RamliMusa.com

Mengapa kebanyakan jawapan yang diajukan kepada saya, saya akan jawab kemungkinan?

by Prof Dr Ramli Musa under 1. Anxiety disorder, Panic disorder & Rawatan December 28 2018

As salamualaikum wmht.

Kebelakangan ini saya menerima terlalu banyak soalan melalui forum soal-jawab di sini dan email bertanyakan adakah simptom-simptom dialami sebenarnya penyakit apa?

Secara realiti kebanjiran soalan-soalan ini menggambarkan website ini semakin mendapat perhatian masyarakat. Saya juga sangat yakin dengan kenyataan ini kerana ramai pesakit membuat temujanji di hospital saya praktis. KCDC. Mereka menyatakan mengetahui melalui website ini.

Sejujurnya saya lebih gemar menjawab soalan melalui website ini berbanding email. Kalau mood saya baik baru saya jawab soalan melalui email. 🙂

Mengapa begitu? Kerana bagi saya setiap penceritaan dan perkongsian pengalaman sangat bermakna bagi saya dan pembaca di luar sana. Pertanyaan melalui email tidak dapat dimanafaatkan oleh pembaca.

Berbalik kepada soalan asal mengapa kebanyakan jawapan saya; “KEMUNGKINAN YA”

Ini kerana 2 faktor;

FAKTOR PERTAMA;

Dalam dunia perubatan pengesahan diagnosis penyakit hanya boleh dibuat melalui satu proses berjumpa semuka, mengambil sejarah, bertanya soalan, pemeriksaan fizikal, kadangkala membuat ujian darah, atau ujian bed-side seperti ECG.

Kadangkala soalan diajukan terlalu ringkas dan mengharapkan diagnosis dibuat. Mungkin bomoh lebih berkebolehan kerana hanya menilik tapak tangan boleh mengetahui penyakit apa. Gurau..

Ada juga soalan bertanyakan di mana dia boleh mendapatkan rawatan namun tidak dinyatakan dia tinggal di mana. Soalan-soalan begini akan saya cuba abaikan kerana serba salah.

FAKTOR KE-2.

Dengan memberi jawapan SAH atau yakin, sebenarnya saya berdepan dengan risiko tindakan undang-undang jika sesuatu tidak kena berlaku.

Dalam hidup ini pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Kita kena berhati-hati. Mungkin pada niat asal ingin membantu masyarakat namun ia boleh menjadi senjata menikam diri.

Harap penjelasan ini jelas.

Wassalam. Prof Dr Ramli Musa

5 Comments

  • jat says:

    Assalamualaikum prof,sy telah diagnosis menghidap GAD with panic attack bln disember 2018.sememngnya semua simptom kaitan anxiety disorder (AD) sy sering hidapi sejk tahun 2017.ditambah dgn tekanan di hidup realiti selepas itu dlm.tempoh tersebut septi sy alami kemalngan jlnrya ,kematian ayah,prestasi kerja kemerosotan tiba2,rkn sekerja seolah bemci sy,sy tiba2 serimg sakit simtom AD selain seolah di pulau rakan sekerja tnpa sy tahu punca dan sy sering di pndng negatif oleh rakan skwrja yg sy tidak tahu apa salah sy hinggakan segalanya dlm diri sy alami kemerosotan dr segi komitmen,minat,mood,hingga sy memjadi trauma n sering rsa seolah terancam seolah ad musuh d belakng utk menjatuhkn karier kerjya n pndgn org pd diri sy d nilai negatif.sy serimg memdebar,degup laju.bp tk stabil,sakit kepala beterusan,sukar tidur,berasa risau masa depan kerjaya,diri,sering berasa seolah umur sy pendek n akan mati tk lama lagi walopun sy masih belum besedia lalui kematian.rawtan ruqyah byk mengatakan sy ad gagguan libatkan sihir pembenci/penutup dan santau seru utk sy jadi di benci rkn skerja n akhirnya hidup sy akan musnah.sy sering tidk dpt hadir bertugas dgn kerap namun dengan m.c hospital kerana masalah panic attack mungkin .sy teruskn rawatn islam n kini dlm psikitari minggu lps.sy diberi UBAT SETRALINE 50MG OLEH pakar psikitri.Pada pandgan Prof adakah benar sy hanya alami GAD(generalized anxiety disorder) with panic attack atau sebaliknya?

    • Salam, Ya benar.
      Agak menyedihkan rawatan Rukyah sepatutnya benar2 berlandaskan prinsip Iman dan Islam iaitu hanya Allah berkuasa memberi bekas. Bukan sihir atau syaitan.

      • mohd afizal mohd akram says:

        Maaf prof,mungkin sy tersalah taip,maksud sy sy merata tempt telh iktiar utk rawtan kg seperti ruqyah manzil,pengamal perubtan,darulsyifaq dll.bkn mksud sy rawatn ruqyah memaklumkan sy tekena buatan spt sihir,cuma memaklumkan bhwa sy memng ada gangguan kerana krtika rawtan sy batuk n akn tu rs loya n termuntah n adakala ad keluar campuran darah ckit .d sesetengah pusat rawtan islam yg sy telh cuba ratwan dgn kaedah berbeza tp asasnya ruqyah manzil.tp di tempat lain seperti pengamal perubatan yg menjelaskan kpd sy bhwa gambran kasar seolah sy ad terkena gabgguan yg libatkan sihir terutama libatkn kerjaya sy seperti emel terdahlu.maaf prof sbb mungkin kesilapan sy ketika menaip.prof,adakah sekiranya seseorang yg telah di sahkan terkena gangguan libatkn sihir santau sprt pembenci/penutup boleh menyumbang untuk ke arahkan penyakit mental seperti anxiety disorder mahupun panic attack/disorder impak akan dtg selepas dr itu..?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Try My Online Questionnaires