Jangan buang masa dan wang ringgit

by Prof Dr Ramli Musa under 2. Rawatan Islam & Rawatan Hospital November 17 2019


Pengajaran utk masyarakat.

Seorg pesakit yg saya lihat hari ini di hospital swasta menyatakan dia telah melihat dalam 40 perubatan tradisional seperti Ustaz, bomoh,.Darul Syifa’ namun masih belum baik.
Selain 40 rawatan traditional yg dinyatakan, beliau juga pernah mendapatkan rawatan Homeopathy. Sebelum homeopathy beliau telah melakukan ujian CT scan otak.
Semasa rawatan Homeopathy, ujian rambut dan sedikit sampel darah (cucukan sedikit hujung jari) dibuat. Hasil ujian itu beliau dinyatakan ada tumour otak sebesar 5cm dan darah beku di otak. Akibat risau beliau membuat ujian CT Scan otak sekali lagi dan berbelanja lebih.
Hasil CT brain masih normal. Tiada ketumbuhan otak seperti dinyatakan.
Secara lojik bagaimana mengambil darah dan rambut boleh tahu tumour otak????

SeBELUM ITU saya berjumpa seorang pesakit yang telah menghabiskan masa selama 5 tahun menghidapi kemurungan dan akhirnya semakin teruk hingga mengalami Hallusinasi pendengaran (auditory hallucination). Beliau telah berjumpa 10 rawatan traditional dan yang terakhir mencadangkan berjumpa Pakar setelah semua “benda” yang menempek dibuang oleh perawat tradisional dan tiada lagi “benda” boleh dibuang. Kos rawatan selalunya “ikut sumbangan ikhlas” namun selalunya harapkan dalam RM200-300 sekali. Perlunya kita memberi masyarakat ilmu dan pengetahuan terutamanya dalam isu psikologi dan psikiatri yang dikaitkan dengan stigma negatif.

Alhamdulillah berkat redha Allah SWT, kedua-duanya sembuh dan tenang meneruskan kehidupan dengan lebih bermakna.

 

Rawatan hospita juga sebahagian rawatan Islam. Ilmu Islam itu luas selagi menepati syarak.

 

Prof Dr Ramli Musa

Pakar Psikiatri  / Psychiatrist

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


 

4 Comments

  • MOHD SUKRI BIN YUNUS says:

    Sy seorg guru umur 55 tahun, masalah sy ialah sering rasa gemuruh bila bercakap di perhimpunan rasmi sekolah suara dan kaki tangan mengeletar. Kadang2 suara tak jelas. Tapi sy hairan bukan selalu jadi macam ini. Hari ini saya berucap kat perhimpunan suara kaki tangan menggeletar sampai tak keluar suara,saya tak boleh control. Saya rasa sangat malu dengan keadaan ini, semua org memerhati pada saya. Saya jadi panic. Tamat perhimpunan saya terus menyendiri dan menyumpah seranah diri.Mengutuk diri sendiri. Kadang sy marah pada Tuhan yg memalukan saya. Minta nasihat prof atau patutkah sy jumpa psikiatris atau boleh buat janji prof secara online

  • siti nur aishah binti abdullah says:

    Assalammualaikum, sy ingin bertanya, saya suda pun membuat pemeriksaan di hospital, doktor bgtau sy ada gerd berdasarkan simptom sy, tp bila pegi ke rawatan homeopathy dia mengatakan sy mempunyai masalah injap jantung yg mungkin pihak hsptal terlepas pandang, sy ingin bertanya pendapat mengenai sakit yg hadapi..tuan homeopathy mendiagnosis sy hny menggunakan bbrpa helai rambut yg dgunting..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires