ANDA INGIN BERTANYAKAN MASALAH ANXIETY?

by Prof Dr Ramli Musa under 8. Uncategorized (Alprazolam dependence & Personality issue) January 16 2015

As salam mualaikum wbt,
Alhamdulillah saya dapati website ini sedikit sebanyak membantu pesakit-pesakit dan keluarga di luar sana berkenaan penyakit-penyakit berkaitan psikologi atau psikiatri. Ini adalah berdasarkan kepada banyak makluman dan email yang saya terima bertanyakan pelbagai masalah psikologi. Ada di antara pesakit saya menyatakan melalui pencariannya di internet, tidak banyak dalam bahasa Melayu, kebanyakannya dalam bahasa Indonesia yang sukar difahami. Sememangnya niat saya ingin membantu masyarakat.
Kadangkala saya tidak dapat menjawab semua email yang dikemukakan atas faktor masa terhad serta kebanyakan email yang saya terima tidak memperkenalkan diri dan menyatakan latarbelakang empunya diri.

Arwah bapa saya pernah berpesan, jika kita ingin berbicara dengan seseorang, jangan kita berlaku zalim. Perkenalkan diri kita sekurang-kurangnya nama serta mengenali orang yang kita ingin berbicara sekurang-kurangnya juga namanya. Antara maklumat yang penting dalam membantu saudara saudari adalah di mana anda tinggal, umur dan pekerjaan. Jika saya tahu di mana anda tinggal, saya lebih senang membuat cadangan di mana rawatan yang boleh didapati.

Antara kebanyakan soalan adalah berkaitan Anxiety disorders seperti Panic Disorder. Saya nyatakan salah satu email yang saya dapat di sini tanpa ada identiti pengirim.

SOALAN;

Assalammualaikum doc..apakah rawatan yg paling berkesan bagi org menghidap penyakit panic disoder atau anxiety disoder? Boleh ka pesakit sembuh sepenuhnya? Dan jika d berikan ubat atau kaunseling, yang manakah lebih baik? Utk pengetahuan doc..saya telah mengalami masalah ni hmpir 5 bulan .pada 3 bulan pertama saya mengalami benda ni saya amat menderita sehingga berat bdn turun mendadak sehingga 10 kg..alhamdulillah sejak 2 bln kebelakangan ni sya bole mengawal keadaan walaupun kdgkala saya merasakan susah utk mengawalnya..perasaan takut pada kematian sebenarnya yg menghantui saya..pemikiran saya hanya tertumpu pada takut akan mati..walaupun da cuba sibuk kan diri dgn kerja namun pemikiran mengenai takut akan kematian menghantui pikiran..lebih2 lagi mendengar mengenai akan kematian sama ada dr kuarga atau d berita tv..mahu pun d mana2..jika d sebut mengenai perkataan berkaitan kematian saya akan jd gemuruh n pemikiran saya mula takut n kreatif befikir tentang hal tersebut..fikiran saya lebih jauh kedepan mksd sya ialah saya selalu bepikir jauh kedepan mengenai masa akan dtg…saya jd sedih n nk nangis tp x mampu…saya mengharapkan idea n pandangan dr doc..dan hari ni saya akan jumpa doc psy buat pertama kali nya..mohon pencerahan dr doc..salam…
Saya cuba menjawab satu persatu soalan-soalan pengirim yang mungkin dengan cara post di blog kerana ini dapat memudahkan saya. Saya tidak perlu berulang-ulang menjawab beberapa soalan yang sama dari pelbagai pengidap. Jadi ini menjimatkan masa saya.. 🙂
SOALAN; Apakah rawatan yg paling berkesan bagi org menghidap penyakit panic disoder atau anxiety disoder?
JAWAPAN; Mengikut banyak kajian klinkal dan juga pengalaman saya sendiri, rawatan penyakit anxiety adalah sangat berkesan dan lebih mudah dirawat berbanding dengan penyakit psikiatri yang lain. Penyakit anxiety mempunyai prognosis atau outcomes lebih baik berbanding penyakit psikiatri lain seperti Schizophrenia atau Bipolar. Namun rawatan ini lebih mudah diusahakan jika pengidap datang sendiri ke hospital berjumpa dan bersemuka berbanding melakukan usaha bersendirian tanpa bantuan professional. Sekarang rawatan online juga boleh dilakukan seperti mana yg saya lakukan jika pesakit sukar untuk keluar rumah. Rawatan yg selalu saya berikan adalah kombinasi antara kaunseling dan ubat antidepressant yg sangat selamat
SOALAN; Bolehkah pesakit sembuh sepenuhnya?
JAWAPAN; Ya sememangnya boleh sembuh, ramai pesakit saya sudah sembuh tanpa perlu memakan ubat lagi. Namun ada juga yang masih memerlukan ubat BUKAN kerana mereka SUDAH KETAGIH UBAT tetapi penyakit anxiety itu sendiri kadang kala agak liat dan boleh berulang (relapse). Tiada masalah untuk terus makan ubat antidepressant asalkan penyakit itu dapat dikawal dan kita boleh menikmati hidup yang lebih bermakna. Untuk pengetahuan anda ubat antidepressant TIDAK KETAGIH dan SANGAT SELAMAT walaupun diambil dalam jangka masa panjang. Sama seperti penyakit darah tinggi. Makan ubat berterusan untuk mengekalkan tekanan darah rendah. Mengapa kita tidak kata mereka kini ketagih ubat?

SAYA SERTAKAN JUGA LINK MEREKA YG SUDAH SEMBUH MELALUI RAWATAN ONLINE. (Klik link di bawah)

Maklumbalas Sesi Konsultasi Atas Talian sepanjang PKP & Mereka yang Telah Sembuh

SOALAN; Jika diberikan ubat atau kaunseling yang manakah lebih baik?
JAWAPAN; Kedua-duanya penting. Namun kekuatan kaunseling menyembuh hanya 20% dan selebihnya ubat antidepressant (dengan kuasa Allah SWT) kemampuannya sangat berkesan 80%. Pada tahap situasi di mana ia telah menjadi penyakit, jika seseorang itu hanya ingin mencuba kaunseling sahaja tanpa ubat, maka penyakitnya sangat sukar untuk sembuh. Namun rawatan bersama (combination) kaunseling disamping ubat akan mempercepatkan dan memaksimakan tahap kesembuhan dan anda boleh menikmati hidup yang lebih bermakna. Kemampuan kaunseling agak terbatas, dan dalam kes yg teruk, ubat sangat berkesan dan jalan mudah untuk keluar dari masalah ini.
SOALAN; Saya mengalami berat badan turun mendadak sehingga 10 kg
JAWAPAN; .Ya, kebanyakan pesakit anxiety akan mengalami penurunan berat badan dan selera makan. Ia disebabkan penyakit anxiety atau kemurungan menggangu emosi dan selera makan.
SOALAN; Alhamdulillah sejak 2 bln kebelakangan ni saya boleh mengawal keadaan walaupun kdgkala saya merasakan susah utk mengawalnya..perasaan takut pada kematian sebenarnya yg menghantui saya..pemikiran saya hanya tertumpu pada takut akan mati..walaupun da cuba sibuk kan diri dgn kerja namun pemikiran mengenai takut akan kematian menghantui pikiran..lebih2 lagi mendengar mengenai akan kematian sama ada dr kuarga atau d berita tv..mahu pun d mana2..jika d sebut mengenai perkataan berkaitan kematian saya akan jd gemuruh n pemikiran saya mula takut n kreatif befikir tentang hal tersebut..
JAWAPAN; Seperti saya katakana di atas, apabila seseorang telah sampai ke tahap penyakit, jika cuba mengawal diri tanpa bantuan doktor adalah amat sukar atau hampir mustahil. Kerisauan (worry) terutama tentang kematian adalah sangat kerap berlaku pada pesakit-pesakit anxiety dan kerisauan ini tidak dapat dikawal tanpa ubat dan rawatan doktor. Namun saya juga sedar, pesakit anxiety sesalunya takut bila kita mahu beri ubat dan selalunya akan merasakan ubat membuatkan mereka teruk
SOALAN; Fikiran saya lebih jauh kedepan maksud saya ialah saya selalu bepikir jauh kedepan mengenai masa akan dtg…saya jd sedih n nk nangis
JAWAPAN; Pengidap anxiety semamngnya cepat risau tentang pelbagai perkara dalam kehidupan walaupun perkara kecil. Mereka yg dalam personaliti perfectionist (mengharap kesempurnaan tinggi) kerap mengalami anxiety. Dalam keadaan berlanjutan jika penyakit anxiety ini tidak dirawat, ia akan mengundang perasaan sedih (kemurungan) dan tidak boleh bekerja. Tetapi anxiety tidak akan menyebabkan seseorang itu akan menjadi ‘gila’ seperti ketakutan yang ada pada salah seorang pesakit saya yang sedang menjalani rawatan. ‘Anxiety disorder’ dan Schizophenia adalah 2 entiti yang berbeza.

Selepas berhujah akhirnya ia bersetuju berjumpa doktor.

SOALAN; Saya mengharapkan idea n pandangan dr doc..dan hari ni saya akan jumpa doc psy buat pertama kali nya..mohon pencerahan dr doc..salam…
JAWAPAN; Alhamdulilah hari ini anda akan berjumpa doktor psikiatri anda. Semoga ini menjadi titik permulaan pada proses penyembuhan anda. Ini adalah langkah yang tepat. Jangan lupa rawatan moden juga adalah rawatan Islam iaitu mengikut landasan syariat Islam selagi tiada unsur syirik. Ramai yang berpandangan rawatan Islam hanya di kalangan perawat tradisional !!!

Semoga anda tidak malu mengemukakan pelbagai soalan tentang penyakit dan rawatan (treatment plan) pada doktor anda. Lebih banyak pencerahan dan pengetahuan tentang penyakit dan rawatan, lebih cepat anda sembuh. Wassalam. Ramli Musa

 

Mereka yang menetap di Kuantan boleh mendapatkan rawatan Pakar Psikiatri sama ada di hospital swasta (Kuantan Clinical Diagnostic Centre email saya ramlidr@yahoo.com untuk urusan temujanji) atau di hospital kerajaan; HTAA. Bagi mereka luar Kuantan, selaras dengan Malaysian Blueprint on Telemedicine Policy, sesi rawatan boleh juga dilakukan melalui atas talian.

Boleh baca lanjut di:
https://www.ramlimusa.com/perlukah-berjumpa-pakar-bilakah-masa-perlu-jumpa/

867 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

RamliMusa.com

Loading... | Memuatkan...

Try My Online Questionnaires