Perkongsian Pesakit Vaginismus. Untuk Kebaikan Umum

by Prof Dr Ramli Musa under 7. Masalah Wanita & Vaginismus January 27 2015


Pengalaman Pesakit Vaginismus. Untuk tatapan pembaca Insyaallah akan memberi manafaat.
Paparan ini telah mendapat persetujuan dari empunya diri demi kebaikan bersama.
Pn Z
Assalamualaikum Dr,
Saya baru discover yang saya menghidapi vaginismus setelah 10 tahun berkahwin.Itu pun setelah saya terbaca di internet.Sebelum ini saya tak tahu langsung kewujudan penyakit ini.Apa yang saya baca dari research doktor memang sama dengan apa yang saya alami.
Tahun 2014 saya telah berjumpa dengan doktor di klinik Dr ____ (pakar sakit puan) .Mereka menasihati saya dan pasangan utk melakukan self-insemination utk mendapatkan anak iaitu dengan memasukkan sperma suami ke dalam vagina saya dengan menggunakan syringe. Malangnya suami saya tak berjaya memasukkan walau pun suku syringe kerana saya berasa sangat panik dan takut. Kami telah buat sebanyak 3 bulan namun tidak berjaya pregnant(mungkin sperma tak masuk betul ke vagina saya sebab saya tak benarkan kot). 
Pihak Dr ______  juga ada advise sekiranya 2 kali kami mencuba self insemination tak berjaya,mereka suggestkan saya utk buat fenton operation.Tapi saya rasa kalau dah melalukan fenton operation pun tapi saya masih takut utk benarkan suami saya melakukan penetration. Bagaimana tu?
Selepas 3 bln mencuba kami dah stop mencuba oleh kerana saya sangat “tak enjoy” melakukannya. Saya rasa saya perlu berjumpa dengan pakar terapi untuk menghadapi masalah ini. Sedangkan untuk memasukkan syringe yang kecil itu pun saya ketakutan,bagaimana pula kalau betul2 ingin membuat hubungan suami isteri.Saya tak tau di mana atau bagaimana hendak menyelesaikan masalah saya.Lagipun saya dah berumur 39 tahun. Rasa nak give up pun ada..
Cuma saya masih search apa2 maklumat yg dpt membantu saya. Dan saya terjumpa artikel doktor.
Mungkin doktor boleh beri saya nasihat atai ada pakar terapi yg doktor boleh suggestkan?
Terima kasih.
Pn Z
Waalaikum salam,
Maaf kerana lambat menjawab email puan atas kekangan masa.
Saya amat bersimpati dengan masalah puan dan terpaksa menunggu sehingga 10 tahun untuk mengetahui penyakit dari usaha sendiri dan mengetahui tentang masalah sebenar yang dihidapi. Alhamdulillah penulisan saya tentang topik ini sedikit sebanyak membantu masyarakat di luar sana. Saya mengharapkan saya boleh berkongsi masalah puan dengan pembaca di luar sana di dalam blog saya dengan mengemukakan masalah puan tanpa mendedahkan identiti puan seperti nama, asal, tinggal di mana.
Masalah yang puan hadapi adalah vaginismus yang menyebabkan kesukaran mendapatkan zuriat. Jika puan datang awal Insyaallah usaha menyelesaikan masalah puan dapat usahakan lebih awal. Saya cadangkan puan mendapatkan rawatan masalah ini di hospital yang berdekatan seperti _____. Saya tidak mahu cadangkan mana-mana doktor pakar psikiatri, namun terpulang pada pihak hospital berkenaan menentukan doktor pakar yang sesuai, yang selesa mengendalikan masalah berkaitan seksual ini. Terdapat ramai pakar psikiatri dan psikologis di sana. Buat surat rujukan oleh mana-mana doktor dan bawa ke ______ . Rawatan vaginismus adalah dalam bidang pakar psikiatri dan psikologis.
Wassalam
Dr Ramli Musa
Pn Z
Terima kasih doktor di atas cadangan doktor itu.Sekiranya saya ingin membuat appoinment di _______ ,adakah saya perlu berjumpa dengan doctor yg tertentu ataupun saya hanya  membuat appointment secara umum dan menceritakan tentang vaginismus yg saya alami?

Terima kasih.

Di _____  ada beberapa org psychiatrist wanita dan psychologist bertauliah.
Puan perlu menceritakan sepenuhnya pada doktor merawat supaya dia faham dan boleh membantu. Jangan malu kerana masalah ini dipaparkan dalam buku-buku ilmiah dan tiada apa yg nak dimalukan. Ia berlaku dimana2.
Puan boleh memohon pada nurse di kaunter pendaftaran utk berjumpa doktor wanita atas sebab yg kukuh. Insyaallah mereka faham
Pn Z
Terima kasih doktor. Saya ada 1 soalan.Adakah di Malaysia ini semua doktor berpengetahuan mengenai vagisnismus ini.Ini kerana,saya pernah berjumpa dengan pakar pyschology di LPPKN(sebelum saya discover kehadiran vagisnismus).Saya menceritakan apa yang saya alami ini.Namun pakar tersebut tidak memberitahu tentang penyakit ini.Dia hanya mengajar saya bagaimana vagina berfungsi dan menyuruh untuk saya tidak memikirkan sangat tentang ketakutan saya pada kesakitan ketika penetration.
Di sebabkan itu, saya terus mengangap saya ini hanya takut.Namun pada hakikatnya lebih dari itu. Disebabkan ini jugalah saya memendam rasa. Sehinggalah pada tahun lepas saya terfikir semula utk mencari lagi info mengenai perkara ini.
Adakah doktor di _____  ini mengetahui mempunyai ilmu mengenai vagisnismus?
saya hanya ingin tahu.
Terima kasih.
Soalan yang sukar dijawab kerana saya sendiri tiada jawapan. Jika soalan adakah semua doktor ada pengetahuan tentang vaginismus?  jawapannya pasti tidak semua. Amat sukar mendapatkan doktor pakar dlm jurusan sexual di Malaysia. Ia banyak bergantung pada pengalaman doktor itu sendiri.. Namun ada beberapa pesakit saya berjaya dalam tahap kejayaan yang berbeza-beza. Ada yang berjaya seperti normal tanpa sakit, ada yang berjaya dengan sedikit rasa tak selesa. Namun ada yang hilang tanpa dapat dikesan. Lumrah kehidupan…   

Pn Z
Ok. Tidak mengapa doktor. At least saya ada info terbaru dari doktor.
Saya sangat berharap agar doktor dan sahabat2 doktor dapat meluaskan pengetahuan ini kepada wanita2 di luar sana. Saya berharap sangat agar mereka dapat dibantu ,supaya tidak menjadi seperti saya yang terlewat untuk mendapatkan bantuan kerana masalah ini masih terpinggir.
Bila saya ceritakan pada ibu bapa saya pun mereka berasa pelik. Itu pun setelah 8 tahun saya dan suami memendam rasa dan tak tahu nak buat apa barulah kami bersuara setelah kami mengalami masalah rumahtangga yang sudah kronik. Ia memang mengganggu keharmonian rumahtangga kami dan kesannya masih saya alami. *:( sad
Kesian, wanita-wanita di luar sana sekiranya mereka tidak diberikan awareness. Kerana kebarangkalian mereka diuji dengan masalah ini.
Namun begitu, di barat, amat mudah untuk mendapat informasi mengenai masalah ini. Itupun setelah saya mencari informasi di internet sejak tahun lepas.
Terima kasih doktor.
Untuk membaca artikel terbitan saya;

29 Comments

  • Ain says:

    Assalamualaikum dr, macam mana nak kenal pasti yang kita ada penyakit ini? Adakah kita perlu membuat scan di hospital

  • Maz says:

    Maaf, ingin bertanya, adakah vaginismus sama dengan mati putik?
    Jik seorang wanita tidak takut dengan kemasukan zakar tetapi dia menghadapi masalah tiada mempunyai deria rasa rangsangan di bahagian sensitif seperti puting dan kelentit…bagaimana pula?
    Harap tuan dapat membantu.
    Terima kasih.

  • Anon says:

    Assalamualaikum Dr.

    Selepas baca artikel Dr, saya syak saya ada masalah yang sama.
    Sebelum ni, kebetulan saya pernah rujuk o&g. Tapi masa tu berkaitan dengan period saya yang keterlaluan.

    Dalam masa yang sama, saya ada ceritakan berkaitan hubungan suami isteri. Beliau hanya mampu cakap, “kesiannya puan… Nanti cuba bawa suami rujuk pakar sakit tuan”.

    Selepas 2 perjumpaan, saya dah tak pergi. Sebab insuran dah tak cover.
    Dalam masa yang sama, pada pendapat saya, dua2 perlukan rawatan. Rawatan dari side suami semata tidak mencukupi.

    Saya dah rasa give up. Hal ni cukup taboo untuk dikongsi. Nak dapatkan rawatan? Saya perlukan orang yang mampu memandang tanpa menilai.

  • Rian says:

    Assalamualaikum dr

    Terima kasih atas segala info yang diberikan. Saya rasa saya salah seorang penghidap vaginismus. Saya ingin mendapatkan rawatan, tapi saya tidak pasti di mana. Boleh dr suggest hospital yang boleh saya pergi, di area kl/ selangor? Yang lebih bnyk experience dan boleh memberi rawatan terbaik
    Terima kasih dr

  • Zalika says:

    Salam doctor,

    Adakah vaginismus ni sama dengan hilang deria rasa pada bahagian sensitif seperti kelentik dan puting dll?

  • nannan says:

    berapa kos untuk rawatan vaginismus?

  • Masyita says:

    Assalamualaikum Dr. Saya Alhamdulillah terjumpa artikel dr ini. Saya hanya baru tahu penyakit ini setelah saya terjumpa 1 youtube Indonesia yang muncul tiba2 di beranda hp saya. Lalu saya cuba search di internet di Malaysia. Lalu terjumpa artikel dr. Dr, saya telah hampir 20 tahun berkahwin dan rupanya masalah yang saya alami ini memang wujud .

    Saya sangkakan. Ianya perasaan takut saya sebab saya pernah jumpa doktor sakit puan A dan ia mengatakan ia berlaku sebab saya takut (pada tahun pertama dan kedua perkahwinan saya).

    Walau bagaimanapun, saya tak tahu,dari mana saya boleh mengandung sedangkan penastrasi itu tak berjaya dimasukkan kerana suami saya merasakan macam ada benda seperti kayu yang menghalang kemasukkan zakarnya.

    Kuasa Allah. Saya boleh mengandung, doktor. Tapi ketika melahirkan anak, laluan saya tetap tidak terbuka dr. Saya fikir saya dah nak mati masa tu dr, sbb mcm2 caravdr buat supaya laluan bayi saya terbuka dr.akhirnya.Saya mengalami tumpah darah yang teruk..saya kena czear alkhirnya dr.

    Setelah kelahiran anak pertama, saya masih alami masalah ini dan pergi dr kedua. Dr kedua mencadangkan utk operate laluan kemaluan saya,dr.

    Saya takut menjalani pembedahan itu doktor. Kerana saya ada alahan dengan ubat bius selain saya ada masalah SLE.

    Semasa saya hamil, dr pakar dpt kesan penyakit ini di tubuh saya . Genetik dari sebelah ibu saya

    Tapi istilah yg dr tuliskan ini, vaginasmus, tetap tidak saya dengar darinya dan saya tetap tak tahu apa masalah saya.

    Skrg. Saya nak berjumpa dengam siapa ya dr? Suami saya telah bersbar dgn keadaan ini hampir 20 tahun.

    suami kini herada di puncak kerjayanya. Pihak keluarga suami ada menyarankan suami berkahwin lagi, kerana mertua inginkan zuriat lebih ramai.

    Cuma suami beritahu saya. Masalah saya dengan suami semasa bersama ini,selagi tak selesai, macam.mana nak dapat anak yang ramai? Kami dapat anak pun, Allah yang mengizinkannya kerana penestrasi mmg tak berlaku saat itu.

    Perkara ini perkara taboo dan saya tak tahu nak tanya dengan siapa. Alhamdulillah PKP saya sempatlah cari masalah ini di internet dan terjumpa artikel dr.

    Terima kasih Dr dan Puan Z. Harap dr dapat membalas pertanyaan saya ya. Bolehlah saya nak jumpa dr atau ada tak ya pakar wanita yang boleh membantu saya?

    Wassalam.

    • Ramli Musa says:

      untuk rawatan berkesan maslah ini perlukan sesi face-to-face secara regular. ada banyak perkara perlukan penjelasan dan sisatan.
      bukan mudah menaip di sini.
      jadi jumpalah doktor berdekatan.
      anda juga tidak nyatakan tempat tinggal

  • Aimi says:

    Salam saya juga tk pasti sma ad saya vaginismus tetapi ap yg saya bca ad kesamaan dengan saya..sprti zakar nk msuk trlalu sakit seoerti dinding yg keras tp jika diberi pilihan utk operate adakah blh dokter? Adakah dokter membolehkn cadangan untuk operate dia bahagian vagina untuk membuka lubang vagina? Saya msih buntu fikir adakah saya vaginismus tspi jika dokter membilehkn pesakit utk operate vagina saya tidak takut..saya berani kerana ini lebih memudahkn saya rsa saya tidak mengalami takut yang truk…ap yg saya fikir skrg ialah jika saya vaginismus saya snggup untuk operate..adakah boleh dokter???tolong beri penjelasan

    • Aimi says:

      Maaf atas kesilapan typo saya hrap dokter membalas ap yg sayaa tnya

    • Ramli Musa says:

      yg utama kena pastikan ia vaginismus oleh doktor.
      Langkah pertama perlu psychotherapy oleh pakar psikiatri atau psikologi.
      Semua doktor tidak cadangkan operate. kerana ia bukan salah satu rawatan dicadangkan

  • Zahtul says:

    Salam. Saya rasa pun ada masalah vaginismus ni. Apabila bersama dgn suami, laluan tidak terbuka, rasa macam ada dinding yang halang. Saya baru sebulan kahwin. Boleh Dr cadangkan klinik atau hospital mana yang buat rawatan ini? Saya duduk area kuala lumpur. Kalau nak dapatkan rawatan dekat HKL perlu referral letter dari Dr luar ke? Harap Dr jawab pertanyaan saya.

  • Zuhaida binti Ahmad says:

    Saya pun dah 3tahun kahwin masih tak dapat melakukan hubungan bersama suami. Saya area Ipoh Perak. Kat mana ye saya boleh dapatkan rawatan vaginismus ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires