RamliMusa.com

Rawatan Traditional vs. Rawatan Modem dalam konteks Rawatan Psikiatri

by Prof Dr Ramli Musa under 2. Islam & Rawatan Hospital July 23 2012

Dalam pengalaman saya di dalam bidang Psikiatri selama hampir 15 tahun iaitu bermula dari bertugas sebagai Pegawai Perubatan kepada Pakar di pelbagai hospital, kerap kali saya bertanya kepada pesakit-pesakit saya tentang pengalaman mereka sendiri dalam rawatan tradisional; Darul Syifa’ Darul Islam dan pengamal perubatan tradisional termasuk bomoh. Soalan-soalan saya menjuruskan kepada tahap kepecayaan mereka dalam aspek rawatan traditional. Ini adalah berdasarkan minat saya untuk mengetahui pengalaman dan kepecayaan kita dalam amalan rawatan altenatif di kalangan masyarakat Malaysia.
Terdapat beberapa pengalaman dan situasi berbeza dari satu pesakit dan pesakit yang lain. Tetapi kesimpulan yang sama yang saya buat adalah tidak kira di mana pesakit-pesakit itu berasal, terdapat kepecayaan YANG KUAT dalam aspek ini. Saya perlu menyatakan di sini bahawa saya TIDAK PERNAH MENENTANG rawatan altenatif dan menekankan tentang perlunya mendapatkan rawatan altenatif ini TETAPI perlulah rawatan yang selari dengan Syariah agama.
Cuba kita fikir-fikirkan pengalaman benar yang saya terima dari pesakit-pesakit saya;
KES 1.
Seorang mak cik berumur 60 tahun yang baru kehilangan suami (akibat sakit jantung) telah mengalami simtom serangan panik (recurrent Panic attacks) selama 1 tahun sejak kematian suaminya. Beliau telah berjumpa pelbagai rawatan traditional bermula dari rawatan agama hinggalah ke rawatan bomoh dan telah berbelanja beribu ringgit tanpa menunjukkan perubahan. Pesakit menjadi amat tertekan dan tanda ketakutan bertambah apabila pesakit diberitahu oleh pengamal perubatan bahawa ahwah suaminya mempunyai “saka” dan ingin memindahkan “saka” itu kepada waris baru.  Akibat sentiasa meminta  dibawa untuk rawatan ia benyebabkan stres kepada anak-anaknya dari aspek masa dan wang. Akhirnya setiap panic attack (utk pengetahuan; pengidap Panic attack amat teruk dan boleh digambarkan seperti terkena serangan jangtung) pesakit terpaksa datang ke hospital untuk rawatan kecemasan di Unit Kecemasan hospital bagi “serangan jantung” (yang sebenarnya panic attack) beberapa kali.
Akhirnya beliau dirujuk kepada saya oleh rakan saya di bahagian kecemasan apabila mendapati semua ujian terutama unian jantung adalah normal. Apabla berjumpa pertama kali dengan pesakit, saya cuba menyakinkan pesakit yang ini adalah panic attack dan tidak perlu risau. Pertama kali bertemu,keadaan ketakutan dan kerisauan (anxiety symptoms) pesakit amat teruk dengan gelisah, tidak mampu duduk diam dan sentiasa ke paip untuk sedawa seolah-olah ingin muntah. Saya mengajar pesakit cara bernafas (breathing excercise) dan memulakan rawatan ubat (antidepressant). Saya menyatakan ubat ini Insyaallah berkesan dan mula menunjukkan kesannya sekurag-kurangnya selepas seminggu. Pesakit dibenarkan balik dengan rawatan susulan seminggu. Tidak sampai seminggu (dalam 3 hari) saya menerima panggilan dari hospital yang mana mak cik ingin bertemu. Pertemuan ke-2 mendapati keadaan mak cik sedikit tenang tatapi panik attack masih ada namun sedikit kurang teruk (seperti dijangka kerana ubat masih belum menampakkan kesan sepenuhnya). Pertemuan ke 3 iaitu selepas 2 minggu mendapati keadaan jauh berbeza. Kini pesakit mampu tersenyum dan melakukan kerja rumah dan bertambah yakin dengan diri sendiri. Anak-anak juga kurang tertekan akibat keadaan ibu mereka. Saya menjarakkan pertemuan kepada 2 bulan apabila mendapati pesakit telah stabil namun ubat perlu diteruskan untuk mengelak penyakit berulang. Terdapat juga saudara pesakit tidak bersetuju dengan fakta “saka” yang dicadangkan oleh perawat tradisional kerena ini menimbulkan buruk sangka kepada si mati (arwah suami pesakit).
KES 2
Seorang ibu membawa anak lelaki buat pertama kali ke hospital di Klinik Psikiatri Hospital Kuala Lumpur yang mengalami masalah Psikosis seperti mendengar suara dan berkelakuan ganjil. Beliau telah berjumpa pelbagai rawatan traditional di serata Malaysia. Saya masih ingat soalan yang ditanya oleh si ibu kepada saya; “Doktor tahu mana-mana bomoh di Malaysia? Semua saya dah jumpa” Sehingga satu peringkat saya dicadangkan pergi ke Indonesia.” Sememangnya dia telah pergi berjumpa bomoh yang paling berpengalaman di Indonesia. Setelah gagal si ibu dan keluarga berbincang dan mengambil keputusan berjumpa doktor dan dirujuk kepada saya. Dengan kuasa Allah juga ubatan antipsikoti dimulakan dan pesakit tidak lagi mengalami tanda halusinasi dan lebih tenang. Namun akibat lambat mendapatkan rawatan antipsikotik, pesakit mengambil masa sedikit lama untuk benar-benar sembuh. Semasa dalam rawatan antipsikotik pesakit tidak lagi mendengar suara ghaib dan berkelakuan normal.
KES 3
Ceritanya saya dapati hampir sama seperti kes ke 2 namun ia berlaku di Kuantan. Cukup menarik si ibu memberitahu telah berjumpa bermacam-macam bomoh di Malaysia dan apabila berjumpa dengan bomoh yang amat berpengalaman di Indonesia, beliau dinasihatkan oleh bomoh Indonesia agar berjumpa “pakar perubatan mental” di hospital kerana penyakit yang dihadapi bukan rasukan tetapi mental.
KES 4
Seorang ibu muda dalam tempuh berpantang anak ke 3 mengalami masalah kemurungan (Post-partum depression) yang teruk agak lama kerana sukar membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan Psikiatri akibat stigma masyarakat. Takut masyarakat melabelkannya tidak waras. Apabila bertemu, rawatan kaunseling dan ubat “antidepressant” dimulakan. Saya memberitahu nama penyakit kepada pesakit dan suami agar mereka membaca sendiri di sumber internet. Di klinik sementara menunggu, si suami melayari internet menggunakan telefon bimbit sambil tersenyum mengatakan semua yang diceritakan di internet menyamai tanda-tanda isterinya.  Selepas 3 minggu kali ke-2 bertemu beliau bertambah sihat. Namun beliau bercerita bahawa seminggu selepas mengambil ubat antidepressant, beliau berhenti mengambilnya selepas mendengar nasihat saudara jauh supaya berhenti kerana ia boleh menyebabkan kesan negatif seperti “gila dan ketagih”. 4 hari berhenti menyebabkan beliau mengalami tanda-tanda yang sama seperti beliau dalam kemurungan lalu. Beliau dan suami membuat keputusan untuk tidak mengendahkan kata-kata saudaranya dan memulakan semula antidepressant. 3 minggu berjumpa saya Alhamdulilah beliau nampak ceria dan bertambah baik sambil tersenyum menceritakan pengalaman berhenti ubat buat sementara waktu.
KES 5
Saya membaca teks dalam laman sosial yang menyatakan jangan bergantung dan mengagongkan rawatan moden. Disebabkan termakan ubat hospital kita dapatai ramai pesakit berada di mental institusi seperti Tanjung Rambutan.
KES 6

Seorang pesakit muda yang menghidapi Panic Disorder telah dicadangkan menjalani “pembedahan batin iaitu membuang “saka” atau makhluk yang menyerapi badan dan otaknya oleh pengamal rawatan tradisional. Ia dikatakan akan dilakukan oleh pakar bedah orang asli yang akan didatangkan khas. Pesakit telah ditempatkan dibilik kosong dan pembedahan akan dijalankan dari bilik bersebelahan. Pesakit dinasihatkan baring sendirian dan jika mendengar sesuatu perkara ganjil supaya berdiam diri sahaja. Soalan saya kepada pesakit ini; apa yang dia alami atau dengar atau merasakan kesakitan pembedahan itu? beliau menjawab tak rasa apa-apa atau mendengar apa-apa sepanjang “pembedahan” selama 30 minit. Dan alangkah terkejutnya selepas itu; bil pembedahan oleh pakar bedah ini bernilai RM 600.00.

Tanpa soal banyak dan keinginan untuk sembuh beliau membayar tanpa memeinta pengurangan. Selapas melihat beliau saya menyatakan padanya “nah ini kos rawatan consultation saya hanya berharga RM 140”.

Di dalam mengamalkan rawatan moden dan sebagai pakar psikiatri Islam/Muslim saya sentiasa membenarkan dan menggalakkan mereka jika mereka berniat mendapatkan rawatan tradisional yang berlandaskan ajaran Islam disamping mengelak syirik kepada Nya. Dalam menyuruh pesakit memakan ubat supaya sihat, kerap saya melapik kenyataan saya; dengan izin Allah makan ubat ini akan sembuh. Kerana selagi ada kemampuan SILAKAN. NAMUN jangan tinggalkan rawatan moden yang terbukti berkesan atas izinNya. Perlu saya tekankan di sini, bukan kerana rawatan moden ini yang menyebabkan pesakit2 berada di Tg Rambytan tetapi dari segi aspek “nature” penyakit Psikosis/Schizophrenia itu sendiri yang berulang “relapsing in nature”. Jadi jangan salahkan ubat rawatan moden.

NAMUN rawatan altenatif yang saya galakkan adalah RAWATAN YANG BERLANDASKAN SYARIAH bukan mempercayai kewujudan kuasa selain Allah yang menjerumus kita kepada syirik. Saya galakkan berjumpa Ustaz bukan untuk air jampinya tetapi untuk DOA (kepada Allah) dari orang-orang yang tawadduk yang lebih mujarap.
Ubat-ubat rawatan moden yang semakin hari semakin banyak dan bertambah baik telah dibuat ujian berkali-kali untuk menjamin 1) keberkesanannya 2) keselamatannya. Doktor-doktor tidakkan memberi ubat yang menyebabkan keburukan dari kebaikan kepada pesakit-pesakitnya. Ini adalah dasar-dasar asas Etika Perubatan termasuk Etika Perubatan Doktor Muslim.    
Kita disuruh untuk mendapatkan apa juga rawatan yang terbukti berkesan.
Ingin saya tekankan di sini penyakit psikiatri atau psikologi kebanyakan tidak tergolong dalam kategori psikosis atau gila. Maka kita harus menukar persepsi kita tentang Psikiatri. 80% pesakit-pesakit yang saya rawat bukan gila (psikotik) tetapi kemurungan (depression), ketakutan (anxiety disorders; panic disorder), school refusal,  masalah rumah tangga, masalah kanak2 dan macam-macam.

84 Comments

  • Anonymous says:

    assalamualaikum prof,

    saya amat memerlukan bantuan prof. saya mengalami social anxiety disorder.selama 24 tahun saya menghidapi masalah ini. Tiada siapa tempat untuk saya meluahkan masalah saya ini termasuk keluarga saya kerana saya rasa saya org gila dan org pasti akan memandang saya dengan pelik jika saya menceritakan kepada org lain.
    Saya ingin tahu,adakah CBT berkesan? bolehkah saya mendapatkan ubat anti depressant dimana sahaja tanpa surat doktor? Saya tidak tahan lagi menanggung masalah ini kerana ia melibatkan masa depan saya. Saya ingin menjadi seorang yang berkeyakinan,berjaya dan berfikiran positif. Saya tidak mahu memikirkan apa pandangan org lain. Saya ingin pergi ke kedai runcit atau restoran tanpa rasa panik.tanpa rasa semua org memerhatikan saya dan saya nampak seperti org bodoh.Tolonglah prof.Saya amat memerlukan bantuan prof.Terima kasih

  • Anonymous says:

    Salam Dr,

    Mintak check email yahoo dr sebab saya ada hantar email pasal Axxx takut masuk spam box. Email saya saksah@gmail.com

    Thanks

  • Maaf saya lambat perasan comment anda. Walaubagaimana pun saya telah membalas email saidari. Wassalam

  • rose says:

    salam ,

    saya pun ada masalah yang sama dengan anonymous . saya ingin meminta pendapat Dr. kalau ingin berjumpa dengan Dr. pakar psikiatri perlu ke saya bagitau orang kaunter . saya malu untuk bertanya semacam itu takut dilebel orang gila…email saya rose_lin81@yahoo.com

  • Anonymous says:

    please contact me at Norliza@chartisinsurance.com
    utk membantu adik saya………..

  • Terima kasih Doctor sebab share pelbagai case study. It's good for me as an ex-health_personel which has become as a layman, currently. Hehe.

    keep on sharing! 🙂

  • Anonymous says:

    Marilah ramai2 join grup anxiety disorder for malaysian community gambar first aid kit di FB…
    Boleh berkingsi2 mslh yg dihadapi…
    Tq

  • Salam, Seorang pesakit Panic Disorder bertanya kepada saya. "Doktor susah ke rawatan penyakit Panic Disorder saya?"
    Saya kata; rawatan Panic Disorder amat mudah dan ubat-ubat yang ada AMAT berkesan. Masa yang amat sukar dalam rawatan penyakit psikiatri adalah MEMBAWA PESAKIT ITU DATANG BERJUMPA pakar psikiatri. Jadi buang rasa takut dan malu. Insyaallah dengan izin NYA tiada penyakit tanpa rawatan.

  • Amirul Aiman says:

    Assalamualaikum Proff..
    Saya merupakan seorang pelajar. Saya ingin bertanya. Saya sendiri tidak berapa pasti mengenai perkara yang terjadi ini.
    Saya selalu berasa was-was dengan perkara yg saya lakukan. seperti contoh, sebelum ke kelas saya sudah menutup kesemua suis lampu dan kipas. tapi apabila di pertengahan jalan, saya berasa tidak pasti dan patah balik semula ke bilik untuk memeriksa semula.. selain itu, apabila menaiki motorsikal, saya menyimpan barang2 dibawah "sit" motor.. dan sampai di pertengahan jalan, saya rasa seolah2 tidak pasti dan terpaksa memberhentikan kenderaan dan memeriksa semula.. malah saya juga turut memeriksa beg saya kerana tidak pasti sudah dizip dengan baik atau tidak… dan juga beberapa perkara lain yg turut saya lakukan berulang kali sehingga saya betul2 puas hati..
    Keadaan ini amat memenatkan saya..
    Adakah saya perlu dapatkan sebarang rawatan atau ini hanya perkara biasa..

  • as Salam, dari penerangan saudara, saya yakin saudara menghidapi menyakit Obsessive Compulsive Disorder. OCD sila berjumpa pakar psikiatri secepat mungkin

  • ijuladli says:

    Salam prof.. prof berkhidmat dimana…

  • Anonymous says:

    bleh ke beli ubat secara online dgn prof?

  • Anonymous says:

    assalammualaikum prof, saya juga mempunyai masalah social anxiety doisorder.setiap kali di sekolah, sewaktu ingin membuat presentation,saya akn menggigil dan tgn saya akn menjd kesejukan.saya jg akn berckp dgn tergagap-gagap dan ayat saya berterabur lintang pukang.suara sy jg akn bertukar menjd perlahan.saya jg tidak tahu kenapa.ia benar2 mengganggu pembelajaran dan kehidupan saya.saya harap prof dpt membantu masalah saya yg tidak boleh berhadapan di khalayak ramai ini..terima kasih

  • amy says:

    Assalam prof..sy mngalami simptom2 anxiety sejak 12/5/13..bgaimana saya nk mndptkn rawatan n ubat2 yg prof cerita kn di ats..kerana sy hnya sesak nfs n ketakutan pd waktu2 tertentu aje..sy x bole berada di tmpt org rmai dan ssh tdor mlm..klu tdor pon skjp2 dn selalu mimpi buruk..kdg2 kala tpak tgn n kaki kebas dan seram sejuk..

  • reena says:

    Asslamualaikum prof saya mengalami kes yang same dengan kes no 4 , saya sering berasa takut, dan sering memikirkan bahawa saya ni tidak waras . Dan sering takut dengan penyakit walhal saya tiada penyakit tersebut. Boleh saya tahu bagaimana mengatasi masalah cemas berlebihan ni??

  • abmuda says:

    Tuan Dr.
    Boleh dapatkan email address Dr utk tujuan berkomunikasi.
    Sekian terimakasih.

    My email: abmuda@gmail.com

  • amir Solihim says:

    Dr. Tlg pm saya. Saya selalu sesak nafas bla brjumpa dr mengesakn saya kene panic attack. Bla saya bagitahu rakan2 dan keluarga mereka ketawakn saya. Ni email saya amirsolihim47@gmail.com

  • Anonymous says:

    salam prof..saya harap prof dpt bantu saya..saya telah mengalami 1 perasaan..takut akan kematian..saya jg slalu cemas,,kdg sukar nk fokus..jd saya dah try cri di internet knpe saya jd mcm tu..rata2 yg cakap panic and anxiety disorder..tanda2 nya pn sume berkaitan dgn saya..sukar untk bernafas,. jd saya nk tahu mcm mane nk sembuh..ni email saya selamanyaaq@yahoo.com

  • Untuk pengetahuan umum saya bertugas di Kuantan. Jadi jika tuan puan ingin mendapat rawatan boleh memilih 2 pilihan. 1 Private (berbayar) no tel 09-5139848 dan pilihan ke2 Kerajaan (bayaran pendaftaran hanya RM 5) di hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan.Perlu surat rujukan.

    Bagi mereka yang tinggal luar Kuantan, saya berpendapat dan mencadangkan tuan/puan mendapatkan rawatan dari pakar psikiatri di hospital berdekatan dengan tempat tuan/puan atas sebab mudah. Penyakit anxiety/ketakutan/panic serta kemurungan ada ubat yang amat berkesan berserta counseling dari pakar. Insyaallah dengan kuasanNya penyakit ini senang sembuh. wassalam

  • sarip says:

    as salam Dr. sy mengalami anxiety disorder. hampir 3 bln. selalu rasa sakit pd ulu hati dan kepala. baru2 ni sy ada berjumpa dgn kaunselor psikologi hospital dan akan ada sesi susulan. blh Dr cadangkan rawatan terbaik utk masalah yg sy hadapi ni.

  • Anonymous says:

    dr blh sy mnta no phone or email… (rawatan terbaik utk panic attack) dh 2 kali jmpa pakar psikiatri)syirahsyahirah@yahoo.com

  • Anonymous says:

    Assalam Dr. saya dah makan prozac l/kurang satu minggu diberikan oleh psikiatrik. Tapi ubat tersebut beri kesan yg lagi teruk. Kemudian Dr bagi saya propranolol. Rasa ok. Tapi apa nasihat Dr yang terbaik. Saya hidapi masalah panic disorder / panic attack sejak 1995.

  • Anonymous says:

    Assalam dr..blh tak saya dptkan no dr dan rawatan dr dimana?mungkin saya blh jumpa dr utk bt rawatan..saya juga ada panic attack yg mengganggu kejidupan saya sejak 2 bln nie …sehingga saya tidak blh kerja dan jejaskan sumber kewangan saya..

  • Anonymous says:

    boleh sia minta no hp kita ka dr.sia daelly Gutah dr sabah

  • hafizal mohd says:

    Salam dr.. saya di kuantan.. boleh jumpa dr di HTAA tak?

  • Assalam…adakah anxiety disorder boleh drawat sepenuhnya

  • Anonymous says:

    Assalamualaikum prof. Sekiranya in gin mendapatkan rawatan saya perlu merujuk di mana terlebih dahulu? Maksud adakah saya perlu pergi ke hospital seperti kebiasaannya atau terus ke pusat psikitri? Mohon pencerahan

  • Iwan Halim says:

    salam dr sy sedang mengalami panik attack sehingge rase takut di khalayak ramai…mcm mane sy mahukan rawatan tersebut?? id my facebook eone figueroa..please dr sy betol2 memelukan bantuan dr.

  • bo says:

    Salam prof dan rakan sihat dan AD,
    Jemput singgah di kedaibo.blogspot.my
    Tkasih

  • bo says:

    Salam prof dan rakan sihat dan AD,
    Jemput singgah di kedaibo.blogspot.my
    Tkasih

  • Unknown says:

    Assalamualaikum Doktor,

    Bagaimana cara saya boleh bawa suami saya jumpa doktor. Diagnose yg diberi kan oleh doktor di Hospital Ampang mengesahkan beliau mengidap Generalised Anxiety Disorder dan apa yg saya baca pun seperti mengesahkan juga. Email saya malalctrust@gmail.com. Terima kasih doktor. Sudah berlarutan selama lebih 8 bulan takut nnti jadi 8 tahun pula.

  • Anonymous says:

    Salam prof saya sering rasa ketakutan , kadang² saya rasa sesak nafas n lemah badan . Adakah saya kena panik attack ? Takut saya hanya tuhan saja yang tahu . Saya duduk area kuantan , boleh ke saya jumpe prof ? Berapa byaran nyee proff

  • Anonymous says:

    Salam prof saya sering rasa ketakutan , kadang² sesak nafas n lemah satu badan ? Adakah saya terkena panik attack ? Takut saya hanya tuhan saja yangg tahu , boleh ke saya berjumpe dengan prof ? Saye duduk area kuantan . Berapakah byarn nye proff ?

  • Anonymous says:

    SALAM pROF

    saya telah berjumpa 3 pakar jantung, yg third one cakap saya mengalami anxiety disorder bukan jantung kerana blockage di artery hanya beberapa % sahaja. Sy selalu merasa tak stable bila berjalan, rasa terhuyung haying. kadang2 nafas pendek. Doc tu telah memberi saya Inderal and Xanax dan diambil bila perlu. For the first 2 months saya ambil 1/2 Xanax per day dan rasa ok. Tetapi dah masuk bulan keempat saya dah mula merasa keadaan yang sama, rasa tak stable, berdebar2 dll. Doc tu telah menukar ubat lain iaitu remeron tetapi saya tak boleh ambil kerna terasa one kind. saya teruskan dengan pengambilan Xanax semula tetapi kesannya sekejap sahaja seolah olah saya kena ambil lebih dose. Apa kah pengambilan ubat ni berterusan ada side effect pada body.

  • Anonymous says:

    Salam Prof , saya pernah terkena panic disorder dua tahun dulu akibat tekanan biznes. Seminggu tak bole tidor, bangun tengah malam sesak nafas. Jumpa bomoh klinik hospital last2 post kat fb adalah kawan fb cakap dia pon pernah kena. Masa tu rasa ada sinar depan mata . Saya disyorkan kawan jumpa dr psikatri di sjmc. Dia bagi ubat luvox setengah pil satu kali dan lexotan setengah pil sekali makan bila perlu. Alhamdulilah dalam 2 bulan mmg baik dan sihat semula. Tetapi skrg saya rasa macam kena balik, disebabkan pressure biz yang slow selepas gst, tekanan amat kuat. Dan sekarang rasa macam kena lagi sebab selalu terjaga tengah malam akibat sesak nafas.

    Soalan saya, adakah penyakit ini boleh berulang setelah 2 tahun, dan adakah bahaya jika dibiarkan.

  • Anonymous says:

    Dan saya asyik berfikir hingga membuatkan susah nak tidor

  • Anonymous says:

    Apa tuan hadapi sama macam saya..tekanan ekonomi memberi impak pada psikologi..saya dah setahun Anxiety Ďisorder..Moga Allah melindungi kita semua..

  • Salam kak. Sy pon ada GAD. Skali dengan GERD. Dh 4 bulan. Suami akak skrg dh ok?

  • Unknown says:

    Salam dik, masih sama je. Susah nak jangka samada GAD atau mmg dia sebab darah tinggi dia ke. Sebab dia kata dia rasa sakit tuh, mcm pening, hilang imbangan badan, rasa nak pengsan (tapi tak pernah pengsan pulak), lemah badan, berpeluh tangan kaki (which is mmg simptom GAD la kan). Entah la saya pun tak tau nak cakap apa, tawakal je la. Hospital mmg pegi ikut time, ubat mmg dia rajin makan, sampai saya rasa too much ubat. Mesin uji tekanan darah tu sentiasa ada je, bawa kemana pergi, check sentiasa sampaikan kalau habis bateri dia jadi panik takut tak boleh nak check BP dia (kan ini namanya kerisauan yg melampau kan?). Bila saya tegur, dia ckp, mestilah sentiasa berwaspada selalu, tapi rasanya tak perlu lah nak check satu hari mau 20 kali paling kurang.

    • Ramli Musa says:

      Kemungkinan besar itu tanda Panic attack.

    • Ahmad Hanizar bin Abdul Halim says:

      Apa yang suami puan alami sama seperti saya..ie mcm pening, hhilang imbangan badan, rasa nak pengsan (tapi tak pernah pengsan pulak), lemah badan…mmg ini semua ialah perasaan yang mengganggu sehinggakan kita merasakan semua simptom tersebut. Ini bukan kes vertigo ke apa ke. Saya juga mengambil ubat darah tinggi…sudah beberapa kali sy ke ER hospital..Saya mula alami AD ni sejak Disember 2016…sejak itu bermulalah episod sy mendapatkan rwatan..ke hospital/perubatan alternatif dsb…Mcm2 peristiwa yg terjadi yg kalau dicereitakan pun org lain mungkin akan tertawakan sy..Ada yg kata sy ada unfinished business dsb. Bila Pn sebut ttg BP reader tu mcmtu lah yg saya alami jga…kerisauan melampau lah tu…Tp sy ras insyaallah penyakit ini boleh di atasi mcm Prof Ramli kata.. bila AD attack tu sy akan dpt rasa tp mesti cepat2 reset minda..jantung akn degup agak laju..sy akn rehat sekejap…sy akn cuba ignore ..jgn layan…ambik wuduk dan baca quran..x pyh cari BP reader tu..mmg orag x faham apa yg dialami ..hanya yg alaminya sj yg tahu AD ni..mesti terus berikhtiar berubat dan berdoa kerana kita adalah hambaNya yg serba kekurangan….teruskan bantu suami puan utk keluarkan dia dr kepompong AD dan fahami masalah AD yg dialaminya..dalam kes sy isteri sy amat memahami keadaan sy…semoga berjaya ..MATI ITU PASTI, HIDUP INSYAALLAH

  • bo @ بو says:

    salam prof dan sahabat..
    Mohon singgah fb @rempahbo.
    Info ada testimoni pon ada..
    Tkasih

  • Unknown says:

    As salam Prof saya mengalami anxiety dan depression yang amat serius selepas menjalani operasi Partial Thyroidectomy satu tahun yang lepas.Saya akan rasa gelisah dan takut dan fikir akan mati ..tiba takut dan nafas rasa sesak.Tolong saya prof .email saya di darensharon@hotmail.com
    Terima kasih banyak2😢😢

    • Ramli Musa says:

      Waalaikum salam, elok berjumpa pakar psikiatri yg berdekatan. Rawatan comprehensif tidak mudah diberi di sini.
      Pastikan selepas pembedahan tirodectomy buang kelenjar tiroid, anda tidak mengalami masalah hypothyroid. Kerana keadaan ini akan menerukkan masalah depression.

  • Lina says:

    Assalamualaikum Doktor
    Apabila saya berjumpa dgn pakar psikologi, ubatan yg disyorkan adalah supplement natural dan tidak berasaskan dadah. Tetapi apabila saya berjumpa psikiatrist, ubatan yg disyorkan adalah berasaskan dadah. Apakah kesan memakan ubatan ini untuk jangka masa yang lama? Apakah perbezaan diantara pakar psikologi dan psikiatri?
    Terima kasih linahas@gmail.com

    • Ramli Musa says:

      Waalaikum salam, Pakar psikologi tak boleh beri ubat. Ubat yg diberi oeh pakar psikiatri bukan dadah. kena bincang dgn doktor apa maksud dadah yg kita faham.

  • Anonymous says:

    salam doc.

    saya telah pergi ke hospital kerajaan untuk mengetahui masalah saya selama ini.
    selama ini semenjak remaja lagi saya merasakan diri saya tidak berguna dan jiwa kosong.tiada istilah keseronokan di alam remaja.mungkin itu hikmahnya saya tidak terjebak dengan perkara2 yang tidak baik.doc di hospital kerajaan memberitahu saya mengalami Generalize eneralized anxiety disorder. Saya mencari di google. kebanyakan ciri2 ada pada saya. Saya sekarang dalam proses mengenali seorang wanita dan kami akan bertunang tidak lama lagi dan akan merancang untuk berkahwinan. tetapi semakin lama dalam perhubungan ke arah yg lebih serius (tunang) saya rasa seolah olah tekanan datang. saya selalu berimiginasi seolah2 tiada kejujuran dari dia. saya selalu membuat perkara yang membuatkan rasa dia tidak jujur.saya kadang2 menangis sendiri tanpa sebab.doc saya tidak rasa kenikmatan hidup. saya ingin bebas. saya ingin jadi seperti orang lain. ceria. saya rasa beban sedang menanggung saya
    mohon doc dapat membalas ke email saya (yusopsaleh8943@yahoo.com)

    T.kasih

  • Anonymous says:

    Salam Prof,

    Mintak check email yahoo Prof sebab saya ada hantar email pasal S.A.D. Email saya mr.anonymous0705@gmail.com

    Thanks

  • za says:

    salam prof,
    minta email prof, sy nak minta pendapat berkenaan dgn pure o. Saya rasa saya ada penyakit ni sbb selalu rasa diri ni sakit , bole minta email prof?

  • Rushdi says:

    Assalamualaikum Prof.
    Harap Prof ada terima email dari saya.
    Saya perlukan pandangan Prof.
    Email saya: rushdibobbd@gmail.com

    Terima kasih.

  • Ieda says:

    Saya mengalami masalah takut akan kematian Yang amat sangat.otak saya tidak boleh fokus Dan memikirkan hal lain selain Dari kematian.saya telah berjumpa pakar psiakitrik
    .DR telah memberi ubat antidepress. Saya Ada berasa pulih sedikit .bolehkah kalo saya berhenti Dr makan ubat tersebut

    • Ramli Musa says:

      Lebih baik berbincang dgn doktor merawat. Seperti saya nyatakan dalam post terbaru saya, bukan mudah membuat keputusan berhenti ubat. Ada banyak faktor diambilkira oleh doktor merawat. Antaranya keterukan penyakit, berapa kali episod sebelum ini, berapa lama sudah tiada simptom anxiety, personality, DLL

  • Norhaslina binti Hassan says:

    Salam doktor…ibu sy berusia 79 tahun…dan selalu risau…dan sedikit nyanyuk…setelah diperiksa secara fizikal…dia tidak ada masalah…banyak kali berubat secara tradisional…ada yg kata saka…tapi seorang ustaz tu cakap…jiwa mak saya kosong….boleh saya tahu…rawatan macam doktor ni ada tak di kuantan pahang…terima kasih

  • Zalia says:

    Salam doc. Saya ada menghantar e mel kepada doc.Mohon pandangan. Terima kasih doc. Emel saya:zunaliaalias@gmail.com

  • Masitah Zakaria says:

    As salam doc…saya ada seorang ank lelaki umo 8 thn…
    Anak sy terlalu kerap membasuh tgn…berulang2 mmbsh tgn sehingga basah bjnya..jika mandi punyalah lama..kalo bolrh nk hbskan sebotol sabun..kalau suruh salam org…mmg dia xnak…elak kan diri pegang tombol pintu rumah n pintu kereta..habis tab, handphone,remote control dibasuh…saya geram dan pernah rotan dia sb dah berulang kali pesan ttp masih buat..
    Adakah anak sy mengalami penyakit ocd?
    Kalo benar apa perlu sy buat?

    • Ramli Musa says:

      Waalaikum salam,

      Apa yang puan paparkan menunjukkan tanda-tanda Obsessive Compulsive Disorder. Namun anak puna menghadapinya agak awal. Selalunya gejala OCD bermula pada umur 15-20 tahun. Saya syorkan puan bawa berjumpa pakar psikiatri kanak-kanak dengan segera sebelum semakin teruk.

  • Niza says:

    Assalamualaikum prof. Sy telah mengalami panic attack sejak 2009 hingga kini.kali pertama sy menghidapi penyakit ini ketika sy berada berseorangan di rumah.selesai solat jantung sy bdegup kencang bgaikan nk tcabut. Mulenya sy ingtkan sy hypo kerana tak makan tgh ari.sy ambil sbji kurma dan mkn ttp jantung sy lbeyh hbat kencangnye.maka bermula la episod fikiran sy memikirkan tentang heart attack, perasaan takut mati,stroke dan mcm2.sy lari keluar fr rumah dan pergi ke rumh jiran sy kerana sy mula rs nk pitam dan sy tkut klu sy pengsan sy akn mati selamanya.sehingga kini perasaan yang sama dan kini sy bjumpa dengan dr gastro dan sy menceritakan mslh sy.keadaan perut sy normal.sy tlh melakukan berbagai checkup hasilnya normal.tp sy yg xpercaya aln doc.doc prescribe luvox meds tp sy xmngambilnya krn tkut akn effect nye.sy juga cbe berubat scr islam darussyifa.alhamdulillah dgn izin Allah anxiety beekurangan ttp ianya masih lg ada.sy betul nk hidup sy kembali normal spt sediakala.Sy nk sembuh.sy nk bahagia.sy nk jd berani sptmn sy sblum ni.sy hrp prof dpt mbantu sy

    • Ramli Musa says:

      As salam. T kasih kerana sudi berkongsi masalah. Cara cik menceritakan masalah jelas cik menghadapi masalah Panic Disorder. Rawatan antidepressant spt Luvox atau Fluoxamine adalah rawatan penyembuhan. Namun perlu dilihat dos agar penyakit atau simptom benar2 terkawal.

      • Niza says:

        Assalamualaikum prof. Terima kasih kerana menjawab pernyataan saya.luvox yg diberikan oleh doktor ialah 50mg utk mggu pertama saya perlu ambil stengah bji sehari.mggu ke 2 sy harus mengambil 1 bji sehari ttp sy blum mngambil ubat itu krn sy tkut akn effect ubat dan sy sdg mnyusu ank sy.sy rs nerslh pd ank sy jika sy mngambil ubat itu dan sy tkut klu2 ank sy juga akn menghadapi mslh spt sy.

        • Ramli Musa says:

          waalaikum salam,

          Dalam amalan perubatan saya dan sekarang secara umum, kami tidak rigid atau keras dalam membuat keputusan sesuatu perkara seperti wajib makan ubat. Ia bergantung pada situasi. Contoh penyakit puan kirang kritikal pada masa ini dan keinginan menyusu badan sangat kuat, maka ubat boleh ditangguhkan.

          Prinsip doktor adalah pertimbangan antara risiko dan manafaat (weighing the risk and benefit) . Jika keadaan psikiatri sangat mendesak spt sesetengah orang sehingga rasa mahu menamatkan riwayat, maka risiko melebihi dari manafaat susu ibu. Maka ubat perlu.

          Namun perlu diingatkan antidepressant selamat utk penyusuan.

  • murni says:

    as salam prof..beberapa tahun yang lalu saya pernah merasa satu perasaan takut pada kematian..semua berlaku selepas saya melihat satu kisah tabf kematian..saya pernah mengambil ubat, tk pasti ubat apa..saya rasa saya makan sebiji je..dah saya pulih sepenuhnya..kmudian beberapa tahun selepas itu perasaan itu jadi smula..tp sekejap je dan dia akan pulih dngn sndirinya..sehinggalah baru2 ini saya dikejutkan dngn berita kawan meninggl kerana barah otak..3 hari selepas itu saya di uji dengan kesakitan dibahagian kepala dan muka..bila berjumpa doc..mereka bgtahu saya ada sinus..sudah diberikan bermacam jnis ubat..seblun lepas itu saya smbuh walaupun kdg2 kepala masih berat..yang merungsingkan saya..tiba perasaan takut mati itu datang menyerang smula..dan kali ini mmg lama..sebab saya asyik terfikir sakit sinus saya itu umpama sakit knser otak..saya jadi takut sngt2..boleh di bantu ke prof..

  • Rai says:

    assalammualaikum prof,
    saya mempunyai masalah social anxiety doisorder.setiap kali di sekolah, sewaktu ingin membuat presentation,saya akn menggigil dan tgn saya akn menjd kesejukan.saya jg akn berckp dgn tergagap-gagap dan ayat saya berterabur lintang pukang.suara sy jg akn bertukar menjd perlahan.saya jg tidak tahu kenapa.ia benar2 mengganggu pembelajaran dan kehidupan saya.saya harap prof dpt membantu masalah saya yg tidak boleh berhadapan di khalayak ramai ini. terima kasih

    • Ramli Musa says:

      As salam.
      Penyelesaian terbaik adalah berjumpa pakar psikiatri terdekat.
      Kalau Pn berada di Kuantan, saya ada klinik di; Kuantan Clinical Diagnostic Centre, Jalan Dato’ Lim Hoe Lek,
      Kuantan. 0179500058

  • Ida says:

    Assalam prof..sy sdg mngalami stuasi di ats skrg ni..dr bln 2 aritu..smpi la skrg..dh bnyk prubtan islam sy pegi..hasilnya ade la bkurang skit..pmkanan pn sy kne bnyk pntang..tp semenjak 2 3 arini bdebar dan rsa takut tu mnjadi kuat sikit..krap sndwa@kntut..bdan lemah kaki tngan,kpla pening..tlong laa prof..bntu laa sy slesaikan msalah sy ni..

  • Anonymous says:

    Assalamualaikum saya ada rasa saya menghidapi penyakit SAD. Adakalanya saya happy dan tiba2 saya rasa sedih tanpa sebab. Saya juga tidak boleh bercampur dengan orang ramai kerana saya secara tiba tiba akan menjadi gelisah. Saya tidak mempunyai ramai rakan dan adakalanya saya juga ingin hidup normal seperti orang lain. Saya sekarang sedang melanjutkan pelajaran di kolej. Mohon pendapat, patutkan saya berjumpa dengan pakar?

  • din says:

    assalam prof, saya mengalami anxiety disorder/panic attack sejak 3 bulan lalu, saya akan menjadi panic apabila memikirkan/terdengar tentang kematian. saya telah pergi ke hospital bila panic attack saya berlaku tetapi doktor yang merawat kata BP, jantung and gula saya semua ok. saya juga telah cuba perubatan islam alhamdulillah AD saya semakin terkawal. dan beberapa hari lepas saya telah berjumpa doktor pakar yang telah membuat DAS score keatas saya dan score saya D=17,A=24,S=14 dan saya telah dirujuk ke pakar psikiatri hospital. cuma persoalan saya saya telah menemui sejenis produk Shaklee untuk membantu merawat AD saya. adakah saya perlu berjumpa dengan doktor dahulu sebelum mencuba supplement itu atau selepas berbincang dengan doktor? dan apakah ubat yang akan doktor berikan kepada saya dan adakah ubat itu ada side effect? sekian

  • Mohamad Marzuk says:

    Saya ada penyakit social anxiety disoder ni dah lama dah..Banyak cara saya atasi..Tapi tak boleh jugak..Tengok mata orang pun dah takut..Muka automatik merah padam bila bersemuka dan berbual dengan orang..Rasa macam ada orang tengok..Malu tak bertempat..Pendiam..Ada ubat atau terapi tak untuk atasi masalah ni?

  • Doc , anak perempuan saya berumur dalam 30 thn dalam hidupnya pernah mengalami masalah perasaan yg tidak tenteram .Biasanya banyak termenung, tidak boleh fokus apabila kita bercakap terpaksa ulang beberapa kali. Ada kalanya takut dan sukar tidur. Pernah kami bawa jumpa doktor di husm mereka ada bagi ubat tidur dan banyak konsultasi. Tapi symptom ini tidak sekali, jika dia normal boleh berhubungan seperti biasa. Macam mana saya boleh jumpa doktot utk merawat anak saya?

  • Alin says:

    Hai doktor..sya selalu merasa sesak nafas tiba2 kmudian rasa pning dan nak muntah dlm masa yg sama dari kedua2 bahu dan tangan sya rasa kebas serta sakit menyucuk d dada sebelah kiri kemudian ke tengah dada kadang2 sakitnya smpai ke belakang..ianya kerap berlaku ..setiap kali sya merasakannya sya akan terus pergi ke klinik atau hospital kerana takut ianya sakit jantung tapi bila tekanan darah dan jantung sya di cek doktor kata semuanya ok normal padahal wktu itu dada sya terasa sakit dan susah bernafas jantung sya juga rasa berdebar dan berpeluh sejuk tp peluh tak banyak…sya suda pernah brjumpa dgan doktor pakar perubatan tradisional dan beberapa kali ke klinik yg berbeza dan hospital tp mereka akan berikan sya ubat gastrik dan ubat tahan sakit… pertanyaan sya adakah ini bnar2 gastrik atau serangan panik?? Utk makluman doktor sebelum ini pernah mengalami tekanan darah tinggi dan mengambil ubat yg diberikan doktor dan skrg sudah brehenti mkn ubat itu dan darah sya juga suda normal…Terima kasih doktor

  • Abdul malik says:

    Mcm mana sy boleh dapat kan rawatan dgn doc…

  • Wan Haris says:

    As salam, Doktor, dalam 3 minggu lepas saya ada kena sesak nafas, ketika itu sy berada dalam hilux dengan aircond kuat. Cuaca di luar hujan. Simptom yang mula mula saya dapat kesan hidung saya dua dua belah tersumbat sebab selsema teruk. Sy terpaksa bernafas dengan mulut. Dalam perjalanan ke hospital kedua dua belah tangan saya menjadi sejuk dan kebas dan semakin susah saya bernafas. Sampai di wad kecemasan, dr check okay semuanya. Kemudian sesak nafas terjadi lagi, sy dikejarkan ke HTAA dan sekali lagi dimaklumkan saya okay. Bagaimana saya ingin mendapat rawatan Serangan Panic ni melalui HTAA kuantan. Dr boleh tunjukkan cara?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Try My Online Questionnaires