Kesedaran Penyakit Vaginismus di Kalangan Pakar Sakit Puan

by Prof Dr Ramli Musa under 7. Masalah Wanita & Vaginismus July 27 2018

Assalamualaikum doktor.

Saya terjumpa artikel di blog doktor berkaitan masalah penyakit vaginismus dan apa yagn ditulis dan pengalaman yang dikongsi oleh pesakit-pesakit lain sama dengan pengalaman saya sendiri. Saya sudah berkahwin hampir 7 tahun tetapi masih belum berjaya untuk bersama suami walaupun sekali. Saya tak sedar tentang penyakit ini dan menganggap tu hanya masalah yg saya seorang hadapi. Saya nak minta bantuan doktor cadangkan tempat untuk saya dapatkan rawatan kerana masalah ini sangat beri kesan pada hubungan rumahtangga saya dengan suami..

Saya pernah berkahwin pada tahun 2010 dan berpisah dengan suami tanpa ada sebarang hubungan suami isteri sepanjang berkahwin. Awalnya saya fikir itu masaalah saya sendiri yang terlalu fikir perasaan sakit untuk bersama dan suami sendiri yang tak pandai utk meransang saya.

Kemudian sekarang saya telah berkahwin semula dengan suami kedua tapi malangnya masaalah tersebut tetap sama. Awal perkahwinan dengan suami sekarang dia masih boleh terima keadaan saya dan terus mencuba. Tapi lama kelamaan saya perasaan perubahan pada sikap suami yang dingin dengan saya. Bila saya ajak berbincang dan bertanya pada dia puncanya, dia beritahu saya mungkin disebabkan hubungan kami hambar tanpa ada ‘hubungan’ suami isteri.

Saya takut perkahwinan saya yang kedua ni berakhir dgn perpisahan jgk macam perkahwinan pertama saya disebabkan masalah yg saya hadapi ni. Saya nk minta bantuan doktor utk sy dptkan rawatan. Semasa perkahwinan pertama saya dulu kami pernah berjumpa dgn pakar sakit puan tp doktor tersebut tak ceritakan tentang penyakit vaginismus pd saya. Dia cuma periksa saya dan beritahu suami untuk terus cuba dan bersabar dan berlarutan sehingga 5 tahun sehingga kami bercerai. Perkahwinan kedua saya sekarang hampir 7 bulan tapi kami masih blm berjaya untuk lakukan hubungan suami isteri lagi.

Salam.

Ok doktor,terima kasih banyak-banyak.

Boleh. Saya benarkan untuk doctor berkongsi masalah saya untuk kebaikan semua.

Lagi satu, saya nak tanya doktor biasanya rawatan utk vaginismus ni berterusan atau macam mana? Berapa anggaran kos rawatan?

KESIMPULAN

Perlunya kesedaran penyakit ini di kalangan pakar sakit puan (O&G) agar maklumat tentang penyakit dapat diberikan dan rawatan boleh dimulakan lebih awal sebelum masalah rumahtangga muncul.

 

Prof Dr Ramli Musa

Pakar Psikiatri  / Psychiatrist

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


 

26 Comments

  • Rabia says:

    salam..saya ada masalah yang sama dalam hal ini..dah 2 tahun berkahwin tapi tak dapat melakukan hubungan suami isteri.pernah berjumpa pakar sakit puan, tapi hanya dapat nasihat untuk atasi ketakutan..boleh ke kongsikan di mana pesakit vaginismus boleh berjumpa pakar puan untuk dapatkan bantuan..

    • Ramli Musa says:

      Salam, boleh Puan nyatakan sedikit latarbelakang esp tinggal di mana?

      • Rabia says:

        waalaikumussalam..sekarang saya tinggal di muadzam shah..sebelum ni, saya jumpa pakar puan di hospital swasta Kuantan..tetapi dr hanya bagi nasihat terhadap saya dan suami untuk terus berusaha dan dr hanya membuat ultrasound untuk tunjukkan kedudukan rahim saya..selain itu, dr ada juga cadangkan untuk mencari vaginal dilator kit..kemudian, tiada lagi pemeriksaan lanjut..dr tersebut juga ada menyatakan, dia bukanla dr psikologi..jadi patut ke saya untuk berjumpa dr psikologi dahulu untuk selesaikan hal tersebut? Saya dan suami masih berusaha untuk mencari penyelesaian dalam hal ni..bagi saya, agak sukar untuk mencari jalan penyelesaian disebabkan hal ni kurang pendedahan mungkin disebabkan tidak ramai menghadapi masalah ini..atau pun terbuka untuk berkongsi masalah kerana berasa rendah diri..

        • Ramli Musa says:

          Salam,
          Terima kasih atas perkongsian, Saya ada merawat beberapa pesakit seperti puan.
          Ada yang berjaya dan ada yang dalam proses. Tak kurang juga tak berjaya.
          Insyaallah kita berusaha.
          Kalau mahu berjumpa saya boleh uruskan temujanji di klinik swasta saya.
          Ini no tel klinik atau hospital. 017-9500058 KCDC.
          Boleh email saya no tel puan kerana memang ada pesakit saya yang berjaya dan sudi dihubungi untuk membantu dan berkongsi pengalaman.

          wassalam

          • nani says:

            salam , maaf mencelah. sy juga mengalami masalah yg sama. boleh sy email doc no. telefon sy ? sy amat berbesar hati kalau ada bekas pesakit doc yg sudi kongsi pengalaman mereka.

          • Ramli Musa says:

            Salam,
            Maaf puan saya tak berkongsi no peribadi dgn umum. stress saya nak layan semua call dan msg

          • nani says:

            bukan mcm tu. sy yg bagi no telefon saya pada doc. and then patient doc yg sebelum ni yg contact saya. bukan saya yg contact doc. sbb sy ada terbaca comment di atas , doc offer puan tu utk bg no telefon dia untuk dihubungi oleh patient doc yg dah berjaya. sedih saya doc salah faham 😔

      • Shasha says:

        As salam. Boleh sy dapatkan senarai klinik yang rawat vaginismus? Situasi sy sama seperti yg di atas. Sudah masuk tahun ke 4. Sblm ni jumpe dktor tk de penerangan psl vaginismus. Sy tnggl di kl. Perlu kan rawatan . Trima kasih

    • Atiqah says:

      Assalamualaikum…sye ade masaalah tak boleh membuat hubungan kelamin…bermasalah pade sye ..sye perlu rujuk pade doktor pakar bahagian mne yee?? di kuala terengganu…sngt urgent mohon dapat bantuan

  • Susan says:

    Slmt tghari… Spt mana pesakit di atas, saya juga mengalami perkara yg sama. Saya tlh berkahwin selama 6 ++ tahun, namun takut melakukan hubungan suami isteri. Mohon bantuan… Terima kasih

  • Ika says:

    Assalamualaikum Dr,
    Sy sudah hampir 4 tahun berkahwin dan mengalami masalah yg sama. Bagaimana utk memdapatkan rawatan dgn dr dan hilangkan rasa gemuruh sy? Boleh sy dapatkan no tel dr utk sy contact secara personal?

  • ozie says:

    assalamualaikum dr,
    saya nak tanya.. saya baru mula bersenam 3hari lepas.. selesai saja bersenam mesti ada kluar darah sedikit dan kmudian tidak kluar lg.. hari ini masuk hari ke 3 still juga ada kluar darah apabila selesai bersenam pdhl tarikh saya period dah lepas 2minggu.. boleh dr bgtahu sebab dan kenapa..

  • zf says:

    salam dr,sy pun mmpunyai msalah vaginismus.sy tggal di rembau .di mana hspital yg sy boleh pergi untuk rawatan ya?

  • Wan ema says:

    Salam Dr. Saya ada masalah vaginimus dan juga keputihan kronik. Saya ada buat consultation dengan Dr pakar puan (Dr lelaki). Beliau suggest untuk suntik botox untuk memperbetulkan otot vagina saya then masukkan dilator size 6.

    Namun, suami saya tidak mengizinkan saya buat rawatan tersebut dengan Dr lelaki. Jadi bagaimana saya ingin mendapatkan rawatan botox tersebut melalui Dr perempuan yg bertauliah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires