Jangan jadi seorg ibu/bapa yang “toxic” pada anak-anak. Belajarlah mendengar dan menerima.

by Prof Dr Ramli Musa under 6. Masalah Psikologi Kanak-kanak dan Pendekatan Keibubapaan April 9 2021

As salamualaikum

Bunyi tajuk ini agak keras, namun inilah kenyataan yang keluar dari hati seorang anak untuk difikirkan.

Tercetus idea untuk saya menulis berkenaan topik ini agak lama, namun atas kekangan masa, Alhamdulillah sedikit demi sedikit saya menulis.

Idea ini tercetus apabila saya berjumpa beberapa klient remaja atau “young adult ” yang menyatakan keputusan berjumpa saya tidak diketahui oleh ibubapanya. Malah baginya adalah lebih baik dia tidak memberitahu kerana bukan sokongan yang akan diterima tapi cemuhan kerana dianggap sebagai individu lemah.

Sikap bapa yang terlalu tegas tidak mahu menerima pandangan orang lain, panas baran dan “dialah selalu betul” menyebabkan hubungan emosi dengan anak-nak jauh. Dalam kes lain, si ibu boleh menjadi penguat semangat atau “a buffer person” atas kekurangan bapa Namun dalam kes ini, si ibu tidak. Si ibu selalu membandingkan antara anak2 dan kasih sayang pula berbeza-beza.

Akhirnya si anak membuat keputusan sendirian. Bagi saya remaja begini adalah bijak kerana paling tidak mereka berfikiran rasional dengan mendapatkan bantuan pada salur dan orang yang betul. Mereka tidak ke arah memberontak seperti bergaul dengan rakan-rakan tak elok dan mengambil dadah.

Seperti biasa pendekatan saya adalah mencadangkan kaunseling keluarga “family therapy” bersama ibubapa kerana anak-anak lain pun sudah terkesan secara emosi.

Kesimpulan yang perlu kita pelajari sebagai orang lebih berumur adalah;

1. Kita sebagai manusia lebih matang dan berumur, kita perlu lebih menerima, mendengar dan berubah. Kematangan bukan diukur pada umur, tapi cara kita berfikir dan kemampuan mengawal emosi.

2. Bukan semua anak2 boleh dibesarkan dengan 1 pendekatan atau secara ringkasnya, tiada prinsip “one size fits all”. Kalau dulu kita berfikiran hidup kita susah tapi berjaya, maka anak-anak kita mesti sama perlu dididik tegas dengan istilah ‘tiada apa pun tidak boleh’. Kita salah.

3. Kita tak boleh buat anggapan bahawa apa berlaku pada kita dulu boleh digunakan pada zaman sekarang. Realitinya zaman berubah. Dulu dan sekarang tidak sama. Dulu tiada WhatsApp, Instagram dan lain-lain. Dulu rakan alam maya adalah tak wujud.

Fikir-fikirkan..

Prof Dr Ramli Musa

23 Comments

  • Najah says:

    Assalamualaikum Prof. Saya dah berumur 21 tahun. Sekarang saya sedang jalani pengajian tinggi Saya Dan next sem Saya praktikal. Saya ingin meminta pendapat prof apa yang saya perlu lakukan? Adakah saya sedang mengalami stress/tekanan/depresi?

    Saya jenis tidak suka memberontak tapi sejak di spm Saya jumpa minat Saya untuk belajar dlm bidang akaun Dan business. Tetapi ayah saya melarang dan membantah. Hendak pergi Camping sekolah pun dia melarang.

    Then, Saya tetap sambung minat saya. Hingga kini dia sering mengeluh dan mengungkit perkara tu hingga buat Saya rasa marah dan sedih. Tapi apa boleh Saya buat hanya diam dan terima apa sahaja yang ayah Saya mahu katakan.

    Kadang-karang Saya rasa sangat tertekan ayah saya sering kaitkan kisah tu dengan mana- mana keadaan. Contoh ayah selalu kata kalau kau amek engineering akan senang. Mcm ni tak ada masa depan😭😭. Saat tu saya mula mudah sentap, terasa, kadang rasa jadi anak tak guna.

    Setiap keputusan atau pendapat yang saya nyatakan , dia akan kata tidak dan tak boleh. Sehingga saya nak praktikal di Melaka tak boleh. Sedangkan saya belajar di Melaka(hanya kini online di rumah). Saya hanya teringin sekali sahaja ayah terima dan suka keputusan saya. Saya penat di arah dan di atur dari kecil. Baju, kasut, makanan, warna… kesannya sehingga kini saya tak pandai buat keputusan kerana setiap sahaja perkara kecil pun saya kena bertanya dan minta izin dengan ayah. Betul anak perempuan adalah tanggungjawab ayah. Tapi saya hanya ingin berdikari dan belajar membuat keputusan sendiri. Jodoh pun ayah saya atur. Itu saya tak kisah. Saya cuma nak ayah saya belajar terima apa yang saya inginkan dan cuba untuk consider. Saya penat prof jika begini terus. Saya harap saya boleh capai kerjaya dan tempat kerja yang saya nak.

    Bila saya luah perasaan dikatakan hanya ikut perasaan dan kurang iman. Ibu pula hanya mampu diam dan ikut. Kalau ibu bersuara ibu akan kena marah. Lama-lama saya jadi mudah sentap dan cepat marah. Saya tak suka sikap saya begini. Saya kesian ibu saya selalu kena marah dan bebel. Selalu salahkan ibu jadikan anak tak guna tak pandai especially kalau kami adik-beradik buat masalah.

    Saya dan ibu kadang-kadang nangis sebab kami terlalu penat nak urus rumah. Lelaki di rumah ini semua tak nak membantu kami membuat kerja rumah. Mana saya nak kelas nak masak nak kemas rumah. Kami sangat penat.

    Apa yang perlu saya lakukan prof untuk hilangkan rasa memberontak, marah, emosi ni? Saya tak mahu jadi anak derhaka dalam diam😭😭😭

  • nhmz. says:

    Assalamualaikum Prof, saya berhadapan dengan ibu bapa toxic ni dari saya kecil lagi Prof. Mak saya susah untuk mendengar pandangan atau keinginan anak-anak sehinggakan kami tak dibenarkan membuat keputusan sendiri. Ayah saya pula hanya menurut apa sahaja yang keputusan mak saya sebab nak elakkan pergaduhan. Sekarang, saya difasa untuk mendirikan rumah tangga dan mak saya sekali lagi buat keputusan letak hantaran yang mahal atas sebab saya ada degree. Ayah saya masih menurut tanpa bantahan. Emosi saya agak tertekan dan saya tak tahu macam mana nak ubah sikap mak ayah saya walaupun saya telah nasihat tetapi seperti biasa, sekiranya anak-anak bersuara, mak ayah tak terima malah berlaku pergaduhan satu sama lain.

    • Ramli Musa says:

      salam,

      cara keibubapaan yg : authoritarian memang akan menggangu emosi anak2
      kes begini ada 2 piihan.
      1. usaha sendiri berbincang dengan ibu
      2. jumpa kaunselor jika tiada kekuatan diri utk buat pilihan 1

    • Zul says:

      Assalamualaikum prof, saya mempunyai seorang adik ipar perempuan yang telah ditawarkan tempat belajar di uni awam dgn kelayakan stpm.saya dan isteri sahaja yang menyokong dia meneruskan pelajaran sambil yuran pembelajaran kami sedia tanggung. Tetapi ibu dan ayahnya berkeras untuk tidak diberi peluang meneruskan niatnya itu. Dan lebih mendorong ke arah pekerjaan untuk membantu pendapatan keluarga sedangkan masih ada 3 org anak laki2 yg sudah bekerja dan menetap dirumah yg sama. Bagi ibu bapanya pekerjaan sahaja lah yg layak untuk nya buat masa sekarang sedangkan keputusan Stpm yg lepas mendapat keputusan yg cemerlang. Berbagai bagai alasan digunakan untuk menyekat hajat si anak untuk meneruskan pengajian. Pada pendapat prof, apa yang sebaiknya keputusan perlu di buat.

      • Ramli Musa says:

        Salam saya amat bersetuju dia meneruskan pengajian.
        Yg penting kita dengar pendirian empunya diri.
        Merungkai kekusutan ini memerlukan family session atau counseling

  • Aishah says:

    Asamualaikum Dr..saya ingin bertanya …sya memiliki ibu ayh memiliki 5orang ank2 Dan mereka sudah bercerai lama.. ibu sya mengawini seorang lelaki bujang Dan memiliki 2orang ank Dan becerai lgi untk ke2 kli nya…Dan sekarang memiliki lg lelaki lain malahan lebih muda Dr usia sya sdri…Dan sekarang ibu sya snggup mmbuang smua ank2 nya demi sorg jejaka yg berusia 24 ..snggup memulaukan ank2 nya 7org..kerana kami tdak mmbri Wang pda ibu kami..ap yg ptut sya buat..sya stress memikirkan permalasahan KELUARGA sya sdangkn saya sndri memiliki klurga sya sdri..

  • Syar says:

    Assalamualaikum prof. Saya nak tanya macam saya nak hadapi dan terus kuat dengan sikap ayah yang suka terus marah tanpa bincang elok2 dahulu. Buat silap sikit terus cakap bodoh, tak guna, dan ungkit2. Saya sekarang masih boleh bertahan Alhamdulillah.. saya hanya fikir itu ayah saya dan saya kne sabar sbb kita kena terima baik buruk ayah kita juga. Tapi persoalan saya sampai bila saya boleh diam dan berdabar..lama2 saya boleh mkin teruk tertekan. Saya dh dewasa. Saya ada perasaan dan juga rasa malu.

    • Ramli Musa says:

      Salam,

      1. Boleh cuba tegur ayah dengan cara berhemah. (jika ada kekuatan)
      2. atau minta tolong org ke3 dlm family nasihatkan ayah ie emak
      3. Perlukan family counseling oleh kaunselor or doktor psikiatri

  • Syar says:

    Salam prof. Saya nak tanya macam saya nak hadapi dan terus kuat dengan sikap ayah yang suka terus marah tanpa bincang elok2 dahulu. Buat silap sikit terus cakap bodoh, tak guna, dan ungkit2. Saya sekarang masih boleh bertahan Alhamdulillah.. saya hanya fikir itu ayah saya dan saya kne sabar sbb kita kena terima baik buruk ayah kita juga. Tapi persoalan saya sampai bila saya boleh diam dan berdabar..lama2 saya boleh mkin teruk tertekan. Saya dh dewasa. Saya ada perasaan dan juga rasa malu.

    • Ramli Musa says:

      Salam,

      1. Boleh cuba tegur ayah dengan cara berhemah. (jika ada kekuatan)
      2. atau minta tolong org ke3 dlm family nasihatkan ayah ie emak
      3. Perlukan family counseling oleh kaunselor or doktor psikiatri

      • Syar says:

        Terima kasih ya prof.
        Tapi point no 2 tu susah sbb emak saya pun tk boleh berkata banyak sama dengan adik2 yang lain hanya mampu sabar saja.
        Point no 1 tu pun agak sukar sbb kadang dia rasa dia saja yang betul.

  • siti says:

    Salam Prof. Saya nak bertanya, adakah saya dikira sebagai anak yang derhaka. Situasiny, Ayah saya seorang yang sangat baran, ego dan tidak mahu menerima pendapat orang lain. Mak saya selalu jadi bahan kutukan dan tempat lepaskan baran. Mak pula tiada tempat nak mengadu, jadi mak luahkan kepada anak-anak mengenai sikap ayah. Lagipun, dari kecik lagi anak-anak dah terbiasa tengok baran ayah dan selalu dengar makian ayah terhadap mak. Anak jadi kurang hormat kpd ayah. Tambahan pula, anak-anak pun dilayan sama spt mak, lagi teruk agak culas dgn tanggungjawabnya kpd keluarga. Haritu saya hanya nyatakan yg pendapat saya (hanya pasal servis kereta saya), tp ayah bermati-matian taknak dgar dan tengking saya depan org. Dan ayah terus berleter yg mengarut2. Saya jd jauh hati dgn ayah dan tak bercakap sgt dgn ayah sbb taknak bergaduh besar. Adakah saya dikira sbg anak derhaka sbb terasa hati dgn ayah?

    • Ramli Musa says:

      Salam,

      saya banyak mengendali situasi begini. Anak2 mempunyai perasaan sangat benci pada ayah yg tidak bertanggungjawab dan baran. Keadaan dapat diredakan dengan sesi kaunseling berkala dan keluarga lebih harmoni dan tenang.
      Pandangan saya amat rugi diri bapa yg bersikap begini. kerana dia akan hilang rasa dihormati oleh anak2

  • Miss A says:

    Salam prof.Saya nak minta pendapat prof,saya akan ambil SPM calon persendirian tahun ini itupun ibu saya paksa.Sejujurnya saya tak bersedia lagi,sebab ada beberapa isu dan saya ada perancangan sendiri untuk masa depan saya.Adakah patut saya teruskan atau tidak ambil ujian ini walaupun tak sedia?

    • Ramli Musa says:

      salam,

      Jawapan persoalan bole ya dan tidak bergantung keadaan kita dan expectation ibubapa.
      perlu sesi kaunseling

      • Osria says:

        Salam Prof. Mohon bantuan. Saya tak pasti samada saya boleh dilabel sebagai anak derhaka.

        Saya membesar sebagai anak sulung, perempuan daripada dua beradik. Parents saya bercerai ketika saya berumur 14 tahun.

        Daripada kecil, saya dididik dengan keras agar menjadi seorang yang kuat & tegas hanya kerana ibu saya juga seorang yang garang & tegas. Dia mahu saya membesar menjadi sama seperti dia. Tapi sepertinya saya membesar menjadi seorang yang panas baran, keras kepala & kuat melawan. Semasa kecil saya banyak menyaksikan keganasan rumah tangga antara ayah & ibu saya.

        Apabila meningkat usia sekolah rendah, saya mula menjadi tempat untuk melepaskan kemarahan oleh ibu bapa. Privasi saya tidak dihormati. Duit tabung saya diambil tanpa kebenaran. Ditengking. Dipersalahkan. Dibaling dengan objek. Perlu menanggung malu dengan sikap kaki judi & kaki perempuan bapa saya. Ketika itu saya hanya diam dan tunduk.

        Apabila meningkat remaja, saya mula berani bertentang mata dengan mereka apabila dimarahi. Ketika remaja juga saya pernah ditampar berkali kali oleh ayah hanya kerana saya rancak berbual dengan kawan melalui handphone. Saya tidak mempunyai kawan disebabkan sikap kasar saya. Jadi apabila ada yang nak berkawan saya jadi seronok. Saya juga pernah dipukul oleh ibu di depan saudara mara sehingga hidung berdarah hanya kerana saya bising akibat seronok berbual yang akhirnya menjadikan saudara mara saya juga menjauh.

        Situasi situasi ini menyebabkan saya mula melawan, memberontak seterusnya dianggap seperti anak derhaka kerana hilang hormat pada mereka.

        Selepas ibu bapa saya bercerai, ibu saya hadapi tekanan untuk bekerja. Saya menjadi punching bag setiap kali dia stress. Dikatakan malas, tak reti buat kerja rumah sedangkan selepas balik sekolah saya akan bersihkan rumah tetapi sering dikatakan rumah kotor. Tak pasti KPI yang macam mana perlu saya capai sehingga dikatakan bersih. Saya belajar masak tetapi masakan saya tak pernah dihargai, dikatakan tak sedap dan tidak langsung dijamah yang jadi punca saya tidak ingin masuk ke dapur & lebih suka beli diluar.

        Kini saya menginjak dewasa. Usia menghampiri 30an. Sudah berkahwin & mempunyai seorang anak perempuan berusia 10 bulan. Saya meminta dengan suami untuk tinggal bersama ibu saya kerana dia tinggal berseorangan & kondisi kesihatan dia yang tak berapa baik.

        Tetapi sekarang saya rasa saya mahu keluar dari rumah kerana tertekan dengan sikap ibu saya yang tak habis habis bersikap ‘selalu betul’ & ‘aku boleh buat sendiri kalau kau takda sekalipun’.

        Macam biasa, masakan saya takkan dijamah. Dia sering melemparkan kata kata yang menyakitkan hati saya sedangkan saya masak untuk suami & mertua elok saja mereka puji & beri komen kalau ada kurang / lebih. Bila saya tegur sikap dia terhadap saya, dia melenting.

        Konsep no salt, no sugar yang saya tetapkan untuk bayi saya tidak dihormati. Bayi sering disuapkan makanan dewasa ketika saya tidak ada bersama dengan alasan ‘elok je anak aku beso, jadi orang juga’. Bila saya marah tindakannya itu, dia kata saya memusuhinya.

        Saya tahu, berdosa melawan kata ibu bapa. Tapi adakah saya saja yang akan dibakar api neraka? Adakah ibu bapa itu maksum sehingga anak anak perlu pendam setiap perbuatan & kata kata mereka?

        • Ramli Musa says:

          Salam,

          satu perkara masyarakat perlu pelajari dan sedar, kadang kala penceraian tidak dapat dielakan dan kadang kala ia penyelesai kepada kekusutan kehidupan. Namun penceraian itu hendak lah dilakukan dengan rasional dan tidak menjadikan anak2 sebagai mangsa kekeciwaan emosi ibubapa bercerai.

          Kesan menjadika anak mangsa akan meninggalkan kesan mendalam berpanjangan,
          Saya tidak rasa anda di pihak bersalah, malah saya merasakan anda menjadi mangsa keadaan.
          Dala kes ini, family counseling atau family session dapat merungkai hubungan y keruh dn kembali harmony

  • alia says:

    Salam prof , Saya belajar lagi tapi di tahun 2 degree umur saya tahun depan 22 . Saya ada nyatakan hasrat nak berkahwin time belajar tapi parent saya tak izinkan sebabnya abang saya tak kahwin lagi & saya masih belajar lagi katanya . Satu lagi parent saya tak setuju dengan pilihan saya nak kahwin dengan duda anak 3 sebabnya mereka ckp komitmen dia tinggi . Ada tips tak untuk pujuk parent yang tak bagi anak berkahwin pada usia muda ustaz dan macam mana nak fahamkan mereka yang saya boleh terima anak2 tiri ? Duda bercerai hidup dan bekas isteri dia telah berkahwin

    Alasan mereka yg lain sebab pilihan saya terlalu jauh , mereka nak saya duduk dekat dengan mereka walaupon dh berkahwin . Saya dah bagitahu ada buat sunat istikharah sebelum saya betul2 terima pasangan saya tapi tak diterima . Bila saya nyatakan hasrat nk berkahwin saya dikatakan bukan diri sebenar . Mereka seolah-olah mewajibkan saya untuk habiskan degree terlebih dahulu dan saya tahu niat itu baik . Tapi mereka kurang percaya dan yakin dengan diri saya . Jadi saya sendiri tak tahu mcm mana nk nyatakan yg mmng diri saya sendiri nak berkahwin , tiada paksaan daripada mana mana pihak . Saya dah nyatakan yg InshaAllah saya akan pikul tanggungjawab ini dengan sebaik yang mungkin dan tahu perjalanan hidup saya pasti akn berubah juga , saya dah bersedia . Tapi bg mereka saya masih terlalu muda dan mentah . Saya pon dah buntu macam mana nak fahamkan mereka

    Mereka ugut saya dengan katakan saya tak ingt jasa dan pengorbanan mereka besarkan saya . Adakah permintaan saya salah untuk berkahwin di usia muda sehingga mereka berkata sedemikian ?

    • Ramli Musa says:

      salam isu begini, tiada pihak benar atau salah.
      Ibubapa ada pandangan berbeza dan boeh melihat situasi kehidupan sebenar.
      Namun kadagkala cinta membuatkan kita keliru.
      Isu mudah Ibubapa tak benarkan kahwin. jadi pelbagai sebab dan syarat dinyatakan.
      Tak susah untuk memahami keadaan begini.
      Kaunseling keluarga jalan penyelesaiannya

  • Lelaki atau orang tua mereka tak mahu ambil saya sebagai menantu .. kerana majoriti orang tua pasangan saya risau menjadikan saya sebagai menantu kerana anak lelaki mereka melihat bagaimana perilaku orang tua saya dan keluarga perlaku kan saya.. dan orang tua akui bahawa saya anak yg derhaka, penagih dadah, penjenayah, prnh rumah mak sedara sy terbakar,mereka mengesyaki sy yg melakukan, hingga tersebar 1 kg tentang siapa yg bakar rumah makcik sy, sedangkan sy tak buat, mak bpk saya penah kata mereka jijik dgn saya, dan saya ni adalah anak yg paling pengotor, pelacur ,jalang, bapa saya penah tengking saya bohsia.. pukul saya.. ramai yg tahu macam mana adik2 dan orang tua sy melakukan sy sbgai ank perempuan.. mereka juga menceritakan tentang sy pd sedara mara dn adik beradik serta nenek atuk sy tentang keburukkan anak perempuan mereka ini, mereka kata saya pemalas, biadab, kurang aajar, tak hormat orang ,tak bersyukur, tak kenang budi, kalau saya bersih kan rumah pun , mak saya kata kemas bodoh2 je.. sedangkan penat saya smpai trpaksa biarkan ank menangis mntk susu, semata2 kemas rumah serbersihnya.. tapi mak saya rasa saya buat tk cukup memuaskan dia..mak saya ckp kt org n kakak dia sy kuat melawan.. makbpk sy teriak saya dpn adik2 dalam rumah smpai org dengar.. mereka teriakkan, “bodoh ko bukan anak aku, aku tk mengaku ko anak aku.. anak haram jijik bohsia.. ” .. ini penyebab org takut nak jd kan saya menantu, dan pasangan bkn tidk blh trima saya.. tetapi org tua mereka merasa mereka tidak blh ambil perempuan yg bermasalah dan buruk sejarahnya utk anak mereka atau utk masukkan saya kedlm keluarga mereka nanti.. ibaratkan saya mungkin akan mendatangkan bala atau musibah.. mereka nampak perbuatan saya yang mak bpk sy akui sendiri.. dan ramai org ,saudara mara, anak saudara, makcik pakcik, atuk nenek takut dan tak mahu dekati saya dengan anak saya.. sehinggakan sepupu sy seperti menjauhkan anak mereka utk bermain dgn anak saya.. bila anak sy keluar rumah dia panggil2 sepupu nya, tapi tak disahut dan layan.. malah mereka cepat2 masuk ke dlm rumah..orang taknak dekat dgn saya kerana pengakuan orang tua saya sendiri pd org luar mengenai bagaimana anak perempuan mereka atau perilaku anak perempuan mereka dirumah.. telah luas di sebarkan membuat org sangat risau nk kahwini atau jd kan saya kawan mereka atau mereka takut nk ambil sy bekerja dgn mereka..

    • Ramli Musa says:

      Maaf saya susah nak komen sebab kurang faham situasi sebenar.
      Anda kata org kata ramai macam2 buruk tentang anda tapi anda tak buat. Jadi man satu betul?
      Apa pun sesi kaunseling keluarga pasti membantu dan merungkai banyak isu.
      Kita juga ingin melihat sama ada anda ada masalah tingkahlaku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires