Kerisauan Terhadap Rawatan “Islamic Hospital”, Penyakit Berulang serta Isu Ubat Benzodiazepine dan Antidepresant

by Prof Dr Ramli Musa under 2. Rawatan Islam & Rawatan Hospital December 14 2017

As salamualaikum,

Seperti dinyatakan dalam topik post ini terdapat 3 perkara yang kita boleh belajar dari perkongsian kes yang akan saya kongsikan kali ini. Alhamdulillah saudari ini amat bermurah hati untuk membenarkan perkongsian ini.

Terdapat 3 dilema pesakit-pesakit di luar sana. Dengan kupasan dan perbincangan kes ini, Insyaallah ia dapat merungkai dilema kita.

Saya menggunakan terma Islamic Hospital kerana rawatan hospital kerap disalahanggap sebagai rawatan barat dan tidak islamic. Walhal pada dasarnya semua rawatan yang berlandaskan syariah adalah Islamic.

PESAKIT:

Salam Dr,

Nama saya ___  saya menghidap penyakit panic attack dah 2 tahun lebih. Saya mendapat alamat email dr dari blog dr mengenai rawatan traditional vs rawatan moden dalam konteks rawatan psikiatri. Saya ingin mengetahui bagaimana dr rawat pesakit dr. Saya pernah pergi rawatan dengan psikiatri di hukm selama setahun saya ambil ubat luvox dan saya dengan sendirinya perlahan lahan berhenti mengambil ubat itu setelah saya berasa sihat. Tetapi panic attack saya kembali lagi setelah setahun lebih, sekarang saya merasakan benda yang sama kembali seperti sakit jantung dan bila saya pergi ke bahagian kecemasan hospital dan buat semua ujian tetapi semua sihat. Saya merasakan benda yang sama sekarang walaupun saya boleh kawal sedikit tetapi saya masih berasa risau dan kadang-kadang panic attack tu datang walau di mana dan apa saya sedang buat. Saya harap dr boleh beri tahu bagaimana dr merawat pesakit dr dan apa nasihat dr untuk pesakit panic attack seperti saya ini.
Terima Kasih.
SAYA;

As Salam. Penyelesaiannya adalah simple. Jumpa balik psychiatrist dan mulakan balik Luvox dan jangan berhenti tanpa nasihat doctor.

ANALISIS ISU;

Berhenti rawatan tanpa nasihat doktor. Berhenti rawatan agak awal dan sememangnya menyebabkan penyakit kembali. Panic attack sememangnya satu serangan yang amat teruk dan pesakit selalunya akan pergi ke Kecemasan hospital dan berfikir menghadapi serangan jantung.

PESAKIT;

Terima kasih atas nasihat dr. Tapi boleh saya tahu tak ubat tu ada kesan sampingan dalam badan untuk masa akan datang tak? Sebab kebanyakan yang kata begitu dan suruh saya berhenti bila saya dah berasa sihat. Harap dr boleh motivate saya untuk ambik ubat tu semula. Sebab saya jadi takut dengan semua benda dan semua benda buat saya rasa takut sebab saya rasa macam nak mati selalu.

SAYA;

Ubat antidepressants seperti SSRI; Luvox sangat selamat walaupun diambil untuk jangka masa panjang atau seumur hidup. Ia bukan ubat tidur yg ketagih. Ramai masyarkat kita berpandangan salah pada rawatan Psikiatri. Ini sangat merugikan kerana penyakit anxiety akan kembali dengan perberhentian ubat sebelum waktunya dan tanpa kebenaran doktor pakar psikiatri. pakar juga perlu melihat faktor kehidupan lain serta faktor personality yg lemah yang mungkin menyebabkan penyakit sukar sembuh.

Saya berharap saya dapat berkongsi masalah Puan dalam blog saya dengan memaparkan nama untuk kebaikan ramai
ANALISIS;
Banyak nasihat yang salah dari rakan dau saudara mara kita. Nampak seperti mereka sangat menyokong namun “misleading”.
Keputusan oleh doktor sama ada boleh dihentikan memerlukan kepakaran dan pengalaman kerana tidak mudah. Membuat keputusan memerlukan ambil kira banyak faktor seperti keterukan, personaliti dan lain-lain.
PESAKIT:
Terima kasih doctor.
Boleh juga kalau dr nak masukkan masalah saya ni dalam blog kalau tak pakai nama saya. Saya izinkan.
Saya nak update dengan dr haritu saya dah pergi psikiatri. Doktor dah bagi ubat dan counselling dengan saya.
Selepas saya berjumpa psikiatri saya rasa dah okay dan tiada degupan jantung yang tak teratur lagi. Tetapi sudah seminggu ni saya masih tidak makan ubat yang diberi sebab saya rasa saya boleh kawal dengan sendiri.
Tetapi kadang kala ada juga perasan takut tu dalam diri seperti kalau saya terlalu banyak bekerja atau membuat benda yang meletihkan saya pasti saya akan datang rasa takut seperti saya akan sakit atau meninggal. Tetapi saya tetap kawal juga fikiran saya dengan benda yang positive.
Dalam masa seminggu ni baru semalam saya terjadi semula panic attack sebab saya berjalan jauh dan berasa penat dan saya terus makan 0.25mg clonazepam untuk emergency. Tetapi ubat yang luvox sepatutnya saya makan setiap hari itu saya belum makan lagi kerana saya berasa saya masih boleh kawal diri saya.
Dari pandangan dr situasi macam saya ini patutkah saya makan ubat luvox jika saya rasa saya sihat dan boleh kawal fikiran saya sendiri walaupun kadang kala masih ada ketakutan dalam diri? Atau pun saya perlu makan sahaja walaupun saya berasa saya okay dan boleh kawal diri sendiri?
Saya berharap dr boleh memberi pandangan kepada masalah saya ini.
Terima kasih
ANALISIS;
Rawatan Panic Disorder sebenarnya sangat berkesan. Amat merugikan jika masih takut berjumpa pakar psikiatri. Dikesan terdapat ketakutan memakan Luvox tetapi tidak pada Clonazepam (Benzodiazepine).
Pembetulan pada persepsi masyarakat; Clonazepam atau Alprazolam adalah dalam kategori benzodiazepine yang memang ada kesan mengurangkan anxiety TAPI hanya SEMENTARA. Ia boleh kita kata hanya rawatan KOSMETIK anxiety bukan rawatan sebenar. Ia cepat mengurangkan anxiety namun hanya sekejap.
Ia boleh menyebabkan “kebergantungan”.
Rawatan sebenar untuk penyembuhan anxiety disorder atau Panic Disorder adalah Antidepressant seperti Luvox (Fluvoxamine).
Tip mendapat rawatan; Banyakkan bertanya pada doktor merawat agar kita mendapat penerangan yang jelas dan meyakinkan.
Wassalam

99 Comments

  • Siti Aidah Mohd Kassim says:

    Dr saya baru sebulan lebih kena axiety makan luvox 25g seminggu kemudian 50g tp asih belum dpt tidur..knp ye Dr..Saya takut Saya beegantung pd tidur..Saya risau tp Dr advice makan seminggu Dan seminggu lagi

  • Nor salsabila says:

    As-salam doktor.. Skrng saya dah hampir seminggu makn ubat luvox.. Bagi saya kesan diaa Agak kuat doktor.. Saya selalu sakit dada.. Ngilu dari pinggang ke kaki. Night mare.. Dan selalu halusinasi ..

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      Berapa dos Luvox? Jika dos rendah dan kesan sampingan kuat, mungkin pertukaran ubat jalan penyelesaian.
      Boleh berbincang dengan doktor.

    • noratiqah says:

      salam dc..Anak saya dh mkn luvox sbiji sehari krn depression..
      bila diasrama dia skip ubat ..jadi penyakitnya dtg lg..tmbah tekann krn exam yg semakin dekat..sukar tidur,serabut dn jdi mudah letih..
      saya nak bertnya blhkn dinaikkn dos kpd 2bji msa dia sakit ni..dan bila dh sihat seperti biasa boleh x mkn sebiji sehari pula?

      • Ramli Musa says:

        Salam,
        Prinsip saya, saya galakkan terus makan ubat dlm pembelajaran. Kerana pembelajaran itu sendiri suatu yg stres buat pelajar sehingga pelajaran tamat.
        Tidak digalakkan naik tanpa sebab kukuh Contoh naik bila masa tak sihat. Itu bukan caranya. YG penting makan berterusan, bukan bila sihat tak makan, bila sakit baru nak makan sampai naik dose

  • Ann says:

    Assalamualaikum

    Sy rasa sy anxiety sbb sy rasa apa pesakit di atas lalui, setakat ini sy dah lalui 3peringkat, yang lain cuma panik kecil, peringkat pertama sy menang nangis setiap hari sbb takut berfikiran bukan bukan,takut nak keluar rumah

    Peringkat kedua
    Sy memula rasa jantung mcm slow, sy panik pening, terus tiada mood nk berkerja, pening mimpi pelik, takut nak keluar rumah, bila kena atack sy rasa kaki sy bergerak sendiri, berdebar.Semakin hari semakin teruk pening sakit belakang bahu,stress setiap hari nangis, susah tidur sbb sy rasa kepala sakit sgt rasa bergegar, badan sy rasa macam bergerak,hampir setahun

    Peringkat ketiga
    Kurang sikit sbb sy malas nk layan perasaan mental , sy keluar mcm biasa berkerja pening tetap ada loya, sampai hari ni sy tak pernah lagi berjumpa doc, sy cuma makan supliment shaklee vit c.

    Adakah sy patut berjumpa pakar psikiatri?

    • Ramli Musa says:

      As salam,

      Kalau keadaan tidak mengganggu kehidupan, tak perlu.
      Namun berdasarkan penceritaan pesakit2 saya, panic attack amat menyiksakan.
      Rawatan berkesan memang ada. Sayang kalau dilepaskan.
      Waallahualam..

  • Radzian Ramli says:

    Saya nak tanya, berapa lamakah harus makan ubat fluvoxamine ni?
    Bolehkah saya makan fluvoxamine ketika perlu sahaja?

    • Ramli Musa says:

      Saya nak tanya, berapa lamakah harus makan ubat fluvoxamine ni?
      Sukar saya menjawab tanpa detail latarbelakang penyakit spt berapa lama, berapa kali relapse, punca penyakit sudah resolve atau tidak.

      Bolehkah saya makan fluvoxamine ketika perlu sahaja?
      Tidak adan sembuh jika makan bila perlu

  • rohani alias says:

    Dr. Saya mengalami major depression (mengikut rekod yang dr tulis dalam kad rawatan saya). saya mesti makan luvox 50mg setiap malam. Masalahnya bila makan saya rasa hati saya kosong..tak ada rasa apa2 sedangkan sebelum itu saya menangis dan sangat sedih dengan masalah yang saya alami.
    Fikiran saya juga jadi kosong. daya fikir saya menjadi lambat. tindakan pun lambat dan teragak2. contohnya, saya pernah makan luvox kemudian selepas 3 jam saya drive. tindakan saya slow dan teragak2…sama ada nak potong kenderaan di depan atau tidak. saya potong separuh jalan kemudian kembali ke lane kiri. saya nampak sesuatu tetapi sebenarnya tiada apa2. Bercakap juga lambat kerana otak lambat berfikir. tangan kebas dan tidak boleh menggenggam. Saya jadi malas..nak berbaring dan tidur sahaja.
    simptom yang sama juga saya alami keesokan harinya jika saya terlepas mengambil luvox pada malam sebelum itu.

    • Ramli Musa says:

      Pengalaman begini kerap dialami pesakit2 terutama dalam peringkat permulaan rawatan.
      Lama kelamaan ia akan berkurangan dan minda kembali fokus.
      Bila keadaan semakin sembuh baru kita dapat alami keseronokan dan merasa hidup lebih bermakna.
      Perasaan kosong itu sendiri adalah sebahagian tanda kemurungan atau Major depression.

    • Cika says:

      Salam puan rohani,

      Saya pun menghidap PTSD dan MDD, saya ambil luvox sejak 5 tahun yang lalu, mula2 dos saya adalah 50, naik dan naik, dos paling tinggi saya adalah 300mg di HTAR klang. Kemudian sy habis belajar dan transfer ke hospital di tempat sy bekerja, sy kurang senang dengan rawatan jadi satu hari sy ‘merajuk’ dan terus berhenti jumpa doktor. Memang betul puan, luvox buat jiwa kita rasa kosong, dia macam buat emosi kita terbantut, kita jadi slow takleh fokus sebb motor otak kita tak berfungsi betul.kita tak happy tapi kita tak sedih, cuma rasa empty. Kalau memula makan akan susah nak tdo, heartbeat laju, nausea. Kalau puan berhenti makan tiba2, kesan dia adalah outrage asyik nak marah, panik, gelisah, muntah2 pening mengantuk dan impulsive. Saya sendiri rasa benda ni jadi sy tahu, tak lama lepas sy berhenti, sy hampir bunuh diri dan terpaksa pergi hospital semula, mereka start balik ubat sy, sekarang 100mg berserta ubat tidur.

  • Radzian Ramli says:

    Maaf bertanya lagi… Dulu saya makan luvox 50mg, sekarang saya makan yang 100mg… Tapi bila saya makan yang 100mg, rasanya terlalu kuat.. saya sendiri kurangkan ubat yang 100 dipotong dua menjadi setengah, tapi bila saya makan yang setengah rasa juga kuat dan tak seperti luvox 50mg yang sebenar.

    • Rosalind says:

      Salam dok..sy sd sakit AD ne da 3thn..bulan 12 tu tiba2 telinga bdesing..dan sy sd jumpa psy dr.leonard..mula2 dia bg lexapro tp sy x tahan sbb pening sgt..so dok tukar ke ubat jenis lama dothipin..sy harap telinga desing akan hilang

    • Aisha Malek says:

      Assalam doc. Mak sy sekarang tengah dalam proses pengambilan ubat fluvoxamine 50mg. Dia alami gangguan tidur dah nak hampir 3bln. Bila siang hari sgt resah dan gelisah. Tak boleh duduk setempat dan keseorangan. Ada sampai satu tahap nak menangis pun dah tak ada lagi air mata. Next appointment dgn doc di hospital taiping 13jan nanti. Apa pendapat doc? Adakah mak saya sekarang ada anxiety disorders atau major depression?

  • Lina says:

    Assalamualaikum doktor. Saya menghidap anxiety sejak bulan feb 2017. Saya dibekalkan dgn luvox tp saya cuma ambil dalam sebulan kerana org2 di sekeliling melarang saya mengambil ubat psikiatrik. Sehingga sekarang anxiety masih ada cuma saya cuba kawal. Dalam keadaan biasa saya dapat kawal tetapi bila tekanan darah saya naik, anxiety akan datang saya rasa x tenteram…bila pening sikit saya dah mula fikir nnti saya kena strok atau nanti akan jatuh dan mati dll. Perlukah saya mengambil semula luvox?

    • Ramli Musa says:

      As salam,

      Banyak info salah diberikan oleh orang sekeliling kita yang bukan arif dalam bidang sepatutnya.
      Salah terima hanya merugikan diri.

    • Pn.Nor says:

      Assalamualaikum doktor,suami Saya menghidap penyakit buah pinggang kronik,tahap akhir Dan menjalani dialisis CAPD,sejak tahun lepas dia diserang panic attack dan sudah berjumpa dengan pakar psikiatri..dia jg mengalami masalah kesukaran untuk tidur sejak umur 15 tahun,dan sekarang umurnya 33tahun.. doktor berikan ubat mirtazapine…tp,bila dia makan Kali pertama,dia tidur 24 jam…sampai lenguh badan…bila dia makan Kali ketiga,ubat itu sudah tidak menyebabkan dia rasa mengantuk…dan dia terus skip makan ubat tersebut…sekarang ini,dia masih lagi belum jumpa psikiatri untuk temujanji Kali ketiga kerana dia risau berada dalam suasana yang ramai…apa yang perlu Saya buat doktor untuk membantunya,sebab panik attacknya semakin teruk…..dan dia menangis kerana sukar untuk tidur….boleh ke Saya beli ubat tidur di farmasi untuknya.

      • Ramli Musa says:

        Salam,
        Kemurungan di kalangan pesakit buah pinggang adalah tinggi. Dalam 60-70%.
        Jika suasana klinik kerajaan terlalu padat dan tidak sesuai, boleh cuba hospital pengajar atau swasta.
        Jika masalah tidur kerana kemurungan, kedua-dua perlu dirawat

  • Nurul Akmar says:

    Saya diserang panic attack… Dan saya ada ubat alprazolam… Bila panic attacks myerang perlu ke saya mkan trus ubat alprazolam tuh? Saya hnya dibekal kan ubt ni bila perlu sahaja bru makan… Saya x penah Cuba lagi alprazolam ni… Adakah waktu skrg sesuai utk saya mkn ubat ni… Sbb saya sebentar td panic attack skrg saya mengawal tp saya rsa sgt bdebar… Saya cuma x tahu waktu bla perlu mkn ubt alprazolam ni… Tlg saya

    • Ramli Musa says:

      Alprazolam dalam kategori benzodiazepine (short acting) hanya ubat kosmetik utk Panic Disorder.
      Ia bukan rawatan penyembuhan. Rawatan penyembuhan adalah antidepressant atau SSRI seperti Escitalopram, Sertraline, dan lain2.
      Memakan Alprazolam dlm jangka masa panjang boleh bergantung.

      Jumpa pakar terdekat untuk penerangan menyeluruh.

  • Norzila bt zulkepli says:

    Asalamualaikum.sya ziela sy mgalami anxiety disoder..bru 3bln sya alami’sjak dri dalm pantang ank ka 4.sy dah jmpa pakar dan doc bg sya luvox 50mg tp ble mkn rasa lesu n dada snak..pastu bdan begetar…perut sakit..loya trasa ek jatuh keesokan arinye..Mlm sterusnye ka 4 mlm sma jgak rasa.yg mlm ke 4 mkn saya lmbt tdo pastu bila tdo kejap trjaga pastu bdan ni kebas mcm karen trasa smpai dada snak n sjuk..pert jd skit sgt.dia dalm 15minit skali,,sy xdpt tdo jantung bdbar,,hanya allah yg tahu

  • Fatehah says:

    Assalam dr.. saya di sahkan ada panic disorder.. dan dr psy berikan saya ubt luvox 50 mg tp saya ade ketakutan untuk makan ubat yang terkawal mcm ni.. fikiran saya selalu pikir negetif bila saya mkn ubt ni saya akam x bgun lg.. saya ada masalah tidur.. bila mlm saya rasa berdebar n susah nak lelap mata.. bila tdo amd dh lene saya akn tibe2 trjage dan mule rasa berdebar dan jntung berdegup kencang seperti nk kene serangan jantung.. saya sudah buat ujian stress test tiroid echo dan ecg.. dan smua nye dlm keadaan normal..saya rasa takut sangat..boleh tak doktor bg nasihat..lg selepas sya baca kesan smpingan ubt tersebut lg mmmbuatkan saya takut 😔

  • Fatehah says:

    Dr saya dah makan ubat luvox 50 mg and aprozolam 0.5 mg.. tapi saya dapati mlm susah nk tdur dan berdebar2 jugak.. adakah ini kesan ubat2 tersebut atau perlu kurangkan dos pemgambilan..mntk tlg berikan nasihat doktor..

  • nur says:

    As salam dr, nma sya nur, sya ada mslh kanser tiroid dan sudah pun membuang kelenjar tiroid. saya perlu makan ubat tyhroxine 100mg sehari sebiji. Masalah sya sekarang sejak beberapa mggu ni sya rsa macam tiada mood dan seakan macam nak panik ditambah pulak badan rasa letih dan mengantuk disiang hari, saya terpaksa menahan mata untuk berkerja di pejabat. Di malam hari sya dapat tidur seperti biasa dan tiada masalah sukar tidur. Pada pendapat dr adakah mslh sya ini disebabkan oleh masalah hormon saya yang tidak teratur ataupun penyebab anxiety.

  • fatehah says:

    assalam Dr,

    saya ambik ubat alprozolam and Dr psychiatrist saya nasihat kan ambik ubat tu bila perlu(bila serangan tu datang).tapi saya baca kesan ubat tersebut membuatkan saya takut untuk makan ubat tu lagi..apa yang patut saya buat?

  • Fatehah says:

    Lg satu DR saya ank saya umur setahun 9bulan dan die masih menyusu badan..saya risau kalau ada kesan sampingan..

  • Nia says:

    Salam doktor saya disahkan panic disorder dan saya dapatkan rawatan di hospital dan doktor beri saya ubat luvox 50mg dan aprozolam saya makan sekali gus setiap hari tapi saya tak boleh tidur saya jadi ketakutan mengeletar dan sejuk seperti hendak mati . Apakah nasihat doktor bolehkah ubat luvox dan aprozolam diambil sekali gus ? Harap doktor bantu saya 😭

    • Ramli Musa says:

      Salam alprazolam sepatutnya hanya dimakan bila perlu iaitu bila dapat panic attacks yg teruk. Untuk ubat tidur,selalu saya beri ubat yg lain tidak ketagih seperti alprazolam

  • Reeza says:

    Salam doctor

    Saya berumur 38 tahun dan 1st time terkena hyperventalation disorder pada jumaat 3/5 yg lalu. Sehingga hari ini perasaan berdebar debar sering ada.. masalah tidor saya takde.. cuma berdebar2.. dan muka sering bergerak2.. kaki tangan bersemut. Tolong saya doktor.

  • Muhd firdaus says:

    Salam doktor Doktor saya ada panic attack bila jadi ja saya akan menggeletar kaki tangan badan pastu rasa mual muntah cirit birit doktor bg ubt fluvoxamine mkn tiap2 mlm dan Alprazolam separuh untuk siang tapi Hari2 saya dok dlm bilik saya jd tkt sebab hari tu saya jadi panic attack dlm bilik dan di kecemasan hospital bila saya rasa tkt hari2 jadi panic attack selalu saya fikir sampai selalu nk jadi panic attack apa harus saya buat untuk elakkan fikir panic attack bila saya keluar ok bila siang tak boleh dok dlm bilik jadi takut teringat jadi panic attack dlm bilik hari tu apa harus saya buat doktor

  • Muhd firdaus says:

    Salam doktor saya disahkan pesakit panik attack sakit ini dah 2 tahun apabila saya diserang panik saya rasa sesak nafas ,jantung semakin laju,pening dan pandangan mata kabur dan berkeringat serta lupa …saya selalu keluar dengan ibu saya sahaja..jika keluar seorang diri rasa mudah diserang panik ..susah saya untuk melanjutkan pengajian …saya juga diberi fluvoxamine 50g untuk setiap malam ..sekarang alhamdulillah saya rasa ok sikit..doakan saya cepat sembuh ya doktor

  • suzianah.sinu says:

    assalamualaikum doc.. saya mgambil ubat luvox dan perlu d makan 300mg setiap hari.. alhamdulilaa selama mgambil luvox saya berasa lebih baik.. masalah nya bolehkah saya ambil pil perancang diane 35( untuk kulit) tiada interaksi kah jika di ambil dengan luvox.. cum jarak kn masa pengambilan saja.. tolong bagi pencerahan doc

    • Ramli Musa says:

      Salam
      Ada sedikit interaksi antara 2 ubat tersebut pada hati. boleh bincang dgn doktor merawat

    • SUZIANAH says:

      Hello doc.. saya pena mengidap anxiety disorder, Dan susah tidur.. dari 50mg smpai 300mg doctor slow2 naik kan dos.. sampai saya rasa sihat Dan bole tidur.. tapi saya berhenti ambek luvox kerna berasa suda sihat.. sejak akhir2 ini anxiety saya dtg balik, Dan saya rasa mcm susa nak lelap kan mata.. perlukah saya ambek luvox semula, Dan ada ka doc akan bagi dos yang sama mcm dulu.. mohon pencerahan doc

  • sandra cassandra says:

    assalamualaikum doc.. jika pil perancang di ambek sebelah pagi dan luvox d ambek sebelah malam sebelum tidur.. tiada masalah ka doc?? mohon jelas kan doc..

  • Hafiz says:

    Salam dr sy sdh mengambil ubat mirtazapine 30 mg dlm masa 3 minggu& rivopam utk masalah imsonnia bg jangkamasa pendek.sblm ni psy beri lorazipam tetapi hanya utk standby jika perlu.masalahnya mirtazapine sblm ni amat baik utk bantu tidur tp kesannya makin bkurangan.adakah ubatan lain pd pandangan dr yg dpt bantu masalah imsonnia yg kronik ini (yg tak terlalu kbergantungan).Tkasih

  • Zahed says:

    Salam Dr,

    Bapa saya sudah mengamalkan ubat Rivotril bersama Luvox dekat 12 tahun. 2 minggu lepas dia dimasukkan ke hospital kerana buah pinggang suspek gagal berfungsi sebaiknye dan paru2 beliau juga berair. Setelah seminggu berada di hospital, paru2 beiau semakin baik dan doc meyarankan lagi 3minggu rawatan semula untuk mengetahui samada dia kena dialisis atau tidak. Pakar buah pinggang menyarankan supaya tidak lagi mengambil ubat2 tersebut. Adakah ini kesan sampingan dari ubat tersebut menyebabkan kegagal buah pinggang?

    Apekah saranan doc untuk kembali kepada rawatan panic disorder selain dari ubat yang menggangu buah pinggang beliau? sebab beiau sekarang xboleh tido sejak seminggu keuar dari hospital

    Terima kaseh

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      Kita kena lihat keadaan panic disorder sama ada terkawal atau tidak.
      Jika tidak terkawal, perlu ubat, namun dose ubat perlu adjustment.
      Berapa banyak dose diperlukan, kena tenguk tahap fungsi buat pinggang.
      Sebaiknya doktor merawat ada semua info diperlukan utk buat decision.

  • noratiqah says:

    salam dc..Anak saya dh mkn luvox sbiji sehari krn depression..
    bila diasrama dia skip ubat ..jadi penyakitnya dtg lg..tmbah tekann krn exam yg semakin dekat..sukar tidur,serabut dn jdi mudah letih..
    saya nak bertnya blhkn dinaikkn dos kpd 2bji msa dia sakit ni..dan bila dh sihat seperti biasa boleh x mkn sebiji sehari pula?

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      Prinsip saya, saya galakkan terus makan ubat dlm pembelajaran. Kerana pembelajaran itu sendiri suatu yg stres buat pelajar sehingga pelajaran tamat.
      Tidak digalakkan naik tanpa sebab kukuh Contoh naik bila masa tak sihat. Itu bukan caranya. YG penting makan berterusan, bukan bila sihat tak makan, bila sakit baru nak makan sampai naik dose

  • Ikhwan says:

    Assalam doc kalau makan ubat easpran 10mg boleh kee??

  • Luna says:

    Saya pelajar menduduki stpm, lepas je saya baca semua komen rasa takut pulak nak start makan ubat fluvox ni..soalan saya, boleh ke saya start amalkan makan ubat ni 1/2 tablet setiap hari sbb exam sem 1 pada bulan 11… Jadi saya agak risau nak makan sbb exam nak dekat. tolong beri pendapat tentang perkara ini 😭😭

  • af9 says:

    Salam dr.

    saya dah seminggu makan luvox kesan ya sangat ketara. Pedih perut.. bernafas lambat dada rasa berat. Lemah yang dasyat rasa nak tidur je. Tiada semangat untuk meneruskan hari hari saya. saya ada adjustment disorder. How to help?

  • Shahrul says:

    Salam doktor..sy dos luvox sy bru dinaikkan dari 100mg ke 150mg..kesannya amat ketara..adakah ianya normal?

  • faris khalid says:

    assalamualaikum. saya nak tanya, saya dah tiga hari makan 1/2 fluxomine 50mg.. dan baru 1/2 fluxomine 100mg.. saya terus rasa tak sedap badan, sama macam para² komen yang lain.. symptoms awal ubat tu.. jadi saya terus tak ambil lagi ubat tu semalam. tapi badan saya masih belom berkurang.. masih lagi kurang stabil dan terasa sejuk seluruh badan sampai sukar nak tido.. dah dapat tido skjap pon masih belom hilang lagi. adakah sebab saya berhenti ubat itu atau mmg keberkesanan ubat itu macam itu? sampai bila ubat itu hilang rasa nya?

  • Fahmi says:

    Doc betul ke kalau makan ubat luvox ni boleh ganggu sexual function? Sebab sy bercadang utk berkahwin hujung tahun 2020 ni. Takut ada masalah jika berkahwin. Perlu ke utk sy request doc utk tukar ubat lain yg tidak mengganggu fungsi sexual.

  • Hidayat says:

    Assalamualaikum Doktor

    Doktor prescribe saya Luvox 50 mg. Namun setiap malam saya hanya ambil 25 mg. Adakah tindakan saya salah doktor.
    Saya masih mengalami overthinking tapi masih dalam kawalan.

    • Ramli Musa says:

      Bincang dgn doktor balik. Banyak kemungkinan

    • Hidayat says:

      Saya juga diberi clonazepam 2 mg di ambil setiap malam. Sebelum ni pandangan saya clonazepam ialah ubat tidur jadi saya ambil separuh dan tidur saya tiada masalah. Ada kala saya ambil suku saja dan masih boleh tidur dengan baik. Apakah benar pandangan saya ini doktor? Selain itu saya simptom yang agak kuat ialah terlampau berfikir. Kadang kadang non stop dan kurang fokus. Saya baru saja mengambil 2 ubat ini fluvox 50 mg dan clonzepam 2 mg dalam 10 hari ini. Harap ianya kesan biasa permulaan ubat.

      Terima kasih Doktor

      • Saiful says:

        Doc,sy sudah setahun tk boleh tidur. Sy hanya benrgantung ubat zopiclon ntk tidur. Ubat sy belah kepada 4 bahagian. Sy sendiri rasa yg sy sudah tidak mampu lagi ntk tidur secara semulajadi. Sy harus ada dorongan ubat utk tidur. Adakah ianya oka doc?

  • Haslina says:

    Doc.. Luvox 100 mg apa kesan smpingan ia ya?setelah 3 mggu dr bri 50mg..doc up kan dosage… Epilim 200mg pun dh mkn selama 3mggu..epilim mmg prlu ke jika Kemurungan?

    • Ramli Musa says:

      Maaf bagi kes yg sudah jumpa pakar, seeloknya anda bertanya pd pakar tersebut. Ada banyak faktor perlu tahu untuk menjawab.
      Serta menjadi tugas doktor tersebut menerangkan,

  • Ila says:

    Assalamualaikum..dr sya nak tnya ubat lovux ada kesan sampingan x…dan boleh tolong nyata kan permula rasa makan ubat lovux.saya axienty disorder

    • Ramli Musa says:

      salam,
      Semua ubat pasti ada side effects, Namun SSRI sangat selamat.
      Tugas saya setiap kali memberi pasakit ubat adalah menerangkan semua tentang ubat yg diberi.
      Sama untuk doktor anda yg memberi ubat. tanggung jawab dia

  • Azaim says:

    Assalammualaikum Dr ,
    Mengenai ubat Luvox yang saya makan.
    Ini adalah cycle pertama saya .

    saya dah masuk minggu ke-3 makan Luvox , dan saya konsisten makan luvox tanpa berhenti.

    Seminggu pertama makan rasa tiada apa, walaupun Dr cakap pada asalnya akan ada side effect seminggu ke dua minggu . Tapi seminggu ke dua minggu saya ok , mungkin sebab ana makan sekali dengan ubat Homeopathy. Tapi rasa kosong sahaja yang tak terlalu kuat .

    cuma masuk minggu kedua,hari ke tiga belas ,rasa anxiety emosi tu datang .

    Dan selepas minggu kedua tu , saya jadi macam over sensitif kepada stress , cuma ada beberapa waktu yang saya rasa sangat ok , boleh buat kerja macam biasa . Cuma saya bingung kenapa effectnya datang lepas dua minggu. adakah ini normal ?

    Maaf , harap dapat bantu .

  • Azaim says:

    Assalammualaikum Dr ,
    Mengenai ubat Luvox yang saya makan. 50mg

    saya dah masuk minggu ke-3 makan Luvox , dan saya konsisten makan luvox tanpa berhenti.

    Seminggu pertama makan rasa tiada apa, walaupun Dr cakap pada asalnya akan ada side effect seminggu ke dua minggu . Tapi seminggu ke dua minggu saya ok , mungkin sebab saya makan sekali dengan ubat Homeopathy.

    cuma masuk minggu kedua,hari ke tiga belas ,rasa anxiety tu datang .

    Dan selepas minggu kedua tu , saya jadi macam over sensitif kepada stress , cuma ada beberapa waktu yang saya rasa sangat ok , boleh buat kerja macam biasa . Cuma saya bingung kenapa effectnya datang lepas dua minggu. Bila saya stress , anxiety tu datang .
    Dan simptom yang tak pernah ada pun dia ada , macam rasa nak marah , sensitif , rasa lekat di tekak . cuma ada beberapa simptom dah pulih . Soalannya kenapa selepas dua minggu baru kesan dia datang ? kejap ok kejap tak

    Maaf , harap dapat menjawab

  • Anonymous says:

    Assalamualaikum doctor adakah normal selepas makan ubat clonazepam dan fluvoxamine bertindak balas dengan cepat (kali pertama makan)? Selepas saya makan tak sampai 15 minit saya tidur sudah mula dapat mimpi ngeri peristiwa lalu yang saya takuti peristiwa itu rasa macam benar walaupun saya cuma mimpi dan saya tak rasa mengantok dah sebab rasa takut fikir.

  • Hamba Allah says:

    Assalam doc sya dh 2 tahun makan luvox asbab minor depression rwtn hospital. Soalan sya knp sya kerap sakit kepala slpas makan luvox. Sakit seperti migrain. Adakah kesan makan luvox? Tq ats respond doc.

  • Hamba Allah says:

    Salam Dr.
    Saya dah seminggu stop Mirtazapine 15 mg dgn persetujuan doktor yg merawat sbb da 4 tahun ambil tanpa skip dan sy rasa dah sembuh dan x perlu makan ubat ni. Tapi withdrawal yg sy lalui sangat teruk dalam 5 hari ni. Insomnia dan anxiety sy datang balik. Tidur saya xmenentu, susah nk lelap kalau terlelap pun dlm pukul 5 6 pagi. Adakah ini normal dan simtom2 ni akan berakhir? Atau perlu kah sy makan balik ubat nih.. terima kasih Dr.

  • hasmin says:

    salam doktor, luvoc yg diambil masa yang lama akan menyebabkan sakit liver ke

  • Bantu saya sembuh says:

    Bila waktu tepat utk mkn ubat fluvoxamine di waktu mlm?

  • Bantu saya sembuh says:

    Tlg periksa kandungan Relief inhaler utk anxiety, boleh ka diguna apabila sudah mula ambil ubat fluvoxamine di waktu mlm? Kerana kerisauan saya tu berlaku di waktu pagi/petang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires