ISU KEPECAYAAN RAWATAN ALTENATIF DAN MENAFIKAN KAEDAH RAWATAN HOSPITAL SERTA STIGMA MALU.

by Prof Dr Ramli Musa under 2. Rawatan Islam & Rawatan Hospital October 28 2018

 

DI SINI SAYA PAPARKAN KISAH SEBENAR DILEMA MASYARAKAT KITA TENTANG SUKARNYA UNTUK TERIMA RAWATAN PSIKIATRI DI HOSPITAL.

SOALAN

Salam doc, saya _XX_  dari Johor. Ingin mengetahui bagaimana untuk mendapatkan rawatan dengan doktor. Kakak saya dipercayai mempunyai masalah mental, pernah mendapatkan rawatan di Darul Syifa’ tanpa hasil positif. Performance dia macam roller coaster, 1 minggu ok then tak okay. Keadaan ini menimbulkan stress dalam kalangan ahli rumah yang lain. Benda ini dah berlaku agak lama tapi dia tak mahu mendapatkan rawatan secara medical (backgroud; kakak pelajar kesihatan  tapi berhenti secara tiba-tiba pada tahun 4) jadi sukar untuk pujuk dia ,and dia masih percaya ini gangguan mistik. Mak pula,mungkin akibat malu, semacam rela dan biarkan perkara ini berlaku. Saya masih Cuba untuk memujuk mereka mendapatkan rawatan secara medic. Saya juga ingin tahu apa method rawatan doc, dan juga anggaran kos rawatan.

Terima kasih.

 

JAWAPAN SAYA;

As salam,
 

Saya bersimpati dengan keadaan.
Saya rela mengurangkan caj jika ia membebankan.
Apa yang penting ia memberi kebaikan.
Boleh saya tahu Johor di mana? dan saya cuba cadangkan rawatan yang terdekat di Johor bagi memudahkan.
________________________ * * ______________________________
ISU 1.
Mendengar kesukaran akibat kurang percaya rawatan hospital, amat kerap saya dengar. Masyarakat kita lebih cenderung pada rawatan tradisional yang menyebabkan rawatan hospital diabaikan. Ini hanya mengundang rugi.

Saya berpendapat (juga dibktikan dalam banyak kajian) amatlah rugi kerana melambatkan rawatan hospital dan tidak percaya rawatan hospital.

 
PERLU DIINGATKAN, semakin lewat mendapatkan rawatan hospital, semakin banyak kerugian pada pihak pesakit dan keluarganya. Mengapa?

 

  1. Semakin panjang tempoh DUP; Duration of Untreated Psychosis atau tempoh lewat mendapat rawatan, akan semakin teruk penyakit. Ia dibuktikan berdasar banyak kajian. Ia menyebabkan gangu pada tahap kemampun berfikir (brain executive function), semakin sukar dirawat dan semakin ketinggalan dalam pelajaran dan kareer. Sehingga ada yang dibuang kerja dan gagal dalam pelajaran. Kesan seterusnya akan ketinggalan dalam arus sosio-ekonomi.
  2. Faktor seterusnya termasuklah aspek masyarakat semaking memandang serong, mengurangkan keyakinan diri dan semaking kurang kemampuan bersosial pesakit. Bayangkan apabila seseorang itu melakukan sesuatu tindakan luar kawalan, seperti marah, mengamuk, agresif, maka masyarakat akan tahu dan menjadi bualan.

 

PERLU DIINGATKAN, jika diagnosis Schizophrenia dan Bipolar, ada kemungkinan besar ia akan menjadi penyakit seumur hidup. Jika berhenti ubat, penyakit cenderung untuk datang semula (relapse). Ini tidak bermakna ubat tidak berkesan. Ubat perlu diteruskan utk tempoh lama. Dlm kes ini kita guna pendekatan MENGAWAL BUKAN MENYEMBUH.
_____________________________ * * ___________________________
ISU 2
Bagaimana ingin membawa kakak dan memujuk emak? Saya mengakui, ia satu cabaran besar. Tiada kaedah lain selain memujuk. Dalam kes agresif, kita boleh minta bantuan pihak polis.

___________________________ * * ___________________________
Prof Dr Ramli Musa
Pakar Psikiatri  / Psychiatrist
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


 

4 Comments

  • SITI AISHAH MOHD says:

    Assalamualaikum doktor, sy M dari selangor. emak sy diserang stroke sebelah kiri pada pertengahan bulan 2 2019 yg lepas, 2 minggu selepas dia menjalani pembedahan implan pada lutut kanannya. alhamdulilah, bahagian yang diserang dapat berfungsi seperti biasa selepas mendapat rawatan yang segera. impikasinya bdan dan pergerakan menjadi lemah mungkin kerana dari serangan stroke. doktor mengesahkan ada pembekuan darah beku disebelah kanan sejak 2-3 bulan lepas dri (dri tempoh kejadian).
    seminggu dua dari kejadian, kami melihat emak semakin surut badan dan tidak boleh tidur. berlaku juga simpton anxiety seperti yg dperkataka (rasa cemas, panic, susah bernafas, pedih perut, meremang tangan disebelah kiri lebih kuat, rasa sedih tetapi tidak dpt dluahkan dgn menangis, air mata tidak keluar, gegembira tidak datang dalam diri, kalau berzikir atau membaca alquran terlalu laju dan seperti tidak sempat menarik nafas, rasa tertekan jika dekat atau melihat muka ayah kami). kami anak2 juga ada ikthiar utk perubatan islam, dan slh satunya mengatakan gangguan2 pda mak tidak banyak tetapi lebih kepada saraf. Saya ingin tahu apa method rawatan yang boleh dilakukan, dan mana yang lebih perlu (rawatan kaunseling atau ubat ubatan). perlukan emak kami kerap dibawa bersiar2 kerana emak mahu berjalan2 seperti biasa tetapi apabila kluar naik kereta bjalan saja akan dtg perasaan sedih emak dan disusuli dengan perasaan tertekan dan panic.

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      tidak dinyatakan umur emak.
      Umur penting bagi doktor.
      ada kemungkinan berpunca masalah otak. tahap keterukan darah beku (stroke) penting. Ia hanya dapat ditentukan dengan melihat scan.
      Jadi tidak mudah untuk membuat kesimpulan penyakit apatah lagi rawatan.
      Terbaik; jumpa balik pakar merawat

  • Pn iezah says:

    Salam doktor. Sy pn Iezah dari nilai. Sy Ingin dapat. Kan pandangan. Apa yg saya perlu lakukan berkaitan dgn. Masalah suami. Sy.

    Suami sy adalah seorang manager yg kuat kerja.. Rajin. N selalu mmdapat kepercayaan pihak pe gurusan atasan. Dia telah lama bkerja Di sektor swasta lebih 15tahun lamanye.
    Ekonomi sekarang merundum Dan mgakibatkan syadikat suami mgura gkan tenaga kerja myebabkan beba an kerja nya mula brtambah Dan. Sedikit sebanyak. Mmpengaruhi keadaan. Emosi dia. Keadaan. Lebih teruk hampir setiap hari.. Tmasuk weekend dia perlu bkerja lbkh dari 12jam. High expectation.. Dari pihak atasan telah myebabkan suami sy mgambil jalan singkat dgn mgambil ice utk stay lama mmbuat report apatah lagi bila ada adhoc audit atau kerja2 yg msrlukan lebih masa.

    Pada mula ya kesan ice tidak ketara.. Tapi biasalh perkara ini..lama kelamaan myebabkan ianya bih memudaratkan keadaan suami. Ada2 masa suami sy OK n stabil n tidak memeukan dia utk bgantung kepada bnda itu. Tetapi apa bila Ada2 waktu bebanan kerja meningkat dia akan hilang kawal an diri n ambil bnda itu. Keadaan.. Brtambah teruk bila sy tidak mmdapat pdapatan seperti dahulu.. Dan akan bersalin dalam masa terdekat…. Dia pula tertekan kerana telah trpwrangkap dalam masalah ice.. Bebanan kerja n suasana kerja yg mmberi tekanan… Hinggakan..telah mganggu prestasi. Kerja.. Kerap tidak hadir ke kerja.

    Sy buntu. Suamj sy kerap kali minta sy utk mmbantu nya utk keluar dari masalah dia sekarang n in gin berubat. Dia juga ada myatakan
    Hasrat utk berubat n be rehat bagi meringankan bebanan tekanannya.. N me gelakkan dia mjadi murung n mmbahayakan. Dirinya n. Keluarga…

    Jika dia bhenti kerja kami akan hilang mata pencarian.. Perlukah suami sy sy bawa utk rawatan. Psikiatri.. Jika perlu.. Adakah cara utk suami sy mgambil rawatan n mndapat cuti sakit.. Yg panjang Dan dalam masa yg sama gajinya tak. Dipotong?

    Mohon bantuan pandangan doktor.
    Jika x keberatan sy juga I gin dapatkan. Alamat email. Doktor agar sy dapat bkomunikasi lbh dgn doktor.

    • Ramli Musa says:

      Salam,
      Jelas kesan ekonomi yang tak baik menyebabkan tahap stress meningkat.
      Jalan penyelesaian diambil mengambil ice hanya menyelesaikan masalah sementara.Kesan jangka panjang amat tak elok.
      Benar ice adalah “stimulant” merangsang minda.
      Namun long term menyebabkan ketagih dan psikosis.
      Jumpa pakar sebelum semakin teruk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires