BOLEHKAH RAWATAN DIBUAT SECARA ALAM MAYA ATAU ONLINE?

by Prof Dr Ramli Musa under 2. Rawatan Islam & Rawatan Hospital May 24 2019

As salam, Salam Ramadhan Al Kareem,

Banyak permintaan untuk mendapatkan rawatan dari saya secara cara online tanpa bersemuka di klinik.

Sebelum ini saya ada menyatakan dalam post saya sebelum ini; mengapa banyak jawapan saya bila diminta membuat diagnosis, saya akan jawab berkemungkinan besar atau mungkin.

Jawapan yg sama untuk isu ini.

Jika membuat diagnosis yang tepat pun doktor perlukan berjumpa, melihat, periksa badan, bertanya soalan lanjut serta kadangkala membuat ujian makmal, bagaimana rawatan dan kaunseling boleh dibuat online?

Video conference pun dikira bersemuka

 

Ianya semestinya secara logik AMAT SUKAR.

Jadi mohon jangan buat permintaan begini.

Bagaimana saya nak memberi kaunseling secara bertulis? Berapa banyak masa saya perlu menulis?

Mengapa kita sukar meruntuhkan halangan berjumpa pakar dalam diri? ia satu titik permulaan kepada jalan penyembuhan. Jika ia pun kita tak mampu, bagaimana usaha yang lain..

Wassalam

 

Prof Dr Ramli Musa

Pakar Psikiatri  / Psychiatrist

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


 

16 Comments

  • Muhammad Firdaus says:

    Hello Dr saya Muhammad Firdaus Saya penghidap panic disoder & Agoraphobia saya sekarang tengah ambik ubat Lexapro 10mg boleh ke saya ambik ubat ini berterusan

  • Syawal says:

    Sy perlukan rawatan online.. Sy nk kluar rumah pun takut

  • Nur izzati says:

    Assalamualaikum.Saya izzati.Saya nk tnya betul ke kalau jumpa pakar psikiatri dan membuat rawatan susulan akan menyebabkan masa hadapan gelap.Contohnya sukar dapat kerja kerana kita mempunyai kad psikiatri? Orang menganggap kita seperti kita mempunyai masalah mental dan tidak layak untuk berkerja.

  • GADIS KESEDIHAN says:

    Assalammualaikum doc..

    macam mana saya nk rawat masalah kemurungan..saya malu untuk berjumpa doc..sy bimbang ahli keluarga tidak boleh menerima keadaan saya..merujuk kepada tanda2 yg doc bag berkaitan axiety..banyak yg ada pada diri saya..kadang2 saya rasa hidup ni x berguna..saya hilang ramai kawan disbbkan masalah sy yg tidak boleh nk bergaul..kadang2 saya merasa terlalu berdebar sehingga menghilangkan kenyakinan sy untuk berhadapan dengan orang ramai…sy malu dengan diri sy dan sy rasa terlalu down..saya rasa spjg sy hidup tiada apa pencapaian yg telah sy buat utk gembirakan keluarga saya…sy juga terasa bagai hilang fokus dalam pekerjaan..banyak perkara yg saya pendam demi menjaga hati dan persaan orang lain sehinggakan tiada lagi rasa utk bahagia dalam diri..sy harap doc boleh bantu saya..

    • Ramli Musa says:

      Waalaikum salam, saya sendiri tak tahu nak tolong bagaimana jika tidak mahu berjumpa doktor. Kunci sembuh adalah willing to come forward. Tolong diri sendiri

  • Adibah says:

    saya nak bertanya tentang perbezaan histrionic personality disorders dgn borderline personality disorders? apkah tahap bahaya nya? dan bagaimana cara rawatannya?

  • nabila says:

    assalamualaikum doktor. saya tak pasti saya depress atau tidak. tapi saya sentiasa inginkan perhatian. parents jauh, kawan kawan kurang support, dan kawan2 sangat selalu menekan tentang masa silam saya. saya selalu menganggap diri saya sia2, sya boleh berjumpa doktor? saya selalu telan pil yg boleh mengantuk utk tidur dan lupakan masalah. saya nk ubat yg sesuai utk tenangkanndiri. saya takut utknjumpa doktor, adakah saya digelar pesakit mental selepas ini

  • Faizal Isqandar says:

    assalamualaikum doktor. Apabila saya tidur di waktu malam, saya selalu terjaga dan masa itu, saya rasa berdebar, risau, berpeluh, teras ingin buang air besar dan jantung saya berasa laju dengan tiba2 tanpa sebab (Rasa mcm nyawa diakhir kehidupan). Apabila saya cuba bertenang, dalam 10-15 minit, baru saya akan boleh lena semula. Keadaan berlaku dintara sekali atau 2 atau 3 kali dalam semalam pada waktu tidur. Mohon nasihat dan pandangan bagi gejala dan keadaan yang saya alam ini serta rawatan dan acara untuk mengatasinya.

  • hasbullah says:

    salam doc, kalau kite sakit hati disebabkan bende² yg lepas, terbawak² smpai la skrg adekah itu anxiety? kdg smpai sakit dade, rase susah nak nafas, mood auto tukar²..mulenye saye pdg remeh tp skrg bile rase sakit dade sy rase mcm tak selesa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires