PERSATUAN IBU BAPA ANAK ISTIMEWA PAHANG (PIANiS)

by Prof Dr Ramli Musa under Activiti Mempromosi Kesihatan Mental February 4 2016

 

 
LATAR BELAKANG
Persatuan ini adalah sebuah persatuan sokongan bagi ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak yang berkeperluan khas atau diklasifikasikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) yang menjurus kepada kategori masalah pembelajaran seperti autism spectrum disorder, attention deficit hyperactivity disorder (ADHD), dyslexia, slow learner dan lain-lain.
Melalui persatuan ini, ibu bapa, penjaga dan individu lain dapat merangka aktiviti dan kegiatan bagi memberi sokongan emosi dan juga bantuan material kepada ahli-ahlinya. Selain daripada itu pengalaman dan ilmu praktikal ibu bapa dan penjaga dalam membesarkan anak berkeperluan khas ini akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh ahli persatuan ini.
Persatuan Ibu Bapa Anak Istimewa Pahang (PIANiS) pada asalnya bergerak sebagai kumpulan sokongan ibu bapa secara tidak rasmi. Mula mengorak langkah apabila penasihat PIANiS mengambil inisatif menghimpun para ibu bapa dan penjaga AnIs di bawah satu bumbung pada 9 Mei 2015. Di PIANiS, panggilan anak istimewa diganti dengan nama AnIs (iaitu singkatan daripada “Anak Istimewa”) berbanding OKU dan sebagainya. PIANiS telah didaftar secara rasminya pada 22 Disember 2015.          
PIANiS memerlukan satu ruang pejabat untuk beroperasi memandangkan skop PIANiS adalah lebih meluas dan merangkumi pelbagai kategori masalah pembelajaran. Penglibatan ahli dijangka semakin bertambah dari hari ke hari. Buat masa ini, alamat berdaftar dan tempat urusan PIANiS ialah di rumah pengerusi penaja di alamat No 2, Lorong Sg Karang Damai 18, Taman PSJ 26100 Kuantan, Pahang.
MATLAMAT
a.  Menyediakan satu platform rujukan ibu bapa, penjaga dan masyarakat untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan berkaitan masalah seperti autisme, adhd, disleksia dan masalah pembelajaran yang lain.
b.   Memberi sokongan emosi dan psikologi di kalangan ibu bapa dan penjaga.
c.  Menjalankan aktiviti-aktiviti yang membantu perkembangan pembelajaran dan saluran pendidikan yang tepat untuk anak-anak istimewa.
d.  Membantu dan membina jati diri anak-anak istimewa dalam menghadapi cabaran dunia luar.
e. Mengadakan kolaborasi bersama agensi luar untuk memberikan prospek latihan dan kerjaya kepada anak-anak istimewa.
f.  Memberikan kesedaran dan penerangan kepada masyarakat luar bagi
menangkis stigma terhadap anak-anak istimewa.
KEAHLIAN
Kriteria keahlian persatuan adalah seperti berikut:
a.     Ahli Biasa yang terdiri dari warganegara Malaysia berbilang bangsa dan agama yang berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tertakluk kepada kelulusan Ahli Jawatankuasa Persatuan.
b.   Ahli Bersekutu pula terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi kriteria ahli biasa.
c.   Ahli Kehormat yang terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka ditentukan oleh Jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.
d.    Ahli Seumur Hidup dibuka kepada Ahli Biasa yang membayar yuran sekaligus.
Ahli PIANiS yang berdaftar layak memperoleh akses secara esklusif untuk menyertai pelbagai program yang dianjurkan khas untuk ibu bapa dan AnIs.
 
AKTIVITI-AKTIVITI
Bagi memastikan persatuan bergerak aktif dan merealisasi aspirasi ahli-ahli, jawatankuasa PIANiS telah merangka beberapa aktiviti sepanjang tahun 2016. Aktiviti-aktiviti yang dirangka ini memberi tumpuan bukan sahaja kepada ahli-ahli, tetapi yang paling utama  ialah pembelajaran untuk AnIs. Antara aktiviti yang dirancang adalah seperti berikut:
a.    Terapi Renang – dijalankan setiap Sabtu dan Ahad (15 orang setiap sesi) di Pusat Akuatik Indera Mahkota dan dilatih oleh dua orang jurulatih.
b. Terapi Berkuda (5 orang setiap sesi) dijalankan di Assakaf Equine Centre, Permatang Badak
c.  Sesi Perkongsian Pintar:  Bengkel Literasi BM
d.  Sesi Perkongsian Pintar:  Program Smart reader
e.  Program Prostring Languages – oleh Cikgu Noorjahan Sultan ( Calon guru terbaik dunia)
f.      Terapi art & craft
g.     Sambutan Hari Jadi AnIs setiap 4 bulan sekali
h.     Baking class / diet class untuk ibubapa AnIs bagi penyediaan pemakanan yang betul.
i.    Terapi Pasir/pantai mendedahkan AnIs pada persekitaran dan stimulasi deria yang berkaitan
j.      Terapi Outing – mendidik dan mendedahkan AnIs cara berurusan di kaunter dan urusan jual beli
k. Tontonan Perdana – membawa semua AnIs dan penjaga bersama-sama menonton filem Redha mengenai Autisme akan ditayangkan pada 2016 ini.
l.    Hari Keluarga PIANiS
m.  Program Berkhatan
n.  Sumbangan Ramadhan dan Sambutan Hari Raya
 
CARTA ORGANISASI & AHLI JAWATANKUASA
PENASIHAT   1                                              PENASIHAT 2
Professor Dr Ramli Bin Musa                 Dr Kartini Bt Abdullah
PENGERUSI
En Sapawi 

TIMBALAN PENGERUSI
Cikgu Noorjahan Sultan
SETIAUSAHA
Pn Kafiza Bt Ahmad Kamaruzzaman
PENOLONG SETIAUSAHA
Pn Salwa Bt Muhamad Arif
BENDAHARI
Pn Noormaizah Bt Mokhtar
BIRO TAJAAN
En Mohd Asri B. Zakaria
BIRO MULTIMEDIA & PERHUBUNGAN
En Mohamad Souffie B. Abdul Rahman
BIRO AKTIVITI
Pn Wan Noorsuzuraini Bt Wan Mohd Noor
BIRO PENDIDIKAN
Pn Noratul’Asikin Bt Hj Abd Manan
BIRO AGAMA
Pn Safinaz Bt Abdul Sabian
BIRO KEBAJIKAN
En Mohd Ridzuan B. Jusoh 

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires