Apakah itu Kemurungan?

by Prof Dr Ramli Musa under 3. Masalah Kemurungan (Depression) May 27 2008

Kemurungan atau Depression adalah penyakit emosi yang kerap ditemui dikalangan masyarakat. Mengikut kajian, secara am 20 hingga 25% wanita dan 8 -10% lelaki pernah menghidapi penyakit ini sepanjang hayat mereka. Pengidap masalah kemurungan mempunyai tanda-tanda seperti perasaan sedih yang berpanjangan dan teruk, hilang selera makan, hilang berat badan, lemah anggota badan, tidak bermaya sakit-sakit badan dan tidur tergangu. Mereka yang mempunyai tahap yang teruk mempunyai symptom-simptom seperti hilang tumpuan pada tugas harian, merasakan hidup ini tidak berguna, masa hadapan dipandang suram dan jiga dibiarkan mereka ada perasaan ingin menamatkan riwayat sendiri.

Penyakit ini mempunyai rawatan ubat yang dipanggil antidepressant yang amat berkesan. Di samping itu kaunseling dan psychotherapy boleh membantu mereka.

PAUTAN POST BERKAITAN ANXIETY DAN KEMURUNGAN;

Bolehkah Kemurungan dan Anxiety keluar dengan tanda-tanda fizikal?
https://www.ramlimusa.com/apa-kaitan-tanda-tanda-fizikal-dan-penyakit-anxiety-dan-kemurungan/

Sedikit penerangan tentang anxiety;
https://www.ramlimusa.com/video-penerangan-tentang-rawatan-penyakit-anxiety/

Anxiety boleh sembuh dan ubat diberhentikan
https://www.ramlimusa.com/diari-hari-ini-sudah-sembuh-dari-penyakit-anxiety/

Langkah dan panduan mendapatkan jawapan pada banyak persoalan;
https://www.ramlimusa.com/jawapan-pada-banyak-soalan-soalan-di-sini/

Banyak soalan-soalan berkaitan anxiety sudah saya jawab di sini;
https://www.ramlimusa.com/54-2/

29 Comments

  • ali umar says:

    Assalamualaikum wbt. Nak tanya pendapat Prof, apa pendapat tentang orang yang membunuh diri disebabkan penyakit ini. adakah akan kekal selama-lamanya di dalam neraka?

    • Ramli Musa says:

      Tak silap saya begitulah, Namun definasi penyakit harus diperjelaskan. Terutama melibatkan isu kewarasan membuat keputusan. Kena double check dgn alim ulamak

    • Nurcahaya says:

      Salam doktor,di langkawi ada tak rawatan untuk masalah gangguan jiwa dan trauma masa kanak-kanak.

        • hamba Allah yang rasa sudah pulih dan bahagia. says:

          maaf, saya silap. keputisan DASS saya pada keputusan pertama, ketiganya extremely severe. keputusan kedua, depression & anxiety extremely severe. stress moderate. namun, saya rasa ubat dokter akan ada side effect yg teruk kemudian hari. saya rasa 8 tahun yg lalu keadaan saya lagi parah dari skrg. atleast, right now saya dapat rasakan kebahagiaan dari pasangan hidup saya. jadi saya rasa saya boleh lagi self treated. hanya sahaja, mengambil masa. saya hanya perlu tingkatkan ilmu pengetahuan dalam agama, keimanan dan ketaqwaan. saya rasa itulah ubat yg mujarab. terima kasih

          • Ramli Musa says:

            Kemurungan teruk akan semakin teruk dan menggngu hidup.
            Jika ubat kemurungan A tak sesuai, doktor akan tukar ubat B.
            Bincang dgn doktor merawat

  • Hafiz says:

    Aslm prof..ermm..sya fully aware sya ad mslh yg berkaitan dengan depression…sya xblh tido..sya over thinking..sya xheppy brpnjgn..sya rsa sedih tnpa sebab..sya mls nk prgi kerja..sya prgi kerja pn sya xde mood nk buat kerja..sya ambl ubt2 yg blh buat sya mngntuk dn brhnti pk walaupn skjp..sya ddk dlm blik je xkua..sya rsa lost..sunyi..dn..sya slalu rsa nk mati sbb xnk pk pk lg..dh brthun sya mcm ni..tiap kli sya rsa nk bnuh diri sya mcm rsa lega. Sya cuma mahu tidur dn brhnti berfikir….I need help..but I dunno how….please guide me how to seek for treatment….

  • Nur says:

    Assalamualaikum prof. Saya berusia 21 tahun dan diagnosed Mdd dan juga cluster c traits and phobic induced with panic attacks. Saya ada terbaca tentang school refusal. Adakah orang dewasa juga mengalami gejala ini? Atau sekadar anxiety. Sebab saya differ first semester degree saya. Saya kena panic attack semasa induction. Saya takut untuk meneruskan pengajian dan rasa tak selamat

  • Zira says:

    Salam Dr sya pnya dass result
    Depression : 22(severe)
    Anxiety : 14(moderate)
    Stress : 16(mild)

    Adakah ia bermaksud tahap kemurungan sya masih OK?
    Sya ingin berjumpa dokter tp sya tdk tahu bgmna…

  • Nadhirah says:

    Assalamualaikum dr. Saya didiagnos dengan MDD with psikosis dan juga BPD. Saya ambik ubat Luvox, Risperidon dan Olanzapine. Tapi lepas saya makan ubat keadaan saya makin teruk. Saya seringkali dengar suara suruh saya cederakan diri dan bunuh diri. Apa patut saya buat? Kadang2 saya rasa sangat tertekan dengan keadaan ini.

  • Tini says:

    Salam dr, saya di sahkan MDD dan mula makan ubat espran 5mg pada 26/11/2018, dan makan bersama clonozeperm 2mg akibat masalah tak boleh tidur, setelah 7 minggu makan espran dan dos dah di naikkan ke 10mg, clonozeperm 1mg sy mula rasa perubahan positif, tapi bbrp hari ini saya cuma boleh tidur sekitar 5 ke 5 jam stgh cthnya kalau tidur jam 9 saya akan terjaga jam 2.30 pagi, apa yg patut sy buat dr?adakah itu normal atau saya perlu tukar ubat tidur

  • Ferry E says:

    Salam Prof, Ayah saya ada mengalami sindrom Kemurungan. Umur 80thn.
    Sesuai tak kalau dia mengambil Brintellix (vortioxetine) ?

  • yin says:

    Saya selalu rasa begitu..jiwa rasa kosong,sedih,xda semangat..hari² yang di lalui terasa suram,kusam..
    Ada kala fikir bunuh diri adalah jalan terbaik..sedih,resah tanpa sebab..menagis berjam²..saya selalu salah kan takdir tuhan x adil dengan saya..
    Penat saya carik ketengan..tapi apa yang saya temui fikir semula ada tujuan hidup kita beribadat untuk kembali kepada Allah..Fikir semula apa tujuan Allah ciptakan manusia dan jin..taubat.ikhlaskan diri bertaubat pada Allah..isyallah jiwa akan kembali tenang..
    Sabar dan yakin..

  • irsyia says:

    tuan , saya selalu berasa tak semangat nak buat semua perkara . sampai saya rasa mati itu baik . saya selalu berasa sedih dalam hidup saya. adakah saya kemurungan emosi ? atau sebaliknya . mohon penjelasan

  • Fatin says:

    Assalamualaikum D.r sya fatin berumur 17tahun tetapi sya sudah tidak berskolah sjak hbis skolah renda. kehidupan sya sperti org yg sudah dewasa, maaf sya cuba ntuk kongsikn msalah yg sya alami sjak sya darjah 6 lagi tapi msih boleh dikawal hingga la awal tahun ni masalah yg sya hadapi mkin melampau2, emosi saya sering terganggu prasaan bila bersendirian tu selalu bersedih fikirkn ttg khidupan, sya boleh dikatakan ingin mmbunuh diri, pernah berlaku waktu darjah 6 sya sndiri menoreh lengan, betis sya dgn sgala bnda tajam yg ada smpai la sya berusia 14thun tanpa pgtahuan sesiapa, slepas tu keadaan smua jadi terkawal prasaan tkut gelisah tu hilang dgn sndiri, tapi lama2 mkin sya kenal org sya cuba ntuk faham keadaan sekeliling sya perasaan tu dtg blik sjak awal2 tahun ni sya tk boleh nk kawal da perasaan, pda bulan puasa thun ni sya pernah mngamok da cderakn mesti lengan betis dan peha, smpai berdarah dan sya dpt lawan ayah sya yg sbesar tidak peluk sya sekuat2 hati dia tapi sya boleh terlepas dlm dakapan dia, fmily sya msatu smua ada, msa tu sya dpt luahkan sikit2 apa yg terbuku slama ni kat hati, selang 3 hari diaorg bwak sya jmpa dgn pakar, tapi sekali je sya tk boleh nk luahkan apa yg sya rsa sbb pakar tu org lelaki, apa yg sya prasan sya seorg yg tk boleh berhadapan dgn org lelaki yg baru shaja sya kenal dan berdua2 apatah lagi nk bercakap.. smpai skrg kluarga sya anggap pekara tu biasa je, walaupun kdg2 sya luahkan dkt mama sya akak sya.. apa diaorg boleh ckp bnyk2 berdoa cuba kawal emosi dan jgn fikir apa yg tk patut, tapi bnda tu sya yg hadap lama thun ni baru diaorg dpt tahu, D.r rasa perlu ke sya hidup lagi? DASS sya mnujuk kan sya sgt teruk banyak kali sya test kdg dlam keadaan diri sdg bersih, ni sdg menaip nk luahkan prasaan ni sparuh bdan sya berasa geletar. Sya tk faham apa prasaan sya tgh lalui sekarang nk tdur pun susah, bila tdur 5/6 jam sehari bila bgun ada je bnda nk fikir.. sya slalu berpeluh di bhagian kepala ketiak sya smkin tk suka bila tgk org ramai klau boleh rsa nk bersendirian.

    • Ramli Musa says:

      Waalaikum salam,
      Kalau di hospital itu ada doktor wanita boleh minta.
      Ini kerana bila dgn doktor lelaki kita x boleh luah.
      Nak bantu pun tak tahu apa perkara itu.
      Soalan ini x perlu dijawab : D.r rasa perlu ke sya hidup lagi?

      Boleh baca Borderline personality

  • Smh says:

    Assalamualaikum, doc. Saya nak tanya, kenapa eh saya rasa nak bunuh orang? Saya rasa nak cederakan orang, saya rasa nak sangat buat macam tu. Kat sekolah, saya selalu kacau kawan saya, pukul, cubit. Lepas tu, saya gelak². Benda tu boleh buat saya happy. Saya ada depression. Doc dah sahkan. Itulah benda yang buat saya rasa seronok. Tapi, kadang saya rasa bersalah. Dah pukul, “eh, wehh maaff.” Kadang, gelak. Buat lagi, lagi, dan lagi. Semalam, saya pegang tasbih mak saya saya tolong ambilkan. Boleh pula saya bayangkan saya tengah barut leher mak saya dengan tasbih tu pastu saya gelak-gelak macam benda tu main² nak suka-suka. Persoalannya, bahaya ke? Saya kadang² takut pula dengan diri saya buat benda tak sepatutnya. Patut tak saya bagitahu doc saya pasal benda ni?

    • Ramli Musa says:

      Prinsip saya mereka yg sudah mendapat rawatan dan sudah berjumpa doktor, eloklah bertanya doktor merawat. Peluang depan mata dan dia org lebih memmahami atau mengetahui pesakit berbanding saya

  • el says:

    assalam prof, boleh sy bertanya berapakah nilai anggaran per sesi untuk melakukan rawatan samada di klinik swasta atau kerajaan? adakah harga rawatan mengikut severity sesuatu penyakit? maaf jika soalan ini trigger mana2 pihak tetapi musim2 covid ini kewangan agak meruncing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires