BENZODIAZEPINE DEPENDANCE, CARA MENGATASI

by Prof Dr Ramli Musa under 8. Uncategorized (Alprazolam dependence & Personality issue) January 27 2020

 

SCENARIO: Seorang pesakit saya berumur 36 tahun menghadapi masalah bergantung dengan ubat tidur Benzodiazepin sejak 13 tahun lalu.

Beliau terjebak dengan ketagihan ubat tidur disebabkan masalah sakit belakang dan susah tidur pada permulaannya. Ia ditambah dengan amalan kurang beretika doctor GP klinik biasa yang menjual ubat-ubat ini.

Beliau kini bergantung pada T Alprazolam (Xanax) 0.5 mg 4 kali sehari dan T Lorazepam 1 mg 4 kali sehari. BELIAU TERPAKSA MENGAMBIL UBAT INI HAMPIR SETIAP 3 JAM untuk mengelak kesan withdrawal seperti gemuruh, berdebar dan susah bernafas.

Dalam pertemuan saya melihat masalah ketagihan agak kritikal, namun saya melihat beliau mempunyai harapan cerah kerana mempunyai azam yang kuan untuk berhenti.

Strategi saya adalah menukar ubat Xanax dan Lorazepam yang mempunyai tempoh hayat (half-live) yang singkat ini kepada Diazepam kerana Diazepam mempunyai half-live lebih Panjang dam mudah untuk berhenti.

FIRST PROGRESS REPORT AFTER FIRST SESSION

12/1/2020                  tindak balas remark
Semput/pening
5.20am – 1
8.30am – 1
12.30am – 1
3.50pm – 1 4.30 kurang sikit kena rest.
6.50pm – 1 tido…… (9)
10.30pm – 1 rest…(8)

13/1/2020
5.50am – 0.5
8.30am – 0.5 semput letih
10.am – 1 (lorazepam) after 20min (7) 11am (5)
1pm – 1 (lorazepam)
4.20pm – 1 (lorazepam)
7.20pm -1 (lorazepam)

14/1/2020
6am – 1 (lorazepam)
10.30 – 1 (lorazepam) makan lewat 👍 (1jam 30)
2.10pm – 1 (lorazepam) makan lewat 👍 (1jam)
6.30pm – 1 (lorazepam) makan lewat 👍(1jam 20m)
9.30pm – 1 (lorazepam)

15/1/2020
6.50 – 1 lorazepam
10.26 – 1 lorazepam lewat 40minit
2.00 lorazepam
5.00 lorazepam

16/1/2020
5.50 – 0.5 –
9.15 – 0.5
11.40 – 0.5
3.00 – 0.5
6.30 – 05
10.30 – 0.5

17.1.2020
5.25 am – 0.5
8.10 am – 0.5
11.21 am – 0.5
1.46 pm – 0.5 sejuk and tangan menggigil
5.10 pm – 0.5

18.1.2020
1.41 am 0.5 x larat (semput)
7.20 am 0.5
10.15 am 0.5
1.40pm 0.5

SECOND PROGRESS REPORT

Salam Dr. Ramli

Ini adalah rekod utk sehingga pagi ini. Ada ape2 cadangan?

 

18.1.2020 👉 (0.5 x 6 sehari)
1.41 am 0.5 x larat (semput)
7.20 am 0.5
10.15 am 0.5
1.40pm 0.5
4.50pm 0.5
10.55pm 0.5

19.1.2020👉 (0.5 x 5 sehari)
6.50 am 0.5    10.30 (getar) 10.50 (kurang)
1.50 pm 0.5     bertahan 7jam 👍
4.45 pm 0.5
7.25 pm 0.5
10.15 pm 0.5

20.1.2020 👉 (0.5 x 3 sehari)
5.57am 0.5      9.20am (letih,pening) 10.30 (better)7jam bertahan

1.30pm 0.5      5.40pm 👍 makan nasi (ikan)
6pm semput 6.30 kurang

8.53pm 0.5

21.1.2020
6.20am 0.5 semput sangat

 

Alhamdulillah pencampaian yg sangat bagus, macam appointment nanti hampir free atau abstinence dah.

 

I’m happy with the progress. Kalau kesan withdrawal teruk pergi slowly.

 

Nanti towards the end nak berhenti terus gunakan strategies potong hingga suku tablet dan maintain frequency

 

THIRD PROGRESS REPORT

 

Assalamualaikum Dr.Ramli,

Ini Rekod utk 21 – 24hb 1.2020

 

21.1.2020 ( 3x sehari )
6.20am 0.5 semput sangat
1.55pm 0.5
9.35pm 0.5 demam

22.1.2020 (2x sehari )
6.46am 0.5
2.25pm 0.5

23.1.2020 (2x sehari)
5.37am 0.5
11.45am 0.5 demam da ok👍

24.1.2020 (2x sehari)
6.40am 0.5 10am semput…10.10 ok sikit
12.11tghari 0.5 8.10pm getar 10.30 ok

25.1.2020
6.05am 0.5 9.30am semput…

 

KESIMPULAN

Pesakit melakukan sesuatu pencampaian yang amat memberangsangkan. Setiap kali mengurangkan dose setiap hari, beliau menghadapi masalah withdrawal seperti semput atau susah nafas, mengeletar dan takut. Namun dengan azam kuat beliau menghampiri kejayaan berhenti sepenuhnya. TAHNIAH !!!

 

Prof Dr Ramli Musa

Pakar Psikiatri  / Psychiatrist

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


 

12 Comments

  • Ramesh says:

    Boleh kah berhenti ubat xanax serta merta

  • Khairul says:

    Salam Doc. Saya ada problem tidur tak deep. Esok bangun mesti moody & murung. Sometimes can spike BP. Tapi bila ambil xanax, tidur sangat quality & esok boleh ceria macam biasa. Apa isunya sebab saya taknak depends on Xanax

  • AISHAH says:

    Salam Dr Ramli,
    Saya pernah makan clonazepam selama 9 bulan disebabkan saya x boleh tidor sejak menjalani rawatan kimo untuk breast cancer saya. Saya dah selesai semua rawatan tahun lepas. Saya juga dah stop ubat tidor selama 4 bulan tapi masih ada kesan withdrawal effect seperti kepala berat, mata berpinar mengantok seperti orang lalok. Simpton tidak sama setiap hari. Ada cara tak untuk atasi/rawat simpton ini?

  • Wan Shariff says:

    Salam.adakan Xanax yg saya ambil menyebabkan sembelit kuat

  • Mar says:

    Salam dr, saya mar umur 41 dari n.9.

    Saya mengalami perasaan yang sangat takut dengan hampir semua perkara, tiada sesak nafas, cuma fikiran negatif yang hampir setiap masa mengganggu dan saya sukar menghentikannya. Disebabkan perkara ini saya tidak berminat dengan hampir semua perkara yang dulu saya minati serta tidak berminat cuba aktiviti baru. Saya tiada selera makan, sukar untuk tidur dan sering terjaga. Rasa tiada apa perkara lagi untuk diharapkan. Saya agak sensitif dan sukar untuk menenangkan diri jika risau. Saya tidak selesa dengan bunyi bising, bauan kuat, cahaya silau dan sentuhan. Doktor memberikan saya ubat escilopram 10mg (malam) dan alprazolam 5mg potong dua (jika perlu) , saya baru makan ubat tersebut dalam 1 minggu lebih. Soalan saya adakah ubat tersebut sesuai untuk keadaan saya. Kerana hingga kini ianya tiada membawa perubahan malah ada beberapa kesan negatif, seperti saya teragak2 bila membuat sesuatu keputusan atau perkara

  • Mar says:

    Salam dr, saya mar umur 41 dari n.9.

    Saya mengalami perasaan yang sangat takut dengan hampir semua perkara, tiada sesak nafas, cuma fikiran negatif yang hampir setiap masa mengganggu dan saya sukar menghentikannya. Disebabkan perkara ini saya tidak berminat dengan hampir semua perkara yang dulu saya minati serta tidak berminat cuba aktiviti baru. Saya tiada selera makan, sukar untuk tidur dan sering terjaga. Rasa tiada apa perkara lagi untuk diharapkan. Saya agak sensitif dan sukar untuk menenangkan diri jika risau. Saya tidak selesa dengan bunyi bising, bauan kuat, cahaya silau dan sentuhan. Ada ketikanya bila melihat sesuatu waktu sekarang, ianya membuatkan saya mengingati dan merasakan diri saya berada pada waktu dahulu yang sepi dan sedih (seolah2 ianya terjadi semula waktu sekarang) . Doktor memberikan saya ubat escilopram 10mg (malam) dan alprazolam 5mg potong dua (jika perlu) , saya baru makan ubat tersebut dalam 1 minggu lebih. Soalan saya adakah ubat tersebut sesuai untuk keadaan saya. Kerana hingga kini ianya tiada membawa perubahan malah ada beberapa kesan negatif, seperti saya teragak2 bila membuat sesuatu keputusan atau perkara serta mudah lupa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires