PENYAKIT BIPOLAR & SCHIZOPHRENIA. Adakah sesuai untuk sesi kaunseling atau Psychoterapi?

by Prof Dr Ramli Musa under 5. Penyakit Schizophrenia & Bipolar October 3 2020

As salam, Saya menerima email berkenaan topik ini. Sebenarnya saya cuba tidak mehu melayan email yang tiba kerana saya lebih suka memberi respon pada persoalan dikemukakan di website www.ramlimusa.com. Ini kerana dengan berkongsi persoalan dan jawapan di website tersebut, masyarakat boleh membaca dan mendapat manafaat darinya.
Di sini dinyatakan perbualan saya melalui email;
_____________________________^ ___________________________
Assalamualaikum Prof,

Saya merupakan kakak pesakit ingin mendapatkan rawatan kaunseling psikiatrik bersama Prof. Boleh saya dapatkan bila tarikh dan masa yang sesuai untuk Prof membuat sesi kaunseling psikiatrik itu?

Boleh saya dapatkan details pembayaran dan cara pembayaran yang perlu dibuat?

Terima kasih
Sekian,

Xxx

________________________^_________________________________

Waaikum salam Puan/cik,
Terima kasih atas kepecayaan diberikan kepada saya dan sudi membuat temujanji untuk adik. Sesi psychotherapy tersebut dilakukan Bersama pesakit (adik) ya?

Siapa nama adik dan secaya ringkas apa masalah atau symptom yang dia pamerkan?
In shaa Allah saya akan beri tarikh secepat mungkin.
Prof Dr Ramli Musa
________________________^______________________________

Miss F,
Nama adik saya adalah : xxxx

Adik saya seorang yang pendiam, dia kalau ade masalah dia lebih prefer tidur dan jenis terima sahaja apa orang buat padanya. Dia jenis tak melawan & boleh dikatakan dia cuba bersikap positive. Dia pernah trauma masa sekolah menengah dulu (dimalukan depan perhimpunan & kisah ini kami akan dibincangkan ketika sesi psychotheraphy nanti). Semasa dia di asrama, ada juga junior dia mengunakan nama dia untuk keluar dari asrama. (junior kata adik saya buli dia) . Xxxx ada jugak sekolah dekat sekolah yg sama dan tahu cerita ni dari kawan saya sendiri. Sebab adik saya x mahu cerita dekat saya sebab dia xnak risaukan saya dan tak nak menyusahkan kakak dia. At last, baru tahu yg junior tu mereka cerita.

Kemuncak kisah adik saya apabila selepas habis belajar dia kerja sementara dekat kilang dan ketika ni dia terus lost. Hari pertama mak saya cakap, dia balik kerja dia happy semacam, bercakap nonstop which is diri dia bukan macam ni. Dalam 4 hari kemudian dia became worst, dia siap cakap dengan ayah yg dia tak gila. Dia jugak ade conflict kat kilang which is dia tak dapat sesuaikn diri dia dengan environment sana. Disana pekerja indon byk buli dia. Disana jugak terdapat supervisor n pekerja yg bergaduh depan dia. Dia jdik more depressed sbb dulu dia ade bgaduh jugak dengan best friend dia.

Kini dah sebulan lebih since awal Muharam haritu, adik saya bercakp sorang sorang, dengar halusinasi, kadang dia ketawa, kadang dia senyum, dia aggresive. Nampak bayngan org yg dia trauma ( dia x suka) dekat diri kami sekeluarga. Kami ditumbuk, ditendang, ditarik rambut. Kadng bila dimarah, dia akan nangis, n terus aggresif semula.

Dulu dah refer emergency hospital jb ketika dia baru seminggu kena penyakit ni, dr bagi olanzapine, bila makan adik say jadik kejung. Refer Hospital Mxx, Doktor di Hospital Mxx kata ubat ini tidak sesuai, dan doctor bagi sodium valproate 200mg x 2, sulpiride 200mg x 1, benzhexol 2mg dan lorazepam 1 mg (bila perlu). Yang lain semua kena makan setiap malam. Kami cuma beri dia makan sodium valproate dan lorazepam sahaja. Pada awalnya dr muar beri sodium valproate dan lorazepam, semasa appointment ke-3 dia beri ubat tambahan sulpiride dan benzhexol.

Selepas makan sodium valproate, adik saya akan jadik slow motion, dia akan cakap sorang sorang, tangan akan naik ke atas sambil genggam, kaki,dan tangan menjadi sejuk. Jantung kadang-kadang berdegup kencang. Saya masih tak beri Sulpiride sebab saya nak test ubat sodium valproate sesuai atau tak dekat adik saya.

Andai kata adik saya still tak boleh dirawat di rumah. Kami akan refer ke ward selepas kami mmbuat sesi psychotheraphy dengan prof. Ni jalan yg kami akan lakukan sebelum kami refer dia ke hospital kerajaan muar.

Mohon prof mempunyai masa yg terdekat utk sesi psychotheraphy adik saya. Terima kasih atas masa prof.
Terima kasih
Miss F

__________________^__________________

T kasih atas perkongsian panjang, saya dapat rasakan penyakitnya adalah Bipolar disorder.

Dan keadaannya sangat ketara sekarang, saya pasti dia sudah berhenti makan ubat dan relapse. Ini berdasar kata2nya dia x sakit. Memberi Sodium valproate dan berhenti ubat lain adalah satu kesilapan di pihak keluarga. Ia bertentangan dengan saranan doktor memberi beberapa jenis ubat.

Jika begitu, secara ikhlas saya berpendapat dia perlu ke Hospital Muar.
Sesi psychotherapy tidak sesuai sehingga keadaannya stabil. Sesi kaunseling bagi memberi dan menaikkan semangatnya hanya sesuai selepas keadaannya stabil di mana tiada lagi halusinasi dan symptom mania.

Saya bukan mahu buat duit, tapi sekadar membantu masyarakat dan berkata jujur.
Hanya ubat mampu membantu dia sekarang. Kemudian baru kita plan untuk sesi kaunseling.

Wassalam.
Prof Dr Ramli
Pakar Psikiatri UIAM

15 Comments

  • Siti says:

    Assalamualaikum doc,
    Sy merupakan pesakit bipolar. Adakah meninggalkan ubat untuk tempoh 1 hari boleh memberikan kesan yang tidak elok kepada pesakit?
    Biasanya dalam tempoh berapa lama meninggalkan ubat baru menampakkan kesan bagi seseorang pesakit mental? Terima kasih.

  • Anonymous says:

    Assalamualaikum doc, sy pesakit bipolar mood disorder. Lately sy byk sedih dan seakan kehilangan arah tujuan hidup. Sy nak bhijrah bersama anak saudara yg masih bsekolah rendah ke negeri yg agak jauh dari negeri sy menetap sekarang. Sy nak menetap di negeri yg pernah sy bekerja dahulu. Sy tak mampu nak teruskn hidup di negeri sekarang, tapi nak bhijrah ke negeri yg sy katakan pun, sy tak ada sesiapa kat sana. Sy sudah bpisah dengan suami. Ahli keluarga sy sudah memberikan keizinan. Sy nak berhijrah tapi pada masa yg sama, sy risaukan keaadan sy dan anak saudara nanti bila di sana. Nak teruskan hidup kat sini, sy tak cukup kuat. Selalu sedih, ianya berpunca dari mslh kerja, sy juga tak boleh berhenti atau cari kerja lain. Apa patut sy buat doc?

    • Ramli Musa says:

      Salam anda telah berjumpa pakar psikiatri di Perlis, Mulai sekarang mohon puan luahkan segala perasaan dan masalah pd doktor yg merawat puan sekarang. Itu yg terbaik kerana dia yg tahu ubat puan ubat apa dan dose berapa.

  • syamimi says:

    Salam Dr,

    DASS test saya 28 & 36 sangat teruk untuk stress dan anxiety. Sy ingin mendapatkan rawatn di hospital kerjaan berdekatan, tetapi mereka cakap sy perlu berjumpa dgn dr swasta di klinik dahulu dan surat rujukan baru boleh appoitment di hospital kerajaan. Memang itu procedure nya ya dr? Dan jika sy ingin mendapatkan khidmat dr, bolehkah digunapakai precriptions ubat ubatan yg dr beri (jika perlu) untuk ambil dihospital untuk rawatan? atau perlu dr yang rawat fizikal sahaja boleh bagi ubat?

  • hazila says:

    Salam Prof,

    Nanak saya, perempuan, 22 tahun telah di diagnose mengalami psychosis dan juga depression pada tahun 2015. Kemudia, pada 2019, di diagnose pula as bipolar. Pada 2021, di diagnose pula sebagai schizoeffective. Dia on medication – (Tolanz ODT 20mg) dan sudah 7 tahun di bawah rawatan psychiatrist yang sama di UKMMC.

    Kami juga telah mencuba EDMR bersama kaunselor tetapi dihentikan kerana kaunselor berpendapat, dia lebih memerlukan medication.

    Keadaan beliau agak stabil tetapi masih mendengar suara-suara.

    Adakah anak saya sesuai untuk sesi psychotheraphy bersama prof?

    Kami di Selangor.

    Terima Kasih Prof, Selamat Hari Raya!

  • hazila says:

    Salam Prof,

    Anak saya, 22 y.o perempuan. Tahun 2015, telah di diagnos sebagai mengalami depression dan psychosis. Tahun 2019, di diagnos mengalami bipolar dan pada 2021 didiagnos mengalami schizoeffective disorder.

    Sekarang beliau masih medengar suara-suara dan di prescribe Tolanz ODT 20mg.

    Soalan saya: Adakah psychoterapi sesuai untuk beliau:

    Terima kasih Prof.

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      Psychotherapy dalam diagnosis begini, hanta bertindak membantu atau melengkapi sahaja.
      Ubat masih rawatan utama utk kawal penyakit ini.
      Namun Psychotherapy masih penting dalam hal-hal keluarga

  • Ila says:

    As salam doc. Anak saya 14 tahun dignose skizo. Dia mula dpt rawatan dari umur 11 tahun. Ubat juga bertukar kerana tidak sesuai. Cuma skrg keadaan dia agak membimbangkn. Dia masih mendapat rawatan dihospital.

  • FATH says:

    Assalamualaikum Prof,

    sy Nufa dr Selangor. Pada tahun lepas, sy didiagnose Panic disorder with depression moods. Ketika tu, sy tkdpat mmberi kerjasama atas sbb mslh gangguan sihir. Jd, atas nasihat Dr.kaunseling utk mnceritakan smua dr A-Z spaya Dr.Psy dpat diagnose semula apa yg berlaku memandangkan sy sudah mmberi perkembangan yg baik slps mmbuat rawatan ISLAM. Jadi bru-2 ni ,DR mgdiagnosis sy mmpunyai Bipolar disorder. Jd, DR bekalkan ubat Sodium Valproate 200mg utk makan 1tab pagi, 1tab malam. DR kata ubat ni utk mengawal hyper & murung drpd semakin teruk.

    Soalan sy, jika sy ambik adakah dia dpat mgurangkan mslh sy sprti tgn kerap mgeletar, tidur tak menentu & suara hati serta bunyi di kepala?

    yg kedua, adakah perasaan cepat melenting, cepat beremosi sedih & marah slh satu drpd simptom bipolar disorder? Jika sy terasa, sy akan brcakap laju tanpa henti shingga sy blh mgamuk atau menangis dgn tiba-2. Bila ia menyerang, sy akan jd pelupa yg teramat teruk shingga sy akan bertanya ‘Hari ini hari apa?’ & mood blh swing. time marah, blh menangis dlm masa yg sama blh ketawa.

    yg ketiga, Ubat sodium valproate ni ubat utk SAWAN ke? Sbb umi & ayah sy risau bila mkn ubat ni makin teruk sbb sy bkannya ada sawan. Jd, sy pun akan rasa risau & bimbang shingga sy xberani nk ambik ubat ni. Sy takut sy akan brtindak tidak waras & akan mlakukan prbuatan yg jahat pd org yg berada disekeliling sy. Apa maksud Sawan yg myebabkan ia perlu ambik ubat ni ?

    Maaf ye prof jika soalan sy ni byk. Sy takde buat appointment dgn dr.kaunseling utk smentara waktu disbbkan sy nak buat pindahan rawatan ke hospital lain.

  • Siti says:

    Assalamualaikum Dr. Sy pesakit bipolar, sy bukan nak bertanya ttg sakit sy cuma sy nak tau adakah normal kita takut kehilangan seseorang dalam hidup kita. Selalu tertanya, kalau kawan sy dah meninggal nanti, macam mana sy nak teruskan hidup? Sy rasa kosong, sunyi dan tak kuat bila kawan sy tak ada. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires