Penyakit 5S Serangkai

by Prof Dr Ramli Musa under 2. Rawatan Islam & Rawatan Hospital July 19 2018

Saya merasa sedikit terkilan semalam apabila beberapa kes menunjukkan masyrakat kita terlalu mempercayai sakit 5S serangkai.

Seorang pesakit remaja perempuan berumur 14th saya lihat di Emergency Department minggu lepas tidak sihat telah cuba membunuh diri kali ke2 kerana mengalami simptom halusinasi (hallucination) iaitu mendengar suara yang menyuruh menamatkan riwayat. Selepas memulakan ubat minggu lepas, beliau telah mula tenang namun halusinasi masih ada dan berkurangan. Ibubapa membuat keputusan untuk berhenti ubat kerana katanya takut “bergantung” walaupun selepas beberapa kali dimaklumkan pentingnya ubat dan risiko tidak diingini pada pesakit. Ibubapa yg agak educated juga berterusan bertanyakan pada saya tentang kemungkinan ada faktor jin mengganggu dan lebih mahu berjumpa “perawat traditional”

Pesakit mengatakan dia tak kisah untuk makan ubat kerana tahu kebaikan. NAMUN kena akur dengan keputusan ibubapa.

Untuk mengelak perkara tidak diingini saya merekodkan ketidakmahuan ibubapa meneruskan ubat.

  • Penyakit 5S itu adalah Sihir, Saka, Santau, Susuk dan Sampuk……

Di sini suka saya menjelaskan bahawa bukan bermakna saya tidak percaya dengan kewujudan Maklaikat dan Syaitan seperti kita beriman kepada 6 rukun iman.

Namun cuba mengelak sehingga setiap kita lakukan sering dikuasai dan dipengaruhi makhluk ke3. Walllahhualam

 

Prof Dr Ramli Musa

Pakar PsikiatriĀ  / Psychiatrist

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires