RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

ADAKAH PENYAKIT ANXIETY SAYA AKAN BERULANG?

by Prof Dr Ramli Musa under 1. Anxiety disorder, Panic disorder & Rawatan December 17 2018

Assalamualaikum Prof

Saya AH dari Penang. Saya banyak ikuti tulisan Prof berkaitan Anxiety Disorder(AD) / Panic Disorder (PD) ini. Penjelasan Prof mmg begitu ilmiah dan jelas dan saya rasa inilah suatu blog oleh seorang pakar yang betul2 komited untuk membantu pesakit dan memberi kefahaman ttg penyakit ini. Kalausaya tinggal berdekatan Kuantan saya ingin mengambil kesempatan untuk berjumpaProf. Saya jg on medication Luvox  mulai 13 November 2018 sbb AD dan panick disorder yang saya alami ini sejak2016. Mula-mula dos 50 mg selama 2 minggu tetapi doc dh up to 75 mg..dah hampirsebulan..sy mula terasa kesannya dengan izin Allah..perasaan anxiety tu masihjuga datang ttp sya rasa lebih mampu untuk mengawal keadaan dan keluarga mulamemahami keadaan saya. Seperti yang prof nyatakan dlm blog kdg2 AD ni agakliat. So macmana sy nak tahu yang sy benar2 dah bebas sepenuhnya dariAD ini suatu hari nanti Prof? Hrp Prof x keberatan untuk menjelaskankemusykilan sy. 

Hidup bersama kemurungan dan kerisauan adalah menyiksakan…

Waalaikum salam,

Berdasar kepada respon ini saya terdetik untuk menulis satu artikel tentang perjalanan rawatan penyakit anxiety dan bila ubat akan diberhentikan, serta apa akan berlaku selepas itu?.

Namun benarkan saya menjawab soalan yg diajukan. Untuk Luvox (Fluoxamine) standard dose untuk penyakit AD/PD adalah 100mg/day. Maka jika masih ada tanda-tanda baki masalah anxiety, dos perlu dinaikan ke 100mg (standard dose).

Membuat anggaran apa akan berlaku (prediction) adalah satu perkara sukar bagi doktor-doktor. Atau inilah persoalan yang agak sukar dijawab. Ini kerana dalan soal ini kita mengambil alih kerja Allah SWT. Namun berdasarkan pengalaman kita masih boleh menganggarkan samaada sesuatu penyakit itu akan berulang atau tidak.

Ini berdasarkan beberapa perkara yang kita ambil dalam pertimbangan kita.

  1. Faktor personality, seseorang yang mempunyai personalityasal dgn ciri tertentu. Maksudnya jika seseorang mempunyai personality yangtidak membantu seperti “dependent, anxious dan introvert’ personality, maka ini membayangkan faktor ada kemungkinan berulang. Personaliti ini berkait rapat dengan cara “coping” mengatasi masalah.
  2. Faktor persekitaran seperti “on-going stressor”contoh konflik masih berlanjutan contoh seseorang masih mempunyai konflik yang masih tidak diselesaikan semestinya kita meramalkan penyakitnya akan berpanjangan.
  3. Terdapat punca stres baru timbul di kemudian hari. Ini juga menyebabkan penyakit ada kemungkinan berulang.
  4. Serta faktor lain seperti adanya faktor genetik.

Pada dasarnya mesej akhir saya Allah SWT juga Maha Bijaksana yang menentukan apa akan berlaku di masa hadapan. Kami hanya membuat anggaran. Allah adalah sebaik perancang.

Prof Dr Ramli Musa.

5 Comments

  • Subwaycronies says:

    Assalam prof.
    Sy igin berkongsi pengalaman sy. Sy pernah melalui anxiety. Mmg seksa terasa utk melaluinya setiap hari, & tiada siapa yg phm melainkan org yg pernah menghadapinya. Sy melalui selama lebih kurang 4 tahun, berat badan turun 10kg. Melalui proses ini.. fokus kita akn hilang x tahu ke mana. Kena control diri, sbg muslim inilah masa Allah sentuh hati kite utk lebih byk dekatkn diri pd Allah. ❤️. Spouse memainkan peranan yg anat penting, giving all support, jgn jemu mendengar sbnrnya pesakit anxiety memerlukan seseorang utk dia meluahkan kerisauan n counter back ape yg dia cakap. Sbb apabile kita berada disituasi anxiety kita dah x tahu mana dasarnya. Senang cerita “lost”. Perlu someone to drag us back to the right track. Kite yg melalui anxiety kene pandai lawan n tackle back ape shj yg bermain difikiran. Kalau boleh cakap seorang diri pun tkpe kalau mase attack tu dtg ,just to calm diri sendiri. Selain tu bergaul dgn org, jgn hanyut seorang diri. Apa yg blh sy katakan smua tu adalah “permainan” difikiran. Jgn risau .. sbb sbnrnya “dia” tu adalah diri kita! So tackle balik! Cpt2 sedarbalik. Above All… DEKATKN DIRI DGN ALLAH SWT. TIADA CARA LAIN. Inshaa allah. Sesungguhnya semuanya ada hikmah. Bersangka baik pd Allah.
    After 4 years… amat bersyukur pd Allah wpun ada msnya rs “gangguan anxiety” nk dtg. U NEED TO KNOW YOUR ENEMY, KNOW YOUR LIMIT.
    ANDAI KATA DAH SEMBUH DIA DTG BALIK, JGN TAKUT, U KNOW WHAT TO DO. Ada apa shj rs x kena psl fizikal ,jumpa lah doktor jgn bergantung pd google semata2.. takut ter overestimate keadaan diri n membuatkan kita jd lebih panic. Cuba aihkan fokus anda bila berlaku anxiety. Grounding techniques sgt membantu.

    BERSERAH PD ALLAH

  • Farhanah says:

    Assalamualaikum dr. Saya farhanah. Pelajar tahun 3 medic. Saya rasa saya ada moderate anxiety. Kadang² bila duduk sorang dapat panic attack dan saya susah nak tidur malam. Apa yang perlu saya lakukan untuk mengatasi anxiety ni? T

  • Najiha says:

    Saya susah tidur malam walaupun rasa mengantuk sangat. Selalu sesak nafas , sakit dada . Pergi hospital cek semua kata okay . Hmm tapi selalu jugak buat DASS test ni . Anxiety selalu dpt level sangat teruk . Saya selalu nak bercerita mslh saya dkt org . Tpi takde sapa nk dgr . Bila jadi mcm ni , saya rasa terasing walaupun dgn keluarga sndiri . Utk brcerita dgn kwn , lgi la saya rasa tak penting . Wht should i do doctor ? Tgh malam saya selalu menangis sorang² . Tgh jalan pun tiba² boleh rasa sesak nafas & jantung degup laju

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Try My Online Questionnaires