RamliMusa.com

Points to Ponder…

by Prof Dr Ramli Musa under 5. Kemurungan (Depression), Psikosis dan lain2 April 16 2013

 

Sebagai bapa, kita harus memperkayakan kasih sayang pada anak-anak dengan memperbanyakkan menyentuh, mengusap kepala, mereka, mencium mereka walaupun anak perempuan dah remaja. (ciuman pipi dan dahi). Perbanyakkan berbual dengan mereka. Pada pemerhatian saya ramai bapa yang “ada tapi tiada”; bermaksud ada fizikal tapi tiada dalam aspek emosi dan kasih sayang. Tak perlu kita contohi bapa dulu yg tegas tapi sayangnya dia tidak ditunjuk secara zahir. Hidup kita kini memerlukan kita mempraktikkan “Kualiti lebih penting dari Kuantiti“. Jangan jadi kualiti banyak tapi tiada kuantiti masa yang di habiskan bersama anak-anak. Hanya TV yang banyak mendapat perhatian kita dari anak-anak kita sendiri. Dengan cara hidup kini yang mencabar dan memerlukan pengorbanan masa, maka mengutamakan kualiti masa bersama anak-anak adalah penting.
Jangan kita jadi KELDAI di siang hari dan malamnya menjadi BANGKAI yg busuk.
MAKSUDNYA hidup kita hanya dipenuhi dengan aktiviti rutin biasa makan, minum, kerja, kemudian tidur, bangun & kerja kembali. Tanpa kita menyelitkan niat beribadah di siang hari semasa pergi bekerja, dalam perjalan memaki hamun pengguna jalan raya lain tanpa mengambil kesempatan berzikir dalam kenderaan, tanpa membaca Bismillah dan doa semasa ingin tidur dan mengucap alhamdulilah bila bangun tidur atau berjaga malam membuat sunat tahadjud. JADI KE MANAKAH DAN APAKAH TUJUAN HIDUP INI? Insyaallah saling kita mengingati.

 

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Try My Online Questionnaires