APA ITU VAGINISMUS? RAMAI PENGIDAP SUKAR DATANG MENCARI BANTUAN

by Prof Dr Ramli Musa under 7. Masalah Wanita & Vaginismus August 3 2016

As salamualaikum,

Berdasar kepada pemerhatian saya pada beberapa kes yang menghubungi dan memohon pandangan saya, bolehlah saya simpulkan masalah Vaginismus ini bukanlah jarang. Banyak yang menghubungi saya setelah membaca membaca artikel perubatan yang saya terbitkan.

Di sini saya kongsikan satu kes lagi untuk kebaikan dan kesedaran masyarakat. Moga ianya bermanafaat pada masyarakat. Terima kasih atas keizinan puan untuk dipaparkan di sini. Moga Allah merahmati hidup dan dikurniakan ganjaran di akhiran kelak kerana ia akan memberi manafaat pada masyarakat. Tidak dinafikan pengetahuan dan pengalaman di kalangan pengamal perubatan (doktor) juga kurang. Salah langkah rawatan tidak akan mampu memberi kebaikan. Malah agak mengejutkan dengan pendekatan tersebut.

As Salam Dr.

 
Saya sudah 4 tahun berkahwin tetapi masih belum bersama dgn suami. Pada mulanya saya ingat saya hanya takut pada kesakitan & menganaggap ini perkara biasa. Saya tidak pernah merujuk masalah saya pada hospital tetapi saya telah berjumpa dengan doktor di beberapa buah klinik. Tetapi semua doktor yang saya jumpa tidak pernah menerangkan kepada saya tentang penyakit Vaginismus. 
 
Boleh dikatakan semua doktor yg sy jumpa memberikan saya ubat tidur & ubat penenang. Paling drastik yang pernah saya buat ialah doktor memberikan saya suntikan separa sedar & doktor bersama suami sy cuba memasukan jari ke dlm lubang vagina saya tetapi malangnya suntikan itu tidak lansung beri effect kepada saya malah saya boleh berasa sakit semasa tusukan jari doktor mahupun suami saya. Gagal lagi..
 
Hinggalah cousin saya berkahwin pada tahun lepas tetapi selepas 1 tahun perkawinan cousin saya ada menghubungi saya & menyatakan dia mengalami masalah Vaginismus. Saya tidak tahu akan penyakit itu tetapi apa yang diterangkan kepada saya dia mengalami masalah yang sama seperti saya & saya terus mengoogle tentang Vaginismus & terjumpa article Dr tentang penyakit ini. Bolehkan Dr suggest hospital/Dr mana yang boleh saya rujuk tentang penyakit ini? 
 
Terima kasih.

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires