RamliMusa.com

ISLAM DAN PENYAKIT MENTAL

by Prof Dr Ramli Musa under Patient Education July 22 2015


1)      Apakah penyakit mental dari segi perspektif Islam?

Di dalam Islam, elemen, psikologi sangat dititikberatkan.  Kepentingan unsur psikologi ini dipaparkan dengan kefahaman bahawa manusiaitu  dicipta daripada 2 unsur utama iaitu fizikal (jasmani) dan spiritual ( roh).
Manusia memerlukan nafkah atau input untuk setiap elemen iaitu fizikal, intelek (pelajaran), emosi atau rohani (kasih sayang) dan iman. Kekosongan dalam satu elemen menyebabkan seseorang itu tidak mampu hidup dengan halatuju hidup yang jelas dan bermakna.
Islam mengiktiraf penyakit mental atau penyakit psikiatri yang wujud dan diterangkan dalam perubatan moden. Malah Islam itu bersifat inklusif iaitu menerima ilmu yang dihasilkan melalui kajian saintifik dan penerbitan moden selagi tidak bercanggah dengan syariat Islam.
Malah Islam menyuruh umatnya mendapatkan rawatan apa cara sekali pun selaras dengan landasan ajaran Islam (halal dan toyyiban). Ini termasuklah rawatan moden di klinik dan hospital atau altenatif yang berpandukan ayat Al Quran dan tiada unsur syirik dan pemujaan jin dan syaitan.
Umum mempunyai salah taksif bahawa rawatan Islam hanya merujuk kepada rawatan tradisional. Hakikatnya rawatan moden menggunakan kaunseling, psikoterapi dan ubat moden juga tergolong dalam rawatan Islam.
2) Apakah penyebab seseorang itu boleh mendapat penyakit menurut Islam?
Menurut Islam, kita tidak menolak teori bahawa seseorang itu mendapat sesuatu penyakit psikiatri seperti kemurungan, Schizophrenia adalah disebabkan pelbagai faktor. Ini termasuklah keturunan (genetik), cara didikan oleh ibubapa, faktor personaliti, kelemahan Iman dan kurang beribadat  serta bencana hidupmenyumbang kepadaseseorang itu mendapat penyakit psikiatri.
Malah dengan kajian sainstifik telah membuktikan bahawa mereka yang mempunyi tahap keagamaan,  amalan ibadat dalam Islam serta Iman  yang tinggi, melindungi (protective factor) seseorang dari mendapat penyakit psikiatri.
Sebagai contohnya seseorang yang kurang keimanan akan terjebak dengan masalah dadah, alkohol serta gejala sosial yang akan menjurus kepada masalah sosial dan masalah psikologi seperti kemurungan, keretakan institusi keluarga dan psikosis akibat dadah. Mereka yang kurang keimanan dan sifat sabra akan mendedahkan diri kepada tekanan emosi, stres serta bertindak luar batasan serta memudaratkan diri dan keluarga.
3) Apakah rawatan untuk mengubati penyakit mental dalam Islam?
Model yang dianjurkan dalam rawatan Islam iaitu “Bio-psycho-social and spiritual model”. Yang mana bagi menjamin seseorang mendapatkan rawatan yang komprehensif dan menyeluruh, setiap 4 elemen di atas harus diberi perhatian.
Aspek bio- (biology) termasuklah menerima dan memakan ubat yang dicadangkan oleh doktor secara berterusan agar risiko penyakit berulang dapat dicegah. Aspek “psycho-social” adalah kaedah kaunseling, penerangan tentang penyakit dan kepentingan ubat-ubatan serta menggalakkan sokongan keluarga sangat penting. Di samping itu elemen agama (spiritual) seperti mendekatkan diri dengan Allah, kembali melakukan amalan yang disuruh serta meninggalkan cara hidup yang menyesatkan dan melalaikan mampu membina keyakinan sahsiah seseorang dalam menghadapi setiap cabaran yang mendatang dalam dunia ini. Konsep berdoa dan bersolat dapat mendekatkan diri kita dan mententeramkan jiwa yang kosong. Terdapat beberapa kaedah Islam yang disarankan yang membantu dalam proses pemulihan. Ini termasuklah rawatan melalui doa berpandukan ayat Al Quran, terapi bacaan Al Quran untuk penyakit panik, terapi sujud dalam solat serta kaunseling menggunakan nas-nas ajaran Hadith , Sunnah dan tasawuf dapat membantu menyucikan hati.
Menurut buku Imam Al-Ghazali menyatakan; Akal yang sentiasa mengingati Allah akan melahirkan hati yang mempunyai nur dan dapat mengawal nafsu hingga mempamerkan tingkahlaku yang positif. Namun sebaliknya jika akal yang tidak mengingati Allah maka akan melahirkan hati yang gelap dan wujud nafsu yang tidak terkawal hingga mempamerkan tingkahlaku yang negatif
4) Adakah teradapat institusi mental Islam dan bila ia ditubuhkan? Adakah Islam lebih maju dalam merawat penyakit mental dari Barat?
Wad psikiatri pertama adalah ditubuhkan pada tahun 705 Masihi di Bagdad oleh Al-Razi. Al-Razi adalah seorang cerdikpandai Islam dan juga ahli perubatan yang terkenal. Beliau dikenali sebagai seorang ahli perubatan yang pertama di dunia. Beliau berpendapat bahawa penyaki mental adalah sebahagian dari penyakit perubatan yang memerlukan ia dirawat secara ubat dan kaunseling seperti psikotherapi.
Ibnu Sina atau dipanggil dalam bahasa Latin sebagai Avicenna, telah mempengaruhi ilmu perubatan dalam dunia Islam dan Eropah. Ilmu perubatan beliau telah dicatit dalam beberapa buku rujukan. Namun sejak beberapa abad selepas itu, dunia perubatan Islam menjadi suram dan dipelopori oleh cendiakawan barat.
Nak dapatkan nama penuh dan jawatan Prof sekali. Terima kasih banyak banyak Prof. Ahmad Johari Mohd Ali Wartawan Berita Harian
Profesor Madya Dr. Ramli Musa
Pakar Psikiatri dan Ketua Jabatan,
Jabatan Psikiatri,
Kulliyyah of Medicine, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,
Jalan Hospital,25150 Kuantan,
Pahang.                                
Tel: (+609) 5716400 @ Tel: (+609) 5132797 ext 6210
Fax: (+609) 514 5866

76 Comments

  • Intan Napi says:

    Bagaimana pula kaitan gangguan sihir dan penyakit mental.apa komen dr?

  • Zarina hj hussein says:

    Salam dr
    Anak saya 28 th didiagnosis schizo sdh hampir 4 th.Masih menerima rawatan hosp.Sakit nya bermula sem 2 di uitm.rawatan Islam pun saya ikhtiar.Sembhyg x tinggl,dpat khatam quran,klau cakap pasal saham..pndailh juga.Tpi gangguan2 suara masih ada..yg dngr semuanya negatif.Tlng dr adakah cara lain nk rawat…saya dn suami dh nk pencen. .

    • winroses says:

      puan, boleh saya tanya berkenaan bagaimana puan dapat tahu atau kenalpasti anak puan mghidap skizo? bgaimana puan menerimanya? sbahagian ibu bapa tidak percaya.

  • yanie says:

    Salam, bagaimana sy mahu merawat pesakit mental yg fobia ke Klinik pakar untuk rawatan? Hrp dpt mmbntu dan memberi sumber yg btul.tq

  • ali umar says:

    Assalamualaikum wbt. saya menghidap BMD sejak 2016. Bolehkah saya menguatkan rohani dan tinggalkan ubat-ubatan?

  • Anis says:

    Boleh saya tahu jika ada tempat rawatan bg individu yg mengalami mslh gangguan jiwa atau mental.

  • jahara says:

    Boleh saya tahu jika ada tempat rawatan bg individu yg mengalami mslh gangguan jiwa atau mental. Hospital mana yang terbaik ye area PJ /KL

  • Azhar Bin Abdul Rahim says:

    Mengalami gangguan jiwa dan ambil ubat tidur

  • Azhar Bin Abdul Rahim says:

    Apakah penyakit tidur tidak akan pulih kembali doktor

  • Liza says:

    Assalam bagaimana saya nak dptkan rawatan utk anak saya yg ada masalah depression di hospital tuan dr.. adakah sy blh buat temujanji melalui no phone diatas or mcmaner?
    Tq

  • Makhluk Tuhan says:

    Assalamualaikum.
    First of all, terima kasih sebab xjemu menjawab soalan ² dari kami. Adakah disebabkan sy schizophrenic, menyebabkan adik /ahli keluarga lain juga boleh mengalami masalah mental lain? Alhamdulillah syukur sekarang sy jauh lebih baik dari dulu. jauh lebih positif dr dulu. tp sekarang adik sy teruk sgt.. dia diagnosed with BPD,tp doktor masih x jelas lg.. skrg dia sudah mula bertindak ganas seperti sy sebelum ni. Sy rasa bersalah wlupon sy tau byk sgt hikmah atas semua dugaan kami sekeluarga. Keluarga kami kecil dan mempunyai 2 org pesakit mental didalam rumah yg sama xsemudah yg disangka. Adakah sy memberi kesan negatif terhadap anak² atau ahli keluarga lain nanti ? Bagaimana boleh sy membantu adik sy apabila dia mula bertindak diluar kawalan?

    • Ramli Musa says:

      Waalaikum salam,

      Menurut kajian, memang kehadiran faktor genetik menyumbang kepada mana-mana penyakit psikiatri. Namun genetik bukan 100% punca. Satu fakta sangat menarik untuk difahami masyarakat adalah; faktor persekitaran serta cara keibubapaan yang sihat adalah lebih kuat dari genetik. Maka…… walaupun kita ada faktor genetik, dengan ada pendekatan parenting style yg kondusif dan supportif, ia adalah faktor pelindung (protective factor) yang kuat untuk mengelak anak2 mendapat penyakit psikiatri.
      Soalan saudara sangat relevant dan bernas utk masyarakat.. tahniah.

  • Burhanuddin Mat sharif says:

    Saya didiagnose menghidap generalised anxiety disorder. Sy telah lama menghidapi penyakit ini selama 20 tahun. Skrg menjalani rawatan mengambil ubat dan rawatan kaunseling di hospital. Mohon sekiranya ada kaedah lain.

    • Ramli Musa says:

      As salammualaikum,
      Pandangan saya ubat dan kaunseling hospital sudah memadai meliputi 80% kehendak rawatan dan penyembuhan.
      20% lagi kalau dapat pengisian spirituality atau keagamaan atau lebih tepat nilai Islam seperti lebih dekat dengan Allah dan ibadat. walllahhualam..

  • Pn Ros says:

    Assalammua’laikum Prof, saya sangat perlukan pandangan Prof tentang anak saya. Bagaimana saya boleh jumpa dan dapatkn ‘consultation’ Prof?

  • Liyana says:

    Assalamualaikum Dr, bagaimana cara untuk kita bantu sbg seorang isteri jika suami berpenyakit mental?
    Mereka pun layak untuk bernikah bahagia seperti orang lain

  • fauziah says:

    Assalam,
    Doc ada klinik utk rawatan psikiatri ke?

  • Itqan says:

    Assalam..boleh sy dapatkn no telefon Dr…

  • Hana says:

    Assalam dr.. bbrapa bulan lalu sy akhirny brjumpa dgn pkar psikiatri stelah 5kali perkara sama berulang dimana sy bertindak gnas dan mnyakiti org sekeliling. Sy brtukar mnjadi org lain dan berkelakuan pelik ttpi kebnyakanny sy ingat momen trsebut cuma gagal mengawal dri sndri.Sebelum ini, keluarga hnya berjumpa dgn ustaz dan mreka mngatakn sakit sy berkenaan dgn gnguan mkhluk halus(saka). Unt mkluman dr, prkara ini dikesan sejak 10tahun lalu dan amat meremukkn hati sy bila tringat kmbali smua prkara yg sy lakukan, mnyakiti kluarga sy shngga tiap kali pejam mata psti smuany bermain kembali difikiran.Sy malu dgn dri sndri. Seringkli sy menangis krn perbuatan sy dan sy tahu sy xpatut ingat perkara2 lalu. Sy tidak mahu mnyusahkan org lain trutamany ibu sy dan slpas smbuh dri episod, seringkali sy jauhkn diri sy dari parents krn tidak mahu mereka lihat sy dlm keadaan tidak stabil. Sy tidak prnah mnceritakn perkara ini kpd rakan2 dikolej , tkut dihakimi krn mmpunyai skizofrenia. Sy amat lemah dlm komunikasi shgga mmbataskn sy meluahkn pndapat dn prasaaan sy. Dan disebabkn itulah dlm kbnyakan masa sy mngmbil sikap berdiam diri dan akhirny sy jdi seorg yg tiada keyakinan dri.Kdg2 sy brfikir “apa guna aku hidup kat dunia nie kalau asyik susahkn org lain. Tiada ap yg boleh aku bggakn walau dlm segala aspek tiada satupun aku cmerlang”.Sy tiada motivasi unt hidup.. Sy juga ingin mnjadi spt org lain yg berjaya dan dpt nyumbangkn ssuatu yg bermnfaat. Sy mahu berubah supya lebih positif dan berkeyakinan dri ttpi tidak tahu mahu mula dari mna.Bolehkah Dr. berikn pndpat tntg apa yg patut sy lakukan unt perbaiki dri dan smbuh dri pnyakit ini?
    Terima kasih atas perhatian Dr.
    Maaf jika ad yg xfaham..

    • Ramli Musa says:

      Waalaikum salam, Agak menyukarkan saya mengagak penyakit anda kerana tidak banyak simptom dinyatakan.
      Memakan ubat berterusan adalah faktor sangat penting untuk sembuh dan hidup dengan lebih berkualiti dan bermakna disamping pendekatan lain seperti kaunseling dan intervensi keluarga.
      Berdasar perjumpaan dengan pakar psikiatri, apa nama penyakit dinyatakan dan bagaimana pengambilan ubat?

  • eman says:

    dr, saya dapat tahu dengan pengambilan ubt utk depression ni akan ade side efek seperti seseorg itu akan jadi slow. betul ke dr?

  • Nur says:

    Assalamualaikum,
    Sy 25th dan mengalami penyakit depression, anxiety disorder dan ptsd. Sy sedang jln sesi kaunselling. Sy ingin minta pendpt.kadangkala saya rasa berbelah bagi utk ke kaunseling kerana ia bgkn ‘guilty’ pleasure teruma skali kalau ia bkaitn dgn masalah keluarga cth penceraian. Kt tk digalakkan mmbuka aib org. Kadangkala saya rasa bersalah utk meluahkn sebb sy menceritakn aib org tua saya sendiri. Adakah perbuatan sy keji demi mmbantu diri sendiri.
    Selain itu, sy tdk mnjdkn masalah2 ni penghalang utk sy jalani hidup spt org biasa. Saya setuju bahawa iman merupakan faktor ‘protection’. Sy masih dpt kawal diri dr melakukn perkara yg ditegah. Tp kadangkala sy rasa penyakit 2 makan dalam. Dn mmjd semakin teruk skrng sejak sy mula mengalaminya 7 tahun lalu. Adakah digalakan utk berjumpa dgn psikiatri? Saya tkut ia menjejak pemohonan kerja saya kerana saya ‘mentally ill’. Mohon mengongsi pendpt. Terima kasih. 🙂

    • Ramli Musa says:

      Waalaikum salam,
      Terima kasih kerana sudi berkongsi.
      Hakikat penyakit psikiatri termasuklah anxiety dan kemurungan atau depression sangat mengganggu kehidupan.
      Penyakit ini menyekat kita dari berfungsi dari aspek ahli keluarga, bekerja dan menikmati nikmat hidup sebenar. Tanpa rawatan juga mengurangkan kualiti hidup kita (QoL).
      Dalam Islam sendiri kita disuruh mendapatkan rawatan kalau kita tengok sirah, Rasullullah sendiri menyuruh mendapatkan rawatan dari tabib bukan Islam selagi rawatan itu tidak bertentang syariah.
      Bercerita konflik keluarga dengan terapis (therapist) dengan niat rawatan dan mengikut etika perubatan kerahsiaaan perubatan (medical confidentiality) ia tidak bertentang syariah. Ia tidak dikategorikan sebagai mendedah aib.

      Rawatan psikiatri sangat berkesan. Rugi jika tidak mendapatkan rawatan.

  • Raja Natasha Raja Musafarudin says:

    Assalamualaikum Dr,

    Saya mengalami gangguan perasaan dan tidak pasti sama ada ianya berkait dengan masalah psikiatri atau tidak. Di dalam diri saya seperti ada dua jiwa. Satu mengarah kepada kebaikan dan satu mengarah kepada keburukan. Suara itu seperti suara saya sendiri. Masalah yang saya hadapi adalah hasutan jahat itu sering mahu menyesatkan saya dari akidah islam dan keimanan saya. Pada mulanya saya fikir ia adalah hasutan syaitan, lama kelamaan saya menjadi keliru kerana ia seolah2 sudah melekat di fikiran dan hati saya. Dan sebahagian lagi dari diri saya yang masih waras cuba menghalang perkara buruk itu berlaku dan cuba menjaga akidah saya. Saya banyakkan solat, beristighfar dan berzikir untuk hilangkan ‘fikiran-fikiran’ itu. Ia hilang sementara setelah zikir, tetapi saya akan sentiasa teringat balik akan ‘fikiran-fikiran’ itu sehingga susah untuk saya menepisnya keluar.

    Apabila saya diserang dan cuba melawan ‘kata-kata’ itu, saya menjadi cemas dan ketakutan. Saya tidak boleh fokus dengan kerja, malah saya tidak fokus dengan orang yg sedang berbual dengan saya. Walau ketika berada di kalangan ramai, saya seperti berperang dengan diri saya sendiri untuk melawan kata kata itu. Saya menjadi ketakutan dan murung sebab saya buntu.

    Saya cuba mencari sesuatu aktiviti untuk mengalihkan fokus saya namun gagal. Saya juga hilang minat dengan hobby saya. Saya menjadi sangat tertekan.

    Saya telah menjalani perubatan ruqyah beberapa kali, namun masalah itu masih ada. Apa pandangan Dr tentang masalah yang saya hadapi? Saya ingin mendapatkan khidmat psikiatri tapi saya mahu berjumpa psikiatri muslim yang faham dengan masalah yang saya hadapi. Adakah Dr mempunyai cadangan siapa yang perlu saya jumpa?

    Saya sangat berharap pertolongan Dr.

    Wasalam,
    Raja Natasha.

    • Ramli Musa says:

      waalaikum salam,
      Terima kasih

      • Raja Natasha Raja Musafarudin says:

        Salam Dr,

        Adakah Dr sudah menganalisa masalah yang saya hadapi. Maaf jika saya kelihatan agak mendesak, tapi saya perlukan cadangan langkah apa yang saya perlu ambil untuk mengubati.

        Wasalam,
        Raja Natasha

  • Ainul says:

    Salam Prof
    Boleh recommend klinik pakar atau specialist yg bagus yg ada disekitar KL?

    • Ramli Musa says:

      Salam Puan,
      Saya tak boleh menjawab soalan itu atas 2 perkara.
      1. Setiap pakar ada sub-kepakaran berbeza untuk penyakit berbeza. Elok nyatakan masalah apa.
      2. Faktor etika perubatan.

  • Lisa says:

    Assalam doktor. Adakah permasalahan sikap anak merupakan masalah mental? Sikap anak keterlaluan sehingga berani memukul dan menghamburkan kata kata kesat… Adakah boleh dipulihkan segera?

    • Ramli Musa says:

      Ia bukan masalah mental serius tapi lebih kepada masalah sosial atau tingkahlaku. Ia masih dalam skop rawatan pakar Psikiatri kanak-kanak yang dipanggil conduct disorder.
      Maka bolehlah dirujuk ke pakar psikiatri terdekat. Bertindak awal sebelum semakin teruk.

  • Azhar says:

    Assalamualaikum Dr.
    Nama saya azhar, umur 34 tahun bkerja sbagai pnjawat awam di penang. Tahun lepas bulan mac 2017 saya mengalami tekanan perasaan kerana takutkan di serang cancer disebabkan seketul biji di ketiak sehingga saya hilang keupayaan tidur secara drastik sehingga hari ini. Saya fobia ke hospital ketika itu tetapi apabila saya hilang tidur saya mmbuat scan dan ianya hanya bisul tetapi saya masih tidak boleh tidur dan slpas 2 bulan sy berjmpa doktor tan chee kuan di hsptal lam wah ee pkar pskiatri dan di diagnosed sbgai anxiety disoder depression dan doktot bg ubat espran 5 mg dan respidon 0.5 mg , tetapi doktor sehingga hari ini sy masihtidak tidur secara mnsia normal. Ada bisikan atau suara di hati yg suka fikir buruk malah saya kerap sakit seluruh tubuh especially urat saraf diseluruh tubuh dan sering rasa macam2 fikiran negatif, solat bc quran zikir saya jaga cuma subuh sy terlepas waktu kerana susah hendak bangun pagi…

    • Ramli Musa says:

      Waalaikum salam,

      Berdasar penceritaan En, mungkin menghadapi masalah Illness Anxiety Disorder.
      Itu sahaja komen saya kerana tiada soalan diajukan.

      • Azhar says:

        Dr. Sekarang sy memakan ubat tidur respidon 0.5mg dan escitalopram 5mg, adakah ubat ini yg terbaik untuk gangguan tidur? Apakah langkah sy untuk hilangkan sakit urat di seluruh tubuh saya? Adakah sy boleh jumpa doktor di penang? Apakah nasihat doktor untuk masalah tidur sy?

        • Ramli Musa says:

          Risperidone dan escitalopram bukan ubat tidur.
          Ubat tidur selalunya hanya digunakan untuk jangka masa singkat sahaja untuk mengelak kebergantungan.

  • Nora says:

    Assalamualaikum Dr. Suami saya pesakit mental Bipolar Disoder sejak tahun 2004. Masalah suami saya ialah dia tidak dpt makan ubat EPILLIM dan QUETIAPINE yg diberi oleh doktor. Ubat ini memberi kesan kebas di bibir, selalu khayal dan tidak dpt fokus pada kerja. Ini menyebabkan dia tidak mahu makan ubat ini dan simptom Bipolar ini akan datang selepas 2 hingga 3 bulan dia tinggalkan ubat ini. Kami telah ajukan masalah ini kpd doktor pakar dan mereka masih memberi ubat ini juga. Adakah ubat lain yg saya boleh syorkan kpd doktor supaya suami saya berdisiplin makan ubat?

  • isham says:

    ade jual ubat serotonin x

  • Lily says:

    assalamualaikum wbt.
    Sy ingin bertanya apakah hukum disisi Islam, jika seorang pesakit schizo tidak menjalankan tggjawabnya sbg seorang suami/ ayah?
    (Maksud tggjawab ini general nya adalah spt memberikan nafkah zahir&batin)

    Soalan kedua
    Adakah pesakit schizo ini dikira berdosa besar jika dia mmbiarkan isteri dan anak2nya melakukan dosa?

    Terima kasih.

    • Ramli Musa says:

      Waalaikum salam, Dalam keadaan stabil (memakan ubat yang tetap) tanggungjawab sebagai seorang muslim dan ahli keluarga masih sama seperti individu normal lain kecuali semasa psikotik (relapse) di mana hilang kewarasan fikiran.
      Pada masa sama kita faham seseorang mengalami penyakit Schizophrenia ini ada banyak kebatasan disebabkan nature penyakit dan memerlukan sokongan keluarga.

      Juga pada masa sama isteri dan anak2 ada hak tertentu menentukan kehidupan masing2.

  • Zamree Ramlee says:

    Assalamualaikum Dr..
    Saya amat memerlukan nasihat dan pandangan Dr tentang masalah ibu saya..
    Pengenalan serba ringkas tentang ibu saya..
    Umur ibu saya skrg 67thn..pernah mendapat rawatan psikatri di hosp sebnyk 2 kali..kali pertama di utara tanah air lbh krg 33thn dahulu kerana bertindak agresif sehingga pakcik saya terpaksa pgl ambulan dan polis sewaktu iti saya berumur lbhkrg 12thn..kali kedua lbhkrg 29 thn yg lalu di HKL, kali kedua tersebut sy dgn ayah sy terpaksa menghantar ibu sy ke HKL kerana bertindak agresif spt sering memaki hamun dan membaling objek ke ayah saya..sy dan ayah terpaksa mengheret, menyumbat kedalam keta dan memeluk dgn.kuat ibu(grip) kerana ibu melawan dan xnk pergi HKL dengan rela..ibu di tahan di wad hampir 2-3 minggu..bila ibu dibenarkan keluar dia menjadi seperti blur ikut je apa yg kami suruh kradaan dia spt kosong sampai duduk dikerusi berjam2 sampai meleleh air liur pun dia x sedar kesan drpd ubat yg.HKL bagi..lbhkrg 1-2 bulan ayah stop bg ubat sebab kesian tgk ibu camtu mcm patung kosong blur..Alhamdulillah selepas berhenti ubat keadaan ibu semakin baik, kembali ceria dan boleh berinteraksi dgn normal mcm x pernah sakit..selang 7-8 tahun selepas itu ada jgak ibu sakit balik tapi x seteruk dulu cuma ibu akan susah tidur dan bila 2-3hari x tidur dia akan mula dgr suara dr kipas atau aircond atau washing mchine..bila dh dgr suara ibu akan mula ckp benda2 merapu dan dia selalu ungkit kisah dia di heret dan dimasukkn ke HKL dulu..bg ibudia bukan sakit jiwa tapi dianaiya oleh ayah dan disihir oleh seseorang yg sering disebut namanya tp x kenal pun org tersebut, ibu sering ckp suara yg dia dok dgr ajuk dan ejek dia tu suara org tersebut..selalu bila ibu mula.jd begitu ayah akan curi2 bubuh ubat yg di bekalkn HKL dlm air minuman ibu..2-3 hari lps berjaya curi2 bg ubat kat ibu dia akan kembali normal..4-5thun lps itu hadi seperti setuasi tersebut selalunya bila ada sesuatu hal yg membuat ibu memikir sampai x bole tidur..ayah curi2 bg ubat jembali normal..tp dlm lbh krg 15 thn ni ibu dpt sakit sendi atrteis dan tyroid..tulang dan sendi jari tgn dan kaki ibu mula membengkok..semenjak 7-8 thn kebelakangan ni ibu kerap sakit jiwa balik..mula2 tu dpt juga redakan sakit dia bila curi bg ubst tp dlm 3 tahun kebelakangan ni sakit jiwa ibu makin kerap dan lambat nak baik kdg2 sampai berbln bln..tp sekrg ni ubat yg ayah curi2 bg mcm langsung dh xde kesan..madalahnya ibu x accept dia sakit jd susah utk bwk dia pegi psikatri..Saya mohon jasa baik Dr tolong lah saya …saya sgt2 buntu..kesian kat ibu .. hari2 tua ibu kalau bole sy dpt lihat ibu hidup tenang bersama ayah..Bantu sy Dr..

    • Ramli Musa says:

      As salam,
      Boleh saya tahu apa nama penyakit doktor HKL maklumkan pada puan?
      Selepas 2 kali dimasukkan pasti doktor akan memanggil ahli keluarga untuk penerangan.
      Dari cara penceritaan, berkemungkinan Schizophrenia atau dementia (onset dementia pd umur warga emas).
      Rawatan berbeza utk penyakit berbeza.

      Penyelesaian utk hampir semua penyakit adalah memekan ubat secara teratur. Kesukaran berlaku bila emak tiada insight dan tidak mahu makan ubat sehingga doktor memberi “drop”

  • Meee says:

    Sya slalu rasa disisikan oleh kawan-kawan… Ditertawakan di belakang… Sering diangap bodoh… Itu yg membuatkan hidup sya tidak tenang… Sya lebih suka bersenderian.. Daripada bergaul… Kerena bikin sakit hati… Satu orang hati sya lebih tenang… Tapi kedang-kdang sya bosan… Sya rindu kenangaan dengan kawan, -kawan waktu kecil..sya akan paksa diri untuk jumpa mereka… Main bola sama-sama… Sya selalu betdoa supaya tuhan bgi sya ketenangan… Tetapi selalunya sya kecewa… Bergaul dengan satu orang kawa sya ok tapi bila banyak atau berkumpulan saya akan jadi tidak tenang… Saya banyak sakit hati… Tapi sya peksa sbp sya tidak mahu bersendirian.. Sya mahu tuhan kembalikann hidup sya sebelum ini… Sejak sya alami kemuru gan hidup sya jadi begini.. Kawan 2 tidak suka sya.. Sya rasa hidup kosong sunyi…sya perlukan kawan… Tapi saya rasa kawan tidak percayakan saya… Saya berusaha untuk yakin kan mereka yang saya ok.. Tapi keadaan tetap sama. Mereka mcm menyisikan saya… Saya tidak peduli… Saya teruskan juga.. Berhubung… Saya paksa sama-sama main bola.. Kalau mereka tidak suka sya biarkan saja.. Layaklah seorang… Betulkah saya rasa mereka
    tidak suka atau perasaan saya… Tapi saya rasa.. Saya tidak silap.. Saya pasti apa yang saya rasa dan nampak… Saya jg ada masalah sukar tidur malam 2atau 3 pagi bru boleh tidur…

  • Syadidah says:

    Dr adik saya mengalami masalah mental…dia ada 2 watak panas baran dan normal tapi sebenarnya dia tak normal semua kakak2 saya tak berani jaga dia..Sebab bila dalam watak baran tak boleh silap sikit mesti dia lakukan kekerasan..selepas ni saya yang akan ambil alih penjagaan..boleh tak doktor macam mana saya nak mainkan peranan

    • Ramli Musa says:

      T kasih sudi berkongsi masalah
      Soalan sukar, saya tidak mampu menjawab selain cuba sebaiknya dan tahu limitasi diri.
      Cuma komen saya sepatutnya adik-beradik salin membantu.
      Bukan dipikul oleh seorang sahaja.
      Ini tanggungjawab bersama.
      Syndrome burn out mudah dapat jika seorang.

  • Nana says:

    Assalamualaikum Dr anak saya berumur 16 thn, mengalami masalah kemurungan dan Dr telah memberi 2jenis ubat risperidone 1mg & Fluvoxamine. 50mg tapi saya x beri anak saya mkn takut ada side effects, apa kah cara saya ini salah. Tlg bantu saya Dr

  • Nana says:

    Assalamualaikum Dr ada ke ubat risperidone 1mg & Fluvoxamine. 50mg perlu di ambil berterusan @seumur hidup oleh persakit

  • Azizah says:

    Assalamualaikum ustaz saya mempunyai seorang anak skg berumur 21th..dia mengalami masalah ganguan dalaman sejak di thn ke 2 semasa asasi..masa mula kena dulu dia hanya malas utk belajar tetapi skg dia mengalami madalah seperti ada masa2 dia akan rasa tertekan dan mula menyoal saya kenapa dia jadi begini 1.dia rasa org sekeliling akan mengata dia
    2.dia x boleh dgr bunyi org selsema
    3. Sentiasa menyalahkan org sekeliling
    4.tidak mahu berjumpa dgn saudara mara..suka bersendirian
    Kalau mcm ini di kategorikan sebagai penyakit apa ustaz

    • Ramli Musa says:

      Salam,

      Maaf Puan saya bukan ustaz, tapi doktor perubatan psikiatri.
      Dari penerangan ringkas puan, tak salah macam Schozophrenia.
      Elok jumpa doktor utk kepastian.

  • Timah says:

    Assalam doktor,

    Anak saudara saya sering bekelakuan pelik…umur 15 thn perempuan. Antara kelakuanya meludah ikut suka hati walaupun dlm rumah..suka memakai baju yg basah…bila di bilik air suka meramas sabun sampai hancur…memicit ubat gigi sampai abis..bila makan nasi mesti dia buang di lantai..sekarang suka berbogel dlm rumah…bila tanya dia kenapa buat mcm tu…dia ckp dia ikut kata hati..kdng2 dia buat tanpa sedar…
    Adakah perlu dibawa ke hospital doktor. Mohon pandangan dr doktor.
    Terima ksih.

    • Ramli Musa says:

      As salam,

      Bagaimana perkembangan pertuturan?
      Ada kemungkinan masalah Autisma.

      Boleh rujuk doktor untuk pengesahan.

      • Timah says:

        Pertuturan dia ok..dh bawa ke hspt….doktor suspect schizo berdasarkan apa yg sy cerita kat doktor….minggu depan doktor akn ambil darah dan lakukan ct scan di otak belakang…tp dia tidak lah bertindak agresif….mlm dia ssh nk tiduq..suka lompat…

  • Timah says:

    Pertuturan dia ok..dh bawa ke hspt….doktor suspect schizo berdasarkan apa yg sy cerita kat doktor….minggu depan doktor akn ambil darah dan lakukan ct scan di otak belakang…tp dia tidak lah bertindak agresif….mlm dia ssh nk tiduq..suka lompat…

  • syed says:

    dr sy skrg ni cpt marh emosi xmenentu rasa rimas bile ad dkeliling org hri2 mte sy merah berair ble bebual ngn org sy rase sedih xkrire pebualn 2 lucu atau xad x ubat2 y dr bole rekemen kn y sy bole cri kt gamasi

  • syed says:

    assalam..sy skg ni ad msalah cept marh emosi xtekawal rsa rmas ble bdepn dgn org cpt cemas risau gelisah..ad x ubat y bole rekemen utk sy bli dkt famasi

  • syed* says:

    sy ad msalah cpt marah down emosi xtekawal ade x ubt y boleh rekemen sy bli kt famasi**

    • Ramli Musa says:

      Anger management mungkin satu pilihan, Jika kemurungan ada ubat.
      Namun tidak dibenarkan mengambil ubat over the counter OTC tanpa berjumpa doktor.
      Peraturan Malaysia.

      • Puan Ina says:

        Salam Prof,
        saya ingin meminta pendapat tentang suami saya yg didiagnos bipolar disorder bulan 7 yg lalu.
        simptom beliau byk berfikir tentang agama Islam, byk plan, byk berckp..kdg2 jadi murung dan cepat marah. Masa umur 20an pernah dpt depression yg teruk dan sering syak orang lain.
        Alhamdulillah sejak mula ubat epilim, nampak sedikit perubahan. Lebih tenang dan tidak emosi dan marah-marah kalau saya mengajar anak solat. Dahulu sgt marah kalau saya mengajar anak tentang agama.
        Walaubagaimanapun, beliau masih kata agama Islam sekarang hanyalah interpretasi ulama mengikut hadis masing2. Beliau kata nak ikut nabi sahaja. kalau nabi masih hidup, tentulah hanya satu tafsiran dlm agama Islam.
        Suami saya dulu belajar syariah hingga ke universiti, beliau juga hafiz al Quran. Tapi sekrang beliau tidak solat dan tidak melalakukan amalan Islam yg lain kerana pemikirannya itu.
        Bagaimana boleh saya bantu dia dr? perlukah naikkan dos ubat epilim? kerana dr yg mulakan rawatan ada beritahu mereka mulakan dos yg kecil dulu. Terima kasih sudi menjawab pertanyaan saya.

  • Puan Ina says:

    Assalamualaikum Prof,
    Mohon pencerahan daripada tuan Dr. Sejauh manakah penyakit mental mempunyai kaitan dengan keimanan dan amalan seseorang dr?
    Suami saya telah didiagnos penyakit bipolar disorder pada bulan Julai lepas. Untuk pengetahuan dr, simptom beliau yang utama ialah fikiran-fikiran tentang agama Islam yang bertubi-tubi, banyak plan dan ada masa menjadi depressed dan cepat marah. Pada usia awal 20 an beliau pernah ada episod depression. Di waktu itu beliau juga berasa syak dengan orang lain dan merayau dalam kampung, akhirnya dimasukkan ke wad dan diberi antipsychotic tapi akhirnya ibu mertua membawa beliau balik ke rumah untuk diberi rawatan dengan ayat al-Quran. Sejak itu beliau makin baik dan dapat terus belajar dan menghafal al-Quran tapi tiada pergi berjumpa dr psikiatri lagi.

    Setelah 2-3 tahun berkahwin,beliau selalu ajukan soalan-soalan tentang agama Islam kepada saya. Beliau merasakan bahawa agama Islam yang ada sekarang ini hanyalah interpretasi daripada ulamak dan bukan ajaran sebenar yang dibawa Nabi Muhammad dan itu membuatkan dada beliau sesak.

    Untuk pengetahuan dr, suami saya dulu belajar hingga ke Universiti dalam bidang syariah dan beliau juga hafiz al quran. Solat tidak tinggal malah menjadi imam di surau. Tapi sejak lebih kurang 7 tahun lepas beliau jadi keliru dan akhirnya meninggalkan semua amalan termasuk solat. Cuma beliau masih percaya Allah itu tuhan yang sebenar. Beliau mahu mengikut nabi, tapi katanya nabi telah tiada dan ajaran Islam sekarang berbeza- beza mengikut ulamak yang menafsirnya.

    Sejak jumpa dr bulan 7 yang lepas dan mulakan ubat epilim, suami saya nampak lebih tenang , tak mudah irritable. Cakap-cakap tentang agama Islam masih ada tapi tidak sekerap dan intensed seperti dulu. Bahkan dia tidak terlalu marah dan emosi bila saya mengajar anak tentang solat dan ajaran agama yang lain. Jika dulu, dia sangat marah dan panjang leterannya jika saya mengajar anak solat kerana katanya jangan ajar apa yang kita tidak tahu.

    Sekarang ini dia masih sama pemikirannya bahawa ajaran Islam yang ada sekarang hanya interpretasi ulama dan kita semua tidak tahu bagaimana sebenarnya ajaran yang dibawa Nabi Muhammad. Katanya jika Nabi masih ada tentulah hanya satu saja ajaran agama itu, tidaklah seorg ulama pendapat begini dan seorg lagi pendapatnya berbeza sama sekali. Dan masing-masing mengikut hadis mereka. Disebabkan perkara ini, beliau tidak solat, tidak puasa dan tidak melakukan amalan Islam yang lain.

    Bagaimana boleh saya ubah pemikiran dan persepsi suami saya tentang Islam dr? Kata dr yang merawat suami saya, ubat dimulakan dos yang rendah dahulu dan dr akan tengok respon suami saya. Sekarang kami telah berpindah dan suami saya telah dirujuk ke hospital lain yang berdekatan untuk rawatan susulan. Bolehkah ubat epilim membantu mengubah fikiran beliau? Perlukah saya minta dr naikkan dos ubat suami saya waktu kami pergi rawatan susulan nanti?

    Terima kasih dr kerana sudi meluangkan masa membaca dan menjawab komen saya.

    • Ramli Musa says:

      As salam.

      Terima kasih kerana puan sudi berkongsi masalah dan bercerita panjang lebar.

      Tidak dinafikan ujian besar puan hadapi bila suami menghadapi masalah Bipolar.

      Satu faktor sangat penting yang selalu doktor akan asses. Bagaimana kesedaran dia tentang penyakit Bipolar yg dihadapi dan bagaimana kemahuannya mengambil ubat hospital?

      Walaikumslm,

      Dahulu kira2 3tahun Lepas pernah Saya bawa jumpa Pakar tapi suami Saya Tak yakin yg dia sakit Dan Tak mahu mkn ubat hinggalah bulan 7 lepas Ada terjadi sedikit salah faham dgn tempat kerja, suami Saya bertindak marah2. Dari situ dia menyesal Dan Sendiri minta Saya bawa jumpa psikiatri.

      Sejak diberitahu Ada penyakit ni, suami Saya Ada membaca tentang penyakit ini Dan Dia Setuju yg dia Ada penyakit, Cuma tentang fikirannya itu dia Masih Tak rasa salah apa yg dia fikirkan. Dia juga suarakan pada Saya, kerana penyakit bipolar, Dia Sudah hilang hak memberi pendapat, pasti org kata ini hanya cakap2 org Gila.Dia sedih sebenarnya Saya tidak Setuju dgn pemikirannya.

      Ubat memang dia patuh makan. Selalu Dia yg minta Saya ambilkan Jika dia masih Belum makan Dan memang Saya nampak dia telan. Saya juga check ubat memang habis makan. Katanya dia Tak kisah apa yg dr mahu label dirinya, dia hanya Tak mahu marah2 lagi, jadi dia pasti akan makan ubat.

      Yang benar,
      Puan __

      Alhamdulillah dia telah sedar. Cuma dose Epilim agak rendah. Antipsikotic dose rendah mungkin membantu.
      Boleh berbincang dengan doktor atau pakar psikiatri yang merawat.

      Wassalam

  • Puan Ina says:

    salam dr,
    Saya ingin bertanya tentang keadaan suami saya.Beliau telah didiagnos bipolar disorder bulan Jun lepas. Beliau ada banyak thought tentang agama Islam , byk plan, banyak cakap, ada episod menjadi depressed dan irritable. Umur 20an ada depression yg teruk sampai perlu masuk wad. Kemudian ibu mertua berubat cara Islam , suami saya ok dan dapat meneruskan pelajaran.
    Sekarang sejak mula ubat epilim Nampak alhamdulillah ada sedikit perubahan dari segi dia lebih tenang, kurang cakap2 tentang agama dan tidak cepat nak marah.
    Tetapi beliau masih tidak solat kerana pemikiran yg sering beliau bahaskan ialah ajaran Islam sekarang adalah interpretasi ulama mengikut hadis yang mereka belajar tapi ianya berbeza-beza antara seorg ulama dgn yg lain.
    Bagaimana boleh saya bantu beliau supaya dapat solat semula dan ubah pemikiran suami saya? Perlukah minta dr naikkan dos ubat epilim? ( dahulu suami saya memang solat berjemaah, malah menjadi imam dan beliau juga belajar di universiti dlm bidang syariah dan hafiz al quran) Dua tiga tahun lepas kahwin, nampak pemikiran2 ini selalu ada.)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Try My Online Questionnaires