BAGAIMANA TAHU PENYAKIT ANXIETY ATAU KEMURUNGAN KITA SEMBUH ?

by Prof Dr Ramli Musa under 1. Anxiety disorder, Panic disorder & Rawatan January 20 2020

BAGAIMANA TAHU PENYAKIT ANXIETY ATAU KEMURUNGAN KITA SEMBUH ?

 

Saya menerima satu soalan menarik. Mungkin tiada dalam post-post saya terdahulu.

 

KEBANYAKKAN SOALAN LAIN DITANYA OLEH PEMBACA, SEMUA SAYA SUDAH SENTUH DALAM POST-POST LALU.

 

Mungkin ramai yg lebih gemar bertanya tanpa usaha membelek dan membaca post-post saya. (bukan marah).. tapi memang ada sikit geram ha ha….

 

SOALAN

Assalamualaikum doc…sy ____ dari ____ … saya ada gerd + anxiety + panic attck … sekarang saya sudah on ubat sertraline … 1 hr 1bj… alhamdulillah serasi… tapi kadang2 panic dan anxiety ni datang jengah juga tp tak seteruk dulu…. sebab saya fikir saya ni boleh sembuh atau tidak…macam mana nak totally sembuh yea dr…. ada cara lain tak?

 

RESPON RINGKAS SAYA;

Should be free of symptoms (about 90%) 100% susah capai. then able to work and function, finall DASS score is stable.

ADA BEBERAPA INDIKATOR mengetahui seseorang sudah stabil dan ubat antidepressant boleh dikurangkan.

  1. Untuk episode pertama penyakit, rawatan antidepressant mesti diteruskan minimum 6 bulan bergantung keterukan situasi. Kalau sudah capai tempoh haul.. then baru boleh fikir nak kurang ubat..

Yg belum cukup haul, nak berhenti boleh, tapi ambil risiko sendiri untuk relapse balik.

 

  1. Simptom sudah stabil kalau boleh 90% dah baik (nak dapat 100%) agak sukar, inilah realiti kehidupan.
  2. Boleh berkerja, atau belajar dan beri tumpuan. Lebih objektif, keputusn peperiksaan bagus dan prestasi KPI kerja bagus.
  3. Tiada lagi “stressor” atau punca masalah yg mencetus penyakit. Contoh punca stress pasangan, dan kini pasangan sudah berubah melalui sesi kaunseling oleh doctor.
  4. DASS score sudah normal.

Ada yg bertanya bila boleh berhenti tanpa menyatakan scenario penyakitnya secara detail.  Maka agak sukar saya menjawab..

 

11 Comments

  • HANIZA MD DAUD says:

    Assalamualaikum…
    Alhamdulillah, hampir kesemua artikel yg Prof tulis, saya dah baca.
    Saya sangat salute dgn Prof yg melayani semua pertanyaan dgn bermacam2 masalah. Org normal pun buleh jadi abnormal. Saya baru mengenali semula Prof. Semua yg disarankan oleh Prof tu sgt tepat pada perkiraan saya. Secara tak langsung, sy membuat analisis sendiri yg mak saya mmg ade penyakit2 tersebut berdasarkan simptom. Jd, insyaAllah km teruskn je ubat yg Dr Tan bagi. Cuma kadang kala datang perasaan putus asa, nauzubillah..terima kasih…

  • Afi says:

    Assalamualaikum, adakah cepat marah terhadap perkara kecil, menggeletar yang keterlaluan dan jantung berdegup kencang secara tiba² merupakan tanda² anxiety ?

  • Wana abdullah says:

    Salam doktor, sy nk tny kenapa bila sy nk check darah, dpakaikan tmpt check darah automatik jantung laju.. Adakah category anxiety..

  • Mohd shuhairy says:

    Salam Doc. Telinga saya berdesing tanpa henti dan kadang berdegung. Adakah berasal dr penyakit gerd juga? Dan cara utk menyembuhkan penyakit ditelinga itu.. Tq

  • FARAH NATASYA says:

    Assalam dr. Saya diagnosed dgn MDD dan borderline personality trait. Saya ada ambil ubat sertraline dan alprazolam utk panic attack since 18.9.2019 hingga 13.2.20 di hosp serdang sbb dekat dgn universiti saya. Tapi sejak pkp saya dduk rumah di Muar dan tak boleh balik ke universiti. Jadi saya terputus ubat dan mula self harm dan semua tu.. Saya nak tanya apa saya buat sebab saya betul2 tak boleh tahan, saya rasa hopeless sangat

  • nurfarazura says:

    assalamualaikum dokter , sy ade simptom2 gerd n anxiety nih , daa 2 minggu sy kerap sesak nafas, kebas badan dan jantung bdebar tanpa sebab , perlu ke sy mendapatkan rawatan dokter ? atau sy bole jaga cara pemakanan dan turunkn berat badan shj tanpa makan ubat atau rawatan dari dokter ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires