Adakah setiap ibubapa itu secara semula jadi ada ciri keibubapaan yang sesuai?

by Prof Dr Ramli Musa under 6. Masalah Psikologi Kanak-kanak dan Pendekatan Keibubapaan June 29 2021

Jawapan pada soalan di atas ialah TIDAK. Kita semua perlu mempelajari skil keibubapaan yang betul.

Berikut adalah infografik kepada topik ini yang disediakan oleh para pelajar saya;
Secara ringkas ada 4 jenis pendekatan ibubapa. Antara 4 pendekatan ini, ciri ibubapa yang AUTORITATIF adalah disarankan manakala elakkan 3 yang lain.

Saya melihat ramai anak-anak yg menanggug kesan emosi akibat salah pembawakan keibubapaan. Ada ramai bapa yg tidak kisah memberi perhatian emosi pada anak-anak. Sebagai ibubapa, penting kita memeluk, memegang tangan, bercakap, bertanya khabar dengan anak-anak kita walaupun mereka sudah dewasa. Hubungan emosi yg erat penting.

Bapa yg garang, menengking, mencemuh, membuat perbandingan masa mudanya atau perbandingan dengan anak-anak lain akan menyebabkan anak-anak memberontak dengan pelbagai cara. Perkataan toxic pada anakanak adalah ” dulu zaman abah….. lagi teruk… atau tengok kakak awak, tak macam awak”

Loader Loading...
EAD Logo Taking too long?

Reload Reload document
| Open Open in new tab

Download [3.39 MB]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires