Apa itu Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD)?

by Prof Dr Ramli Musa under 1. Anxiety disorders, Panic disorder & rawatan berkaitan September 29 2019

Saya menerima persoalan ini;

Assalamualaikum Dr Ramli. Saya XXXX. Sy ingin bertanyakan simptom yg sy alami sblum benar benar jumpa doktor untuk sahkan.

1st – Sy ada sejarah hitam yg x boleh dilupakan di mana dulu sy duduk di KL menyewa rumah. 1 malam sy sedang tidur tetiba pintu bilik sy diketuk.penyamun memasuki rumah sy & dye ikat tgn sy bw ke 1lokasi nih.akibat sy melawan saya disepak, diterajang di muka & di acu pistol.walaupon hal tu dah 3 tahun berlalu sy seakan masih trauma.6 bulan pertama dari kejadian tu sy x boleh tidur malam & tak boleh duduk ats katil. saya mesti nak menghadap pintu & tengok bwh pintu.sekarang kalau husband saya (baru kahwin 1 th) keje malam,saya lagsung tak boleh tidur. saya takkan baring mengadap dinding & saya tak boleh dengar apa2 bunyi,sy akan jadi takut. takut sy smpaikan malam sy x berani turun ke tingkat bawah untuk ke toilet. Adakah masalah sy melibatkan psikologi? sy pernah 2-3 x bercerita dgn husband tapi dia tak nak dengar malah dye cakap saya mengarut je. sy ajak jumpa doktor psikologi pon dye tak nak bawakan.sebab itu sy email ke doktor dulu untuk kenal pasti simptom saya. Adakah sy perlu jumpa pakar psikiatri?
Apa itu PTSD?
PTSD adalah salah satu penyakit anxiety
Ia mempunyai 4 ciri utama
1. Seseorang itu pernah atau baru alami insiden trauma. Insiden trauma ini contohnya samun, keganasan fisikal, rogol, dera yang sangat teruk atau insiden bencana alam semulajadi seperti Tsunami dan kebakaran.
2. seseorang itu akan ada simptom cepat takut dan terkejut.
3. Pengidap juga akan mengelak sutuasi yang sama. Sebagai contoh penyanya ini rasa takut dalam rumah keseorangan di waktu malam.
4. Pengidap akan alami flashback dan mimpi seperti insiden berulang.
Jika berlanjutan dan menggangu hidup, boleh berjumpa pakar psikiatri.
Ada ubat yg amat berkesan disamping kaunseling.
Perlu ditekankan seseorang itu memerlukan sokongan ahli keluarga terdekat, maka sokonglah dan fahamilah mereka.

Prof Dr Ramli Musa

Pakar Psikiatri  / Psychiatrist

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


 

52 Comments

  • Nur says:

    Assalamualaikum doktor SY nk tnya , baru baru SY ada masalah tidur bila SY tidur SY asyik memikir pasal kematian SY rasa takut nk tidur. Jantung SY berdegup kencang , bila SY search dkt Google SBb apa jantung berdegup kencang bnyk mengeluarkan simptom simptom sakit jantung , menyebabkan SY lebih lagi takut. SY rasa macam ada simptom yang sama . sy tak blh dngr pasal kematian,orang sakit dan juga sy tidak blh melihat artikel pasal kesihatan diri membuat kan SY lebih takut dan trauma .. adakah itu sy terkena panic attacks doktor

  • Unknown says:

    Salam doc.. sy pernah berkahwin dan sepanjang perkahwinan sy dipukul atau lebih senang sy menghadapi masalah keganasan rumah tangga. Ia berlanjutan selama hampir 8 tahun. Kemudian,4 tahun lepas suami sy meninggal dalam satu kemalangan jalan raya. Sy akhirnya terlepas dari seksaannya. Cuma sehinnga kini pekara tu masih tergiang giang di kepala sy. Fyi,mood sy boleh berubah ubah dalam sekelip mata. Sy boleh happy & sedih dalam masa tak sampai 5 mins tanpa sebab. Sy selalu rasa lost,down,rasa orang sekeliling tak sukakan sy. Sy rasa sunyi yg teramat walaupun sy masih ada anak,fmly dan kawan. Ada ketika sy rasa loser tambah2 lagi di tempat kerja. Lagi satu,sy bakal berkahwin semula dgn lelaki pilihan sy. Tapi makin dekat dengan tarikh kahwin,sy makin takut,kadang sy benci tunang sy,sy slalu rasakan dia akan buat pekara yg sama lepas kami berkahwin. Atau sy akan terima nasib yg sama lagi lepas ni. Sy cuba buang perasaan ni tapi xboleh. Sy selalu stress tanpa sebab. Dan bila sy teringatkan arwah suami,mood sy terus berubah. Sy rasa benci & marah pada org yg dah tiada. Sy lepaskan kemarahan pada anak2 sy,pada tunang sy atau org sekeliling. Ia juga seperti belarutan kerana kdg ia sperti flashback yg dtg dlm kepala sy. Apa yg perlu sy buat doc? Adakah ini ada kaitan dengan ptsd? Perlu kah sy jumpa pakar? Atau sy cuma terbawa bawa kenangan tu sja?

    • Ramli Musa says:

      Masyaallah lama anda menanggung penderitaan,
      Anda kemungkinan ada 2 kemungkinan, iaitu PTSD yg anda baca post ini atau kemurungan.
      untuk masalah ini perlukan ubat antidepressant untuk lebih cepat sembuh.
      Selalunya pengalaman pahit lepas memberi memroi pahit yg menyebabkan kita ada kepecayaan yg sukar dibuang
      Kaunseling atau CBT oleh pakar psikiatri dalam membantu membuang cognitive thought ini

  • Nini says:

    Salam doctor. Sy ada masalah tak boleh tidur malam. Setiap kali sy cuba untuk tidur sy akan terbayang yang saya akan mati ketika tidur dan menyebabkan sy takut untuk tidur. Untuk pengetahuan doctor, adik sy baru meninggal 3 bulan yang lepas disebabkan oleh kemalangan kereta pada tengah malam. Sejak dari hari itu, setiap malam sy tak boleh tidur and setiap masa sy akan teringat and terfikir2 apa yang terjadi kepada arwah adik sy and sy terbayang yang masa sy dah sampai untuk ikut arwah adik sy sekali. Sampai sekarang bila ada masalah baru yang muncul terutama melibatkan keluarga, kepala sy akan sakit sangat, sesak nafas, jantung laju dan sy akan menangis and takut dengan semua orang. Sy mudah terkejut and takut dengan semua benda sehingga hal kecil pun boleh membuatkan sy menangis teresak-esak. Setiap hari sy akan termenung dan sy akan menangis. Sy taktahu kenapa dengan sy, tp sy elakkan dari bercakap dengan siapa2, sy buang semua kawan2 sy tanpa sebab. Sy rasa semua orang tak suka and tak sayang sy. Semua perasaan bercampur baur. Adakah sy perlu berjumpa dengan pakar psychology? Atau keadaan sy akan okay bila lama sikit?

  • Laila says:

    Kerapkali ketika saya kecewa akan sesuatu, saya terimbas pelbagai memori duka dan pahit ketika kanak-kanak.

    Ia akan membuatkan saya lebih terbuai-buai dalam perasaan kelam tersebut. Maka, saya bertambah sedih dan menangis teresak-esak.

    Sedangkan saya telah alami peristiwa hidup yang lebih teruk ketika sekolah menengah rendah. Saya dicabul dan hampir dirogol oleh cikgu sekolah yang bermula dengan sexual grooming. Bukankah ini paling menyedihkan?

    Sebaliknya, saya tidak trauma dan berjaya memilih berkahwin dengan lelaki yang baik.

    Namun, memori kanak-kanak kembali menusuk dalam fikiran sekiranya saya kecewa dan menangis selepas berselisih faham dengan suami.

    Jika diselami satu per satu. Saya perasan saya mudah terasa hati dengan suami. Cepat melenting. Mudah beremosi.

    Saya tak suka hal ini kerana saya seperti hilang akal. Saya tak peduli apa pun. Sekalipun anak melihat. Bertukar watak dari ibu penyayang kepada orang gila. Saya tidak patut tunjuk kemarahan depan anak.

    Saya juga takut ada anak yang ramai dan merasakan cukup hanya anak seorang sahaja. Saya takut anak saya alami perasaan ketika saya membesar sebagai kanak-kanak. Saya takut saya tak boleh fokus perhatian dan kasih sayang pada anak.

    Soalan:

    1. Adakah saya mengalami childhood trauma atau PTSD? Ujian DASS menunjukkan skor Depression 18. Stress & Anxiety adalah normal.

    2. Apakah saya perlu melalui terapi?

    Mohon jawapan, tuan Dr.
    Terima kasih.

    • Ramli Musa says:

      Jika incidents lama masih menggangu hidup, perlu jumpa kaunselor dan psikologis untuk kaunseling. Tak jumpa pakar psikiatri pun tak apa. Namun Penilaian PTSD yg teruk mungkin perlu ubat.

  • Muhammad says:

    dok , dari kecil saya tak pernah merasa dimanjakan ayah tapi sebalinya selalu ditengking , dimarah , dipukul. yang saya tak boleh lupa wktu saya sekolah rendah saya keluar lambat sbb saya tolong cikgu. masa tu bila saya keluar je sekolah ayah amik naik moto saya terus kena piat (cubit yang kuat) sehingga berteriak. sampai je rumah saya masih menangis dan saya paling tak boleh lupa bila masa tu saya takut nk naik rumah sbb saya takut akan dimarah lagi. tpi ayah saya haret saya dari bawah hingga tingkat 3. masa dkt tingkat2 saya kena penampar sehinggakan saya rasa macam kepala bedengung skjp. sampai je rumah ayah saya lempar saya dkt dinding. itu paling saya tak boleh lupa. sepanjang sekolah rendah saya hidup ibarat menagih kasih sayang ayah dari orang luar. sampaikan kejadian yang membuatkan saya rasa saya hilang harga diri. masa saya darjah 6 saya rpt dgn seorg ustz ni. sy selalu berkongsi cerita hidup saya dgn dia. saya anggap dia mcm ayah saya. ada satu masa tu saya selalu megadu yg saya selalu diganggu bnda2 halus tu. dia layan saya betul2 mcm anak dia. smpai satu hari tu saya igt saya mengadu dgn dia yg bnda tu ganggi saya masa saya tgk tv. time tu skolah ptg. habis skolah pkul 5:30 dia bwk saya masuk pjbt dan suruh saya baring di dinding bwh tngkp supaya irg xnmpk. saya masih budk mungkin saya bodoh lagi xtahu apa2. time saya baring je dia menyentuh kemaluan saya dan terus mengurut². saya tak tahu nk ckp apa sbb saya xtahu apa2 masa tu. dan dia juga prnh bertanyakan pd saya bagaiman manusia buat anak pd umur saya 12 tahun 🙂 hari makin hari saya rasa mcm ustz tu makin benci saya. kemudian sy dpt tahu yg dia buat bnda yg sama pd anak muridnya yg lain tpi agak keterlaluan. yang saya tahu dia bwk pelajar tu pulang ke rumah dan suruh dia mandi buka baju tpi dia nk tgk. hujung tahun 2016 (umur 12) saya dah tak rpt dgn dia. time tu saya rasa jdi lgi tkut dan rasa menyesal sbb saya rasa saya bodoh percaya manusia semata menagih kasih sayang. tpi dlm masa yg sama saya selalu salahkan diri saya. saya rasa hidup saya yang celaru skrg salah saya. sampai masuk skolah menegah saya selalu dibuli. dan yg membulo tu ada lah pelajar dia yg masih rpt dgn dia dan dia prnh buat bnda yg sama pd pljr tu. ibu jari saya pernah retak dsbbkan balas dendam dri pelajar yg masih rpt dgn dia tu. sering diejek pondan , lembut , gay dan bnyk lagi. f3 saya pindah dgn tekad utk ubah hidup. tapi hanya seketika. f3 sy seorg pljr yg sgt aktif dgn aktiviti dan mengacara di setiap majlis sekolah. tapi skrg sy sedar pd wktu f3 tu sifat menagih kasih syg tu masih ada. saya rpt dgn senior2 saya kwn2 saya betul2 sy anggap mcm keluarga. setiap kesusahan mereka saya akan bantu. smpaikan bila ada kwn sy yg nk ke tournament tpi tkde duit saya bagi dia duit. bila ada org lain rpt dgn senior yg sy rpt ,kwn yg sy rpt saya rasa mcm sedih , skit hati , cemburu. smpai satu masa tu dsbbkan sifat cemburu tu semanya bercelaru. saya terlalu ikut emosi. saya hilg semua tu. saya diburukkan classmate. cikgu2 bnci saya sbb sy diburukkan classmate. saya pernah dikutuk penjilat classmate sndiri kata saya dh ludah jilat balik. saya dikutuk mental fizikal. april 2020 , saya rasakan diri saya mula ada masalah mental sbb saya mmg start down yg terlalu sgt. ada masa tu saya pening sgt2 tpi x boleh tidur. saya keep on menangis dan menangis je. lama juga kurang lebih 4 bulan. smpai bulan julai masa buka skolah tu sy jdi pelajar yg sgt sgt sgt sgt pndiam dan sgt tak suka bercampur. saya akan memberontak dan marah sesiapa shj yg mengata buruk psl saya. time sy tgh down saya dh bbrp kali telan paracetamol lebih dri diperlukan supaya sy dpt tidur dan berharap saya akan mati. bnda tu berlanjutan smpai lah hujung tahun. 2021 saya tukar skolah. saya rasa lega dpt keluar dri circle yg -ve mcm tu tpi dlm masa yg sama saya masih rasa apa yg terjadi dlm hidup saya semu salah saya. dkt skolah baru ni saya janji dgn diri saya utk tidak ada kwn dan tidak akan prnh menceritakan psl diri saya pd cikgu terutamanya dan sesiapa shj. sbb masa 2020 sy prnh buat ujian kesihatan mental dan keputusan teruk. cg kaunseling pnggil saya dan bertanya. saya takut utk cerita dan pd hari berikutnya cg2 bertambah benci pd saya. sejak tu saya berjanji dgn diri saya utk tidak akan ada kwn dan takkan cerita masalah pd sesiapa even family sndiri. tahun ni juga tahun paling teruk bagi saya. saya rasa saya tak pernah rasa kasih sayang sebuah keluarga. layanan yang ayah berikan pd saya dan adik beradik lain pd wltu kecil sgt jauh beza. knp saya boleh diterajang dan dubantai dgn getah paip kenapa adik beradik lain tidak diperlakukan dgn perkara yg sama. spnjng pkp ni saya tak pernah bercakap dgn adik beradik mmg dri kecik x prnh rapat dan saya tak bercakap langsung dgn ayah saya. dgn mak saya jrg kecuali hal penting. saya di rumah sgt pendiam dan x brckp. dan saya sgt sakit hati dan benci pd ayah bila ayah tinggu suara. saya rasa mcm skit hati sgt bila dgr dia tggi suara walaupun sikit. saya cukup tak suka cara dia brckp dgn nada yg tggi walaupum sdikit. saya dan adik berkongsi blik. satu hari tu dia megadu pd saya yg saya selalu marah2 pd dia. YA. tapi saya nak mak ayah darah daging saya faham saya hanya perlukan PRIVACY. lps dri dia mengadu tu saya jdi down yg teruk mcm dulu. tpi kalini lagi teruk saya mula berani self harm. dah lebih 3 kali saya gores tgn dgn pisau sharpener. saya telam sepapan atau lebih paracetamol sbb saya masih xboleh tidur dgn harapan saya boleh mati. saya jadi seorang yang sgt pemarah. saya paling xsuka dgr suara adik saya even dia hanya baring didalam bilik main fon rasa marah benci dan sakit hati tu selalu ada. bila tidur mlm dia ganggu masa tidur saya. berdengkur dia sgt buat saya marah dan sakit hati. saya mmg seorang yg pemarah masatu. lpstu saya sedar saya senang menangis. walaupun tak ada apa berlaku , waktu makan tiba2 saya rasa sedih sampai menangis even skrg pun saya masih rasa bnda yg sama. time mandi tibaw je menangis , time tgh bljr pun saya tak tahu knp tiba2 sedih san terus menangis. sampai semarang rasa nak bunuh diri masih kuat dlm diri. skrg ni saya diam dri semua social media yh saya ada. dgn harapan org x kan tahu psl saya dan org akan hargai saya bila sy dah mati nanti. bila dgr berita tntg bunuh diri saya rasa mcm bnda tu akan jdi pd saya pd masa terdekat. tapi saya prnh secara spontan ckp dgn mak bwk sy jmpa psikiatri tpi ibu kata “kau muda lagi dah nak depress jumpa psikiatri lah hape lah”. saya mula rasa macam saya dah tak ada tmpt bergantung bila dgr mak saya kata mcm tu. smpai lah ke saat ni saya rasa saya mati rasa. sy dduk rumah saya tak rasa apa dah melainkan rasa ingin mati dan sedih yg sgt dalam. saya tak tahu adakah ini juga salah satu penyakit mental? apa kemungkinan yg saya sedang hadapi skrg doc? saya nak sgt buat rawatak psikiatri tpi saya minor dan tiada sesiapa lagi dlm hidup utk bergantung kalai family sndiri benci saya.

    • Ramli Musa says:

      Mengikut process psychology atau psychodynamic, mereka yg menerima cara didikan yg harsh, kurang kasih sayang, kurang perhatian akan menjurus kepada beberapa implikasi psychiatry pd anak2 bila dewasa.

      antaranya emosi tak stabil, kemurungan, bordeline personality dan memeberontak.

      Kaunseling dari hospital akan dapat meredakan masalah yg berlaku akibat didikan atau parenting style yg tidak sihat.

      doktor juga akan menilai keterukan, jika tidak teruk, tak perlu ubat. Kaunseling atau psychotherapy pasti membantu.

  • Muhammad says:

    dok , dari kecil saya tak pernah merasa dimanjakan ayah tapi sebaliknya selalu ditengking , dimarah , dipukul. yang saya tak boleh lupa wktu saya sekolah rendah saya keluar lambat sbb saya tolong cikgu. masa tu bila saya keluar je sekolah ayah amik naik moto saya terus kena piat (cubit yang kuat) sehingga berteriak. sampai je rumah saya masih menangis dan saya paling tak boleh lupa bila masa tu saya takut nk naik rumah sbb saya takut akan dimarah lagi. tpi ayah saya haret saya dari bawah hingga tingkat 3. masa dkt tingkat2 saya kena penampar sehinggakan saya rasa macam kepala bedengung sekejap. sampai je rumah ayah saya lempar saya di dinding. itu paling saya tak boleh lupa dan membuatkan saya rasa benci dengan ayah saya. sepanjang sekolah rendah saya hidup ibarat menagih kasih sayang ayah dari orang luar. sampaikan kejadian yang membuatkan saya rasa saya hilang harga diri. masa saya darjah 6 saya rapat dgn seorg ustaz ni. saya selalu berkongsi cerita hidup saya pada dia. saya anggap dia mcm ayah saya. ada satu masa tu saya selalu megadu yg saya selalu diganggu bnda2 halus tu. dia layan saya betul2 mcm anak dia. smpai satu hari tu saya igt saya mengadu dgn dia yg bnda tu ganggu saya masa saya tgk tv. time tu skolah ptg. habis skolah pkul 5:30 dia bwk saya masuk pejabat dan suruh saya baring di dinding bwh tngkp supaya orang tak nampk. saya masih budak mungkin saya b*d*h lagi masatu tak tahu apa². time saya baring je dia menyentuh kemaluan saya dan terus mengurut². saya tak tahu nk ckp apa sbb saya xtahu apa2 masa tu. dan dia juga prnh bertanyakan pd saya bagaimana manusia buat anak pd umur saya 12 tahun 🙂 hari makin hari saya rasa mcm ustz tu makin benci saya. kemudian sy dpt tahu yg dia buat bnda yg sama pd anak muridnya yg lain tpi agak keterlaluan. yang saya tahu dia bwk pelajar tu pulang ke rumah dan suruh dia mandi buka baju tpi dia nk tgk. hujung tahun 2016 (umur 12) saya dah tak rpt dgn dia. time tu saya rasa jdi lgi tkut dan rasa menyesal sbb saya rasa saya bodoh percaya manusia semata menagih kasih sayang. tpi dlm masa yg sama saya selalu salahkan diri saya. saya rasa hidup saya yang celaru skrg salah saya. sampai masuk skolah menegah saya selalu dibuli. dan yg membulo tu ada lah pelajar dia yg masih rpt dgn dia dan dia prnh buat bnda yg sama pd pljr tu. ibu jari saya pernah retak dsbbkan balas dendam dri pelajar yg masih rpt dgn dia tu. sering diejek pondan , lembut , gay dan bnyk lagi. f3 saya pindah dgn tekad utk ubah hidup. tapi hanya seketika. f3 sy seorg pljr yg sgt aktif dgn aktiviti dan mengacara di setiap majlis sekolah. tapi skrg sy sedar pd wktu f3 tu sifat menagih kasih syg tu masih ada. saya rpt dgn senior2 saya kwn2 saya betul2 sy anggap mcm keluarga. setiap kesusahan mereka saya akan bantu. smpaikan bila ada kwn sy yg nk ke tournament tpi tkde duit saya bagi dia duit. bila ada org lain rpt dgn senior yg sy rpt ,kwn yg sy rpt saya rasa mcm sedih , skit hati , cemburu. smpai satu masa tu dsbbkan sifat cemburu tu semanya bercelaru. saya terlalu ikut emosi. saya hilg semua tu. saya diburukkan classmate. cikgu2 bnci saya sbb sy diburukkan classmate. saya pernah dikutuk penjilat classmate sndiri kata saya dh ludah jilat balik. saya dikutuk mental fizikal. april 2020 , saya rasakan diri saya mula ada masalah mental sbb saya mmg start down yg terlalu sgt. ada masa tu saya pening sgt2 tpi x boleh tidur. saya keep on menangis dan menangis je. lama juga kurang lebih 4 bulan. smpai bulan julai masa buka skolah tu sy jdi pelajar yg sgt sgt sgt sgt pndiam dan sgt tak suka bercampur. saya akan memberontak dan marah sesiapa shj yg mengata buruk psl saya. time sy tgh down saya dh bbrp kali telan paracetamol lebih dri diperlukan supaya sy dpt tidur dan berharap saya akan mati. bnda tu berlanjutan smpai lah hujung tahun. 2021 saya tukar skolah. saya rasa lega dpt keluar dri circle yg -ve mcm tu tpi dlm masa yg sama saya masih rasa apa yg terjadi dlm hidup saya semu salah saya. dkt skolah baru ni saya janji dgn diri saya utk tidak ada kwn dan tidak akan prnh menceritakan psl diri saya pd cikgu terutamanya dan sesiapa shj. sbb masa 2020 sy prnh buat ujian kesihatan mental dan keputusan teruk. cg kaunseling pnggil saya dan bertanya. saya takut utk cerita dan pd hari berikutnya cg2 bertambah benci pd saya. sejak tu saya berjanji dgn diri saya utk tidak akan ada kwn dan takkan cerita masalah pd sesiapa even family sndiri. tahun ni juga tahun paling teruk bagi saya. saya rasa saya tak pernah rasa kasih sayang sebuah keluarga. layanan yang ayah berikan pd saya dan adik beradik lain pd wltu kecil sgt jauh beza. knp saya boleh diterajang dan dubantai dgn getah paip kenapa adik beradik lain tidak diperlakukan dgn perkara yg sama. spnjng pkp ni saya tak pernah bercakap dgn adik beradik mmg dri kecik x prnh rapat dan saya tak bercakap langsung dgn ayah saya. dgn mak saya jrg kecuali hal penting. saya di rumah sgt pendiam dan x brckp. dan saya sgt sakit hati dan benci pd ayah bila ayah tinggu suara. saya rasa mcm skit hati sgt bila dgr dia tggi suara walaupun sikit. saya cukup tak suka cara dia brckp dgn nada yg tggi walaupum sdikit. saya dan adik berkongsi blik. satu hari tu dia megadu pd saya yg saya selalu marah2 pd dia. YA. tapi saya nak mak ayah darah daging saya faham saya hanya perlukan PRIVACY. lps dri dia mengadu tu saya jdi down yg teruk mcm dulu. tpi kalini lagi teruk saya mula berani self harm. dah lebih 3 kali saya gores tgn dgn pisau sharpener. saya telam sepapan atau lebih paracetamol sbb saya masih xboleh tidur dgn harapan saya boleh mati. saya jadi seorang yang sgt pemarah. saya paling xsuka dgr suara adik saya even dia hanya baring didalam bilik main fon rasa marah benci dan sakit hati tu selalu ada. bila tidur mlm dia ganggu masa tidur saya. berdengkur dia sgt buat saya marah dan sakit hati. saya mmg seorang yg pemarah masatu. lpstu saya sedar saya senang menangis. walaupun tak ada apa berlaku , waktu makan tiba2 saya rasa sedih sampai menangis even skrg pun saya masih rasa bnda yg sama. time mandi tibaw je menangis , time tgh bljr pun saya tak tahu knp tiba2 sedih san terus menangis. sampai semarang rasa nak bunuh diri masih kuat dlm diri. skrg ni saya diam dri semua social media yh saya ada. dgn harapan org x kan tahu psl saya dan org akan hargai saya bila sy dah mati nanti. bila dgr berita tntg bunuh diri saya rasa mcm bnda tu akan jdi pd saya pd masa terdekat. tapi saya prnh secara spontan ckp dgn mak bwk sy jmpa psikiatri tpi ibu kata “kau muda lagi dah nak depress jumpa psikiatri lah hape lah”. saya mula rasa macam saya dah tak ada tmpt bergantung bila dgr mak saya kata mcm tu. smpai lah ke saat ni saya rasa saya mati rasa. sy dduk rumah saya tak rasa apa dah melainkan rasa ingin mati dan sedih yg sgt dalam. saya tak tahu adakah ini juga salah satu penyakit mental? apa kemungkinan yg saya sedang hadapi skrg doc? saya nak sgt buat rawatak psikiatri tpi saya minor dan tiada sesiapa lagi dlm hidup utk bergantung kalai family sendiri benci saya.

    • Ramli Musa says:

      Mengikut process psychology atau psychodynamic, mereka yg menerima cara didikan yg harsh, kurang kasih sayang, kurang perhatian akan menjurus kepada beberapa implikasi psychiatry pd anak2 bila dewasa.

      antaranya emosi tak stabil, kemurungan, bordeline personality dan memeberontak.

      Kaunseling dari hospital akan dapat meredakan masalah yg berlaku akibat didikan atau parenting style yg tidak sihat.

      doktor juga akan menilai keterukan, jika tidak teruk, tak perlu ubat. Kaunseling atau psychotherapy pasti membantu.

  • Nur says:

    Assalammualaikum prof, saya sudah berkahwin dan dikurniakan 2 orang cahaya mata berusia 5 dan 4 tahun. Permasalahan saya ialah saya kerap dan selalu memarahi anak-anak saya. Kadang-kadang kesalahan mereka kecil sahaja seperti tumpahkan air kosong, tetapi saya punya api kemarahan 10/10. Saya akan tengking mereka sekuat hati sampai saya merasa puas. FYI, saya mempunyai kisah silam saya sendiri dimana ayah saya dari kecil selalu memarahi, menengking dan memukul saya. Saya tahu saya berada di fasa post traumatic, tapi saya tak tahu bagaimana step by step untuk mendapatkan rawatan. Saya sangat sayangkan anak-anak saya dan saya tidak mahu mereka menjadi pemarah seperti saya. Tolong bantu saya prof. Terima kasih.

  • Zie says:

    Salam doktor. Sy zie dr pahang. Keputusan ujian DASS sy ialah 30 (depression), 18 (anxiety), 30 (stress).
    Bermula dr awal tahun 2020 suami sy ada hubungan dgn seorang janda di tempat kerjanya. Dia ada beritahu sy hasratnya utk berkahwin dgn perempuan tu. Sejak itu sy rasa diri sy berubah jd sgt insecure. Malah sejak sy terbaca WhatsApp suami sy dgn perempuan tu dan jumpa bukti yg perempuan tu naik kereta suami, sy jd bertambah tidak tenang. Sekarang suami sudah pun dpt kelulusan mahkamah utk berpoligami dan menunggu hari utk berkahwin. Tp bkn itu persoalannya. Sy ingin dpt kepastian adakah sy alami apa2 masalah kesihatan mental? Kerana sy sering alami flashback kisah2 ‘kecurangan’ suami dlm kepala dan sy akn menangis tiba2. Malah bila sy dgr lagu yg pernah suami nyanyikan utk sy wktu zmn kami bercinta dlu sy jd bnci, mood sy akn bertukar jd marah, jntung berdegup laju, sakit hati, sedih. Semuanya bercampur baur. Sy juga alami mood begitu jika terdengar lagu tertentu berkaitan poligami cth lagu dr kumpulan ukays hinggakan kalau terdengar lagu2 yg trigger sy tu sy akn tutup telinga. Sy juga jd bnci melihat sebarang kisah cinta di dlm filem, lagu2, malah melihat mjlis perkahwinan pun sy tak suka. Kerana dlm hati sy tak percaya lg dgn cinta dan kesetiaan. Sy sentiasa merasa rendah diri, rasa suami tak sygkan sy dan rasa diri tak berguna. Sy penat dgn keadaan ni. Sy tak larat hidup dlm perasaan serba tak kena dan mudah triggered mcm ni.

  • Ain says:

    Slm doktor..sy ingin tahu adakah sy mengalami mslh ptsd atau anxiety atau both..brmula lbh kurang sptembr thn lps (2021) sy ad trjumpa artikel mengenai tanda2 100 hari sblm meninggal dan brmula dri saat itu sy merasa takut dan sllu brfikir akn mati..ketika itu sy sedang mengandung..sy sllu brfkr akn mati ketika brsalin pelbagai prkara ngtf hgga saya rs menggigil dan jntung berdegup laju..sy melahirkn ank pada bln November secara emergncy czer dan sy mengalami sawan sebanyk 2x pd hri yg sama iaitu 3hari slps melahirkn di tempatkn di icu selama sehari dan d tahan di wad utk pemantauan lbh kurang seminggu..5/12/21 Alhamdulillah dh dpt discharge dan pulang ke rumah dgn bekal ubat pencair darah dan ubt sawan..sy juga mengalami sinus bradycardia slps brsalin hgga skrg..mslhnya sehigga ke hari ini saya sllu merasa cemas, bmbg akn trkena sawan lg dan saya sllu merasa paranoid jika ada drh beku pada kaki dan tgn sy yg blh mndtgkn bhaya kpd diri sy (sy sllu google mengenai bradycardia, skt jntg, risiko slps czer dll yg brkaitan dgn ksihatan)..sy jg kadang2 merasa sakit dada sprti menyucuk dan sperti denyutan jntung sy ‘melompat’ or ‘skip 2-3 beat’ dan ini mmbuatkn sy brtmbh bimbang akn kesihatan diri saya..sy jg ada rs sengal2 tgn dan kaki dan sakit sedikit d kwsn czer d perut dan ini mnyebabkan saya lbh bimbang dan takut..sy hrp doktor dpt mmberi nasihat yg baik kpd saya..terima kasih..

  • Miss ika says:

    Assalam doktor. Saya ada satu masalah dimana saya takut akan kehilang seseorang yg berada disekeliling saya… Bila saya fikir yg saya akan kehilang seseorang yg rapat dengan saya saya akan susah untuk bernafas dan akan mengigil… Boleh doktor terangkan kenapa saya rasa macam tu ?

    • Ramli Musa says:

      salam,

      ia adalah reaksi natural apabila kita menghadapi suasana kehilangan org yg kita sayang.
      tambah jika expectation kita terlalu tinggi dan faktor2 lain yg tidak dinyatakan oleh anda..

  • Farhana says:

    Salam. Doktor, saya pernah mengalami kemalangan ketika saya berusia 19 tahun. Selepas kejadian tersebut, sampai skrg saya masih tidak berani utk memandu kereta sendiri. Utk pengetahuan doktor, ketika kejadian berlaku saya berada di tempat duduk penumpang hadapan. Skrg setiap kali saya menaiki kereta dan jika driver membawa kereta laju saya ketakutan. Selama hampir 10 tahun terpaksa menaiki kereta dlm keadaan ketakutan. Setiap kali saya menaiki kereta bermacam2 yang saya fikirkan. Saya takut kejadian lepas kembali berulang.
    Adakah saya berada di dalam situasi PSTD?

    Terima kasih di atas nasihat dan pandangan tersebut.

  • Sunshine says:

    Hi. Sejak kecil saya dibesarkan dalam keluarga yang bermasalah. Ayah saya serorang yang alcoholic . Balik selalu mabuk. Bila mabuk saya dan ibu selalu jadi mangsa pukul. Umur sy masa tu kecil lagi 5 tahun menurut ibu saya tapi ingatan setiap kejadian saya dipukul, ditumbuk, disepak oleh ayah saya sangat jelas dalam ingatan. Ada sekali nyawa saya dan ibu bagai telur d hujung tanduk hampir dibunuh oleh ayah, syukur masa tu ada pakcik, nenek dan atok dtg tolong. Saya selalu menjadi saksi melihat ayah pukul ibu. Sehingga ibu pernah bawa kami 2 beradik lari tengah2 malam takut dipukul ayah. Ibu bawa lari ke tengah sawah orang. Masih jelas teringat kmi sejuk mlm tu y ada cuma karung guni utk cover sejuk. Sy membesar tak pernah rasa kemesraan seorang ayah. Tak pernah bermanja.. sehingga umur 15 tahun pukulan terakhir sy dapat ditumbuk d kepala. Kejadian tu sy tak boleh lupa. Selain dipukul saya membesar dengan cacian,makian dan ayat2 baebaur sumpahan dri seorang ayah. Adik sy ada 2 org namun mereka berdua tidak pernah dipukul oleh ayah kerana dulu ayah anggap saya bukan anak kandung dia sebab sy seorang saja y kulit gelap, selalu dengar ibu ayah gaduh pasal ni. Adik2 sy masa kecil putih mulus kulit. Skrg saya sudah 26 tahun sudah berkahwin tapi sy mcm fobia bila husband tengking, bercakap kasar / berkasar dgn saya.. sy jadi gelabah..rasa berdebar.. sakit dada. Bila seorang2 sy kerap teringat insiden keganasan y belaku pada saya masa kanak2 membuatkan saya benci suami saya sebab layan saya mcm tu sehingga saya mengalami masalah sukar utk tidur, hilang selera makan. Berat badan turun mendadak.Suami saya seorang y kasar percakapannya… Bila kerap sangat dia tengking, berkasar. Sy kerap sembunyi dlm tandas nangis. Sy jdi stress ,hilang motivasi hidup,putus asa, rasa diri tak berguna, beberapa hari ini saya rasa putus asa utk hidup ,mula berfikir utk bunuh diri, kematian.. rasa diri saya cuma beban utk diorang. Saya cemburu tengok org lain y bahagia dengan kehidupan masing2 sebab saya tak pernah dapat kasih sayang yang sempurna sejak kecil… Di mana saya boleh dapatkan khidmat kaunseling? Saya tidak tahu apa masalah saya .. kepala saya sakit, Hari2 sy terganggu, ada situasi di mana saya mcm hilang kesedaran apa y saya buat..drive laju2 & kemalangan, mujur tiada y parah berlaku. Bila tersedar saya mcm confused apa y saya buat.

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      T Kasih kerana sudi berkongsi kisah kehidupan anda yg pahit dari kecil. Sebab itu Islam melarang keras umat mereka meminum alcohol kerana terlalu banyak kemudaratan.

      Reality utk seorg isteri atau kepada ibu anda, jika dapat seorg lelaki yg tidak bertanggungjawab, elok lah kita minta berpisah, Kerana sehingga 10 tahun dia masih belum berubah. Sampai bila kita ingin menangung kesiksaan ini ?

      Pengalaman trauma semasa kecil memberi kesan pd kehidupan anda sekaang bila mendapat suami juga panas baran.

      Namun dengan marital caunselin dgn pasangan anda mampu memberi peluang dia berubah supaya rumahtangga anda lebih harmony.

      SO JAWAPAN KEPADA ISU ANDA SEKARANG ADALAH MARITAL COUNSELING

  • Ieysha says:

    Assalamualaikum doc. Saya dari kecil memang ramai family yang tak suka jadi ramai layan saya macam nak taknak. But adik beradik saya and sepupu lain elok je diorang layan baik. Sampai macam selalu rendah kan saya selalu marah”, kena cubit kena tampar semua tu. Saya selalu menangis sorang” dalam bilik sebab taknak mak ayah saya tau and that’s mean saya nangis pun tak keluarkan suara takut mak ayah dengar. Saya selalu nangis and luah sorang” dalam bilik, tapi saya tak rasa saya cakap sorang” sebab bila saya bercakap ada yang balas dalam kepala. Lama juga saya pendam sorang” and nangis sorang” ada dalam 4,5 tahun. But sampai sekarang bila saya cakap sorang” suara tu still bercakap dengan saya balik dan saya tak rasa dia sorang, sebab like bunyi ramai dalam kepala macam dorang tengah gaduh” camtu. So anytime saya pergi mana” sorang” saya tak rasa sorang sebab ada yang teman. Saya ada PTSD ke?

  • Rose says:

    Hai Tuan,

    Semasa kecil dlu sya sering dipukul & dimarahi oleh ibu tiri (pelbagai cara & kata2 kesat). Sekarang (telah dewasa), kadangkala klu ibu sya tu marah kpd sya, sya rasa susah mau bernafas, rasa loya mcm mau pitam. Pernah seolah olah tangan saya kekejangan. Kesihatan sya ok shj, sya pernah buat full medical chckup. (Ambil darah & hntr ke lab). Jadi adakah itu kesan trauma? Adakah sya mengalami masalah ‘psikologi’ atau kesan trauma?

    Tq

  • Fara says:

    Assalamualaikum Dr .. saya sudah berkahwin selama 5 tahun skrg ni … Pada usia sy seawal 16 tahun ibu bapa saya bercerai disebabkan org ketiga , saya akui sy pernah memberontak , saya meninggalkan rumah seawal umur 17 tahun untuk berkerja … Pabila saya sudah berkahwin , sebanyak 3 kali saya lalui kesakitan kekecewaan disebabkan orang ketiga jugak dan pada akhirnya saya dimadukan disebabkan wanita tersebut telah mengandungkan zuriat suami saya , dalam keadaan sakit terpaksa saya terima dgn redha , selama 3 tahun saya bertahan dalam poligami , tanpa pengetahuan kedua org tua sy , tiada hala tuju hendak pergi , pendam seorang diri , sambil membesarkan anak yg masih kecil , lama kelamaan saya mengalami emosi yg tidak stabil, kadangkala apabila sesuatu triggered kan emosi sy , automatically akan flasback semula hal2 yg sakit sy pernah lalui, saya akan terus lost control dan bertindak seperti orang hilang arah dan membuatkan suami naik angin dan memukul saya … Tapi kadangkala saya akan bersikap seperti tiada apa yg jadi dan emosi kembali normal …. Adakah sy mengidap PTSD ? Apa langkah yg sy perlu buat ?

  • Effa says:

    Assalam Dr, saya ingin bertanya dr tentang masalah yg saya hadapi. Dalam kereta/bas jika saya penumpang, saya tak boleh driver bawak laju jantung rasa mcm nk pecah. Kalau perjalanan jauh saya tak akan tidur sbb takut dan sy selalu bergaduh dgn husband kalau perjalanan jauh sbb sy rase dia bwk laju. Saya akan nangis dalam kereta sbb takut dan jantung terasa sakit kenapa dgn saya Doktor? Adakah sy ada Anxiety?

  • Ryn Karim says:

    Assalamualaikum Dr. Saya hendak bertanya kepada doktor. Saya adalah mangsa keganasan rumah tangga dan saya hanya mampu bertahan selama 18 tahun, telah bercerai tiga tahun dulu. Bekas suami ialah seorang yang panas baran. Selalu memukul disebabkan masalah kecil termasuk ketika saya mengandung dulu. Bukan saja fizikal termasuk mental juga. Sepanjang perkahwinan dulu, selain marah, dia menghantar mesej yang marah,menghina, memaki, menakut-nakutkan saya. Sekarang saya akan berasa trauma, blank apabila orang lain menghantar mesej demikian kepada saya. Saya berasa tertekan. Boleh berikan pencerahan doktor.

  • Mrs Silent says:

    Salam Dr,

    Saya merupakan graduan dr sebuah Universiti Awam

    setelah pkp saya bekerja di Shah Alam sebuah syarikat swasta (Hq), saya menjadi pembantu peribadi kpd majikan dan anak majikan.

    Saya perlu bekerja dr pg smpi kdg2 mlm juga saya kena bekerja, saya tidak menanggap tu perkara teruk sbb biasa la sebuah pekerjaan bg saya.

    Tetapi setelah saya bekerja selama setahun, saya diminta untuk memilih 3 pilihan ttg posisi saya, disebakan pro and cons saya memilih berhenti. Bagi saya , saya tk berhenti tp diberhentikan kerana 3 pilihan itu, tp saya tak salah kan majikan saya, cuma saya berlawan dgn diri saya ja. Jahat ke aku, teruk ke aku bekerja. Smpi pada akhirnya saya memilih utk blk ke kg. Tinggal di kg hampir 9 bulan dr bulan Jan 2023 saya dah kerja 3 tmpt dan bbrpa bulan menanggur.

    Setiap kali kerja saya akan jd takut dgn kerja , takut bebanan yg akan dtg. Ada yg saya kerja 2 bulan, seminggu , sebulan setengah. ada yg paling teruk 2 hari. Saya akan bg notis 24 jam. Klu nak iv dn baca review teruk saya terus tk nak kerja syarikat tu.

    Saya tk tau saya knpa adakah saya menghadapi masalah kesihatan mental atau saya cuma stress.
    Orang sekeliling saya kata saya dah tak ceria dr saya blk ke lg awal tahun hari itu.

    Selain dr masalah tmpt kerja saya pernah excident pada hari jd saya tahun lps semasa otw nak menyambut dan pulang ke kg sambut hari jadi dgn family. Jd dr situ saya trauma dgn naik kereta. Saya mmg tk akan lelapkan mata dan sllu berdoa perjalanan saya sentiasa smpj dgn cpt. Saya rasa sesak duduk dlm kereta. Sepenat apa saya , saya tak akan tidur.Saya tertekan dgn keadaan ini kerana kdg2 saya gilir drive dan nak rehat dlm kete tp saya tk mmpu

    Saya tak tau step pertama klu nak pergi ke hospital kerajaan punya bahagian psychology. Sbb saya tak kerja dan tiada duit utk ke swasta En. Boleh ke En bimbing.

  • lala says:

    Assalamualaikum dan salam sejahtera Doktor Ramli,
    Saya ada beberapa soalan dan cerita yang ingin dikongsikan. Saya sudah tidak tahu kepada siapa saya ingin ceritakan tentang masalah saya. Pertama sekali, saya merupakan seorang bekas mangsa buli. Dari kecil saya selalu dijadikan bahan ejekan dan ketawa oleh orang sekeliling saya. Sehinggalah saya di sekolah menengah, buli itu semakin kuat sehinggakan saya selalu rasa ingin mati. Saya tidak pernah mengganggu sesiapa tetapi saya masih tetap buli. Mereka membuli saya sehinggakan satu batch saya kenal saya dengan gelaran yang tidak berapa senang di dengar. Saya pernah cuba meminta bantuan dari guru saya tapi hasilnya semakin teruk. Hal ini kerana guru itu tidak pernah anggap masalah saya serious malah dia juga bermasalah. Guru itu malah anggap maslaah ini sebagai cara pembuli saya hendak berkawan dengan saya. Itu bukan berkawan, Walaupun saya budak ketika itu tapi saya tahu itu bukan cara berkawan. Buli saya semakin teruk kerana cikgu saya itu rapat dengan pembuli saya dan dia juga lelaki. SEjak itu saya sudah tidak oercayakna orang dewasa untuk bantu saya. Saya hanya pendam segalanya sendiri. Saya pernah dan masih menyakiti diri saya sendiri disebabkan saya rasa yang diri saya ini tiada nilai. Saya selalu mempersoalkan, dan rasa saya tidak layak untuk gembira. Saya selalu tertanya, apa perasaan ibu saya kerana dapat anak yang menjadi bahan ejekan seperti saya. Saya tertanya apa tanggapaan keluarga saya pada saya? Adakah saya juga nampak hina di mata mereka. Saya juga selalu tertanya, adakah rakan-rakan saya tidak terasa malu atau segan kerana berkawan dengan mangsa buli seperti saya. Trust issue saya terhadap orang sekeliling saya semakin menebal. Disebabkan kisah silam saya yang satu ini,saya jadi takutkan manusia dan membenci manusia terutama sekali lelaki. Hal ini kerana orang yang membuli saya adalah lelaki-lelaki sekolah saya. Dan saya juga tidak mendapat kasih sayang seorang ayah yang baik. Sehingga ke hari ini saya tidak sukakan ayah saya dan saya selalu gelisah setiap kali saya bertembung dengannya. Membuatkan saya selalu tinggal berjauhan dari rumah kerana saya tidak suka akan ayah saya. Dia seorang yang baran dan boleh saya katakan tidak pernah melakukan tugasnya seorang ayah dengan baik. Berbalik kepada hal buli tadi, sehingga hari ini saya sudah berumur lebih 20 tahun, saya masih bermimpikan tentang peristiwa buli saya. Setiap kali saya encounter dengan perkara yang berkaitan dengan buli malam itu saya akan bermimpi tentang peristiwa peristiwa lama saya. Kadang-kadang ada juga di mana any trigger tiada, tapi saya masih bermimpi. Membuatkan saya selalu tidak tidur malam. Boleh katakan dalam seminggu saya hanya boleh tidur hanya selama dua hari. Itupun pukul 3 pagi ke atas. Selebihnya saya akan tidur selepas subuh. Saya pernah beberapa kali menghentak kepala saya pada dinding, untuk paksa saya tidur tetapi tidak berhasil. End up, sampai hari ini saya akan gunakan ubat selsema untuk paksa saya tidur. KAdang saya ambil sebiji kadang saya ambil dua biji. Saya juga selalu bermimpi akan ibu saya tidak menyukai saya dan selalu meninggalkan saya. Yang ini saya tidak tahu kenapa. Tapi sudah banyak kali saya bermimpi saya dibuang oleh ibu saya. Setiap kali saya bermimpi saya akan bangun dalam keadaan berpeluh dan lencun dengan air mata. Mengenai hal buli ini juga, saya maish terasa sehingga ke hari ini sakit dan peritnya trauma itu, tetapi apabila orang minta saya ceritakan apa yang jadi pada saya. saya tak boleh nak cerita. Dalam kepala otak saya dia ada. Tapi bila saya nak cerita dia seolah-olah tidak keluar. Saya seolah-olah tak ingat sedangkan saya maish rasa sakit itu hingga ke har ini. Saya selalu murung dan mennagis tanpa sebab. Rakan saya pernah minta saya ceritakan kepada dia, saya paksa untuk ingat tapi malangnya malam itu saya mimpi teruk. Sejak itu saya dah berhenti untuk cerita dan luahkan pada siapa-siapa. Disebabkan buli ini juga sehingga ke hari ini, saya berasa terancam setiap kali saya berada dengan orang yang tak saya kenali. Sudut hati saya ada rasa syukur pada pandemik kerana face mask membantu saya rasa selamat. Jadi saya tidak pernah tanggalkan setiap kali saya keluar seorang diri atau ke kawasan yang ramai stranger. Jika saya terlupa saya akan gelisah dan tidak senang duduk. Saya juga selalu rasa dihakimi setiap kali mata saya bertentang mata dengan orang lain. Seolah-olah mereka sedang mengata tentang fizikal saya di dalam fikiran mereka, Saya cuba untuk lawan tetapi saya tak boleh. Saya masih takut.

    maslah kedua saya ialah, saya tidak tahu saya ini ada ocd ka apa tapi saya ada satu penyakit was-was yang kronik. Sehinggakan saya rasa penat untuk solat dan rasa tidak mahu solat kerana perasaan was was yang kronik. Saya kerap merasakan yang kawasan sekeliling saya tidak suci, wudhu saya tidak sah, solat saya tidak diterima. Saya seperti orang gila. Contohnya saya selalu mencuci sesuatu sebanyak tiga kali. Saya juga pernah basuh baju lebih dari 3 kali. Keluarga saya tida terlampau peka dengan kebersihan, tetapi tidaklah terlampau pengotor, tapi disebabkan penyakit was-was saya yang kronik ini saya kerap merasa geram dan penat dengan keluarga saya. Boleh katakan setiap malam saya akan mencuci satu rumah kerana saya rasa rumah saya kotor dan menjejaskan amal ibadah saya. Saya tidak berani hendak cerita kepada sesiapa kerana saya pernah tersasul memberitahu satu individu dan dia cakap saya gila. Sumpah saya penat sangat dengan penyakit was-was ini. Saya pernah membasuh tabblet saya dan telefon saya kerana saya rasa kotor. Basuh yang hinggakan saya guna sbaun. Kalau orang tengiok memang orang akan cakap saya gila. Saya cuba lawan dam cuba baca baca nasihat agama kerana saya risau ia melibatkan ibadah saya tetapi akhirnya saya maish kalah dengan hasutan was-was itu. Saya penat sangat dengan penyakit ibi. Tapi saya tidak tahu sakit apa sebenarnya ini?

    banyak lagi perkara yang saya alami tapi saya tidak tahu hendak luahkan dalam bentuk penulisan. Saya harap sangat maslaah saya dapat diselesaikan. Saya ada cuba cari cara bagaimana saya hendak dapatkan rawatan mental di hospital kerajaan kerana saya tidak mampu di hispital swasta. tapi sehingga hari ini saya masih tiada jawapan

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      Faham,
      kesan buli yg berpanjangan akan menggangu emosi dan mendedahkan seseorang itu menghadapi kemurungan dan membenci org sekeliliing.

      Saya juga banyak kali mendengar, kes bercerita dgn guru kaunseling semakin menerukkan keadaan kerana mereka tidak menjaga kerahsiaan.

      Nasihat saya boleh jumpa pakar atau rujuk ke kelinik kesihatan utk penilaian dan rawatan

      malang tiada DASS, saya perlu tahu keterukan masalah utk jawab

      sila baca:

      https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/

  • Lj says:

    Salam doktor, saya mengalami masalah dalam perhubungan dgn tunang saya.. Dia pernah curang dulu dan perkara itu membuatkan saya sangat2 kecewa.. Saya tak makan, bila dah berhari hari xmakan saya cuba makan saya tak boleh telan, saya muntah balik.. Saya menangis sorang2 tiap malam.. Saya banyak persoalkan apa kekurangan saya.. Dan lepas perkara itu berlaku kami getback tapi saya masih tak boleh lupakan walaupun dia dah minta maaf dan brjanji takkan ulang lagi.. Saya jadi paranoid setiap apa yg dibuat saya check.. Perempuan cakap dgn dia saya jeles.. Saya marah dia.. Kami asyik gaduh.. Dia cakap saya selalu tuduh dia ada perempuan lain.. Saya takut perkara yg sama berulang lagi.. Apa yg dia buat jadi salah dimata saya.. Hubungan kami jadi renggang.. Saya dah cuba untuk keep thinking positive tapi kadang2 terbuat jgak tuduhan tak berasas keatas dia.. Saya cepat marah cepat tersinggung.. Kadang2 pagi ok malam gaduh.. Lagi satu sejak kebelakangan ni saya kerap kena heartburn bila nk tidur dan kadang2 saya xboleh brnafas secara tiba tiba ketika tidur.. Adakah ini simptom disorder? Tq doktor

    • Ramli Musa says:

      salam,

      kaunseling adalah jalan kepada masalah hubungan.
      Namun untuk diri kita dan diri saya, saya selalu ingatkan diri bahawa mengharapkan pada makluk tak kekal.
      Dan kita perlu bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana hidup ini. Symptom ini tidak semestinya penyakit

  • WG says:

    Assalamualaikum Dr ..5 bulan berkahwin suami saya kantoi curang..masa ni tahun 2010..saya terkejut sampai tahap mood jadi berubah2,selalu nangis,berat badan turun mendadak,cederakan diri sendiri,terpikir nak bunuh diri,jadi rendah diri terlampau..saya asal wanita yang mudah terhibur,suka bercakap dengan orang ramai sekarang jadi pendiam,suka tidur,jadi tak ada hobi,jadi selekeh,tak nak jumpa siapa2,suka menyendiri,selalu mimpi buruk,kalau teringat balik apa suami buat badan saya akan mengigil sekuat hati..hp suami saya tak dapat pegang..badan saya akan mengigil..sekarang tahun 2024..banyak saya belajar tentang agama & keredhaan Allah..cuma Dr..sampai sekarang kalau saya teringat semula kisah lalu badan saya akan mengigil,sampai sekarang juga saya masih tak dapat pegang hp suami walaupun suami minta suruh charge ke saya sendiri tak dapat pegang badan saya akan mengigil..berat badan pun masih sama..masih kurus..tak boleh tengok bangunan yang ada kaitan dengan kisah dulu mesti saya akan tutup mata @ pandang tempat lain..sekarang pun banyak kat sosial media kisah kecurangan..dah macam trend..saya mesti scroll laju-laju..tak nak baca..kalau saya melayan membaca hal tu mesti badan saya mengigil..macam mana ya Dr tak nak bagi mengigil lagi..saya tak minta untuk mengingati kembali kisah dulu..tapi selalu hadir dengan tiba-tiba..

    • Ramli Musa says:

      Alhamdulillah puan mula rapat dgn Maha Esa.
      jika kita mengharap pada makhluk, kita mudah keciwa.
      Apa yg puan alami sekarang adalah kesan trauma psikologi atas perkara masa silam,
      mendapatkan rawatan dgn pakar insyaallah akan mengurangkan kesan trauma ini. disamping kaunseling untuk merawat motivasi

      • WG says:

        Terima kasih Dr..ok baik..insyaAllah saya akan dapatkan kaunseling..terima kasih kerana respon..semoga Allah permudahkan segala urusan Dr sekeluarga..amin yra🤲 selamat berpuasa & selamat hari raya aidilfitri😁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires