlunya kita memberi masyarakat ilmu dan pengetahuan terutamanya dalam isu psikologi dan psikiatri yang dikaitkan dengan stigma negatif. Kebanyakan kita lebih cenderung menghabiskan masa dan melambatkan rawatan sehingga kita mengalami kesukaran dan melalui pahit hidup.

Moga Allah merahmati kita semua demi kebaikan bersama.

HADIS RASULLAH S.A.W. ; SEBAIK-BAIK MANUSIA ADALAH MEREKA YANG MEMBERI MANAFAAT KEPADA ORANG LAIN.

Antara post berkaitan;

Baca PENGENALAN TENTANG KEMURUNGAN;
https://www.ramlimusa.com/92-2/

Penerangan Video tentang kemurungan;
https://www.ramlimusa.com/first-video-on-depression/

Baca BAGAIMANA MENBEZA GANGUAN EMOSI BIASA vs PENYAKIT, SEPERTI SEDIH BIASA vs KEMURUNGAN
https://www.ramlimusa.com/bagaimana-menbeza-ganguan-emosi-biasa-vs-penyakit-seperti-sedih-biasa-vs-kemurungan-gemuruh-biasa-vs-penyakit-panik/

 

Prof Dr Ramli Musa

Pakar Psikiatri  / Psychiatrist

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


 

 

 

43 Comments

  • f says:

    doc, pada tahun lepas saya berumur 17 tahun dan selalu ada suicidal thoughts. saya ada simptom depression dan anxiety yang teruk pada tahun tersebut. dari hari ke hari markah peperiksaan saya merosot sehingga ujian percubaan SPM. since bulan 3 saya memang tak suka pergi ke sekolah sebab saya selalu rasa kawan kawan jauhkan diri dari saya dan cikgu tak suka saya. even di rumah, ibu bapa saya bukan parents yang supportive sehingga saya rasa susah nak percaya pada siapa pun dan banyak pendam sendiri. saya rasa tak ada tempat bergantung dan tak ada tempat nak pergi sampai saya rasa diri saya tak berguna dan pernah bercadang untuk bunuh diri. tahun ini saya dah tak bersekolah dan perasaan resah tu berkurangan. tapi saya masih lagi ada terasa diri tak berguna dan berharap untuk mati. ujian DASS menunjukkan depression – 26 , anxiety – 16 , stress – 18. tapi saya rasa saya baik baik sahaja dan tak perlukan konsultasi. apa pendapat doktor 😊

    • Ramli Musa says:

      Anda mempunyai beberapa symptoms kemurungan, antaranya social withdrawal (menyisihkan diri) dan rasa menamatkan riwayat. tapi tiada plan.

      Jika baca post ini;
      https://www.ramlimusa.com/apakah-indikator-untuk-difikirkan-sama-ada-perlu-mendapatkan-rawatan-di-klinik-pakar-psikiatri/

      Anda tiada indikator yg penting no 3.

      • Naim says:

        Assalam, doc
        Utk makluman sy disyaki gerd dan anxiety hampir 2 tahun, dan sy dh xrsa takut yg bukan2 dah.. Dr segi mental sy dh ok, cme kdg fizikal (sukar bernafas, pening, berpeluh walaupun tido dlam aircond) buat sy rse cemas, sy fikirkan sy sakit jantung, adakah sy ni normal?

    • Sya says:

      doc, saya konfius saya ada depress or anxiety? sebelum ini saya jenis yg riang tak ada yg menganggu fikiran saya tapi selepas kejadian tahun lepas saya ada masalah family gaduh besar sampai saya mahu fikir bunuh diri and tambahan pula saya time itu sedang final exam bertambah stress saya and saya juga asyik terdgr situasi family saya gaduh padahal tdak ada apa2 berlaku selalu terjadi if saya keseorangan . Semenjak hati itu, saya perasan dgn diri saya cepat bertukar mood kandang² happy selepas itu murung.. if saya down saya asyik fikir tak berguna asyik fikir nak bunuh diri saja and saya kadang2 tak dpt tido pada waktu mlm kdng2 sehari tak tido .. Saya juga lebih suka berseorangan and saya juga jenis pendam perasaan if ada something tak betul sya tak akan cerita dgn sesiapa termasuk my family contoh mcm saya rasa saya ada depress tp saya tak bagi tahu sbb mereka tidak akan percaya… Saya ada coba test DASS dua kali result saya menunjukkan depress -38, anxiety -20, stress -22. Apa pendapat doktor

      • Ramli Musa says:

        Lebih kepada depression, anda ada low mood, hopelessness, thought of dying, insomnia = susah tidur,
        Namun kemurungan dan anxiety selalunya berkaitan rapat.
        Selagi boleh berfungsi, In shaa Allah tak perlu rawatan serious

    • Dayah says:

      Salam saya dayah nk tanya adakakh sy sakit mental skizo..sbb sy ni suka berhalusinasi saya suka bayangkan sy bahagia,ada kemewahan ade keluarga sempurna.
      Tak suka dekt dgn orang,suka mnyendiri,dengar bisikan,boleh nmpk hantu,saya punya percakapan jadi pelat,suka banyak bercakap,makin lama pemikiran sy jd mcm orang bodoh,sy dah bt kajian sendiri sy cari ape masaalh saya tp google mngata kn ini punca skizo ,mmg sy ada sakit mental kr

  • Fida says:

    Assalamualaikum doktor..sy mempunyai seorang anak lelaki yg skrg tingkatan 4.Semasa dia di sekolah rendah dia seorang pelajar yg bijak.setiasa mendapat markah tinggi dlm kelas.Tetapi bila dalam darjah 2 dia mengalami deman panas yg teruk. Sy tak pernah refer ke hospital hanya ke klinik swasta.Mungkin sbb masa itu sy masih muda dlm umur 22 tahun tak tahu risiko dia agak parah.Sy hanya memberi ubat,letak cool fever,basahkan kepala dia dgn air daun rambutan..ikut apa yg disaran oleh org tua.Selepas itu apabila sembuh anak sy mengalami perubahan ketara.Dia makin mundur dan lemah dlm pelajaran.Sehingga lh ke sek menengah dia makin teruk. Pelajaran teruk tak pernah lulus dlm apa2 subjek,malas belajar,hilang tumpuan dlm kelas,baran dan sentiasa cemburu dgn kelebihan adik dan abangnya.Itu membuat sy risau tp sy tak pernah berkasar dgn setiapkali dia buat silap hanya menasihati.Sbb bila sy marah teruk dia akan buat sy mcm musuh.Apa yg patut sy lakukan utk merawat anak sy sebelum parah.Tp anak sy mempunyai kemahiran pertukangan dan kretif menghasilkan sesuatu.Dia kurang dlm pelajaran sek tp kretif dlm kemahiran.Apa pendapat doktor.Terima kasih

    • Ramli Musa says:

      MasyaAllah,
      Sayang anak cerdik namun kerana demam panas tidak dirawat sebaiknya menyebabkan kesan kekal.
      Ada kesan kekal pd otak dia, agak sukar untuk patah balik normal.
      Kita kena banyak sabar dalam mendidik dia. Moga masyarakat ambil pengajaran.
      Salurkan minat dan skilnya pada vokasional. InsyaAllah jadi insan berjaya.

      • Fadylah says:

        Assalamualaikum Dr. Saya fadhilah, berumur 24 tahun dan seorang pljr tahun akhir di sebuah ipt. Disini saya hendak share sedikit dan nak tahu pandangan dari Dr. Untuk pengetahuan Dr, saya telah kehilangan orang-orang yg saya sayang 5 tahun berturut (2016-2020). Disebabkan hal itu, saya takut dgr pasal kematian. Bila dengar mengenai kematian, badan saya akan shaking dan saya jd takut dan fikiran saya mula fikir macam2. Adakah itu dipanggil PTSD?.
        -Semasa saya berada di sem 5, saya sedar prestasi saya makin merundum, sehingga saya dipanggil oleh pensyarah. Saya sendiri tidak pasti apa masalah saya..segala aktiviti dan kerja saya xdilaksanakan dengan baik. Saya lebih suka bersendirian, self-esteem saya makin menurun. Saya x yakin apa yang saya buat. Rasa diri ni dh xberguna..saya takut nak berjumpa dengan orang. Bila saya sedar semua tu, saya try utk bangkit kembali di sem 6, tp skrg saya kembali seperti di sem 5. Sampai saya ada rasa nk stop semuanya. Saya tak suka diri saya yang sekarang, saya nk diri saya yg dulu. Apa langkah yg perlu saya ambil untuk elakkan dari saya jd lebih teruk.

        Terima kasih

  • Maira says:

    Assalamualaikum doktor. Saya merupakan pelajar tahun akhir di sebuah ipt. Saya mempunyai masalah utk meyiapkan fyp saya. Setiap kali saya cuba utk siapkan fyp saya pasti ada satu perasaan dlm hati saya yg saya tak nak siapkan fyp saya. Saya rasa terbeban sangat. Kdg2 saya tak tahu kenapa saya rasa macam ini. Saya pernah terfikir yg saya ni tak berguna dan tak layak utk hidup kt dunia ini. Saya juga rasa sangat nervous setiap kali nak hantar progress dekat pensyarah saya. Kdg2 saya rasa penat sgt nak teruskan hidup utk siapkan fyp. Saya juga pernah terfikir utk drop fyp. Saya juga selalu rasa tak disayangi dan diabaikan oleh orang sekeliling. Saya rasa seperti saya dah tak kenal siapa diri saya yg sebenarnya. Dulu saya tak macam ini. Harap doktor boleh bagi penjelasan apa yg perlu saya lakukan utk mengatasi masalah ini. Terima kasih.

  • Lissa says:

    Salam Prof, Sy Lissa, berumur 38thn, berikut adalah keputusan DASS saya:-
    https://www.ramlimusa.com/questionnaires/depression-anxiety-stress-scale-dass-21-bahasa-malaysia/?results=534QXL

    Apa yg ptt sy lakukan sekiranya ubatan yg diberikan oleh doktor pakar masih tidak boleh membuatkan sy mengantok dan tidur?.. Sy dibekalkan dgn escitalopram 10mg dan lorazepam 1mg..malangnya sy masih tidak dpt tidur ada kalanya sehingga lebih dr 24jam..sekarang sy under psikiatri ppum..tarikh temujanji akan dtg tggl seminggu lg.. Tp masalah tido dan emosi yg tidak menentu memberi masalah kepada sy.. Bolehkah sy walkin utk dptkan bantuan ataupun nasihat utk menambah dos ubat..sy seolah telah lupa bagaimana utk tido.. Tq Prof

  • Iza says:

    Assalamualaikum dr.
    Result DASS sy:
    Depression – 50
    Anxiety – 36
    Stress – 38
    Saya merasakan punca diatas adalah kerja. Skrg ni sy mula berasa benci sangat dengan kerja sy sebagai qs. Saya tak tahu bagaimana nak explain masalah saya pada doctor. Baru2 ni saya tiba2 panic di tempat kerja. Badan rasa menggigil, tak bole focus, mood tak baik, sy rasa nk menangis, menjerit & lari dari office. Sy ade berjumpa doctor, pada hari tersebut tekanan darah sy naik mendadak & degupan jantung terlalu laju. Sy risau keadaan sy akan memberi effect kepada org sekeliling. Mudah marah & sensitive memang biasa dh pada sy. Sy harap dapat atasi masalah ni. To be honest, dulu sy seorg yg periang, motivated & sentiasa positive. Skrg semuanya berbeza. Sy dh x macam dl. Selalu sgt downgraded diri. Harap doctor dapat bagi sedikit nasihat & panduan utk sy pulih. Terima kasih

    • Ramli Musa says:

      Salam anda ada banyak sebab untik mendapatkan rawatan,
      Ada symptoms kemurungan,
      Ada panic attack,
      Symptoms di atas mula menggangu kerja.
      DASS score significant
      Jgn berlengah berjumpa doktor

  • siti nurfarain binti muhammed says:

    asslm doc .. bulan lepas saya mengalami migraine yg bpnjngan .rasa hendak pitam . ..perasaan takut yg keterlaluan shgga mbuat saya .gelisah ,jantung laju .dn menangis sehingga sesak nafas .syg berasa takut dgn semu benda. saya takut mati. saya takut x dpat menjadi istri dan ibu yg baik ..saya berulang alik bekerja 140 km seharii ..sya x bersemangat utk kerja dan melakukan smua benda ..saya penat. syaa sukar tidur kerana banyak bepikir ..kadang2 jika anak lewat tidur sya pukul anak saya .dan slpas itu saya rasa bersalah dan menangis .saya merasakan anak saya dan suami lebih bahagia jika saya tiada bersama mereka .kdg2 saya befikir. mgkin dgn saya tiada mereka akn lebih bahagia dan sya tidak membebankan mereka .sya sdh pergi ke hospital .mereka hanya bgtau sya hnya penat dan stress ..sya ingin berjumpa pakar kaunseling tp mereka bgtau tiada kaunseling utk saya krana sya belom ada suicidal thought .apa perlu saya buat doktor .apa pandangan dktor. sya sdh mbuat DASS. anxiety saya sangat teruk. kemurungan teruk.

    • Ramli Musa says:

      Alhamdulilah, ini saya boleh sahkan puan ada anxiety dan kemurungan.
      Pembaca lain, beri maklumat ringkas then suruh saya teka sakit apa. Saya bukan tukang tilik.
      Anda perlukan ubat antidepressant untuk sihat.
      usahakan mendapatkannya

  • Na says:

    Assalamualaikum doktor. Saya ada symptom-symptom depression sejak umur 15 tahun lagi . Tapi saya tak pernah beritahu sesiapa tentang ni . Saya hanya pendam je. Sekarang saya dah berumur 21 tahun tapi symptom dan perasaan tu tak berkurang pun tapi saya rasa macam makin teruk. Banyak kali saya fikir dan cuba untuk bunuh diri. Ujian DASS saya depression – 40, anxiety- 38 , stress – 26 . Sekarang saya asyik menggigil dan berdebar-debar kadang-kadang tanpa sebab pun. Dan saya sangat mudah panic .

  • Intan says:

    Assalamualaikum doktor,

    Saya Intan, 16 tahun pelajar sekolah menengah dari Terengganu. Saya pernah berjumpa kaunselor sekolah selepas menjawab beberapa soalan. Katanya pelajar yang ada mana-mana masalah yang dinyatakan perlu menjalankan sesi kaunseling. Ya, saya dipanggil malah saya sendiri yang minta dipanggil untuk dapatkan sesi. Saya diminta untuk menjawab soalan pada sehelai kertas dan selepas itu kaunselor yang berkenaan menggunakan jawapan saya untuk dianalisis. Keputusan saya agak teruk. Saya ditanya oleh kaunselor tersebut jika saya ada apa-apa masalah. Pada mulanya saya ragu-ragu untuk bercerita. Akhirnya saya luahkan juga. Saya bercerita mengenai kisah saya dibuli ketika di sekolah rendah. Saya seorang yang terlampau naif. Senang mengikut telunjuk orang. Selalunya disebabkan saya mempunyai kawan yang terhad. Saya akan buat apa sahaja asalkan saya ada kawan. Saya sedar perkara ni terlalu lambat. Mungkin sebab saya terlalu muda untuk tahu perkara ni. Sejak saya darjah 3, saya dapati ramai yang tak suka saya. Sama juga ketika darjah 4. Diejek bagaikan perkara biasa dan langsung tak menjejaskan saya. Namun masalah ini lebih ketara bila saya masuk darjah 5. Saya disisihkan hanya disebabkan hasutan seseorang. Menurut salah seorang kawan saya yang turut ikut membuli saya, dia diberitahu oleh ketua mereka perkara mengenai saya tapi tidak pula dia bagitau apa bendanya. Saya ingat lagi, saya pernah tak tahan sangat jadi saya keluar dari kelas dengan alasan nak ke tandas. Saya menangis sepuas-puasnya dalam tandas tu. Sampai lah pembuli tu datang dan pujuk saya keluar. Saya ingatkan mereka dah nak berbaik dengan saya. Tapi tidak. Keesokan harinya masih sama hingga ke hari berikutnya. Mereka macam tak nak saya ada kawan langsung. Kalau saya rapat dengan orang lain ada saja benda yang dia nak pujuk saya untuk kembali pada mereka. Tapi ya lah, hanya tarik perhatian daripada kawan baru untuk terus buat saya bersendirian. Saya ada bercerita dengan mak saya pasal hal ni. Mak cakap biasalah, budak-budak. Walaupun saya rasa tak membantu, apakan daya… saya masih budak-budak tak tahu nak buat apa. Huh… masuk darjah 6, UPSR. Zaman mula-mula 6A. Mak dan abah saya selalu pentingkan result yang bagus. Apatah lagi bila abang saya antara murid cemerlang UPSR. Jadi bagi mak saya, saya kenalah setanding dengan abang saya. Pada awal peperiksaan biasa di tahun 6 biasa-biasa saja. Mak saya cakap saya asyik main. Lepas dapat 6A untuk percubaan pula tak cakap apa-apa. Masuk peperiksaan sebenar saya dapat 4A 2B saja. Menangis punya teruk lah. Biarlah A tu dah banyak pun, rasa macam tak ada makna juga. Mak pula duk bandingkan dengan kawan saya, pelajar cemerlang. Sedih. Rasa tak dihargai. Tibalah masa nak memilih sekolah menengah… saya memohon untuk masuk sekolah berasrama penuh dan tak dapat sebab tak perform time interview. Saya jenis pemalu dan kurang bercakap dengan orang yang tak kenal. Jadi susah nak berkomunikasi. Lagipun abah saya tak nak saya masuk sekolah sains-sains ni. Abang dah masuk satu, saya lain lah pula. Macam tu lah kut. Akhirnya masuk juga sekolah menengah agama… bila ditanya kenapa tak kasi pergi sekolah sains, abah jawab yang dia nak juga anak dia jadi ustazah. Saya yang memang dah tetap pendirian nak jadi doktor dah tawar hati bila abah cakap macam tu. Tapi takpe lah. Ikut je lah belajar sekolah agama ni. Form 1 dan form 2, tahun pengkhianatan. Saya tak faham kenapa tapi dimana saja saya pergi mesti ada saja yang tak puas hati. Form 1 dituduh kawan tak guna oleh kawan baik sendiri. Dia saja yang saya ada, kawan berdua. Saya ambivert, dia extrovert. Saya jadi macam ekor, ikut saja kemana dia pergi. Tapi bila dituduh sebagai tak guna ni Ya Allah… sakitnya. Saya agak terkesan, dia tak bercakap dengan saya beberapa hari. Saya sedar saya jadi lain. Jadi suka menyendiri. Orang tanya layan, tak tanya tak lah pergi berborak macam biasa. Lepastu saya okey sikit. Dia dah pindah jadi saya dah tak kesah pasal dia lagi. Huh… form 2. Saya kena tikam belakang pula. Ya, saya memang kuat terasa. Tapi benda macam tu pun boleh dibuat bahan mengumpat ya? Siap cakap saya macam-macam lagi. Itu ini, cukup hati terguris. Saya dapat tahu pun sebab kawan yang lain bagitau. Yalah sebab saya ni selalu clueless, blur saja memanjang. Lepas dapat tahu, saya diamkan saja. Nak tengok juga perangai orang talam dua muka macam mana. Tapi saya semakin hari semakin hilang keyakinan diri. Dia berlagak macam biasa. Seolah-olah dia tak bersalah langsung. Saya tahu dia tak suka saya. Sampai sekarang pun dia masih tak suka saya. Tak faham. Sumpah tak faham apa yang dibencinya. Saya nak bercakap dipotong. Selalu fokus percakapan tu pasal dia, dia dan dia. Waktu PT3, saya banyak belajar. Stress tu, stress lah juga sebab kebanyakan homework tertangguh. Masa jadi tak cukup, terkejar-kejar. Kadang-kadang timbul rasa risau kalau tak sempat siap kerja.Tidur pukul 3 pagi tu macam dah biasa. Sampai kadang-kadang tak boleh tidur selagi tak lepas 1 atau 2 pagi. Dapat result, hari yang menggembirakan. Alhamdulillah, dapat keputusan cemerlang walaupun B itu masih setia dengan saya. Saya tunjuk result PT3 pada abah, dibalasnya dengan “Betul ke tak ni?” Habis, terasa. Macam sia-sia je hasil berbulan-bulan study bagai nak rak. Abah jenis yang tak layan sangat anak-anak dia. Apa-apa tanya mak saja. Jadi saya abaikan lagi. Kakak cakap tahniah, tapi saya rasa insecure sebab kakak tak pernah puji kalau saya dapat apa-apa yang bagus. Siap post gambar lagi. Abang pula tambahkan rasa kecil hati dengan cakap “Bukan straight A pun.” Nak sambung dekat tempat lain, nak ikut cita-cita baru tapi cepat-cepat mak dengan abah turn down permintaan saya. Nak ambil aliran, terasa nak ambil seni sebab rasa minat ke arah tu. Mak suruh ambil aliran sains. Ikutkan mak, ambil lah aliran sains. Mula-mula okey, sampailah PKP datang. Masa ni lah masalah saya memunculkan diri. Saya mula sibukkan diri dengan benda yang saya suka. Saya suka melukis jadi saya mula aktif melukis semula. Saya aktif instagram, saya buat itu ini asal saya gembira. Saya tak ada nombor telefon jadi saya tak boleh contact kawan-kawan. Hanya boleh chat guna telefon abah. Beberapa minggu lepastu saya baru tahu pasal class online. Saya rasa cemas, yalah lama saya tinggal class online. Apa nak jawab dengan cikgu? Saya pun minta lah telefon dengan abah saya. Abah tak bagi. Lama lah juga pujuk sampai saya buat spekulasi yang abah ada sorok sesuatu dalam telefon dia. Saya fikir yang abah curang dengan mak. Saya mula fikir macam-macam perkara negatif lain. Bila saya masuk class balik, cikgu mula tanya saya kenapa tak muncul-muncul. Saya terlepas banyak sangat pelajaran jadi saya kena study sendiri. Kalau class yang guna telegram takpe lah saya boleh guna laptop, tapi yang ada group ws? Saya kena guna telefon abah juga. Saya ada bagitau cikgu saya yang ayah tak kasi. Cikgu cakap, “Takkan abah awak tak kasi anak dia nak guna untuk belajar?” Saya rasa macam cikgu nak cakap yang saya menipu dia. Saya diam saja. Tapi dalam kepala fikir itu ini. Seminggu saya tak ada kelas. Saya tiba-tiba bertenaga semacam. Malam tak tidur, pagi start pukul 10 saya mula tidur. Kadang-kadang ter’shut down’ sendiri. 4 jam pun dah cukup. Masa tengah down, tidur sampai 13 jam masih tak cukup.Tak pernah masak, tiba-tiba masak sarapan, siap bernyanyi-nyanyi lagi. Dengan mak pun bercakap ceria. Saya bercakap pun laju saja sampai rasa macam terpaksa bercakap. Malam saya buka laptop mengarang cerita. Sekarang dah berapa novel saya tulis. Tapi semua separuh jalan. Idea datang mencurah-curah sampai tak tahu nak tulis yang mana. Bersenam bagai nak rak. Lepastu saya ada mula membeli. Saya tak tahu kenapa saya nak beli novel tiba-tiba. Bukan sikit, 6 novel sekaligus. Sampai pokai. Nasib baik pokai sebelum beli banyak lagi. Beberapa hari lepas beli-membeli, saya mula rasa down balik. Rasa macam hidup tak ada makna. Nangis tisu berkotak-kotak. Makan dan mandi pun sekali sehari saja. Rasa lapar tu dah tak ada. Kenyang saja sentiasa. Tengok makanan rasa nak muntah pun ada. Badan mula nampak rangka. Mak marah sebab cakap saya diet melampau. Diet? Ini bukan diet ini tak ada selera. Haih… Satu masa tu, saya pernah termenung lepas solat subuh dengan family. Mak tanya kenapa, saya senyap saja. Saya masuk bilik terus nangis. Saya mula ingat balik benda-benda yang jadi dekat saya (ruminating), perkara negatif macam dekat atas tu. Terfikir kenapa aku macam ni? Rasa kosong semacam. Ya Allah, peritnya. Menangis. Mak ketuk pintu sebab dengar saya menangis. Saya tak buka sebab takut mak risau. Lagipun mak tak suka tengok saya menangis-nangis. Pagi tu, saya keluar bilik for the first time sejak PKP. Saya hidup berkurung saja. Saya rasa macam bilik saya tu saja lah my save zone. Keluar dari bilik, duduk bersendirian, kait gelang nak alihkan perhatian dari rasa sedih tapi gagal. Mak nampak saya macam tu buat pertama kali. Dan ketika itulah saya duduk dengan mak saya, peluk dia. Biarlah abah nak cakap saya manja pun waktu tu. Saya nak mak. Dah okay sikit. Boleh start belajar balik slow-slow. Mood saya tiba-tiba naik mendadak balik. Saya nak buat itu ini. Rasa macam gila pun ada. Siap plan nak siapkan kerja sekolah tiga bulan yang tertangguh tu. Buat jadual study siap colour-colour. Tapi satu habuk pun tak jalan. Lepas plan nak buat kerja sekolah, saya mula mengarang balik, melukis, macam-macam lagi. Tidur lambat lagi, pukul 4 baru lelap. 2 jam baring atas katil nak menunggunya tidur tu. Masuk sekolah, banyak kerja tak siap. Ustaz, cikgu, tertanya-tanya kemana saya menghilang. Asyik tenggelam timbul saja. Tak tau nak jawab apa, saya sengih saja lah. Berbalik kepada kaunselor… (Saya hanya sempat bercerita pasal buli masa darjah lima sebab percakapan saya dipotong oleh kaunselor) Kaunselor cakap hati saya tak tenang sebab saya tak memaafkan orang yang buli saya. Saya dah lama maafkan mereka, cuma otak saya tiba-tiba nak ingat nostalgia. Kaunselor minta saya berdepan dengan pembuli tu memandangkan ‘dia’ (pembuli masa sekolah rendah) ada di sekolah yang saya belajar sekarang. Tapi saya tak nak sebab tak berani. Saya ada bagitau yang saya kurang bercakap, dipotong Kaunselor cakap saya antisosial. ‘Terasa lagi.’ Sedangkan saya seorang yang periang dulu. Ambivert katakan. Saya tak henti-henti menangis dalam sesi tu. Saya rasa lebih tertekan bila bercakap dengan dia. Akhirnya dia buat keputusan. Dia tanya saya sama ada nak jumpa psikiatri atau buat sesi kaunseling dengan dia saja. Saya pilih pergi hospital dan saya diminta jumpa dia semula. Sesi kedua, masih sama keputusan dia. Teruk juga. Sampai dia macam mengalah nak buat macam mana. Kali ketiga, dia cakap kalau buat sekali lagi mesti sama juga. Dia rasa masalah ni mungkin sebab exam (masa saya jumpa dia tu form 4 tengah exam) Dia sarankan saya bertenang dulu dan dia akan panggil saya semula. Tapi sampai sekarang dia tak panggil. Sampai saya rasa putus asa. Saya rasa macam dia tak nak bantu saya. Masuk bilik dia pun saya rasa macam dia pandang saya semacam saja. Macam saya ni pelajar bermasalah. Ada satu ketika saya jumpa dia, dia kasi nasihat yang sama. Saya rasa nak marah, rasa tertekan, saya genggam tangan saya. Saya tak tahu apa masalah saya sampai ada perasaan nak cekik kaunselor tu pada masa tu. Siap terbayang diri sendiri buat benda tu. Takut, saya bangun dan minta diri. Saya takut saya cederakan kaunselor tu. Sampai sekarang saya tak berani nak dekat dengan dia. Haritu terserempak dekat tangga, rasa macam ada suara dalam kepala nak tolak dia, Ya Allah, takut. Saya selalu sangat cakap nak mati. Mak saya apa lagi, marah lah, tak elok cakap nak mati. Buat ayat sentap, ‘amalan dah cukup ke nak mati-mati ni.’ Dalam hati bukan nak mati sangat pun, cuma penat layan letih saja. Hari-hari rasa letih, lenguh-lenguh. Badan dengan kaki rasa kebas. Buat apa pun tidak. Mak cakap angin. Saya pun iyakan sajalah. Tapi nak cakap angin, angin apa yang sampai berbulan-bulan? Mak tak kasi minum air berais, makan benda sejuk, macam-macam lah. Saya kerap sakit belakang, bila bagitau mak, alasan dia sebab galas beg sekolah berat sangat. Sebab memang betul beg sekolah berat, iyakan. Haritu tiba-tiba rasa nak makan aje kerja. Makan, makan, rasa badan makin berat. Timbang lah. Naik 2 kg. Itu baru dua hari. Sekarang ni dah tak makan sangat macam dulu. Minum pagi tidak. Cuma makan bekal yang mak bekalkan ke sekolah. Itu pun sumbat-sumbat saja dalam mulut takut mak terasa hati sebab tak makan dia masak penat-penat. Nak muntah pun paksa juga. Bibir kering. Kuat termenung. Tengah berjalan rasa macam hidup tak hidup. Kadang fikir, kan bagus kalau jatuh longkang sekarang ni. Kena langgar ke… fikir saja. Tak buat pun. Pernah mimpi tikam mak, tikam diri sendiri dekat dapur. Masih terbayang-bayang sampai ke hari ni. Rasa macam diri patut dah lama mati sebab masa darjah 2 pernah hampir kena langgar. Darjah 5 dan 6 pernah hampir lemas. Ada masa rasa nak cekik diri sendiri. Pukul kepala sendiri, hantuk dekat dinding sebab sakit sangat, tarik rambut geram. Berjalan lambat, buat semua benda lambat sampai orang kena tunggu saya. Masa exam haritu saya ada salah faham dengan mak. Saya bagitau pasal saya penat, rasa sedih… nak mati and all negatif things. Saya kena marah. Saya tengah fragile, mak marah. Nangis lah. Esok lambat pergi sekolah, dah lah exam. Study pun tak lah. Cikgu tanya kenapa lambat rasa nak nangis. Tapi buat-buat garu tengkuk. Jawab exam, lupa apa yang dibaca, cemas, berdebar, rasa sesak nafas, saya koyakkan kepingan bibir yang kering sampai berdarah. Hasilnya banyak soalan tak berjawab. Fail subject tu. saya sorang saja yang fail. Kena marah. Saya nangis dalam kelas tu juga. Tapi orang lain tak nampak. Result exam merundum, dalam kelas last, dalam batch 90 lebih. Mula fikir ‘aku tak layak kelas ni. Kata kelas depan tapi grade macam ni. Macam bodoh je.’ Saya still rasa sedih, hari-hari ‘nak mati’ meniti di bibir. Rasa macam tak ada tenaga. Sembelit, pening, muka pucat, biru. Kena marah dengan mak lagi sebab tak jaga makan, tak tidur awal, baring je kerja. Stress. Rasa nak mati. Pernah terfikir nak kelar tangan, nampak pisau triggered perasaan tu, jadi saya jauhkan diri. Masih segar dalam hati, bunuh diri berdosa besar. Saya tak tahu sama ada saya stress sangat atau apa sampai dengar bunyi-bunyi. Ada dengar abah bercakap dgn mak dlm bilik tapi abah tak ada pun dekat rumah. Dekat kedai dengar orang bercakap lagi. Jelas sangat kalau nak dikatakan perasaan je. Balik rumah, rasa tertekan sebab tak boleh jelaskan datang dari mananya bunyi tu. Ingatkan berhenti lah, ada lagi rupanya. Esoknya ada lagi. Dengar suara kakak pula. Tapi kakak balik rumah suami, tak ada dekat rumah. Seminggu juga benda ni jadi dekat saya. Hari ni dengar orang menjerit macam suara abang. Again, tak ada orang pun dalam rumah. Budak ii bermain dekat luar pun tak ada. Nampak bayang-bayang. Benda tak ada pun. Last-last saya meringkuk atas katil saja. Dekat sekolah rasa macam orang perhati saja walaupun tak ada satu yang pandang saya. Rasa macam cikgu nak masuk, jadi selalu pandang tingkap nak intai cg ada ke tak. Selalu sangat nak tengok jadi serabut juga, tak fokus nak belajar. Kadang-kadang dengar tak dengar je cg ckp apa dekat depan. Blurr. Tangan tak pernah tak ketar. Dah macam orang kebuluran. Pernah tak pergi sekolah sebab mata bengkak, menangis banyak sangat. Cuti pula dua hari lagi sebab period pain. Bertambah kerja sekolah. Stress lagi. Nak buat pun tak ada tenaga. Mandi pun paksa diri inikan kerja lain. Lepas mandi rasa letih, baring lagi. Tidur 10 jam sehari termasuk tidur petang. Rambut gugur, sehari kalau tak segenggam dua yang gugur tak sah. Rasa loya. Rasa macam dicekik. Pening, nak pengsan. Sakit kepala selalu ambil panadol sebab tak tahan. Telinga berdesing. Sakit perut. Muka sembab. Rasa nak marah kalau orang kacau saya buat kerja. Bunyi-bunyi tak boleh kuat sangat sebab serabut. Saya mudah terasa. Mak atau sesiapa je cakap kuat sikit rasa macam kena tengking atau kena marah. Saya takut kalau orang marah saya, mungkin sebab masa kecil dulu mak banyak sangat marah saya. Mak kalau marah dia lain macam. Mak marah macam benci sangat dekat saya. Rasa macam anak pungut. Dekat sekolah pun cg banyak marah. Jadi bila ada orang marah-marah saya akan jadi takut. Walaupun diorang tak marah saya. Saya ada mak cik yang suka sangat kritik orang. Selalu judge benda yang saya buat. Saya rasa tak tenteram kalau dia ada. Sama juga dengan orang lain. Takut dijudge, saya overthinking walaupun benda yang remeh temeh. Saya pernah cakap dengan mak nak jumpa doktor tapi dia cakap tak perlu sebab biasa saja. Saya rasa mak takut sebab ada saudara mara dia yang sakit (dia jadi tak betul sebab buatan orang). Tapi itu bukan macam masalah saya. Pak cik saya ada seorang. Saya rasa dia ada masalah mental juga, tapi tak pernah rujuk doktor sebab tok asyik percaya bomoh saja. Huh… Saya nak minta bantuan siapa lagi pun saya tak tahu. Seharian saya baring semalam. Hari ini menangis saja. Tak tahu nak buat apa. Maaflah panjang pula saya bercerita.
    Saya buat DASS bulan lepas.
    Keputusan,
    Depression : 32 (Sangat teruk),
    Anxiety : 30 (Sangat teruk),
    Stress : 20 (sederhana).
    Ada tunjuk dekat mak tapi dia gelak je. Haih… Saya buat lagi hari ini,
    Depression : 36 (Sangat teruk),
    Anxiety : 22 (Sangat teruk),
    Stress : 20 (Sederhana).
    Saya tak tahu nak buat apa. Tersepit. Rasa nak berhenti sekolah. Saya tak ada sesiapa untuk jadi tempat mengadu. Kawan, saya takut bebankan mereka. Cukuplah mereka teman saya selama ni. Sungguh saya buntu. Minta pendapat doktor? Terima kasih.

    • Ramli Musa says:

      Salam

      Huh,, rasanya ini pertanyaan paling panjang saya terima setakat ini.
      Secara ringkasnya saya tahu anda mempunyai IQ yg bagus, namun ada masalah isu pada pembawakan diri yg mana anda menyatakan anda naif. Sesi psychotherapy dan kaunseling perlu bagi membaiki skil bergaul, bersocial dan assertive supaya tidak terus menjadi mangsa.

      Saya mahu anda baca apa itu Bipolar Disorder.
      Anda ada banyak simptom mania yg merisaukan.
      Harap membantu

  • a. says:

    Salam doc,
    umur saya 20 tahun. saya baru start class fizikal minggu lepas. masa first class rasa macam berdebar sangat nak masuk. bila dah masuk tu, 2 jam masa kelas tu rasa tak boleh bernafas and rasa nak nangis. tapi saya taktahu kenapa saya rasa macam tu. habis kelas, saya pergi toilet and nangis sorang sorang. ini baru satu insiden. dah banyak kali jadi where i get extremely nervous for no reason lepastu jantung laju, tak boleh bernafas, rasa nak menangis. kadang kadang i’d cancel my plans to meetup with friends sebab i was sad for no reason and rasa taknak jumpa sesiapa. saya dah ambil DASS test tu. Depression 20 (Moderate), Anxiety 24 (Extremely Severe) & Stress 24 (Moderate). Jadi perlu ke saya dapatkan rawatan atau ubat?

  • Nina, Selangor says:

    Assalamualaikum Dr
    Saya berusia 20 tahun. Sejak beberapa bulan yg lalu, saya kerap mengeletar secara tiba-tiba dan sukar utk bernafas. Ada ketika, saya mengalami kejang badan. Saya selalu mendapat imbasan dan bermimpi perkara yang buruk berlaku pada diri saya. Saya juga selalu berasa takut. Baru-baru ni saya mengalami kemalangan yg menyebabkan saya mendapat retrograte amnesia. Memori yg dulu mulai kembali sedikit demi sedikit. Sekarang ni, saya mengalami simptom2 yang sama seperti dulu. Saya berasa takut, tiba-tiba mengeletar dan sesak nafas kembali. Saya sekarang berasa takut bila nampak gunting atau pisau. Saya bermimpi perkara2 yang buruk semula. Saya ada membuat ujian DASS (ID:Y8YX8E) dan keputusannya adalah D-42, A-40, S-40.

  • Fana says:

    Salam doktor, saya berumur 24 tahun dan tinggal di jb. Keputusan ujian DASS saya untuk kemurungan berada pada tahap sangat teruk, manakala keresahan dan stress pada tahap teruk. Untuk makluman doktor, saya ada PCOS dan selalu rasa sakit perut. Pada tahun 2014, sesuatu telah menimpa saya. Sejak itu saya bertukar menjadi seorang pendiam dan suka menyendiri. Saya rasa hidup saya tidak berguna dan selalu ada perasaan bunuh diri. Saya menjadi ketakutan bila teringat peristiwa itu. Saya merasakan keluarga saya membenci saya dan tidak menghormati saya. Sepanjang waktu belajar saya sentiasa keseorangan. Orang melihat saya sebagai seorg yg kuat kerana boleh hidup keseorangan tetapi hakikatnya saya cuba menjauhkan diri dari org supaya mereka tidak mengenali saya dan mengelakkan diri saya dari terluka. Kebelakangan ini dada saya selalu terasa sakit seperti ada beban di dada yg membuatkan saya rasa hendak jatuh. Saya baru bekerja 3 bulan. Pada awalnya, saya rasa bersemangat untuk buat kerja dan sentiasa fokus tapi bila masuk bulan ketiga bekerja, saya merasakan prestasi saya kurang cemerlang. Setiap hari saya rasa malas nak pergi ke kerja dan menyiapkan tugasan-tugasan yg diberi. Bila balik ke rumah saya selalu masuk ke bilik awal kerana saya tak mahu dan tak selesa bila berada di tempat ramai orang. Bila saya berada dlm perjumpaan ahli keluarga yg ramai. Saya rasa seperti dipinggirkan. Saya berasa sunyi berada di tempat ramai orang. Saya rasa lebih selesa berada di dalam bilik yg gelap dan sunyi. Saya juga merasakan diri saya cepat pemarah dan terasa dgn apa yg org cakap(walaupun orang bercakap dgn lemah lembut). Saya merasakan tiada siapa yg menyayangi sayang. Apakah pendapat doktor tentang masalah saya?

    • Ramli Musa says:

      Salam, Sememangnya menurut kajian2 lalu, PCOS berkaitan rapat dengan kemurungan. antara sebab mengapa dapat kemurungan? kerana kesukaran mendapat anak, kegemukan (imej diri) dan hormon.
      Anda juga ada symptoms kemurungan ditambah dgn ujian DASS.
      Jika keadaan teruk, perlu perhatian pakar untuk antdepressant

  • Ain says:

    Salam Doktor. Saya merupakan seorang pelajar di salah sebuah IPT. Baru-baru ini, ketika saya hendak menyiapkan tugasan, dada di bahagian kanan terasa sakit (pricking pain), degupan jantung laju, perasaan dan fikiran saya bercelaru dan saya tidak faham apa yang saya baca. Selepas kejadian itu, saya langsung tak sentuh tugasan tersebut dan tidak hadir ke kelas kerana saya tidak bersemangat pada masa yang sama saya berasa resah kerana tidak menyiapkan tugasan itu. Setiap malam saya tidak boleh tidur awal dan sentiasa berfikir untuk menarik diri dari pengajian. Saya sentiasa mahu bersendirian di dalam bilik. Kadang2 fikiran saya kosong dan sentiasa mahu menangis. Saya mengalami keadaan seperti halusinasi di mana saya nampak objek di hujung mata saya tetapi bila saya pandang ke arah objek tersebut, ia sebenarnya tak ada. Adakah keadaan ini disebabkan tidak cukup tidur?

  • ainarosnina says:

    Salam Dr.
    Saya pelajar universiti, berumur 22 tahun. Saya tidak pasti adakah saya mengalami depresi, anxiety ataupun ini semua hanyalah perasaan saya. Saya ada suicidal thoughts bermula penghujung tahun 2017 namun saya tidak membuat sebarang percubaan kerana saya takut dimarahi ibu bapa. apabila saya sering dimarahi bekas kekasih seperti menerima ugutan, ditengking dan dipaksa membuat perkara yang saya tidak selesa, saya mengalami kesukaran untuk tidur kerana apabila saya tutup mata, saya mesti akan terdengar suara menengking saya. sekarang saya sudah boleh tidur namun jika saya teringat situasi tersebut, saya tidak boleh tidur. kadang kadang saya rasa bumi ni macam bergegar. it got worse kalau ribut petir sebab saya akan mengalami kesukaran bernafas dan badan menggigil. saya memang takut guruh tapi tak pernah jadi macam tu sehingga tahun lepas. saya juga merupakan seorang penari namun awal tahun ini sewaktu membuat persembahan saya mengalami kesukaran bernafas dan mengalami breakdown kerana beberapa masalah yang timbul. sekarang disebabkan pandemik dan saya kurang berinteraksi dengan orang secara fizikal saya berasa sedikit tenang namun kadang kadang terpaksa membatalkan plan dengan rakan rakan kerana saya berasa seperti cemas untuk berjumpa orang. saya rasa seperti normal dan okay sahaja tapi if someone asks me are u okay, i say im not okay. sekarang saya kembali mengalami kesukaran untuk tidur.

  • Izzatul aida says:

    Assalamualaikum doktor.. Sy pelajar tingkatan 6. Sy tidak tahu sama ada sy mengalami depresi atau anxiety maybe sy overthinking. Sy tak tau kenapa belakangan nih makin teruk. Sy rasa sakit dada, sesak nafas, nangis tanpa sebab, selalu emo, selalu marah², suka menyendiri di dalam bilik, tidur lambat tp kadang² tak tidur pun ada, cepat letih, kalau tidur pun tak menentu, rasa tak tenteram, suka salahkan diri sendiri. Sy pernah nk bunuh diri dekat asrama time tu tengah mlm. Sy menangis kat koridor asrama pastu rasa nk terjun nasib baik rakan sebilik tarik sy pastu tenangkan sy. Sy takut kalau nk jumpa dgn saudara mara sy sbb takut dorg ckp mcm². Pernah suatu hari tu dapat balik hujung minggu sbb dduk asrama kan, kebetulan time tu saudara sy buat jamuan suruh makan kat sana. Ayah sy nih pun paksa suruh pergi sana btw mak dgn ayah sy bercerai masa sy f3, ayah sy x bg sy jumpa mak sbb xtau la. Sampai skrg x jumpa. Okay² sambung balik cerita, lepas pergi sana tu dh makan apa semua ayah sy bersembang la dgn sepupu dia kat luar rumah. Yang sy ni kat dalam rumah. Tgh dduk² tgk tv dtg la makcik sedara, dia bgtau ‘aida kamu ni selalu la menyusahkan abah, setiap minggu mintak duit. Lepas ni xyh la sekolah, cari duit. Dduk rumah tu jgn jd malas’ banyak lagi la dia ckp macam². Time tu sedara sepupu sy yg perempuan ade kat situ, semua dgr, sy pun jd malu la nk nangis x boleh. Sy pendam dari kecik lagi mak sedara sy suka attack sy. Bila cerita kat ayah, ayah tak percaya sbb mak sedara tinggal dekat dgn rumah sy tu sbb ayh percaya apa yg mak sedara sy ckp. Tu sbb kalau setiap kali saudara sy dtg, sy cuba mengelak, taknak pandang muka dorg. Rasa takut tu tiba² dtg, badan rasa menggeletar, nak nangis, dada rasa sakit. Mcm nk lari dr rumah pergi jauh². Sampai satu tahap sy anggap yg sy nih xde adik beradik takde keluarga. Sy selalu menyendiri dalam bilik. Kalau 24 jam pun, 2 jam je keluar bilik yg lain tu dduk dlm bilik nangis and try nk cederakan diri sendiri. Actually banyak lagi masalah yg sy pendam sejak f3 sampai skrg. Rasa giveup nk hidup. Apa pandangan doktor? Sy nih overthinking atau lembik sbb layan perasaan ke?

    Sy punya keputusan:
    – depresi : 32
    – anxiety : 26
    – stress : 36

  • Miey says:

    Assalamualaikum. Hi Dr. Sy berumur 25 tahun. Born from broken family. Until now i feel depression dan anxiety yg sngt teruk plus bapa sakit and make a decision to not further my study cause want to take care of my parent. I also jobless. I got problem with my mom since my father sick. Everything yg sy bt selalu salah, sehinggakan tak ada satu pun yg betul dimata mereka. Sy rasa sngt sedih dan tertekan, dan ibu xpernah sygkan sy sperti ank2 yg lain. Sy sedih Dr. Sngt sedih. Sy kerap menyendiri, sy xsuka berkongsi masalah sy dngn org sbb semua org tak faham apa yg sy rasakan dan rasa susah nak percaya pada siapa pun dan banyak pendam sendiri. Kdg2 sy merasakan rasa tiada tmpt untuk bergantung 😞.

  • farahanis says:

    dan saya terlupa saya punya keputusan
    depression : 36
    anxiety : 38
    stress : 34

  • farahanis says:

    asalamuaikum doktor , saya masih berlajar di sekolah menengah umur saya 16 . saya cuma nak cakap saya rasa saya ade simptom2 anxiety tapi saya tak pasti cuma saya selalu mengalami panic attack and simptom2 anxiety , perlu ke saya jumpa doktor untuk tahu dengan lebih peka? saya malu nak berjumpa doktor kerana saya tak pasti sama ada saya sakit atau tidak dan family saya akan cakap yang saya ni hanya minta simpati and mi9ntak attention . dan banyak ke keluar duit jika dapatkan rawatan ? apakah akan terjadi jika tak berjumpa doktor ?

    keputusan dass saya
    depression : 36
    anxiety : 38
    stress : 34

  • Noor says:

    Salam.Dr.

    Umur saya 26 tahun.saya dah hampir 2 tahun berhenti kerja dan salah satu sebab saya berhenti kerja adalah saya selalu berdebar debar semasa buat kerja, takut tak bersebab , sentiasa rse tak tenang dan susah untuk fokus n faham dengan tugasan diberikan.Kadang kadang bile sye tak faham dan tak mampu untuk selesaikan tugasan tersebut, saya cube berbincang dengan rakan sekerja dan bagitau yg saya tak faham dan tak boleh lakukan bersendirian, tapi ape yg saya katakan mereka tak faham.

    Baru baru ni saya ade pergi interview.tapi semasa interview saya tetibe rse sukar untuk bernafas, seram sejuk, nafas tercungap cungap macam orang lepas lari padahal saya tak de lari dan sakit perut secara tibe tibe.act, keadaan macam ni selalu terjadi kepada saya.tapi tak delah seteruk mcm ni sehingga saya susah untuk bercakap.waktu ni saya rase saya tenang dan relax tapi ntah kenape tetibe jadi macam ni.ape yg kelakarnya habis sje interview, saya jadi okey semula.

    Dan semalam saya dapat panggilan telefon untuk interview, tapi saya tetibe berpeluh peluh padahal saye baru lepas mandi, rse seram sejuk bile pemanggil tersebut bercakap dengan nada dan ayat luar biasa bagi saya.sehingga saya jadi takut.apa yang saya nak katakan tak mampu diluahkan.hanya tersekat.

    Saya cube terangkan kepada ibu saya tapi ibu saya kate mental saya ni lemah, sangat sensitif dan mungkin pemanggil tersebut hanya ingin uji ketahanan mental saya.Saya rase sedih yang teramat sangat , saya rse tak bergune.Hampir setiap masa saya cube bagi hint pada ibu saya tapi ibu saya seolah olah menganggap saye ni terlalu sensitif dan sampai satu tahap saya malas, penat dan akhirnya berlaku salah faham menyebabkan saye terpaksa pendam.

    Saya cube untuk fahamkan ibu saya tentang keadaan saya yg bermasalah ni tapi saya rse ibu sye masih tak faham saya. Adakalanya bile sye masih tak dapat kerja, ibu saya mempersoal siape suruh saye tak kerja ? dan saya terus menangis dan down. fikir perkara negatif sehinggakan saya jadi susah untuk tidur.

    Saya faham ibu saya susahkan keadaan saya yg masih tak dapat kerja.tapi saya tak pasti kenape diri saya, saya nak kerja tapi saya rse saya takut dan bile tak kerja dan orang mule tanya saya jadi sensitif dan mula menyalahkan diri saya.saya pernah ade rse nak bunuh diri tapi belum lagi sebab saya dah sorokkan barang tajam dari mata saya dan setiap kali saya ade rse mcmtu sye mule berfikir dan jadi kesian dekat parents saya.
    Saya jadi takut dan segan untuk berjumpe dengan doktor kerana risau membebankan parents saya dan rse insecure dengan sekeliling.tapi saya paksa diri saya untuk berani bertanya sebab saya penat dengan keadaan saya yang macam ni , buntu dan tk mampu buat keputusan.

    pelbagai usaha saya dah buat.jaga solat tapi kadang solat susah untuk fokus.bukan setakat solat fardhu tapi sunat pon.sye jadi sedih dengan diri saya sebab saya solat tapi selalu hilang fokus.dan saya sekarang dalam usaha banyak kan membaca buku yg genre self help.tapi saya tetap macam ni.

    Maafkan saya kerana terlalu panjang penerangan saya dan ini kali pertama saya berani buat keputusan utk bercerita.Untuk pengetahuan dr, ini keputusan DASS yang saye lakukan semalam :

    Depression -24
    Anxiety – 28
    Stress – 32

    Jadi, soalan saya ape sebenarnya masalah saya ? dan pada pendapat dr, perlukah saya untuk berjumpe doktor terlebih dahulu bagi mendapatkan rawatan sebelum meneruskan langkah mencari kerja ? dan mana yang patut dilakukan terlebih dahulu ataupun kedua duanya boleh dilakukan serentak ? Terima Kasih dr kerana sudi membaca dan maafkan saya kerana terlalu panjang untuk dibace.

    • Ramli Musa says:

      Salam,

      Ia adalah anxiety.
      Ia mula menggangu hidup anda,
      Elok dapatkan rawatan agar hidup kita lebih bahagia dan hidup kita boleh progress lebih maju tanpa masalah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires